Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya. Ini bermula adapun bahawa inilah tafsir daripada Mahamada abana Al Hasana dan ia mendengar daripada Asahaqo abana Abarahayama Al Sanaabawaraya Sham benuanya dan ia mendengar daripada Mahamada Anashoraya Sanaanawa dan ia mendengar daripada Mayamawana abana Maharana Al Hanadaya dan ia mendengar daripada Maamawanaya abana Sabalaya dan saidi itu mendengar daripada Sholaha abana A’bada Al Rahamana A’rabaya dan saidi itu mendengar daripada Mahamada Anawana Karaqoya dan ia mendengar daripada Mahamada abana Tsabata Qolabaya dan ia mendengar daripada Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama.
Laqowalaha Taa’laya Allaha Alazaya Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Wa Maa Bayanahamaa yakni Allaha Taa’laya jua yang menjadikan tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan barang antara keduanya itu. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha dewasa Allaha Taa’laya hendak menjadikan bumi tujuh lapis dan langit tujuh lapis maka pertama dijadikan seperti Mataya yang putih tujuh puluh ribu tahun lamanya terhantar. Setelah itu maka tatkala Allaha Sabahana Wa Taa’laya hendak menjadikan langit dan bumi maka ditilik tuhan seru sekelian alam akan Mutiara yang putih itu. Maka Mutiara itupun hebat gementar ia oleh menyunjung tilik Raba Al A’zata itu maka Mataya itupun menjadi samanyalah sinarnya kata tujuh puluh ribu tahun lamanya. Terkira-kira setelah itu maka Mutiara itupun menjadi air daripada hebat tilik Nazhoro tuhan yang maha tinggi. Itupun tiada tenang tenang pada tujuh puluh ribu tahun lamanya maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya menjadikan api akan menghanguskan air itu pun berasap dan berbuih. Shahdan daripada itulah dijadikan langit dan daripada itulah dijadikan bumi. Laqowalaha Taa’laya Tsama Asatawaya Alaya Al Samaa Wa Haya Dakhona.
Kemudian maka dititahkan malaikat yang bernama Thoawasa itu dan kedua namanya Jabarayala(Jibril) akan malaikat itu dianugerahi Allaha Sabahana Wa Taa’laya rahmat maka dititahkan akan dia menghimpunkan buih itu maka dihamparkan Jibril lah buih itu maka tujuh lapis bumi bertingkat-tingkat diatas air itu. Maka pusat bumi itulah negeri Makah yang Maazhoma tempat Kaa’bata Allaha yang maha mulia itu. Maka bumi itu pun diratakan Jibril Masyrik datang ke Maghrib. Setelah terhamparlah bumi itu maka bergeraklah segala anggota bumi itu tiadalah dapat tetap lagi oleh kerana laut Bahara Allaha itu maka firman Allaha Taa’laya pada Jibril “Pergilah engkau ke bumi peliharakan olehmu bumi itu supaya tetap ia”. Kelakian maka pergilah Jibril memeliharakan bumi, barangkala Jibril datang dengan segala kaumnya pergi ke Masyrik maka terbit air daripada pihak Maghrib. Barangkala Jibril pergi ke Maghrib maka terbit air pada pihak Masyrik maka Jibril pun berdatang sembah ke hadrat Allaha Taa’laya “Ya tuhanku engkau peliharakan apalah kiranya langitmu dan bumimu ini beberapa pun hambamu tahani dan hambamu pelihara tiada terpeliharakan oleh hambamu”.
Hataya maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya menjadikan segala bukit akan pasak bumi.
Laqowalaha Taa’laya Wa Al Jabaala Awataadaa ertinya bahawa kami jadikan segala bukit itu akan pasak bumi. Kelakian tujuh laksa tahun lamanya maka bumi itu berpangkat-pangkat terhantar seperti tabak. Laqowalaha Taa’laya Allaha Alazaya Kholaqo Sabaa’ Samawaata Wa Mana Al Aradho Matsalahana. Kelakian maka air itupun tetaplah pada tempatnya berpangkat tempatnya itu maka dalam air itu dijadikan Allaha Taa’laya seekor ikan terlalu amat besar tujuh tahun lamanya dalam air itu. Maka dijadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya dibelakang ikan, seekor lembu putih warnanya bercampur hijau panjangnya tiada dapat diperikan tiadalah siapa mengetahui dia melainkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya yang amat tahu akan luas belakangnya itupun tiada terpemanai dan tanduknya empat ratus cawangnya daripada suatu cawang kepada suatu cawang empat puluh tahun perjalanan jauhnya.
Maka akan bumi tujuh lapis itu diletakkan diatas tanduk lembu itu maka dianugerahkan tuhan seru alam rezeki akan ikan yang menanggung lembu itu tiada bergerak datang kepada hari kiamat. Maka adapun akan banyak ikan yang dimakan oleh ikan Nun itu empat puluh ekor sehari dan besarnya adalah seperti ikan yang dijamu nabi Allaha Mawasaya(Musa) yang dipohonkan kepada hak Sabahana Wa Taa’laya tatkala ia munajat ke bukit Thowara Sayanaa(Thursina) dan adapun akan besar ikan yang dijamu nabi Allaha Musa itu tatkala doakannya adalah tepi mulut yang di kanan kepada tepi mulutnya yang dikiri luas empat puluh hari perjalanan. Demikianlah besar ikan yang dimakan oleh ikan Nun yang menanggung kaki lembu itu empat puluh ekor pada sehari dimakannya dan demikian lagi dianugerahkan tuhan seru alam akan lembu itu rezeki supaya tetap ia pada menyunjung bumi tiada bergerak datang kepada hari kiamat dan adapun akan makanan lembu itu dijadikan Allaha Taa’laya dibelakang ikan itu rumput Kamakama itulah dimakan lembu diatas ikan itu. Barangkala bumi itu gempa nescaya lembu itu penat maka dialihnya daripada suatu tanduk kepada suatu tanduknya bumi itu. Maka dijadikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya di atas bumi itu barang yang dikehendakinya menjadikan dia daripada binatang yang liar dan jinak supaya memenuhi bumi itu.
Shahdan dijadikan tuhan yang maha tinggi akan langit itu daripada asap tujuh pangkat bahawa antaranya daripada suatu pangkat kepada suatu pangkat lima ratus tahun perjalanan dan tebalnya pun demikian jua dan kejadiannya seperti manikam yang ternyala-nyala dan dijadikan matahari dan bulan dan bintang akan perhiasan langit itu. Laqowalaha Taa’laya Allaha Alazaya Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Maa Bayanahamaa Faya Satata Ayaama Tsama Asatawaya A’laya Al A’rasha ertinya Allaha Taa’laya menjadikan langit dan bumi dan barang yang antara keduanya itu di dalam enam hari jua. Maka dijadikan Arash dan Kursi Syurga dan Neraka dan segala isinya.
Bermula telah sampailah delapan puluh ribu tahun lamanya bumi itu kholi maka alam dunia ini dipenuh dengan biji sawi yang putih maka dijadikan tuhan seru alam seekor unggas bernama Thoyara Al Nashoro maka firman tuhan seru alam “Hai unggas Thoyara Al Nashoro makan olehmu biji sawi itu. Apabila habis biji sawi itu engkau kumatikanlah”. Maka oleh Thoyara Al Nashoro itu dimakannyalah biji sawi itu pertama sehari sebiji dimakannya maka dilihatnya biji sawi itu berkurang maka dimakannya pula pada sebulan sebiji itupun dilihatnya berkurang jua. Daripada takutnya akan mati itu maka dimakannya pada setahun sebiji itulah hadnya tiada dapat lagi dilihatnya. Hataya beberapa lamanya maka biji sawi itupun habislah maka unggas Thoyara Al Nashoro itupun dimatikan Allaha Sabahana Wa Taa’laya.
Tujuh puluh laki-laki mendiam dunia ini tetapi tiada semuanya sekali dijadikan melainkan dimatikan seorang maka dijadikan seorang pada tiap-tiap seorang laki-laki itu umurnya tujuh puluh ribu tahun. Adapun setahun dahulu kala pada masa itu sama dengan seribu tahun pada masa sekarang ini. Setelah habislah laki-laki itu mati maka dijadikan Allaha Taa’laya Jaana. Laqowalaha Taa’laya Mana Maaraja Mana Naara mereka itu dijadikan daripada yang bernyawa setengah empat kaki dan setengah berjalan dan setengah terbang maka penuhlah bumi dunia ini oleh kaum Jaana. Maka Allaha Taa’laya menitahkan seorang yang bernama Yawasafa akan mengajar mereka itu ilmu dan amal syariat. Hataya berapa lamanya maka derhakalah mereka itu akan Allaha Taa’laya maka lalu dimatikan akan Allaha Taa’laya akan mereka itu.
Setelah itu maka Allaha Taa’laya menitahkan suatu kaum mendudukkan suatu makhluk rupanya seperti rupa binatang terbitnya dari dalam neraka berjudu dengan binatang jua hataya dengan kudrat Allaha Taa’laya maka binatang itupun beranak bernama A’zaraa Yala(Izrail). Setelah Izrail itu jadi duduklah ia ke atas bumi dengan ibadat akan Allaha Taa’laya seribu tahun lamanya. Kelakian maka dinaikkan Allaha Taa’laya pada langit selapis maka tatkala ia berbuat ibadat di bumi itu datang segala jin melihat dan seribu tahun lamanya ia berbuat ibadat pada selapis langit itu maka anugerahkan ia Allaha Taa’laya sayap akan dia daripada manikam yang hijau. Maka terbanglah ia kepada langit yang kedua maka di sana pun itu berbuat ibadat akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya seribu tahun jua lamanya maka demikianlah pada tiap-tiap selapis kepada selapis langit itu seribu tahun lamanya berbuat ibadat menyembah Allaha hingga sampailah ia kepada tujuh lapis langit kali rahamata Allaha a’layaha.
Bahawa akan bumi itu kediaman Jaana tujuh laksa tahun lamanya hingga datang kepada anak cucunya. Kata Ahala Al Tafasayara yang lain ini mendengar daripada Abana A’basa radhoya Allaha A’nahama delapan belas ribu tahun mendiami bumi itu maka menjadi a’si maka diambil Allaha Taa’laya Jaana itu dari bumi. Setelah itu maka dijadikan Allaha Taa’laya Banawana Al Jaana akan gantinya maka iaitu delapan belas ribu tahun lamanya mendiami bumi itu maka Banawana Al Jaana pun menjadi a’si maka itupun diambil Allaha Taa’laya. Bahawa akan Iblis A’layaha Laa’nata Allaha itu ialah jadi malaikat yang maqorabin dan namanya Izrail serba malaikat yang banyak berbuat kebaktian kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya. Maka Izrail itupun berdatang sembah ke hadrat Allaha Taa’laya sembahnya “Ya tuhanku hambamu hendak memohon turun ke bumi dengan segala malaikat yang serta hambamu ini. Bahawa hambamu hendak berbuat ibadat kepadamu di bumi itu”. Maka setelah sudahlah Banawana Al Jaana diambil tuhan alam maka dititahkan tuhan alam tujuh ratus malaikat serta dengan Izrail turun ke bumi maka Izrail dengan segala malaikat itupun tetaplah hatinya berbuat ibadat di bumi itu.
Hataya berapa lamanya Izrail itu dibumi maka datanglah firman tuhan seru alam. Laqowalaha Taa’laha Anaya Jaaa’la Faya Al Aradho Kholayafata yakni bahawa aku hendak menjadikan raja di dalam bumi. Ketahui olehmu hai segala yang berakal barang siapa mengatakan Hawaya Nafasa Mana Haqo nescaya segeralah tertolak ia tiada lama kekalnya itu. Kata mufasir bahawa akan Iblis A’layaha Laa’nata itu dijadikan Allaha Taa’laya akan dia daripada api jangan di kata daripada malaikat dan tiada ia daripada jin. Bermula kata setengah bahawa kaum Iblis a’layaha laa’nata Allaha itu dijadikan Allaha Taa’laya daripada anak Jaana maka kata setengah daripada malaikat jadinya dengan dalil Laqowalaha Taa’laya Wa Aza Qolanaa Lalamalakata Asajadawaa LaAdama Fasajadawaa Alaa Abalayasa ertinya apabila kukata akan segala malaikat kusuruh sujud akan Adam maka sujudlah mereka itu melainkan Iblis jua yang bantahi menjawab tuhannya. Selesailah asal Iblis itu bukan daripada malaikat dan sanya dijadikan daripada api.
Maka adapun akan segala malaikat itu dijadikan Allaha Taa’laya daripada cahaya seperti firman Allaha Taa’laya Kholaqotanaya Mana Naara Wa Kholaqotaha Mana Thoyana ertinya firman Allaha Taa’laya menceritakan kata Iblis itu kepada nabi Mahamada bahawa aku dijadikan daripada api dan Adam kau jadikan daripada tanah. Maka adalah Iblis itu asal ia berbuat ibadat akan tuhannya dan segala langit itu tempatnya sujud dan bahawa ia berlajar pada Malaka Radhowana yang menunggu syurga itu pelbagai ilmu. Maka kata Qotadata dan Maqotala tuhan seru alam berfirman akan kujadikan Iblis itu Laqowalaha Taa’laya Kaana Mana Al Jana ertinya adalah ia daripada jin dan diceritakan rawaya tatkala Iblis diam di bumi tujuh ratus malaikat sertanya itu Iblislah akan penghulu segala malaikat daripada ketujuh lapis langit pun tersuruh jua padanya sekeliannya bersama ia berbuat kebaktian kepada Allaha Taa’laya di dalam tujuh ribu tahun.
Maka tatkala datanglah tanda bahagianya maka katanya “Ya tuhanku tujuh ribu tahunlah hambamu berbuat kebaktian padamu dalam tujuh lapis langit ini. Jikalau dianugerahmu hambamu mohon hendak turun ke bawah kepada enam lapis langit berbuat kebaktian padamu”. Maka firman Allaha Taa’laya “Pergilah engkau”. Kelakian maka turunlah ia pada enam lapis langit maka turun kepada lima lapis langit. Demikianlah sebagai lagi mohon turun kebawah berbuat kebaktian kepada tuhannya hingga datanglah ia kepada langit dunia tiada kholi daripada ia berbuat kebaktian kepada tuhan seru alam tetapi tiada jua yang diqasadnya turun kebawah dan berbuat kebaktian itu melainkan supaya dianugerahkan tuhan alam akan dia naik ke atas ke dalam tirai Arash yang maha tinggi itu. Tatkala datang masa pergantian Banawana Al Jaana itu maka Iblis a’layaha laa’nata mohonkan kurnia kepada tuhan A’za Wa Jala demikian sembahnya “Ya tuhanku betapa Banawana Al Jaana telah buat A’si di dalam bumi kau anugerahkan ia kiranya akan hambamu dengan segala malaikat yang serta hambamu ini berbuat kebaktian ke hadrat mu dibumi itu”. Maka ambil tuhan seru alam Banawana Al Jaana itu.
Maka Iblis pun dengan segala malaikat yang sertanya itupun turun ke bumi berbuat kebaktian delapan ribu tahun lamanya ia berbuat kebaktian itu. Hataya pada suatu masa maka Iblis itu berdatang sembah katanya “Ya tuhanku terlalu amat sukacita hambamu diam di dalam bumi ini tiadalah hambamu pada tempat yang lain lagi. Disanalah kiranya selama-lamanya hambamu buat kebaktian. Setelah ia dibumi adakan maka tatkala datanglah pada masa akan berganti Laqowalaha Taa’laya Anaya Jaaa’la Faya Al Aradho Kholayafata yakni bahawa aku hendak menjadikan raja di dalam bumi. Maka tatkala firman demikian itu maka sangatlah dukacita Iblis daripada sangat dengki hatinya. Laqowalaha Taa’laya Qoalawaa Atajaa’la Fayahaa Mana Yafasada Wa Yasafaka Al Damaa Wa Nahana Nasabaha Bahamadaka Wa Naqodasa Laka yakni sembah segala malaikat siapa yang kau jadikan raja di dalam bumi itu maka firman Allaha Taa’laya Adama namanya maka sembah segala malaikat ialah yang binasakan bumi dan menyiruskan darah atas bumi. Laqowalaha Taa’laya Anaya Aa’lama Maa Laa Taa’lamawana ertinya aku jua yang amat tahu barang yang tiada kamu ketahui akan dia.
Kata rawaya ada seorang A’abada(abid) namanya Bawazayada pada tiga lapis langit ia sujud seribu tahun lamanya sujud itu. Ada seorang Zaahada(zuhud) namanya Arayaha diatas empat lapis langit ia sujud seribu tahun lamanya dan ada seorang Waalaya(wali) diatas lima lapis langit ia sujud seribu tahun lamanya akan namanya wali itu Bazayada dan ada seorang Mataqoya namanya Saazayada diatas enam lapis langit ia sujud tahun lamanya. Maka firman Allaha Taa’laya menyuruh keempatnya naik keatas Arash. Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail pun naik keatas maka akan Jibril itu kerjanya akan wahaya dan akan Mikail itu akan mizan dan akan Israfil itu showaraya dan Izrail itu kerjanya akan ruh. Bahawa akan Izrail sebab meninggalkan suatu sujud maka jadilah kafirlah ia Qoala Al Nabaya Shola Allaha A’layaha Wa Salama Mana Atholaa’ Abalayasa ertinya dikutuki Allaha barang siapa mengikut kata Iblis.
Berkelakian maka datang firman Allaha Taa’laya kedalam syurga kepada malaikat yang menunggu perbendaharaan syurga tujuh ribu tahun lamanya maka diperbuat suatu mimbar Arash Allaha Taa’laya. Maka naik Jibril, Mikail, Israfil, Izrail dua belas ribu tahun diajarkan ilmu tauhid dan pelbagai ilmu dan segala malaikat yang banyak duduk dibawah mimbar itu bertanya pada Jibril “Engkau berdosa siapa memohonkan ampun bagimu?” maka kata Jibril dan Mikail “Meminta ampun dosaku?”. Maka sehari itu juga Jibril berdatang sembah katanya “Ya tuhanku diatas bumi itu banyak hambamu lihat segala pari berbuat fasad maka engkau anugerah ia”. Akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan dia empat ribu serta Jibril turun ke bumi maka pari itu pun diburunya kefarak bukit Kaf oleh Jibril dengan segala tenteranya.
Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa
No comments:
Post a Comment