Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, January 27, 2011

Nabi Allaha Adama A'layaha Al Salama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Dijadikan Allaha Ta A’laya akan nabi Allaha Adam itu daripada tujuh petala bumi, kepalanya daripada bumi yang pertama dan batang lehernya daripada bumi yang kedua dan dadanya daripada bumi yang ketiga dan kedua tangannya daripada bumi yang keempat dan belakangnya dan perutnya daripada bumi yang kelima dan punggungnya daripada bumi yang keenam dan kedua betisnya dan dan kedua tapak kakinya daripada bumi yang ke tujuh.

Pada suatu itu kata Abana A’basa Rodhoya Allaha A’naha bahawa di jadikan Allaha Ta A’laya, nabi Allaha Adam daripada bumi Bayata Al Qodayasa dan mukanya daripada bumi syurga dan kedua matanya daripada bumi sungai Ka Al Kautsar dan kakinya daripada bumi Hindi dan dadanya daripada bumi Kaa'bata Allaha dan tulangnya daripada bukit bumi Kaf dan abamana nya daripada bumi Yabal dan tulang belakangnya daripada bumi Benua A’rak dan hatinya daripada tanah syurga Janata Al Faradawasa dan lidahnya daripada bumi Thaif iaitu antara Makah dan Hajaza.


Maka pada kepalanya itulah tempat akal dan bijak berkata2 kerana ia jadi daripada bumi Bayata Al Maqodasa dan adalah mukanya tempat keelokan kerana ia jadi daripada tanah syurga dan kedua matanya akan tempat kebajikan kerana ia jadi daripada bumi sungai Kautsar dan kakinya itu merasai lazat kerana ia jadi daripada bumi Hindi dan kedua tangannya akan tempat memegang kerana ia jadi daripada bumi Kaa’bah dan belakangnya akan tempat kuat kerana ia jadi daripada bumi A’rak dan abamananya akan tempat keinginan nafsu kerana ia jadi daripada bumi Yabal dan tulangnya akan tempat kekerasan kerana ia jadi daripada bumi bukit Kaf dan hatinya akan tempat iman kerana ia jadi daripada bumi Janata Al Faradawasa dan lidahnya akan tempat mengucap syahadat kerana ia jadi daripada bumi Thoif.

Syahdan bahawa adalah di jadikan Allaha Ta A’laya dalam Adam itu sembilan pintu, tujuh pada kepalanya iaitu kedua matanya dan kedua hidungnya dan mulutnya dan kedua telinganya. Dan pada badannya iaitu suatu qubulnya dan kedua dayaranya. Maka pada segala badan itu di jadikan Allaha Ta A’laya pancaindera iaitu penglihatan pada kedua matanya, kedua pendengar pada kedua telinganya, ketiga pencium pada kedua hidungnya, keempat perasa pada lidahnya, kelima penjabat pada tangan dan berjalan kedua kaki.

Kata segala A’lama tatkala sudahlah sempurna kejadian nabi Allaha Adam pada hari Jumaat ketika Asar lagi ada matahari tiga saat maka adalah panjang lembaga itu enam puluh hasta dan bidang dadanya tujuh hasta. Maka terhantarlah lembaga itu beberapa lamanya antara Makah dan Thoif setelah itu maka di titahkan Allaha Ta A’laya, Malakata menaikkan dia ke langit maka di naikkan Malakatalah lalu di hantarkan mereka itu di pintu syurga.

Bahawasanya telah datang kepadamu suatu masa iaitu kira2 seratus dua puluh tahun tatkala itu tiada tertentu apa namanya dan tiada di ketahui apa yang diperbuat akan dia. Setelah itu maka di turunkan Allaha Ta A’laya hujan dukacita keatas lembaga itu empat puluh tahun lamanya, kemudian dari itu maka di turunkan Allaha Ta A’laya pula hujan sukacita setahun lamanya kerana itulah maka jadi segala anak cucu nabi Allaha Adam itu terbanyak dukacita daripada sukacita seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Segala bala keinginan hawa nafsunya itu telah bercampurlah dalam lembaga nabi Allaha Adam.

Maka tatkala sempurnalah kejadian nabi Allaha Adam dan adalah terdahulu di jadikan Allaha Ta A’laya, nyawa daripada badan kira2 dua ribu tahun lamanya seperti sabda nabi Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama “Bahawasanya Allaha Ta A’laya menjadikan nyawa dahulu daripada jasad kira2 dua ribu tahun pada suatu ruh itu empat ribu tahun”. Setelah itu masuklah nyawa ke dalam mulut nabi Allaha Adam. Kata Kaa’ba Al Khobara bahawasanya di masukkan Allaha Ta A’laya nyawa itu dari ubun2 nabi Allaha Adam hingga sampai ke otaknya, maka nyawa pun berkelilinglah dalam otaknya itu serta memuji Allaha Sabahana Wa Ta A’laya kira2 dua ratus tahun lamanya. Tatkala itu maka berdatang sembah nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama ke hadrat Allaha Ta A’laya demikian bunyinya “Apalah kiranya kejadian ku ini dahulu daripada masuk sehari”. Maka firman Allaha Taa’laya yang tersebut di dalam Quran “Dijadikan Allaha Ta A’laya Adam itu dengan segera maka turun nyawa itu pada kedua matanya lalu ia menilik dirinya maka di lihat dirinya sekelian lagi tanah, maka ia menilik segala buah kayu syurga maka tatkala sampailah kepada hidungnya lalu bersinlah ia, maka terbukalah pintu sembilan yang pada wujud itu. Setelah itu telah nyawa kepada lidahnya maka di ilhamkan Allaha Ta A’laya akan dia dengan mengucap Al Hamada Lalaha. Maka iapun mengucaplah maka di sahut Allaha Ta A’laya akan dia Yaharamaka Allaha, di kasihan Allaha akan di kau Hai Adam”.

Maka turunlah nyawa itu kepada dadanya maka bersegera ia hendak bangkit maka tiada dapat seperti firman Allaha Ta A’laya yang tersebut di dalam Al Quran ertinya "Adalah Adam itu bersegera2". Maka tatkala sampailah nyawa itu kepada perutnya maka ingatlah ia akan makanan. Apakala merasalah nyawa itu kepada segala tubuhnya maka jadilah darah dan urat yang besar dan yang kecil2 maka dianugerahkan Allaha Ta A’laya akan dia kulit iaitu seperti kuku kita sekarang ini. Maka jadilah bertambah pada tiap2 hari keelokannya maka tatkala di makannyalah buah khuldi jadi bertukarlah segala kulitnya itu maka tanggallah kulitnya hanya pada ruas jarinya jua supaya teringat ia akan perbuatannya yang dahulu itu.

Maka tatkala di sempurnakan Allaha Ta A’laya kejadian Adam maka di anugerahkan Allaha Ta A’laya akan dia pakaian dari dalam syurga maka kelihatanlah cahaya Nawara Mahamada Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama pada dahinya seperti bulan purnama. Maka di naikkan Malakata akan dia ke atas tahta daripada nur lalu di tanggungnya ke atas bahunya maka firman Allaha Ta A’laya akan segala Malakata “Tawafkanlah oleh kamu akan dia pada tujuh petala langit supaya bertambah2 yakin”. Maka sembah Malakata “Tuhan kami telah kami junjunglah barang yang titahmu” maka di tanggung Malakata pada bahunya lalu di tawafkan mereka itulah akan dia pada tujuh petala langit kira2 seratus tahun lamanya. Setelah itu maka di ajarkan Allaha Ta A’laya akan dia nabi Allaha Adam nama segala suatu dan di titahkan Allaha Ta A’laya segala Malakata sujud akan dia maka sekelian mereka itu pun sujud melainkan Iblis A’layaha Al Laa’nata jua tiada sujud. Kata A’mara Abana Al Maa’tarayana Radhoya Allaha A’naha bahawa pertama Malakata yang sujud akan nabi Allaha Adam itu iaitu Asarafa Yala A’layaha Al Salama sebab itulah maka di anugerahkan Allaha Ta A’laya akan dia Quran tersurat pada dahinya.

Kemudian dari itu maka firman Allaha akan Jabara Yala demikian bunyinya “Hai Jabara Yala ambil olehmu akan Adam seekor kuda dari dalam Syurga yang dahulu ku jadikan daripadanya lima ratus tahun. Hataya maka Jabara Yala pun pergi ke dalam syurga lalu di ambilnyalah kuda yang bernama Salamawata itu. Adalah kuda itu di jadikan Allaha Ta A’laya daripada kapur dan kasturi dan zafrun dan adalah bola kedua mata daripada marjan dan bola dahinya daripada yaakut dan kukunya daripada zabarjad dan ada baginya dua sayap daripada manikam yang berbagai2 rupanya dan pelananya daripada zirjad dan kekangnya daripada yaakut. Maka kuda itupun di bawa Jabara Yala ke hadapan nabi Allaha Adam. Maka kuda itupun mengucap tasabaha dan tahalayala dan tahamada dan takabayara. Demi dilihat nabi Allaha Adam akan kuda itu maka iapun terlalu ajaib daripada maha elok parasnya. Maka di kenderai nabi Allaha Adamlah kuda itu dan Jabara Yala memegang kekangnya dan Mayaka Yala dari kanannya, Asarafa Yala dari kirinya. Maka iapun masuklah ke dalam syurga yang bernama Janata A’dana pada ketika tiada jua seorang daripada Malakata dan segala unggas dan segala pohon kayu melihat nabi Allaha Adam melainkan adalah mereka itu memuji, maka nabi Allaha Adam pun memberi salam akan segala Malakata katanya "Al Salama Alaya Kama”. Maka sahut segala Malakata “Wa Alaya Kama Al Salama”.

Maka firman Allaha Ta A’laya “Hai Adam bahawa salam inilah doa yang sejahtera bagimu dan segala zuriatmu hingga datang hari kiamat”. Setelah itu maka nabi Allaha Adam pun diamlah dalam syurga. Maka di jadikan Allaha Ta A’laya, Sataya Hawaya daripada rusuk kiri nabi Allaha Adam. Maka adalah lama nabi Allaha Adam dalam syurga setengah hari akhirat iaitu lima ratus tahun dunia ini. Maka dengan takdir Allaha Ta A’laya maka di cabul syaitanlah akan dia hingga di makannyalah buah khuldi iaitu kandam dan pada suatu riwayat zabib. Maka segala pakaian yang dipakainya daripada nawara (nur) itupun tanggallah maka nabi Allaha Adam, tiga helai daun kayu yang bernama Anajayara sehelai diperkainnya dan sehelai di perselimutnya dan sehelai di perseribannya. Hataya maka nabi Allaha Adam pun dikeluarkan Allaha Ta A’laya dari dalam syurga bersama dengan Sataya Hawaya dan Iblis Alayaha Al Laa’nata dan ular dan merak. Kata Kaa’ba Al Khobara maka diturunkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya, nabi Allaha Adam ke negeri Hindustan dan pada suatu riwayat ke pulau serindib iaitu pulau Silan dan Sataya Hawaya ke Jadaha dan Iblis Alayaha Al Laa’nata kepada suatu tempat di negeri Basrah dan ular ke negeri Pashobayana dan pada suatu riwayat ke negeri Ashofaha dan merak ke laut ___ itu.

Maka nabi Allaha Adam pun dukacitalah dukacita yang amat sangat lalu ia menangis kira2 tiga ratus tahun lamanya maka jadilah daripada air matanya itu beberapa parit. Maka di tambahkan Allaha Ta A’laya daripada bekas air mata nabi Allaha Adam itu, gaharu dan segala bau bauan dan jintan dan kayu manis dan kapur barus. Adalah Sataya Hawaya pun menangis maka ditambahkan Allaha Ta A’laya daripada bekas air mata itu pohon bunga lawang dan pohon segala rumput yang harum baunya. Maka adalah nabi Allaha Adam berkata2 dengan Sataya Hawaya itu, angin menyampaikan dia maka pada sangka keduanya berhampiran Jawaya.

Demikianlah hal keduanya maka di tambahkan Allaha Ta A’laya pada nabi Allaha Adam rambut dan janggut. Maka pertama daripada segala haiwan yang mengetahui akan turun nabi Allaha Adam itu Thoyara Al Nashara, maka iapun bertangis tangisan dengan nabi Allaha Adam. Setelah dari itu maka segala haiwan yang lain pun datang mengunjung nabi Allaha Adam serta dengan tangisnya. Maka tatkala berhentilah nabi Allaha Adam daripada menangis maka lagi ada tinggal air matanya di bumi setahun lamanya. Maka adalah bau air mata nabi Allaha Adam itu seperti bau kasturi dan daripada air mata itulah segala unggas dan segala binatang sekelian. Maka daripada sebab itulah jadi banyak bau-bauan dalam negeri Hindustan.

Hataya maka di ilhamkan Allaha Ta A’laya dalam hati nabi Allaha Adam taubat lalu iapun taubatlah. Maka diperkenankan Allaha Ta A’laya taubatnya itu. Kalakian maka di perintahkan Allaha Ta A’laya, nabi Allaha Adam naik Haja kepada tempat Kaa’bah yang mulia itu. Maka iapun pergilah lalu ia bertemu dengan Sataya Hawaya di atas bukit A’rafaha, maka berkenal kenalanlah dari sana dari kerana itu di namai bukit itu A’rafaha.

Setelah selesailah nabi Allaha Adama Alayaha Al Salama daripada membawa rukun haja maka pada malam jumaat, jimaklah ia dengan Sataya Hawaya maka dengan takdir Allaha maka Sataya Hawaya pun hamillah berapa lamanya maka iapun beranak kembar dua orang. Seorang laki2 dan seorang perempuan maka di namai nabi Allaha Adam akan anaknya laki2 itu A’bada Allaha dan yang perempuan itu Asata Allaha. Dari itu maka hamillah pula Sataya Hawaya maka beranak pula dua orang, seorang laki2 dan seorang perempuan maka di namai yang laki2 itu A’bada Al Rahamana dan yang perempuan itu Asata Al Rahamana. Demikianlah halnya hingga jadi dua puluh gelar ia beranak. Maka diperanakkannya pula dua orang, seorang laki2 dan seorang perempuan, maka di namai akan laki2 itu Habayala dan yang perempuan itu Qolayama. Maka diperanaknya pula dua orang, seorang laki2 dan seorang perempuan, maka yang laki2 itu di namainya Qobayala dan yang perempuan itu Aqolayama.

Telah itu maka di bunuh Qobayala akan Habayala maka menangislah nabi Allaha Adam dan Sataya Hawaya akan anaknya Habayala itu. Maka titah Allaha Ta A’laya “Hai Adam janganlah kamu menangis dan dukacita bahawa menganugerah ia akan dikau anak serupa dengan Habayala itu dan ialah bapa akal nabi”. Maka Sataya Hawaya pun hamillah berapa lamanya maka di peranakkannya seorang laki2 maka di namainya Shayatsa iaitu pada bahasa A’raba ertinya kurnia Allaha.
Maka tatkala genaplah umur nabi Allaha Adam sembilan ratus tiga puluh tahun dan pada suatu Riwayat seribu tahun, maka di wasiatkan nabi Allaha Adam akan gantinya jadi khalifah itu nabi Allaha Shayatsa tiada akan Qobayala kerana ia membunuh saudaranya Habayala dan diambilnya jua kembar Habayala akan isterinya. Hataya maka nabi Allaha Adam kembalilah ke rahmat Allaha pada hari Jumaat __ matahari, tatkala itu tiada di ketahui Sataya Hawaya akan kematian Nabi Allaha Adam hingga di lihatnya gerhana matahari. Maka keluarlah ia daripada kubahnya terkejut lalu ia pergi kepada kubah nabi Allaha Adam maka dilihatnya nabi Allaha Adam sudah kembali ke rahmat Allaha. Maka Sataya Hawaya pun mengharap dengan harap yang amat sangat. Demi di dengar oleh Nabi Allaha Shayatsa maka iapun segera datang serta katanya “Hai ibuku, sabarlah tuan hamba daripada percintaan ini". Arakian maka nabi Allaha pun ditanamkan segala anak cucunya. Hataya maka di tunggui Sataya Hawaya oleh akan kubur nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama empat puluh hari lamanya. Maka iapun sakitlah lalu kembali ke rahmat Allaha maka di tanamkan nabi Allaha Shayatsa di sisi kubur nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama.

Sumber: Kitab Al Anabaya - Manuskrip Dewan Bahasa Dan Pustaka

No comments:

Post a Comment