Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Nama Allaha Yang Maha Besar Lagi Maha Tinggi
Sa-nya Allaha Sabahana Wa Taa’laya ada mempunyai 3,000 nama iaitu:
1. Sebanyak 1,000 nama – Allaha Taa’laya memberi ketahui kepada malaikat-malaikat sahaja.
2. Sebanyak 1,000 nama – Allaha Taa’laya memberi ketahui kepada nabi-nabi sahaja.
3. Sebanyak 300 nama ada tersebut di dalam Al Tawaraata (Taurat).
4. Sebanyak 300 nama tersebut di dalam Al Anajayala (Injil).
5. Sebanyak 300 nama tersebut di dalam Al Zabawara (Zabur).
6. Sebanyak 99 nama tersebut di dalam Qoraana.
7. 1 nama khas tersimpan dalam pengetahuan Allaha Sabahana Wa Taa’laya.
Sekelian makna nama-nama Allaha Taa’laya yang 3,000 itu ada terkandung di dalam ayat Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama dan jika siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama nescaya mengurnia Allaha Sabahana Wa Taa’laya kepadanya akan balasan pahala sebanyak pahala yang dikurnia kepada orang yang membaca sekelian nama Allaha Sabahana Wa Taa’laya yang 3,000 itu.
Siapa-siapa banyak membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama pada mana-mana perkara yang dihajati istimewa pula pada mendapatkan rezeki nescaya memudah Allaha Taa’laya kepadanya dan mengurnia Allaha Taa’laya hebat pada hati mereka-mereka yang memandang kepadanya.
Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 21 kali ketika hendak tidur terpeliharalah pada malam itu daripada syaitan dan daripada kejahatan manusia dan jin dan daripada kecurian dan kebakaran dan selamat daripada mati terkejut dan terjauh daripada bala dan penyakit. Jika dibaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 100 kali selama tujuh hari berturut-turut pada mana-mana penyakit ataupun pada orang yang kena sihir nescaya sembuh orang daripada penyakit.
Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 113 kali pada hari Jumaat ketika Khotib diatas mimbar kemudian berdoa bersama Khotib dan memohon daripada Allaha Taa’laya akan apa-apa hajat nescaya mengurnia Allaha Taa’laya apa-apa yang dipohon itu. Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 313 kali ketika terbit matahari pada hari Ahad dengan keadaan mengadap kiblat nescaya mengurnia Allaha Taa’laya kepadanya rezeki yang tiada terhingga banyaknya.
Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 787 kali itu ialah dibaca ketika berpuasa ditempat yang suci (berkhalwat) selama tujuh hari berturut-turut kerana kifayat yang seperti ini terlebih diharap akan dapat dengan segera apa-apa yang dihajati. Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 2,500 kali tiap-tiap lepas sembahyang Subuh selama empat puluh hari berturut-turut serta ingat kepada fadhilat-fadhilat (kelebihannya) nescaya dibuka Allaha Taa’laya akan hatinya mudah mengetahui ilmu-ilmu.
Siapa-siapa sentiasa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 1,500 kali pada tiap-tiap hari nescaya dijadikan semua manusia bersetuju kepadanya. Siapa-siapa sentiasa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 1,000 kali pada tiap-tiap hari mudahlah memperoleh apa-apa yang dikehendakkannya. Siapa-siapa membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 1,000 kali pada tiap-tiap hari dan malam terlepaslah daripada bala dan kesusahan. Jika dibaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 1,000 kali pada suatu mangkuk air hujan kemudian diberi minum kepada orang yang bodoh ketika terbit matahari berturut-turut tujuh pagi teranglah hatinya dan mudah ingat apa-apa yang dipelajarinya.
Siapa-siapa mengulangi membaca Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama ketika memulai sesuatu pekerjaan atau ketika duduk, bangun hendak berjalan, tidur, makan, mengambil wudhu’, menulis, membaca dan lain-lain lagi nescaya mempermudah Allaha baginya keluar nyawa ketika hendak mati dengan tidak merasai apa-apa kesakitan dan fasih lidahnya menjawab apa-apa pertanyaan Munkar dan Nakir dan memperluas Allaha Taa’laya akan kuburnya dengan keadaan cahaya yang gilang-gemilang dan pada hari kiamat keluar dari kuburnya putih kulitnya dan bercahaya-cahaya dan dapatlah kebahagiaan dan kesenangan dan melalui titian dengan cepat seolah-olah seperti kilat lakunya masuk ke dalam syurga.
Siapa-siapa puasa 3 hari berturut-turut mulai hari Rabu, Khamis, Jumaat serta pergi ke masjid pada hari Jumaat dengan keadaan yang bersih dan bersedekah sekadar yang boleh kemudian apabila selesai sembahyang Jumaat berdoa dengan doa:
Allahama Anaya Asaalaka Baasamaka Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Alazaya Laa Alaha Alaa Hawa A’alama Al Ghoyaba Wa Al Shahaadata Hawa Al Rahamana Al Rahayama Wa Asaalaka Baasamaka Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama. Laa Alaha Alaa Hawa Al Haya Al Qoyawama Laa Taakhozaha Sanata Wa Laa Nawama Alazaya Malaata A’zhomataha Al Samawaata Wa Al Aradho Wa Asaalaka Baasamaka Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Alazaya Laa Alaha Alaa Hawa A’nata Laha Al Wajawaha Wa Khodhoa’ta Laha Al Raqoaba Wa Khoshaa’ta Laha Alaa Bashoara. Wa Wajalata Al Qolawaba Mana Khoshayataha Zarafata Manaha Al A’yawana. Ana Yasholaya A’laya Mahamada Wa A’laya Al Mahamada Wa Ana Taa’thoyanaya Haajataya … (sebut apa yang dihajat) nescaya dimakbulkan akan hajatnya oleh Allaha Taa’laya.
Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ertinya Allaha Taa’laya tiada menolong permintaan orang yang berdoa yang tiada memulai dengan Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama. Sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ertinya Siapa-siapa daripada kamu hendak menulis jadikanlah Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama pada awal tulisan kamu dan lagi sabdanya Siapa-siapa menulis Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama dengan tiada hapus nescaya mengurnia Allaha Taa’laya kepadanya 1,000 kebajikan dan menghapuskan 1,000 kejahatan.
Siapa menulis Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama dengan tulisan yang elok kerana memuliakan Allaha Taa’laya nescaya mengampun Allaha akan dosanya. Siapa mengutip kertas yang ada padanya Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama kerana takut terkena pijak nescaya mengurnia Allaha Taa’laya kepadanya masuk kumpulan Al Shodayaqoyana.
No comments:
Post a Comment