Bab ini pada menyatakan memandikan mayat dan menyembahyangkan dia. Bermula sunat bagi tiap-tiap orang yang akal iaitu bersegera akan maut iaitu berbanyak-banyak menyebut-nyebut dengan hati dengan lidah akan mati dahulu daripada datangnya supaya taubat ia daripada dosanya dan membayar hak Allaha Taa’laya seperti mengeluarkan zakat segala hartanya dan membayar hak segala manusia dan mengerjakan segala amal yang disuruhkan Allaha dan menjauh segala larangannya dan ingin akan menghimpunkan dunia seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Akatsara Mana Zakara Hadaama Al Zaata ertinya Perbanyak olehmu menyebut-nyebut akan yang merintahkan segala citarasa ertinya akan maut dan pada orang yang sakit itu terlebih utama mengerjakan yang tersebut itu dan hendaklah orang yang sakit itu sangata berbaik iktikadnya akan Allaha Taa’laya dan harap akan ampunnya dan kasihaninya akan dia. Bahawasanya ia jua tuhan mengampuni segala dosanya maka yang terlebih utama itu bahawa hendaklah adalah takutnya dan harapnya itu bersamaan selama belum sampai lagi gholib padanya putus rasanya daripada rahmat ia itu dan jika gholib padanya putus asa daripada rahmat Allaha maka hendaklah ia berlebih harap akan Allaha Taa’laya daripada takutnya dan jika gholib atasnya harap akan ampun dosanya hendaklah ia berlebih takut akan Allaha Taa’laya.
Dan sunat pada oang yang sakit sabarkan kesakitannya dan jangan ia kesah dengan masam mukanya daripada penyakitnya itu dan makruh bagi orang sakit itu mengadukan hal penyakitnya pada orang yang lain jika redha ia akan qodha Allaha Taa’laya dan jika tiada ia redha akan Allaha Taa’laya maka iaitu haram dan terkadang yang demikian itu jadi kafir dikata tetapi jikalau ditanya oleh tabib atau sahabatnya akan hal penyakitnya maka hendaklah diceritakannya seperti hal kesakitannya itu. Jangan daripada pihak mengadukan hal keluh-kesahnya maka iaitu tiada mengadu dan terutama jangan mengerang dan mengaduh dan hendaklah ia masygul dengan membaca tasbih yakni Sabahana Allaha Wa Bahamadaha dan menyebut-nyebut zikir dan mengaji al qoraana dan sunat berubat dan makruh menggagahkan pada orang sakit itu pada makan ubat atau makan makanan.
Shahdan apabila nyatalah tanda mati pada seseorang maka hendaklah dihantarkan akan dia pada lambungnya yang kanan serta dihadapkan mukanya ke kiblat dan jika sukar yang demikian itu mka dihantarkan pada lambungnya yang kiri dan jika sukar demikian itu maka dihantarkan pada halnya melintang dan dijadikan mukanya dan kedua kakinya ke kiblat dan tinggikan sedikit kepalanya dengan betul atau dengan barang sebagainya supaya berhadap mukanya ke kiblat. Kemudian maka diajarkan akan dia dengan Laa Alaha Alaa Allaha dan tiada sunat dengan Mahamada Rasawala Allaha dan jangan di gagahi akan dia dengan mengajar itu dan jangan dikata akan dia kata Allahama Laa Alaha Alaa Allaha supaya jangan ia kesakitan dengan demikian itu hanya sanya disebutkan Laa Allaha Alaa Allaha dihadapannya seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laqonawa Mawata Kama Laa Alaha Alaa Allaha ertinya Ajarkan olehmu akan segala orang yang hampir mati daripada kamu itu Laa Alaha Alaa Allaha. Maka adalah faedah mengajarkan Laa Alaha Alaa Allaha itu supaya adalah kesudahan katanya Laa Alaha Alaa Allaha dari kerana adalah sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana Kaana Faya Akhora Kalamaha Laa Alaha Alaa Allaha Dakhola Al Janata ertinya Barangsiapa ada kesudahan katanya Laa Alaha Alaa Allaha nescaya masuk syurga ia.
Dan sunat dibacakan Yasin tatkala ia mabuk mati dari kerana adalah tersebut di dalam hadis nabi Barang dimana orang yang Asalama dibaca padanya Yasin tatkala mabuk mati atau tatkala turun dengan dia Malaka Al Mawata, nescaya turunlah dengan tiap-tiap suatu haram daripadanya iaitu sepuluh orang malaikat yang berdiri mereka itu di hadapan orang yang dibacakan Yasin itu dan minta ampunlah mereka itu baginya dan hadirlah mereka itu tatkala memandikan dia dan mengikutlah mereka itu akan jenazahnya dan menyembahyangkan dia mereka itu atasnya dan minta ampunlah mereka itu akan dia dan hadirlah mereka itu tatkala menanamkan dia dan barang dimana ada orang yang Asalama dibaca Yasin tatkala mabuk mati nescaya tiadalah diambil Malaka Al Mawata akan nyatanya itu hingga datang kepadanya malaikat penunggu syurga pada hal ia membawa sesuatu minuman daripada minuman di dalam syurga yang diminumnya akan dia pada hal ia atas hamparan.
Kemudian maka diambil Malaka Al Mawata akan nyawanya pada hal ia pusar dahaganya dan ditanamlah ia di dalam kuburnya pada hal ia pusar dahaganya dan tiadalah berkehendak kepada sesuatu kolam daripada segala nabi hingga masuk ia kedalam syurga padahalnya pusar dahaganya dan apabila mati maka sunat memejamkan kedua matanya dan adalah dibacanya tatkala memejamkan matanya itu Basama Allaha Wa A’laya Malata Rasawala Allaha dan diikat dagunya dengan perca kain kerana memeliharakan mulutnya daripada masuk binatang yang melata dan daripada di hinggap lalat dan barang sebagainya lagi jahat rupanya pada pemandangan dan ditinggalkan segala yang dipakainya tatkala ia mati itu dan jangan dibukakan tubuhnya, maka ditutup segala tubuhnya dengan kain yang halus maka disusupkan panji kain dari bawah kepalanya dan suatu panji kainnya dari bawah kainnya.
Dan sunat ditindih perutnya dengan sesuatu yang berat seperti pedang atau tanah yang basah atau barang sebagainya maka diikat pada perutnya supaya jangan bangkai ia maka hendaklah dihantarkan mayat itu diatas genta atau diatas para atas pada hal mengadap kiblat dan hendaklah memerintahkan segala perkara yang tersebut itu daripada segala keluarganya yang terlebih kasihan hati daripada mereka itu lagi-lagi anak perempuan dan meminta doa akan mayat tatkala mengerjakan segala perkara yang tersebut itu dan hendaklah segera akan membayar hutangnya, jika ada ia berhutang dan melupuskan segala pesanannya jika mudah.
Sumber: Kifayat Mahata Dayana
No comments:
Post a Comment