Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, May 3, 2012

Sadarata Al Manatahaya & Kejadian Jin


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Fasal pada menyatakan peri kejadian Sadarata Al Manatahaya

Seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama di dalam kisah Mikraj Tsama Rafaa’ta Alaya Sadarata Al Manatahaya Faraayatahaa Matsala Qolaala Hajara Wa Raqohaa Matsala Azaana Al  Qolayata ertinya di naikkan aku ke atas pohon Sadarata Al Manatahaya tatkala itu kulihat besar pohonnya seperti kubah di Makah dan daunnya seperti telinga gajah. Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya Sadarata Al Manatahaya itu di bawah Arash dan di atas kepada malaikat yang menanggung Arash. Hingga itulah sampai pengetahuan segala  makhluk dan barang yang di belakangnya itu tiada mengetahui seorang daripada makhluk jua melainkan Allaha  Taa’laya jua seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Kabanayara Al Raakaba Faya Zhola Al Fayala Maata A’ama Wa Yabathola Faya Al Fayana Manahaa Maata Al Fayana Mana Alafa Raakaba Famanahaa Faraasha Mana Zahaba Wa Maa Ahada Mana Kholaqo Allaha Ana Yashofahaa Hasanahaa ertinya adalah luas naung suatu cawang daripada Sadarata Al Manatahaya itu sekira-kira seratus tahun perjalanan kuda yang pantas dan adalah dapat bernaung di bawahnya seribu orang yang berkenderaan dan adalah di bawahnya hamparan daripada emas maka tiada dapat seorang daripada makhluk memberi lazat akan Taa’laya itu memperikan keelokannya.

Kata Maqoatala bahawasanya adalah di atas Sadarata Al Manatahaya itu beberapa daripada perhiasan dan pakaiannya yang indah-indah dan yang berbagai-bagai rupa dan warnanya dan jikalau luruh sehelai daun kepada bumi nescaya penuhlah daripada pakaian daripada bumi iaitulah yang bernama Shajarata Thowabaya yang di sebutkan Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Thowabaya Lahama Wa Hasana Maaba ertinya adalah segala isi syurga itu merasai nikmat pohon kayu itu dan adalah sebaik-baik tempat perhentian. Dan firmannya yang tersebut di dalam Qoraana A’nadahaa Janata Al Maawaya Aza Yaghoshaya Al Sadarata Maa Yaghoshaya ertinya di sisi Sadarata Al Manatahaya itu syurga yang bernama Janata Al Maawaya.

Kata Abana A’basa iaitulah tempat kesudahan sampai Jibril A’layaha Al Salama dan segala malaikat. Kata Maqotala iaitulah tempat daripada kediaman daripada segala orang yang syahid dan adalah beberapa daripada segala malaikat yang serupa dengan unggas dan yang berlain-lainan rupanya dan di atas tiap-tiap daunnya itu seorang malaikat berdiri mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya. Dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya adalah pohon kayu Sadarata Al Manatahaya itu daripada mutiara yang putih dan segala cawangnya itu daripada zabarjad yang hijau dan daripada yaakut yang merah dan sama tengah batangnya itu daripada zamrud dan adalah daunnya daripada sanadasa iaitu daripada kain sutera yang hijau bertelepuk dengan emas yang merah dan adalah ia di hiasi dengan indah-indah perhiasan daripada mutiara dan adalah baginya tujuh cawang yang amat elok daripadanya daripada berbagai-bagai jenis.                                                          

Fasal pada menyatakan kejadian Jana (Jin)

Adapun jin itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada api seperti kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan api yang tiada asap baginya api itu lain daripada api yang di dalam dunia ini dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan jin itu amat besar kejadian dan di nama akan dia Maaraja seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Kholaqo Al Jaana Mana Maaraja Mana Naara ertinya di jadikan Allaha Taa’laya jana itu daripada lidah api yang nyala iaitulah bapa segala jana. Kata Dhohaaka bahawasanya jin itu ialah Abalayasa (Iblis) dan kejadiannya semata-mata daripada lidah api yang tiada berasap dan tatkala awalnya ialah martabat malaikat dan namanya A’zaazayaqo (Azaziq) daan tatkala di murkai Allaha Taa’laya akan dia di ubahkan namanya akan Iblis seperti yang tersebut di dalam Qoraana Kaana Mana Al Jana Fafasaqo A’na Amara Rabaha adalah Iblis itu daripada kaum jana maka derhaka ia akan suruh tuhannya iaitulah takbur daripada menyembah nabi Allaha Adam maka tukarlah rupanya dengan rupa jin.

Di jadikan Allaha Taa’laya seorang isterinya maka di namai akan dia Khoaraja maka setubuhlah ia dengan dia maka di namai akan dia jin. Dan adalah Iblis itu beranak pada tiap-tiap dua hari seorang maka di jadikannyalah keluarganya hingga penuh daripada segala dunia dan padang dan sekelian tempat yang campur dan najis dan lubang dan di jadikan Allaha Taa’laya masing-masing daripada rupanya dan dapat pula mereka itu merupakan dirinya barang rupa yang di kehendakinya seperti rupa binatang yang jinak dan liarnya atau yang melata atau lainnya daripada segala rupa. Maka tatkala penuhlah dunia ini dengan segala keluarganya Iblis itu maka titahkan Allaha Taa’laya mereka itu duduk pada langit yang pertama dan di suruhkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan mereka itu berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya.

Maka mereka itu pun duduklah ia berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya sekira-kira barang yang di kehendaki Allaha Taa’laya. Berapa lamanya maka meniliklah mereka itu ke bumi maka di lihat ada daripada bumi itu beberapa daripada segala binatang yang buas daripada unggas dan lainnya. Maka di pohonkan mereka itu akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya demikian bunyinya “Ya tuhanku, turunkan olehmu akan hambamu ini ke bumi” maka firman Allaha akan mereka itu “Hai sekelian jin turunlah kamu ke bumi serta berbuat ibadat dan janganlah kamu berbuat derhaka akan daku”. Maka mereka itu pun turunlah ke bumi dan adalah mereka itu tujuh puluh ribu. Maka mereka itu pun berbuat ibadatlah ia daripada bumi akan Allaha Taa’laya dengan sebenar-benar ibadatnya dan Iblis pun berbuat ibadatlah yang amat banyak ibadatnya bersama-sama dengan jin itu.

Maka Iblis di naikkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada tiap-tiap langit hingga di naikkan ia kepada langit yang ke tujuh. Maka ia pun sentiasalah menangis hingga tercenganglah Jibril dan Mikail A’layahama Al Salama daripada melihat sangat tangis itu maka berkatalah kedua itu bahawasanya ia di anugerahkan Allaha Taa’laya amat kuat pada berbuat bakti akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya tiada di anugerahkan seorang daripada malaikat seperti yang demikian itu.

Kemudian daripada itu beberapa masanya maka sekelian jin itupun berbuat derhaka akan Allaha Taa’laya dan bunuhlah sama sendirinya maka di suruhkan Allaha Taa’laya kepada mereka itu delapan ratus nabi Allaha di dalam delapan ratus tahun suruh mereka itu berperang dengan dia. Kemudian daripada itu maka di turunkan Allaha Taa’laya malaikat daripada langit yang pertama maka di halaukan oleh malaikat itu kepada suatu penjuru bumi maka berhimpunlah sekelian jin pada tempat itu.

Dan pada suatu riwayat bahawasanya jin itu daripada anak cucu jana dan iblis itu daripada anak cucu jin dan syaitan setengah daripada anak cucu iblis jua. Dan setengah daripada mereka itu makan dan minum dan beristeri dan setengah daripada mereka itu tiada makan dan tiada minum dan setengah daripada mereka itu berlain-lainan rupanya setengah dengan setengahnya seperti rupa manusia dan setengah seperti rupa ular dan setengah seperti rupa kuda dan setengah elok rupanya dan setengah seperti rupa anjing dan setengah seperti babi dan lainnya dan setengah terbang ia ke udara dan lainnya dan setengah mereka itu naik ia kepada langit itulah bagi syaitan.

Adapun jin itu atas rupa yang berlainan tetapi rupanya yang terlebih elok itulah terlebih baik daripadanya dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya adalah rupanya daripada tiga bahagi suatu bagi mereka itu seperti katanya seperti bagita pada asal kitab dengan tiada menyatakan rupanya Wa Allaha Aa’lama maka terbanglah ia ke udara dan kedua bahagi seperti rupa binatang yang melata dan ketiga bahagi rupanya seperti rupa manusia. Adalah bagi mereka itu tempat kediaman daripada rumah tangganya.

Dan adapun sebab di namakan Jana itu kerana terlindung daripada penglihatan mata manusia dan adalah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama pesuruh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi segala mereka itu mukmin masuk syurga dan yang kebanyakan daripada mereka itu isi neraka. Dan adalah bagi mereka itu umurnya amat panjang seperti kata Qoadhoya A’yaadho cerita daripada Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha katanya adalah pada suatu hari duduk kami pada majlis rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiba-tiba datang seorang tua dan adalah pada tangannya suatu tongkat memberi salam ia kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sahut nabi akan salamnya serta ia bersabda baginya “Naik engkau hai jin. Apalah umpama engkau?”. Maka sembahnya “Ya nabi Allaha, hamba ini Namaamada abana Hayatama abana Laanasa abana Abalayasa (Iblis). Adalah hamba ini bertemu dengan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama dan sekelian nabi yang lain”.

Dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya jin itu beberapa kaum dan berlainan-lainan mazhabnya. Suatu kaum daripada mazhab Qodarayaha (Qodariah) dan setengah daripada mazhab Marajayaha (Marjiah) dan setengah daripada mazhab Raafaa’yaha (Rafiah) dan lainnya daripada yang tersebut itu banyak lagi dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya adalah seorang daripada jin bersahabat dengan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan adalah ia tempat kediamannya di negeri Nashobaya iaitu suatu tempat daripada negeri Sham dan jin daripada negeri itu amat banyak tiada di ketahuilah bilangannya dan penghulunya inilah.

Dan pertama-tama pesuruh yang di suruhkan oleh Iblis membawa khabar daripada perkataan malaikat yang di awan kemudian maka di lontar oleh malaikat akan dia maka sekelian jin itupun larilah ia dan sembilan orang mereka lalu mereka itu di sisi Kaa’bata Allaha dan kata setengah tujuh orang maka di dengarnyalah nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama membaca Qoraana di sisi Kaa’bata. Maka meraka itupun datanglah bagi nabi kerana elok bacaan itu dan baik pendengarannya maka ia pun masuklah pada agama Asalama serta sembahkan “Ya rasul Allaha, adakah makanan hamba dan adalah makanan kenderaan hamba”. Maka sabdanya “Adalah makanan kamu tiap-tiap segala tulang yang di sembelih dan makanan kenderaan kamu katayana maka tegah oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama istinja dengan tulang dan katayana kerana makanan saudara kamu tiadalah fakir panjangkan kalam.

Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)

No comments:

Post a Comment