Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya ini hikayat Hang Tawaha (Hang Tuah) yang amat setiawan pada tuannya terlalu sangat berbuat kebaktian kepada tuannya.
Sekali sepertua adalah seorang raja keinderaan maka raja itu terlalu besar kerajaannya pada segala raja indera seorangpun tiada menyamai dia sekelian menurut titahnya baginda. Shahadan apabila baginda keluar diadap oleh segala raja2 dan menteri hulubalang, maka berapa pedang yang sudah terhunus kepada kiri kanan baginda itu dan beberapa puluh bentara yang memangku pedang yang berikatkan emas bertatahkan ratna mutu manikam. Apabila baginda bertitah pada segala raja2 dan menteri di kanan maka bentara kanan menyampaikan titah baginda itu. Maka apabila baginda memandang ke kiri berititah maka bentara kirilah menyampaikan titah baginda itu. Maka apabila baginda terpandang ke kanan maka segala raja2 dan menteri di kiri sekelian menyembah apabila baginda berpandang ke kiri maka segala raja2 dan menteri di kiri kesemuanya menyembah baginda itu. Adapun nama baginda itu Sang Pertada Wala, adapun Sang Pertada Wala itu tahu akan dirinya akan beroleh anak maka anaknya itu akan menjadi raja di Bukit Seguntang maka daripada anak baginda itu akan menjadi raja besar pada akhir zaman.
Maka tersebutlah perkataan seorang raja terlalu besar kerajaannya maka isteri baginda itupun hamil. Setelah genap bulannya maka permaisuri pun beranaklah seorang perempuan terlalu amat elok rupanya dan kelakuannya pada masa zaman itu seorang pun tiada menyamai rupanya anak raja itu. Maka di namai oleh ayahanda baginda tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam maka dipelihara akan oleh paduka ayahanda bonda baginda dengan sepertinya. Shahdan maka paduka ayahanda bonda pun terlalu amat kasih akan anakanda baginda itu. Hataya berapa lamanya maka beberapa anak raja2 datang hendak meminangkan tuan puteri itu tiada di beri oleh paduka bonda baginda kerana segala raja2 hendak meminang itu tiada sama dengan bangsa baginda itu kerana bondanya itu raja keinderaan.
Maka baginda pun bertitah kepada perdana menteri suruh memanggil segala ahala al najawama (ahli bintang) dan segala sasterawan maka sekeliannya pun datang menyembah baginda. Maka titah baginda kepada segala ahala al najawama dan segala sasterawan “Hai kamu sekelian lihat apalah di dalam najawamamu betapakah akan untung bahagian anakku ini”. Maka segala ahala al najawama itupun menyembah baginda lalu melihat dalam najawamanya setelah sudah dilihatnya maka segala ahala al najawama itupun masing2 menggerakkan kepalanya maka titah baginda “Apa sebab maka kamu sekelian menggerakkan kepalamu sekelian”. Maka sembah segala ahala al najawama dan saterawan “Ya tuanku Shah Alam patik memohonkan ampun beribu2 ampun dan kurnia kebawah duli Shah Alam. Adapun paduka anakanda itu terlalu amat bahagia beroleh suami anak raja besar dan anak cucu paduka inilah jadi raja datang pada akhir zaman akan menjadi raja besar. Jika duli tuanku hendak segera memberi paduka anakanda bersuami hendaklah tuanku taruh paduka anakanda itu pada suatu pulau yang bernama Birama Dewa itu dengan suatu mahligai dan dayang. Di sanalah paduka anakanda bersuami akan raja besar”.
Maka baginda mendengar sembah segala ahala al najawama dan saterawan demikian itu maka baginda pun masuk mendapatkan permaisuri. Maka segala menteri hulubalang pun menyembah lalu keluar. Maka raja pun masuk ke dalam istana maka titah baginda kepada permaisuri “Ya adinda akan sekarang ini apa bicara kita akan anakanda ini”. Maka sembah segala ahala al najawama itu sekelianya di ceritakan kepada permaisuri. Maka sembah permaisuri “Ya tuanku, patik memohonkan ampun dan kurnia, adapun patik ini hamba mana titah patik junjung”. Maka pada ketika itu juga baginda pun melengkapi anakanda baginda dengan inang pengasuhnya dan dayang2 sepertinya maka tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam pun di peluk cium di tangisnya oleh ayahanda bonda baginda “Hai anakku dan buah hatiku adapun ayahanda bonda membuangkan tuan ke pulau ini bukan kerana ayahanda bonda benci akan tuan dan jangan tuan kecil hati, akan ayahanda bonda menaruhkan tuan kalau2 ada sungguh seperti kata ahala al najawama itu, tuan beroleh kebesaran dan kemuliannya sampai adalah nama ayahanda bonda di sebut orang pada akhir zaman”.
Maka tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam pun menyembah ayahanda bonda baginda maka tuan puteri pun di turunkan daripada kenderaannya di bawa ke pulau Birama Dewa serta di perbuatkan suatu mahligai terlalu indah2 berumbaikan mutiara. Setelah sudah maka segala orang yang menghantar itupun kembalilah berdatang sembah kepada baginda serta menyampaikan sembah anakanda baginda itu. Maka tuan puteri pun duduklah pada mahligai di pulau Birama Dewa itu di peliharakan oleh segala inang pengasuhya dan inang sahaya dan segala dayang2nya.
Syahdan maka Sang Perta Dewa pun sekali persetua maka baginda bertitah kepada segala menteri hulubalang “Hai tuan sekelian berlengkaplah keluar esok hari kita hendak pergi berburu”. Maka sembah mangkubumi “Baiklah tuanku”. Maka mangkubumi pun bermohonlah keluar berlengkap gajah dan kuda dan rakyat sekelian setelah lengkaplah maka mangkubumi pun masuk mengadap berdatang sembah “Ya tuanku Shah Alam patik di titahkan berlengkap itu maka sekarang ini sudah patik kerahkan segala rakyat dan gajah kuda”. Maka titah baginda “Baiklah esok harilah kita pergi”. Maka baginda pun berangkat masuk ke istana maka segala menteri hulubalang sekelian pun pulanglah ke rumahnya masing2.
Setelah keesokan harinya maka raja pun berangkatlah dengan segala menteri hulubalang dan rakyat sekelian lalu turun ke pulau itu berburu. Hataya maka dengan takdir Allaha Ta A’laya, Sang Perta Dewa pun melihat sebuah mahligai pada pulau itu maka titah baginda pada segala menteri hulubalang sekelian “Tinggallah tuan2 sini kita hendak pergi pada mahligai itu”. Maka baginda pun pergilah pada mahligai itu. Setelah sampai maka baginda pun naiklah ke atas mahligai itu. Maka di lihat ada seorang puteri di adap oleh segala dayang2 dan inang pengasuhnya dan biti2 perwira sekelian pun duduk mengadap ia terlalu elok rupanya seperti empat belas hari bulan. Maka baginda pun segera menghampiri tuan puteri itu. Maka segala dayang2 pun terkejut dan hairan melihat rupa Sang Perta Dewa itu maka sembah segala inang pengasuhnya “Ya tuanku siapa tuanku ini”. Maka titah Sang Perta Dewa “Aku ini seorang dewa turun dari keinderaan datang hendak berburu dengan segala rakyatku pada pulau ini”. Maka titah baginda “Engkau ini siapa dan apa sebabnya datang kemari ini, bagaimana datang duduk di tengah laut pulau ini?”. Maka sembah segala inang pengasuh tuan puteri pada Sang Perta Dewa sekelian habis dipersembahkan segala kelakuan dan perintah gemala hikmat itupun di persembahkannya pada Sang Perta Dewa. Maka Sang Perta Dewa pun mendengar sembah segala inang pengasuh tuan puteri Gemala Ratna Langgam demikian lalu sukacita hati baginda itu.
Maka segala rakyat perwira yang tersembunyi itupun di suruh keluar dan Marata terbang kenaikan Sang Perta Dewa pun di bawa oranglah pergi ke pulau itu dengan segala bunyi bunyian. Apabila tuan puteri dan segala isi istanan mendengar bunyi bunyian dan melihat segala perintah dewa turun itu terlalu banyak datang dengan segala pakaian terlalu indah2, Marata terbang itupun dengan perhiasan yang keemasan datang mendapatkan Sang Perta Dewa semuanya berdatang sembah pada tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam. Maka tuan puteri pun tahulah akan Sang Perta Dewa itu anak raja besar turun daripada keinderaan memakai dengan selengkapnya. Maka tuan puteri pun serta dengan segala isi mahligai itu pun amat sukacitalah di dalam hatinya. Maka Sang perta Dewa dan tuan puteri pun berkata2 dengan Sang Perta Dewa itu.
Setelah sudah maka tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam pun dihiasi orang dengan segala pakaian yang amat indah2 dari kerana setelah sudah berhias ia maka Sang Perta Dewa pun di kahwinkan orang dengan tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam seperti adat raja2 menanggung kerajaan yang besar2. Setelah itu maka Sang Perta Dewa pun duduklah berkasih kasihan laki isteri barang seketikapun tiada di boleh bercerai, jika mandi bersama2 jika tidur pun bersama2 dan barang maksud tuan puteri itupun tiadalah di lalui oleh baginda dan barang maksud baginda pun tiadalah di lalui oleh tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam tatkala mesralah kasih dan sayang.
Maka Sang Perta Dewa pun bertitah kepada puteri “Wahai adinda, kanda pintalah gemala hikmat itu akan kanda ini”. Maka sembah tuan puteri “Pada bicara patik jangankan gemala hikmat itu jikalau tubuh patik sekalipun sedia sudah tersembah pada kebawah duli paduka kekanda”. Maka gemala hikmat itu pun di sembahkan tuan puteri di sambut oleh Sang Perta Dewa lalu di cuba serta di permainnya oleh Sang Perta Dewa maka barang di citanya Sang Perta Dewa sekelian itu keluarlah dari dalam hikmat itu. Maka Sang perta Dewa pun terlalu sukacita hatinya tiada menderita. Maka Sang Perta Dewa pun duduklah di pulau itu bersuka2an dengan isterinya serta segala perwiranya.
Hataya beberapa lamanya Sang perta Dewa duduk dengan isterinya maka tuan puteri pun hamillah. Maka Sang Perta Dewa pun terlalu amat sukacita hatinya. Telah genaplah bulannya maka datanglah pada ketika dia akan berputera maka tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam pun berputeralah seorang laki2 terlalu elok rupanya seperti empat belas hari bulan bersei serta keluar itu dengan makotanya. Maka anakanda baginda itupun di sambut oleh baginda serta di namai oleh baginda Sang Saperba.
Shahdan maka Sang Perta Dewa pun bertitah kepada isterinya itu “Adinda jikalau ada kasih adinda akan kanda kerana kanda pun sudah berputera dengan adinda, mahulah adinda mengikut kembali keinderaan ke negeri kanda”. Maka sembah tuan puteri “Jangankan kembali ke inderaan jikalau ka laut api sekalipun patik ikut juga”. Setelah di dengar oleh baginda sembah tuan puteri demikian itu maka baginda Sang Perta Dewa pun berlengkaplah akan kembali keinderaan. Maka segala rakyat keinderaan pun terlalu gempita bunyinya maka akan pulau itupun bergoncang seperti akan karam lakunya. Maka Sang Perta Dewa pun naik ke atas Marata Terbang itu. Maka segala perwira pun naiklah masing2 pada kenaikannya. Maka gemala hikmat itupun diambil oleh Sang Perta Dewa lalu di gendongnya maka mahligai itupun ghaiblah. Maka Sang Perta Dewa pun sampailah ke negerinya lalu masuk ke dalam negeri lalu naik ke istana. Maka baginda pun duduklah berkasih kasihan laki isteri memeliharakan anakanda baginda itu.
Hataya berapa lamanya maka Sang Perba pun besar maka titah baginda pada isterinya “Ya adinda akan sekarang anak kita pun sudah besarlah patutlah ia menjadi raja, adinda pun pada zaman maka akan anak kita inilah akan jadi raja di dalam dunia, akan menetukan asal raja2 bahawa di turunkan Allaha Ta A’laya akan menjadi raja datang pada akhir zaman”. Maka kata tuan puteri “Mana bicara kandalah”. Maka baginda pun menyuruh memanggil segala rakyat, setelah sudah berhimpun maka baginda pun berangkatlah ke Bukit Seguntang. Setelah sampai di lihat oleh baginda akan bukit itupun di nama ia oleh baginda Bukit Seguntang Maha Biru setelah sudah maka Sang Perta Dewa pun menyuruh orang berbuat istana dan balai dan dewan lengkap dengan pengadapan. Setelah sudah maka baginda pun naiklah ke istana itu duduk. Maka Sang Perta Dewa pun menyuruh sayangkan segala pekerjaan maka titah baginda pun kepada tuan puteri “Berlengkaplah adinda kerana kanda hendak merajakan anak kita pada Bukit Seguntang”.
Setelah tuan puteri mendengar titah baginda demikian itu maka tuan puteri pun berlengkaplah dengan sukacita itu juga kerana mendengar pesan bondanya “Hai anakku bahawa engkau beroleh suami akan anak raja keinderaan serta engkau beroleh anak dengan anak raja keinderaan itu, maka anakmu itulah terlebih besar kerajaanyya akan menjadi raja di dalam dunia ini”. Maka tuan puteri Gemala Ratna Pelanggam pun melengkapi dengan selengkapnya dengan pengasuhnya dan segala perwiranya, maka Sang Seperba pun di rajakan oleh baginda di Bukit Segantang itu seperti adat raja2 yang besar2. Setelah sudah baginda merajakan anakanda baginda itu kerajaannya terlalu baik budi afa’alnya serta murah hatinya.
Syahdan sangatlah ia memeliharakan segala rakyatnya maka baginda pun bermohonlah kepada anakanda baginda lalu kembali keinderaan laki isteri. Maka Sang Seperba pun terlalu adil dan perkasanya akan segala rakyatnya. Hataya maka terdengarlah pada segala orang2 besar dan orang kaya2 di tanah Palembang bahawa di Bukit Seguntang itu dan di beraja sekarang ini di turunkan Allaha Ta A’laya dari keinderaan. Hataya sekelian maka segala orang itupun datanglah berhimpun di Bukit Seguntang masing2 bawa dengan persembahannya dan sukacitalah hendak melihat rupa raja2 itu. Maka mereka pun di anugerah ia oleh Sang Seperba masing2 atas kadarnya dan dengan takraspanya serta dengan manusia mukanya seorangpun tiada terlindung lagi. Maka segala orang itupun terlalu sukacita hatinya kerana melihat budi pekerti raja itu dengan demikian terdengarlah pada segala negeri bahawa Bukit Seguntang sekarang di turunkan Allaha Ta A’laya dari keinderaan yang baik budinya dan sangat i mengasih pada segala dagang santeri sekelian. Kelakian maka terdengarlah pada segala negeri dan orang di sana sini pun datang ke Bukit Seguntang dari laut. Maka sekeliannya datang mengadap raja itu masing2 dengan persembahan maka jadilah mahsyur nama raja pada segala negeri yang hampir tanah Palembang itu. Maka bukit Seguntang itu jadi bandar besarlah terlalu ramai jadi negeri lengkap dengan menteri hulubalang dan rakyat hina dina sekelian.
Hataya sekali persetua ia maka Sang Perba pun hendak pergi berburu bermain2 pada sisi bukit Seguntang itu hendak melihat termasa dengan segala orang besar2. Maka Sang Saperba pun berangkatlah dengan segala bunyi bunyian serta dengan segala hulubalang rakyat sekelian. Maka baginda pun berjalanlah bermain2 pada tengah padang itu maka di lihat oleh baginda sebuah kolam terlalu indah2 perbuatannya diikut dengan permata pancurnya berkeliling kolam itu bagai bunga yang indah2 dengan jambangannya. Maka Sang Saperba pun berkeliling pada tepi kolam itu melihatkan kekayaan Allaha Ta A’laya. Maka Sang Saperba pun berpanasan2 hendak mandi maka baginda pun berdirilah pada tepi kolam itu menanggalkan segala pakaiannya. Maka di sambut oleh bentara di pangkunya, maka baginda pun turun mandi dengan segala pegawai ke dalam kolam itu terlalu ria bersembur2an. Maka Sang Saperba pun menyelam maka dengan takdir Allaha Ta A’laya dengarlah oleh Sang Saperba guruh di langit.
Maka turun dewa dari keinderaan merupakan dirinya seekor lembu putih seperti perak yang sudah tersepuh dan tanduknya seperti duri. Maka Sang Saperba pun bangkit daripada menyelam itu maka di lihat seekor lembu terdiri di tepi kolam itu terlalu indah rupanya. Maka Sang Saperba pun naik bersalin kain. Maka dilihatnya lembu itu muntah. Setelah sudah Sang Saperba bersalin kain maka dilihatnya lembu itu pun ghaiblah maka Sang Saperba pun segera pergi pada tempat muntah lembu itu dilihatnya oleh Sang Saperba muntah lembu itu menjadi budak perempuan seorang terlalu elok rupanya dan warna tubuhnya seperti emas sepuluh mutu maka mukanya seperti bulan purnama empat belas hari bulan. Maka Sang Saperba pun mengambil kain putih lalu di selimutnya sudah itu maka tuan puteri pun dinaikkanlah keatas usungan bersama2 baginda lalu di bawa kembali ke negeri lalu ke istana. Maka Sang Saperba pun memilih dayang2 empat puluh inang pengasuh perwira empat puluh. Sudah itu maka tuan puteri itupun diberinya memakai pakaian kerajaan.
Maka Sang Saperba pun menitahkan seorang bentaranya naik keinderaan suruh persembahkan pada paduka ayahanda baginda. Maka bentara pun pergilah serta sampai masuk mengadap Sang Perta Dewa. Maka titah baginda “Hai bentara hendak kemana engkau, apa pekerjaan anakku sekarang?”. Maka sembah bentara “Ya tuanku patik dititahkan oleh paduka anakanda berdatang sembah maka paduka anakanda beroleh seorang puteri terlalu elok rupanya”. Maka disembah oleh bentara segala halnya ehwalnya maka Sang Perta Dewa pun terlalu sukacita mendengar warta anakanda baginda beroleh isteri itu. Maka Sang perta Dewa pun berlengkaplah setelah sudah maka Sang Perta Dewa laki isteri pun turunlah dari keinderaan terlalu gempita suaranya daripada daripada kebanyakan rakyat dari keinderaan mengiringkan Sang Perta Dewa.
Maka Sang perta Dewa pun sampailah ke Bukit Seguntang itu maka terdengarlah kepada Sang Saperba maka Sang Saperba pun segera keluar dari istana mengalu2kan ayahanda bonda maka Sang Saperba pun sujud pada kaki ayahandanya. Maka Sang Perta Dewa dan permaisuri pun memeluk mencium akan anakanda baginda maka Sang Saperba pun membawa ayahanda masuk ke dalam istana dudukkan di atas Sang Kasana yang bertatahkan ratna mutu manikam dan berumbaikan mutiara. Setelah sudah duduk maka tuan puteri pun di suruh oleh Sang Saperba menyembah ayah bondanya. Maka di peluk di cium oleh ayahanda bonda baginda itu akan menantunya itu.
Maka Sang Perta Dewa pun berlengkap akan pekerjaan anakanda baginda Sang Saperba hendak di kahwinkan dengan tuan puteri itu maka Sang Perta Dewa pun menyuruh memulai berjaga2 tujuh hari tujuh malam. Maka Sang Saperba dan tuan puteri pun di hiasi oranglah dengan pakaian kerajaan yang indah2 setelah sudah berhias maka Sang Saperba pun diarakkan oranglah berkeliling negeri dengan segala bunyian2. Setelah genap tujuh hari tujuh malam tujuh kali berkeliling malau berarak kembali ke istana. Setelah sudah maka Sang Perta Dewa pun hendak kembali keinderaan. Maka Sang Saperba laki isteri pun menyembah ayahanda bonda baginda maka ayahanda bonda baginda pun memeluk cium akan menantunya. Maka baginda pun kembalilah keinderaan dengan sukacitanya.
Sumber: Hikayat Hang Tawaha (Hang Tuah)
wahai mahaperdaya...nama hang tuah tak kan berubah selamanya..jgn engkau pandai2 ubah nama nenek moyangku ini...jgn sampai tulah menimpa pundakmu...
ReplyDeleteSabar tuan hamba,
ReplyDeleteHamba ada banyak lagi yg akan hamba bongkarkan. Ini baru mukadimah jer. Dan lagi jgn lak nak ngaku Melayu kalu tak kenal erti Melayu. Bangsa Melayu dahulu memiliki kehebatan dan ketuanan yg dikurniakan tuhan kerana mengikuti firman tuhan dan Melayu sekarang hanya pada nama jer.
Gelak guling2 aku baca penulisan dlm blog ko ni..
ReplyDeleteAgaknya kalo ayah pin baca pun gelak skali kot..
Lang mensilang (orang bukan orang)
Kui mengsikui (hantu bukan hantu)
spesis ape ko ni ek? kerja memperdayakan orang jer..
kaji kitab lama konon.. ahli kitab pun x "bercerita" mcm ko ni..
tambah 1 lagi rasul palsu kat atas dunia ni..
Minta penulis jangan ambil kisah sangat dengan komen-komen di atas kerana kebanyakan bangsa melayu masih lagi berfikiran sempit dan tahap pemikiran yang ketinggalan jauh dibelakang.
ReplyDelete