Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Bermula maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya firman pada segala malaikat “Bahawa kau bawakan Adam itu ke langit mengadap akan aku tuhan yang maha mulia lagi amat besar”. Bahawa segala isi langit itu memujinya tuhan melihat rupa Adam itu setelah Adam dirajakan maka diarak ke dalam syurga Janata Al Faradawasa maka dilihat Adam di dalam syurga itu seorang pun tiada yang sebagai dengan dia. Maka Adam pun baring atas lambungnya kanan maka tertidurlah Adam itu maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya pun tahu akan rasa hati Adam dukacita itu oleh kerana kanak-kanak lagi seorangnya di dalam syurga itu. Tatkala belum lagi ia berbalik tidur itu maka dijadikan Allaha Taa’laya Amahaata Al Anasaana yakni ibu segala insan iaitu Sataya Hawaya (Siti Hawa) dari lambung kiri Adam itu maka tatkala sudahlah jadi Hawaya itu dengan kudrat Allaha maka Adam pun jagalah dan apabila dibuka Adam matanya maka dilihat ada seorang perempuan duduk sisinya. Adapun akan Siti Hawa itu dianugerahkan tuhan yang maha besar terlalu indah rupanya dan amat baik parasnya gilang-gemilang bercahaya-cahaya maka Adam pun hendak menjabat Siti Hawa maka datang firman tuhan “Hai Adam jangan engkau jabat akan dia dahulu sahaja akan kukahwinkan engkau dengan dia itu”. Maka menyembah Adam “Bahawa sekelian itu daripada anugerahmu jua dan hambamu jungjunglah barang titahmu”.
Maka firman Allaha Taa’laya “Hai segala malaikat bawalah oleh kamu tabak yang berisi emas dan perak dan mutiara dan intan dan manikam yang indah-indah itu ke hadapan Adam dan Siti Hawaya. Bahawa aku hendak mengahwinkan Adam dengan Hawaya”. Maka datang suatu suara daripada tuhan demikian bunyinya Al Hamada Lalaha Al Tsanaa Wa Al Kabarayaa Kalahama A’nadaya Wa Al Ayamana Wa Mahamada Hababaya Wa Rasawalaya Shahaadata Wa Al Malaakata Makaana Samawaataya Fathoranaya Wa Hamalata A’rashaya Anaya Akhozata Radhoyata Amataya Hawaya Badayaa’ Al Samawaata Fathoranaya Wa Qodarataya Adama A’layaha Al Salama Tasabayahaya Wa Tahalayalaya Wa Takabayaraya Wa Haya Ayata Al Karasaya Wa Shahaadata Ana Laa Alaha Alaa Allaha Ana Adama Kholayafataya Wa Hawaya Zawajahaa Wa Ahabanaya Kalahama A’baadata Wa Al Ayamana Wa Mahamada Hababaya Wa Rasawalaya Wa Al A’zhomata yakni Segala puji-pujian bagi Allaha Taa’laya yang amat besar kebesarannya bahawa segala mereka itu telah percayalah ia akan daku dan segala isi langitku dan segala malaikat yang menanggung arashku. Bahawasanya telah kukahwinkanlah hambaku Adam dengan Hawaya diatas langitku dengan kudratku. Bahawa Adam A’layaha Al Salama mengucap tasbih akan daku dan membesarkan daku dan memuji akan daku dan iaitu dengan kemuliaan Ayat Al Karasaya (Al Kursi) dan naik saksilah aku bahawasanya tiada tuhan yang menjadikan segala sesuatu hanya aku jua tuhan yang amat kuasa. Bahawasanya Adam khalifahku dan Hawaya itu isterinya dan berkekalanlah ia pada mengasih dia dan sekelian mereka itu berbuat ibadat akan daku dan telah membawa imanlah mereka itu akan Mahamada kekasihku dan rasulku yang kubesarkan atas segala suatu.
Setelah itu maka Adam memuji tuhan Al Hamada Lalaha Tsanaaya Wa Al Kabayaraa Radaaya Wa Baraha Tsanaaya Wa Al Kholaqo Kalahama A’badaya Wa Al Ayamaana Mahamada Hababaya Wa Rasawalaya Wa Al A’zhomata. Maka turun malaikat melihat kurnia tuhan akan Adam maka datang firman “Hai Adam jabatlah olehmu tangan Hawaya itu dan ia itulah syurga kediaman kamu kedua dengan segala nikmatnya dan duduklah engkau dengan Hawaya di dalam syurga itu. Makanlah olehmu segala nikmat syurga itu kuanugerahi padamu. Sabahaanaha Wa Taa’laya Sabahaana Allaha Wa Al Hamada Lalaha Wa Laa Alaha Alaa Allaha Allaha Akabara. Bermula ada pohon kayu suatu itu Kholadaya(Khuldi) namanya jangan kamu hampir kepada pohon kayu itu nescaya adalah kedua kamu daripada menganiaya diri kamu bahawa kerana syurga itu tiada seperti dunia sebagai lapar dan sebagai dahaga.
Maka Adam pun tetaplah di dalam syurga itu kata Adam “Tiada membinasa kami dan kami tiada tiada telanjang. Laqowalaha Taa’laya Yaa Adama Asakana Anata Wa Zawajaka Al Janata Wa Kalaa Manahaa Raghodaa Hayatsa Shatamaa Wa Laa Taqorabaa Hazaha Al Shajarata Fatakawanaa Mana Al Zholamayana etinya Firman hai Adam diamlah engkau di dalam syurga ini tetapi engkau ingat-ingat akan bencana Iblis itu ialah seterumu yang makar dan jangan engkau yang hampirkan pohon kayu itu. Jika engkau hampir kepadanya adalah engkau menganiaya dirimu dan ingat-ingat engkau akan Iblis itu. Ambil olehmu ia akan seterumu. Laqowalaha Taa’laya Alaa Tajawaa’ Fayahaa Wa Laa Taa’raya Wa Anaka Laa Tazhomawaa Fayahaa Wa Laa Tadhohaya ertinya Lihat Adam segala pintu syurga itu amat teguh maka pada hati Adam terpeliharalah aku daripada bencana Iblis itu dan ia berseteru dengan daku apa salahku kepadanya lagi ia jauh dari aku kerana ia di dalam dunia dan aku di dalam syurga. Sebermula pesan tuhanku pada sepohon kayu itu “jangan engkau hampir kepadanya”. Maka apabila terpeliharalah aku daripada hampir kepada sepohon kayu itu nescaya lepaslah aku daripada bencana iblis itu.
Ketahuilah segala yang budiman barang dimana ada tempat kau kerana maka hendaklah dipeliharakannya baik daripadanya supaya tahu kejadiannya dan kesudahannya.
Maka Adam pun ingatlah ia akan dirinya hataya maka Iblis pun senantiasa mencari jalan hendak berdayakan Adam itu jua citanya supaya binasa Adam itu. Kelakian maka Iblis pun berjalanlah daripada ketujuh pangkat bumi maka lalu ia keatas tujuh pangkat langit. Maka tatkala sampailah ia kepintu itu maka duduklah ia diluar pintu syurga itu serta dengan dukacitanya yang amat sangat serta menantikan pintu syurga itu terbuka supaya dapat ia berbuat sesuatu bencana maka dengan takdir Allaha Taa’laya datang seekor burung merak di dalam syurga. Maka ia mengintai daripada jala-jala kisi-kisi syurga itu maka dilihatnya ada seorang orang tuha duduk diluar pintu syurga itu serta dengan tangisnya. Maka bertanya merak itu “Siapa engkau ini?” maka sahut Iblis “Aku ini seorang malaikat daripada antara segala malaikat yang banyak dan aku sangat hendak bertemu dengan dikau”. Maka kata merak “Apa dayamu hendak bertemu dengan daku ini?” maka kata Iblis “Marilah engkau berdiri di pintu syurga ini supaya ku ajari padamu suatu doa dan adalah doa hendak kuajarkan ini tiga perkara. Khasiatnya dianugerahkan Allaha Taa’laya kepada barangsiapa yang mengamalkan dia pertama muda selama-lamanya kedua tiada ia mati selama-lamanya ketiga tiada ia keluar di dalam syurga ini selama-lamanya”. Maka kata merak “Tiada dapat aku membuka pintu syurga ini dikuncikan oleh malaikat selama Adam di dalam syurga ini”. Maka kata Iblis “Bicarakan juga olehmu akan membuka pintu syurga”.
Maka merak pun pergi memberi tahulah ular maka katanya “Hai ular lihatlah olehmu gharib itu tiba-tiba ia menangis di luar pintu syurga ini” maka ular menjengok keluar pintu syurga itu. Tatkala dilihat oleh Iblis akan ular itu maka kata Iblis “Hai ular pelajari apalah olehmu daripada aku doa ini supaya engkau daripada bahaya kejahatan serta meminta janji aku kepadamu bawa masuk aku ke dalam syurga itu”. Maka kata ular tiada dapat aku membuka pintu syurga ini selama-lamanya Adam di dalam syurga ini kerana syurga ini dikuncikan oleh malaikat dan anak kuncinya itu kepadanya”. Maka kata Iblis “Aku tiada menjejakkan kakiku melainkan pada pintu syurga inilah tetapi bukakan mulutmu supaya aku masuk ke dalam mulutmu itu”. Maka pada hati ular tiada akan dapat ia masuk ke dalam mulutku maka ular itupun mengangakan mulutnya hataya Iblis pun melompat kedalam mulut ular itu jadi berlakulah barang kehendak Iblis itu atas ular. Hataya maka ular pun menghala kepalanya masuk ke dalam syurga maka kata Iblis “Hai ular bawa olehmu akan daku kepada pohon kayu khuldi itu”. Setelah sampai maka keluarlah Iblis di dalam mulut itu maka duduklah pada pohon kayu itu serta menangis dengan terlalu sangat lakunya percintaannya dan dukacitanya.
Maka terkejutlah segala anak bidadari di dalam syurga itu kerana di dalam syurga itu tiada pernah mendengar bunyi orang menangis dan tiada pernah melihat orang berpercintaan pun selama-lamanya. Hataya maka datanglah sekelian bidadari itu kesisi Iblis maka tatkala itu oleh Siti Hawaya segala anak-anakan bidadari itu pergi beramai-ramai kepada pohon kayu itu. Maka itupun pergi melihat serta ia bertanya kepada bidadari yang banyak itu katanya “Apa juga kamu berhimpun ini?” maka sahut bidadari itu “Akan ular ini ada seorang di dalam mulutnya. Siapakah ia seorang pun tiada kami mengetahui ia”. Maka Iblis pun berpaling melihat kepada Siti Hawaya maka Siti Hawaya pun bertanya “Hai orang tuha siapa engkau dan dari mana datangmu dan apa engkau tangiskan itu?”. Maka kata Iblis “Hai orang muda, bahawa aku ini daripada malaikat dan yang aku tangiskan itu engkaulah kerana engkau lagi akan dikeluarkan Allaha Taa’laya daripada dalam syurga ini. Jika engkau hendakkan kekal di dalam syurga makanlah olehmu buah kayu ini nescaya tiadalah engkau keluar lagi di dalam syurga ini selama-lamanya”. Maka kata Iblis “Aku yang menunjukkan tempat pohon kayu itu makanlah olehmu buahnya. Sesungguhnya jika engkau makan akan dia nescaya kekallah engkau di dalam syurga ini tiadalah engkau keluar di dalamnya”. Maka kata Siti Hawaya “Bahawa aku dilarangkan Allaha Taa’laya daripada makan buah kayu itu sebagaimana pula engkau menyuruhkan aku memakan buah kayu itu?”. Maka kata Iblis “Ketahui olehmu bahawa itulah hikmat Allaha hendak mengeluarkan engkau ke dunia lagi akan tuha kannya akan jadi kejilah rupamu. Jika kau makan buah kayu itu tiadalah engkau merasai kejahatan lagi” serta Iblis pun bersumpah demi Allaha dan beberapa sumpah yang besar-besar.
Hataya dengan takdir Allaha maka dalam hati Siti Hawaya “Bahawasanya orang tuha ini sumpah dengan nama Allaha Taa’laya yang maha besar sebab kerana menunjukkan jalan kebajikan akan kami. Laqowalaha Taa’laya Hala Adalaka A’laya Shajarata Al Kholada Wa Malaka Laa Yabalaya ertinya bersumpahlah aku ini kerana mengajarkan kamu nasihat jua dan maka demikian lagi ketahui oleh kamu bahawa akan orang yang dengan makarnya bersumpah itu bahawa ia Iblis yang kena kutuk Allaha Taa’laya kerana menyumpahnya itu bukan seperti sumpah orang yang benar. Arakian maka kata Iblis “Ketahuilah hai yang baik rupa, bahawa sumpahku ini sebenar-benarnyalah yang ku sebutkan itu dan percayalah engkau akan kataku ini”.
Hataya Siti Hawaya pun mengunjuk tangannya mengentas buah khuldi itu maka diambilnya tiga buah. Suatu dimakannya dan tinggal dua buah maka dibawanya kepada Adam maka bertanya Adam “Buah apa ini?”. “Inilah buah kayu yang dilarangkan Allaha Taa’laya itu. Tuan hamba makanlah sudah hamba makan sebuah”. Maka kata Adam “Apa rasanya buah ini?” maka sahut Hawaya “Terlalu baik citarasanya” maka kata Adam “Tiada aku mahu makan dia”. Maka kata Hawaya “Hamba sudah makan dia betapa tuan hamba tiada mahu memakan dia?”. Kata Adam “Kerana aku sudah bersetia dengan tuhanku tak boleh bahawa aku dilarangkan makan buah kayu itu maka tiadalah aku mahu lalui titah tuhanku”. Laqowalaha Taa’laya Wa Qoasama Hamaa Anaya Lakamaa Lamana Al Naashohayana. Maka Hawaya pun mengisi khamar di dalam syurga maka diberikan akan Adam. Setelah sudah minum Adam khamar itu maka lupalah Adam akan janjinya dengan tuhan itu maka dengan kudrat Allaha Taa’laya tertutuplah hatinya maka diambilnyalah buah khuldi itu daripada tangan Hawaya lalu dimakannya. Baharu singgah rongkongan maka makota pada kepala Adam pun jatuhlah lalu terbang dan segala perhiasan Adam dan Hawaya pun tanggallah daripada tubuhnya kedua lenyap tiada berketahuan dan dekat kedudukan Adam yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam itu pun terbanglah lenyap lagi Adam dan Hawaya pun terlanjanglah keduanya. Maka tubuh Adam pun menjadi kudil.
Laqowalaha Taa’laya Wa Laqoda A’hadanaa Alaya Adama Mana Qobala Fanasaya Wa Lama Najadalaha A’zamaa maka Adam berdiri-diri melihat kepada sepohon kayu akarnya daripada zamrud dan segala cawangnya daripada emas sepuluh mutu dan daunnya daripada Sanadasa Wa Asatabaraqo. Maka Adam pun minta doa “Ya tuhanku baik sekali pohon kayu ini maha indah-indah rupanya kau anugerahkan apalah kiranya akan hambamu” maka firman akan Adam “Anugerahkanlah kepada Adam pohon kayu itu sehingga kau lihat sahaja jangan kau hampir kepada pohon kayu itu”. Laqowalaha Taa’laya Fabadata Lahamaa Sawaa Tahamaa Wa Thofaqoa Yakhoshofaana A’layahamaa Mana Waraqo Al Janata Wa Naadaya Hamaa Raba Hamaa Alama Anahakamaa A’na Talakamaa Al Shajarata Wa Aqola Lakamaa Ana Al Shayathoana Lakamaa A’dawa Mabayana yakni Jangan kamu hampir pada kayu yang sepohon itu adalah kedua menganiaya diri kamu maka sembah Adam “Tiadakah telah sudah kau nagarahkan hambamu mengapa pula ditegahkan menghampiriku daripadanya”. Apabila Adam melihat dirinya telanjang maka ia mencari daun kayu akan menutupi auratnya dan menutupi aurat isterinya. Maka Adam pun pergi pada pohon kayu yang bernama Al Jabara maka kayu itupun meninggikan dirinya. Maka pergi pula Adam pada pohon kayu yang bernama A’wada maka kata Adam “Pinta aku daunmu itu hai pohon kayu A’wada” maka maka pohon kayu itupun merendahkan dirinya maka digentas Adam daunnya lalu ditutupkan telah akan imannya maka datang suara dari udara demikian bunyinya “Hai pohonku A’wada bahawa yang tolongmu itu sia-sialah kerana yang kau tolong itu melalui titahku akan engkau pun kubuangkanlah ke dalam neraka”. Maka pohon A’wada itupun meninggikan dirinya maka Adam dan Hawaya pun terlari-lari di dalam syurga seperti kelakuan orang gila.
Maka datang suara “Hai Adam” maka tiada sahut Adam dan dua kali datang suara menyeru tiada jua Adam menyahut maka ketiga kali firman itupun tiada juga Adam menyahut. Maka Jibril berkata “Hai Adam Laqowalaha Taa’laya Wa A’shoya Adama Rabaha ertinya Tuhanmu memberi firman padamu mengapa engkau tiada menyahut maka datang suara daripada udara Laqowalaha Taa’laya Ana Raba Kama Bakhoathoba Kama yakni larilah engkau daripada aku. Maka sembah Adam Laqowalaha Taa’laya Taqoramanaya Saada Layatanaya ertinya Malu sekali hambamu ke hadratmu ya tuhanku”. Maka firman Adam tiadakah sudah kau tegahkan akan daku bahawa jangan kumakan buah kayu yang sepohon itu dan tiadakah ajari akan dikau bahawa Iblis itu seteru yang menganiaya. Maka berseru Adam Laqowalaha Taa’laya Rabanaa Zholamanaa Anafasanaa Wa Ana Lama Taghofaralanaa Wa Tarahamanaa Lanakawanana Mana Al Khosarayana ertinya Tuhanku bahawa aku menganiaya diriku dan dengan ghorar sukacita kami dan alpa kami sudah firmanmu itu. Ya tuhanku ampuni kiranya akan dosa kami dan peliharakan kami daripada kemaluan ini bahawa kami daripada segala yang derhaka ke bawah hadratmu ya tuhanku.
No comments:
Post a Comment