Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, May 13, 2012

Sistem Cakerawala


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Fasal pada menyatakan peri kejadian matahari dan bulan dan bintang

Kata Wahaba abana Manabaha bahawasanya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya matahari itu daripada cahaya Arash yakni suatu suku daripada tujuh puluh ribu suku daripada cahaya Arash dan pada suatu riwayat matahari itu jenis daripada manikam dan bulan daripada cahaya Arash. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawasanya matahari itu besarnya tiga ratus enam puluh perasakho dan bulan itu besarnya empat perasakho dan pada suatu riwayat bahawasanya adalah besar matahari itu seperti dunia ini dan bulan demikian jua jikalau tiada besar seperti demikian itu nescaya tiadalah kelihatan di dalam segala tempat ini.

Kata ahli Al Mufasirin bahawasanya matahari itu pada langit yang keempat dan bulan itu daripada langit yang pertama dan adalah muka keduanya itu ke atas dan belakangnya kepada dunia ini dan besar matahari itu tiga ratus kian dunia ini dan bulan seperti dua puluh kian dunia ini. Dan pada suatu riwayat bahawasanya matahari itu di atas suatu pedati yang bercakerawala dan bagi pedati tiga ratus enam puluh tali anak dan pada suatu tali anak itu menghela akan dia tiga ratus enam puluh daripada malaikat dan adalah di dalam langit pada pihak maghrib seratus delapan puluh mata air mendidih seperti mendidih air di dalam periuk dan pada pihak masyrik demikian juga. Dan pada suatu riwayat bahawasanya matahari dan bulan itu adalah keduanya di dalam putaran yang tiada berhenti apabila sangat lekas itu maka karamlah keduanya di dalam mata air lumpur itu maka jadilah gerhana keduanya.

Kata ahli mufasirin pada rajana firman Allaha Taa’laya Raba Al Samawaata Wa Al Aradho Wa Maa Bayanahamaa Wa Raba Al Masyaraqo ertinya tuhan tujuh petala langit dan bumi dan barang yang antara keduanya dan tuhan masyrik iaitu di jadikan Allaha Taa’laya bagi matahari itu tiga ratus enam puluh tingkat pada pihak masyrik dan tiga ratus enam puluh tingkat pada pihak maghrib sekira-kira banyak bilangan hari pada setahun maka terbitlah matahari itu pada tiap-tiap hari pada suatu tingkat maka tiada kembali matahari itu kepada tingkat tempat terbit itu melainkan hingga datang kepada tahun yang lain iaitulah segala masyrik dan maghrib seperti yang tersebut di dalam ayat ini.

Kata setengah a’lama yang arif BaAllaha adapun sebab matahari itu sentiasalah bulat tiada berlebih kurang kerana ia sentiasalah sujud di bawah Arash Allaha Taa’laya pada tiap-tiap malam maka jadilah ia sentiasalah ia bulat yang sempurna kerana sukanya yang demikian itu. Adapun bulan itu maka sebab ia berlebih dan kurang tiada di beri oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya sujud baginya melainkan pada malam empat belas jua daripada sebulan itu sehari bulan maka bertambah-tambahlah cahayanya pada tiap-tiap malam kerana kesukaan bahawa di anugerah ia Allaha akan dia sujud kepada malam empat belas itu. Kemudian daripada itu kuranglah ia kerana duka citanya kepada kesudahan bulan.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya hari kiamat di bawa oleh malaikat akan matahari dan bulan maka di buangkan keduanya ke dalam neraka dengan izin Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha pada rajana firman Allaha Taa’laya Azaa Al Shamasa Kawarata ertinya tatkala di hilangkan cahaya keduanya pada hari kiamat  maka di masukkan ke dalam laut maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada malaikat yang bernama Dabawara maka di buangkan keduanya maka jadilah api.

Shahdan bahawasanya adalah segala bintang di jadikan Allaha Taa’laya pada hari Ahad iaitu daripada jenis manikam yang tergantung daripada langit seperti pendil dan adalah besarnya seperti bukit yang maha besarnya di dalam dunia seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Hawa Alazaya Jaa’la Lakama Al Najawama Latahatadawaa Bahaa Faya Fasholanaa Al Ayaata Laqowama Yaa’lamawana ertinya dan ia tuhan yang menjadikan bagi segala bintang supaya beroleh petunjuk bagi kamu dengan dia pada zholamat laut dan darat.

Dan adapun sekelian bintang itu terbahagi atas tiga bahagi. Suatu bahagi tetap pada kediamannya tiada berkitar yakni keluar masuk, kedua bahagi daripadanya keluar masuk, ketiga bahagi daripada bintang itu berkitar dengan cakerawala seperti firman di dalam Qoraana Hawa Alazaya Kholaqo Al Layala Wa Al Nahaara Wa Al Shamasa Wa Al Qomara Kala Faya Falaka Yasabahawana ertinya dan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang menjadikan malam dan siang dan matahari dan bulan tiap-tiap sekeliannya itu pada cakerawala berkitarnya.

Maka tujuh bintang daripada tiga bahagi itu iaitulah bintang yang terbahagi yang besar lagi mulia itu bintang Qomara ertinya bulan tempat kediamannya pada langit yang pertama. Dan yang keduanya bintang A’thorada daripada kediamannya pada langit yang kedua. Dan yang ketiganya bintang Zaharata tempat kediamannya pada langit yang ketiga. Dan yang keempatnya bintang Shamasa ertinya matahari tempat kediamannya pada langit yang keempat. Dan yang kelima bintang Mashataraya tempat kediamannya pada langit yang kelima. Dan yang keenamnya bintang Marayakho tempat kediamannya pada langit yang keenam. Dan yang ketujuhnya bintang Zahala tempat kediamannya pada langit yang ketujuh.

Maka tujuh bintang yang tersebut itu di tetapkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada tiap-tiap langit maka adalah tiap-tiap suatu bintang itu di tentukan Allaha Taa’laya ia memerintahkan pada alam dunia ini seribu tahun lamanya. Maka ia bergantilah demikianlah tujuh bintang itu berganti-ganti pekerjaannya dan adalah perjalanan tujuh bintang itu berlain-lainan. Adapun hikmat Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan tujuh bintang ini di anugerahkannya akan dia kerajaan pada tiap-tiap langit itu supaya ia memerintahkan dunia ini. Maka pertama daripada bintang tujuh ini Qomara ertinya bulan tempat kediamannya keluarnya pada langit yang pertama maka ia diam pada tiap-tiap buruj tengah tiga hari maka di laluinya segala langit itu di dalam sebulan jua. Kedua bintang A’thoarada tempat keluarnya dan kediamannya pada langit yang kedua maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu lima belas hari maka di laluinya segala langit itu di dalam enam bulan. Ketiga bintang Zaharata tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang ketiga maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu dua puluh lima hari maka di laluinya segala langit itu di dalam sepuluh bulan jua.

Keempat bintang Shamasa tempat kediamannya dan keluarnya pada langit keempat maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu sebulan maka di laluinya segala langit itu di dalam setahun jua. Kelima bintang Marayakho tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang kelima maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu lima puluh hari maka di laluinya segala langit itu di dalam delapan belas tahun jua. Keenam bintang Mashataraya tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang keenam maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu dua puluh tiga bulan maka di laluinya segala langit itu di dalam tiga belas tahun jua. Ketujuh bintang Zahala tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang ketujuh maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu tengah tiga tahun maka di laluinya segala langit itu di dalam tiga puluh tahun jua.                                                                                                                  

Adapun segala bintang Sharayana ertinya yang tetap iaitu dua belas bintang bernama Barawaja (Buruj). Pertama Hamala dan Tsawara dan Jawazaa dan Sarathoana dan Asada dan Samabalata inilah buruj yang enam pada tiap-tiap pihak utara. Dan Mayazaana dan A’qoraba dan Qowasa dan Jadaya dan Dalawa dan Hawata dan inilah buruj yang pada pihak selatan. Maka dua belas buruj ini di kandungnya dua puluh delapan bintang yang bernama Manaazala ertinya segala tempat perhentian bulan iaitu pertama Sarathoyana dan Bathoyana dan Tsarayaa dan Dabaraana dan Haqoa’ha dan Zaraaa’ dan Natsaraha dan Baladaha Jabahata dan Zabaraha dan Shorafaha dan A’waa dan Shamaala dan Ghofara dan Zabanaya dan Akaayala dan Qothoba dan Saa’wada dan Akhobayaha dan Faragho Al Maqodama dan Faragho Al Mawakhora dan Bathona Al Hawata. Dan adapun matahari dan bulan dan segala bintang bertubuh jua tiada ia bernyawa.

Bermula segala langit yang delapan itu suatu daripadanya Karasaya (Kursi) bernama Falaka Al Tsawaabata perkitaran sekelian itu daripada Maghrib kepada Masyrik dan langit yang kesembilan bernama Falaka Al Atholasa dan Falaka Al Aa’zhoma iaitu Arash tiada padanya perkitarannya daripada Masyrik dan Maghrib dan segala bintang yang lain itu pada Karasaya jua. Shahdan adalah terlebih segala langit itu beberapa warnanya daripada sangat jernihnya kerana itulah kelihatan segala itu pada langit yang pertama itu dan adalah cahaya bulan itu daripada cahaya matahari jua sebab itulah maka ia terlebih kurang cahayanya itu.

Dan adapun segala langit dan segala bumi dan segala barang yang di dalamnya keduanya seperti biji sawi jua besarnya pada bintang bandingnya. Dan Karasaya itu pada bandingnya Arash seperti biji sawi jua. Maka adalah kejadian sekelian itu seperti umpama buah benara maka adalah segala pihak benara itu di atas jua dan di atas cakerawala itu iaitulah Aa’laya A’layayana dan di atas itu Arasha Al Rahamana dan di bawahnya itu langit yang pertama hingga lalu kepada langit dunia ini iaitulah meliput bumi ini tiada berhubung dengan sesuatu maka terhantar segala cakerawala itu di atas hawa dengan izin Allaha Taa’laya maka cakerawala sekelian langit itu terkitar seperti kirana jarga yang ternaknya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian Sahawa dan tahi bintang iaitulah lontar segala malaikat seperti firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya yang tersebut di dalam Qoraana Anaa Zayanaa Al Samaa Al Danayaa Bazayanata Al Kawaakaba Wa Hafazhoa Mana Kala Shayathoana Maarada Laa Yasamaa’wana Alaya Al Malaa Alaa A’laya Wa Yaqozafawana Mana Kala Janaba Dahawara Awa Lahama Azaaba Wa Ashoba Alaa Mana Khothofa Al Khothofata Faatabaa’ta Shahaaba Tsaaqoba ertinya bahawasanya kami hiasi langit dunia yang pertama itu dengan perhiasan bintang dan kami pelihara akan daripada tiap-tiap segala syaitan yang tiada menurut titah kami yang naik kepada langit hal keadaannya ia mendengar perkataan segala malaikat tetapi tiada kuasa mereka itu mendengar kata segala malaikat melainkan di curi mereka itu sepatah kata daripada perkataan segala malaikat dengan keluarnya daripada tiap-tiap pihak langit itu akan kuburnya daripada mereka itu dan adalah bagi mereka itu seksa sentiasalah iaitu terpancar-pancar daripada cahaya bintang yang sangat cemerlang di lontar akan dia oleh segala malaikat akan segala syaitan itu maka adalah cahaya bintang itu membunuh mereka itu atau tuannya itu di binasakan akan anggota mereka itu.

Fasal pada menyatakan peri kejadian awan

Adapun awan itu bertubuh yang lathoyafa (lathif) dan tempat kediamannya itu di udara seperti kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawasanya adalah awan itu bertubuh yang lathif yang hantar ia di udara dan di berinya segala tenteranya Mayakaa Yala (Mikail) dan apabila di suruhkan awan itu hampir pada bumi maka jadi kelamlah awan itu. Apabila di suruhkan awan itu tinggi ke udara maka jadi jernihnya ia maka apabila di kehendaki akan hujan pada suatu pihak bumi maka di titahkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan segala malaikat yang mengawal akan awan itu menghampirkan akan dia kepada pihak bumi itu maka jadi hujanlah ia kepada pihak bumi itu dan jikalau tiada awan itu sangat hampir kepada pihak bumi nescaya tiadalah sampai hujan kepada pihak bumi itu seperti yang tersebut di dalam perkataannya Arash iaitulah adanya.

Fasal pada menyatakan peri kejadian sejuk dan air beku dan air daripada embun

Adapun sekelian perkara itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya suatu bukit daripada sejuk dan air beku itu tiada mengetahui besarnya itu hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua dan adalah yang mengawali dia itu seorang malaikat. Apabila di kehendaki Allaha Taa’laya menurunkan sejuk dan air beku itu kepada pihak bumi maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan malaikat itu menurunkan akan dia maka jadilah embun dan hujan batu di sana dengan izin Allaha Taa’laya dan tiada turun daripada suatu titik daripada hujan itu melainkan dengan sukatannya dan timbangannya seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Yanazala Mana Al Samaa Mana Jabaala Fayahaa Mana Barada ertinya di turunkan akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada bukit yang di langit itu sejuk.

Fasal pada menyatakan peri kejadian kilat dan halilintar dan guruh

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawasanya sekali persetua datang sembah seorang laki-laki kepada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama demikian katanya “Ya rasul Allaha, ceritakan hamba kejadian kilat dan halilintar dan guruh”. Sabdanya “Suatu malaikat yang mengawali awan, ada pada tangannya beberapa cemeti daripada api maka di palunya akan awan itu dengan cemeti itulah guruh seperti kilat”. Maka sembahnya “Ya rasul Allaha, apa yang berbunyi itu?” maka sabdanya “Iaitulah suara tasbih seorang malaikat bernama Malaka Al Raa’da ialah yang memalu”. Dan kata sayadana A’laya Karama Allaha Wajahaha bahawasanya kilat itu palu malaikat akan awan dengan beberapa cemeti daripada besi dan guruh itu suara daripada tasbih malaikat Al Raa’da tatkala menghalaukan awan itu seperti orang menghalaukan unta serta ia mengucap tasbih ia apabila bersalahan awan itu dengan dia maka lalu bertempiklah ia dengan suara yang amat keras. Maka apabila sangatlah keras malaikat itu akan dia maka lalu di hamburlah daripadanya api maka jadilah kilat dan halilintar.

Fasal pada menyatakan peri kejadian bintang Marayakho yang kelihatan pada udara itu seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Taqowalawaa Qowasa Qozaha Faana Qozaha Asama Al Shayathoana Wa Lakana Qowalawaa Qowasa Allaha ertinya jangan kamu katakana bintang raja itu busar Qozaha maka bahawasanya Qozaha itu nama syaitan tetapi katakan olehmu busaran Allaha. Bahawasanya yang pertama kelihatan pada masa taufan nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama iaitu bintang raja maka adalah bintang raja itu selamat taufan dan hujan dan pada suatu riwayat itu alamat tanda segala makanan dan tanda menghilangkan segala percintaan tatkala nyata ia pada masa taufan itu jadi sentosa ia menilik bahtera itu dan adalah antara bumi dan langit yang pertama itu lima ratus tahun perjalanan jua. Antara satu lapis kepada satu lapis itu demikianlah hingga ke tujuh lapis.

Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)

1 comment:

  1. Tuan, ada kemusykilan sedikit disini.
    Pertama:
    Kelima bintang Marayakho tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang kelima maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu LIMA PULUH hari maka di laluinya segala langit itu di dalam DELAPAN BELAS TAHUN jua.

    Keenam bintang Mashataraya tempat kediamannya dan keluarnya pada langit yang keenam maka ia diam pada tiap-tiap buruj itu DUA PULUH TIGA BULAN maka di laluinya segala langit itu di dalam 13 BELAS TAHUN jua.

    Kedua:
    Boleh tolong huraikan lagi tentang hadis rasul diatas iaitu:
    "jangan kamu katakana bintang raja itu busar Qozaha........"

    ReplyDelete