Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Fasal pada menyatakan peri
kejadian Lawaa (Luk) Al Hamada
Adapun peri kejadian Luk Al Hamada itu iaitu
di atas langit yang ketujuh tatkala di Tanya oleh setengah daripada sahabat
akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada panjangnya Luk Al
Hamada dan lebarnya. Maka sabdanya bahawasanya adalah panjang Luk Al Hamada itu
seribu tahun perjalanan dan lebarnya pun demikian jua dan adalah batangnya
daripada perak yang putih dan daripada zabarjad yang hijau dan permata yang
bertatah pada batangnya daripada yaakut yang merah dan ada baginya tiga
lidahnya. Suatu daripada lidahnya ke Masyrik dan yang kedua kepada Maghrib dan
yang ketiga sampai antara dunia ini. Bahawasanya adalah tersurat pada lidahnya
yang kedua itu Al Hamada Raba Al A’lamayana dan tersurat pada lidahnya yang
ketiga Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha dan adalah
panjang tiap-tiap daripada shathornya yang tersurat itu kira-kira seribu tahun
perjalanan dan adalah di bawah Luk Al Hamada itu tujuh puluh ribu panji-panji
sangat elok dan adalah di bawah tiap-tiap panji-panji itu suatu panji tujuh
puluh ribu saf daripada malaikat dan pada tiap-tiap suatu saf itu lima ratus
ribu daripada malaikat.
Maka sekeliannya itu mengucap
tasbih dan taqdis mereka itu akan Allaha Taa’laya seperti sabda nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama Anaa Sayada Walada Adama Wa Laa Fahara Wa
Bayadaya Lawaa Al Hamada Wa Laa Fahara Wa Maa Mana Nabaya Adama Wa Mana Sawaa
Alaa Tahata Lawaaya ertinya Akulah penghulu segala anak Adam dan tiada
besar diriku dan adalah Luk Al Hamada itu pada tanganku dan aku tiada
berbesar-besar diriku daripada segala anak Adam dan tiada ada seorang daripada
segala anak Adam dan lainnya melainkan adalah mereka itu di bawah
panji-panjiku. Dan bahawasanya adalah Luk Al Hamada itu di pacakkan akan dia
maka adalah sekeliannya daripada orang yang daripada anak Adam keliling di
bawahnya selama-lama kira-kira ia akan mereka itu dan sekelian kafir pun
sentosa ia daripada azabnya selama-lama adalah Luk Al Hamada itu di pacakkan di
sana. Maka apabila di pindahkan Luk Al Hamada itu maka di halaukan sekelian
kafir kepada neraka.
Dan suatu riwayat hadis
bahawasanya di jadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan suatu panji-panji bagi
Sayadana Abawa Bakara radhoya Allaha a’naha bernama Lawaa (Luk) Al Shodayaqo maka
di dirikanlah di sana maka berhimpunlah sekelian hambanya yang sidiq dan
tauhid. Dan di jadikan Allaha Taa’laya bagi Sayadana A’mara suatu panji-panji
yang bernama Lawaa (Luk) Al A’dala maka berhimpunlah di bawahnya sekelian
hambanya yang adil dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi Sayadana
A’tamana suatu panji-panji yang bernama Lawaa (Luk) Al Shayakho (Sheikh)
maka telah berhimpunlah di bawahnya sekelian hambanya yang murah hatinya. Dan
di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi Sayadana A’laya Karama Allaha
Wajahaha akan suatu panji-panji yang bernama Lawaa (Luk) Al Shahayada maka
berhimpunlah di bawahnya sekelian hambanya yang syahid.
Fasal pada menyatakan peri
kejadian sekelian malaikat
Bermula sekelian itu di jadikan
Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada cahaya lagi bertubuh yang lathif dan
tiada di sifatkan dengan laki-laki dan tiada perempuan lagi kuasa mereka itu
merupakan dirinya dengan rupa yang berlainan dengan izin Allaha Taa’laya dan
tiada derhaka ia sekali-kali dan mengikut ia akan barang yang di titahkan
Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya.
Bermula penghulu segala malaikat
itu empat orang yang pertamanya itu Asaraafa
Yala (Israfil) yang amat hebat kejadiannya maka adalah tempat
kediamannya itu sekira-kira berbetul kepalanya dengan Arash Allaha dan kakinya
sampai kepada bawah tujuh petala bumi dan adalah baginya empat sayap dan kata
setengah di atas beberapa sayap yang tiada di hingga bilangannya. Kata Abana
A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya Israfil itu memohonkan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya bahawa memberikan dia kuat tujuh petala langit dan bumi
dan kuat Jabal (Bukit) dan kuat angin dan kuat jin dan kuat manusia dan kuat
sebarang-barang. Maka di berikan akan dia Allaha Taa’laya daripada kepalanya
hingga kepada kakinya bulu dan beberapa mulutnya dan beberapa lidahnya dan
kakinya maka mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya dengan tiap-tiap lidahnya
dengan seribu loghat.
Maka di jadikan Allaha Taa’laya
tiap-tiap nafasnya itu malaikat mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya hingga
hari kiamat dan mereka itu malaikat Maqorabawana Daara Al A’rasha dan Karaama
Al Kaatabawana dan mereka itu atas rupa Israfil A’layaha Al Salama dan
menilik Israfil pada tiap-tiap hari dan malam tiga saat kepada Jahanam maka
hancur ia dan jadilah seperti busaran dan menangis dan jikalau di tumpahkannya
air matanya kepada langit nescaya roboh tujuh petala langit dan bumi dan
jikalau di curahkan air laut sekelian dan segala sungai di atas kepalanya
nescaya tiada tumpah setitik di atas bumi dan jika di tuangkan air matanya
nescaya tenggelam bumi seperti taufan nabi Nuh A’layaha Al Salama.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’nahama sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama adalah aku duduk sertanya
Jibril A’layaha Al Salama tiba-tiba turun satu malaikat daripada langit dan
berkata “Ya Mahamada kirimkan salam kepadamu dan firmannya bagimu apa yang
terlebih kasih kepadamu. Bahawa adalah hamba lagi nabi atau malaikat lagi
nabi”. Maka kataku “Aku kehendak hamba lagi nabi”. Maka kembali ia malaikat itu
dan di hantarkan kaki yang kanannya di atas langit dunia dan kaki yang kiri
kepada langit yang keduanya. Maka katanya Jibril “Ya Mahamada, jangan kamu
cercakan daku atas takut daripada malaikat ini kerana bahawasanya masa di
jadikan Allaha akan dia tiada turun kepada bumi melainkan pada hari ini kerana
memuliakan dikau dan mulia kamu pada Allaha Taa’laya dan takut bahawa hari
kiamat sudah berdiri maka kerana itulah turun”. Maka kata ku “Ya Jibril, siapa
malaikat itu?” katanya “Israfil”. Dan adalah besarnya Israfil itu bahawasanya
Jibril terbang dengan segala sayapnya tiga ratus tahun antara dua bibir mulutnya
dan hidung maka tiada sampai ia kepada akhirnya.
Dan adapun Mayakaa Yala (Mikail)
A’layaha Al Salama menjadikan dia Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya kemudian
daripada Israfil dengan lima ratus tahun daripada kepalanya dan kepada kakinya,
bulu daripada zafran dan sayapnya daripada zamrud yang hijau atas tiap-tiap
bulunya seribu muka dan pada tiap-tiap muka seribu mulutnya dan pada tiap-tiap
mulutnya seribu lidahnya dan di atas tiap-tiap lidahnya seribu mata yang
menangis ia rahmat bagi segala orang yang mukmin yang mazanabayana (mengakui
dosa) dan dengan tiap-tiap lidah mengucap astagfar bagi mereka itu. Gugur
daripada tiap-tiap mata tujuh puluh ribu titik maka di jadikan malaikat di atas
rupanya dengan di namakan mereka itu Karawabayawana dan tentera bagi
Mikail dan Mikail di wakilkan atas hujan dan tumbuh-tumbuhan dan di atas segala
daun kayu dan buah-buahan maka tiada daripada setitik pada laut dan tiada pada
buah kayu yang di atas pohon kayu melainkan atas yang menilik yang mewakil ia.
Dan adapun Jabara Yala (Jibril)
A’layaha Al Salama maka di jadikan Allaha Taa’laya akan dia kemudian daripada
Mikail dengan lima ratus tahun dan baginya seribu sayap dan dan enam ratus
sayapnya daripada kepalanya hingga kepada kakinya, bulu daripada zafran dan
matahari antara dua matanya dan tiap-tiap bulunya itu daripada Qomara dan Kawaakaba. Dan tiap-tiap hari masuk ia di dalam Bahara Al Nawara (Lautan Nur) tiga ratus
enam puluh kali maka apabila keluar api gugur pada sayapnya beberapa titik dan
di jadikan malaikat di atas rupa Jibril mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya
hingga hari kiamat dan mereka itulah di namakan akan dia Rawahaanayawana
(Ruhaniyun).
Kata Al Mufasirin daripada mereka
itu merencanakan firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana A’lamaha Shadayada Al
Qowaya Zawa Marata Faasatawaya Wa Hawa Ba Al Afaqo Al Aa’laya ertinya membawa
wahyu itu Jibril yang amat sangat kuat dan panjang lagi elok parasnya kepada
nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Tatkala bertemu kedua pada malam mikraj
ada di sisi keluar matahari iaitu tempat kesudahan dunia shahdan adalah Jibril
datang kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan rupa manusia
seperti datang kepada nabi yang lain. Sekali sepertua nabi meminta di
perlihatkan rupa Jibril yang asal kejadian maka di perlihatkan Jibril akan rupa
yang asal itu dua kali daripada langit dan sekali daripada bumi iaitu di sisi
keluar matahari. Tatkala adalah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di dalam
gua yang bernama Hawaraa. Demi di lihat nabi akan Jibril datang daripada pihak
Maghrib dan adalah sayapnya seribu enam ratus sayapnya maka lalu pengsanlah
rasul Allaha A’layaha Wa Salama. Demi di lihat Jibril rasul Allaha pengsan itu
maka Jibril pun rupakan dirinya seperti rupa manusia serta ia datang kepada
nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan di dakapnya akan dia dan di
sapu daripada debunya ada pada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama hingga
hilang daripada pengsan.
Dan sekali di perlihatkan Jibril
dua rupa pada langit akan rupa yang asal seperti firmannya Wa Laqoda Raaha Nazalata Akhoraya
A’qoda Sadarata Al Manatahaya A’nadahaa Janata Al Maawaya Aza Yaghoshaya Al
Sadarata Maa Yaghoshaya Maazaagho Al Bashora Wa Maa Thoghoya Laqoda Raaya Mana
Ayata Rabaha Al Kabaraya ertinya bahawasanya di perlihat nabi akan
Jibril pada kedua kalinya di sisi Sadarata
Al Manatahaya ertinya pohon kayu bidara iaitu di sisi syurga Janata Al Maawaya tatkala itu penuhlah
segala malaikat di atas pohon kayu itu pada tiap-tiap daunnya dan cawangnya
seperti gagah dan lainnya. Adalah mereka itu sekelian mengucap tasbih akan
Allaha Taa’laya tatkala itu tiadalah berpaling memandang nabi ke kanan dan ke
kiri dan nabi melihat beberapa tanda daripada tuhan yang maha besar. Tatkala
itulah melihat nabi akan Jibril daripada rupa yang asal daripada tirai yang
hijau yang bernama Marafawaqo.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’naha bahawasanya Jibril A’layaha Al Salama itu adalah baginya enam ratus
sayapnya maka tiap-tiap suatu daripada sayapnya itu seratus sayap maka di
dalamnya itu dua sayap yang hijau. Maka tiada di bukakan akan dia melainkan
pada malam Layalata Al Qodara jua dan
satu sayapnya tiada di bukakan melainkan apabila hendak membinasakan suatu
negeri atau satu dusun dan adalah sekelian sayapnya itu daripada bagai manikam
yang indah warnanya dan amat putih tubuhnya seperti air yang beku itulah
adanya.
Dan adapun A’zaraa Yala (Izrail)
Alayaha Al Salama adalah rupanya umpama rupa Israfil dengan mukanya dan
lidahnya dan sayapnya dan di sebut pada kitab Al Salawaya daripada Maqoatala bana Salayamaana bahawasanya bagi
Malaka Al Mawata itu sarira pada langit yang keenam daripada nur dan baginya
tujuh puluh ribu kakinya dan baginya empat sayapnya penuh segala tubuhnya
menadak lidahnya dan tiada seorang daripada makhluk Allaha daripada manusia dan
lainnya melainkan ada pada tubuhnya mata yang memandang kepadanya. Maka apabila
mati seorang hilang demikian mata itu pada tubuhnya.
Salah suatu daripada dua kakinya
itu di atas Jahanam dan yang satu di atas sariranya syurga dan tiada turun
Malaka Al Mawata ke bumi melainkan bagi Anabaya dan rasul A’layahama Al
Sholaata Wa Al Salama dan bagi khalifah Raasa
Arawaaha Sabaaa’ dan segala Bahaama dan
adalah ia yang akhir mati daripada segala makhluk dan tatkala hilanglah
sekelian mata yang pada tubuhnya maka apabila tiada dan tinggal lagi melainkan
delapan mata ketahuilah ia bahawasanya Allaha Taa’laya telah di fanakan
sekelian makhluk. Bahawasanya Malaka Al Mawata apabila di berikan kepadanya Nasakhota Al Mawata dan telah berkata ia
“Hai tuhanku, manakala kau qobadho ruh hamba ini dn adda di atas apa hal dan
kelakuan?” maka firman Allaha Taa’laya “Hai Al Mawata ini ilmu ghaib tiada aku
lihat di atas seorang yang lain daripada aku dan tetapi aku beri ketahui akan
dikau apabila hampir waktunya aku jadikan bagimu alamat nescaya engkau berhenti
atasnya”.
Dan adalah bagi Malaka Al Mawata kholayafata
iaitu mukanya di atas segala nafas manusia datang kepadanya dan berkata sudah
sempurna nafasnya dan kholayafaha nya atas arazaaqo
dan amalnya berkata telah selesai di tutup pintu rezekinya dan amalnya. Maka
jika ahli Al Saa’data nyata di atas
namanya yang di surat pada suhuf yang pada Malaka Al Mawata itu surat nur pada
keliling nyawanya dan jika ada ia daripada ahli
Al Shaqoawata terguris hitam. Kemudian tiada sempurna ilmu Malaka Al Mawata
hingga gugur atasnya satu daun daripada kayu yang di bawah Arasha tersurat
namanya laki-laki itu maka di ambilkan nyawanya.
Kata Qoyala tersuratlah pada daun
Sadarata Al Manatahaya itu segala
nama makhluk tiap-tiap daun namanya seorang. Maka jika ada guris nama itu
dengan guris putih maka ketahuilah Malaka Al Mawata itu ahli Al Saa’adata dan ketahuilah apabila
gugur daun itu pada hadapannya sudah habis ajalnya. Dan jika ada guris di
atasnya dengan guris hitam dan gugur di hadapannya di ketahuinyalah ahli Al Shaqoawata dan habis ajalnya maka
ambil akan nyawanya.
Adapun kemudian daripada itu maka
di jadikan Allaha Taa’laya Mawata (Maut) iaitu seorang malaikat yang datangkan
Allaha Taa’laya dengan sepuluh ganti hijab dan besar tubuhnya terlebih besar daripada
tujuh petala langit dan bumi. Maka di rantai akan dia dengan tujuh puluh ribu
rantai dan tiap-tiap suatu daripada itu tujuh ratus tahun perjalanannya dan
tiada hampir kepadanya seorang daripada malaikat dan tempat kediamannya pun
tiada di ketahui akan seorang daripada malaikat hanya di dengar mereka itu akan
suaranya dan tiada di ketahui ia akan yang empunya suaranya itu hingga sampai
ketika Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Adam maka di serahkan Allaha
Taa’laya Mawata itu kepada tangan Izrail A’layaha Al Salama. Maka sembah Izrail
“Ya tuhanku, siapa Mawata itu?” maka di titahkan Allaha Taa’laya akan Izrail
nafikan hijab maka hijab pun terbukalah ia melihat akan Mawata itu.
Firmannya Allaha Sabahanaha Wa
Taa’laya akan sekelian malaikat “Berdirilah kamu maka tilik oleh kamu. Inilah
aku namakan Mawata”. Maka sekelian malaikat pun berdirilah melihat akan dia
maka firmannya Sabahanaha Wa Taa’laya akan Mawata itu “Terbanglah engkau dengan
segala sayap kamu itu dan bukakan mata kamu”. Maka Mawata itupun terbanglah ia
maka sekelian malaikat pun menilik baginya maka sekelian malaikat pun jadi
pengsanlah ia kira-kiranya seribu tahun lamanya maka tatkala hilanglah daripada
pengsannya itu maka sembah ia “Ya tuhanku, adakah engkau jadikan daripada
makhluk yang besar ia?” maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Bahawasanya
aku jadikan akan dia dan aku jua yang terlebih besar daripadanya. Bahawasanya
sekelian makhluk merasai akan maut”.
Maka firman Allaha Sabahanaha Wa
Taa’laya akan Izrail “Ya Izrail, bahawasanya aku mengeraskan di kau atas Mawata
kepada kamu” maka sembahnya “Ya tuhanku dengan kuat yang mana hamba memegang
akan dia kerana bahawasanya ia terlebih besar daripada hamba”. Maka di kurnia
oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Izrail itu kuat tujuh petala langit dan
bumi dan kuat Jabal dan kuat angin dan kuat jin dan kuat manusia dan lainnya.
Maka lalu di pakai ketetapanlah akan Mawata maka Mawata itupun tetaplah bagi
Izrail. Maka berdatang sembah Mawata kepada hadrat Allaha Taa’laya demikian bunyinya
“Yaa Raba, kurnia apalah kiranya izin akan hambamu itu” maka firmannya Allaha Sabahanaha
Wa Taa’laya “Aku izin akan kamu Mawata”.
Maka Mawata pun berseru-seru yang
amat keras lagi nyaring demikian bunyinya “Akulah Mawata yang menceraikan
antara segala langit kekasihmu dengan kekasihnya dan akulah yang menceraikan
antara segala isteri dengan suaminya dan akulah yang menceraikan anak dengan
ibunya dan akulah yang menceraikan antara segala saudaranya dan akulah yang
mengeras akan sekelian anak Adam dan akulah yang membinasakan segala rumah
kampungnya dana akulah yang mematikan kamu. Jikalau ada kamu di dalam keranda
daripada besi sekalipun tiadalah sesuatu jua pun lepas daripada aku melainkan
akulah merasalah akan dia”.
Maka apabila di datangkan Allaha
Taa’laya Mawata itu kepada sesuatu maka berdirilah di hadapannya seperti rupa
dirinya yang hendak mati itu maka katanya “Siapa engkau dan kehendakmu?” maka
sahut Mawata itu “Akulah Mawata yang mengeluarkan dikau di dalam dunia ini.
Daripada akulah yang menjadikan anak kamu yatim dan menjadikan isteri kamu
bujang dan menjadikan antara kamu pusaka segala warismu yang tiada. Engkaulah
kasih akan dia pada masa hidupmu”. Maka tatkala di dengar telah kata Mawata itu
maka di palingkanlah mukanya ke kiri maka di lihat Mawata itu berdiri di
hadapannya. Maka di palingkan mukanya ke kanan maka di lihat Mawata itu berdiri
di hadapannya.
Bermula tempat Mawata itu pada
langit yang keempat di jadikan Allaha Taa’laya ia daripada nur dan ada baginya
empat kaki dan tujuh puluh sayapnya dan penuh pada tubuhnya mata dan lidahnya
dan tiada seorang daripada makhluk sekelian yang bernyawa melainkan adalah pada
tubuhnya itu demikianlah peri mengambil nyawa sekelian makhluk pada tiap-tiap
tempat. Maka apabila nyatalah seseorang manusia yang di dalam dunia ini dengan
empat mukanya, pertama mukanya yang di hadapan, kedua muka di kepalanya, ketiga
tapak kaki, keempat mukanya yang di belakang. Adapun mengambil nyawa segala
anabaya dan awalaya dan malaikat dengan muka yang di kepala dan mengambil nyawa
segala mukmin dengan mukanya yang di hadapan dan mengambil nyawa segala kafir
dengan muka yang di belakang dan mengambil nyawa segala jin dengan muka yang
pada tapak kaki dan sebelah kaki jejak di tepi neraka dan sebelah berjejak di
tepi syurga.
Bermula peri besar kejadian
Mawata kira-kiranya jika di curahkan air laut dan air sungai sekelian di atas
kepala nescaya tiada tiada tumpah setitik kepada bumi. Bahawasanya dunia ini
pada tapak tangan seperti suatu hidangan yang terhantar kepada hadapannya maka
demikianlah suatu yang di kehendakinya demikianlah ia membalik akan dunia ini
dan sekelian makhluk Allaha seperti seorang membalik-balik akan suatu dirham
yang ada pada tangannya. Dan pada suatu riwayat bahawasanya Mawata itu tiada ia
mengambil nyawa seorang manusia melainkan nyawa segala nabi yang Marasala dan
awalaya dan adalah baginya beberapa malaikat tersuruh kepadanya suruh mengambil
nyawa segala binatang yang buas dan liar dan jinak. Maka tatkala Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya mematikan sekeliannya manusia dan lainnya maka hilang
sekelian mata yang pada tubuhnya itu tinggal delapan mata. Ketahuilah ia
bahawasanya Allaha Taa’laya telah di fanakan sekelian makhluk ini.
Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-raja)
No comments:
Post a Comment