Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, August 11, 2011

Zabayara radhoya Allaha a'naha ditangkap Barasa Ghowala




Al kisah pada menyatakan Zabayara abana A’wama kena penjara itu. Maka kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa adalah Zabayara abana A’wama radhoya Allaha a’naha itu tiada dengan setahu rasul Allaha berangkat keluar daripada Madinah itu berjalan menuju ke negeri Waadala Al Shokhoraha beberapa gunung bukit hutan rimba padang dilangkahi siang dan malam ia berjalan. Hataya tiada berapa lamanya berjalan itu lalu sampailah dekat dengan kota yang pertama negeri Waadala Shokhoraha itu lalu ia berhentilah pada sebuah dusun yang hampir dengan kota itu. Ia turunlah dari atas kudanya berteduh di bawah sepohon kayu yang rampak dahannya, maka anginpun turunlah segarlah tubuhnya. Dipuji-puji akan Allaha Taa’laya. Telah sukalah hatinya kerana ia sudah sampai ke negeri Waadala Shokhoraha itu.



Di dalam hal yang demikian itu telah datanglah pada tempat itu suatu kaum kafilah membawa dagangan singgah pada tempat itu maka Zabayara abana A’wama radhoya Allaha a’naha pun bersahabatlah dengan kaum kafilah pada penghulunya duduk bercakap-cakap. Maka bertanyalah penghulu kafilah itu kepada Zabayara abana Awama “Siapakah tuan hamba ini?” maka katanya “Adalah hamba ini seorang A’raba miskin. Bahawa adalah hamba ini berniaga sudah rugi telah menjadi miskin jadi terhutanglah hamba ini sangat-sangatlah di perseksakan hamba ini. Maka hamba meninggalkan desa mari ketempat ini kerana hamba sudah mendengarkan nama raja Barasa Ghowala sangatlah dermawan dan setiawan. Hajat hati hamba hendak pergi mengadapnya hendak pohonkan derma daripadanya barangkali mudah-mudahan baginda itu nanti menaruh belas kasihan kepada hamba nanti diberi ketolongan kepada hamba”. Maka kata penghulu kafilah itu “Yaa Ahaya A’raba yang miskin ini baik marilah kamu bersama-sama kami maka kami nanti bawa pergi kamu mengadap raja Barasa Ghowala itu” lalu penghulu kafilah itu dibawa sertanya akan Zabayara abana A’wama itu hingga sampai ke pintu kota.


Serta sampai ke pintu kota itu maka penghulu kawal pintu kota itu dikenal akan penghulu kafilah itu dilepas masuk ke dalam kota. Maka tiada dilepas akan Zabayara itu masuk kerana tiada dikenal akan dia ditahan di luar pintu. Demi dilihat oleh penghulu kafilah itu akan hal Zabayara itu tiada dilepas masuk maka katanya kepada penghulu kawal kota itu “Ya datuk penghulu, bahawa adalah A’raba miskin ini dahulu ia seorang saudagar kerana sudah rugi daripada meniaga menjadi miskin. Kerana sebab tuan hutang tiada upaya ia hendak beri hutang itu menjadi susah ia lalu ia membuangkan dirinya mengembara di dalam hutan rimba datang ia daripada sangat jauh dan lagipun ia ini daripada bangsa baik dan isyarat anak bangsawan sebab ia mendengar raja kita ini daripada orang dermawan dan setiawan maka ia menaruh hajat hendak pohonkan kurnia kepada baginda itu dari kerana sebab itu janganlah tuan hamba tahankan. Diberi apalah hukum kepadanya menyuruh masuk kedalam kota biarlah ia mengadap baginda itu supaya tuan hamba pun beroleh kebajikan” dan banyaklah lagi penghulu kafilah puji-puji rayu kepada penghulu kawal itu. Demi didengar oleh penghulu itu puji rayu penghulu kafilah itu maka iapun menaruh belas kasihan kepada Zabayara abana A’wama itu lalu disuruh masuk akan Zabayara itu ke dalam kota. Maka Zabayara abana A’wama pun masuklah ke dalam kota bersama-sama kaum kafilah itu.


Maka kaum kafilah itupun pergilah kepada halnya berniaga maka Zabayara abana A’wama pun berjalan pada serata-rata tempat melihat kebun dan taman pohon buah-buahan, rumah yang tinggi-tinggi dan mahligai dan sungai-sungai mengalir airnya sangat jernih dan pelbagai-bagai ikan berenang-renang di dalam sungai itu. Maka sukalah Zabayara itu didalam hatinya seraya memuji-muji akan Allaha Taa’laya dengan puji yang amat sangat. Kemudian berjalan pula daripada tempat itu lalu bertemu pula kaum hulubalang mengenderai kuda. Demi dilihat akan mereka itu lalu ia merasai takut maka Zabayara abana A’wama pun masuklah ke dalam hutan berselindungkan dirinya dibalik hutan itu. Ditambat kudanya pada suatu pohon kayu diberi makan rumput. Maka pedangnya itu di tanam di dalam bumi dikenakan hanjarnya di pegang tiada di beri siapa-siapa tahu.


Lalu ia pun berjalanlah seorang dirinya masuk ke dalam kota yang kelima itu berjalan serata-rata pintu. Dilihat pelbagai-bagai aneka jenis benda yang ajaib-ajaib daripada sitar. Kemudian berjalan pula ia masuk kedalam kota yang ketujuh berjalan di pekan pasar dilihat pula beberapa banyak kubang binatang yang teguh-teguh pada tiap-tiap kubang dan binatang itu berisi dengan alat senjata peperangan dan hulubalang yang gagah berani. Maka Zabayara merasai takut pula kasadnya hendak berangkat balik kemudian berfikir pula ia “Ceh tiadalah baik aku hendak balik kerana aku datang ini hendak mengambil rahsia raja Barasa Ghowala. Sebelum aku berjumpa dengan dia tiadalah aku mau balik dan lagipun jika aku balik apalah aku hendak maklumkan kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu”. Telah sudah ia berfikir di dalam hatinya lalu ia pun berjalan balik sambil melihat pekan pasar itu.


Di dalam hal yang demikian itu lalu ia bertemu dengan sebuah mahligai yang amat elok. Dimasuk di dalam pagar mahligai itu dilihatnya mahligai itu bertiang emas berkemuncak daripada permata manikam. Di pandang masuk ke dalam mahligai itu, ada pula sebuah singgahsana daripada permata manikam di atas tahta itu, ada seorang laki-laki semayam diatas rupanya sangatlah hebat seperti harimau jantan rupanya. Pada pihak kanannya itu empat ribu hulubalang berdiri memegang senjata dan pada pihak kirinya empat ribu hulubalang berdiri memegang pedang yang terhunus dan pihak belakangnya berdiri segala biduanda duduk berkipas dengan kipas daripada manikam merah dan pada hadapannya berdiri segala menteri duduk mengunjung titahnya. Demi dilihat oleh Zabayara abana Awama akan hal raja Barasa Ghowala itu lalu iapun merasai takut seraya mengucap “Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama” lalu iapun dengan tiada setahu siapa-siapa di keluarkan dari dalam dewan mahligai itu pergi berselindung akan dirinya di balik satu batu kubah yang berhadapan mahligai itu. Telah hari pun malamlah maka tidurlah di balik batu itu tiada ia boleh tidur kerana lapar perutnya pada sehari itu tiada ia makan dan minum.


Di dalam hal yang demikian itu maka terdengarlah kepadanya suatu suara yang amat keras bunyinya seperti halilintar membelah bumi maka bergeraklah bumi dan istana raja Barasa Ghowala itu. Serta raja Barasa Ghowala itu merasai bergerak-gerak istananya dan mendengar suara itu maka dititahnya kepada hulubalangnya menyuruh pergi siasat dan periksa apa yang berbunyi itu. Maka pergilah hulubalangnya memeriksa lalu balik mereka itu sembah katanya “Daulat tuanku shah alam, telah sudahlah patik hamba pergi memeriksa bahawa adalah tuhan kita berhala Patasa itu sangatlah dimurkanya akan kita, matanya merah seperti buah lagam, mulutnya berapi sembur menyembur di hadapannya. Tiadalah pernah tuhan kita itu murka ia yang demikian itu”. Serta di dengar oleh raja Barasa Ghowala si malaun itu lalu ia pun menaruh takut serta gementar segala anggotanya.



Maka ia bangun daripada semayam berlari-larilah ia diiring oleh segala hulubalangnya dan menterinya pergi masuk ke dalam rumah berhala itu. Maka Barasa Ghowala pun merebahkan dirinya di hadapan berhala itu tunduk sujud seraya berkata “Ya tuhanku, mengapalah tuhanku murka akan hambamu ini dan mengapalah tuhanku hendak memperbuat azab bagi hambamu ini. Apalah kekurangan bagi tuhanku ini ya tuhanku, telah haraplah hambamu akan tuhanku memeliharakan hambamu ini. Jika tuhanku menaruh murka ia kepada hambamu telah binasalah hambamu ini dan kepada siapalah hambamu ini hendak mengadukan hal hambamu ini. Jika sekiranya hambamu membuat kesalahan, hambamu pinta ampun akan kesalahan hambamu. Maka sekarang ini beri apalah izin kepada hambamu supaya hamba senang hati”.


Setelah sudah Barasa Ghowala berkata-kata akan halnya maka Iblis Laa’nata Allaha itu masuklah kedalam mulut berhala maka berseru-serulah katanya “Aha Aha Hai Barasa Ghowala, apalah hawala gerangan engkau ini beroleh celaka, mengapalah engkau ini duduk bermain-main yang tiada beroleh faedah dan mengapalah engkau tiada mengambil khuatir di atas pekerjaan menjaga negerimu ini. Mengapalah engkau duduk dengan alpa dan tiadakah engkau tahu adalah Mahamada itu orang dengki khianat itu seorang habatan itu sudah bersiap hendak datang melingkar engkau ini. Maka dahulunya daripada Mahamada itu hendak mari kesini maka ia ada hantar seorang daripada anak peranakan yang bernama Zabayara abana A’wama itu mari kesini duduk berselindung dirinya di balik batu kubah yang berhadapan mahligaimu itu. Kemudian hari nanti Mahamada itu dihantarkan hulubalangnya mari melingkar negerimu ini jaga baik-baik dirimu itu. Hai Barasa Ghowala, jika sekiranya engkau tiada mau tangkap Zabayara itu dan jika tiada engkau bunuh akan dia maka akulah nanti binasakan negerimu ini dan engkau pun nanti bunuhkan”.


Demi didengar oleh Barasa Ghowala akan seru Iblis Laa’nata Allaha itu maka iapun naiklah marahya lalu ia mengunus pedangnya maka bertanya kepada segala hulubalangnya “Ya maharaja, apalah tuhan kita memberi hukum kepada tuanku?” maka kata Barasa Ghowala “Bahawa adalah tuhan kita beri tahu kepada aku bahawa adalah Mahamada orang habatan itu sudah ia menghantarkan seorangnya menyuruh sulu-sulu akan negeri kita ini namanya Zabayara. Mari ke negeri kita ini hendak mengambil rahsia kita, sekarang ini ia ada duduk berselindungkan dirinya di dalam kota kita ini. Dari sebab itu maka tuhan kita ini gusar akan kita kerana kita tiada jaga baik-baik akan desa kita ini.” Setelah itu maka Barasa Ghowala dan hulubalangnya dan menterinya pun berangkatlah berjalan pergi mencari Zabayara abana A’wama itu. Maka barang yang telah jadi antara Barasa Ghowala dan berhala Patasa itu diketahui oleh sayadana Zabayara abana A’wama radhoya Allaha a’naha. Ia duduk di balik batu dengan berfikiran di dalam hatinya. Maka hulubalang raja Barasa Ghowala pun berjalanlah kesana kemari mencari Zabayara itu maka tiada diperolehnya lalu mereka itu datang kepada batu duduk-duduk berkata sama sendirinya. Kata seorang “Barangkali penyulu Mahamada itu ada berselindung di balik ini. Marilah kita masuk kedalam kubah”.

Demi didengar oleh Zabayara abana A’wama radhoya Allaha a’naha seru-seru mereka itu lalu iapun mengucap “Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama” seraya berkata di dalam hatinya “Wahai sekali ini terdapatlah aku pada tangan kafir celaka ini” lalu iapun dengan segeranya juga undur daripada tempat itu masuk ke dalam celah batu yang lain pula. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha maka adalah segala hulubalang raja Barasa Ghowala itu pun masuklah ke dalam kubah tempat sayadana Zabayara duduk berselindung itu di carinya serata-rata tempat tiada berjumpa lalu keluarlah mereka itu dari dalam dari dalam kubah itu berkata sama sendirinya “Habislah sudah kita berjalan serata-rata tempat mencari A’raba itu tiada kita berjumpa, marilah kita pergi maklumkan kepada raja kita” lalu mereka itu pun pergilah mengadap raja Barasa Ghowala sembah katanya “Ya shah alam, seperti titah shah alam itu patik sekelian ini sudah berjalan serata-rata tempat lorong bukit dusun padang hutan rimba mencari A’raba itu tiadalah patik-patik berjumpa dengan dia”. Maka sabda raja Barasa Ghowala katanya “Bahawa adalah tuhan kita Patasa itu tiada sekali-kali ia berkata dusta. Pergilah pula kamu sekelian mencari dengan sesungguh-sungguh hati”. Maka sembah segala hulubalang-hulubalang itu lalu berjalanlah serata-rata tempat mencari Zabayara abana A’wama.


Kemudian raja Barasa Ghowala dengan hulubalangnya berangkat berjalan hendak melihat hulubalangnya yang pergi mencari Zabayara radhoya Allaha a’naha lalu ia pun sampailah pada tempat yang sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha duduk berselindung itu. Dipandang oleh Barasa Ghowala pada tempat itu seraya bersabda kepada hulubalangnya “Carilah kamu pada tempat ini tak dapat tiada, ada A’raba itu di dalam celah batu ini”. Setelah sudah diberi hukum lalu ia pun berangkatlah balik ke istananya. Maka hulubalang itu pun bersiaplah hendak masuk ke dalam celah batu itu tiada dimasuk kerana lubang batu ini sangat sempit, luas seorang sahaja lalu masuklah seorang hulubalang. Demi dilihat oleh sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha akan hulubalang itu sudah masuk lalu ia pun mengunus pedangnya sambil mengucap tasbih “Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha Al A’laya Al A’zhoyama” lalu dipenggal leher hulubalang itu putus dua. Kemudian masuk seorang lagi demikian juga dipenggalkan lehernya hingga sampai sepuluh orang dibunuhnya oleh sayadana Zabayara abana A’wama.


Kemudian dilihat oleh lain hulubalang akan hal sepuluh hulubalang itu masuk tiada keluar maka percayalah mereka itu mengatakan handainya sudah dibunuh oleh Zabayara itu tetaplah Zabayara itu ada di dalamnya lalu diruntuhkan batu-batu itu. Maka berjumpalah dengan sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha ditangkap diikat kaki tangannya diheret dibalun dibawa pergi mengadap Barasa Ghowala. Demi dilihat oleh raja Barasa Ghowala akan sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha makin bertambah-tambah marahnya seperti ular berbelit-belit dihunus pedangnya seraya memandang kekanan dan titahnya kepada seratus orang hulubalangnya yang gagah perkasa “Jaga baik-baik akan anak A’raba ini. Pada esok hari bawa ia ke mari mengadapku maka dengan pedangku ini aku hendak penggalkan lehernya” maka sembah seratus hulubalang-hulubalang itu lalu dirantaikan kaki tangannya sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha itu dibawa di balun di pukul dimasukkan kedalam penjara. Maka sudah dipenjarakan diperbuat azab akan pula kepada sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha.


Maka sayadana Zabayara pun tiadalah tertahan akan kesakitan yang diperbuat oleh kaum kafir itu lalu menangislah di dalam penjara itu seraya bersabda “Yaa Alahaya Raba, apalah mulanya gerangan sebab engkau memperbuat azab akan hambamu ini. Ya Allaha, engkau lepaskanlah hambamu daripada azab ini dan beri apalah tahu kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan hal ini. Apakala engkau memberi tahu kepada kekasihmu Mahamada rasul Allaha itu nescaya ia nanti hantar bantu akan hambamu supaya terlepaslah hambamu daripada bala azab ini. Ya Allaha, bahawa adalah kafir ini sangat ia memperbuat azab kepada hamba sangat kuat tiada gholi daripada memperbuat kesakitan kepada hambamu. Ya Allaha, ya tuhanku engkaulah tuhan yang amat mendengar akan permintaan hambamu dan engkaulah tuhan yang amat menaruh belas kasihan diatas hambamu dan engkaulah tuhan yang amat kuasa daripada yang berkuasa dan engkaulah yang kuasa melepaskan hambamu ini daripada azab penjara ini”. Demikianlah sayadana Zabayara duduk meminta doa kepada Allaha Taa’laya hingga sampai pagi hari.


Maka pada keesokan pagi hari, Barasa Ghowala pun menitahkan kepada seorang pegawai menyuruh pergi kedalam penjara membawa sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha maka sembah pegawai itu lalu pergilah memberi tahu kepada penghulu penjara. Maka penghulu penjara itu pun dengan segeranya dibawa keluar sayadana Zabayara dari dalam penjara di bawa mengadap raja Barasa Ghowala pada waktu pagi. Telah berdirilah sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha di hadapan raja Barasa Ghowala di dalam panas daripada pagi-pagi hingga sampai A’shar tiada diambil peduli oleh raja Barasa Ghowala. Setelah sangatlah penat lumpuhlah segala anggotanya sayadana Zabayara itu serta dengan lapar dan dahaganya itu tiada dapat dikatakan. Bahawa adalah kesakitan sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha itu Allaha dan rasul yang ketahui. Dipandang Barasa Ghowala kepada muka sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha katanya “Hai bangsa fakir miskin dan yang hina budi pekerti, siapa engkau ini, kemana dan daripada mana engkau datang, apa kehendakmu datang kemari ini?”.


Maka ujar sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha “Hai raja, siapa yang miskin dan siapa yang hina papa. Barang siapa yang tiada mengunjung firman tuhan, ia menduakan tuhan ialah yang hina papa yang amat celaka. Maka aku ini bukan yang sebagai itu bahawa adalah aku ini Zabayara bana A’wama. Sebab aku datang kemari ini hendak beri tahu kepadamu bahawa adalah seorang perempuan tuha daripada bangsamu serta dengan kaum keluarganya pergi mengadukan halnya kepada nabi Mahamada Rasawala Allaha A’layaha Wa Salama dikatakan engkau ini sudah merosak akan negerinya dan segala hak hartanya engkau rampas ambil dan anak lakinya engkau bunuh dan anak perempuannya engkau membuat tawanan. Demi didengar oleh Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama, sangatlah masygul hatinya lalu ia suruh aku datang kemari menyuruh memberi nasihat kepadamu yang baik. Hai raja, daripada hari ini janganlah engkau sembah berhala-berhala yang sia-sia itu. Sembah olehmu pada Allaha Taa’laya, tuhan yang esa yang menjadikan kamu dan aku ini dan langit dan bumi serta dengan isinya. Ialah tuhan yang kurniakan kebesaran dan kemuliaan kepadamu dan ialah tuhan yang amat kuasa dan kudrat dan ialah tuhan yang berkata-kata dengan nabi Mawasaya A’layaha Al Salama dan nabi A’yasaya A’layaha Al Salama dan kekasihnya nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan ialah tuhan yang menjadikan selaksa dua puluh empat ribu nabi-nabi dan tiga ratus tiga belas nabi yang Marasalayana dan kepada segala nabi itu nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu Sayada Al Marasalayana dan agama Asalama dan diturunkan pula kepadanya kitab bernama Qoraana dan ialah tuhan yang amat mendengar dan melihat dan ialah tuhan yang tiada lali dan tiada tidur, yang tiada lupa, yang tiada merasai lapar berkehendak makan dan ialah tuhan yang amat kuasa daripada yang berkuasa dan ialah yang tiada bersekutu sebaginya dan ialah tuhan memerintah langit dan bumi dan lagi ada banyak kudratnya tuhan Raba Al A’lamayana tiadalah dapat aku hendak binakan. Hai raja, tuhan sebagai inilah yang wajib bagimu itu disembah akan dia”.


Demi di dengar oleh Barasa Ghowala akan perkataan sayadana Zabayara itu maka naiklah marahnya seraya berkata dengan marahnya “Hai Zabayara bana A’wama, barang yang kata kamu itu tiada masuk kedalam telingaku. Janganlah engkau berkata banyak bahawa adalah Mahamada itu miskin papa. Pada masa ia miskin ia berniaga dengan anak raja Khoyalada yang bernama Khodayajaha, ia beroleh senang sedikit ia berpindah daripada Makah pergi duduk di dalam Madinah di himpun orang-orang yang miskin itu disuruh masuk kepada agamanya. Di suruh umatnya pergi menyamun merampas hak harta orang-orang dan ditaklukkan segala raja-raja yang dhoif yang lemah semangat dan sangatlah diperbuat aniaya dirampas hak hartanya orang miskin itu seperti diperbuat akan orang itu. Maka akupun hendak diperbuat demikianlah kepada aku ini. Maka kehendaknya itu hendak menyuruh aku tinggalkan tuhanku berhala Patasa itu masuk kepada agama Mahamada itukah. Hai Zabayara, begitu berani sekali engkau masuk ke dalam negeriku ini dan sembunyikan dirimu. Apakala aku suruh pegawaiku tangkapmu, engkau bunuh sepuluh orang pegawaiku sebab dengan perbuatanmu, patut sekali bagiku memenggal lehermu pada ketika ini juga. Tiada guna membunuh dengan segeranya, patut aku membuat seksa akan dikau kerana engkau ini konon anak Mamaya Mahamada itu. Jika ada kuasa Mahamada itu biar ia mari kesini melepaskan dikau daripada bala azabku itu adanya. Apakala aku perazab akan dikau, matilah engkau di dalam azab”. Maka raja Barasa Ghowala memberi titah kepada pegawainya menyuruh palu kepada Zabayara itu dipalu oleh mereka itu hingga sampai keluar darah. Maka berkata sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha “Hai Barasa Ghowala A’dawa Allaha, Yaa A’dawa Rasawala, mereka yang datang memberi nasihat yang baik mengapa engkau memperbuat azab yang demikian di atasku ini. Adakah patut bagimu itu”.


Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha, demi didengar oleh raja Barasa Ghowala akan perkataan Zabayara abana A’wama itu maka ia pun naik marah seraya memandang kepada seratus orang khadamnya dititahkan kepada sahayanya “Hai kamu sekelian, dibalun akan Zabayara ini biar keluar darah daripada tubuhnya kemudian engkau sembelihkan seekor unta ambil kulitnya bersama-sama lendirnya itu selimutkan pada tubuhnya Zabayara itu, campurkan kepanas. Apakala kering kulit engkau ambilkan kulit pada tiap-tiap hari engkau kerjakan seperti titahku itu”. Telah sudah raja Barasa Ghowala memberi hukum maka sembah seratus sahayanya itu lalu ia kerjakan seperti titah rajanya pada tiap-tiap hari tiadalah gholi daripada palu dan dicampurnya kepanas di derakan akan Zabayara radhoya Allaha a’naha. Maka habislah daging di tubuhnya sayadana Zabayara tinggallah tulangnya dan uratnya dibelakang itu dari kerana sebab tiada tahan sakit itu maka berseru-seru sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha “Yaa Dayaana Al Masataqoyama, Yaa Arahama Al Rahamayana”.


Dan apakala petang datanglah sahayanya itu seorang sebilah pisau dikupaskan kulit unta itu daripada belakang Zabayara radhoya Allaha a’naha seperti dikupas kulit kambing lakunya. Apakala sudah dikupasnya diheret dibawa masuk kedalam penjara, dirantaikan pula kaki tangan sayadana Zabayara itu. Demikianlah diadatkan dan dikerjakan oleh sahayanya itu akan sayadana Zabayara tiap-tiap hari maka sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha pun tiap-tiap hari hingga duduk menanggung duka dan sengsara di dalam penjara itu. Bermula maka sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha pun siang dan malam berjalan mencari sayadana Zabayara radhoya Allaha a’naha dicarinya lepas suatu tempat kepada suatu tempat tiada berjumpa adanya.



Sumber: Hikayat A'mara Amayara Dhomaraya

No comments:

Post a Comment