Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Al Baaba Al Tsaamana Faya Ahawaala Al
Qoyaamata
Bermula bab yang kedelapan pada
menyatakan ehwal Al Kiamat. Ketahui olehmu adalah Israfil itu duduk ia dan
sangkakala itu di hantarkan pada pehanya yang kanan dan kepala sangkakala itu
pada mulutnya menantikan firman Allaha Taa’laya. Apabila genaplah umur dunia
itu maka di titahkan Allaha Taa’laya akan dia meniup sangkakala itu maka
Israfil pun membukakan segala sayapnya dan meniup pada sangkakala. Maka sampailah
terkejut akan ahli tujuh petala langit dan tujuh petala bumi melainkan barang
yang di kehendaki Allaha. Dan berjalan segala bukit dan berterbangan segala
langit akan sebagai terbangnya dan bergerak bumi akan sebagai bergerak seumpama
perahu di dalam air. Dan gugur segala yang bunting itu akan buntingnya dan lupa
segala yang menyusu itu daripada kanak-kanak yang menyusu itu dan jadi segala
kanak-kanak itu beruban dan jadi jadi segala syaitan itu tercengang-cengang. Dan
sungguhnya bertaburan atas mereka itu segala bintang dan berhempas matahari dan
di gulungkan langit atas mereka itu dan segala manusia daripada demikian itu di
dalam lali. Dan yang demikian itu firman Allaha Taa’laya Ana Zalazalata Al Saaa’ta Shaya
A’zhoyama bahawasanya gempa kiamat itu suatu yang amat besar dan adalah
yang demikian itu empat puluh hari.
Riwayat oleh Abana A’basa radhoya
Allaha a’nahamaa berkata ia telah membaca nabi A’layaha Al Salama Yaa
Ayahaa Al Naasa Ataqowa Raba Kama Ana Zalazalata Al Saaa’ta Shaya A’zhoyama
ertinya hai manusia takut olehmu akan tuhanmu bahawasanya gempa kiamat itu
suatu yang amat besar. Bersabda ia “Adakah kamu ketahui apa hari yang demikian
itu” sembah mereka itu “Allaha dan rasul yang terlebih mengetahui”. Bersabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bermula demikian hari itulah yang
berfirman Allaha Taa’laya di dalamnya bagi nabi Adam A’layaha Al Salama
“Berdiri olehmu dan bangkit olehmu daripada anak engkau akan bangkit neraka”
maka sembah Adam A’layaha Al Salama “Beberapa daripada tiap-tiap satu ribu”.
Maka firman Allaha Taa’laya daripada tiap-tiap satu seribu, sembilan ratus
sembilan puluh sembilan kepada neraka dan satu kepada syurga”.
Maka jadi mashaqota oleh demikian itu atas segala kaum dan gholiblah atas
mereka itu satu rabaa’ ahli syurga itu daripada umatku”. Kemudian bersabda
A’layaha Al Salama “Bahawa aku harap bahawa adalah mereka itu yakni umatku itu
setengah ahli syurga” maka suka mereka itu. Maka telah bersabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama “Bahawa aku harap bahawa adalah umatku itu dua tsalatsa ahli syurga” dan telah bersabda
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Suka oleh kamu maka bahawa sungguhnya
bermula kamu di dalam segala umat itu seperti satu urat bulu di dalam lambung
unta hanya sungguhnya bermula kamu satu juzuk yang satu daripada seribu juzuk.
Dan cerita daripada Abaya Harayaraha
radhoya Allaha a’naha berkata ia telah bersabda nabi A’layaha Al Salama
“Bahawasanya bagi Allaha Taa’laya seratus rahmat menurun ia daripadanya rahmat
yang satu atas segala manusia dan jin dan segala binatang dan segala yang
melata pada bumi di dalam rahmat yang satu itulah berkasih-kasih mereka itu dan
dengan dialah kasihan belas mereka itu dan menaruh Allaha akan sembilan puluh
sembilan rahmat bagi dirinya yang memberi rahmat ia dengan dia akan segala
hambanya pada hari kiamat kemudian menyuruh oleh Allaha akan Israfil A’layaha
Al Salama bahawa meniup ia akan sebagai tiup bagi mengkejutkan bagi sekelian
makhluk.
Maka meniup ia maka berkata ia di
dalam tiup itu “Hai segala arawaha yang pinjaman keluar olehmu dengan suruh
Allaha Taa’laya” maka terkejut ia dan mati segala ahli langit dan ahli bumi
melainkan orang yang di kehendaki Allaha Ta’alaya”. Di kata orang bermula
mereka itu segala shahada maka bahawa mereka itu hidup di sisi tuhan mereka itu
seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laa Naqowalawaa Lamana Yaqotala Faya Sabayala
Allaha Amawaata Bala Ahayaa A’nada Raba Hama Al Ayaata ertinya dan jangan kamu katakan bagi orang yang mati di
dalam perang sabil itu mati tetapi hidup ia di sisi tuhan mereka itu hingga
akhir ayat.
Dan tersebut di dalam khabar daripada
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bahawasanya Allaha Taa’laya memuliakan
ia akan orang yang mati shahid dengan lima keramat yang tiada memulia ia akan
dia akan seorang dan jika tiada aku sekalipun. Salah suatu daripadanya bahawa
segala arawaha anabayaa mengambil akan dia oleh Malaka Al Mawata dan aku
seperti demikian itu pula dan segala arawaha orang yang shahid itu di ambil
akan dia oleh Allaha. Dan keduanya segala anabayaa di mandikan akan mereka itu
kemudian daripada mati mereka itu dan aku pun seperti demikian itu jua dan yang
shahid itu tiada mandi akan mereka itu.
Dan yang ketiga bahawa anabayaa itu di
kapan akan mereka itu dan aku pun seperti demikian itu jua keadaan shahid itu
tiada di kapan akan mereka itu dan merada daripada tiada di kapan akan dia itu
yakni tiada di kapan dengan kain yang lain hanya di kapan akan mereka itu
dengan kain yang ia pakai berbuat perang itu jua jika cukup dan jika tiada di
tanamkan dengan kain yang lain. Dan keempat bahawa segala anabayaa di tanamkan
akan mereka itu mati dan aku seperti demikian itu jua di katakan mati Mahamada
A’layaha Al Salama dan segala shahid di hidup tiada di namakan mati tetapi di
katakana hidup. Dan kelima bahawa anabayaa memberi syafaat mereka itu pada hari
kiamat dan aku seperti demikian itu jua dan shahid itu memberi syafaat mereka
itu pada tiap-tiap hari hingga sampai hari kiamat”.
Dan di katakan pada makna melainkan
orang yang di kehendaki Allaha yang tiada di mati dengan sangkakala yang
pertama itu yakni segala dua belas orang Jibril dan Israfil dan Mikail dan
Izrail A’laya Hama Al Salama dan delapan daripada yang menanggung Arash. Maka
tatkala dunia dengan tiada manusia dan tiada jin dan tiada syaitan dan tiada
segala binatang yang liar. Kemudian berfirman Allaha Taa’laya “Ya Malaka Al
Mawata, bahawa aku jadikan bagi engkau itu dengan sebilang-bilang orang yang
dahulu dan orang yang kemudian akan orang yang menolong akan dikau. Dan aku
jadikan bagi engkau kuat ahli langit dan bahawa aku itu aku beri pakai akan
dikau pada hari ini akan kain kemegahan. Maka turunkan olehmu dengan
kemegahanku dan kekerasan atas Iblis A’layaha Al Laa’nata maka rasakan olehmu
akan dia akan maut. Dan pertanggung olehmu atas akan pahit mati orang yang
dahulu dan orang yang kemudian daripada manusia dan jin beberapa ganda berganda
dan hendaklah serta engkau daripada malaikat Zabaniah, tujuh puluh ribu serta
tiap-tiap seorang itu satu rantai daripada segala rantai neraka Lazhoya” maka menyeru ia “Ya Malaka,
hendak bukalah segala pintu neraka”.
Maka turunlah Malaka Al Mawata dengan
suatu rupa jikalau menilik kepadanya oleh ahli langit dan bumi yang tujuh
nescaya mati mereka itu sekelian. Maka sampailah ia kepada Iblis dan jerkah ia
akan dia satu jerkah maka tiba-tiba ia sungguhnya pengsan dan baginya berduha
yang amat kuat jika mendengar oleh ahli langit dan bumi nescaya terkejut mereka
itu demikian berduha itu. Dan Malaka Al Mawata berkata ia “Ya Khobayatsa, demi
sungguhnya aku rasakan akan dikau akan maut pada hari ini beberapa daripada
umur yang engkau dapat dan beberapa kurun yang engkau sesatkan”. Berkata oleh
empunya cerita itu maka lari Iblis itu kepada masyrik maka tiba-tiba Malaka Al
Mawata itu di sisinya dan lari ia
kepada maghrib maka tiba-tiba Malaka Al Mawata di sisinya. Maka sentiasa ia
kepada sekira-kira tempat lari ia kemudian berdiri Iblis itu pada tengah dunia
pada sisi kubur Adam A’layaha Al Salam. Maka berkata ia “Ya Adam, daripada
kerana engkaulah jadi aku kena rejam dan kena laknat dan kena tolak”.
Maka berkata ia “Ya Malaka Al Mawata,
dengan apa penyala yang engkau tuangkan akan daku. Apa azab yang engkau
mengambil akan ruhku”. Maka berkata Malaka Al Mawata “Dengan penyala neraka Lazhoya dan Saa’yara” dan Iblis merebah ia pada tanah sekali kemudian daripada
segala hingga apabila ada ia pada tempat yang ia turun padanya dan di laknat
atasnya sungguhnya di tawan atasnya oleh Zabaniah dengan mata kail maka
mengambil akan dia oleh Zabaniah dan menikam oleh mereka itu akan dia maka
tinggal ia di dalam nazak dan pada Sakarata
Al Mawata. Maa Shaa Allaha hingga
matilah di dalam merasai azab yang amat sangat.
Fasal pada menyatakan segala perkara
dengan suruh Allaha Taa’laya maka di titahkan oleh Allaha Taa’laya akan Malaka
Al Mawata bahawa memfana ia akan laut seperti firman Allaha Taa’laya Kala
Shaya Haalaka Alaa Wajahaha ertinya tiap-tiap suatu itu binasa melainkan
wajah Allaha. Datang Malaka Al Mawata kepada laut maka berkata ia “Sungguhnya
telah selesailah masa engkau” maka berkata laut itu “Izinkan olehmu bagiku
hingga aku meratap atas diriku” maka berkata ia “Di manalah segala ombakku dan
di manalah segala ajaibku dan sungguhnya telah datanglah pekerjaan Allaha” maka
mashoyaaha atasnya oleh Malaka Al
Mawata akan satu shoyahata maka
jadilah seolah-olah airnya itu tiada ia.
Kemudian pergi Malaka Al Mawata kepada
bukit maka berkata ia “Sungguhnya telah selesailah masa engkau” maka berkata
bukit itu “Beri izin olehmu bagiku hingga aku berteriak atas diriku” maka
berkata ia “Di manalah tinggiku dan di manalah kuatku dan sungguhnya telah
datanglah pekerjaan Allaha” maka mashoyaaha
oleh Malaka Al Mawata atas satu shoyahata
maka hancur ia. Kemudian datang ia kepada bumi maka berkata ia “Telah
selesailah masa engkau” maka berkata bumi itu “Izinkan olehmu bagiku hingga aku
berteriak atas diriku” maka berkata ia “Di manalah raja-rajaku dan segala pohon
kayuku dan segala sungaiku dan segala bagai tumbuh-tumbuhanku” maka mashoyaaha atasnya oleh Malaka Al Mawata
akan satu shoyahata maka gugur segala
kotanya dan kering segala mata airnya kemudian naik ia ke langit maka mashoyaaha ia maka jadi kelam matahari
dan bulan dan gugur segala bintang.
Kemudian firman Allaha Taa’laya “Ya
Malaka Al Mawata, siapa yang tinggal lagi daripada makhlukku” maka sembah ia
“Alahaya, engkaulah hidup yang tiada mati. Tinggal lagi Jibril dan Mikail dan
Israfil dan malaikat menanggung Arash dan aku hamba engkau yang dhoif”. Maka firman
Allaha Taa’laya “Ambilkan olehmu segala ruh mereka itu” maka mengambil ia akan
segala arawaha mereka itu. Kemudian berfirman Allaha Taa’laya “Hai Malaka Al
Mawata, adakah tiada engkau dengar akan kataku Kala Nafasa Zaaqota Mawata
ertinya tiap-tiap nafas itu merasai maut
dan engkau itu satu makhluk daripada makhlukku. Mati olehmu” maka mati ia. Dan
tersebut di dalam khabar yang lain kemudian menyuruh akan dia oleh Allaha
dengan mengambil nyawa dirinya maka datang ia pada tempat antara syurga dan
neraka dan menjadi ia akan matanya menilik kepada langit.
Maka meninggal ia akan ruhnya maka
maka teriak ia dengan mengangkatkan suaranya satu teriak jika ada makhluk
sekeliannya itu di dalam hidup nescaya mati mereka itu daripada jeritnya.
Kemudian berkata ia “Jikalau aku ketahui bahawa di dalam tinggal ruh itu sangat
kesakitan ini nescaya adalah aku atas mengambil segala nyawa orang yang mukmin
itu terlebih lemah lembut”. Kemudian mati ia maka tiada tinggal seorang juapun
dan tersebut di dalam khabar yang lain pula berfirman Allaha “Pergi olehmu hai
Malaka Al Mawata dan mati olehmu antara syurga dan neraka” maka mati ia di sana
dan tiada tinggal suatu yang lain daripada Allaha.
Maka tinggal dunia itu binasa barang
yang di kehendak Allaha Taa’laya maka tatkala habislah fana sekelian makhluk
maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pun berfirman Ayana Al Malawaka ertinya
di manatah segala raja-raja. Wa Ayana Abanaa Al Malawaka ertinya di manatah
segala anak raja-raja. Wa Ayana Al Waladaana Wa Al Mahahawata
ertinya di manatah segala kanak-kanak dan segala yang mempunyai keinginan. Wa
Ayana Alaha Jaa’lawaha Lalaha Sharayakaa ertinya di manatah tuhan yang
menjadi mereka itu akan Allaha itu bersekutu tatkala itu tiada seorang jua pun
yang menjawab setelah itu maka firman pula Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya Lamana
Al Malaka Al Yawama ertinya siapa kerajaan pada hari ini maka tiada
menjawab akan firmannya itu. Lalaha Al Waahada Al Qohaara ertinya
bagi Allaha yang esa lagi yang amat keras.
Shahdan ikhtilaf a’lama mengatakan bahawa
tujuh perkara yang tiada fana itu iaitu Arash dan Kursi dan Luh dan Qalam dan
syurga dan neraka dan nyawa tetapi pada kaul yang sah bahawa sekelian itu fana
kerana firman Allaha Taa’laya Kala Shaya Haalaka Alaa Wajahaha ertinya
tiap-tiap suatu itu binasa melainkan zat Allaha. Setelah itu maka di gulungkan
olen Allaha Taa’laya akan langit dengan tangan kudratnya seperti firman Allaha
Taa’laya Yawama Nathowaya Al Samaa Kathoya Al Sajala Lalakataba ertinya
pada hari kiamat itu kami gulung tujuh petala langit seperti menggulungkan oleh
orang yang menyurat sijil bagi segala kitab dan lagi firmannya Wa
Maa Qodara Allaha Haqo Qodaraha Wa Al Aradho Jamayaa’a Qobadhotaha Yawama Al
Qoyaamata Wa Al Samawaata Mathowayaata Nabayamayanata ertinya dan tiada
membesar oleh mereka itu akan sebagai membesarnya bermula bumi sekeliannya itu
di fanakannya dan tujuh petala langit itu di gulungkan dengan kudratnya yang
amat kuasa.
No comments:
Post a Comment