Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, January 17, 2011

Awala Al Dayana Maa'rafayata Allaha

Permulaan agama mestilah MENGENAL ALLAHA.

Firman Allaha :-

Ya Mahamada kenalkanlah DIRI kamu sebelum kamu Mengenal Aku dan sebenar-benar kenal Diri kamu ialah Engkau Kenal Aku

Allaha juga Berfirman :-

Ya Mahamada Aku jadikan baharu alam ini kerana Engkau dan Aku jadikan engkau kerana Aku. Maka engkau inilah sebenar-benarnya RAHSIA AKU.

Dengan ini bererti kita mesti berpegang kepada pokok kesimpulan RAHSIANYA itu yakni kita mesti betul betul kepada pengertian dan pemahaman RahsiaNya itu dengan terang dan jelas.

Marilah kita renungi Firman.

Firman Allaha saperti berikut :-

Aku tidak memandang kepada rupamu yang cantik...pengetahuanmu yang banyak, jika kamu tidak Mengenal Aku. Maka sia sia sajalah amal kebajikan serta solat kamu yakni umpama debu yang berterbangan di udara di tiup angin. Engkau itu Aku dan Aku itu engkau.

Oleh itu saudaraku sekalian kamu, tuntutlah betul-betul dan pelajarilah dengan sungguh sungguh serta kajilah dengan mendalam agar kamu DAPAT MENGENAL ALLAHA dengan sebenar-benarnya. Mudah-mudahan Allaha akan mengangkat Darjat kamu menjadi AHLI SUFI dan WALINYA.

Sebanyak manapun kitab kita baca, kaji dan pelajari INTIPATI yang perlu kita dapat dan perolehi hanya EMPAT ( 4 ) PERKARA sahaja yaitu perkara yang membolehkan amal ibadah kita diterima dan diakui oleh Allaha Sabahana Wa Ta A'laya.

Perkara itu ialah :-

Pertama Mengenal Allaha dengan sebenar-benar pengenalan dengan bukti yang terang dan jelas.
Kedua sentiasa dalam TUBUH ALLAHA dengan bukti yang terang dan jelas juga.
Ketiga sentiasa mendengar SERUAN ALLAHA juga dengan bukti yang jelas dan terang.
Keempat Datang dari Allaha kembali kepada Allaha dengan pedoman yang sebenar-benarnya terang dengan bukti yang jelas.

Sesungguhnya keputusan perkara-perkara diatas, nampaknya senang dibaca tetapi tiap tiap satu perkara di atas bukanlah mudah diperolehi pemahaman dan pegangan keimanannya walaupun kita telah membaca mengkaji banyak buku, berguru dengan ramai guru. Jika kita tidak menemui/ditemukan dengan buku buku dan guru guru yang benar benar dapat memberi petunjuk untuk pemahaman kita secara terang dan jelas.


Peringatan Tentang Sembahyang

Barangsiapa menyembah NAMA TANPA MAKNA bahawasanya ia KUFUR

Barangsiapa menyembah MAKNA TANPA NAMA bahawasanya ia MUNAFIK

Barangsiapa menyembah NAMA DAN MAKNA dengan HAKIKAT MAKRIFAT mereka itulah orang2 beriman sebenar-benarnya

Barangsiapa meninggalkan NAMA DAN MAKNA bahawasanya mereka itulah ARIF BA ALLAHA

Solah Daim itu ialah solah tanpa huruf tanpa suara tanpa apa apa perbuatan. Ianya ialah kerja HAYAT atau kerja HIDUP. Yang Hidup itu ialah NUR ALLAHA atau Nur Mahamada yakni Nyawa.

Atas dasar di ataslah mengapa hamba menanyakan makna Allah yg di sembah oleh orang2 Islam dan apabila di tanya kpd JAKIM, tiada jawapan yang dapat di berikan.

Sumber: Kitab Tok Guru Peramu

No comments:

Post a Comment