Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, August 11, 2011

Ibadat Puasa



Fasal pada menyatakan hukum puasa maka ertinya puasa itu menahan diri daripada segala yang membatalkan puasa pada pihak yang tertentu lagi akan tersebut segala syaratnya. Bermula wajib puasa Ramadhona dengan genap bulan Syaa’bana tiga puluh hari jikalau ghobar sekalipun atau dengan melihat bulan seseorang laki-laki yang adil iaitu laki-laki yang merdeka yang tiada mengerjakan dosa besar dan tiada ia kekal pada mengerjakan dosa kecil dan hendaklah orang yang melihat bulan itu naik saksi dihadapan qodhi atau raja demikian katanya Telah naik saksi aku bahawasanya kulihat sehari bulan dan tiada memadai saksi itu hamba orang atau perempuan atau laki-laki yang fasik atau kanak-kanak tetapi wajib atas mereka itu puasa sendirinya lain daripada kanak-kanak.

Dan demikian lagi wajib puasa atas barangsiapa yang percaya akan orang fasik yang lihat bulan dan tiada harus mengambilkan pada melihat bulan dengan kata ahli najama dan kata ahli al hasaba yakni segala yang berpegang pada takwim dan kata orang yang membilang bulan itu dengan sebulan genap dan sebulan kurang dari kerana sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama ertinya Puasalah kamu dengan melihat bulan dan berbukalah kamu kerana melihat bulan Shawala. Maka jika ghobar atas kamu maka sempurnakan oleh kamu akan bilang bulan Syaa’bana tiga puluh, maka meriwayatkan hadis ini Bakhoraya dan Masalama dan pada suatu riwayat sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Shoma Al Shahara Tasaa’ Wa A’sharawana Layalata Falaa Tashowamawaa Hataya Tazaha Faana Ghoma A’laya Kama Faakamalawa Al A’data Tsalatsayana Mashafaqoa A’layaha yakni Bermula bulan Shaa’bana itu dua puluh sembilan malam jua maka jangan kamu puasa hingga kamu lihat akan sehari bulan maka jika ghobar atas kamu maka sempurnakan oleh kamu akan bulan Shaa’bana tiga puluh hari, meriwayatkan hadis ini Bakhoraya dan Masalama.

Shahdan adalah mengesahkan puasa itu tujuh syarat dan yang pertama itu niat iaitu wajib dengan hati dan tiada memadai niat itu dengan lidah jua tiada dengan hati dan tiada disyarat meniatkan lafaz niat itu dengan lidah dan sunat jua menyebut dia dengan lidah. Maka niat itu wajib pada puasa fardhu dan sunat dan wajib niat pada puasa fardhu itu bahawa hendaklah ada ia gugur di dalam malam jua iaitu antara masuk matahari dan terbit fajar jikalau pada puasa kanak-kanak yang mamayaza sekalipun yakni adalah tempat berniat puasa fardhu itu pada malam seperti sabda nabi Shoma Mana Lama Yabata Al Shoyama Qobala Al Fajara Falaa Shoyama Laha yakni Barang siapa tiada bermalamkan niat puasa dahulu daripada fajar maka tiadalah puasa baginya yakni barang siapa tiada berniat puasa pada malam maka tiada sah puasanya dan jika tiada ada niat itu serta ketika fajar. Dan demikian lagi tiada sah niat jika syak ia akan keadaannya itu gugur dahulu daripada fajarkah atau kemudiannya. Tetapi jika ia berniat kemudian maka syak ia adakah terbit fajar atau tiadakah maka sahlah niatnya itu kerana adalah ia berniat dahulu daripada syak akan fajar. Dan tiada mengapa makan dan minum dan jimak dan tidur kemudian daripada sudah berniat itu.

Dan tiada wajib bermalamkan niat pada puasa yang sunat tetapi jika diniatkan pada malam maka iaitu terlebih sempurna dan memadailah niat puasa sunat itu dahulu daripada gelincir matahari dan tak dapat tiada daripada mengenankan segala syarat puasa itu tiada dikerjakannya daripada fajar barang yang membatalkan puasa maka jika tiada demikian itu maka tiadalah hasil maksud puasa. Dan adalah sekurang-kurang lafaz niat puasa Ramadhona itu Nawayata Showama Ghoda A’na Ramadhona ertinya Aku puasa esok hari daripada bulan Ramadhona dan adalah lafaz niat yang sempurna itu Ashowama Ghoda A’na Adaa Faradho Ramadhona Hazaha Al Sanata Lalaha Taa’laya ertinya Aku puasa esok hari daripada menunaikan fardhu Ramadhona pada tahun ini kerana Allaha Taa’laya dan tiada syarat meniatkan fardhu dan tunai dan kerana Allaha Taa’laya. Adalah wajib diingatkan di dalam hati itu lafaz niat lidah atau diingatkan yang maknanya jua. Maka adalah terlebih sempurna itu disebutkan lafaz niat itu dengan lidah serta diingatkan dengan hati akan maknanya.

Dan syarat yang kedua menahan diri daripada setubuh dengan perempuan atau dengan laki-laki atau dengan binatang maka batallah puasanya samada anzal atau tiada anzal. Dan syarat yang ketiga menahan dirinya daripada muntah arak diketahuinya akan haramnya maka lanaha nafsunya tetapi tiada mengapa jikalau muntah ia dengan lupanya atau dengan digagah orang akan dia atau bebal ia akan haramnya kerana sebab baharu masuk Asalama atau jauh ia daripada segala orang alim. Dan demikian tiada mengapa jikalau dikeras oleh muntah akan dia yakni tiada dapat ditahaninya akan dia dan demikian lagi jikalau dikeluarkannya balaghoma ertinya keriur daripada otak atau daripada perutnya serta diludahkan akan dia maka tiadalah batal puasanya dan demikian lagi tiada batal puasa jikalau turun balaghoma dengan sendirinya daripada tempatnya maka kembali tertelan sebab batuk atau tiada batuk kemudian maka diludahkannya akan dia. Tetapi jikalau dikeluarkannya akan balaghoma serta kuasa ia meludahkan dia kemudian daripada sampai kepada had zahir mulut iaitu pohon lidah lalu diperutnya akan dia maka batallah puasanya. Dan demikian jikalau turun balaghoma daripada otak hingga sampai ia kepada zahir mulutnya maka hendaklah dikeluarkannya serta diludahkannya akan dia jika dapat maka jika ditinggalkannya akan dia serta tiada ia meludahkan dia lalu sampai ia kepada perut maka batallah puasanya kerana sebab tiada ia meludahkan dia tetapi tiada batal puasanya apabila tiada sampai balaghoma itu kepada had zahir mulutnya jikalau kuasa ia meludahkan dia.

Dan demikian lagi jika sampai balaghoma itu kepada hal zahir mulutnya dan tiada kuasa ia meludahkan dia maka tiadalah batal puasanya. Adapun had yang dinamai batin halkum yang rongkongan iaitu tempat keluar hamazata dan haa maka iaitu pada pohon rongkongan yang hampir ia kepada dada maka apabila sampai sesuatu yang masuk kepada tempat keluar hamazata dan haa itu nescaya batallah puasanya dan apabila keluar sesuatu yang di dalam perut hingga sampai kepada tempat nescaya tiadalah batal puasanya dan had yang dinamai zahir halkum itu tempat keluar haa dan kho maka apabila maka apabila masuk sesuatu zahir halkum itu tempat keluar kho dan ha maka apabila dari luar sampai kepada tempat keluar kho dan ha nescaya tiadalah batal puasanya. Dan apabila menelan sesuatu yang ada ia sanya nescaya batallah puasanya dan demikian lagi batal puasa jikalau muntah ia hingga sampai kepada tempat kho dan ha itu kemudian maka ditelannya pula dan had zahir hidung itu barang yang lain daripada tulang yang keras dan had yang dinamai batin mulut itu iaitu permulaan halkum iaitu pohon lidah maka maka jika tertelannya air liur pada pohon lidah nescaya tiada batal puasanya.

Dan syarat yang keempat menahan diri daripada dimasukkan sesuatu yang berupa kepada segala rongga yang terbuka lagi dinamai akan dia rongga samada ia menghancurkan makanan atau ubat iaitu batin rongkongan dan batin perut dan lubang telinga dan batin hidung dan lubang zakar dan lubang faraj atau dubur dan demikian lagi yang terus sampai kepada perut atau terus sampai kepada otak tetapi tulang besar itu tiada dinamai rongga. Maka apabila dimasukkannya pada salah suatu daripada segala rongga itu suatu pada segala rongga itu daripada segala suatu berupa maka sampai sesuatu kepada batin maka batallah puasa jikalau kecil sekalipun seperti biji lenga atau sesuatu yang tiada dimakan pada adat seperti batu yang dengan disahajanya dan dengan pemilihnya lagi diketahuinya akan haramnya bahawa ia membatalkan puasa dan demikian lagi batal puasa jikalau diniatkan air atau minyak atau barang sebagainya pada lubang telinga atau pada lubang zakar jikalau tiada lampau sekalipun.

Dan demikian lagi batal puasa jikalau dimasukkan hujung jari pada dubur atau faraj perempuan hingga lampau daripada yang wajib membasuh dia tatkala istija. Maka adalah had yang wajib pada dubur itu barang yang nyata tatkala keluar najis dan pada faraj perempuan itu barang yang nyata tatkala ia duduk qodha hajat dan tiada batal puasa jikalau keluar daripada orang yang berpenyakit kemudian maka masuk ia akan dirinya atau dimasukkannya sekalipun. Dan demikian lagi batal puasanya jikalau termasuk lalat atau barang sebagainya kepada had batin rongkongan maka jangan dikeluarkannya akan dia dan jikalau dikeluarkannya maka batallah puasanya tetapi harus mengeluarkan dia jika takut akan mudharat seperti mudharat yang harus dengan dia tayamum kemudian maka wajib mengqodha puasa itu. Maka adalah batal puasa sebab mengeluarkan lalat atau barang sebagainya itu kerana seperti hukum muntah. Dan demikian lagi tiada batal puasa jika termasuk sebab jalan raya atau sebab tepung tatkala serkatnya tetapi jikalau dibukakan mulutnya dengan di sahaja maka batallah puasanya jikalau ada banyak dan jika sedikit maka tiadalah batal puasanya. Dan adapun menghisap tembakau di dalam puasa membatalkan puasa kerana disahaja memasukkan dia lagi berupa ia dalam rongkongan.

Dan demikian lagi tiada batal puasa sebab makan atau minum atau jimak dengan lupa akan dirinya itu puasa atau tiada diketahuinya akan haramnya demikian itu membatalkan puasa sebab kerana baharu masuk Asalama atau jauh ia daripada orang yang tahu atau digagah orang akan dia. Dan demikian lagi tiada batal puasa sebab menelan air liur yang semata-mata lagi suci yang dalam mulutnya jikalau dihimpunkan sekalipun tetapi batal puasa jikalau dipertelan air liur yang najis umpamanya sepert keluar darah daripada selatan giginya atau barang sebagainya jikalau tiada kelihatan rupa darah sekalipun batal jua puasanya. Tetapi jika giginya itu penyakit maka tiada kuasa ia menjauhi dia maka yang demikian itu tiadalah batal puasanya. Dan demikian lagi batal puasa sebab menelan air liur jika ada air liur itu bercampur dengan sesuatu yang suci umpamanya adalah orang yang berpuasa itu mengambil benang tercelup pada mulutnya maka berubahlah air liurnya itu kemudian maka telannya akan dia.

Dan demikian lagi jikalau keluar air liur daripada mulutnya kepada had zahirnya kemudian maka dijilatnya dengan lidahnya lalu ditelannya atau dibasahkannya benang atau kayu sugi dengan air liurnya kemudian maka dimasukkannya pula kedalam mulutnya tatkala itu ada ia basah lagi dapat diceraikannya akan air liurnya atau kayu sugi itu lalu ditelannya maka batallah puasanya. Dan demikian batal puasanya jikalau keluar air liur daripada atas selang-selang giginya dan kuasa ia ludahkan dia lalu dipertelannya akan air liur itu maka batallah puasanya jikalau termasuk kepada had batin mulut dan hidung orang yang tiada mengambil air sembahyang menyucikan mulut dan hidung jua atau bermain-main atau dikulum sesuatu dalam mulutnya lalu ditelannya atau ditaruhnya sesuatu pada gholinya bermasuk kemudian maka termasuklah ia kepada had batin.

Dikoreknya telinga yang zahir maka lalu masuk kepada batin atau termasuk air pada had batinnya tatkala menyelam serta diketahuinya pada adatnya tiada termasuk air sekalipun maka jika diketahuinya masuknya pada had batinnya maka berdosalah lagi batal puasanya. Dan demikian lagi jikalau termasuk air pada had batin orang yang mengambil air sembahyang pada basuh yang keempat kalinya jikalau tiada dengan membilang sekalipun batallah puasanya kerana ia mengerjakan yang tiada disuruhkan dan tiada batal puasa jikalau tinggal makanan pada antara selang-selang gigi maka lalu air liur atas makanan itu dengan dengan sendirinya tiada dengan disahaja maka tiadalah batal puasanya jika tiada kuasa ia membezakan dia meludahkan dia kerana kesukaran iaitu pada malam sudahlah dicungkilnya lagi dibaikkannya pada mengeluarkannya. Di dalam hal itu pun tinggal jua ia tetapi jikalau tiada di cungkilnya dan tiada diupayakannya pada mengeluarkan dia maka batal puasanya maka nyatalah daripada perintah yang demikian itu sunat Mawakadaha (Muakad) ertinya sangat sunatnya pada malam kemudian daripada makan itu menyegel gigi dan mengupayakan menghilang bekas makanan atau bekas sirih atau bekas baji supaya terpelihara ia daripada batal puasa.

Bermula haram berbuka puasa pada orang yang syak ia akan masuk matahari kerana asalnya itu siang melainkan ikhtiar dia dengan sesuatu tanda yang menunjukkan ia akan masuk matahari. Maka harus baginya berbuka puasa tiadalah yang berlebih utama memelihara akan dia jangan ia berbuka puasa melainkan kemudian daripada yakinnya akan masuk matahari. Shahdan harus percaya pada berbuka puasa itu dengan mendengar bunyi orang yang daripada seseorang yang adil lagi tahu ia akan perintah masuk matahari atau dikatanya sudahlah masuk matahari dengan dilihatnya. Dan demikian lagi jika dikatakan oleh seseorang yang adil akan sudah terbit fajar maka wajib mengikut akan katanya maka tiadalah harus tatkala itu makan sahur.

Dan syarat yang kelima hendaklah ia dalam Asalama pada segala harinya yakni daripada mula terbit fajar dating kepada masuk matahari. Maka tiada sah puasa orang yang murtad dan kafir dengan barang kafir adanya. Dan syarat yang keenam suci daripada haid dan nifas ia sekejap mata juapun maka batallah puasanya jikalau beranak dengan tiada berdarah sekalipun. Dan syarat yang ketujuh hendaklah ada ia akal daripada fajar datang kepada matahari masuk maka jika gila sekejap jua pun maka batallah puasanya jikalau ada ia gila sebab minuman yang menggilakan diminumnya pada malam sekalipun. Tetapi tiada mengapa jika hilang akalnya sebab pitam atau sebab yang tiada dengan disahajanya jikalau disabar dan siuman sekejap jua dalam siang maka tiadalah batal puasanya. Dan jika tiada sembuh dan siuman dalam siang maka batallah puasanya.

Bermula segala yang membinasakan puasa tujuh perkara, pertama tiada berniat pada malam. Dan kedua setubuh dengan perempuan. Dan ketiga menyahaja mengeluarkan mani dan menyahaja muntah. Dan keempat menyahaja memasukkan sesuatu kepada segala rongga yang terus kepada otak atau kepada perut. Dan kelima murtad yakni mengiktikadkan seperti iktikad kafir. Dan keenam kedatangan haid atau nifas. Dan ketujuh gila.

Shahdan haram lagi tiada sah puasanya pada hari raya kedua dan ketiga hari kemudian daripada hari raya haji dan demikian haram puasa enam belas hari bulan Shaa’bana hingga sampai kepada kesudahannya. Maka tiada mengapa barangsiapa puasa daripada pertama bulan Shaa’bana atau barang siapa puasa senantiasa pada hari Isnin dan pada hari Khamis atau barang siapa yang puasa sehari berbuka sehari maka jatuhlah puasanya itu pada Nashofa (nisfu) Shaa’bana yang kedua atau barang siapa puasa nazar atau kifarat.

Bermula syarat wajib puasa Ramadhona itu empat perkara, pertama akal maka tiada wajib puasa atas orang yang gila. Kedua baligh maka tiada wajib atas kanak-kanak. Ketiga Asalama maka tiada wajib puasa atas kafir yang asli. Keempat kuasa puasa maka tiada wajib puasa atas orang yang tiada kuasa puasa sebab sangat tua atau sebab penyakit dan wajib atas walinya menyuruhkan puasa kanak-kanak puasa tatkala sampai umurnya tujuh tahun dan dipalunya akan dia pada meninggalkan dia jika umurnya sepuluh tahun.

Bermula harus berbuka puasa pada orang yang sangat sakit seperti kesakitan yang harus dengan dia kerana takut ia bertambah penyakitnya sebab puasa dan demikian lagi harus berbuka puasa orang yang takutkan binasa dirinya atau pada sesuatu anggotanya atau hilang suatu wajib diikut ia berbuka puasa seperti a’zar yang harus bagi yang takut akan mudharat dari kerana memberi mudharat akan dirinya itu haram. Dan demikian lagi harus berbuka puasa kerana sebab berlayar yang lanjut lagi perlayaran yang harus iaitu seperti berlayar naik haji atau kerana hendak berniaga atau barang sebagainya. Adapun puasa dalam perlayaran itu terafdal daripada membuka dia jika tiada member mudharat tetapi jika takut orang yang berlayar itu akan jadi mudharat pada ketika itu atau mudharat lagi akan datang maka berbuka itu terafdal daripada puasa.

Shahdan wajib qodha puasa Ramadhona bagi orang yang membukakan dia kerana kesukaran maka wajib mengqodha itu pada masa dapat mengerjakan dia tetapi orang yang berbuka puasa kerana kesukaran itu melambatkan mengqodha puasanya dan jika tiada dengan kesukaran maka wajib menyegerakan qodha puasanya. Dan jika mati ia dahulu mengqodha puasanya itu iaitu segala orang yang berlayar dan segala orang yang sakit dan segala perempuan yang haid dan nifas dan segala orang yang berbuka puasa kerana sangat dahaga dan lapar dan pitam dan segala orang yang meninggalkan dia niat pada malam jikalau dengan lupa sekalipun dan segala orang yang murtad. Bermula wajib menyegerakan qodha puasa dengan berturut-turut pada orang yang berbuka puasa dengan tiada kesukaran supaya ia lepas daripada derhaka.

Bab pada menyatakan segala sunat yang dikerjakan dalam puasa. Bermula sunat menyegerakan berbuka puasa itu daripada sembahyang Maghrib dan makruh melambatkan berbuka puasa jika disangkanya yang demikian itu fadilat. Adapun jika tiada yakin akan masuk matahari maka tiadalah sunat baginya menyegerakan berbuka puasa tetapi haram diikut dan sunat berbuka puasa itu dengan air dan lagi sunat baca kemudian daripada berbuka puasa itu Allahama Laka Shomata Wa A’laya Razaqoka Afathorata ertinya Hai tuhanku, bagimu jua aku puasa dan dari rezekimu aku berbuka puasa dan lagi sunat member makan segala orang yang puasa jikalau dengan sebiji kurma dan setitik air sekalipun dan adalah yang terafdal itu memberi maka itu hendaklah ada ia mengikut mereka itu seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Fathora Shoayamaa Falaha Matsala Ajaraha Wa Laa Yanaqoshowa Mana Ajara Al Shoyama Shayaya ertinya Barangsiapa memberi makan akan segala orang yang berbuka puasa maka adalah baginya pahala seperti pahala orang yang puasa dan tiada dikurang akan sesuatu juapun daripada orang yang puasa itu.

Dan lagi sunat makan sahur seperti sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Faana Al Sahawara Barakata yakni makan sahurlah kamu maka bahawasanya makan sahur itu menemui berkat dan hasillah pahala makan sahur itu dengan minum setitik air sekalipun. Dan sunat minta akhirkan sahur itu selama belum lagi ia syak akan fajar dan masuklah waktu sahur itu daripada tengah malam. Dan sunat hendaklah ia mandi janaba atau haid atau nifas dahulu daripada fajar dari kerana itulah sunat disegerakan akan mandi akhotalama pada siang atau malam supaya jangan masuk air kepada batin telinga atau batin dubur atau qubul dan sekianya ia membasuh segala anggota itu dengan niat mandi janaba dahulu daripada fajar. Jika tiada sempat mandi dahulu daripada fajar supaya keluar ia daripada akhotalama Abawa Harayaraha radhoya Allaha a’naha kata Abawa Harayaraha radhoya Allaha a’naha. Dan wajib mandi janaba bagi orang yang puasa itu pada malam dan sunat Mawakadaha (muakad) bagi orang yang puasa itu memeliharakan lidahnya daripada berkata-kata dan mengumpat-ngumpat orang jikalau harus diumpat sekalipun. Dan demikian lagi sunat memeliharakan anggota daripada segala pekerjaan yang haram seperti memukul orang yang dengan tiada sebenarnya.

Dan demikian lagi kepada segala barang yang diharamkan Allaha Taa’laya akan dia kerana yang demikian itu menghilangkan pahala puasa dan lagi sunat meninggalkan mendengarnya dan mencium bauan seperti selasih atau barang sebagainya. Maka dalam mendengar dan mencium bau-bauan dalam puasa itu makruh dan merasai makanan atau lain kerana takut akan sampai kepada batin lagi bertambah keinginannya. Dan makruh bagi orang yang puasa itu bersugi kemudian daripada gelincir matahari jikalau puasa sunat sekalipun daripada kerana sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Sakholawafa Fama Al Shoyama Yawama Al Qoyamata Athoyaba A’nada Allaha Mana Rayaha Al Masaka, Bahawasanya busuk bau mulut orang puasa itu pada hari kiamat terlebih harum pada Allaha Taa’laya daripada bau kasturi. Dan sunat pada bulan Ramadhona itu melebih-lebih pada memberi sedekah dan daripada sangat murahnya. Dan berbanyak mengaji qoraana dan bersama-sama dengan mengaji qoraana dan berbanyak duduk dalam masjid dengan niat iktikaf dari kerana duduk di dalam masjid itu memeliharakan nafsu daripada mengerjakan yang tiada layak dikerjakan.

Maka adalah berbuat ibadat di dalam segala bulan Ramadhona itu terlebih besar pahala dan daripada berbuat ibadat di dalam segala bulan yang lain dan adalah pada bulan Ramadhona itu dibukakan segala pintu syurga dan tertutup segala pintu neraka dan dirantai segala syaitan semuanya kerana memuliakan bulan Ramadhona. Maka barang siapa berbuat ibadat di dalam bulan Ramadhona adalah digandakan Allaha dengan beberapa kali ganda dan lagi sunat puasa enam hari pada bulan Shawala. Ini lafaz niat puasa enam hari Ashowama Ghoda A’na Sanata Al Shawala ertinya Aku puasa esok hari sunat bulan Shawal seperti sabda nabi Shoma Mana Shoama Ramadhona Tsama Atabaa’ha Basata Mana Shawala Kaana Kashoyaama Al Dahara ertinya Barang siapa puasa pada bulan Ramadhona kemudian maka diiringnya akan dia dengan enam hari daripada bulan Shawal adalah ia seperti pahala puasa setahun dan sunat mengiring dia lagi berturut-turut. Maka adalah puasa bulan Ramadhona sebulan itu menimbal puasa sepuluh bulan dan puasa enam hari itu menambal puasa dua bulan maka genaplah setahun dengan enam hari itu.

Dan lagi sunat puasa pada tiap-tiap hari Isnin dan daripada tiap-tiap hari Khamis itu. Ini lafaz niat puasa pada hari Khamis Ashowama Ghoda A’na Yawama Al Khomayasa Sanata ertinya Aku puasa sunat pada hari Khamis kerana Allaha Taa’laya. Dan lagi sunat puasa Ayaama Al Bayadho iaitu tiga belas hari bulan dan empat belas hari bulan dan lima belas hari bulan pada tiap-tiap bulan maka ertinya Bayadho itu putih dari kerana adalah dalam hari itu bertemu cahaya bulan dengan cahaya matahari.

Dan lagi sunat puasa pada sembilan hari bulan Za Al Haja daripada pertamanya datang sembilan hari bulan maka adalah pahala puasa sehari dalam bulan Za Al Haja itu seperti pahala puasa setahun melainkan pada hari A’rafaha iaitu sembilan bulan Za Al Haja. Maka adalah pahala puasa pada hari A’rafaha seperti pahala puasa dua tahun. Maka adalah berbuat ibadat dalam sepuluh itu digandakan Allaha Taa’laya akan pahalanya hingga sampai kepada tujuh ratus ganda kerana adalah sabda nabi Shoma Maa Mana Ayaama Afadhola A’nada Allaha Wa Alada Al A’mala Fayahana Ahaba Alaya Allaha Taa’laya Mana Hazaha Ayaama Al A’shara Faakatsarawa Fayahana Mana Al Tahalayala Wa Al Takabayara Wa Zakara Allaha Wa Ana Shoama Yawama Manahaa Yaa’da Al Shoyama Sanata Wa Al A’mala Fayahana Yadhoa’fa Alaya Sabaa’ Maayata Dhoa’fa ertinya Tiada ada daripada segala hari yang terlebih kasih kepada Allaha Taa’laya daripada hari yang sepuluh ini maka perbanyak oleh kamu dalamnya daripada mengucap tahlil yakni Laa Alaha Alaa Allaha dan takbir dan zikir Allaha dan bahawasanya adalah puasa sehari daripada segala hari yang sembilan itu menyamai pahala puasa setahun dan berbuat ibadat dalamnya digandakan pahalanya yang kepada tujuh ratus kali ganda yakni berbuat suatu kebajikan dalam sepuluh hari ini dibalaskan Allaha Taa’laya akan dia dengan tujuh ratus kebajikan dalam akhirat.

Maka hendaklah kita bersungguh-sungguh berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya dengan berbagai-bagai ibadat dengan kerana Allaha Taa’laya dalam sepuluh hari bulan Za Al Haja itu, ini lafaz niat puasa dalam bulan Za Al Haja Ashowama Ghoda A’na Sanata Za Al Hajata Sanata Lalaha Taa’laya ertinya Aku puasa esok hari daripada sunat bulan Za Al Haja sunat kerana Allaha Taa’laya. Maka yang kedelapan daripada bulan Za Al Hajata itu dinamai hari Tarawayata, ini lafaz niat puasa pada hari Tarawayata Ashowama Ghoda A’na Yawama Al Tarawayata Sanata Lalaha Taa’laya ertinya Aku puasa esok hari daripada hari Tarawayata sunat kerana Allaha Taa’laya. Dan yang kesembilan daripada itu dinamai hari A’rafata, ini lafaz niat puasa pada hari A’rafata Ashowama Ghoda A’na Yawama Al A’rafata Sanata Lalaha Taa’laya ertinya Aku puasa esok hari pada hari A’rafah kerana Allaha Taa’laya.

Dan lagi sunat puasa pada hari Tashawaa’ dan pada hari A’shawara (Ashura), mula hari Tashawaa’ itu sembilan haribulan Maharam dan hari A’shawara itu sepuluh haribulan Maharama seperti sabda nabi Showama Yawama A’ashawara Ahataba A’laya Allaha Ana Yaghofara Al Sanata Alataya Qobalaha Rawaaha Masalama ertinya Puasa pada hari A’shawara itu dengan kerana Allaha Taa’laya, diampun Allaha dosanya setahun, dahulunya menceritakan hadis ini Masalama. Dan lagi sabda nabi Shoma Lahayana Baqoyata Wa Faya Rawaayata Layana A’shata Alaya Qoabalaa Laa Showama Mana Al Taasaa’ yakni Jika hidup aku pada tahun yang lagi akan datang nescaya puasa aku pada kesembilan daripada bulan Maharama. Maka nabi Allaha pun wafat dahulu daripada mendapat hari itu maka sunat atas segala umatnya mempuasakan pada hari itu.

Dan lagi sabda nabi Shoma Mana Shoama Yawamaa Faya Sabayala Allaha Baa’da Allaha Wajahaha A’na Al Naara Sabaa’yana Harayaghoa Rawaaha Al Bakhoraya Wa Masalama yakni Barang siapa puasa sunat sehari pada jalan Allaha Taa’laya nescaya dijauhkan Allaha Taa’laya akan dia daripada api neraka sekira-kira tujuh puluh tahun perjalanan. Maka adalah sekurang-kurang yang kita puasakan itu pda tiap-tiap bulan itu tiga hari kerana sabda nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama Shahara Al Shobara Wa Tsalatsata Ayaama Mana Kala Al Shahara Yazahayana Wa Hara Al Shora ertinya Bahawa puasa bulan Ramadhona dan ketiga hari pada tiap-tiap bulan itu membuangkan tutup hati dan was was hatiku. Lagi sabda nabi Shoma Shahara Al Shobara Wa Tsalatsata Ayaama Mana Kala Shahara Showama Al Dahara ertinya Bahawa puasa pada bulan Ramadhona dan puasa tiga hari pada tiap-tiap bulan itu serasa puasa setahun sama ada puasanya itu berturut-turut atau berselang-selang tetapi jikalau dipuasakannya berturut-turut lagi ditentukannya pada tiga belas hari bulan dan empat belas haribulan dan lima belas bulan dan adalah terlebih baik atau ditentukannya pada hari Isnin atau pada hari Khamis itupun terlebih baik. Maka adalah segala niat yang tersebut itu hendaklah kita niatkan dalam hati akan segala lafaz niat itulah atau kita ingatkan akan makna segala lafaz niat itu. Wa Allaha Aa’lama.



Sumber: Kifayat Mahata Dayana

No comments:

Post a Comment