Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Friday, August 12, 2011

A'bada Allaha membawa Iman

Al kisah A’bada Allaha membawa iman adanya. Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha, bahawa adalah pada suatu hari pada tengah malam maka gholi segala isi Makah itu tidur. Maka datanglah Iblis A’layaha Laa’nata itu naik ke atas bukit Abawa Tabayasa berseru-seru dengan nyaring suaranya demikian serunya “Hai segala hulubalang Makah yang gagah berani, dengarlah baik-baik aku hendak berkata bahawa adalah A’laya anak Abaya Tholaba itu dengan seorang dirinya itu sudah berangkat daripada negeri Madinah itu berjalan pergi menuju negeri raja Barasa Ghowala. Inilah masa yang baik bagi kamu sekelian membunuh A’laya itu. Dahulu daripada ini pun sudah kau sekelian berniat hati hendak membunuh A’laya itu sekarang ini terlebih baik berangkat pergi menyempurnakan seperti hajat kamu itu”. Demi isi Makah itu mendengar seru Iblis itu masing-masing pun bangunlah daripada tidurnya keluar daripada rumahnya berlari-lari pergi duduk berhimpun di dalam Harama Kaa’bata Allaha itu. Maka Abawa Safayana pun marilah duduk di dalam Harama itu lalu ia bertanya kepada isi Makah itu “Adakah kamu sekelian ini tahu siapa yang empunya suara itu”. Maka jawab seorang daripada orang yang banyak itu “Ya Abawa Safayana, apa sebab mula gerangan padah menyeru yang demikian itu sebab adalah hendak mencari barang suatu padah sebab itulah diseru dengan suara yang demikian rupa”.

Maka kata Abawa Safayana “Cubalah engkau katakan apa ertinya bunyi suara yang berbunyi itu beri tahu kepada aku”. Maka kata laki-laki itu “Bahawa adalah suara itu suara tuhan kita Habala itu. Jika hendak jadi barang suatu-suatu apa-apa diatas kita demikianlah diserukan member ingat akan kita. Bahawa adalah A’laya anak Abaya Tholaba itu beberapa banyak daripada kaum keluarga kita ini dibunuhnya dari kerana sebab itulah tuhan kita memberi tahu kepada kita inilah waktu yang baik yang boleh membuat A’laya itu. Membalas akan lara orang kaum keluarga kita itu adanya sekarang ini. Jika dua tiga orang pergi menanti mengadangkan jalan yang A’laya berjalan itu dapatlah dibunuh akan A’laya itu. Apakala dikerjakan yang demikian di atas A’laya itu tuhan kita nanti menaruh kasih sayang kepada kita”. Maka di dalam antara orang banyak-banyak itu adalah seorang laki-laki bernama A’bada Allaha “Akulah hendak pergi membunuh A’laya itu”. Kemudian bangkit pula seorang laki-laki bernama Haqowayala “Aku pun hendak pergi” kemudian bangkit pula seorang laki-laki bernama Khonatholata abana Abawa Safayana “Akupun hendak pergi membunuh A’laya itu”.

Maka setelah sudahlah tiga orang itu mengaku hendak pergi mengadang sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha maka kata Abawa Safayana “Wahai di dalam tanah A’raba ini tiadalah siapa-siapa yang aku lihat dapat menyamai dengan tiga orang ini. Maka adalah tiga orang ini orang yang bernama, jika pergi nescaya nanti sempurna pekerjaannya itu. Sebelum disempurnakannya tiadalah ia balik melainkan diperbuat dengan sungguh hatinya”. Setelah itu maka Abawa Safayana diberi tiga orang itu tiga ekor kuda Iraq yang pantas berjalan seraya katanya “Jika kamu pergi dengan segeranya nescaya kamu berjumpa dengan A’laya itu dijalan. Apakala kamu bertemu dengan dia janganlah menaruh kasihan lagi bunuh akan dia. Apakala mati A’laya itu baharulah kita boleh duduk senang dan dengan kaum keluarga kita tiadalah nanti duduk berkelahi berbantah-bantahan dengan kaum Asalama itu dan lagi pun tuhan kita berhala Habala itu nanti menaruh kasih sayang kepadamu”.

Setelah itu maka tiga orang hulubalang itu pun mengenderai kuda masing-masing berlari-lari berdahulu-dahuluan berlumba-lumba kasad hendak pergi dengan segeranya mendapat sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha. Bahawa adalah dipelarikan kudanya itu seperti burung terbang pantasnya. Serta sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha mendengar kaum kafir itu bermuafakat hendak pergi bunuh sayadana A’laya seraya berkata di dalam hatinya “Wahai adalah kaum kafir ini sudah bermuafakat hendak bunuh anak saudaraku A’laya itu. Barangkali A’laya itu duduk dengan alpanya terlebih baik aku memberi tahu kepadanya supaya diingatkan dirinya”. Setelah sudah ia berkata-kata di dalam hatinya lalu ia memanggil seorang khadamnya yang bernama Majayada.

Telah datanglah Majayada itu katanya “Hai Majayada, bahawa adalah aku ini hendak suruh kamu pergi di atas suatu pekerjaan yang amat besar. Apakala kamu kerjakan maka aku merdekakan engkau dan aku nanti nikahkan perempuan daripada bangsa Qomaraha dan lagi aku nanti beri padamu lima puluh dinar emas akan penatmu itu”. Maka sembah Majayada “Ya sayadana, hambalah redha hendak mengunjung sabda tuan hamba itu katakanlah kepada hamba supaya hamba kerjakan dia dengan segeranya”. Maka sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha pun sangat sukacita hatinya seraya berkata “Hai Majayada, bahawa adalah tiga orang daripada kaum A’raba yang iblis itu sudah keluar dari dalam Makah, kasad mereka itu hendak pergi mencari A’laya anak Abaya Tholaba itu hendak dibunuh akan dia. Maka A’laya itu pun sudahlah keluar dari dalam Madinah itu dengan seorang dirinya. Engkau ini yang aku harap percaya sebab inilah aku memberi tahu akan rahsia ini. Sekarang engkau kenderai keatas kuda aku itu pergi, jangan diberi tahu kepada siapa-siapa pun. Cari A’laya itu khabarkan hal itu kepadanya supaya ia ingat akan dirinya dan katakan salamku kepadanya”. Maka Majayada pun tunduk menyembah dijawat tangan sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha.

Setelah itu Majayada pun berkenderalah diatas kuda itu dipacunya keluar dari dalam negeri Makah itu lari seperti burung terbang adanya. Bahawa adalah kira-kira kuda itu lari seperti burung terbang tiada tahu kemana perginya di bawa akan Majayada pada jalan yang sesat masuk ke dalam hutan rimba. Telah bertemulah dengan binatang buas-buas lalu Majayada pun palingkan kudanya daripada dalam hutan itu lalu berhentilah pada suatu tempat. Lepas seketika maka Majayada pun merasai tubuhnya hemat hendak berjalan daripada tempat itu maka hendaklah di naik keatas kudanyaitu. Maka kudanya tiada mau berjalan beberapa dikertak tiada juga mau berjalan maka Majayada berfikir di dalam hatinya “Wahai kuda ini merasai penat berjalan sebab inilah ia tiada mau berjalan. Jika demikian baiklah aku berhenti dahulu pada tempat ini lepas seketika baiklah aku berjalan”. Lalu Majayada pun rebah tidurlah, diikat kang kudanya pada kakinya lalu ia pun tidurlah, hendak tidur tiadalah boleh tidur kerana segala anggotanya itu sakit dan lagi pun ia duduk mengikut akan pesanan sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha tiada ia lupa di dalam hatinya sambil ia duduk bersyair-syair akan menyukakan hatinya.

Adalah mengena syairnya itu bahawa adalah "Aku ini datang hendak mencari sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha mengapalah aku ini duduk pada tempat ini. Jika aku berlambatan di sini nescaya sayadana A’laya itu nanti tiada aku berjumpa dan jika aku berjumpa jika tiga orang Araba syaitan itu berjumpa dengan sayadana A’laya nescaya nanti dibunuhnya akan sayadana A’laya itu. Dahulu daripada itu aku berniat hendak juga pergi mencari sayadana A’laya itu badanku celaka ini pula merasai sakit. Dahulu daripada aku hendak memberi tahu pesanan sayadana A’basa itu kepada sayadana A’laya. Jika tiga orang bertemu dengan sayadana A’laya nescaya nanti mereka itu bunuh akan dia. Sudah bertemukah atau tiadakah bertemu pun tiadalah aku ketahui akan halnya. Jika aku berlambatan di sini jika jadi aku tiada mengunjung akan pesanan tuanku itu”. Di dalam ia duduk berkata-kata syairnya dengan seorang dirinya maka dengan takdir Allaha Taa’laya, sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun sampailah kepada tempat Majayada duduk itu lalu sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun mendengarlah suara orang bersyair. Berhentilah sayadana A’laya jauh sedikit kasad hendak mendengar akan syair itu lalu sayadana A’laya pun berselindung dirinya di balik hutan.

Telah sudah di dengarnya baik-baik dikenallah akan suara itu suara Majayada lalu sayadana A’laya pun masuklah rapat dekat dengan Majayada itu seraya berseru-seru katanya sayadana A’laya “Hai Majayada, dengan ketolongan Allaha Sabahana Wa Taa’laya janganlah engkau menaruh takut kepada siapa-siapa. Bahawa adalah aku ini A’laya anak Abaya Tholaba. Barang siapa melawan dengan daku maka aku nanti pecahkan kepalanya beri keluar otaknya. Maka adalah aku ini tiada engkarkan seperti sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama melainkan aku berjalan di atas jalan yang sebenarnya itu. Jika aku hendak sesat berjalan pun pada malam hari kerana aku tiada berapa tahu berjalan pada malam hari”. Demi didengar oleh Majayada akan seru sayadana A’laya itu tiadalah dikenalnya juga seraya berkata “Siapa pada malam hari ini datang menyampuk akan daku ini laki-laki yang mana begitu berani datang dekat dengan aku ini?”. Lalu iapun dihunus pedangnya lalu ia bangkit daripada tempatnya tidur itu katanya “Hai laki-laki, siapa kau katakan kepada aku siapa engkau itu supaya aku hendak tahu akan dikau ini”. Maka sabda sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha “Hai Majayada, bukankah engkau bersyair itu engkau sebutkan di dalam syairmu mencari laki-laki yang disuruh cari itu. Akulah akan laki-laki itu dan akulah harimau bagi Abaya Tholaba itu dan akulah A’laya anak Abaya Tholaba dan akulah menantu sayadana rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.

Maka baharulah Majayada dikenalkan akan sayadana A’laya itu lalu iapun tunduk menyembah pada kaki sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha seraya berkata “Ya tuan batu jemala hamba, bahawa adalah hamba ini khadam bagi bapa saudara tuan hamba sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha. Bahawa adalah baginda itu menyuruh hamba mari mencari tuan hamba disuruh persembahkan suatu rahsia kepada tuan hamba sebab inilah maka hamba datang mencari tuan hamba. Bahawa adalah rahsia itu tiga orang daripada isi Makah daripada bangsa A’raba iblis itu seorang bernama A’bada Allaha, Maqoyala dan Khonatholata. Bahawa adalah tiga orang itu sudah berangkat keluar dari dalam Makah berjalan pergi mencari tuan hamba hendak bunuh tuan hamba. Maka maulah tuan hamba duduk mengingat-ingat akan diri supaya jangan terdapat kepada tangan mereka itu dan ayahanda itu pun kirim salamnya kepada tuan hamba” dan segala hal ehwal isi Makah itupun semuanya dimaklumkan kepada sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha.

Serta sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha dengar seraya berkata “Hai Majayada, pertetapkan hatimu jangan kamu bergerak daripada tempat ini duduklah kamu bersama-samaku disini melihat akan kuasa Allaha itu. Bahawa adalah pada fikiranku ketiga mereka itu nanti berjalan pada jalan ini tiada ada jalan yang lain melainkan daripada jalan inilah nanti mereka itu berjalan”. Di dalam sayadana A’laya duduk berkata-kata itu maka terdengarlah riuh rendah bunyi kaki kuda berjalan maka sabda sayadana A’laya “Hai Majayada, telah sudah aku mendengar suara orang ketiga itu ada berjalan mari pada tempat ini”. Maka sayadana A’laya dan Majayada pun berselindunglah pada suatu pokok kayu. Lepas seketika maka ketiga orang itupun marilah hampir tempat sayadana A’laya berselindung itu. Tiada ditahu akan sayadana A’laya ada pada tempat itu kerana sebab malam hari lalu mereka itu berkata-kata sama sendirinya. Kata A’bada Allaha kepada dua orang itu “Hai saudaraku, pada fikiranku bahawa adalah A’laya itu tak dapat tiada ia ada dibalik pohon kayu besar itu kerana aku medapat baunya”. Maka kata Maqoyala “Jika A’laya itu tiada di balik pohon itu bahawa aku nanti penggalkan lehermu dengan pedangku ini”. Maka A’bada Allaha pun merasai takut lalu katanya “Ya sahabatku, janganlah kita pergi kepada tempat itu kerana kita datang daripada jauh dengan penat lelah segala anggota kita pun merasai lumpuh. Baiklah kita berhenti dahulu kita pesihatkan tubuh badan kita”. Telah sudah maka ketiga pun pergilah berhenti di bawah sepohon kayu jauh sedikit daripada pohon kayu yang sayadana A’laya berselindung itu. Apakala sudah kita sihat kita makan makanan apakala pagi-pagi hari kita bangkit pergi mencari A’laya itu. Jika ia pergi dahulu daripada kita, kita kejarkan dia. Apakala kita dahulu daripadanya kita nanti akan dia”. Setelah itu maka ketiganya pun berhentilah maka makan makanan.

Pada waktu itu maka kata sayadana A’laya kepada Majayada “Hai Majayada, tiada aku lihat kemana pergi ketiga orang itu. Barangkali mereka itu pergi singgah dibawah pohon kayu dekat dengan bukit itu. Marilah kita pergi lihat”. Maka sayadana A’laya pun dengan Majayada pergi dekat dengan mereka itu sebalik hutan. Maka sabda sayadana A’laya “Hai Majayada, engkau duduk disini engkau lihat kuasa Allaha Taa’laya hendak memalukan keatas mereka itu yang seteru kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu” lalu sayadana A’laya radhoya Allaha dibukakan serbannya dan bajunya diberi pada Majayada maka dipegang Zawa Al Faqora pada tangannya lalu ia naik keatas bukit. Dipandang kepada tiga orang itu tengah duduk makan makanan maka A’bada Allaha itu tengah ia duduk suap nasinya maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun diambil suatu batu dilontarkan diantara A’bada Allaha dengan dua orang sahabatnya. Maka batu itupun gugurlah kehadapan A’bada Allaha. Serta gugur batu itu maka A’bada Allaha pun terkejut, nasi yang ditangannya itu pun gugurlah daripada tangannya dan iapun rebahlah terlentang di bumi. Maka yang lagi dua orang itu pun terkejutlah lalu rebah diatas bumi mengelupur di atas bumi seorang dengan seorangnya tiada boleh berkata-kata. Lepas seketika kata A’bada Allaha “Ya sahabatku, pada fikiranku pada tempat ini banyak binatang yang buas-buas dan banyak hantu-hantu dan jin duduk mengusik kita ini. Marilah kita pergi lihat pada tempat hantu syaitan itu”. Lalu ketiganya pun berjalanlah daripada tempat itu hendak naik keatas bukit itu.

Maka sayadana A’laya pun diguling batu dari atas bukit turun kebawah sambil ia duduk melompat-lompat di atas bukit itu. Demi dilihat oleh ketiga mereka itu seraya berkata “Wahai di atas bukit itu ada banyak syaitan yang jahat itu duduk bertari-tari maka akan syaitan inilah membuat jahanam makanan kita sampai kita tiada boleh makan makanan”. Maka kata A’bada Allaha “Ya sahabatku, lihatlah oleh kamu akan tamasya aku maka aku hendak pergi buat akan syaitan itu” lalu A’bada Allaha itu pun naiklah meragang keatas bukit itu. Dilihat oleh sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha akan A’bada Allaha itu meragang bukit maka sayadana A’laya perbuat pura-pura dirinya seperti orang penyakit lalu berlari-lari daripada kemuncak bukit itu merebah akan dirinya daripada mata A’bada Allaha. Serta A’bada Allaha melihat sayadana A’laya sudah rebah daripada matanya lalu iapun turun balik mendapat yang dua orang sahabatnya seraya berkata “Yaa Akhoya, maka akan syaitan itu sudahlah lari daripada aku tiada ia lagi diatas bukit itu. Marilah kita pergi mencari anak Abaya Tholaba itu kita bunuh akan dia kita mari pun mencari dia bukan kita mari hendak membunuh hantu syaitan itu”. Maka kata Maqoyala “Sebelum aku bunuh akan hantu itu tiadalah aku mau undur daripada sini kerana hantu itu merosakkan makananku” lalu ia hunuskan pedangnya melompat naik ke atas bukit mencari hantu itu.

Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun dilihat akan Maqoyala ada naik keatas bukit itu lalu baginda pun berdirilah pula pada tempat diatas kemuncak bukit itu sambil melompat-lompat melontarkan dengan batu. Demi dilihat oleh Maqoyala katanya “Hai syaitan yang amat jahat, engkaulah yang membuat binasa akan makanan kami itu engkaulah yang melontarkan kami dengan batu. Sekali ini tiada aku mau lepaskan kamu daripada tanganku”. Maka sayadana A’laya pun melompat-lompat kesana dan kemari seperti burung terbang melayang jatuh ke atas Maqoyala itu dipegang tali ikat pinggang diangkat ke atas kepalanya di keliling-keliling lalu dihempas ke bumi di atas batu, remuk redam segala tulangnya mampuslah Maqoyala itu. Maka akan khabarnya tiada tahu kepada A’bada Allaha dan sahabatnya Khonatholata. Maka kata Khonatholata kepada A’bada Allaha “Mengapa Maqoyala itu tiada mari. Lama sudah ia duduk berkelahi dengan hantu itukah atau hantu itu bunuh akan diakah. Maka baiklah engkau pergi melihat akan dia, apakala engkau berjumpa dengan hantu itu engkau bunuh akan dia keratkan kepalanya bawa kepada aku. Jika engkau tiada keratkan kepalanya hantu itu, demi tuhan Habala dan Lata Wa A’za itu akulah memenggalkan kepalamu dengan pedangku ini”. Maka A’bada Allaha segeralah naik keatas bukit itu lepas itu maka yakinlah ia ada hantu itu diatas bukit itu.

Demi sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha melihat A’bada Allaha itu datang makin ia bertari-tari melompat-lompat di atas bukit itu serta sampai dekat dengan A’bada Allaha. Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun melompat menangkap tali ikat pinggang A’bada Allaha itu dihela-hela dikunjung-kunjung. Maka A’bada Allaha pun dikenalnya akan sayadana A’laya seraya berkata “Demi tuhan Kaa’bah, bahawa adalah engkau ini bukannya hantu syaitan. Adalah engkau penghulu mahkota segala pahlawan dan raja kepada segala laki-laki dan raja-raja di dalam alam ini dan engkau anak cucu Hashayama dan engkaulah daripada orang yang mulia dan engkaulah harimau bagi kaum Hashayama itu dan engkaulah yang bernama A’laya anak Abaya Tholaba. Demi rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama, jangan engkau bunuh akan daku ini. Lepaskan daku telah redhalah aku membawa iman kepada agama Asalama” lalu A’bada Allaha pun mengucap kalimah Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Mahamada A’badaha Wa Rasawalaha. Setelah sudah ia mengucap kalimah shahadat maka sayadana A’laya lepaskan dia lalu ia pun menjawat khadam sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha minta izin hendak turun daripada atas bukit itu.

Maka diberi izin lalu turunlah pergi mendapat akan Khonatholata seraya berkata “Ya Khonatholata telah aku sudah pergi mendapat syaitan itu. Aku berkata-kata dengan dia bahawa adalah kaum keluarga syaitan itu berkaum dengan kaum keluarga kita. Maka dahulu daripada ini aku kenal akan syaitan dan iapun kenal akan daku ini sebab inilah ia lepas akan daku tiada dibunuhnya akan daku dan aku pun tiadalah hati hendak melawan dengan dia dan apa sudah jadi diatas sahabat Maqoyala itu pun tiada aku ketahui. Ya Khonatholata, engkau sekarang ini pergilah melihat akan syaitan itu dan bunuhlah akan dia kemudian carilah akan sahabat kita Maqoyala itu bawa kemari dan jika engkau tiada kuasa hendak bunuh akan syaitan itu, buatlah sahabat dengan dia supaya ia boleh tolong kita membunuh A’laya itu”. Maka Khonatholata pun sukalah lalu ia naik ke atas bukit itu maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun berdiri-diri tiada bergerak daripada tempat itu. Serta Khonatholata melihat sayadana A’laya berdiri maka Khonatholata pun berdiri daripada jauh seraya berkata “Hai syaitan, undurlah kamu daripada tempat ini. Nyahlah kamu dari sini jika engkau tiada mau undur tolonglah kamu akan kami ini pergi bersama-sama kami membunuh A’laya anak Abaya Tholaba itu. Jika engkau redha katakanlah kepada aku kerana A’laya itu banyaklah dosanya ia membuat segala kaum keluarga kami dan penghulu kami dan dirampasnya segala hak harta kami dan pada tiap-tiap hari duduk membuat seteru dengan kami. Maka aku pintalah banyak-banyak kepadamu akan menolong akan kami”. Maka sayadana A’laya pun bertempiklah seperti guruh membelah bumi maka Khonatholata pun rebah pengsan di bumi maka berlari-lari sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha naik ke atas dadanya dicekik lehernya itu baik-baik serya berkata “Hai seteru Allaha dan rasul, perkataan apa engkau berkata itu. Sangatlah marahnya seperti api terbakar di dalam dadanya”.

Lepas seketika maka Khonatholata pun siumanlah daripada pengsannya seraya berkata dikenal akan A’laya itu “Ya A’laya, janganlah tuan hamba cekik akan leherku kerana aku hendak berkata barang sepatah dua dengan tuan hamba. Maka sabda sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha “Hai seteru Allaha dan rasul Allaha, apalah kehendakmu katakanlah kepada aku”. Maka katanya “Pada tempat ini tiada aku mau hendak bunuh akan dikau. Aku hendak tangkap engkau ini bawa pergi kehadapan tuhan kami berhala yang bernama Habala dan Lata Wa A’za. Dihadapannya itulah aku hendak bunuh akan dikau”. Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun lepas akan dia seraya berkata “Hai Khonatholata, sekarang ini sudahlah aku lepaskan dikau, buatlah seperti kehendak hatimu kepada aku”. Maka Khonatholata pun melompat-lompat kasad hendak menangkap akan sayadana A’laya maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun melompat dengan sekali lompat dipegang kaki Khonatholata itu disentak lalu Khonatholata pun rebah ke bumi, di heret oleh sayadana A’laya akan Khonatholata dihempaskan keatas batu, remuk redamlah hancur luluh segala tulangnya lalu iapun matilah masuk neraka jahanam.

Setelah itu maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun turunlah dari atas bukit itu mendapat Majayada maka Majayada pun beribu-ribu mengucap syukur ke hadrat Allaha Taa’laya sambil memandang kepada muka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha. Maka sabda sayadana A’laya kepada Majayada “Ya Majayada, engkau segeralah balik pergi ke Makah mendapat sayadana A’basa radhoya Allaha a’naha engkau persampaikan salamku kepadanya. Barang yang telah jadi disini semuanya pun engkau maklumkan kepadanya”. Maka sembah A’bada Allaha “Ya A’laya, telah hamba ini sudahlah membawa iman kepada agama Asalama, beri apalah izin kepada hamba maka hamba hendak balik ke Makah maka hamba tiadalah mau zahirkan iman kepada kaum kafir jika hamba zahirkan nescaya nanti mereka itu seksakan hamba dan anak isteri hamba. Maka hajat hamba itu hendak pindah pergi ke Madinah mengunjung rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Sebelum hamba berangkat tiadalah hamba zahirkan iman hamba ini”. Maka sabda sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha “Hai A’bada Allaha, kerjakanlah seperti kehendak hatimu. Baliklah kamu pergi ke Makah dengan segeranya pergi bersama-sama Majayada ini”. Maka A’bada Allaha dan Majayada pun menjawat khadam sayadana A’laya lalu berjalanlah balik menuju ke negeri Makah. Maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun duduklah pada tempat itu sehari semalam. Lepas daripada itu maka sayadana A’laya pun berjalanlah daripada tempat itu menuju jalan ke negeri Waadala Shokhoraha mencari Zabayara bana A’wama radhoya Allaha a’naha adanya.




Sumber: Hikayat A'mara Amayara Dhomaraya

No comments:

Post a Comment