Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Fasal pada menyatakan keluar Yaajawaja Wa Maajawaja (Yajuj Wa Majuj). Kata setengah a’lama
bahawasanya adalah Yajuj Wa Majuj itu daripada anak cucu anak Yaafata anak nabi
Nuh dan adalah kediaman mereka itu pada pihak negeri Rom maka daripada banyak
mereka itu tiada seorang juapun mengetahui dia melainkan Allaha jua dan tiada
mati seorang daripada mereka itu melainkan apabila beranak ia seribu anak
baharu ia mati.dan adalah mereka itu pergi daripada negerinya kepada negeri
yang lain maka tatkala sampailah raja Zawa
Al Qoranayana kepada tempat Yajuj Wa Majuj itu maka di tutup akan jalan
yang ia keluar kepada negeri yang lain itu dengan tembaga dan besi.
Saama, kedua Haama, ketiga Yaafata. Maka Saama itu
bapa segala A’rab dan A’jam dan Rom dan Haama
itu bapa Habshah dan Zanaa’ dan Nubah
dan Yaafata itu bapa Turki dan
Barbari dan Shoqoalayaha dan Yajuj Wa
Majuj. Bermula Turki itu kata Qoyala daripada Yajuj Wa Majuj. Dan satu riwayat
bahawa adalah anak nabi Allaha Nuh itu dua orang seorang nama Haama ialah jadi raja benua Mesir dan
seorang nama Yaafata ialah jadi raja
benua Hindustan maka Yaafata itu
bangsa A’raba ia beranak akan A’aja dan ia beranak akan A’waja dan ia beranak
akan A’naqo, ialah yang di suruh akan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama
mengambil kayu berbuat bahtera dan adalah ia terlalu besar lagi panjang bahawa
laut itu di jalankan dia hingga mata kaki jua.
Setelah itu maka A’naqo pun pergi
kepada sebuah negeri hampir negeri Rom maka berkata ia kepada raja negeri itu
“Carikan olehmu akan daku akan isteri, jika tiada kamu cari akan dia nescaya
aku kimah negeri ini”. Demi di dengar raja itu akan katanya itu maka raja itupun
hairan maka sembah wazir raja itu “Ya tuan, jika di kimahnya akan negeri kita
ini nescaya karamlah” maka lalu bersabda raja itu kepada A’naqo “Baiklah, kami
cari akan dikau akan isteri tetapi kami minta tangguh kepada engkau hingga dua
belas tahun kerana kami lihat di dalam ilmu nujum kami adalah isteri engkau itu
lagi bunting di dalam perut ibunya”. Demi di dengar olen A’naqo akan kata raja
itu maka iapun terimalah lalu ia kembali.
Setelah itu maka menyuruh oleh raja
itu segala wazirnya dan segala rakyatnya membelanjakan beberapa harta maka di
perbuat sebuah bukit yang besar di rupakan dengan rupa perempuan seolah-olah
bukit itu seperti laku perempuan yang tidur dan di isinya di dalam bukit
daripada segala daging binatang maka tatkala sampailah janjinya A’naqo itu
kepada dua belas tahun maka ia pun datanglah serta katanya akan raja itu
“Manatah yang engkau janjikan pada aku” maka di tunjukkan oleh raja itu akan
bukit yang di perbuat itu maka lalu di jimak oleh A’naqo akan bukit itu maka
jadilah ulat daripada sebab bercampur daging yang di dalam bukit itu dengan
mani A’naqo itu maka lalu jadi Yajuj Wa Majuj.
Dan tersebut di dalam riwayat hadis
bahawa sungguhnya Yajuj Wa Majuj itu yang membinasakan isi bumi maka di korek
oleh mereka itu akan bumi pada tiap-tiap hari akan tempat yang di tutup oleh Zawa Al Qoranayana itu hingga hampirlah
kelihatan matahari maka kata penghulu Yajuj Wa Majuj akan segala kaumnya
“Marilah kita kembali dahulu, esok hari kita korek pula”. Setelah itu maka
mereka itu pun kembalilah pada malam itu di kembalilah pada malam itu di
kembalikan Allaha Taa’laya yang di koreknya itu seperti dahulunya. Demikianlah
hal mereka itu sentiasa maka tatkala genaplah umur dunia itu iaitu sampai
ketika hendak Allaha Taa’laya mengeluarkan Yajuj Wa Majuj itu supaya hendak
membinasakan segala manusia maka di korek olen mereka itu akan bumi itu.
Apabila hampir kelihatan terang matahari maka kata penghulu mereka itu akan
segala kaumnya “Marilah kita kembali
dahulu, esok hari kita teruskan korek ini”.
Setelah itu maka mereka itupun
kembalilah pada besok hari pergi mereka itu kepada bumi yang di korek itu maka
di dapatnya seperti yang di korek itu maka lalu di tambah koreknya pula akan
bumi yang lagi tinggal itu lalu tembuslah dan runtuhlah tutup Zaya Al Qoranayana itu maka keluarlah
segala mereka itu pada segala manusia dan adalah manusia masing-masing di dalam
kota mereka memeliharakan dirinya maka Yajuj Wa Majuj pun memanah ke langit
maka anak panah kembali kepadanya pula berlumuran dengan darah maka iapun
berkata sama sendirinya “Telah sudah kita membinasakan isi langit” dan di rupakan kejadian mereka itu
berbagai-bagai.
Tersebut di dalam Khoazana bermula mereka itu tiga asnaf, satu asnaf seumpama pohon
Al Azara iaitu kayu dengan sama puncaknya dua puluh dan seratus hasta. Bermula
mereka itu tiada boleh melawan bagi mereka itu bukit dan tiada boleh melawan
oleh besi dan satu asnaf daripada mereka itu di buat hamparan salah suatu
daripada dua telinganya dan di buat selimut ia dengan satu yang lagi itu dan
satu asnaf daripada mereka itu lebar salah seorang daripada mereka itu dan
panjangnya bersamaan, tiada lalu mereka itu dengan gajah dan tiada lalu dengan
binatang yang liar dan tiada lalu dengan melainkan memakan oleh mereka itu akan
dia dan barang siapa yang mati daripada mereka itu di makan oleh mereka itu
akan dia dan muka mereka itu dengan negeri Sham dan nafas mereka itu dengan
negeri Khurasan, meminum oleh mereka itu akan beberapa sungai Mahayarata Thobarayata.
Dan kata Qoyala bahawasanya pada mereka
itu satu thoafata bagi tiap-tiap
seorang daripada mereka itu empat mata daripada kepalanya dan dua mata pada
dadanya dan setengah daripada mereka itu orang yang baginya satu kaki melompat
ia dengan dia akan sebagai lompat dan setengah daripada mereka itu orang yang
pakai ia dengan bulunya seperti binatang dan setengah daripada mereka itu satu thoafata tiada memakan ia melainkan
daging manusia dan tiada meminum ia melainkan darah manusia. Telah berkata oleh
Shohaba Kanaza Al Asaraara bahawa di
ramai daripada bumi anak Adam itu perjalanan seratus tahun, delapan puluh
daripadanya bagi Yajuj Wa Majuj dan sepuluh daripadanya bagi saudara dan
sepuluh bagi yang tinggal daripada segala umat.
Dan adalah satu thoafata daripada Yajuj Wa Majuj itu keluar ia atas manusia dahulu
daripada Zawa Al Qoranayana akan tutupnya dan sentiasa mereka itu keluarnya
hingga di binakan dia dan meninggal mereka itu di luar daripadanya. Maka kerana
demikian itulah di namakan akan mereka itu Turki dan kenyataan yang demikian
itu bahawa Zawa Al Qoranayana tatkala
adalah pekerjaan itu dengan membangkitkan kepada segala umat di dalam bumi
sekeliannya. Dan sungguhnya telah menolong akan dia oleh Allaha Taa’laya dengan
penolong yang amat kuat sekira-kira firman ia Anaa Makanaa Laha Faya Al Aradho
Wa Anayanaaha Mana Kala Shaya Sababaa Faatabaa’ Sababaa ertinya bahawa
kami mendiami bagi Zaya Al Qoranayana
itu di dalam bumi dan kami beri akan dia daripada tiap-tiap suatu itu akan
sebab mengikut ia akan sebab dan lalu ia dengan tempat naik matahari dan jatuh
matahari dan pihak kanan dan pihak kiri daripada bumi.
Dan sungguhnya telah menolong akan dia
oleh Allaha Taa’laya dengan nur pada hadapannya dan kelam pada belakangnya yang
memelihara ia akan dia dan sungguhnya telah memudah oleh Allaha Taa’laya baginya
akan tangannya dan hatinya. Maka tiada tersalah ia apabila berbuat ia akan
suatu perbuatan kemudian berbalik ia kepada segala umat pada tengah bumi
daripada manusia dan jin dan Yajuj Wa Majuj. Maka tatkala adalah pada setengah
jalan daripada barang yang mengiringi satu qothoa’ha
negeri Turki pihak masyrik telah berkata baginya umat yang shoalahata daripada manusia “Ya Za Al Qoranayana, bahawa antara dua
bukit itu satu makhluk daripada makhluk Allaha yang amat banyak tiada pada
mereka itu menyerupai bagi manusia.
Bermula mereka itu menyerupai binatang,
memakan oleh mereka itu akan rumput dan menangkap mereka itu akan segala
binatang yang melata pada muka bumi sekeliannya daripada ular dan kala dan
cicak dan tiap-tiap yang mempunyai ruh. Maka adakah kami jadikan bagi engkau
akan upah atas bahawa engkau jadikan antara kami dan mereka itu tutup. Bermula
yang demikian itu dari kerana bahawa mereka itu adalah keluar atas mereka pada
tiap-tiap tahun pada zaman musim Baarada
maka memakan oleh mereka itu akan tumbuh-tumbuhan yang basah dan menakung oleh
mereka itu akan yang kering supaya menaroh oleh mereka itu akan dia barang
siapa yang mendapat oleh mereka itu akan dia daripada mereka itu memakan oleh
mereka itu akan dia”.
Dan pada ketika itu di sifat mereka
itu dengan pada ayat atas zahirnya atau di harap bagi banyak anak cucunya
daripada mereka itu dan panjang umur mereka itu dua ihtimal pada ayat. Dan atas
tiap-tiap daripada dua ihtimal itulah maka jadi sebab bagi masuk Zawa Al
Qoranayana itu pada menutup dan adalah tempat kediaman Yajuj Wa Majuj itu di
belakang dua bukit itu. Dan bumi mereka itu bersangatan luas berkesudahan
kepada Bahara Mahayatho dan tiada bagi Yajuj Wa Majuj itu berjalan yang boleh
keluar mereka itu daripadanya kepada bumi yang di ramai oleh manusia itu
melainkan lapang antara bukit itu jua. Dan adalah luasnya seratus persakho dan
tiap-tiap satu persakho itu perjalanan sesangat dan setengah.
Maka perkenan akan minta mereka itu
oleh Zawa Al Qoranayana dengan tuntut barang yang lazim baginya pekerjaan pada
tuntut itu. Padahal tiada menuntut upah mereka itu seperti barang yang di
hikayat oleh Allaha Taa’laya daripadanya sekira-kira firman ia Maa
Makanaya Fayaha Rabaya Khoyara Faaa’yanawa Naya Ba Qowata ertinya
barang yang menutupi akan daku oleh tuhanku itu terlebih baik daripada upahan
kamu itu maka tolong oleh kamu akan daku dengan kuat dan aku jadikan bagi kamu
akan tuntut itu tabaraa’ daripada diriku. Dan di riwayatkan bahawasanya berkata
Zawa Al Qoranayana itu maka bagi mereka itu sediakan oleh kamu bagiku akan batu
dan besi dan tembaga hingga aku ajarkan penghulu kamu.
Maka berjalan ia hingga sampai kepada
negeri mereka itu maka mendapat ia akan mereka itu atas beberapa ehwal yang
bersalah-salahan. Maka setengah daripada mereka itu baginya kuku dan taring
seperti binatang yang buas dan setengahnya baginya dua telinga yang besar
keduanya di jadikan hamparannya salah suatu daripadanya dan buat selimut dengan
satu yang lain itu. Maka tatkala melihat oleh Zawa Al Qoranayana akan demikian
itu berpaling ia kepada antara dua lapang itu maka lalu di ukur ia akan barang
antara keduanya. Dan di korek baginya akan kaki jadaara hingga sampai ia akan air maka di binakan jadaara dengan
batu dan tembaga yang hancur. Maka tatkala sampai kepada muka bumi di binakan
ia dengan sepotong daripada besi dan yang demikian itu dengan bahawa mereka itu
berbuat mereka itu baginya akan besi itu atas kadar batu dan di bina ia dengan
dia hingga bersamaan dua pihak bukit.
Dan adalah ia tiap-tiap barang yang di
hantar satu timah daripadanya di jadikan antaranya dan antara barang yang di
atasnya itu kayu dan arama dan
seperti demikianlah hingga bahawa sempurna dua ratus hasta tingginya dan lima
puluh hasta tebalnya. Dan di hantarkan hembusan dan api keliling demikian itu
dan berkata ia bagi mereka itu hembus oleh kamu hingga jadilah besi nyala ia
seperti api dan berlari besi itu hingga berhimpun setengahnya atas setengahnya
dan tinggal padanya oleh setengah lubang dan sunyi ia. Maka di datangkan dengan
tembaga yang hancur dan timah yang hancur di tuang atasnya supaya menutup ia
akan demikian lubang itu. Maka jadi lanjang tiada tetap atasnya tapak kaki maka
tiada kuasa mereka itu bahawa hendak mezahir oleh mereka itu akan dia kerana
barang yang engkau ketahui daripada bahawa tingginya dua ratus hasta dan tiada
kuasa mereka itu baginya menembuk dari kerana tebalnya lima puluh hasta.
Dan tatkala sempurna dengan membinakan
dia berkata ia seperti tersebut di dalam Qoraana Hazaa Rahamata Mana Rabaya Faazaa
Jaa Waa’da Rabaya Jaa’laha Dakaa A’wa Kaana Waa’da Rabaya Haqoa ertinya inilah rahmat daripada tuhanku
maka apabila datang oleh janji daripada tuhanku nescaya menjadi ia akan dia
binasa dan adalah janji tuhanku itu sebenarnya. Dan sungguhnya telah engkau
ketahui akan kifayat keluar mereka itupada awal fasal iaitu di korek oleh
mereka itu oleh mereka itu hingga roboh tutup itu maka keluar mereka itu.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’nahama bahawa sungguhnya adalah Yajuj Wa Majuj itu lalu mereka itu akan laut
Thobarayaha padahal air laut itu penuh maka di minum oleh mereka itu akan air
laut itu hingga habis. Demikianlah tiap-tiap laut yang di lalunya itu habislah
di makannya barang yang di dalamnya daripada air dan ikan dan segala binatang
yang melata hingga habis daripada daun kayu dan rumput. Setelah itu di
binasakan Allaha Taa’laya akan mereka itu dengan ulat masuk ke dalam lubang
telinga mereka itu maka busuklah bumi itu dengan bangkai mereka itu. Di takdir
Allaha turun hujan daripada langit kira-kira empat puluh hari lamanya maka
segala bangkai Yajuj Wa Majuj itu habislah hanyut ke laut. Maka segala air laut
pun penuh dengan air hujan itu seperti adat yang dahulunya. Kata Wahaba anak
Manabaha radhoya Allaha a’naha adalah segala bumi itu penuh dengan Yajuj Wa
Majuj hingga tiada adalah pada suatu tempat daripada kebanyakan mereka itu.
Shahdan adalah tatkala itu manusia di dalam kota dan segala gua.
Kata empunya cerita adalah Yajuj Wa
Majuj itu melingkung ia akan segala negeri maka di ketahuinyalah tempat segala
manusia berhimpun itu negeri Bayata Al Maqodasa maka di penuhlah akan segala
manusia hingga tiada kelihatan matahari maka nabi A’yasaya dan segala manusia
pun bersembunyikan dirinya di dalam kota Bayata Al Maqodasa. Setelah itu maka
nabi A’yasaya pun meminta doa kepada Allaha Taa’laya akan membinasakan Yajuj Wa
Majuj itu maka di titahkan Allaha akan ulat masuk ia di dalam lubang telinga
itu dan kata setengah dengan sebab yang lainnya. Wa Allaha Aa’lama.
Fasal pada menyatakan keluar askar
Habshah kerana hendak meruntuhkan Bayata Allaha. Kata empunya cerita
bahawasanya adalah nabi Allaha A’yasaya itu mehukumkan segala Asalama dengan
adil hingga beberapa lamanya. Maka tatkala itu hampirlah ia akan wafat
tiba-tiba khabar kepada nabi A’yasaya bahawa raja Habshah serta dengan segala
rakyatnya yang tiada terkira-kira banyaknya sudah keluar ia daripada negerinya kerana
hendak merobohkan Kaa’bata Allaha.
Maka tatkala di dengar oleh nabi
A’yasaya akan khabar itu maka di suruh oleh nabi A’yasaya beberapa askar
daripada Bayata Al Maqodasa pergi memerang Habshah maka sekelian mereka itu pun
pergilah maka tatkala berdampak kedua pihak askar itu maka peranglah mereka itu
akan sebagai perang yang amat sangat. Maka takdir Allaha Taa’laya askar nabi
A’yasaya pun pecah perang lalu kembalilah mereka itu. Maka tatkala hampirlah ke
Bayata Al Maqodasa maka melihat akan orang yang keluar daripada Bayata Al
Maqodasa maka bertanya mereka itu “Apa khabar Bayata Al Maqodasa?”. Maka sahut
orang itu bahawa nabi Allaha A’yasaya sudah wafat di tanamkan dia di Bayata Al
Maqodasa”.
Dan pada satu riwayat yang mahsyur itu
di bawa orang ke Madinah yang maha mulia di tanamkan orang di sisi kubur rasul
Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bersama-sama dengan Abawa Bakara dan
A’mara radhoya Allaha a’nahama. Setelah itu maka Kaa’bata Allaha pun di
runtuhkan oleh askar Habshah, di hantar oleh askarnya akan batu Bayata Allaha
daripada Kaa’bata itu hingga sampai ke Jedah beranjak-anjakan dengan tangan
seorang kepada tangan seorang lalu di buangkan kepada laut. Maka tatkala itu
segala kaum Asalama pun alahlah dan tiada seorang naik haji lagi tatkala itu
terbit matahari daripada pihak maghrib.
Fasal pada menyatakan keluar Daabata
Al Aradho dan segala sifatnya. Maka antara nabi A’yasaya tawaf dengan Bayata
Allaha bergerak-gerak bumi daripada bawah mereka itu dan pecah Shofa daripada
barang yang mengiringi Mashaa’ra Al
Haraama maka keluar kepala Daabata Al Aradho daripada Shofa berlari kuda
tiga hari dan tiada keluar satu tsalatsanya dan kemudian daripada keluarnya
menyapu kepalanya akan awan. Dan tersebut di dalam hadis bahawa panjangnya enam
puluh hasta dan baginya kaki dan bulu yang halus atas bulu dan bulu seperti
burung dan dua sayap tiada melompat akan dia oleh orang lari dan tiada mendapat
akan dia akan orang yang menuntut.
Dan cerita daripada Kaa’ba bahawa
rupanya seperti hamar dan kata Qoyala kepalanya seperti kepala lembu dan
matanya seperti mata babi dan telinganya seperti telinga unta dan tengkoknya
seperti tengkok burung naamah dan dadanya seperti dada harimau dan warnanya seperti
warna harimau akar dan pinggangnya seperti pinggang kucing dan ekornya seperti
ekor kibas dan tapak kakinya seperti tapak kaki unta. Ada sertanya tongkat nabi
Allaha Musa dan cincin nabi Sulaiman dan menyapu ia akan orang yang mukmin pada
mukanya maka jadilah mukanya itu bercahaya-cahaya dan di cap ia atas muka
segala kafir maka jadilah ia hitam dan menyeru ia bagi orang Asalama “Ya
Masalama” dan menyeru ia bagi orang kafir “Ya kafir”.
Firman Allaha Taa’laya Wa
Azaa Waqoa’ Al Qowala A’laya Hama ertinya dan apabila jatuh perkataan
atas mereka itu ertinya apabila hampir jatuh perkataan dan dan iaitu barang
yang di janjikan mereka itu dengan dia daripada bangkit dan azab kami keluarkan
bagi mereka itu Daabata Al Aradho yang berkata ia akan mereka itu daripada
perkataan dan bersalah-salahan perkataannya. Maka kata Qoyala dengan
membatalkan segala agama melainkan agama Asalama dan kata ia “Hai si anu engkau
daripada ahli syurga dan hai si anu engkau daripada ahli neraka” dan kata
Qoyala berkata ia bahawasanya segala manusia adalah mereka itu tiada percaya
mereka itu dengan ayat kami atau tiada yakin mereka itu dengan keluar kami.
Dan telah berkata Abana A’mara keluar
Daabata Al Aradho pada malam Jumaat dan manusia berjalan mereka itu kepada
manaya maka keluar ia atas manusia dengan ekornya dan punggungnya dan tiada
tinggal orang yang munafik itu melainkan dipecah ia akan dia dan tiada tinggal
orang yang mukmin melainkan di hapus ia akan dia dan iaitulah merada dengan
kiraat Takalama Hama dengan fatahanaa dan takhfif lama di ambil
makna daripada kalam iaitu luka. Bahawasanya nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama di tanyakan daripada tempat keluarnya mama sabdanya daripada yang
terlebih besar masjid hormat atas Allaha Taa’laya yakni Masjid Al Haram. Dan
riwayat daripada hadis Marafawaa’ keluar Daabata Al Aradho daripada seelok-elok
dan telah berkata A’laya telah lalu tiga hari dan manusia menilik mereka itu
maka tiada keluar ia melainkan satu tsalatsanya dan kemudian daripada sempurna
keluarnya menyapu kepalanya akan awan dan dua kakinya pada bumi Fasabahaana Al Qoadara.
Fasal pada menyatakan terbit matahari
daripada maghrib. Adalah tersebut di dalam hadis bahawasanya adalah tiap-tiap
hari matahari itu tatkala masuk ia mengadap ia ke bawah Arash di atas tujuh
petala langit lalu sujudlah ia pada hadrat Allaha Taa’laya serta segala
malaikat yang menghela matahari itu. Kata empunya cerita maka datanglah Jibril
bersama-sama dengan segala malaikat yang menanggung Arash dan malaikat yang
memelihara akan matahari. Maka apabila hampir hendak naik matahari maka iapun
bermohon kepada hadrat Allaha Taa’laya di bawa oleh malaikat akan dia kepada
langit yang keempat kepada tempat kediamannya. Maka iapun terbitlah seperti adat
pada tiap-tiap hari demikian lagi bulan pun hingga datanglah kepada masa terbitnya
daripada pihak maghrib.
Maka matahari pun bermohon ke hadrat
Allaha Taa’laya hendak terbit seperti adatnya yang sedia kala maka tiada di
anugerahi Allaha Taa’laya akan dia lalu di tahan oleh Allaha Taa’laya akan dia
kira-kira tiga malam lamanya. Maka tiada seorang juapun mengetahui akan
matahari tiada terbit itu melainkan sedikit jua yang mengetahui dia iaitu
segala yang abid dan segala yang Talawata
Al Qoraana dan adalah segala mukmin yang sentiasa Talawata Al Qoraana itu di bacanya Al Qoraana itu seperti adatnya
ia membaca Al Qoraana pada taip-tiap
malam maka di sudahkan membaca dia maka di lihat akan malam itu belum lagi
fajar maka di ulanginya pula bacanya itu sekali lagi itu pun belum juga fajar
maka di ketahuinyalah bahawa tiga malam lamanya.
Maka di titahkan Allaha Taa’laya akan
Jibril A’layaha Al Salama pergi kepada matahari dan bulan maka iapun pergilah
serta katanya “Hai matahari dan bulan, bahawasanya firman Allaha Taa’laya akan
kedua kamu suruh terbit daripada pihak maghrib”. Maka tatkala mendengar oleh
matahari dan bulan akan firman Allaha Taa’laya akan demikian itu maka iapun menangislah
daripada sangat takutnya akan bahaya hari kiamat itu. Maka tatkala itu matahari
dan bulan pun terbitlah daripada pihak maghrib dengan tiada sangat bercahaya
keduanya maka tatkala itu sekelian manusia pun menangislah serta merendahkan
dirinya kepada Allaha Taa’laya dan adalah segala orang yang lali itu di dalam
lali jua. Kemudian berseru-seru suatu suara demikian bunyinya “Bahawa sekarang
tertutuplah pintu taubat” maka melihat oleh segala manusia akan matahari dan
bulan itu hitam keduanya lagi tiada bercahaya seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Jamaa’ Al Shamasa Wa Al Qomara ertinya di himpunkan matahari dan bulan.
Setelah itu matahari dan bulan pun
naiklah seolah-olah dua ekor unta yang berkital-kital kedua matanya maka segala
manusia pun masing-masing berjabat tangannya kerana kedatangan bahaya amat besar
itu dan segala ibu bapa pun menangis akan anaknya dan segala bintang pun
gugurlah. Adapun segala hamba Allaha yang di peliharanya lagi sholeh bahawa
pada hari itu beroleh manafaat mereka itu daripada tangisnya dan segala kafir
pada hari itu tiada memberi manafaat akan mereka itu tangisnya lagi menyesallah
mereka itu dengan sesal yang amat sangat. Maka apabila sampailah matahari dan
bulan kepada tengah langit maka datanglah Jibril A’layaha Al Salama kepada
keduanya maka di pegangnya akan matahari dan bulan itu lalu di helanya kepada
pihak maghrib maka tiadalah keduanya masuk pada tempat sedia tetapi adalah
keduanya masuk pada pintu taubat.
Kata riwayat tatkala nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama bercerita itu di hadapan sayadana A’mara radhoya
Allaha a’naha maka sembah ia “Ya rasul Allaha, apa pintu taubat itu?” maka
sabdanya “Bahawa pintu taubat itu di jadikan Allaha Taa’laya di belakang pihak
maghrib itu iaitu suatu pintu daripada syurga dan adalah pada pintu itu dua
perdiriannya itu bertatahkan mutiara dan yaakut adalah luas pintu itu
sekira-kira empat puluh tahun perjalanan kuda yang pantas. Maka adalah pintu
itu sentiasa terbuka ia selama-lamanya masa di jadikan Allaha Taa’laya akan
segala makhluk hingga datang kepada pagi malam yang terbit matahari daripada
pihak maghrib itu. Maka barang siapa daripada hamba Allaha Taa’laya taubat Nashowaaha daripada masa nabi Allaha
Adam datang kepada hari ini di angkatkan Allaha Taa’laya taubat mereka itu
daripada pintu itu”.
Dan adalah tatkala nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama berkhabar itu Maa’za bana Jabala ada hadir lalu ia berdatang
sembah “Ya rasul Allaha, apa taubat Nashowahaa
itu” maka sabdanya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Sesal seorang hamba
Allaha Taa’laya akan dosanya yang telah lalu itu dan tiadalah ia kembali lagi
kepada berbuat dosa itu selama-lamanya seperti yiada dapat kembali air susu
kepada tempatnya yang keluar itu maka taubat yang demikian itulah di namakan Nashowahaa lagi di terima oleh Allaha Taa’laya.
Kata yang empunya cerita maka di
himpunkan Jibril akan matahari dan bulan kepada pintu taubat itu maka
bertemulah keduanya seolah-olah tiadalah bercerai maka tatkala itulah tertutup
pintu taubat. Kemudian tiadalah di terima Allaha Taa’laya taubat dan tiada
memberi manafaat segala amal yang kebajikan daripada segala yang berbuat
kebajikan seperti firman Allaha Taa’laya Yawama Yaataya Baa’dho Ayaata Rabaka Laa
Yanafaa’ Nafasaa Ayamaana Haa Lama Takana Amanata Mana Qobala Awa Kasabata Faya
Ayamana Haa Khoyaraa ertinya pada hari yang datanglah oleh setengah
tanda daripada tuhan engkau itu tiada memberi manafaat akan nafas itu oleh imannya
yang tiada ada ia beriman ia daripada masa dahulunya atau berusaha ia pada
imannya akan kebajikan. Setelah itu di anugerahi Allaha Taa’laya akan matahari
dan bulan itu cahaya lalu terbitlah keduanya seperti adatnya dan masuklah
keduanya seperti masa dahulu. Adapun manusia kemudian daripada itu adalah
mereka itu meramaikan dunia dan segala sungai pun mengalirlah dan bertanamlah
mereka itu segala pohon kayu dan tumbuh-tumbuhan pun tumbuhlah. Demikianlah hal
dunia hingga datang kepada hari kiamat.
Adapun perkataan atas mengangkatkan Qoraana maka antara tiba-tiba segala
manusia bermalam ia dan berpagi-pagi dan tiba-tiba dengan Qoraana sungguhnya terangkat ia daripada mashohaf dan tiada dapat
padanya satu huruf dan bermalam mereka itu dan berpagi-pagi mereka itu dan
sungguhnya terangkat ia daripada dada laki-laki maka tiada hafaz seorang akan
satu huruf. Dan di riwayat daripada A’bada Allaha bana Masaa’wada eadhota
Allaga a’naha bahawasanya berkata ia “Baca oleh kamu akan Qoraana dahulu daripada bahawa di angkatkan dia maka bahawasanya tiada
berdiri kiamat hingga di angkatkan dia”. Di kata orang “Yaa Abaa A’bada Al
Rahamana, betapa di angkatkan dan sungguhnya kami sebutkan akan dia di dalam
dada kami dan mashohaf kami” berkata ia “Berjalan atasnya pada malam maka tiada
ingat ia dan tiada membaca yakni tiada dapat membaca ia suatu huruf”.
Dan tersebut di dalam Nafaraawaya firman Allaha Taa’laya Faara
Taqoba Yawama Naataya Al Samaa Ba Dakhoaana Mabayana Al Ayaata ertinya maka nantikan olehmu
pada hari yang datang oleh langit dengan asap yang amat nyata hingga akhir
ayat. Kata Abana A’basa dan lainnya iaitu asap dahulu daripada berdiri kiamat
yang masuk ia pada telinga kafir dan munafik dan mendatang ia akan orang yang
mukmin seperti kelakuan penyakit Zakaama
dan adalah bumi sekeliannya itu seperti satu rumah yang di nyalakan api di
dalamnya yang tiada padanya kayu. Kemudian bertiup angin yang lemah lembut maka
tiada tinggal ia akan satu mukmin melainkan di matikan oleb angin itu akan dia
maka tiada tinggal atas muka bumi orang yang berkata Allaha.
Dan tersebut di dalam Tahafaha Al Akhowaana di riwayat orang
bahawa Allaha A’za Wa Jala bangkit ia akan angin daripada Yaman terlebih lembut
daripada sutera dan terlebih baik bau daripada kasturi maka tiada meninggal ia
akan seorang yang di dalam hatinya Matsaqoala
Zarata daripada iman melainkan memati
ia akan dia dan tinggal manusia. Kemudian daripada itu seratus tahun tiada
mengenal mereka itu akan agama dan tiada segala agama. Bermula mereka itu
kejahatan makhluk dan atas mereka itu berdiri kiamat dan bermula mereka itu di
dalam pekan mereka itu berjual beli mereka itu.
Dan tersebut di dalam hadis tiada berdiri
kiamat hingga tiada menambah akan Allaha Taa’laya dalam bumi seratus tahun
kemudian hasil tiga tersalam, satu tersalam dengan masyrik dan kedua tersalam
ia dengan maghrib dan ketiga tersalam ia dengan jazirah Al A’rab seperti yang datang
ia pada beberapa khabar. Kemudian keluar ia daripada pertengahan negeri A’dana iaitu negeri pihak laut negeri
Yaman menghalau ia akan manusia daripada masyrik kepada maghrib dan daripada
maghrib kepada masyrik, dua orang atas seekor unta dan tiga orang atas satu
unta dan terkejut jin dan lari ia kepada segala pulau maka kembali akan dia
oleh segala malaikat . Wa Allaha Aa’lama.
Maka antara itu datang tatkala itu
adalah setengah daripada manusia tengah menyuap makanan maka makanan pun tiada
ada tersuap dan setengah daripada manusia hendak meminum air maka air itupun
tiadalah terminumnya tiba-tiba datanglah kiamat seperti firman Allaha Taa’laya Wa
Lataatayana Hama Baghotata Wa Hama Laa Yashaa’rawana ertinya bahawa
sungguhnya tiba-tiba datang ia yakni kiamat akan mereka itu padahal bersegera
dan tiada mereka itu mengetahui oleh mereka itu.
Sumber : Kitab Kashafa Al Ghoyabayaha
No comments:
Post a Comment