Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Wednesday, April 25, 2012

Kisah Nabi Adarayasa(Idris) A'layaha Al Salama


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Adapun mula-mula Akhorawaja jua kerana banyak ia mengaji kitab Allaha maka di namai akan dia Adarayasa(Idris) lagi amat tahu ia akan ilmu nujum. Maka Adarayasa itulah yang sedia kala berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya menyebut-nyebut Allaha pada malam dan siang. Bermula segala malaikat keramat Karaama Katabayana membawa amal segala anak Adam naik ke langit tiap-tiap pagi dan petang maka di lihat oleh Izrail tiap-tiap segala amal manusia itu sekeliannya kelam tiada bercahaya melainkan amal seorang jua yang bercahaya. Maka kata Izrail akan Karaama Katabayana itu “Amal siapa jua yang kamu bawa bercahaya-cahaya ini lain daripada itu sekeliannya pada pihak derhaka akan Allaha Taa’laya?” maka kata Karaama Katabayana itu “Bahawa di dalam bumi itu hanya seorang laki-laki inilah yang berbuat kebaktian kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya lain daripada itu sekeliannya berbuat derhaka jua pada Allaha Taa’laya”.

Maka ingatlah Izrail hendak bertemu dengan Adarayasa. Ia pohonkan izin kepada hendak pergi mengunjungi Adarayasa A’layaha Al Salama itu maka firman Allaha “Pergilah engkau kepada hambaku itu. Bahawasanya ialah yang ada berbuat kebaktian kepadaku di dalam bumi”. Maka pergilah Izrail mengunjungi nabi Adarayasa berupakan dirinya seperti rupa manusia maka tatkala datang ia kepada nabi Adarayasa lalu ia memberi salam. Maka disahut nabi Adarayasa salam Izrail itu. Hataya maka Adarayasa pun berjalan ke padang serta Izrail maka bertemu dengan kambing orang makan rumput di padang itu maka kata Izrail “Mari kita sembelih kambing orang ini” maka sahut Adarayasa “Tiada harus kita sembelih kambing orang ini dan tiada harus kita makan dagingnya kerana ia hak orang”. Maka berjalan pula keduanya lalu bertemu dengan sepohon anggur bergantungan buahnya maka kata Izrail “Mari kita ambil buah kayu ini”. Maka kata Adarayasa “Tiada harus kita ambil dan kita makan buah kayu ini kerana ia hak orang. Bahawasanya selamanya aku ini makan yang halal jua tiada pernah aku makan yang haram. Maka ini pula hendak kau suruh makan haram tiada aku mahu”.

Maka Izrail pun berjalanlah ke hadapan Adarayasa maka tiada di kenal Adarayasa akan dia maka kata Adarayasa “Dari mana tuan hamba datang ini. Tiadakah tuan hamba sekampung dengan kami atau di dalam negeri kamikah tuan hamba diam?”. Maka sahut Izrail “Hamba ada di dalam negeri ini” maka diam Adarayasa. Adapun kata segala Ahli Al Tafsir adalah Adarayasa itu mengajar segala kaumnya yang berbuat derhaka akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya maka di bantahi mereka itu akan dia dan di permaki mereka itu akan dia  seperti tiada mahu mereka itu membawa iman akan Allaha Taa’laya dan akan nabinya. Maka firman Allaha Taa’laya “Keluarlah engkau hai Adarayasa. Bahawasanya aku hendak menyeksa mereka itu”.

Maka keluarlah Adarayasa daripada kaumnya itu pergi ia berjalan pada segala pihak negeri maka kaum Adarayasa pun di matikan Allaha Taa’laya dengan seksa lapar. Hataya maka Adarayasa bertemu dengan Malaka Al Mawata (Raja Maut) maka memberi salam ia kepada Adarayasa maka di sahut Adarayasa salamnya maka bertanya Adarayasa kepada Malaka Al Mawata “Siapa engkau ini?” maka sahut Izrail “Aku seorang daripada hamba Allaha daripada antara hamba Allaha yang lain maka kasih aku akan dikau dengan kerana Allaha dan sangat hatiku hendak mengunjung dikau dan bersama  aku sertamu”.

Hataya maka berbuat ibadatlah Malaka Al Mawata serta nabi Adarayasa pada harinya datang itu maka tatkala petanglah hari maka dianugerahkan Allaha akan Adarayasa rezeki maka katanya akan orang sertanya itu “Marilah kita makan hai hamba Allaha”. Maka kata Malaka Al Mawata tiada aku kehendak lagi akan makanan itu”. Hataya maka berbuka puasalah Adarayasa setelah sudah Adarayasa makan maka berdirilah berbuat ibadat semalam-malamnya itu dan Izrail pun serta sembahyang dengan dia. Tatkala hampirlah akan siang maka mengantuklah Adarayasa lalu tertidur. Bermula Malaka Al Mawata tiada jua ia berhenti daripada berbuat ibadat akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya. Tatkala fajarlah hari maka bangkitlah Adarayasa mengambil air sembahyang maka sembahyanglah ia maka di lihatnya Izrail ada berdiri sembahyang maka sembahyanglah keduanya.

Setelah pagi-pagi hari maka berjalan keduanya berapa antaranya maka bertemu keduanya dengan sepohon kayu yang berbuah. Maka kata Malaka Al Mawata “Hai Adarayasa, ambil buah kayu itu akan bekalmu buka puasa”. Maka sahut Adarayasa “Sabahana Allaha Al A’zhoyama jika kuambil buah kayu itu adalah aku daripada orang yang berbuat dosa. Bahawasanya tuhanku jua yang menganugerahi rezeki akan daku dengan tiada terkira-kira adanya”. Maka berjalanlah keduanya hingga lalu petang hari maka dianugerahkan Allaha Taa’laya rezeki akan Adarayasa lalu ia buka puasa serta katanya “Hai hamba Allaha marilah kita makan buka puasa kerana hari sudah petang. Patut kita berbuka puasa” maka sahut Izrail “Tiada lagi aku berkehendak akan makanan itu”. Setelah sudah Adarayasa makan maka berdirilah Adarayasa berbuat ibadat dan Malaka Al Mawata pun berdiri sertanya sembahyang semalam dirinya itu tatkala hampirlah fajar maka mengantuklah Adarayasa lalu tertidurlah ia dan Malaka Al Mawata sembahyang jua ia. Setelah Adarayasa jaga mengambil air sembahyang lalu sembahyanglah ia serta Malaka Al Mawata maka terbit fajar.

Setelah sudah sembahyang maka berjalanlah keduanya tiada berapa jauhnya maka berdiri Adarayasa A’layaha Al Salama memandang kepada Izrail maka kata Izrail “Apa kau tilik akan daku. Bahawa aku mengenal akan dikau dan engkau tiada mengenal daku” maka sahut Adarayasa “Hai hamba Allaha, engkau ini bukannya manusia. Hendaklah kau katakana dirimu pada aku. Siapa engkau dan apa namamu dan apa pekerjaanmu bersama dengan aku ini. Bahawa tiadaku lihat engkau ini makan dan minum dan tiada engkau tidur dan tiada engkau mencari bekal akan makananmu supaya kuat anggota dengan dia”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Jika tetaplah hatimu jangan engkau takut akan daku. Nescaya kukatakanlah namaku padamu”.

Arakian tercenganglah Adarayasa mendengar kata Malaka Al Mawata “Akulah Malaka Al Mawata”. Demi di dengar Adarayasa kata Malaka Al Mawata maka gementarlah segala sendi tulangnya serta katanya “Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana. Hai Malaka Al Mawata datangmu ini akan mengambil nyawa akukah atau hendak mengunjungi dakukah?”. Maka sahut Izrail “Demi Allaha, tiada datangku ini akan mengambil nyawamu dan jika sekiranya aku dititahkan Allaha Taa’laya akan mengambil nyawamu nescaya tiada akan kuperlambat sekejap mata juapun hingga kukerjakan suruh tuhanku”. Maka kata Adarayasa “Demi Allaha Taa’laya telah gementar segala tulangku mendengar namamu ini kerana kerja tuan hamba akan mengambil nyawa orang juga”. Maka kata Malaka Al Mawata “Telah datang aku kepadamu ini kerana kulihat segala surat amal anak Adam sekeliannya berdosa dan kejahatan jua dalamnya. Maka kulihat pada suratmu tiada sesuatu dosanya juapun dan tiada kesalahan dalamnya melainkan kebajikan juga dan kebaktian jua. Maka kasihlah aku akan dikau kerana Allaha Taa’laya dan memohonkan izinku kepada tuhan seru alam hendak mengunjung dikau”.

Hataya maka berjalanlah keduanya tiada berapa lama maka berkata Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Hai Malaka Al Mawata, ada suatu kehendakku kepadamu”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Apa kehendakmu itu katakanlah kepada aku” maka ujar Adarayasa “Kehendakku barang kiranya kau bawa akan daku naik ke langit” maka sahut Malaka Al Mawata “Jika dengan izin Allaha Taa’laya hamba bawalah tuan hamba ke langit”. Maka Adarayasa pun minta doa kepada Allaha Taa’laya sembahnya “Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang menyampaikan segala kehendak hambamu dengan kemuliaan kekasihmu Mahamada yang kesudahan nabi lagi rasul”. Maka di dengar Malaka Al Mawata dan nabi Adarayasa suatu suara “Hai Izrail, barang kehendak hambaku Adarayasa itu turutkan olehmu”.

Hataya maka dibawa Malaka Al Mawata akan Adarayasa naik ke langit. Setelah sampailah ia ke langit maka di lihatlah segala isi langit itu maka berjalanlah keduanya di atas langit itu. Maka ujar Adarayasa “Ya Malaka Al Mawata, ada suatu lagi kehendakku pada barang kiranya kau ambil nyawaku supaya kurasai sakit mati itu”. Maka hairanlah Malaka Al Mawata mendengar kata Adarayasa demikian itu katanya “Sabahaana Allaha Wa Bahamadaha, bahawasanya segala malaikat yang menanggung arash sekeliannya pun takut mereka itu akan mati dan kehendak mereka itu barang luput daripada mati jua sebagaimana tuan hamba yang berkehendak akan mati ini?” maka sahut Adarayasa “Tiada mengapa yang demikian itu kerana yang mati itu tiada dapat tiada sahaja akan menerima ia jua akan dia maka sekarang kehendakku apabila sudah tuan hamba ambil nyawa hamba maka tuan hamba pohonkan kepada Allaha Taa’laya barang kiranya dikembalikan pula nyawa hamba kepada badan hamba kerana belum lagi ajal hamba supaya hamba berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya selama ada usia hamba”. Maka datang firman Allaha Taa’laya “Hai Izrail turutkanlah kehendak hambaku yang sangat ikhlas akan daku dan percaya akan kudratku”.

Setelah Izrail mendengar kata demikian maka diambilnyalah nyawa Adarayasa dengan takzimnya dan hormatnya. Setelah berhimpunlah nyawa Adarayasa itu kepada dadanya maka pengsanlah Adarayasa tiada lagi khabarkan dirinya maka dikeluarkan Malaka Al Mawata nyawa itu satu saat lamanya maka dikembalikan Malaka Al Mawata pula akan nyawa Adarayasa kepada badannya dengan kudrat Allaha Taa’laya maka hiduplah Adarayasa. Maka di sapu Malaka Al Mawata mukanya dan kedua matanya maka ujar Izrail “Betapa tuan hamba rasai mati itu?” maka ujar Adarayasa “Sa-nya tiada aif pada aku mati itu kerana aku mendapangkan diriku kepada tuhanku jua dan bertambah-tambah berahiku akan dia tetapi demikiankah kau ambil nyawa segala  makhluk seperti kau ambil nyawaku ini?”. Maka kata Malaka Al Mawata “Sa-nya tiada seorang juapun manusia kuambil nyawanya seperti kuambil nyawa tuan hamba ini dengan perlahannya”. Maka kata Adarayasa “Demi Allaha, sa-nya yang mati itu terlalu amat sakitnya tiada yang sebagainya seperti sakit mati itu jua”.

Hataya maka berjalanlah keduanya seketika maka berdiri Adarayasa katanya “Ya Malaka Al Mawata, bawa kiranya hamba ke langit yang ke tujuh”. Hataya di bawa Izrail akan dia naik pada langit yang ke tujuh kemudian kata Adarayasa “Hai Malaka Al Mawata, ada suatu kehendak hamba pula. Bawalah hamba kepada api neraka supaya melihat dia” maka hairanlah Malaka Al Mawata mendengar kata Adarayasa yang demikian itu serta katanya “Sabahaana Allaha Al A’zhoyama Wa Bahamada, ajaib sekali hambamu. Bahawasanya segala malaikat yang damping kepada Allaha Taa’laya amat takut mereka itu akan api neraka dan senantiasa dipohonkannya kepada Allaha Taa’laya barang diluput ia daripada api neraka”. Maka kata Adarayasa “Tiada mengapa bawa juga aku kepadanya barangkali kurasai hangatnya maka lari aku daripadanya”.

Hataya maka di bawa Malaka Al Mawata lah akan Adarayasa melihat neraka dengan firman Allaha Taa’laya. Setelah sampailah ia ke pintu neraka kata Izrail “Hai yang menjaga neraka, buka akan pintu neraka ini” maka melompat segala malaikat yang menunggui pintu neraka itu serta di bawanya rantai kekang dan belenggu dengan beberapa ular dan kala daripada api neraka dibawanya ke pintu itu kerana pada sangka mereka itu kalau di titahkan Allaha Taa’laya seorang di suruh seksai kepada mereka itu. Maka bertanya mereka itu “Siapa engkau yang di luar pintu ini?” maka sahut Izrail “Akulah Malaka Al Mawata”. Shahdan apabila di dengar mereka itu nama Malaka Al Mawata maka gugurlah dari tangan mereka itu belenggu dan kekang ular dan kala serta berkata mereka itu “Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana. Hai Malaka Al Mawata, bahawa di titahkan Allaha Taa’laya engkau kemari ini akan mengambil nyawa kami sekeliankah kerana tiada pernah tuan hamba datang kepada tempat ini”.

Maka sahut Malaka Al Mawata “Tiada dititahkan Allaha Taa’laya aku akan mengambil nyawa kamu sekelian dan jika dititahkan Allaha Taa’laya akan daku mengambil nyawa kamu nescaya tiada akan kupertangguhkan seketika jua pun melainkan kukerjakan akan dia. Sesungguhnya ada seorang hamba Allaha daripada segala hamba Allaha yang banyak. Bahawa ada pintanya padaku hendak melihat api neraka maka dititahkan Allaha Taa’laya aku membawa dia kemari. Bahawa laki-laki ini sebaik-baik hamba Allaha di dalam bumi”.

Maka kata mereka itu “Baiklah kamu perlihatlah akan dia berapa kehendaknya” maka menilik ia kepada Adarayasa katanya “Berapa kehendakmu melihat api neraka itu hai hamba Allaha yang benar tiada seorang juapun dahulu daripadamu yang hendak melihat azab Allaha Taa’laya yang amat besar seksanya ini”. Maka sahut Adarayasa “Barang sedikit jua sekira-kira dapat melihat dengan mata hamba maka di perlihatkan mereka itu kepada Adarayasa maka melihat Adarayasa akan api neraka itu terlalu bernyala-nyala serta dengan hitamnya lagi gemuruh bunyinya terlalu amat hebat seolah-olah ia akan menunukan isi langit dan bumi. Maka jadi pengsanlah Adarayasa tiada khabarkan dirinya lalu rebah maka sekira-kira didakap oleh Malaka Al Mawata akan Adarayasa. Setelah sembuhlah ia daripada pengsannya maka ujar Izrail “Tiadakah sudah kukata akan dikau bahawa tiada dapat engkau melihat azab Allaha api neraka itu” maka sahut Adarayasa “Tiada mengapa pada aku kerana takut aku akan tuhanku dan bertambah-tambah kasihku akan diri jua”.

Maka kembalilah keduanya dari sana maka kata Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Hai kekasihku ada suatu lagi kehendakku kepadamu”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Apa pula kehendakmu itu katakanlah kepada aku. Bahawasanya Allaha jua yang menyampaikan segala kehendakmu itu” maka ujar Adarayasa “Bahawa aku hendak melihat syurga dari kerana neraka pun telah kulihat sudah akan dia menilik syurga juga yang belum kulihat lagi supaya hamba lihat barang yang telah dianugerahkan Allaha Taa’laya akan segala hambanya daripada segala kemuliaan dan berbagai-bagai nikmat dalamnya”. Maka kata Malaka Al Mawata “Marilah kita pergi”.

Hataya pergilah keduanya ke pintu syurga setelah sampailah keduanya maka ujar Malaka Al Mawata “Hai Malaka Radhowaana, bukakan kamu pintu syurga ini” maka sahut yang menunggui pintu syurga itu “Siapa yang di luar pintu ini serta dibawa mereka itu segala pakaian syurga kerana di sangka mereka itu kalau di titahkan Allaha Taa’laya seorang masuk syurga”. Maka segala anak bidadari pun berlari-larian mendengar suara malaikat yang mengawal syurga itu bertanya kepada Malaka Al Mawata yang diluar pintu itu.

Maka kata Izrail “Akulah Malaka Al Mawata” serta di dengar mereka itu nama Malaka Al Mawata itu maka gugurlah barang yang ada pada tangan mereka itu daripada segala pakaian yang dibawa mereka itu maka ucap mereka itu Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana, bahawa engkau ini di titahkan Allaha Taa’laya kemari ini akan mengambil nyawa kamikah?”. Maka ujar Malaka Al Mawata “Tiada aku di titahkan Allaha Taa’laya akan mengambil nyawa kamu dan jika sekiranya aku di titahkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya aku mengambil nyawa kamu nescaya tiada kupertangguh barang seketika jua pun melainkan kukerjakan juga titah tuhanku itu tetapi datang aku kemari ini membawa seorang laki-laki hamba daripada antara segala hamba Allaha yang banyak”. Maka sahut mereka itu “Benarlah kata tuan hamba kami pun tahu akan tempatnya itu di dalam syurga”.

Hataya maka dibukakannya pintu syurga itu maka masuklah nabi Adarayasa ke dalam syurga maka dilihatnya dua sungai mengalir airnya terlalu juga deras dan terlebih putih daripada susu dan rasanya lebih manis daripada air madu dan ada pada tebing sungai itu pohon kayu batangnya daripada emas dan cawangnya daripada manikam dan buahnya daripada mutiara jenis sekelian. Maka ujar Adarayasa akan Malaka Al Mawata “Beri izin aku minum air ini dan mengambil air sembahyang aku pada suatu sungai itu supaya kusembahyang dua rakaat salam dan mengucap syukur aku akan nikmat tuhanku”. Maka sahut Malaka Al Mawata “Minumlah oleh tuan hamba” maka di minum Adarayasa air itu daripada susu itu dan mengambil air sembahyang daripada air madu itu maka mengucap syukurlah Adarayasa akan Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu ia sembahyang dua rakaat salam ia sembahyang maka ia berbaring-baring di bawah pohon kayu di dalam syurga itu. Maka kain selimutnya pada cawang pohon kayu itu.

Hataya maka tidurlah ia setelah jaga daripada tidurnya maka ujar Izrail “Marilah kita kembali” maka Adarayasa pun bangkit lalu berjalan hingga ke pintu syurga. Maka katanya kepada Malaka Al Mawata “Hai kekasihku bahawa kain selimut hamba tertinggal pada cawang pohon kayu itu. Nantilah hamba seketika di sini hamba pergi ambil kain hamba itu” maka kata Malaka Al Mawata “Pergilah tuan hamba”. Hataya maka pergilah Adarayasa mengambil kain selimut itu. Setelah sudah di ambilnya lalu ia berjalan-jalan pada tepi sungai itu maka Malaka Al Mawata pun datang kepada Adarayasa katanya “Marilah pulang”.

Maka sahut Adarayasa “Tiadalah aku mahu keluar didalam syurga ini dan sinilah aku berbuat ibadat akan tuhanku hingga datang kepada hari kiamat”. Maka kata Izrail ”Tiada berani hamba meninggalkan tuan hamba di dalam syurga ini dengan tiada izin Allaha Taa’laya kerana belum lagi segala anak Adam masuk syurga. Sungguhpun tuan hamba tertentu masuk syurga tiada sekarang melainkan pada tatkala sudah hari kiamat dan dikirai Allaha Taa’laya segala amalan kemudian daripada melalui atas neraka dan kemudian daripada mati maka boleh masuk syurga kekallah tuan hamba di dalam syurga”.

Arakian maka sahut Adarayasa “Ya Izrail jika tuan hamba katakan belum mati telah sudah hamba rasai mati kerana firman Allaha Taa’laya mati itu sekali jua tiada dua kali dan jika di kata hingga melalui neraka maka dapat masuk syurga. Bahawa akan hamba telah melihat neraka maka tiadalah hamba mahu keluar dari dalam syurga ini dan lagipun tiada dengan kuasa tuan hamba dan yang mengahwan syurga ini masukkan hamba ke dalam syurga ini dan mengeluarkan hamba daripadanya melainkan dengan kuasa tuhanku jua dan lagi tiada kuasa tuan hamba mengambil nyawa hamba dan berperolehkan kepada hamba api neraka itu melainkan dengan kehendak tuhan jua”.

Hataya maka datang firman Allaha Taa’laya “Ya Izrail, sebenarnyalah kata hambaku itu bahawasanya tiada kuasa engkau merasakan mati aka dia dan tiada kuasa engkau memasukkan dia ke dalam syurga dan mengeluarkan dia daripadanya. Biarkanlah hambaku Adarayasa itu diam di dalamnya. Sa-nya bahawa syurga itu akan tempat segala hambaku yang berbuat ibadat akan daku maka itulah balasnya lagipun sahaja tempatnya jua di dalam syurga itu. Maka suruhkan ia pergi diam pada tempatnya yang kutaruhkan ia itu seperti firman Allaha Taa’laya Yaa Adanaya Qoda Faa’la Wa Yaasaraya Qodakhola. Sebenarnya kata hambaku Adarayasa itu sa-nya tempatnya yang kekal di dalam syurga itu. Biarkanlah ia diam di dalamnya”.

Maka tatkala di dengar Malaka Al Mawata firman Allaha Taa’laya itu maka ujar Izrail “Ya Adarayasa, adakah tuan hamba dengar firman Allaha?” maka sahut Adarayasa “Bahkan hamba dengar seperti firman Allaha Taa’laya Ana Hazaha Al Hanaana Haramata A’laya Al Anabayaa Hataya Yadakhola Khoatama Al Anabayaa Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama, Bahawasanya syurga itu haram atas segala nabi masuk di dalamnya jika belum lagi masuk Khotama Al Anabayaa Mahamada Rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Qoala Allaha Taa’laya Wa Azakara Faya Al Kataaba Adarayasa Anaha Kaana Shodayaqoa Nabayaa Wa Rafadhonaaha Masakaanaa A’layaa ertinya Telah kami sebutkan padamu ya Mahamada hikayat Adarayasa bahawasanya adalah ia daripada orang yang benar lagi nabi dan kami angkatkan akan dia kepada tempat yang tinggi.

Adapun Adarayasa tatkala sudah ia pergi melihat tempatnya di dalam syurga itu maka firman Allaha Taa’laya “Hai hambaku Adarayasa kerana di dalam syurga ini bukan tempat berbuat ibadat melainkan tempat kesukaan jua dan tempat mengadap ke hadrat tuhanmu maka apabila sudah kau lihat tempatmu itu pergilah engkau adapun kepada langit yang tujuh itu. Disanalah engkau mengucap tasbih akan daku itulah akan mengiang akan dikau seperti segala malaikatku sekelian. Pujilah olehmu akan daku dan berbuat ibadatlah engkau kepada aku hingga kepada hari kiamat. Hataya maka pada tempat itulah nabi Allaha Adarayasa A’layaha Al Salama terhantar sekarang.

Bermula segala anak cucu Adarayasa yang tinggal di dalam dunia sekeliannya bercinta dengan tangisnya akan bapanya Adarayasa kerana bercerai dengan dia itu. Maka ada seorang anaknya Manawa Sakaha namanya dan ialah yang sangat bercintakan bapanya. Pada suatu hari datang Iblis a’layaha laa’nata berkata ia akan anak Adarayasa “Jika kamu hendak akan menetapkan hati kamu daripada percintaan kamu oleh bercerai dengan bapa kamu itu. Maka kamu perbuatlah olehmu seperti rupa bapa kamu maka tiap-tiap hari kamu kunjungi dengan kamu puji akan dia. Jangan lagi gholi daripada mengunjungi dia”. Maka diperbuat mereka itulah seperti pengajaran Iblis itu maka makin bertambahlah sesat mereka itu hingga datang kepada anak cucu mereka itupun menurut mereka itu perbuatan Mahalayala mengikut kata Iblis itu hingga makin banyaklah segala anak cucu Adam menyembah berhala. Tiadalah di dalam bumi seorang jua pun menyembah Allaha Sabahana Wa Taa’laya dan beberapa lamanya hingga kepada empat ratus tahun maka di jadikan Allaha Taa’laya Nawaha(Nuh) A’layaha Al Salama akan mengajar mereka itu jangan menyembah berhala dan sembah oleh kamu Allaha tuhanmu yang esa seperti menyembah bapa kamu Adam A’layaha Al Salama.           

Sumber : Kitab Al Qoshosho Al Anabayaa

No comments:

Post a Comment