Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, August 20, 2011

Taja Al Salathoyana (Mahkota Raja-raja)

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Hamada Lalaha Alazaya Laa Sharayaka Laha Faya Al Malakaha Wa Laa Hakama A’nadaha, Laha Al Malaka Wa Laha Al Hakama Wa Hawa Ahakama Al Hakamayana Kamaa Qoala Faya Katabaha Al Qodayama ertinya Segala puji bagi Allaha, ianya jua tuhan seru sekelian alam. Bahawa yang tiada di dalam alam kerajaannya itu sekutu dan tiadalah yang menghukumkannya ia jua yang empunya hukum dan ia jua yang empunya kerajaan. Ialah yang terkeras hukumnya daripada sekelian hukum seperti firman Allaha Taa’laya di dalam kitabnya yang Qadim akan hambanya Qola Allahama Malaka Al Malaka, Tawataya Al Malaka Mana Tashaa Wa Tanazaa’ Al Malaka Mana Tashaa Wa Taa’za Mana Tashaa Wa Tazala Mana Tashaa, Bayadaka Al Khoyara Anaka A’laya Kala Shaya Qodayara ertinya Kata olehmu ya Mahamada, Ya tuhanku yang mempunyai kerajaan, mendatangkan kerajaan barang siapa dikehendakinya dan mengeluarkan daripada kerajaan bagi barang siapa yang dikehendakinya dan dimuliakan bagi barang siapa yang dikehendakinya dan di hinakannya bagi barang siapa yang dikehendakinya dengan kudratnya jua segala kebajikan itu, bahawa engkau atas tiap-tiap sesuatu amat kuasa. Tawalaja Al Layala Faya Al Nahara Wa Tawalaja Al Nahara Faya Al Layala Wa Takhoraja Al Haya Mana Al Mayata Wa Takhoraja Al Mayata Mana Al Haya Wa Tarazaqo Mana Tashaa Baghoyara Hasaba ertinya Ialah tuhan memasukkan malam di dalam siang dan memasukkan siang di dalam malam dan mengeluarkan hidup daripada mati dan mengeluarkan mati daripada hidup dan memberi rezeki barang siapa dikehendakinya dengan tiada dapat dikira-kira.

Shaa’ra Allaha Taa’laya, ia jua yang sebenarnya itu lagi berkuasa. Sebenarnya lihatlah kuasa yang menjadikan ia akan masa, maha sucilah ia daripada masa. Sebenarnya dijadikan segala bahasa itu ia jua yang empunya bahasa daripada segala bahasa. Sebenarnya katanya manusia daripadanya segala daripadanya itu adalah termanis kepada rasanya. Sebenarnya puji tuhan itu jua ia kata majazi dengan memuji ia bahasa. Sebenarnya kemudian daripada itu rahmat Allaha Taa’laya dan selamatnya yang tiada berkesudahan adanya. Wa Maa Arasalanaka Alaa Rahamata Lalaa’lamayana ertinya Tiada jua yang menyuruhkan kamu akan di dalam alam ini melainkan rahmat jua bagi isi sekelian alam ini. Bermula daripada kata, erti kata itu wajiblah atas segala Asalama bahawa mengucap syukur akan tuhan seru alam sekelian yang demikian maha mulia pesuruhnya dijadikan penghulu di atas kamu. Bahawa yang cahaya namanya dan rahmat adanya seperti cahaya juga namanya Mashothofaya Mahamada Rahamata Allaha itu Adama Mashothofaya Mahamada segala nabi yang nyata di dalam dunia dan dengki dengan engkar hapuslah segala.

Qola Al Nabaya Shola Allaha A’layaha Wa Salama Anaa Madayanata Al A’lama Wa A’laya Baabaha ertinya Akulah kota alam dan A’laya pintu kuat alam. Kemudian daripada itu bahawa inilah kitab yang maha mulia yang menerangkan pekerti segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan rakyat dan barang yang bergantung dengan pekerjaan segala kerajaan dengan ibaratnya yang ehsan dan rajanya yang simpan beroleh manafaat bagi yang membaca dia dan dinamai kitab Taja Al Salathoyana ertinya Mahkota segala raja-raja. Sebab dinamai kitab ini demikian itu dari pihak kemuliaannya kerana barang siapa raja-raja menyimpan kitab ini jika senantiasa dibacanya serta di turut barang yang ada perkataan di dalamnya maka ialah raja yang sempurna yang ada padanya mahkota.

Ketahuilah olehmu bahawasanya segala cerita di dalam kitab ini semuanya atas dua puluh empat fasal. Maka fasal yang pertama peri pada menyatakan mengenal dia manusia. Fasal yang kedua pada menyatakan peri mengenal tuhan yang menjadikan sekelian alam ini. Fasal yang ketiga pada menyatakan mengenal dunia dan kehidupan manusia itu betapa. Fasal yang keempat pada menyatakan kesalahan kehidupan manusia. Fasal yang kelima pada menyatakan peri pangkat sultan. Fasal yang keenam pada menyatakan peri perbuatan adil. Fasal yang ketujuh pada menyatakan pekerti segala raja-raja yang adil. Fasal yang kedelapan pada menyatakan peri pekerti segala raja-raja kafir yang adil. Fasal yang kesembilan pada menyatakan peri pekerjaan raja-raja yang zalim. Fasal yang kesepuluh pada menyatakan peri pekerjaan segala menteri.

Fasal yang kesebelas pada menyatakan segala kitab yang menyurat seperti firman Allaha Taa’laya. Fasal yang kedua belas pada menyatakan peri pekerti pesuruh. Fasal yang ketiga belas pada menyatakan peri segala pegawai raja kerajaan. Fasal yang keempat belas pada menyatakan peri memeliharakan anak. Fasal yang kelima belas pada menyatakan peri khidmat yang besar. Fasal yang keenam belas pada menyatakan peri yang berbudi. Fasal yang ketujuh belas pada menyatakan peri segala syarat kerajaan. Fasal yang kedelapan belas pada menyatakan ilmu Qoyafata. Fasal yang kesembilan belas pada menyatakan ilmu firasat. Fasal yang kedua puluh pada menyatakan peri segala rakyat dan raja. Fasal yang kedua puluh satu pada menyatakan peri rakyat segala kafir dan raja Asalama. Fasal yang kedua puluh dua pada menyatakan peri senjata dan ehsan. Fasal yang kedua puluh tiga pada menyatakan peri upaya dan a’hadaya. Fasal yang kedua puluh empat pada menyatakan peri kesalahan kitab ini.

Fasal yang pertama pada menyatakan peri mengenal diri maka hendaklah di ketahui kejadiannya seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana A’rafa Nafasaha Faqoda A’rafa Rabaha ertinya Barang siapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal dirinya.

Putus

Lain maka dikembalikan nyawa dan dihimpunkan ke padang Mahsyar di nyatakan segala amalnya yang baik dan yang jahat tatkala hidupnya di dalam dunia dan seperti biji sawi sekalipun kebajikannya itu dan kejahatannya ditunjukkan jua pada hari itu tiada lebih dan tiada kurang daripada kira-kiranya seperti firman Allaha Taa’laya Famaa Yaa’mala Matsaqoala Zarata Khoyara Yaraha Famana Wa Mana Yaa’mala Matsaqoala Zarata Shara Yaraha ertinya Maka barang siapa berbuat amal yang baik jikalau seperti zarah juapun dilihatnya jua kebajikannya dan barang siapa berbuat amal yang jahat jikalau seperti zarah jua pun dilihatnya jua kejahatannya.

Bermula pada hari kiamat, segala raja-raja yang membesarkan dirinya di dalam dunia maka pada hari itu dihimpunkan Allaha Taa’laya atas rupanya sujud di bawah kaki segala manusia dan segala raja-raja dan segala hakim-hakim yang melalaikan hukum pada orang yang dihukum pada hari itu dikemudiankan daripada segala hukum manusia yang banyak dan jadi terhalalah ia dan segala raja-raja yang zalim yang menyakiti segala hamba Allaha Taa’laya pada hari itu terlebih hina daripada segala yang hina, berjalan-jalanlah daripada kesakitan dan bagai-bagai bahaya. Dan segala keluarganya dan anak cucunya yang dikasihnya dan yang dipeliharakan pada hari itu seorang pun tiada hampir akan menolong kesakitannya melainkan lari jua daripadanya seperti firman Allaha Yawama Yaghora Al Mara Mana Akhoyaha Wa Amaha Wa Abayaha Wa Shohabataha Wa Banayaha Lakala Mara Mana Hama Yawamaza Shaana Yaghonayaha ertinya Pada hari itu lari segala manusia daripada saudaranya dan ibubapanya dan isterinya dan anaknya pada hari itu pekerjaan masygul akan dirinya atas kesalahan segala manusia.

Fasal bab yang kedua pada menyatakan peri mengenal tuhan yang menjadikan sekelian alam. Firman Allaha Taa’laya Wa Maa Kholaqota Al Jana Wa Al Anasa Alaa Layaa’badawana ertinya Dan tiada jua dijadikan jin dan manusia melainkan mengenal aku yakni mengenal barang yang wajib dan yang mustahil dan yang harus padanya, bukan mengenal akan zatnya. Maka yang demikian itu mustahil sekali-kali jikalau nabi yang marasala atau malaikat yang maqorabin sekalipun tiada akan sampai mengenal akan zatnya seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Sabahanaka Maa A’rafanaa Lahaqo Maa’rafataka ertinya Mahasuci engkau tiada kami kenal engkau dengan sebenarnya mengenal dikau. Bermula tiada jalan mengenal Allaha Taa’laya melainkan dengan budi bicara dan mengenal dalil yang menunjukkan keadaan Allaha yang kuasa, yang berkehendak, yang tahu, yang mendengar, yang melihat, yang tiada menyengutui barang perbuatannya. Bermula segala warna-warna dan yang indah-indah dan yang bergerak dan yang bertemu dan yang diam dan yang bercerai-cerai daripada suatu sifat kepada suatu sifat mustahil jadi sendirinya melainkan ada jua yang menjadikan sekelian itu iaitu Allaha Sabahana Wa Taa’laya. Dalil dan firman Allaha Taa’laya Allaha Alazaya Kholaqo Al Samawata Wa Al Aradho ertinya Allaha Taa’laya jua yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi.

Bermula ketahui olehmu bahawa Allaha Taa’laya yang menjadikan sekelian alam itu bukan jawahar kerana jawahar itu mempunyai pihak tahayana (berwaktu) dan bukan A’radho karana A’radho itu tiada dapat berdiri sendirinya dan bukan jisim kerana jisim itu bersusun. Maka Allaha Taa’laya itu tiada dapat diperikan dan tiada dapat dirupakan dan tiada dapat dihinggakan dan tiada dapat dibayang dan tiada dikenakan pada masa dan zaman dan tiada menyerupai dia sesuatu jua pun seperti firman Allaha Layasa Kamatsala Shayaya Wa Hawa Al Samayaa’ Al Bashoyara ertinya Tiada seumpamanya susuk juapun dan ia jua yang amat mendengar lagi amat melihat. Bermula Kalam Allaha Taa’laya itu qodim lagi azali yang tiada huruf dan tiada suara dan tiada diam, bukan pembacaan dan bukan suratan dan bukan suhuf ia yang kita surat dan yang kita hafazkan. Adapun firman Allaha Taa’laya Qoraana itu Kalam Allaha Taa’laya dalilnya menunjukkan Kalama Nafasaya yang qodim.

Bermula melihat Allaha Taa’laya pada hari kiamat segala mawamana (mukmin) kemudian daripada masuk syurga itu harus pada akal dan wajib pada syarak seperti firman Allaha Taa’laya Wajawaha Yawamaza Naazhorata Alaya Rabahaa Naazhorata ertinya Muka segala mukmin pada hari kiamat gilang-gemilang cahayanya melihat kepada tuhannya dengan mata kepalanya dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Ana Kama Satarawana Rataba Kama Yawama Al Qoyamata Kamaa Tarawana Al Qomara Layalata Al Badara ertinya Sesungguhnya kamu melihat tuhan kamu pada hari kiamat seperti melihat bulan pada malam purnama. Bermula kata ulama melihat Allaha Taa’laya itu tiada jauh dan tiada hampir dan tiada besar dan tiada kecil dan tiada pancaindera dan tiada diatas dan tiada dibawah tiada bertempat dan tiada berpihak dan tiada dapat diumpamakan.

Bermula ketahui olehmu bahawa Allaha Taa’laya menjadikan segala perbuatan hambanya seperti iman dan taat dan kafir dan maksiat sekeliannya itu kehendak Allaha dan kuasanya. Adapun perbuatan hamba yang kebajikan seperti iman dan taat itu kehendak Allaha dan dijadikan dan dikuasainya dan disuruhnya dan keredhaannya. Adapun perbuatan hamba yang kejahatan seperti kafir dan maksiat itu ketahui kehendak Allaha dan dijadikannya dan dikuasainya tetapi tiada disuruh dan tiada keredhaannya. Maka untung baik dan untung jahat itu ditentukannya dan dianugerahi Allaha akan hamba itu beri bicara dan ikhtiar sebab inilah diberi pahala dan diseksai dengan dia. Dalil firman Allaha Taa’laya Allaha Kholaqo Kama Wa Maa Taa’malawana ertinya Allaha Taa’laya menjadikan kamu dan barang perbuatan kamu kemudian wajib atas hamba Allaha percaya dan mengingatkan dan iktikadkan dia bahawa barang yang dititahkan Allaha Taa’laya kepada pesuruhnya menyampaikan kepada makhluk seperti menceritakan seksa kubur kepada segala kafir dan setengah mukmin yang derhaka dan memberi nikmat kubur kepada segala mukmin yang taat dan di aniaya Manakara Wa Nakayara di dalam kubur dan dihimpunkan kepadang Mahsyar dan timbang amal mereka itu kebajikan dan kejahatan dan melalui titi Sorotho Al Masataqoyama dan mandi dan minum air telaga Kawatsara dan dimasukkan segala mukmin ke dalam syurga kekal selama-lamanya dan dimasukkan segala kafir dan munafik ke dalam neraka kekal selamanya dan dimasukkan mukmin yang derhaka ke dalam neraka sekira-kira dosanya kemudian maka di masukkan kedalam syurga kekal selamanya.

Adapun nabi-nabi banyaknya itu seketi dua laksa empat ribu maka di dalamnya yang marasala tiga ratus tiga belas orang. Maka yang keturunan kitabnya delapan orang dan mempunyai syariat enam orang maka yang pertama nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama dan yang kemudian nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Adapun malaikat itu terlalu amat banyak tiada siapa mengetahui banyaknya melainkan Allaha Taa’laya jua yang mengetahui akan banyaknya hingga penuh tujuh lapis langit daripada kebanyakan mereka itu. Dan adapun segala kitab Allaha yang diturunkan atas rasulnya itu sebenar-benarnya maka banyaknya seratus empat kitab. Adapun keramat segala wali itu benar jua adanya dan yang tersebut benar daripada segala nabi itu hadrat Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama jua yang terlebih daripada segala wali itu Abawa Bakara dan A’mara dan A’tamana dan A’laya. Maka inilah segala perkataan yang wajib mengikut dia bagi segala Asalama.




Sumber: Kitab Taja Al Salathoyana

No comments:

Post a Comment