Sembahyang Berjamaa’ta
Bab pada menyatakan segala syarat mengikut imam. Bermula tiada sah mengikut imam yang pada iktikad maamum batal sembahyang imamnya dengan tiada air sembahyang atau dengan kena najis yang dapat dilihat oleh maamum akan dia atau barang sebagainya. Dan tiada harus orang yang tahu membaca fatahata dengan sempurnanya bacaan sebutnya itu mengikut akan orang yang tiada kena baca fatahanya jikalau suatu huruf sekalipun seperti gagap dan telur iaitulah orang yang menukarkan huruf dengan suatu huruf seperti menukarkan Ra akan Ain pada Ghoyara Al Maghodowaba atau barang sebagainya maka jika dapat lagi pada berlajar maka tiada ia berlajar maka tiadalah sah sembahyangnya. Maka sudah ia berlajar dengan beberapa kali maka tiada jua dapat akan bacanya maka sahlah sembahyangnya itu. Maka harus mengikut sama sebagainya seperti orang gagap berimamkan orang gagap dan orang telur dan tiada harus laki-laki berimamkan perempuan atau khunsa iaitu orang yang ada zakarnya dan farajnya.
Bermula syarat sah sembahyang berjamaa’ta ertinya sembahyang berimam itu tujuh syarat. Pertama jangan ada maamum itu berdiri lampau daripada imamnya dengan tumitnya maka iaitu makruh jua tiadalah diperoleh pahala sembahyang berjamaa’ta. Dan kedua bahawa hendaklah maamum itu mengetahui ia akan perintah sembahyang imamnya dengan dilihatnya atau dengan didengarnya suara. Dan ketiga bahawa hendaklah berhimpun imam dan maamum itu pada suatu tempat jua seperti adalah imam dan maamum itu dalam suatu masjid atau dalam suatu rumah atau dalam padang keduanya. Dan keempat hendaklah maamum berniat akan mengikut imam atau berjamaa’ta atau maamum itu didalam Takabayarata Al Aharama yakni tatkala mengata Allaha Akabara maka dingatkan di dalam hatinya kusembahyangkan fardhu Zuhur pada aku maamum atau berjamaa’ta ertinya berhimpun atau diingatkannya tatkala mengata Allaha Akabara itu Asholaya Faradho Al Zhohara Maqotadayaa atau Jamaa’ta atau Maamawama atau lainnya daripada segala sembahyang semuanya. Maka adalah kesempurnaannya yang dingatkan di dalam Takabayarata Al Aharama itu kusembahyangkan fardhu Zuhur empat rakaat tunai pada hal aku mengikut imam kerana Allaha Taa’laya. Maka jikalau mengikut maamum akan imamnya dengan tiada berniat mengikut dia didalam Takabayarata Al Aharama nescaya tiadalah sah sembahyangnya.
Dan kelima hendaklah muafakat perintah sembahyang imam dan maamum pada sekeliannya perbuatan sembahyang subuh maka jika bersalahan keduanya seperti sembahyang fardhu dengan sembahyang gerhana atau sembahyang jenazah yakni sembahyang mayat tiada sah mengikut dia dari kerana sembahyang gerhana itu dua kali rukuk dalam suatu rakaat dan sembahyang jenazah itu tiada rukuk dan sujud. Maka harus mengikut maamum yang sembahyang fardhu dibelakang imam yang sembahyang tasbih dan sah sembahyang Zuhur dibelakang Asar dan Maghrib dan sah sembahyang qodha dibelakang imam sembahyang dan yakni tunai dan bagainya dan sah sembahyang fardhu dibelakang sembahyang sunat. Dan keenam hendaklah maamum itu muafakat dengan imamnya jangan ia bersalahan pada sunat yang dikerjakan imamnya atau ditinggalkan imamnya seperti sujud Talawata Al Qoraana maka jika dikerjakan maamum atau ditinggalkan imam akan tahayata awal maka dikerjakan maamum maka batallah sembahyangnya itu jika diketahuinya akan haramnya lagi dengan disahaja tetapi jika dikerjakannya imam tahayata awal maka berdiri-diri maamum itu dengan lupanya maka wajiblah ia kemudian maka jika tiada ia kemudian maka batallah sembahyangnya itu. Dan ketujuh hendaklah maamum itu mengikut akan imamnya iaitu membawa Takabayarata Al Aharama kemudian daripada Takabayarata Al Aharama imamnya maka jika tiada menyamai maamum akan imamnya dengan Takabayarata Al Aharama maka batallah sembahyangnya.
Dan demikian lagi batallah sembahyang jika disahaja mendahulukan imamnya dua rukun Faa’laya jika rukun yang pendek sekalipun umpamanya rukuk maamum dahulu daripada imamnya maka apabila dikehendakinya imam akan rukuk maka bangkit ia daripada sujud atau kemudian ia daripada imamnya dengan rukun yang pendek sekalipun umpamanya imam itu rukuk dan iktidal dan tunduk akan sujud maka maamum itu lagi berdiri atau sujud imam pada sujud yang kedua serta ia berdiri lagi tunduk akan rukuk. Maka maamum itu lagi duduk antara dua sujud dengan tiada azar maka batallah sembahyangnya tetapi jika mengerjakan maamum itu akan segala perbuatan bersama-sama dengan imamnya atau ia mendahului imamnya atau mengemudiankan dengan suatu rukun faa’laya maka iaitu tiada membatalkan sembahyangnya.
Sunat-sunat lain di dalam sembahyang
Dan beberapa lagi sunat di dalam sembahyang yang lain daripada segala sunat hayata tersebut itu iaitu seperti menyebut lafaz niat dengan lidah dahulu sedikit daripada Takabayarata Al Aharama iaitu Asholaya Faradho Al Zhohara Arabaa’ Rakaa’ta Adaa Lalaha Taa’laya Allaha Akabara dan lainnya supaya sebut lidah itu menolong hati itu akan barang yang disebut oleh lidah itu dan sunat menghadirkan niat itu dengan hati daripada permulaan sembahyang datang kepada kesudahannya yakni hendaklah ditetapkan hati daripada berpaling kepada yang lain daripada pekerjaan sembahyang. Dan sunat menilik dalam sembahyang itu kepada tempat sujud jikalau orang buta dan sembahyang di dalam gelap sekalipun dan sunat menilik kepada telunjuk tatkala menyebut Alaa Allaha itu dalam tahayata dan sunat diam sedikit pada ayat Amayana dan membaca surat dan sunat meregangkan sikunya daripada lambungnya dan meregangkan perutnya daripada antara lututnya pada ketika rukuk dan sujudnya dan sunat menjarangkan dua kaki tatkala berdiri itu sekira-kira sejengkal dan demikian lagi antara dua lututnya dan antara dua peha dan sunat duduk istirehat itu sekira-kira lama duduk antara dua sujud iaitu duduk yang kemudian daripada sujud akan bangkit kepada berdiri dan sunat menekankan tapak tangan ketempat sembahyang tatkala akan bangkit daripada sujud atau daripada duduk.
Dan sunat membaca doa barang dikehendaki kemudian daripada tahayata yang akhir iaitu membaca Allahama Aghofara Laya Maa Qodamata hingga kesudahannya dan lainnya dan sunat mendahulukan kanan daripada kiri tatkala memberi salam dan memulai salam itu dengan mengadap kiblat serta memalingkan muka hingga kelihatan pipi serta meniatkan keluar daripada sembahyang maka hendaklah ia meniatkan salam itu memberi salam akan malaikat dan akan segala mawamana dan segala jin dan Asalama yang ada pada pihak kanan dan niatkan oleh maamum dengan salamnya yang kedua itu menyahut salam imamnya jika ada imamnya itu pada pihak kanannya dan jika ada maamum itu pada kirinya maka ia meniatkan yang kemudian itu pertama salamnya. Dan jika ada imamnya itu berbetulan dengan dia maka dipilihnya salah suatu daripada dua salamnya itu dan demikianlah imam pun meniatkan dengan salamnya yang pertama itu memberi salam akan maamum yang pada pihak kanannya dan salamnya yang kedua itu meniatkan menyahut salam maamum yang pada pihak kiri dan lagi sunat hendaklah dalam sembahyang itu Khoshawaa’ ertinya menghadirkan hati dihadapan tuhannya dan tetap anggotanya dan lagi hendaklah masuk di dalam sembahyang dengan sukacita dan selesa hati daripada ingat akan sesuatu lagi jangan lali ia dengan sembahyang akan pekerjaan dunia.
Sujud Sahawaya
Bermula sunat membawa dua sujud sahawaya pada orang yang sembahyang fardhu atau sembahyang sunat itu kerana salah suatu daripada sebab empat sebab, pertama sebab meninggalkan salah suatu daripada segala sunat Abaa’dho yang delapan itu jikalau dengan disahaja meninggalkan dia sekalipun. Dan kedua sebab mengerjakan sesuatu perbuatan dengan lupanya dan jika disahaja mengerjakan dia batallah sembahyangnya iaitu seperti melebih-lebihkan rukun Faa’laya dengan lupa iaitu rukuk atau lainnya atau melanjutkan rukun yang pendek dengan lupanya seperti iktidal atau duduk antara dua sujud atau berkata-kata yang sedikit dengan lupanya atau makan sedikit dengan lupanya. Dan ketiga sebab membaca rukun Qowalaya atau sunatnya pada bukan tempatnya dengan disahajanya atau dengan lupanya iaitu seperti membaca fatahata atau setengahnya atau membaca sesuatu surat atau membaca qunut di dalam duduk atau membaca tahayata dan membaca sholawat akan nabi didalam berdiri. Dan keempat sebab syak ia pada meninggalkan sesuatu sunat Abaa’dho yang delapan yang telah tersebut itu seperti qunut dan tahayata awal atau lainnya dan demikian lagi sunat membawa sujud sahawaya syak didalam sembahyang yang di ahatamalakan dengan lebihnya umpama seseorang mengerjakan sembahyang empat rakaat maka syak ia dalam sembahyangnya itu tiga rakaat sembahyangku ini atau empat rakaat maka hendaklah ia membawa rakaat lagi kemudian maka sujud sahawaya jikalau hilang syaknya dahulu daripada salam sekalipun bahawa disembahyangkan empat rakaat jua dan demikian lagi jikalau syak pada meninggalkan rukuk atau sujud atau suatu rakaat maka wajiblah ia membawa yang tinggal itu kemudian maka ia sujud sahawaya maka adalah sujud sahawaya itu dahulu daripada salam maka adalah yang terlebih patut dibaca dalam sujud itu iaitu Sabahana Raba Mana Laa Yanaama Wa Laa Yasahawaya ertinya Maha suci tuhan yang tiada tidur dan tiada lupa ia.
Makruh di dalam sembahyang
Bermula makruh berpaling di dalam sembahyang dengan muka kekanan atau kekiri dan makruh mengantarkan tangan pada mulut melainkan kerana hajat seperti menguap maka tatkala itu sunat mengantarkan tangan pada mulut kerana tatkala berbuka mulut masuk syaitan kedalam mulut. Dan makruh berdiri sebelah kaki atau merapatkan kedua kaki atau mendahulukan sebelah kaki daripada sebelahnya dan makruh berjikar rambut atau kain dengan disungguh-sungguh. Dan makruh berludah kekanan atau kehadapan tetapi tiada makruh berludah di bawah kaki atau pada pihak kiri atau pada kanan melainkan haram berludah di dalam masjid. Dan makruh mengantarkan tangan kanan atau tangan kiri pada punggungnya dan makruh merendahkan kepala dalam rukuk daripada belakang atau meninggikan kepala daripada belakang. Dan makruh mengerjakan sembahyang serta sangat menahani qodha hajat besar atau kecil atau menahan angin jika dilanjut waktu dan terkadang haram menahan yang demikian itu jika memberi mudharat dan terkadang sunat atau wajib menyelesakan diri daripada yang demikian itu jikalau luput sembahyang berimam sekalipun dan jika tiada lanjut waktu maka wajib mengerjakan sembahyang serta yang demikian itu tetapi jika tiada sangat memberi mudharat menahan dia.
Dan demikian lagi makruh sembahyang serta sangat ingin pada makanan yang hadir yakni ada dihadapannya jika lanjut waktu tetapi jika pucuk waktu maka wajib mengerjakan sembahyang dengan segera. Dan makruh menyamai imam pada segala perbuatan sembahyang yang lain daripada Takabayarata Al Aharama nescaya batal sembahyangnya. Dan makruh menyaringkan baca pada tempat yang perlahan dan memperlahankan baca pada tempat yang nyaring dan makruh membaca nyaring dibelakang imam. Dan makruh sembahyang jika sangat mengantuk jika lanjut waktu lagi harap ia dengan zhonanya akan juganya seperti mendapat sembahyang dengan sempurna maka haruslah ia tidur sedikit dan jika tiada demikian itu maka haram ia tidur tatkala itu. Dan makruh sembahyang memakai kain bertulis itu dan makruh sembahyang berbetulan dengan muka manusia kerana melalaikan hati daripada takut dan merendahkan diri kepada Allaha Taa’laya daripada sebab memandang muka orang itu.

Sumber: Kitab Kifayat Mahata Dayana
Saya berminat dengan pelajaran tuan. Saya adalah seorang pencari tuhan. Adakah ada kitab terperinci dalam pelajaran ini yang membahaskan konsep ketuhanan. Jika ada, dimanakah boleh didapati.
ReplyDeleteIlmu mengenal tuhan disebut ilmu Maarifat dan setiap manusia mempunyai maarifat yg berlainan mengikut kehendak tuhan. Sesiapa telah mengenal tuhan akan memahami mengapa Tuhan dan Mahamada tidak bercerai kerana Mahamada itu alam dan alam itu ciptaan tuhan.Carilah kitabnya di dlm posting hamba yg terdahulu yg hamba petik dari sumber Malayu.
ReplyDelete