Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Tuesday, July 17, 2012

Imam Mahdi

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama



Fasal pada menyatakan Amama Mahadaya (Imam Mahdi) dan menyatakan bahawasanya adakah ia daripada anak Hasana atau Hasayana dan daripada mana ia keluar dan alamat keluarnya dan bahawasanya mebayaah dua kali. Cerita daripada Thobaraanaya (Tabrani) daripada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Bermula Mahdi itu daripada kami mesudahi dengan dia agama seperti barang yang memulai agama itu dengan kami”. Dan berkata Maqotala bana Salayamaana dan orang yang mengikut akan dia daripada segala mufasirin pada firman Allaha Taa’laya Wa Anaha Laa’lama Lalasaaa’ta dan bahawasanya Allaha itu mengetahui akan kiamat berkata ia iaitu Mahdi adalah pada akhir zaman telah berkata Maqotala itu terkadang mengambil dalil bagi ini dengan barang yang mengeluar akan dia oleh nasaai daripada sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Lana Tahalaka Amata Anaa Awalahaa Wa Mahadayahaa Wa Sathohaa Wa Al Masayaha Abana Marayama Akhorahaa ertinya tiada binasa umat ini bermula aku itu olehnya dan Mahdinya itu pertengahannya dan A’yasaya Al Masih abana Mariam itu akhirnya.

Tersebut pada kata Qorathobaya daripada hadis Abana Masaa’wada dan lainnya bahawasanya keluar ia pada akhir zaman daripada maghrib kesudah-sudahan negeri berjalan oleh penolong itu daripada hadapannya empat puluh mil. Bermula tonggolnya itu putih dan kuning di dalamnya itu tersurat padanya Asama Allaha Al Aa’zhoma di suratkan dia maka tiada pecah baginya tonggol itu maka membangkit ia akan segala tonggol itu kaum. Sungguhnya telah mengambil oleh Allaha bagi mereka itu akan janji beroleh penolong dan menang. Awalaka Hazaba Allaha Alaa Ana Hazaba Allaha Hama Al Mafalahawana hingga akhir hadis dengan panjangnya. Dan tersebut di dalam hadis pula maka datanglah oleh manusia daripada pihak dan tiap-tiap tempat maka mebaiah oleh mereka itu akan dia pada ketika itu antara rukun Hajar Al Aswad dan Maqam Ibrahim padahal benci ia bagi mebaiah yang kedua itu kemudian daripada mebaiah yang pertama dengan bumi maghrib.

Dan tersebut di dalam risalat Al Shayakho Al Shobaana berkata ia diambil daripada beberapa hadis yang lain bahawasanya keluar Mahdi daripada pihak masyrik daripada negeri Hajaza. Bermula kaul yang berkata dengan keluar ia daripada pihak maghrib itu tiada asal baginya seperti barang yang menjaga atasnya oleh Al A’laqomaya aku kata dan mudah-mudahan bermula jamak itu mamakana kerana di amalkan dengan dua riwayat dengan bahawa di tanggungkan akan hadis keluar ia daripada pihak masyrik itu atas zahir yang sempurna dengan dalil mebaiah yang kedua antara rukun dan maqam Ibrahim kemudian daripada mebaiah yang pertama seperti barang yang sabit pada riwayat Qurtubi dan inilah daripada Al Mahaqoqo Al Shobaana yang tiada layak dengan maqamnya. Maka bahawasanya riwayat Qurtubi itu memberi faedah bagi mebaiah dua kali sungguhnya telah muafakat akan dia padanya oleh Abana Hajara dan demikian lagi Al Qothoba Al Shaa’raanaya sungguhnya telah memberi faedah akan dia di dalam metafsirnya dan lafaznya di riwayatkan bahawasanya keluar pada akhir zaman oleh seorang laki-laki di kata orang baginya Mahdi keluar ia daripada kesudahan bumi maghrib berjalan oleh segala orang yang menolongkan dia itu antara hadapannya empat puluh mil.

Bermula tonggol itu putih dan kuning padanya itu tersurat padanya Asama Allaha Al Aa’zhoma di suratkan dia maka tiada pecah baginya oleh tonggol itu dan perdirinya tonggol itu dan awal membangkitkan dia itu daripada tepi laut dengan suatu tempat di katakan baginya maasaha daripada bukit al maghrib. Maka membangkit ia akan tonggol ini serta kaum sungguhnya telah mengambil oleh Allaha Taa’laya bagi mereka itu akan janji dapat penunang dan kemenangan Awalaka Hazaba Allaha Alaa Ana Hazaba Allaha Hama Al Mafalahawana hingga bahawa berkata ia maka datanglah manusia daripada tiap-tiap tempat maka mebaiah oleh mereka itu akan dia di dalam Makah antara rukun dan maqam Ibrahim dan padahal ia benci bagi mebaiah ini yang kedua kali kemudian daripada mebaiah akan dia oleh manusia dengan pihak maghrib atasnya.

Bermula Mahadaya (Mahdi) itu daripada anak Fathomaha dengan muafakat segala jumhur maka tersebut di dalam khabar Masalama dan Abaya Daawada dan Nasaaya dan Abana Maajaha dan Bayahaqoya dan yang lainnya “Bermula Mahdi itu keluargaku daripada anak Fathomaha” dan pada riwayat Abana A’saakara daripada A’laya bana Al Hasayana daripada bapanya “Sukakan olehmu hai Fathomaha, Al Mahdi itu daripada engkau”. Dan telah mengeluar oleh Ahamada dan Abawa Daawada dan Taramazaya dan Abana Maajaha “Jikalau tiada tinggal daripada masa itu melainkan sehari yang satu nescaya di bangkit oleh Allaha padanya akan seorang laki-laki daripada keluargaku yang memenuh akan dia adilnya seperti barang yang memenuh ia zalimnya”. Dan pada satu riwayat Abaya Daawada dan Taramazaya “Jika tiada tinggal daripada dunia ini melainkan hari yang satu nescaya di panjangkan oleh Allaha Taa’laya akan demikian hari itu hingga di bangkitkan Allaha padanya seorang laki-laki daripada ahli bayataku yang muafakat oleh namanya akan namaku dan oleh nama bapanya akan nama bapaku yang memenuh akan bumi itu baginya dan adilnya seperti barang yang memenuh ia zalimnya dan jawaranya”.

Dan telah mengeluar oleh Haakama di dalam sahihnya “Turunlah dengan umatku pada akhir zaman oleh bala yang sangat daripada raja-raja mereka itu tiada pernah di dengar bala yang terlebih sangat daripadanya maka tiada dapat oleh seorang laki-laki akan tempat berselindung. Maka di bangkit oleh Allaha akan seorang laki-laki daripada keluargaku ahli bayataku yang memenuh ia akan bumi itu baik dan adilnya seperti barang yang memenuh ia akan zalim dan jawara yang kasih akan dia oleh orang yang mendiam bumi dan yang mendiam langit dan menurun oleh langit akan hujannya dan mengeluar oleh bumi itu akan segala tumbuh-tumbuhannya tiada memegang ia akan suatu. Telah hiduplah Mahdi itu pada mereka itu tujuh tahun atau delapan tahun atau sembilan tahun, mencita-cita akan hidup oleh segala yang mati itu dengan barang yang di perbuat oleh Allaha dengan ahli bumi itu daripada kebajikannya”.
 
Dan telah mengeluar oleh Abawa Naa’yama “Lagi akan membangkit oleh Allaha akan seorang laki-laki daripada keluargaku, jarang gigi hadapan, luas dahinya ertinya tersingkat rambut daripada dahinya, yang memenuh ia akan bumi adilnya yang mencurah ia akan hartanya akan sebagai curah”. Dan telah mengeluar oleh Rawayaanaya dan Thobaraanaya dan lainnya daripada keduanya “Bermula Mahdi itu daripada anakku dan mukanya itu seperti bintang terkarang, bermula warnanya itu warna A’rabaya dan jisimnya jisim Asaraa Yala (Israel) ertinya tinggi memenuh ia akan buminya itu adilnya seperti barang yang memenuh bumi itu jawara yang redhalah akan jadi khalifah itu oleh ahli langit dan ahli bumi”. Dan telah datang Waarada pula di dalam kitab Halayata bahawasanya Mahdi itu orang muda lagi bercelak dua matanya lagi halus dua keningnya, tinggi hidungnya lagi bongkok sedikit hujung hidungnya itu lembut janggutnya, atas pipi yang kanannya itu tahi lalat.

Dan telah berkata Sheikh Qothoba Al Ghowatsa Sayadaya Mahaya Al Dayana bana Al A’rabaya di dalam fatawahaata ketahuilah olehmu bahawasanya tiada dapat tiada daripada keluar Mahdi itu tetapi tiada keluar ia hingga memenuh bumi itu jawara dan zholamaa maka memenuh ia akan dia qosathoa dan a’dalaa dan iaitu daripada keluarga nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada walada Fathomaha radhoya Allaha a’nahaa. Bermula neneknya itu Al Hasana bana A’laya bana Abaya Thoalaba. Bermula bapanya Al Amama Hasana Al A’sakaraya abana Al Amama A’laya Al Taqoya bana Al Amama Mahamada Al Taqoya Al Amama Al Amama A’laya Al Radhoa anak Al Amama Mawasaya Al Kaazhoma anak Al Amama Jaa’fara Al Shodaqo anak Al Amama Mahamada Al Baaqoraa anak Al Amama Zayana Al A’abadayana A’laya anak Al Amama Al Hasayana anak Al Amama A’laya bana Abaya Thoalaba radhoya Allaha a’naha yang muafakat namanya akan nama rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pada kejadiannya dan hampir daripadanya pada perangainya terlebih kebajikan manusia dengan dia akan ahli Kufah.

Membahagi ia akan harta dengan bersamaan dan mengadil ia dengan dia pada segala rakyat, berjalan khodhora antara hadapannya, hidup ia lima tahun atau tujuh tahun atau sembilan tahun, mengikut ia akan bekas rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama, baginya seorang malaikat yang membetul ia akan dia daripada sekira-kira tempat tiada melihat ia akan dia, mengalah ia akan negeri Madinah, Rom dengan takbir serta tujuh puluh ribu daripada muslimin yang mengerasi oleh Allaha dengan sebabnya akan Asalama kemudian daripada lemahnya. Dan menghidup ia akan Asalama kemudian daripada matinya dan menggugur ia akan khazanah dan menyeru ia kepada agama Allaha itu dengan pedang. Maka barang siapa enggan ia di bunuhnya dan barang siapa membantah ia akan dia nescaya di hina, mehukum ia dengan agama yang khoalasho daripada ijtihadnya dan bersalahan ia pada gholib daripada segala hukumnya akan segala mazhab a’lama.

Maka menanggung oleh mereka itu bagi demikian itu kerana sangka mereka itu bahawasanya Allaha Taa’laya tiada membaharu-baharui ia akan kemudian daripada imam mereka itu akan mujtahid dan memanjang ia pada sebutnya waqoanya serta mereka itu. Kemudian berkata ia dan ketahui olehmu bahawasanya Mahdi itu apabila keluar ia suka dengan dia oleh sekelian muslimin khoasho mereka itu dan alim mereka itu dan baginya beberapa laki-laki yang di bangsakan kepada tuhan mereka itu yang mendiri oleh mereka itu akan dakwanya dan menolong oleh mereka itu akan dia. Bermula mereka itulah wazir baginya yang menanggung oleh mereka itu akan keberatan mamalakaha daripadanya dan menolong oleh mereka itu akan dia atas barang yang taklid akan dia oleh Allaha dengan dia.

Di turun atasnya A’yasaya anak Marayama A’layaha Al Salama dengan menara yang putih pada pihak negeri Damsyik. Berpegang ia atas dua orang malaikat seorang daripada pihak kanan dan seorang daripada pihak kirinya. Bermula manusia itu di dalam sembahyang Asar maka undur imam daripada maqamnya maka mendahulu ia maka sembahyang ia dengan manusia jadi imam ia akan manusia dengan sunat Sayadana Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan memecah ia akan berhala Nashoranaya dan membunuh ia akan babi dan mengambil oleh Allaha Taa’laya kepadanya akan Mahdi suci lagi menyucikan.

Dan telah berkata Sayadaya A’bada Al Wahaaba Al Shaa’raanaya di dalam kitab Yawaaqoyata Wa Al Jawaahara bermula Mahdi itu daripada Al Imam Al Hasayana Al A’sakaraya dan beranaknya pada malam Nashofa (nisfu) daripada bulan Shaa’ban pada tahun lima dan lima puluh dan dua ratus kemudian daripada seribu dan kekal ia hingga bahawa berhimpun ia dengan nabi A’yasaya anak Marayama A’layaha Al Salama seperti demikian itulah mekhabar akan daku oleh Sheikh Hasana Al A’raaqoya dan muafakat akan dia atas yang demikian itu Sayadaya A’laya Al Khowaasho. Apabila engkau ketahui yang demikian naqli itu daripada mahqiq ini daripada Qothoba Al Bashaa’raanaya itu zahir bagi engkau tiada bernafi-nafian dengan mudah bicara. Bermula yang demikian itu dari kerana Imam Sayadaya Al Hasana Al A’sakaraya itu antara neneknya Al Hasayana itu enam daripada bapanya maka di ketahui daripada yang demikian bahawa Imam yang mazkur itu tiada ia bapa Mahdi mabaasharaha dan bahawa bapanya yang mabaasharaha itu A’bada Allaha seperti barang yang sabit pada setengah riwayat dan di ketahui orang akan bahawa di tentukannya akan Imam Al A’sakaraya dengan di sebut itu kerana keadaannya awal yang mahsyur daripada pihak bapanya A’bada Allaha yang tersebut demikian itulah kuat pada yang pertama daripada menolakkan bernafi-nafian dan telah muafakat segala a’lama Shaafaa’yata atas zahir Mahdi pada masa yang lagi akan datang.

Dan adapun hadis yang menunjukkan tiada Mahdi sekali-kali itu melainkan nabi A’yasaya seperti barang yang meriwayat akan dia oleh Abana Maajaha bahawasanya rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersabda Laa Yazadaada Al Amara Al Ashadata Wa Laa Al Danayaa Alaa Adabaaraa Wa Laa Al Naasa Al Ashahaa Wa Laa Taqowama Al Saaa’ta Alaa A’laya Sharaara Al Naasa Wa Laa Mahadaya Alaa A’yasaya Abana Marayama ertinya tiada bertambah segala pekerjaan itu melainkan mashaqota dan tiada bertambah dunia melainkan ke belakang dan tiada bertambah segala manusia atas dunia melainkan kikir dan tiada berdiri kiamat melainkan atas segala manusia yang jahat dan tiada Mahdi melainkan A’yasaya abana Marayama.

Maka telah menjawab oleh arif Shaa’raanaya telah berkata Imam Al Qurtubi dan ini hadis tiada bernafi-nafian ia akan barang yang dahulu pada beberapa hadis Mahdi kerana bahawa makna hadis ini membesarkan sanya A’yasaya kerana a’shomahanya dan kamalnya maka tiada bernafi-nafian ia akan wujud Mahdi dan telah datang pada setengah daripada beberapa riwayat bahawasanya menyeru pada ketika zahirnya dan di atas kepalanya seorang malaikat “Inilah Mahdi khalifah Allaha maka ikut oleh kamu akan dia” maka berhadaplah atasnya oleh segala manusia dan meminum oleh mereka itu akan kasihnya dan bahawasanya memilik ia akan bumi masyriknya dan maghribnya dan bahawa segala mereka yang membaiah oleh mereka itu akan dia awal-awalnya antara rukun dan maqam dengan sebilang-bilang ahli Badar. Kemudian datang akan dia oleh segala wali abadaala negeri Sham dan wali Najabaa, negeri Mesir dan wali A’shoaba ahli Al Sharaqo dan segala yang umpama mereka itu dan membangkit oleh Allaha baginya akan beberapa tentera daripada negeri Khurasan dengan beberapa tunggul yang hitam padahal menolong baginya kemudian berhadap ia kepada negeri Sham dan pada satu riwayat kepada Kufah.

Bermula jamak antara dua kaul itu mamakana dan bahawa Allaha Taa’laya menguat akan dia dengan tiga ribu daripada malaikat dan bahawa ahli Al Kahafa (Al Kahfi) itu setengah daripada orang yang menolong akan dia. Telah berkata Asataada Al Sayawathoya pada ketika itu maka rahsia takhir mereka itu kepada masa ini kerana hendak memuliakan mereka itu dengan kemuliaan mereka itu dengan masuk mereka itu pada umat ini ertinya dan menolong mereka itu bagi khalifah yang sebenar dan bahawasanya mendahulukan tenteranya itu Jibril dan Mikail atas akhirnya. Dan bahawasanya adalah kemudian daripada mati Mahdi itu Al Qohathoanaya dan iaitu laki-laki daripada ahli Al Yaman yang mengadil ia pada segala manusia dan berjalan ia akan sebagai jalan Mahdi.

Adapun hadis telah lalu di sebut iaitu sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Yazadaada Al Amara Alaa Shadata Wa Laa Al Danayaa Alaa Adabaaraa Wa Laa Al Naasa Al Ashahaa Wa Laa Taqowama Al Saaa’ta Alaa A’laya Sharaara Al Naasa Wa Laa Mahadaya Alaa A’yasaya Abana Marayama. Maka banyak perkataan pada hadis ini dan atas takdir sahnya tiada Mahdi itu maksum melainkan A’yasaya atau tiada Mahdi itu atas atholaqo yang lainnya datang ia kemudiannya.

Telah berkata Abana Hajara di dalam kitab Showaaa’qo bermula yang terlebih zahirnya bahawa keluar Mahdi itu dahulu daripada turun nabi A’yasaya dan bahawa zahirnya itu kemudian daripada gerhana bulan pada awal malam daripada Ramadhan dan gerhana matahari pada nisfu daripada Ramadhan maka bahawasanya seumpama yang demikian itu tiada dapat akan dia masa di jadikan Allaha tujuh petala langit dan bumi. Telah berkata Sharaqoawaya dan kata Qoyala bahawa masa Mahdi itu empat puluh tahun yang berhimpun serta A’yasaya di dalam tujuh tahun atau sembilan tahun dan terdahulu ia atasnya dengan terlebih banyak daripada tiga puluh tahun dan takhir daripadanya oleh A’yasaya tiga puluh tahun dan lebih sedikit dari kerana masa diamnya empat puluh lima tahun.

Telah berkata Sharaqoawaya dan ini tiada berlawan ia akan barang yang terdahulu daripada kesudahan diam Mahdi itu sembilan tahun. Berkata ia dari kerana bahawa sembilan tahun itu iaitu yang tinggal ia padanya dengan memilik bumi sekeliannya dan bahawa adalah memiliknya daripada permulaannya itu empat puluh tahun dan tempat beranaknya di dalam negeri Madinah dan kata Qoyala negeri pihak maghrib kemudian berpindah ia daripada Madinah kepada Bayata Al Maqodasa. Telah berkata ia bermula beberapa hadisnya itu sampai ia akan sebagai sampai mutawatir yang maknawi maka bagi angkaranya.

Telah berkata ia dan adapun barang yang datang waraada daripada bahawasanya tiada Mahdi melainkan A’yasaya abana Marayama maka iaitu serta keadaanya dhaif daripada hafaz di takwilkan dengan bahawasanya maknanya tiada Mahdi maksum yang mutlak melainkan A’yasaya abana Marayama atau makna tiada berkata bagi Mahdi itu melainkan dengan mesyuarat akan A’yasaya kerana di binakan atas bahawasanya setengah daripada wazirnya. Dan telah berkata ia pada tempat yang lain pula masuklah oleh sekelian raja-raja pada taat akan dia dan pada ketika mebaiahnya pada kali yang pertama itu adalah umurnya dua puluh lima tahun dan kata Qoyala tetapi terlebih banyak daripada tujuh ratus tahun.

Dan kata setengah adalah Imam Mahdi itu di dalam kerajaan kira-kira dua puluh tahun mengalah ia akan beberapa negeri yang besar-besar seperti Sham dan beberapa pula negeri. Setelah itu maka Imam Mahdi pun menghimpunkan beberapa askar kerana hendak berperang akan negeri Rom maka iapun berjalan dengan askarnya hingga sampailah ke negeri Rom lalu berperanglah mereka itu dengan orang negeri Rom. Maka di bunuh oleh askar Mahdi akan orang Rom itu sekira-kira banyaknya satu keti. Maka negeri Rom pun alah dan telah terdahulu jua hikayat itu runtuh kota negeri Rom itu dengan takbir jua. Kemudian lalu pergilah mereka itu ke negeri Qosathona Thoyanayaha (Konstantiniah) tempat kediaman raja Rom adalah besarnya negeri itu dua belas persakho lintangnya dan dua belas persakho bujurnya.

Dan di dalam negeri itu istana sultan Rom dan ada pada keliling istana itu sebuah kota luasnya kira-kira suatu persakho dan adalah pada kota itu tiga ratus pintu daripada besi. Dan di dalamnya sebuah rumah berhala dan dinding rumah berhala itu daripada emas dan perak. Dan adapun di dalam rumah berhala itu suatu tempat menyembah berhala lintangnya empat hasta dan bujurnya pun empat hasta bertatah dengan mutiara dan yaakut. Dan adalah tempat raja menyembah berhala itu kadar enam jengkal linrangnya dan enam jengkal bujurnya sanalah tempat raja itu menyembah berhala.

Maka tatkala sampailah Imam Mahdi ke negeri itu lalu iapun berperanglah serta ia mengucap takbir maka segala askar raja Rom pun pecahlah maka negeri Konstantiniah pun alah dan raja negeri itu pun mati di bunuh oleh Imam Mahdi serta segala hulubalangnya. Maka segala harta rampasan pun terlalu banyak di ambil oleh askar Imam Mahdi tiada terkira banyaknya hingga adalah di ambil seorang laki-laki akan permatanya sekuat membawa dia. Kemudian daripada itu orang negeri yang takluk kepada Imam Mahdi pun datang kepada Imam Mahdi mekhabarkan bahawa Dajaala (Dajal) sudah keluar dan banyak segala manusia berhimpunlah kepadanya. Setelah itu Imam Mahdi pun pergi kepada Bayata Al Maqodasa.   

Sumber : Kitab Kashafa Al Ghoyabayaha

No comments:

Post a Comment