Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Hataya Adam pun menangis dan bercinta terlalu sangat tangisnya dan percintaannya. Suatu kaul dua ratus tahun datang pada suatu kaul tiga ratus tahun lamanya menangis itu maka daripada banyak air matanya itu mengalir menjadi sungai maka jadi daripada tebing sungai itu kurma dan delima. Bermula akan Siti Hawaya pun menangis maka daripada air matanya itu jadi celak dan inai dan barang yang mengalir mengalir ke laut jadi mutiara itulah jadi perhiasan segala anak perempuan. Maka pada suatu hari datang Jibril kepada nabi Allaha Adam maka kata Jibril “Hai nabi Allaha Adam Haja Qobala Al Mawata” ertinya Hai nabi Allaha Adam naik haji engkau dahulu daripada mati dan nabi Allaha Adam mendengar nama mati itu maka tubuh Adam pun gementarlah segala tulang sendinya. Maka kata nabi Allaha Adam “Kemana jalanku ya Jibril?” maka ujar Jibril “Kaa’bata Allaha Taa’laya”. Maka berjalanlah nabi Allaha Adam menuju Kaa’bata Allaha maka barang di mana berhenti maka jadilah bumi itu makmur dan menjadi negeri besar berkat kemuliaan nabi Allaha Adam Shofaya(Sufi) Allaha. Apabila sampailah nabi Allaha Adam Malata Allaha maka kata segala malaikat yang disebut itu “Ya nabi Allaha Adam dua ribu tahunlah lama kami tawaf pada Bayata Al Maa’mawara ini”.
Adapun bahawa diceriterakan Ahala Al Mafasayara tatkala dunia belum lagi taufan nabi Allaha Nawaha(Nuh), Bayata Al Maa’mawara itu pada tempat Kaa’bata Allaha itu maka tatkala dunia itu karam maka Bayata Al Maa’mawara itu diangkatkan tuhan keatas udara. Bahawa akan Bayata Al Maa’mawara itu sebuah himat daripada manikam yang hijau tirainya daripada emas seratus saqo dan pintunya daripada manikam merah. Adapun kemuliaan Bayata Al Maa’mawara itu barang yang hinggap pada haramanya nescaya diharamkan menyembelih dia.
Maka datang nabi Allaha Adam ke bukit A’rafaha dan lalu ke Jabala Rahamana maka nabi Allaha Adam pun duduk. Maka dilihat nabi Allaha ke padang itu dilihatnya ada seorang perempuan datang maka dikenal Adam akan perempuan itu Siti Hawaya. Maka lalu dibawa Adam Hawaya itu kesisinya maka keduanya menangis berseru-seru daripada sangat takutnya akan Allaha Taa’laya bertambah pula meninggalkan syurga. Maka makin sangatlah bercintaan keduanya maka segala malaikat yang dilangit pun semuanya serta nabi Allaha Adam. Dibukakan Allaha dinding hijab maka sampailah penglihatan Adam lalu ke bawah Arash Allaha Taa’laya Fatalaqoya Adama Mana Rabaha Kalamaata Fataaba A’layaha Anaha Hawa Al Tawaaba Al Rahayama. Maka di lihat nabi Adam segala tiang arash itu tersurat kalimah Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha maka sembah Adam “Ya tuhanku demi kemuliaan namamu yang tersurat pada tiang arashmu itu taubatlah hambamu kepadamu dan kau kasakan taubat hambamu kepada itu”. Hataya maka Jibril pun datang membawa firman katanya “Ya Adam telah diperkenankan tuhanmu akan taubatmu itu. Hai Adam jika tatkala engkau di dalam syurga itu tuan hamba minta syafaat pada yang empunya nama itu nescaya tiadalah dikeluarkan tuan hamba dari dalam syurga itu”.
Adapun diceriterakan orang tatkala nabi Allaha Mawasaya(Musa) munajat ke bukit Thowara Sayanaa maka sembah Musa “Ya tuhanku adakah syurga itu berpagar dan bertunggu?” maka firman tuhan “Bahkan ada berpintu dan ada yang mengawal dia”. Maka sembah Musa “Ya tuhanku, jika ada yang mengawali dia betapakah iblis dapat masuk kepada nabi Adam itu?” maka firman Allaha Taa’laya “Adapun iblis itu masuk daripada mulut ular”. Maka sembah Musa “Betapakah maka Adam menurut kata Iblis itu?” maka firman Allaha Taa’laya Laa Saala Mana Qodhoaya Wa Qodarataya Hai Musa jangan kau tanya aku daripada kehendakku dan hikmatku itu.
Maka masuklah Adam A’layaha Al Salama ke dalam Bayata Allaha naik haji maka firman “Hai Jibril, bawalah Adam itu ke sungai sapukanlah tanah pada sungai Naa’mala itu ke belakang Adam itu supaya jadi anak cucunya daripada berkat tanah itu. Maka oleh Jibril disapukannya tanah Dal yang pada sungai Naa’mala itu di belakang Adam. Maka kata nabi Adam “Hai Jibril, hikmat apa ini?” maka kata Jibril “Itulah anak cucumu akan dijadikan Allaha Taa’laya”. Hataya maka dilihat Adam Arawaaha segala anak cucunya penuhlah udara daripada sangat banyaknya. Maka kata Adam “Hai Jibril, apa yang datang terlalu sangat banyaknya?” maka kata Jibril “Itulah Arawaaha segala anak cucumu”. Maka kata Jibril “Hikmat tuhanmu yang amat kuasa menjadikannya hai Adam. Adalah setengah dijadikannya dan setengah lagi di dalam rahim ibunya dan setengah pada sulbi bapanya dan barang yang dahulu itu setengah dimatikannya. Laqowalaha Taa’laya Famasataqora Wa Masatawadaa’ ertinya Setengah kejadian anak cucu Adam dan setengah lagi terhantar pada tulang belakang Adam dan setengah pada rahim Siti Hawaya dan setengah terhantar di dalam bumi.
Maka kata Adam “Anak cucuku ini berbagai-bagai lakunya kulihat setengah Asalama dan setengah kafir dan setengah mukmin dan setengah a’si dan setengah sukacita dan setengah dukacita dan setengah kaya dan setengah miskin. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Adam lihatlah olehmu anak cucumu yang kaya itu tiada ia memadakan akan anugerahku dan yang miskin itu tiada ia sabar dan syukur akan daku”. Maka firman Allaha menyuruh akan Arawaha segala anak cucu Adam itu bersaf-saf beratur dari Masyrik lalu ke Maghrib maka dengan hikmat Allaha Taa’laya segala yang dikanan Adam itulah mukmin dan segala yang di kiri Adam itulah itulah munafik dan zindiq dan a’si dan segala dan segala yang dihadapan Adam itulah segala nabi segala wali dan segala yang dibelakang Adam itulah segala kafir dan musyrik. Maka firman Allaha Taa’laya Alasata Baraba Kama ertinya Bukankah aku tuhan kamu?” maka menyahut segala roh itu “Bahkan sanya engkau tuhan kami”. Maka firman Allaha “Sujudlah kamu sekelian pada tuhan kamu yang menjadikan kamu itu” maka saf yang dari kanan itu semuanya sujud mereka itu ke hadrat Allaha Taa’laya dan saf yang di kiri Adam itu semuanya tiada mahu sujud. Maka datang firman pula “Sujudlah kamu sekelian sekali lagi” maka saf yang kanan Adam itu sebahagi yang tiada mahu sujud dan dua bahagi yang sujud dan yang di kiri Adam itu sebahagi ia merendahkan dirinya lalu sujudlah ia dan tiga bahagi yang tiada mahu sujud.
Adapun segala yang sujud dahulu itu kemudian tiada ia mahu sujud orang itulah pada pertama umurnya Asalama dan matinya kafir dan adapun segala yang tiada mahu sujud pada pertama dan kemudian ia sujud orang itulah pada pertama umurnya kafir dan pada matinya Asalama. Adapun segala yang sujud pada pertamanya dan sujud ia pada kemudian orang itulah Asalama tatkala hidupnya dan Asalama tatkala matinya pun. Adapun segala yang sekalipun tiada mahu sujud itu iaitu kafir daripada hidupnya lagi kepada matinya.
Qoala Allaha Taa’laya Hawalaa Faya Al Janata Wa Laa Abaalaya Wa Hawalaa Faya Al Naara Wa Laa Abaalaya. Ya Adam segala yang dari kanan itulah kaum Asalama yang akan isi syurga dan segala yang di kiri itulah yang akan isi neraka. Firman Hai Adam bahawa tiada apa pada aku kebaktian mereka itu dan tiada apa padaku segala derhaka mereka itu. Setelah di dengar Adam akan firman Allaha demikian itu maka menangislah Adam A’layaha Al Salama. Maka sembahnya “Ya tuhanku, tiadakah kau jadikan mereka itu suatu agama Asalama jua sekelian menyembah dikau?” maka firman Allaha Taa’laya “Hai Adam dari kerana itulah kujadikan mereka itu barang siapa percaya akan segala tandaku dan rasulku maka dikerjakan mereka itu amal soleh maka mereka itu kumasukkan di dalam syurga dan barang siapa tiada percaya akan daku dan rasulku lagi sembahnya lain daripadaku maka bahawa sungguhnya kumasukkan akan dia ke dalam neraka.
Hai Adam tidakkah dahulu kularangkan akan dikau bahawa hendaklah jangan kau hampiri pohon kayu Khuldi itu dan hendaklah kau ambil iblis itu akan seteru bagi kamu kedua maka tiada kamu kedua ikut kataku maka jadilah engkau sekarang bersama-sama dengan dia di dalam dunia ini. Hai Adam tiada aku menegahkan seorang tatkala ia berbuat derhaka kepada aku kerana telah kularangkan akan dia dahulunya. Hai Adam sekarangpun ingat engkau jangan diperdayakan Iblis akan dikau seperti diperdayakannya akan dikau tatkala engkau di dalam syurga itu kerana lagi akan diperdayakan segala anak cucumu seperti diperdayakan engkau” dahsyatlah nabi Adam mendengar firman demikian itu maka nabi Allaha Adam dan Hawaya pun sujud ke hadrat Allaha Taa’laya dengan tangisnya berseru-seru sembahnya “Ya tuhanku engkau jua tuhan yang amat mengampun dosa kami dan mengasihani kami maka peliharakan olehmu kami daripada bencana Iblis a’layaha laa’nata itu dan jauhkan kami daripadanya”.
Setelah itu maka firman Allaha Taa’laya “Mana Hajara Al Asawada?”. Maka Hajara Al Asawada pun datang maka firman Allaha Taa’laya “Pergilah engkau serta dengan Adam ke bumi dan suratkan olehmu segala janjiku dan janji Adam dan anak cucunya”. Maka Hajara Al Asawada pun turun ke dunia maka disuratkanlah oleh segala anak cucu Adam yang akan isi syurga dan sipolan-sipolan anak sipolan namanya dan sekian ada banyaknya. Setelah sudah suratnya maka firman Allaha Taa’laya “Masukkanlah surat itu ke dalam mulutmu” maka dimasukkan malaikat itulah surat itu dalam mulutnya. Maka firman Allaha “Jadilah engkau batu” maka jadilah ia batu yang amat putih maka tatkala hari kiamat Hajara Al Asawada itu dijadikan Allaha Taa’laya malaikat pula dan ialah yang berkata “Ini yang akan isi syurga dan ialah ini yang akan isi neraka dengan firman Allaha Taa’laya”.
Maka tatkala zaman nabi Allaha Nawaha(Nuh) A’layaha Al Salama dan akan Hajara Al Asawada itu ditaruhkan Allaha Taa’laya pada diwal Masjid Bayata Al Maa’mawara. Maka tatkala akan dunia dibinasakan Allaha Taa’laya kaum Nuh dengan taufan maka diangkatkan Allaha Taa’laya Bayata Al Maa’mawara itu ke langit dan Hajara Al Asawada itu disuruhkan Allaha Taa’laya kepada nabi Allaha Nuh menaruhkan dia pada bukit Jabala Al Rahamana. Maka tatkala nabi Allaha Abaarahayama(Ibrahim) di titahkan Allaha Taa’laya berbuat Kaa’bata Allaha dengan nabi Allaha Asamaa’yala(Ismail) maka disuruhkan Allaha Taa’laya ambil Hajara Al Asawada itu daripada Jabala Al Rahamana maka disuruh lekapkan ke penjuru dinding Kaa’bata Allaha pihak kanan pintu masuk ke dalamnya.
Sa-nya itulah yang dikucupi oleh segala orang yang naik haji dan dilekapkan mereka itu matanya kepadanya serta dengan tangis mereka itu kerana ia akan jadi saksi mereka itu pada hari kiamat seperti firman Allaha Taa’laya Wa Aza Akhoza Allaha Mayatsaaqo Al Nabayayana Lamaa Atayata Kama Mana Kataaba Wa Hakamata Tsama Jaa Kama Rasawala Mashodaqo Lamaa Maa’kama Latawamanana Wa Latanashora Naha, Qoala Aaqorara Tama Wa Akhozatama A’laya Zalakama Ashoraya Qoalawaa Aqoraranaa Qoala Faashahadawa Awa Anaa Maa’kama Mana Al Shaahadayana yakni tatkala Allaha Taa’laya pada menangguhkan janjinya dengan segala nabinya dan tatkala disampaikan segala rasul daripada titahku dan hikmatku sungguhnya telah datanglah kepada kamu rasul kami dengan sebenarnya yang menyatakan segala yang bernama nabi lagi rasul kepada kepada sekelian nabi. Adapun akan nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itu nabi lagi rasul.
Maka firman Allaha menceritakan segala nabi dan rasul bahawa lagi akan datang kemudian daripada kamu makota segala nabi dan penghulu segala nabi dan kesudahan segala nabi yang membenar kamu rasul pada hari kiamat tatkala dibantahi segala umat kamu dan ialah lagi akan di turunkan Qoraana yang adalah yang adalah itu segala kitab Allaha iaitu yang lagi didatangkan Allaha Taa’laya kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti firman Allaha Taa’laya Qoalawaa Aqoraranaa Qoala Faashahadawaa Wa Anaa Maa’kama Mana Al Shahadayana yakni tatkala segala nabi mendengar firman Allaha Taa’laya itu maka berkata mereka itu sekelian pada menyungguhkan nabi kita Mahamada itu nabi lagi rasul daripada tuhan seru alam sekelian. Maka firman Allaha Taa’laya kepada segala nabi dan rasulnya Bahawa kami sekelian nabi maka naik saksilah kami akan segala rasul Allaha yang lagi akan datang itu.
Bahawasanya nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama tahu akan anaknya nabi Tsayatsa itu jadi nabi akan gantinya dan nabi Tsayatsa pun tahu akan Adarayasa(Idris) jadi nabi dan Idris pun tahu akan nabi Nuh jadi nabi dan Nuh pun tahu akan Hawada(Hud) jadi nabi dan Hud pun tahu akan Sholaha(Sholeh) jadi nabi dan Sholeh pun tahu akan Ibrahim jadi nabi dan Ibrahim pun tahu akan anaknya Ismail dan Asahaqo(Ishak) jadi nabi dan Ismail dan Ishak pun tahu akan anaknya Yaa’qowaba(Yaakob) jadi nabi dan Yaakob pun tahu akan anaknya Yawasafa(Yusuf) jadi nabi dan Yusuf tahu akan Mawasaya(Musa) jadi nabi dan Musa pun tahu akan saudaranya Harawana(Harun) jadi nabi dan Harun pun tahu akan Daawada(Daud) jadi nabi dan Daud pun tahu akan Salayamaana(Sulaiman) jadi nabi dan Sulaiman pun tahu akan Zakarayaa(Zakaria) jadi nabi dan Zakaria pun tahu akan Yahayaya(Yahya) jadi nabi dan Yahya pun tahu akan A’yasaya(Isa) jadi nabi dan Isa pun tahu akan Yawanasa(Yunus) jadi nabi dan Yunus pun tahu akan Ayawaba(Ayub) jadi nabi dan Ayub tahu akan Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jadi nabi lagi rasul ialah yang kesudahan segala nabi.
Sebermula akan segala nabi yang dahulu itu telah diketahuinyalah akan segala rasul Allaha yang lagi akan datang seperti segala nabi dan rasul Allaha yang tahu akan segala rasul Allaha yang dahulu daripadanya. Bahawasanya bersabda nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan banyak segala nabi dan segala rasul itu dua laksa empat ribu tiga ratus tiga belas orang dan adalah datang Jibril dalamnya itu tiga ratus tiga belas orang jua yakni turun Jibril membawa firman kepada mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Laqoda Arasalanaa Rasalaa Mana Qobalaka Mana Hama Mana Qoshoshonaa A’layaka Wa Mana Hama Mana Lama Naqoshosho A’layaka yakni telah aku ceritakan padamu Ya Mahamada dalam Qoraana dan setengah dihikayat segala nabi yang dahulu daripadamu dan beberapa lagi banyak segala nabi dan kelakuan mereka itu tiada kami ceritakan padamu maka mengucap syukurlah engkau akan tuhanmu.
Kemudian dari itu telah didengar Adam A’layaha Al Salama firman Allaha Taa’laya kepada malaikat Hajara Al Asawada itu maka amat dukacitalah hati nabi Allaha Adam oleh kerana banyak segala anak cucunya masuk ke dalam neraka dan sedikit jua yang masuk syurga. Maka firman Allaha Taa’laya akan Adam “Hai Adam pergilah engkau ke Serindib di sanalah tempatmu diam dengan isterimu Hawaya” maka berjalanlah nabi Allaha Adam dan Hawaya ke Serindib. Setelah sampailah keduanya maka pada suatu hari maka datang Jibril kepada Adam membawa tujuh keping besi yang sudah dijadikan Allaha Taa’laya akan memberi manafaat padda segala ma nusia seperti firman Allaha Taa’laya Wa Anazalanaa Al Hadayada Fayaha Baamara Shadayada Wa Manaafaa’ Lalanaasa yakni Kami turunkan besi ke dalam bumi akan memberi manafaat akan segala manusia. Adapun besi yang tujuh keping yang dibawa Jibril kepada Adam itu suatu penukul besi kedua landas besi ketiga keraji besi keempat beliung besi kelima cangkul besi keenam sepit besi ketujuh pekakas besi.
Setelah sudah diberikan Jibril kepada Adam maka ujar nabi Allaha Adam “Hai Jibril, apa tiada kepada aku dan apa kuperbuat besi ini dan dengan apa aku permasak makananku seperti katamu itu memberi manafaat jua bagi kami”. Maka kata Jibril “Lagi akan dianugerahkan tuhanmu akan dikau api” maka pada ketika itu juga datang firman pada Jibril “”Ya Jibril pergi engkau ke dalam neraka. Ambil olehmu suatu ketul daripada bunga api neraka itu berikan kepada Adam”. Maka Jibril pun pergilah ke neraka maka dibawanya api itu kepada Adam maka disambut Adam api itu. Setelah terjabat kepada tangan Adam maka Adam pun kepanasan lalu dilepaskan nabi Allaha Adam daripada tangannya. Maka api itupun jatuh ke bumi lalu turun ke bawah tujuh petala bumi lalu kembali kepada tempatnya. Maka sekali lagi pula diambil Jibril diberikannya kepada Adam baharu hendak di jabat nabi Allaha Adam maka terlepas pula daripada tangannya jatuh ke bumi terus ke bawah tujuh petala bumi lalu kembali ke dalam neraka tiadalah berhenti kepada suatu tempat juapun.
Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril, katakan kepada Adam hendaklah diambilnya batu dengan besi maka palu keduanya itu nescaya terbitlah api daripada keduanya atau kayu samanya kayu jika di goyang keduanya nescaya terbit daripadanya”. Maka dikatakan Jibril kepada Adam setelah itu maka diperbuat Adam seperti kata Jibril itu maka keluarlah api. Kelakian maka Adam sudah menjadikan api itu setelah nyalalah api itu maka ujar nabi Allaha Adam “Ya Jibril, api yang dahulu itu tiada dapat hamba menjabat dia akan api ini dapat hamba hampir kepadanya”. Maka sahut Jibril “Ya Adam bahawa api yang dahulu daripada api neraka maka inipun pancur daripada api neraka itu jua. Tatkala ia jatuh daripada tangan tuan hamba itu lalulah ia kembali kepada tempatnya tiada ia singgah pada suatu tempat juapun. Maka daripada hawa apinya itulah meresap pada segala batu dan kayu”.
Kelakian maka nabi Allaha Adam pun menempa besi diajar oleh Jibril maka ditempanyalah pegawai besi setelah tahulah nabi Allaha Adam maka dibawa Jibril seekor lembu akan nabi Adam A’yana Al Baqora namanya supaya boleh membawa air akan nabi nabi Adam. Maka ujar Jibril “Hai Adam, perbuatlah huma dan tanamlah pohon gandum itu akan makanan diri supaya jadi manafaatlah segala yang dipertanahkan itu dan tanamlah kapas maka buahnya itu perbuatkan pakaian akan menutupi aurat diri”. Maka dikerjakan nabi Adam lah seperti pengajar Jibril itu setelah itu di peroleh nabi Allaha Adam gandum dan jagung maka dipipis Adam lah gandum itu maka disuruhnya angin menyalakan api maka nabi Adam pun bermasak roti setelah sudah masak maka ditaruhnya pada suatu tempat. maka berkata bumi kepada Adam “Ya nabi Adam jika dengan titah Allaha Sabahana Wa Taa’laya pada hamba dapatlah hamba berbuat khidmat kepadamu mengantari makanan akan dikau terlalu sekalilah kasihan hamba melihat akan hal tuan hamba itu”.
Hataya maka baharulah hendak di makan Adam roti itu maka datang Jibril maka ujarnya “Jangan tuan hamba makan dahulu roti itu menantikan masuk matahari maka di makan makanan itu serta tuan hamba bawa kehadapan Hawaya makan bersama-sama dengan dia”. Hataya telah masuk matahari maka dibawa nabi Adam makanan itu kehadapan Hawaya maka makanlah Adam laki isteri roti itu. Setelah sudah dimakannya maka yang lagi tinggal itu ditaruhnya akan ibu kita Hawaya maka daripada sebab itulah segala perempuan di dalam dunia sekarang ini barang yang datang kepadanya setengah ditaruhnya dan setengah diperbuat barang kehendaknya.
Kelakian maka datang tanda hitam pada dahi nabi Allaha Adam makin sehari makin besar tanda itu. Hataya maka lalu pada segala tubuh Adam jadi hitam melainkan muka nabi Allaha Adam juga yang belum lagi hitam. Maka nabi Adam pun sangatlah dukacita hatinya dengan takut di dalam hatinya akan penyakit itu “Jahat jua yang datang ini apa periku menghilangkan dia” maka berkata Adam “Ya tuanku Jibril apa jua yang hitam pada tubuh hamba ini dan hikmat apa jua yang dijadikan Allaha Taa’laya atas hamba?”. Maka sahut Jibril “Hukum Allaha atas tuan hamba. Jika tuan hamba hendakkan hilang yang hitam pada tubuh tuan hamba itu maka puasalah tuan hamba sehari datang malam jangan nabi Allaha makan dan minum”.
Hataya maka nabi Allaha Adam pun puasalah sehari semalam itu maka datang kepada paginya suku tubuh nabi Allaha Adam itu pun putih. Maka Jibril turun kepada nabi Allaha Adam maka ujarnya “Sehari ini puasa juga tuan hamba” maka dipuasakan nabi Adam pula sehari semalam lagi maka sucilah tubuh nabi Allaha Adam datang kepada pusatnya. Maka ujar Jibril “Puasakan genap tiga hari supaya yang hitam pada tubuh tuan hamba itu semuanya habis hilang”. Kelakian maka jadi putihlah nabi Adam segala tubuh dengan kudrat Allaha Taa’laya. Maka datang sekarang segala orang yang sholeh itu puasa ia mengikut sunat nabi Allaha Adam pada tiga belas hari dan pada lima belas hari bulan di puasakan nabi Allaha Adam pada tiap-tiap bulan. Maka kepada nabi Allaha Adam di fardhukan Allaha Taa’laya pada tiap-tiap bulan tiga hari ia puasa maka dinamai puasa itu Yawama Bayadho yakni yang putih maka puasa itu hingga datang kepada nabi yang kemudian dikerjakan mereka itu.
Arakian Adam pun diamlah di negeri Serindib buat tempat maka dianugerahkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan nabi Allaha Adam beranak dua orang sekali keluar, seorang laki-laki dan seorang perempuan. Pada masa itu segala perempuan beranak terlalu mudah dan jadinya terlalu banyak dan matinya lambat. Maka tatkala banyaklah anak nabi Allaha Adam kira-kira sepuluh orang perempuan maka diperjodohkan nabi Adam anak laki-laki yang keluar dahulu itu dudukkannya dengan anaknya perempuan yang jadi kemudian. Hataya banyaklah anak cucu nabi Allaha Adam hingga daripada nabi Adam datang kepada Tsayatsa A’layaha Al Salama dua ribu tahun lamanya hanya lima orang jua yang mati dari kerana seorang mereka itu seribu dua ratus tahun dan seribu tiga ratus tahun maka mati. Setelah wafatlah nabi Adam banyaklah mati di dalam bumi ini.
Sumber: Kitab Al Qoshosho Al Anabayaa
aslmkum.. boleh x nak request .. baiki ejaannya yg silap.. sebab xseronok nk bace... please...=)
ReplyDelete