Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Qola Ana Solataya Wa Nasakaya Wa Mahayaya Wa Mamataya Lalaha Roba Al A'lamayana (162) Laa Sharoyaka Laha Wa Bazalaka Amarota Wa Anaa Awala Al Masalamayana (163) Al Anaa'ma

Monday, May 7, 2012

Syurga Dan Anak Bidadari


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Fasal pada menyatakan peri kejadian syurga

Kata setengah daripada a’lama bahawasanya syurga itu pintunya pertama Janata Al Kholadaya iaitu daripada permata yang merah. Keduanya Janata Al Faradawasa daripada emas yang merah, ketiga Janata Al Maawaya iaitu daripada zabarjad yang hijau, keempat Janata A’dana iaitu daripada mutiara seperti firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam Qoraana Wa Lamana Khoafa Rabaha Janataana ertinya barangsiapa takut akan kebesaran tuhannya maka iaitu baginya dua syurga. Dan lagi firmannya Wa Mana Dawana Hamaa Janataana ertinya dan lain daripada keduanya itu dua syurga pula dan tiap-tiap dua syurga itu dua pintunya.

Kata setengah a’lama bahawasanya syurga itu delapan perkara pertama Daara Al Janaana namanya dan suatu riwayat Daara Al Jalaala namanya iaitu daripada mutiara yang putih iaitu tempat segala hambanya yang taubat baginya. Dan yang ke dua Daara Al Salama namanya iaitu daripada yaakut yang merah iaitulah akan tempat kediaman hamba yang sabar baginya. Dan yang ketiga Janata Al Maawaya namanya iaitu daripada zabarjad yang hijau iaitulah akan tempat kediaman sekelian hambanya yang sangat takut akan Allaha Taa’laya. Dan yang keempat Janata Al Kholadaya namanya iaitu daripada pualam yang merah dan pada suatu riwayat daripada emas yang merah iaitulah akan tempat sekelian hamba Allaha yang takut akan Allaha Taa’laya.

Dan yang kelima Janata Al Naa’yama iaitu daripada perak yang putih iaitulah tempat kediaman sekelian hambanya yang kasih sayang akan Sabahanaha Wa Taa’laya. Dan yang keenam Janata Al Faradawasa iaitu daripada emas yang merah iaitulah akan tempat kediaman sekelian hambanya yang redha akan qodhanya. Dan yang ketujuh Janata Al Qoraara iaitu daripada kasturi yang amat harum baunya iaitulah akan tempat sekelian hambanya yang kasih akan tuhan. Dan yang kedelapan Janata A’dana iaitu daripada mutiara yang putih iaitulah akan tempat segala hambanya yang rawafa dan ialah yang terlebih tinggi di atas syurga dan di bawah Arash Al Rahman yang bagai-bagai nikmatnya yang tiada pernah di lihat oleh mata dan tiada pernah di dengar oleh telinga dan tiada bergerak di dalam hati segala manusia.

Dan kata segala a’lama iaitulah bernama Daara Al Akhorata dan ialah bernama Hadhorata (Hadrat) Allaha yang tiada berkesudahan dan iaitulah yang di jadikan Allaha Taa’laya dengan tangan kudratnya seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Ana Allaha Kholaqo Janata A’dana Bayadaha Wa A’rasha Shajarata Thowabaya Bayadaha Wa Kholaqo Adama Bayadaha Wa Kataba Al Tawaraata Bayadaha ertinya bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan syurga Janata A’dana sabitlah dengan tangan kudratnya dan menanamkan pohon kayu Thowabaya itu dengan tangan kudratnya dan menjadikan Adam dengan tangan kudratnya dan menyuratkan Taurat dengan tangan kudratnya.

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha adapun pintu syurga itu delapan pintunya dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada emas yang di tatahkan dengan mutiara manikam dan tersurat di atas pintu yang pertama Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha iaitulah segala pintu anabaya sekelian nabi Allaha yang marasala dan syuhada dan segala awalaya nya. Dan pada pintu yang kedua masuk sekelian hambanya yang sembahyang yang memeliharakan rukunnya dan syaratnya. Dan pada pintu yang ketiga masuk ke dalamnya segala hambanya yang memberi zakat dengan kesukaan hatinya. Dan pintu yang keempat masuk padanya sekelian orang yang mengerjakan A’mara Ba Al Maa’rawafa Wa Nahaya Al Manakara. Dan pada pintu yang kelima masuk ke dalamnya sekelian orang yang tiada berbuat aniaya dan orang yang menahani dirinya daripada hawa dan nafsu. Dan pintu yang keenam masuk ke dalamnya sekelian orang yang naik haji dan umrah. Dan pada pintu yang ketujuh masuk kepadanya sekelian hambanya yang perang sabil Allaha. Dan pintu yang kedelapan masuk padanya sekelian orang yang memeliharakan daripada penglihatnya yang haram dan sekelian orang yang berbuat kebajikan dan berbuat bakti bagi dua ibubapanya dan orang yang berkasih-kasih daripada segala kaum keluarganya.

Shahdan bahawasanya adalah daripada syurga itu luasnya seperti firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam Qoraana Wa Saaraa’waa Alaya Maghofarata Mana Raba Kama Wa Janata A’radhohaa Al Samawaata Wa Al Aradho Aa’data Lalamataqoyana ertinya bersegeralah kamu kepada ampunan tuhan kamu dan kepada syurga yang luas seperti tujuh petala langit dan bumi dan segera akan bagi segala yang takut akan Allaha Taa’laya. Tiada siapa yang mengetahui luasnya itu hanya Allaha Taa’laya jua dan adalah bagi syurga itu seratus pangkat antara suatu pangkat kepada suatu pangkat lima ratus tahun perjalanan dan adalah bagi syurga itu tujuh sungai.

Pertama sungai yang bernama Janata A’dana maka kedua tebing sungai itu daripada emas yang merah dan luasnya antara dua tebing itu seperti antara langit dan bumi dan dindingnya yang di susunkan daripada bata emas dan bata perak dan rumputnya daripada kasturi yang harum dan ambar dan zafran dan biliknya daripada mutiara yang putih dan setengah daripada yaakut yang merah dan pintunya daripada manikam. Dan adalah di dalam syurga itu suatu sungai yang lain bernama Kawatsara yang mengalir airnya kepada segala syurga yang lain iaitu sungai nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama seperti firmannya di dalam Qoraana Anaa Aa’thoyanaaka Al Kawatsara ertinya kami anugerahkan akan Mahamada sungai Kawatsara iaitu airnya amat putih daripada air sungai daripada susu dan airnya terlebih manis daripada madu dan adalah kedua pihak daripada tebingnya itu daripada merah yang di tatahkan daripada bagai manikam yang indah-indah rupanya dan daripada kedua pihak tebingnya itu himat daripada mutiara yang putih dan setengah daripada yaakut yang merah dan adalah seperti sabdanya Hawadhoya Masayarata Shahara Wa Maawaha Abayadho Mana Al Labana Wa Rayahata Athoyaba Mana Al Masaka Wa Kayazaanaha Kanajawama Al Samaa Mana Yasharaba Manaha Falaa Yazhomaa Abadaa ertinya bahawasanya sungai Kawatsara lintangnya sebulan perjalanan dan airnya amat putih daripada air susu dan baunya terlebih harum daripada kasturi dan pencabangnya itu seperti banyak bintang daripada langit. Barang siapa meminum akan dia nescaya tiadalah dahaga selama-lamanya.

Keduanya sungai bernama Rahamata tebingnya daripada mutiara dan airnya terlebih putih daripada embun dan terlebih manis daripada madu. Dan ketiga sungai bernama Kaafawara dan keempatnya sungai bernama Tasalayama dan kelimanya sungai bernama Salasabayalaa dan keenamnya sungai bernama Rahayaqo Makhotawama dan ketujuh sungai bernama Zanajabayala dan lagi pula empat sungai seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Fayahaa Anahaara Mana Maa Ghoyara Asana Wa Anahaara Mana Khomara Lazata Lalashaara Bayana Wa Anahaara Mana A’sala Mashofaya ertinya adalah daripada syurga itu sungai yang jernih dan sungai daripada air susu yang tiada berubah citarasanya dan sungai daripada khamar yang terlalu amat lazat bagi yang meminum akan dia dan sungai daripada air madu yang amat hening dan lagi pula daripada beberapa yang tiada terkira-kira banyaknya bilangannya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian daripada Hawara Al A’yana itu segala anak bidadari

Seperti yang tersebut di dalam hadis bahawasanya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada cahaya dan adalah warnanya muka bidadari itu empat warnanya setengah putih mukanya dan setengah hijau warna mukanya dan tubuhnya daripada zafran dan ambar dan kafur dan bau rambutnya yang amat harum seperti bau bunga lawang. Dan daripada jari kakinya hingga lututnya daripada zafran yang terus dan kedua lututnya hingga sampai kepada tangannya daripada kasturi dan daripada kedua tangannya hingga kepada tengkoknya daripada ambar dan daripada tengkoknya hingga kepalanya daripada kafur dan jikalau berludah ia ke dalam dunia ini nescaya penuhlah dunia daripada kasturi dan adalah tersurat pada dadanya nama suaminya dan suatu Asama Allaha Taa’laya dan tiap-tiap pada sebelah tangannya memakai sepuluh gelang daripada emas dan pada tiap-tiap sepuluh jarinya dan kakinya memakai sepuluh kerincing daripada manikam dan mutiara dan adalah ia memakai tujuh lapis baju yang berbagai-bagai warna maka kelihatanlah warna kulit di luar pakaiannya itu terus-menerus daripada sangat-sangat halus.

Dan adalah ia bugar selama-lamanya jua seperti firman Allaha Taa’laya tersebut di dalam Qoraana Wa Hawara A’yana Kaamatsaala Al Lawalawa Al Makanawana ertinya di dalam syurga itu bidadari yang tiada menyentuhkan akan dia seorang dan adalah seperti mutiara yang di dalam andangnya. Dan lagi firmannya Fayahana Qoaashoraata Al Thorafa Lama Yathomashahana Anasa Qobala Hama Wa Laa Jaana ertinya adalah di dalam syurga itu beberapa bidadari tiada ia menilik seorang jua pun lain daripada suaminya dan tiada ia haid dan nifas dan tiada setubuh dengan dia seorang dahulu daripada suaminya daripada jin dan manusia.

Dan lagi firmannya Kaanahana Al Yaaqowata Wa Al Marajaana ertinya bidadari itu sekelian gilang-gemilang seperti cahaya rupa marjan dan suatu jenis daripada bidadari di jadikan Allaha Taa’laya daripada kasturi dan ambar dan di hadir dengan air Maa Al Hayaata maka sekelian bidadari yang lainnya itu berahi melihat akan dia rupanya dan jikalau di ludah ke dalam laut dunia ini nescaya jadi manislah air laut dan tersurat di atas dadanya nama suaminya dan barang siapa berahi akan daku maka hendaklah ia berbuat kebaktian akan tuhanku.

Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tatkala di jadikan Allaha Taa’laya syurga Janata A’dana itu dengan sempurnanya kejadian maka tatkala di titahkan Allaha Taa’laya  akan Jibril A’layaha Al Salama demikian kataanya “Hai Jibril pergi engkau masuk ke dalam syurga Janata A’dana maka lihatlah nikmat yang di anugerah akan sekelian hambaku yang awalaya”. Maka Jibril pun pergilah masuk ke dalam syurga lalu berjalan ke dalamnya maka terpandanglah seorang daripada bidadari di dalam mahligainya maka tersenyum ia kerana melihat Jibril. Maka jadilah syurga Janata A’dana itu pun penuhlah dengan cahaya daripada cahaya giginya. Di lihat Jibril cahaya itu lalu ia sujudlah akan Allaha Taa’laya kerana pada sangkanya itu bahawa cahaya daripada Raba Al A’lamayana maka di panggil oleh bidadari demikian bunyinya “Yaa Amayana Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya angkatkan olehmu akan kepala tuan hamba”. Maka Jibril pun mengangkatkan akan kepalanya lalu ia menilik kepada bidadari itu serta katanya “Sabahaana Alazaya Kholaqoka” ertinya maha suci tuhan yang menjadikan akan dikau. Maka sahut bidadari itu “Yaa Amayana Allaha Taa’laya bahawasanya tiada tuhan hamba akan siapa hamba ini di jadikan Allaha Taa’laya”. Maka di tanya Jibril akan siapa tuan hamba jua adanya maka sahut bidadari itu “Hambalah ini akan isteri bagi barang siapa meninggalkan daripada hawa nafsu dengan menuntut akan redha Allaha Taa’laya.

Dan lagi sabda nabi Allaha A’layaha Wa Salama Adanaya Ahala Al Janata Manazalata Alazaya Laha Tamaanawana Alafa Khoadama Wa Atsanataana Wa Sabaa’wana Zawajata Wa Tanashoba Laha Qobata Mana Lawalawa Wa Zabarajada Wa Yaaqowata Kamaa Bayana Al Jaalayata Alaya Shonaa’a ertinya sekurang-kurang orang yang mukmin yang isi syurga itu adalah baginya tempat kediaman yang ada  baginya delapan puluh khadam dan tujuh puluh dua isteri daripada bidadari dan anugerah ia Allaha Taa’laya akan dia suatu kubah daripada mutiara dan zabarjad dan yaakut adalah luasnya seperti antara negeri Jaabayata dan Shonaa’a.

Dan lagi sabda nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Yanazhora Al Rajala Alaya Wajahahaa Wa Wajahaha Faya Khodahaa Ashofaya Mana Al Maraata Wa Lawalawa A’layahaa Maa Bayana Al Masharaqo Wa Al Maghoraba ertinya lagi akan menilik laki-laki yang isi syurga kepada muka isterinya maka kelihatanlah muka suaminya di dalam pipi isterinya yang daripada bidadari seperti cermin dan sekurang-kurang mutiara yang di pakainya itu cahayanya menerang antara Masyrik ke Maghrib dan adalah mereka itu setubuh dengan segala bidadari dan isterinya yang di dalam dunia ini.

Shahdan bahawasanya isterinya yang dalam dunia ini itulah penghulu sekelian bidadari jikalau ia taat akan Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam dunia ini seperti sembahyang dan puasa dan jikalau tiada ia taat akan Allaha maka bidadari itulah penghulunya dan adalah mereka itu senantiasalah makan dan minum seperti adat di dalam dunia ini tetapi tiada ia qodha hajat kecil atau besar hanya keluar daripada peluh dan adalah bau orang yang isi syurga itu terlebih harum daripada kasturi seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Ana Ahala Al Janata Yaakawana Wa Yanafakahawana Tsama Yashoyara Thoa’ama Hama Wa Sharaaba Hama Rayahaa Karayaha Al Masaka ertinya bahawasanya sekelian isi syurga itu makan mereka itu akan segala buah-buahan maka jadilah makanan dan minuman mereka itu bau-bauan seperti kasturi.

Dan lagi firmannya Fayahamaa Faakahata Wa Nakhola Wa Ramaana ertinya adalah di dalam syurga itu beberapa buah-buahan maka jadilah makanan dan minuman mereka itu bau-bauan seperti kasturi lagi firmannya Fayahamaa Faakahata Wa Nakhola Wa Ramaana ertinya adalah di dalam syurga itu beberapa buah-buahan daripada kurma dan delima terlebih besar daripada mazana dan terlebih putih daripada air susu dan terlebih manis daripada air madu dan terlebih lembut daripada kepala dadih dan adalah di dalam syurga itu sekelian buah-buahan yang  ada di dalam dunia ini hingga buah pada nading sekalipun tetapi adalah buahnya amat manis.

Dan lagi firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Ashohaba Al Yamayana Maa Ashohaba Al Yamayana Faya Sadara Makhodhowada Wa Tholaha Manadhowada Wa Zhola Mamadawada Wa Maa Masakawaba Rafaa’kahata Katsayarata Laa Maqothowaa’ta Wa Laa Mamanawaa’ta Wa Farasa Marafawaa’ta ertinya adalah orang isi syurga itu makan buah bidara yang tiada berdaun dan tiada berduri dan tiada berkulat makan mereka itu pisang yang bertanduk dan adalah mereka itu di dalam naung yang senantiasalah mereka itu meminum air yang mengalir lagi jernih ia dan berapa daripada bagai buah-buahan yang tiada berputusan masanya dan lagi adalah bagi mereka itu beberapa hamparan yang berlapis-lapis seperti antara langit dan bumi tingginya.

Apabila adalah sekelian isi syurga itu hendak tidur maka jadi rendahlah ia akan dirinya apabila bangkitlah ia daripada tidurnya maka hamparan itu seperti dahulu kalanya. Dan lagi firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Anaa Anashaa Naahana Anashaa Fajaa’lanaa Hana Abakaara Aa’rabaa Anaraabaa ertinya bahawasanya kami jadikan akan segala perempuan yang mukmin isi syurga itu bugar dan muda. Dan lagi sabda nabi  Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Yadakhola Ahala Al Janata Laa Lahayata Lahama Jaradaa Maradaa Bayadhoa Jaa’adaa Makahalayana Abanaa Tsalaasa Wa Tsalaatsayana Sanata A’laya Kholaqota Adama Thowalaha Satawana Zaraaa’a Faya Sabaa’ta Azaraa’ ertinya lagi akan di masukkan segala isi syurga dengan tiada berjanggut dan bermisai dan tiada beroma tubuhnya dan putih warnanya dan bercelak kedua matanya seperti orang yang muda yang umur tiga puluh tiga tahun dan di jadikan panjang seperti panjang nabi Allaha Adam iaitulah enam puluh hasta dan lebar dadanya tujuh hasta.

Sekali sepertua datang seorang perempuan kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama demikian katanya “Minta doa akan tuhan hamba kepada Allaha Taa’laya barang di masukkan hamba ke dalam syurga”. Maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Ya Ama Falaana Ana Al Janata Laa Tadakholahaa A’jawaza ertinya hai ibuku bahawasanya tiada di masukkan ke dalam syurga itu orang yang tuha”. Kata riwayat demi di dengar perempuan itu sabda rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama lalu ia kembalilah serta dengan tangis maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Orang yang ada sisinya cerita olehmu akan perempuan yang tuha itu bahawasanya tiada di masukkan ke dalam syurga itu melainkan di mudakan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan dia maka ia pun masuklah kepada syurga itu”.          

Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)

No comments:

Post a Comment