Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Bermula
diceritakan Al Tafasayara(Tafsir) tatkala sudah mati Habayala(Habil) maka
dianugerahkan Allaha Taa’laya akan nabi Adam dan Hawaya beranak seorang
laki-laki maka dinamai Shayatsa. Antara berapa tahun maka Shayatsa pun besarlah
maka terlalu kasih nabi Adam akan dia dan adalah perangai dan akalnya pun
terlalu amat baik daripada segala anak cucu Adam yang lain lagi sangat ia takut
akan Allaha Taa’laya. Maka di ketahui nabi Adam akan dia dapat akan digantinya
maka sangatlah ia kasih akan Shayatsa itu. Maka Adam pun akit maka pada suatu
hari teringatlah Adam akan makanan syurga maka berkata nabi Adam kepada anaknya
Shayatsa itu ”Hai anakku terlalu sangatlah ingin hatiku hendak makan buah kayu
di dalam syurga” serta menangis nabi Adam dengan tangis yang amat sangat “Minta
doa apalah engkau kepada Allaha Taa’laya supaya dianugerahkannya akan daku
buah-buahan di dalam syurga itu”. Maka sahut Shayatsa “Hai bapaku kerana tuan
hamba bapa kami sekelian sepatutnya bapa kami jua minta doakan kami”. Maka kata
nabi Adam “Telah malulah aku akan tuhanku kerana aku ini berdosa kepadanya”.
Arakian
maka pergilah Shayatsa ke atas bukit setelah sampai ia ke sana maka iapun minta
doa kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya. Sembahnya “Ya tuhanku, bahawa engkau
jua tuhan yang amat mengetahui akan segala sesuatu. Ya tuhanku, anugerahi
kiranya akan khalifahmu Adam buah kayu di dalam syurga kerana sangatlah hasrat
bapaku itu hendak makan dia”. Maka pada ketika itu juga turun Jibril A’layaha
Al Salama serta bidadari membawa tabak daripada emas yang merah seratus mutu
dan diatas tabak itu sepuluh bagai buah-buahan syurga. Pertama zibab, kedua
anggur, ketiga delima, keempat bidara, kelima limau manis yang tiada berbiji,
keenam kurma, ketujuh anjih, kedelapan kemandaki, kesembilan betik, kesepuluh
manggis. Maka bidadari yang membawa tabak itupun memakai daripada sutera yang
nipis terlalu sangat indah-indah rupanya dan padda jarinya sepuluh cincin yang
bercahaya-cahaya terlalu gemilang rupanya. Maka Jibril pun berkata kepada
Shayatsa “Kembalilah engkau kepada bapamu hai anak nabi Adam”. Maka Shayatsa
pun kembalilah kepada bapanya maka duduklah ia di sisinya maka berkata nabi
Adam “Manatah buah kayu dalam syurga yang engkau pohonkan kepada tuhanmu itu?”.
Maka sahut Shayatsa “Inilah di suruh Jibril hamba kembali kepada bapa hamba”.
Hataya
Jibril pun datang dengan seorang bidadari membawa tabak maka di hantarkan
bidadari tabak itu ke hadapan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama. Setelah nabi
Adam melihat akan Jibril serta seorang bidadari membawa tabak berisi
buah-buahan maka menangislah ia. Maka ujar Jibril “Ya nabi Allaha, itulah
bidadari yang dianugerahkan Allaha akan anak tuan hamba Shayatsa itu kerana
anak tuan hamba yang banyak itu ada masing-masing dengan judunya akan anak tuan
hamba Shayatsa ini tiada berjudu kerana ia seorangnya jadi itulah isterinya
yang dikahwinkan Allaha Taa’laya dengan dia”. Maka nabi Allaha Adam pun
makanlah buah kayu itu serta senangnya. Nabi Shayatsa sebab itulah
dianugerahkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan Shayatsa ilmu lagi pendita. Setelah
sudah makan maka ujar Jibril “Hamba tinggallah bidadari itu kepada anak tuan
hamba Shayatsa itu”. Maka nabi Adam pun memandang kepada anaknya katanya “Kau
pegang ia ini di dalam dunia atau aku pertaruhkan ia kepada tuhanmu?”. Maka sahut
nabi Shayatsa “Ya nabi Allaha, hamba pertaruhkan kepada tuhan seru alam kerana
negeri dunia ini tiada akan kekal adanya. Ana Shaa Allaha Taa’laya baiklah
hamba bertemu dengan dia di dalam negeri akhirat”. Setelah itu maka Jibril pun
kembalilah serta bidadari itu naik ke langit.
Kelakian
antara berapa tahun lamanya maka nabi Adam pun sakit pula maka berhimpunlah
segala anak cucunya berbicara bahawa Shayatsa lah akan ganti nabi Adam jadi
khalifah di dalam bumi. Arakian maka ibu kita Hawaya sakit hataya maka
kembalilah ia dari dunia yang fana ke negeri yang baqo. Maka antara berapa hari
sangat maka turun Jibril kepada nabi Adam maka ujarnya “Ya khalifah Allaha,
bahawa akan ganti nabi Allaha dengan firman tuhanmu anak tuan hamba Shayatsa
itulah jadi khalifah. Bahawa hampirlah tuan hamba mengadap ke hadrat Allaha Taa’laya”
maka iapun naiklah ke langit maka nabi Allaha Adam pun sakitlah antara berapa
hari lamanya maka wafatlah ia. Qoalawaa Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana
berpindahlah Adam A’layaha Al Salama dari negeri dunia ke negeri akhirat maka
di tanamkan nabi Shayatsa padda sisi kubur ibunya Hawaya. Maka nabi Shayatsa
jadi khalifah pada segala anak cucu nabi Adam dan anugerahkan dia sepuluh suhuf
yang bergulung-gulung. Maka dengan hukum kitab itulah dihukumkan akan segala
manusia. Kata Ahala Al Tafasayara adalah umur nabi Allaha Adam itu seribu tahun
telah wafatlah maka Shayatsa akan gantinya.
Bermula
akan nabi Shayatsa pun beranak seorang laki-laki bernama Arafawasa. Setelah seribu
tahun lamanya nabi Shayatsa di dalam kerajaan maka iapun wafatlah kembali ke
rahmat Allaha. Maka Arafawasa lah jadi khalifah membawa agama yang sebenarnya
serta dengan adilnya. Maka akan Arafawasa pun ada seorang anaknya laki-laki
namanya Kayafaana. Maka iapun membawa agama yang sebenarnya jua. Bermula akan
Kayafaana itu beranak laki-laki bernama Mahalayala terlalu sangat elok rupanya
dan jika ia duduk dihadapan orang banyak nescaya tiada dapat sekelian orang itu
memalingkan mukanya kepada yang lain lagi oleh melihat rupa Mahalayala itu
daripada baik parasnya. Maka datanglah orang daripada negeri hendak melihat
rupa Mahalayala itu dan terlalu sekali dipermulia orang akan dia dan itupun di
dalam agama yang sebenarnya jua. Maka Mahalayala pun wafatlah kembali dari
dunia ke akhirat.
Bermula
akan Mahalayala pun ada seorang anak laki-laki bernama Barazawa dan setengah
mengatakan Abaarayana namanya dan setelah Mahalayala ditanamkan orang maka datang
daripada orang daripada segala pihak negeri yang jauh hendak melihat rupa
Mahalayala. Maka di dengar mereka itu Mahalayala telah wafat maka segala orang
itupun hendak kembalilah dengan percintaan dan segala hadiah yang hendak di
bawanya akan Mahalayala itupun di bawanyalah kembali. Maka tiba-tiba datang Iblis
laa’nata kepada anak Mahalayala itu maka ia berkata Barazawa anak Mahalayala
itu demikian katanya “Jika engkau hendak kekal akan kebesaranmu dan kebesaran
bapamu datang anak cucumu tiadakan hilang lagi kebesarannya itu lagi tiadalah
putus asa segala manusia hendak melihat rupa bapamu itu”. Maka kata anak Mahalayala
“Betapa peri kami berbuat seperti katamu itu?” maka ujar Iblis “Perbuatlah oleh
kamu suatu rupa Mahalayala maka kau taruh di dalam rumah kamu dan berilah oleh
kamu akan dia berpakaian seperti baju dan tengkolok dan kain maka kamu bentang
tabir berhadapan rupa itu serta kamu buat langit-langit supaya datang segala
orang yang hendak melihat dia jangan putus asanya lagi. Kamu pun beroleh segala
hadiah mereka itu maka tiadalah ia lagi asanya akan melihat rupa bapamu itu”.
Hataya
maka di perbuat oleh anak Mahalayala lah seperti pengajar Iblis itu. Arakian kemudian
dari itu barangsiapa datang daripada segala negeri hendak melihat rupa
Mahalayala itu maka rupa itu ditunjukkan oleh segala anak cucunya Mahalayala. Hataya
berapa lamanya maka pada suatu hari datang Iblis kepada anak cucu Mahalayala
maka katanya “Bahawa aku memberi warta kepada kamu bahawa rupa Mahalayala itulah
disembah oleh kamu sekelian”. Maka di sembah mereka itulah rupa Mahalayala itu
maka tatkala dating orang daripada segala negeri kepada anak Mahalayala maka
kata segala isi negeri itu “Bahawa raja kamu menyembah rupa inilah dan kami
sekelian pun menyembah rupa inilah”. Hataya maka mahsyurlah di dalam dunia ini
segala manusia semuanya menyembah berhala. Adapun akan Mahalayala itu beranak
seorang bernama Akhorawaja ialah Adarayasa(Idris) A’layaha Al Salama.
Sumber : Kitab Al Qoshosho Al Anabayaa
No comments:
Post a Comment