Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, April 26, 2012

Luh Mahfuz, Kalam, Arash & Kursi


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Fasal pada menyatakan Lawaha Mahafawaza (Luh Mahfuz).

Adapun Luh Mahfuz itu iaitu di jadikan Allaha Taa’laya daripada mutiara yang putih dan kedua tepinya daripada yaakut yang merah dan kepalanya daripada manikam yang merah dan besarnya seperti antara langit dan bumi dan panjangnya seperti antara Masyrik dan Maghrib. Maka adalah tersurat di dalamnya daripada segala nasib hamba Allaha Taa’laya yang banyak berbahagia daripada bahaya dan celaka daripada azali datang kepada abadinya. Shahdan bahawasanya Luh Mahfuz itu sebelah jua dapat di lihat oleh Izrail dan yang sebelah lagi itu tiada siapa mengetahui akan dia hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Qolama (Kalam).

Adapun Kalam itu di jadikan Allaha Taa’laya daripada nur dan panjangnya seperti antara langit dan bumi dan pada suatu riwayat bahawasanya adalah panjang Kalam itu kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan dan bulatnya demikian jua dan adalah baginya delapan puluh belahnya. Maka keluar daripadanya dakwat selang-selang daripada belahnya itu sekelian. Maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan dia “Hai Kalam, surat olehmu” dan demi di dengarnya firman Allaha Taa’laya itu maka ia gementarlah hebat ia mendengar firman Allaha Taa’laya maka iapun lalu mengucap tasbih baginya. Maka tatkala itulah ia terbelah daripadanya kerana sangat hebat ia mendengar firmannya itu. Maka firmannya pula “Hai Kalam, surat olehmu akan dia daripada barang yang telah di jadikan dia dan barang yang akan dia hingga hari kiamat”. Maka Kalam pun menyuratlah seperti barang yang di lakukan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada bahagia segala yang bahagianya dan celaka daripada segala yang celaka dan barang yang kehendak Allaha Taa’laya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Arasha (Arash).

Adapun Arash itu iaitu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada manikam yang hijau dan adalah terlebih besar daripada segala yang di jadikan Allaha Taa’laya seperti cerita daripada Jaa’fara bana Maa’aza ia mendengar daripadanya neneknya radhoya Allaha a’nahama katanya adalah bagi Arash itu seketi dua laksa empat ratus ribu tiangnya dan bahawasanya antara satu tiang kepada satu tiangnya itu sekira-kira terbang burung yang pantas tiga puluh ribu tahun tiada sampai ia dan adalah Arash itu tujuh puluh ribu lidah mengucap tasbih ia akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dengan berbagai-bagai bunyinya dan di hiasi akan Arash itu pada tiap-tiap hari tujuh puluh warna daripada nur. Maka tiada kuasa menilik kepadanya seorang jua daripada makhluk dan jika di banding dengan yang lain daripada Arash itu maka adalah seperti umpama suatu halakah yang di campak pada padang jua.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan seekor ular yang bernama Hayata Al Kabaraya dan adalah ia mengeliling Arash dengan tiga balik maka kepalanya daripada mutiara yang putih dan tubuhnya daripada emas yang merah dan kedua matanya daripada yaakut dan besarnya tiada seorang jua pun mengetahui akan besarnya hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya dan  jika di hulurkan ekornya daripada Arash sampai kepada tujuh petala bumi hingga pusatnya tiada sampai jua dan pada tiap-tiap bulu sayapnya itu seorang malaikat mengucap tasbih kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya.

Kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah di dalam Arash itu empat sungai. Pertamanya daripada sungai mutiara yang gilang, kedua sungai putih airnya daripada susu dan kerusi daripada mutiara dan anak batunya daripada yaakut yang merah dan ketiganya sungai daripada air yang beku lagi putih airnya seperti susu yang amat putih, yang keempat sungai yang mengalir airnya dan adalah ia di bawah A’raba itu suatu maka ialah di turunkan Allaha Taa’laya ruh segala yang bernyawa dan daripada ialah turun hujan dengan izin Allaha Taa’laya maka jadi hujan langit hingga sampai pada suatu tempat yang bernama Abarama. Maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan awan itu menurunkan hujan maka tiada turun setitik daripada hujan melainkan adalah sertanya seorang daripada malaikat. Maka di hantarkan malaikat itu daripada titik air hujan itu daripada tempatnya. Maka tiada turun air hujan setitik hanya di sukat dan di timbang melainkan pada masa taufan nabi Allaha Nawaha (Nuh) A’layaha Al Salama tiada di sukat dan tiada di timbang jua.

Kata sayadana A’laya (Ali) radhoya Allaha a’naha adalah pada langit itu suatu pintu yang bernama Majaraba daripada pintu itu tempat turun segala malaikat dan daripadanyalah turun air pada masa taufan nabi Allaha Nawaha A’layaha Al Salama. Adapun malaikat yang menanggung A’raba itu empat orang jua iaitu Israfil ialah yang terlebih hampir daripada segala malaikat kepada Allaha Taa’laya. Maka di tambah pula malaikat menanggung Arash itu pada hari kiamat empat orang jadilah delapan orang seperti firmannya di dalam Qoraana Wa Yahamala Arasha Rabaka Fawaqo Hama Yawamaza Tsamaanayata ertinya yang menanggung Arash tuhan kamu ya Mahamada pada hari kiamat itu delapan orang malaikat. Dan adalah rupa mereka itu seperti rupa kambing hutan dan adalah antara satu tanduk kepada satu tanduk itu kira-kiranya enam ratus tahun perjalanan dan adalah Arash itu atas tanduk mereka itu dan adalah antara telinganya dengan batang lehernya kiranya enam ratus tahun perjalanan. Dan adalah antara dua mulutnya dan dua tapak kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan. Kata Ahli Al Tafsir pada Barahana firman Allaha Ta’alaya di dalam Qoraana Al Zayana Yahamalawana Al Arasha Wa Mana Hawalaha ertinya segala malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia maka mereka itulah yang Karabayawana (hampir).

Kata sayadana A’basa mereka itulah penghulu segala malaikat dan kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya segala malaikat yang menanggung Arash itu adalah tiap-tiap daripada antara dua mata kakinya kira-kiranya lima ratus tahun perjalanan dan pada suatu riwayat adalah tapak kakinya sampai kepada bawah tujuh petala bumi dan tujuh petala langit itu hingga pinggangnya jua dan adalah segala malaikat mereka itu mengucap tasbih akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya demikian bunyinya Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata Sabahaana Zaya Al A’zata Wa Al Jabarawata Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Raba Al Malaakata Wa Al Rawaha. Kata Masayaraha abana A’rawabaha bahawasanya kaki mereka  itu sampai kepada tujuh petala bumi dan kepada mereka itu lampau daripada tujuh petala langit maka adalah mereka itu merendahkan dirinya kepada Allaha Taa’laya dan lagi tiada mengangkatkan kepadanya segala juapun kerana takut akan Allaha Taa’laya.

Kata Majaahada bahawasanya adalah antara Arash dan segala malaikat yang menanggung akan Arash itu tujuh puluh ribu hijab daripada nur. Kata Mahamada bana Manakadara ia mendengar daripada Jaabara radhoya Allaha katanya telah bersabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada aku ertinya Hai Jabar, hampir engkau akan daku hendak menceritakan daripada segala malaikat yang menanggung Arash Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Bahawasanya adalah antara cuping telinganya kepada batang lehernya sekira-kira tujuh ratus tahun perjalanan. Dan lagi kata Majaabaha adalah antara langit yang ketujuh dan antara Arash itu hijab daripada zholamat dan suatu hijab daripada nur dan suatu hijab daripada zholamat pula. Segala malaikat yang menanggung Arash itu sekeliannya tawaf seperti kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya adalah segala malaikat itu tawaf yakni mengeliling akan Arash itu tujuh puluh ribu saf iaitu suatu saf di belakang suatu saf. Apabila berhadap setengahnya maka setengah mereka itu mengucap tahlil dan setengah mengucap takbir dan adalah di belakang saf mereka itu tujuh puluh ribu saf pada malaikat berdiri dan adalah tangan mereka itu pada lehernya.

Maka apabila mendengar mereka itu takbir dan tahlil malaikat yang dahulu itu maka mereka itupun menyaringkan suaranya dengan mengucap tasbih demikian katanya Sabahaanaka Wa Bahamadaka Aa’zhomaka Wa Ajalaka Anata Allaha Laa Alaha Alaa Anata Laa Alaha Ghoyaraka Al Akabara Wa Al Kholaqo Kala Hama Laka Raajaa’wana. Dan adapun di belakang saf mereka itu seratus saf daripada malaikat dan di hantarkan tangan kanan di atas tangan kirinya tiada seorang melainkan mengucap ia akan tasbih dan tahmid dengan berlainan bunyinya. Maka di dinding Allaha Taa’laya daripada segala malaikat yang menanggung Arash itu dengan tujuh puluh hijab daripada api dan tujuh puluh hijab daripada zholamat dan tujuh puluh hijab daripada nur dan tujuh puluh hijab daripada mutiara yang merah dan tujuh puluh hijab daripada yaakut yang merah dan tujuh puluh hijab daripada zamrud yang hijau dan tujuh puluh hijab daripada air beku dan tujuh puluh hijab daripada air sejuk dan beberapa pula yang berlain-lain tiada mengetahui bilangan melainkan ia jua.                                          

Adapun tiap-tiap malaikat yang menanggung Arash dan yang mengeliling dia itu empat mukanya yang pertamanya mukanya seperti muka lembu dan yang kedua mukanya seperti muka harimau dan yang ketiga mukanya seperti muka rajawali dan yang keempat mukanya seperti muka manusia. Dan adalah bagi mereka itu empat sayapnya maka yang dua daripada sayapnya itu menutupi ia akan dirinya kerana takut pengsan ia daripada menilik ia akan Arash dan yang kedua lagi itu di kembangkan. Tiada bagi mereka itu berkata-kata melainkan mengucap tasbih dan tahlil dan tahmid seperti firmannya di dalam Qoraana Yasabahawana Bahamada Raba Hama Wa Yawamanawana ertinya adalah mereka itu senantiasa mengucap tasbih sertanya memuji akan Allaha Taa’laya dan percaya mereka itu akan dia. Bahawasanya ia tiada sekutu baginya mengucap tasbih dengan perkataan yang elok katanya iaitu Sabahaana Al Haya Alazaya Laa Yamawata Sabahaana Alazaya Yamayata Al Kholaaqo Wa Laa Yamawata Sabawaha Qodawasa Raba Al Malaakata Wa Al Rawaha ertinya maha suci tuhan yang sentiasa hidup yang tiada mati ia maha suci dengan kesucian tuhan sekelian malaikat.

Shahdan adalah di bawah Arash itu malaikat seperti rupa rajawali dan seperti rupa ular dan adalah bawah Arash itu seekor ayam jantan yang putih bulunya hijau dan lagi balung dan dua matanya daripada yaakut yang merah dan tekaknya dan dua kakinya daripada emas dan dua kakinya hingga sapai kepada tujuh lapis bumi yang di bawah dan lehernya berlipat-lipatlah di bawah Arash. Maka apabila telah malam yang pertama bertempik-tempik sayapnya dan berkokok ia dan berkata Sabahaana Zaya Al Malaka Wa Al Malakawata maka sahut segala ayam di dalam dunia dan apabila selesai yang keduanya bertempik sayapnya dan berkokok pula berkata ia Sabahaana Mana Anaama Al Anaama Wa Laa Yanaama maka sahut ayam dunia bagi kokoknya dan apabila masuk malam yang akhir bertempik dua sayapnya dan berkata ia Sabahaana Mana Hawa Qoama Daama Sabahaana Mana Anaama Al A’yawana Laa Alaha Alaa Hawa Sabahaanaha maka sahut segala ayam di dunia seperti itu pula kerana itulah di kata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama akan ayam putih dan sabdanya ayam putih ini kekasihku.

Berkata Abana Jaa’fara Shoadaqo ia mendengar daripada neneknya Zayana radhoya Allaha A’nahama katanya bahawasanya adalah di bawah Arash itu sekelian yang di jadikan Allaha Taa’laya di dalam laut dunia dan daratannya seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Ana Mana Shaya Alaa A’nada Naakhozaanaha ertinya tiada suatu melainkan adalah daripada Arash. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Arash itu supaya menjadi akan kiblat sekelian malaikat pada berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya itulah adanya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Karasaya (Kursi)

Adapun Kursi itu iaitu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada zamrud yang hijau dan adalah baginya empat tiang. Tiap-tiap suatu daripada tiang itu luasnya seperti tujuh petala langit dan bumi seperti firmannya di dalam Qoraana Wasaa’ Karasayaha Al Samawaata Wa Al Aradho ertinya di luaskan Allaha Taa’laya daripada tujuh petala langit dan bumi dan adalah malaikat yang menanggung akan Kursi itu empat orang malaikat dan seorang mukanya seperti Adam A’layaha Al Salama dan iaitulah yang memohonkan bagi rezeki kepada Allaha sekelian anak Adam ini dan yang seorang mukanya seperti muka rajawali maka ialah yang memohonkan rezekinya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi sekelian unggas dan yang seorang malaikat menanggung Kursi mukanya seperti muka harimau maka iaitulah memohonkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya rezekinya segala binatang yang buas dan yang seeorang lagi malaikat yang menanggung Kursi itu mukanya seperti muka lembu maka iaitulah yang memohonkan Allaha Taa’laya rezekinya binatang yang jinak.

Dan adalah bagi tiap-tiap seorang daripada malaikat yang menanggung Kursi itu empat mukanya suatu mukanya daripada hadapannya dan suatu mukanya daripada belakang dan suatu mukanya daripada kanannya dan suatu mukanya daripada kirinya. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan Kursi itu supaya menjadikan kiblat sekelian malaikat yang menanggung dia dan lainnya yakni berbuat ibadat akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dan tiada mengetahui akan banyaknya hanya ia jua yang mengetahui.


Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-raja)

No comments:

Post a Comment