Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, January 15, 2011

Penubuhan Kerajaan Bentan

Hataya berapa lamanya maka tuan puteri pun hamillah maka Sang Perba pun terlalu sukacita melihat isterinya hamil itu setelah genap bulannya maka tuan puteri pun beranaklah seorang laki2 terlalu elok parasnya dan sikapnya. Maka Sang Perba pun terlalu sukacita hatinya kerana melihat anakanda baginda itu maka di namai oleh baginda Sang Maniaka maka dipeliharakannya dengan sepertinya. Syahdan maka baginda pun mengasihi anakanda dengan sepertinya maka di pungut segala budak2 akan inang pengasuh anakanda baginda bermain2 itu. Hataya berapa lamanya antara maka tuan puteri pun hamillah pula telah genaplah bulannya akan berputera maka tuan puteri pun beranaklah seorang laki2 amat elok rupanya. Maka di namai oleh baginda Sang Jaya Nantaka maka di peliharakan oleh ayahanda baginda dengan sepertinya. Maka dipungutnya inang pengasuh akan teman anakanda baginda bermain di tahunya akan anakanda itu kelak menjadi raja besar. Hataya maka berapa lamanya maka tuan puteri pun hamil pula telah genap bulannya akan berputeralah maka tuan puteri pun berputeralah pula seorang laki2 terlalu elok rupanya. Maka di pelihara oleh baginda seperti di peliharalah anakanda kedua itu maka di namai oleh baginda Sang Manika. Hataya berapa lamanya tuan puteri pun hamillah pula setelah genaplah bulannya maka tuan puteri pun berputeralah seorang laki2 terlalu elok rupanya dan baik parasnya maka di namai oleh baginda Sang Setiaka.

Maka Sang Perba pun naik keinderaaan mengadap ayahanda bonda baginda itu. Maka Sang Matayaka pun telah melihat cucunda baginda itu datang maka diambil oleh baginda dipeluk di cium akan cucunda itu dan dianugerahi akan cucunda itu beberapa pakaian keinderaan emas yang bertatahkan ratna mutu manikam dan berapa pakaian yang indah2. Telah berapa hari lamanya baginda duduk mengadap ayahanda baginda maka iapun bermohon kembali ke Bukit Seguntang duduk memelihara anakanda baginda. Maka mahsyurlah pada segala negeri bahawa raja di Bukit Seguntang itu sudah berputera empat orang laki2. Maka orang segala negeri itupun pergilah mengadap masing2 dengan persembahannya. Maka di anugerahi oleh baginda akan segala mereka itu maka segala mereka pun terlalu sukacita. Maka anakanda baginda pun besarlah maka ayahanda bonda baginda terlalu kasih akan anakanda baginda itu. Maka Sang Perba tahulah akan anakanda baginda keempatnya itu menjadi raja besar datang kepada akhir zaman anak cucunya di atas tahta kerajaan. Maka anak raja keempat itupun terlalu berkasih kasihan keempat bersaudaranya maka seketika pun tiada akan bercerai makan dan tidur pun bersama2 juga. Maka Bukit Seguntang itupun menjadi perbandaran besarlah. Maka mahsyurlah negeri yang tiada beraja masing2 hendak pohonkan baginda serta duduk menantikan sementara besar anak anak raja itu juga dapat akan memerintah kerajaan. Maka masing2 pada layaknya di berikan oleh baginda maka senantiasa mereka itu masuk mengadap baginda . Hataya berapa lamanya maka segala mereka itupun bermohonlah kepada Sang Saperba kembali ke tempatnya demikianlah hal mereka itu.

Maka anak raja keempat itupun besarlah bermain2 keempat bersaudara ke padang memakai baju zirah kerajaan yang bertatahkan ratna mutu manikam. Apabila hari hampir akan petang maka iapun kembalilah. Demikianlah pekerjaan anakanda baginda keempat itu. Adapun Sang Saperba apabila ia rindukan ayahanda bonda baginda itu maka ia naiklah keinderaan mengadap maka ayah bondanya pun demikian juga apabila hendak bermain ke dunia maka baginda pun turun ke Bukit Seguntang mendapatkan anakanda dan cucunda keempat itu. Maka bagindapun terlalu suka hatinya. Syahdan berapa pakaian dari keinderaan di anugerahikan cucunda baginda keempatnya itu maka Sang Perta Dewa pun bertitah “Adapun cucuku keempat ini menjadi raja besar di dalam dunia ini datang kepada anak cucunya". Syahdan asal raja turun di Bukit Seguntang serta memeluk mencium akan cucunda baginda keempat maka baginda pun kembali keinderaan maka Sang Saperba mengantarlah ayahanda baginda berapa hari duduk di keinderaan maka baginda pun bermohon kembali ke Bukit Seguntang Biru memelihara akan anakanda baginda keempatnya itu. Apabila tiada kelihatan maka di suruh baginda cari demikianlah pekerjaan baginda itu.

Sebermula ada seorang nakhoda ia berahi hendak melihat rupa anak raja itu maka nakhoda itupun berlengkap dengan persembahan maka keluar nakhoda itu pun bermuat ke perahu beberapa selangnya maka nakhoda itupun turun ke perahu lalu berlayar menuju ke Palembang. Hataya berapa lamanya berlayar itu maka nakhoda itupun hampir sampailah ke Palembang. Sebermula maka anak raja keempat itupun memakai baju anta kesapam lalu pergilah bermain2 kepada pulau itu mengambil buah buahan terlalu suka. Syahdan maka perahu nakhoda itupun sampailah ke pulau itu maka nakhoda itupun turun hendak mandi dan hendak mengambil air kayu dengan segala anak perahunya maka nakhoda itupun berjalan2. Bermula anak raja keempat itupun bermain pada tepi perigi itu maka tiada dilihatnya orang datang itu maka nakhoda itupun pergilah pada perigi itu maka dilihatya ada budak2 empat orang terlalu baik rupanya maka fikir nakhoda itu bukan gerangan anak manusia budak2 ini kalau2 anak dewa2 gerangan maka segera di usirnya maka dilihatnya oleh anak raja keempat itu orang datang itu maka ia hendak berlari tiada sempat maka kata Sang Maniaka “Mari kita bersembunyi di balik batu hampar telaga ini”. Maka sahut oleh ketiga bersaudara itu baiklah maka keempat anak raja itupun bersembunyilah.


Maka nakhoda itupun datang pada telaga itu maka dilihat budak2 keempat itupun tiadalah tampil lagi maka di cari oleh segala juak2 perahunya itupun tiada bertemu. Maka nakhoda itupun mencari maka di cari oleh juga akan budak2 itu tiada “Kemana perginya sekarang kita lihat” maka di carinya juga tiada bertemu maka nakhoda itupun hairanlah akan dirinya. Maka kata nakhoda itu “Pada bicara hamba anak dewa2 gerangan maka dengan seketika ini juga lenyap pada mata kita”. Sekelian orang itupun hairanlah maka nakhoda itupun mandilah dan segala juak2 perahu itupun mandilah serta mengambil air dan kayu. Setelah sudah maka masing2 pun turunlah ke sampan lalu di kayuh ke perahunya. Maka anak raja keempat itupun keluarlah lalu kembali ke Bukit Seguntang.

Maka baginda pun tertanya kepada anakanda baginda itu “Kemana pergi tuan keempat bersaudara”. Maka tiada ayahanda lihat maka Sang Maniaka pun berceritalah tatakala ia pergi pada pulau itu bertemu dengan sebuah perahu hendak mengambil air maka tiada sempat patik lari “Maka patik bersembunyi pada suatu tempat. Setelah nakhoda kembali patik keempat bersaudara pun keluarlah”. Maka berderau hati baginda serta bertitah “Hai anakku dan buah hatiku lain kalinya jangan engkau demikian. Tiadakah tuan ada hamba jika tuan hendak pergi bermain beritahu ayahanda boleh ayahanda kerahkan segala rakayat mengiringkan tuan”. Maka anak raja itupun diamlah maka baginda keempat itupun di ceritakan kepada permaisuri maka kata permaisuri dengan air matanya “Aduh anakku mengapa maka demikian pekerti tuan tiadakah tuan ada hamba jikalau tuan hendak pergi bermain pun beritahukan ayahanda bonda supaya boleh ayahanda bonda suruh lengkapkan segala rakyat bala tentera tiadalah baik pekerti tuan demikian itu”. Maka oleh permaisuri di mandikan anakanda baginda keempat itu dan diberinya memakai pakaian maka kata permaisuri “Aduh tuan, bonda melihat tuan itu seketika pun tiada dapat bercerai diadap orang pun bersama2”. Demikianlah baginda memeliharakan anakanda baginda itu maka segala orang sana sini pun senantiasa datang mengadap baginda.

Sebermula nakhoda itupun sampailah ke Palembang maka ia pun bersiaplah berlengkap persembahan setelah sudah maka lalu ia berjalan ke Bukit Seguntang berapa antaranya maka sampailah lalu ia datang kepada Syahbandar maka kata nakhoda itu “Ya syahbandar hamba sekelian ini datang hendak mengadap duli Shah Alam”. Maka kata syahbandar “Baiklah mari kita pergi” lalu berjalan maka bagindapun sedang ramai di adaplah segala menteri dan hulubalang. “Marilah nakhoda duduk” maka nakhoda itupun sujud lalu duduk menyembah maka titah baginda “Hai nakhoda apa pekerjaan datang ke negeri kita ini kerana bukan bandar besar”.

Maka sembah nakhoda itu “Daulat tuanku patik memohon ampun dan kurnia patik hendak berniaga serta patik hendak mengadap duli tuanku juga kerana barangsiapa melihat rupa raja itu bahawasanya ia bertemu dengan Allaha Ta A’laya demikianlah”. Maka bagindapun tersenyum maka nakhoda itupun tiadalah lain dipandangnya melainkan anak raja keempat itu juga di pandangnya. Maka nakhoda melihat anak hamba ini dan apa penglihatan nakhoda itu maka sembahnya “Daulat tuanku ada tatkala patik tiada beroleh angin maka patik keputusan air dan kayu. Maka patik bertemu dengan sebuah pulau antara Palembang ini maka patik naik ke pulau itu hendak mengambil air dan kayu. Maka patik lihat budak2 empat orang terlalu baik parasnya dan pakaiannya keempatnya maka oleh segala teman patik dikatakan budak2 lari. Maka budak keempat itupun lari hampir telaga batu lalu ghaib keempatnya tiadalah bertemu dengan patik2 sekelian. Maka patik lihat rupa budak keempat orang itu seperti akan rupa paduka anakanda inilah besarnya dan pakaian nya pun tiada bersalahan sebab itulah maka patik sekelian memandang paduka anakanda ini. Pada bicara patik budak empat orang yang bertemu dengan patik itu entah pun anak dewa2 indera juga rupanya maka sekonyong2 ghaib daripada mata patik sekelian ini”.


Apabila baginda mendengar sembah nakhoda itu maka baginda pun tersenyum seraya bertitah “Hai nakhoda jika ada budak keempat itu adakah nakhoda sekelian kenal?”. Maka sembah nakhoda itu dan kawan2nya sekelian “Daulat tuanku Shah Alam patik kenal tuanku keempatnya kerana patik sekelian lihat hamper juga tiada juga jauh”. Raja mendengar sembah nakhoda demikian itu maka baginda pun tersenyum lalu bertitah “Hai nakhoda, pada bicara kita jikalau nakhoda lihat pun tiada di kenal oleh nakhoda kerana budak2 keempat itu sungguhpun manusia seperti anak dewa2 dan indera juga”. Telah di dengar oleh nakhoda titah baginda demikian itu iapun tahulah akan erti titah baginda itu bahawa di katakan itu anakanda bagindalah. Maka nakhoda itupun di persalinnya setelah sudah baginda memberipersalinan akan nakhoda itu mak iapun bermohonlah lalu jalan kembali ke Palembang.

Al Kisah maka tersebutlah perkataan segala orang besar2 di dalam negeri Bentan itu sebab tiada beraja maka ia apa bicaralah mendengar khabar bahawa Bukit Seguntang itu sekarang di turunkan Allaha Ta A’laya bernama Sang Saperba. Maka sekarang Sang Saperba itu sudah menjadi raja dan beranak empat orang laki2 terlalu elok rupanya kerana asalnya Sang Saperba itu anak raja keinderaan. Setelah mereka itu mendengar khabar demikian itu maka segala orang besar2 di Singapura dan di tanah Bentan sekelian pergi ke Bukit Seguntang mengadap baginda di Bukit Seguntang itu memohonkan anakanda baginda itu seorang supaya kita rajakan di tanah Bentan ini kerana anak raja itu asalnya anak raja keinderaan kerana kita sekelian tiada bertuan. Setelah sudah berbicara maka segala mereka itupun berkerah serta berlengkap semuanya itu berlayarlah dan lancang tujuh buah berlengkap akan persembahan dengan segala bunyi2an terlalu gempita bunyinya menuju tanah Palembang.

Hataya berapa lamanya berlayar itu maka sampailah ke Palembang. Maka tuan2 itupun naik ke darat dengan segala persembahannya lalu berjalan ke Bukit Seguntang. Maka segala tuan2 itupun datang mendapatkan shahbandar maka ditanyanya oleh shahbandar “Apa pekerjaan tuan2 sekelian datang ini. Utusan dari mana dan siapa nama rajanya”. Maka kata segala orang besar2 itu “Adapun kami sekelian datang ini sahaja hendak mengadap duli Shah Alam serta hendak menjadi hamba pada kebawah duli Shah Alam”. Setelah Shahbandar mendengar kata2 demikian itu maka shahbandar pun pergi mengadap serta berdatang “Daulat tuanku Shah Alam, maka adalah orang Singapura datang hendak mengadap duli tuanku, maka maksudnya hendak menjadi hamba pada ke bawah duli Shah Alam”. Maka titah baginda “Bawalah ia kemari” maka shahbandar pun segera keluar pergi maka segala orang2 Bentan dengan segala orang2 Singapura itupun hadirlah dengan segala persembahannya, masing2 menantikan titah duli Shah Alam.

Setelah Shahbandar datang maka katanya “Hai tuan sekelian masuklah segera kerana titah suruh masuk”. Maka bagindapun ada keluar di pengadapan di adap oleh segala menteri pegawai. Maka pada ketika itu tahta kerajaan pun sudah di hiasi maka orang Bentan dan orang Singapura pun berjalanlah beriring2 membawa persembahan daripada kampong shahbandar lalu ke balairong. Maka baginda pun sudah hadir di adap orang di atas singgahsana bertatahkan ratna mutu manikam. Maka segala tuan2 itupun datanglah di bawa oleh shahbandar, apabila di lihat oleh raja, segala tuan2 itu maka titah baginda “Marilah tuan2 sekelian kita hendak bertanyakan khabar negeri Bentan dan Singapura”. Maka segala tuan2 itupun menyembah lalu duduk maka titah baginda “Hai tuan2 sekelian, apa kehendak tuan2 datang ke negeri kita ini bukan bandar besar”.

Maka sembah segala mereka itu “Daulat tuanku Shah Alam, patik2 sekelian ini hamba yang dhoif lagi hina memohonkan ampun dan kurnia ke bawah duli Shah Alam. Patik2 sekelian datang ini hendak memohonkan ampun kurnia pada ke bawah duli yang maha mulia jikalau di kurnia oleh Shah Alam maka berani patik berdatang sembah”. Maka titah baginda “Hai tuan2 sekelian apa maksud tuan2 sekelian katakan juga kita dengar, jika ada pada kita tiada kita menahani maksud tuan2 itu”. Demi mendengar titah demikian itu maka segala tuan itupun membuangkan kerisnya lalu meniarap sujud di hadapan baginda maka sembah segala tuan2 itu “Daulat tuanku, patik sekelian ini hamba yang hina lagi dhoif hendak memohonkan ampun lagi kurnia pada ke bawah duli Seri Maharaja jika ada kurnia akan patik apa sekeliannya ini di pohonkan paduka anakanda seorang supaya patik sekelian pertuankan juga. Shahdan datangkan pada anak cucu patikpun di pertuankan juga tiada mau bertuan lain daripada asal anak cucu Shah Alam”.

Setelah Sang Saperba mendengar sembah segala mereka itu maka titah baginda “Adapun anak kita yang tua yang bernama Sang Maniaka itu kita berikan”. Maka bagindapun berlengkaplah segala kelengkapan kerajaan setelah sudah maka dipilih baginda anak orang yang berasal empat puluh orang akan menjadi teman anakanda baginda dan empat orang anak pegawai dan empat puluh orang anak keluaran jadi biduanda dan empat puluh anak dara2 perempuan yang baik parasnya akan dayang2. Setelah sudah lengkap maka baginda pun memeluk mencium paduka anakanda baginda Sang Maniaka. Maka iapun masuk ke dalam istana mendapatkan bonda baginda maka dipeluk di cium oleh bonda baginda dan ditangisnya serta katanya “Hai anakku dan buah hatiku adapun engkau di atas kerajaan itu baik2 memeliharakan segala rakyat2 dan terlebih2 perkasamu akan segala tenteramu dan jangan engkau takbur dan riya kerana negeri dunia ini tiadakan kekal melainkan nama yang baik itu juga menjadi bekal ke akhirat. Jika sudah mati sekalipun, nama nenek moyang dan nama kamupun di sebut orang pada segala negeri yang lain”. Demikianlah pengajar bondanya akan anakanda baginda itu maka Sang Maniaka pun bermohonlah kepada ayahanda dan bonda baginda turun keluar naik ke atas usungan lalu berjalan ke Palembang di iringkan segala tuan2 dan orang kaya2 dan segala rakyat terlalu banyak.

Syahdan berapa lamanya berjalan itu maka sampailah ke Palembang maka Sang Maniaka pun naiklah ke atas perahu kenaikan lalu berlayar. Maka segala dandang dan manjungan pun berlayar maka sampailah ke Bentan. Maka segala orang kaya dan rakyat di dalam negeri itupun sekelian datang menyembah baginda dengan segala bunyi2an terlalu gempita bunyinya serta sampai maka sekelian oranglah sujud mengatakan “Daulat Shah Alam”. Maka Sang Maniaka pun di sambut oranglah naikkan atas usungan maka payung iram kuning pun terkembanglah dan bunyi2an pun dipalu oranglah terlalu ria lalu berarak masuk ke istana. Sudah baginda naik ke istana maka segala orang besar2 dan orang kaya2 dan anak petuanan dan bentan yang memegang anak sungai dan segala penghulu yang memegang sakai itupun sekelian berhimpun datang mengadap baginda maka masing2 dengan persembahannya. Maka segala orang besar itupun bermesyuaratlah akan mengerjakan Sang Maniaka.

Maka pada ketika yang baik maka Sang Maniaka pun memakai kerajaan dan makota di Bukit Seguntang itupun di pakai oleh baginda. Setelah sudah memakai maka baginda pun duduklah di atas tahta kerajaan yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbaikan2 mutiara. Berdirilah bentara memikul pedang kerajaan seorang dari kanan dan seorang dari kiri. Maka segala pegawai dan petuanan pun duduklah bersaf2. Maka Bukit Sekandar Za Al Qoranayana di nobat tabal pun di palu oranglah dengan ragamnya maka segala khayalak yang banyak pun sujud menyembah Sultan Sang Maniaka tujuh kali darab ke bumi.

Syahdan tujuh kali pada sehari di nobatkan oranglah setelah sudah tujuh kali sujud maka segala menteri dan hulubalang pegawai petuanan pun di atur oranglah. Maka hidangan pun diangkat oranglah ke hadapan majlis. Maka segala tuan2 itupun makanlah masing2 pada hidangannya. Setelah sudah maka di angkat orang pula minuman dan tambal perbagai citarasanya. Maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itupun di peredarkan oranglah maka minumlah terlalu ramai melakukan kesukaannya. Setelah sudah maka baginda pun memilih segala orang yang berasal empat puluh orang maka di gelar oleh baginda Bendahara Paduka Raja dan gelarnya seorang Perdana Menteri dan seorang bergelar Temenggung Seri Sura Diraja dan seorang bergelar Tun Pekarma. Sudah itu maka di pilih pula empat puluh orang petuanan yang berasal maka di jadikan hulubalang di gelar oleh baginda Tun Bijaya Sura dan seoran Tun Bijaya Diraja dan seorang Tun Adika Wangsa. Sudah itu maka di pilih oleh baginda empat orang anak perawangan yang berasal, seorang di gelarnya Tun Sang Jaya Raya dan seorang Sang Utama dan seorang Sang Jaya. Setelah sudah bergelar orang dua belas itu maka baginda pun memberi persalinan akan segala pegawai itu dengan sepertinya.

Hataya maka baginda pun anugerah pula akan orang kaya2 dan petuanan kemudian di anugerahkan segala rakyat pula masing2 pada kadarnya. Setelah sudah maka baginda pun member titah kepada Bendahara memungut anak negeri yang berasal empat puluh kita jadikan biduanda suruh di dalam istana dan anak petuanan dua puluh akan jawatan kita. Maka sembah Bendahara “Daulat Tuanku”. Setelah sudah maka segala pegawai dan petuanan itupun bermohonlah kembali ke rumahnya. Maka Bendahara pun bermohon kembali duduk ke Balai sendiri bermesyuarat dengan segala hamba sahayanya hendak memungut orang kaya2 dan petuanan dua puluh itu “Adapun pada bicara hamba barangsiapa ada anak laki2 atau perempuan baiklah di sembahkan ke bawah duli yang di pertuan kerana baginda sendiri bertitah kepada hamba menyuruh memungut”. Maka sembah segala tuan2 itu “Hamba datuk ada seorang anak laki2” maka sembah seorang pula “Hamba datuk anak perempuan”. Maka kata Bendahara “Baiklah tuan2 kita sembahkan duli yang di pertuan”. Maka dari antara itu ada beroleh tujuh orang laki2 dan tujuh orang perempuan anak penghulu yang memegang anak sungai dan yang memegang sakai maka segala nama mereka itupun di suratkan oleh Bendahara katanya “Adapun anak tuan2 sekelian itu bawalah ke rumah hamba dahulu”. Maka kata sekelian mereka itu “Baiklah mana sabda hamba datuk junjung”. Maka segala mereka itu pun bermohonlah pada Datuk Bendahara lalu pulang ke rumahnya.

Maka terdengarlah pada segala anak sungai dan teluk rantau yang di hulu itu bahawa sekarang negeri Bentan itu telah ada raja terlalu adil dengan murahnya dan menterinya pun terlalu bijaksana tekersapanya akan segala rakyat maka mereka itu sekelian pun datang ke Bentan maka orang Bentan dan menduayaga itupun mengadap Bendahara dengan segala persembahannya. Setelah dilihat oleh Bendahara dengan segala tuan2 itu sekeliannya datang itu maka diadap oleh Bendahara hendak mengadap duli yang di pertuan kerana hamba di titahkan oleh baginda menyuruh memberitahu akan saudara hamba sekelian yang datang ke Bentan mahulah mengadap duli yang di pertuan kerana titah baginda hendak memilih segala anak cucu tuan2 sekelian hendak di jadikan pegawai. Setelah ia sekelian mendengar sabda Datuk Bendahara demikian itu maka segala tuan2 itupun menyembah seraya katanya "Akan hamba datuk ini sedia hamba pada ke bawah kadam datuk tiadalah hamba datuk apa bertuan lain. Dahulu Allaha kemudian nabi dan daripada anak cucu kadam datuk tambahan akan sekarang dengan daulat duli Shah Alam, sehari sialah hamba sekelian pertuankan". Maka kata Bendahara jika demikian marilah segera kita mengadap duli yang dipertuan maka sembah segala tuan2 itu “Silakanlah datuk dahulu, hamba datuk sekelian mengiringkan”.

Maka Datuk Bendahara pun berjalanlah ke dalam bertemu dengan Temenggung Seri Sura Diraja maka kata Bendahara “Orang kaya Temenggung, marilah kita mengadap hendak persembahkan segala tuan2 yang baharu datang ini”. Maka kata Temenggung “Silakanlah hamba datuk iringkan”. Maka keduanya pun berjalanlah serta diiringkan oleh segala pegawai dan petuanan. Setelah dilihat oleh raja, Bendahara dan Temenggung datang itu maka titah raja “Marilah Mama Bendahara dan Temenggung, adakah boleh seperti kehendak kita itu?”. Maka sembah Bendahara “Daulat tuanku, boleh setengah kerana patik ini baharu berkampung. Datang mengadap duli tuanku kerana tuan2 ini baharu mendengar khabar lalu tuan2 ini datang hendak mengadap duli yang maha mulia dengan sukacitanya serta membawa sekelian anak bininya”. Setelah baginda mendengar sembah Bendahara demikian itu maka baginda pun terlalu sukacita melihat kurnia baginda akan ia maka mahsyurlah warta raja itu pada segala negeri dan anak sungai dan pulau.

Sumber: Hikayat Hang Tuah

No comments:

Post a Comment