Barangsiapa Asalama hendaklah diketahui maka hasillah Fatahanya. Fasal ini pada menyatakan Fataha maka tatkala kita mengenakan Fataha ini pada rahsia maka jawab pada rahsia inilah rahsia hak Taa’laya dan terbuka pintu syurga yang ketujuh. Maka tatkala kita mengatakan Arawaha (Ruh) ini apa pada rahsia maka jawab Arawaha itu tempat menerima rahmat dan syafaat. Maka tatkala kita mengatakan Al Hamada Lalaha itu apa kepada rahsia maka jawab tatkala kita membaca Al Hamada Lalaha itu kerana awalnya ruh Mahamada itu pohon segala ruh. Maka tatkala kita membaca Qola Hawa Allaha Ahada tiga kali ini kerana Allaha Taa’laya sematkan alam dunia dan alam akhirat dan Allaha Taa’laya sematkan syurga dan neraka, Allaha Taa’laya sematkan Arasha dan Karasaya dan Allaha Taa’laya sematkan Lawaha dan Kalama. Maka tatkala kita membaca Qola Aa’waza Baraba Al Falaqo ini pada rahsia maka jawab pada rahsia inilah nyata sifat laki-laki. Maka tatkala kita membaca Qola Aa’waza Baraba Al Naasa ini apa pada rahsia ini nyata sifat perempuan asalnya.
Maka tatkala kita membaca Al Hamada Allaha dua kali ini apa kepada rahsia maka jawab pada rahsia inilah nyata Mahamada ini di Makata dan Madayanaha. Maka tatkala kita membaca Allahama ini apa kepada rahsia maka jawab kepada rahsia inilah Allaha Taa’laya sematkan sekelian yang dijadikan Allaha Taa’laya tamat. Maka tatkala membaca Shodaqo Allaha ini apa pada rahsia jawab pada rahsianya ini nyata ruh Mahamada dengan seadanya itu tertamu pada alam. Maka tatkala kita membaca doa itu apa pada rahsia maka jawab pada rahsianya inilah Allaha Taa’laya menurunkan rahmatnya dan syafaat atas sekelian Asalama laki-laki dan Asalama perempuan. Maka tatkala kita menadahkan tangan itu apa pada rahsia ini kerana Allaha Taa’laya menurunkan cahaya nawara.
Maka tatkala kita mengatakan Amayana itu apa kepada rahsia maka jawab pada rahsia kerana huruf Amayana itu empat hurufnya, pertama Alif ini asal pada kita, Mim itu nyawa kepada kita, Ya itu tubuh kepada kita, Nun itu cahaya kepada kita. Maka mengatakan Amayana itu dengan ketahuinya inilah luputlah daripada dosa zahir dan doa batinnya dan luputlah daripada api neraka dan dimudahkan Allaha Taa’laya tatkala berjalan diatas titian Shorotho Al Masataqoyama seperti kilat dan Allaha Taa’laya masukkan kedalam syurga inilah kepada rahsia. Maka jawab tatkala meraup muka kita kepada rahsia maka jawab tatkala kita meraup muka itu kepada rahsia kerana muka itu tempat cahaya. Maka barangsiapa tiada diketahui akan asal Fataha itu tiada sah lagi makrifatnya dan tiada mengenal lagi melainkan kata ini jangan taksir kita bertanya kepada guru yang bijak itu tamat.
Adapun niat itu menyatakan tubuh datang ke akhirat. Adapun Takabayarata Al Aharama ini pelita yang nyala di dalam kuburnya. Adapun Fataha itu pakaian di dalam kuburnya. Berdiri itu meluaskan tempat di dalam kuburnya. Adapun rukuk itu akan menjadi tikar di dalam kuburnya. Adapun iktidal itu menjadikan memberi payung Mahsyar di dalam kuburnya. Adapun sujud itu memberi titian shorotho al masataqoyama di dalam kuburnya. Adapun duduk antara dua sujud itu memberi naung bawah panji-panji nabi kita Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Adapun duduk yang kemudian itu akan menyahut tanya Manakara Wa Nakayara di dalam kuburnya. Adapun sholawat itu menjadikan dihadang akan api neraka. Adapun memberi salam itu memasukkan kedalam syurga.
Fasal ini pada menyatakan hal itu apa sebab maka huruf Asama kerana Allaha Taa’laya keluar waktu lima itu pada huruf maka keluar subuh pada Alif dan keluar waktu Zuhur pada Lam dan keluar waktu Asar pada Ha dan keluar waktu Maghrib pada sama Mim dan keluar waktu A’shaa pada Dal. Inilah asalnya. Adapun waktu Subuh itu cahayanya putih, Zuhur itu cahayanya merah, Asar itu cahayanya kuning, Maghrib itu cahayanya hitam, A’shaa itu cahayanya hijau. Waktu subuh itu nabi Adama, waktu Zuhur itu nabi Abarahayama, waktu Asar itu nabi Nawaha, waktu Maghrib itu nabi A’yasaya dan A’shaa itu nabi Mawasaya. Maka yang putih itu cahaya ruh nabi kita Mahamada dan yang merah itu cahaya baginda A’mara dan cahaya yang kuning itu cahaya baginda A’tamana dan cahaya hitam itu cahaya baginda Abawa Bakara dan cahaya yang hijau itu cahaya ruh baginda A’laya.
Maka yang putih itu dimana istananya dan yang merah itu dimana istananya dan yang kuning itu dimana istananya dan yang hitam itu dimana istananya dan yang hijau itu dimana istananya. Yang putih itu istananya di hati dan yang merah itu istananya di jantung, yang kuning itu istananya di paru-paru dan yang hitam itu istananya di limpa dan yang hijau itu istananya di hempedu inilah asalnya tempat asalnya. Dan dimana tempat pintunya, adapun hati itu di mulut dan pintu jantung itu di mata kedua dan pintu limpa di dahi kanan dan pintu paru-paru itu dijamal kiri dan pintu hempedu itu di samaa’ kedua inilah asalnya pintunya.
No comments:
Post a Comment