Fasal pada menyatakan peri kejadian yang menanggungkan tujuh petala
bumi
Dan adapun yang menanggung tujuh
petala bumi itu seekor lembu yang di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di
dalam syurga Janata Al Faradawasa dan
adalah baginya empat puluh ribu tanduk dan tiap-tiap suatu tanduk antara suatu
tanduk itu lima ratus tahun perjalanan dan pada suatu riwayat lima puluh ribu
tahun perjalanan. Maka adalah baginya empat puluh ribu kaki dan empat puluh
ribu kepala demikian lagi telinga dan lidahnya seperti kepalanya jua banyaknya.
Shahdan adalah suatu kepalanya itu sampai kepada pihak Masyrik dan ekornya
sampai kepada pihak Maghrib dan adalah kepada hari kiamat ia membukakan akan
mulutnya tatkala itu maka masuklah sekelian air laut dunia ini di dalam
perutnya maka jadi keringlah sekelian air laut itu. Dan adalah lembu itu
berdiri ia di atas suatu batu yang maha besar dan bertatahkan ia daripada
yaakut yang hijau dan adalah sama tengah batu itu tujuh puluh ribu daripada
pasaknya. Dan pada suatu riwayat ada baginya suatu laut tiada seorang juapun
mengetahui akan kebesaran laut itu dan barang yang di jadikan Allaha di
dalamnya itu beberapa daripada segala makhluk Allaha Taa’laya. Dan tebal batu
itu seperti tebal tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan adalah batu itu
di hantarkan di atas belakang ikan yang naha besar yang bernama Bahamawata dan
kepalanya sampai kepada bawah petala bumi dan ekornya bertemu di bawah Arash Allaha
Taa’laya dan adalah ikan itu di atas laut dan laut itu di atas angin dan angin
itu di atas kudrat Allaha Taa’laya tiada siapa-siapalah yang mengetahuinya
hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya itu.
Dan sekali sepertua datang Iblis
laa’nata Allaha kepada lembu itu maka katanya “Hai lembu, bahawasanya tiadalah
kamu ketahui di atas belakang kamu itu daripada beberapa manusia mengerjakan
pekerjaan yang jahat-jahat iaitu minum arak dan tuak dan berbuat zina dan
menumoah akan darah sama Asalama dengan tiada sebenarnya. Maka buangkan olehmu
bumi ini supaya binasalah mereka itu” maka di buanglah lembu itu daripada
kepalanya sebab itulah turun maka turun bukit Qaf daripada tingginya dahulu itu
tiga kali. Kemudian maka di titahkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya seekor
nyamuk suruh masukkan ke dalam lubang hidung lembu itu maka memakanlah nyamuk
akan otak kepalanya maka lalu rebahlah pengsan lembu itu beberapa lamanya.
Kemudian maka di keluarkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya nyamuk itu maka
firmannya “Hai lembu, jangan engkau menurut akan kata Iblis yang aku laknat
itu” maka lembu itupun lalulah ia taubat akan tuhannya serta junjung akan bumi
itu seperti adat yang dahulu kala. Maka nyamuk itu pun tiada jauh daripada
lembu itu barangkali bergerak nyamuk itu daripada lembu maka lembu itu pun
terkejutlah, bumi pun gempalah sebab sangat takutnya dan adalah besar nyamuk
itu seperti yang di dalam dunia ini besarnya.
Kata ahli Al Mufasirin tatkala di
jadikan Allaha Taa’laya bumi lalu di bukakan sekelian petalanya maka di
titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan seorang malaikat di bawah Arash
bahawa turun ke bumi. Maka malaikat itupun turunlah ia hingga sampai ia ke
bawah tujuh petala bumi lalu di jijak akan dia maka tiadalah tempat tertanjak
dua tapak kakinya maka di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam
syurga Janata Al Faradawasa daripada
seekor lembu yang ada baginya empat puluh ribu tanduk dan empat puluh ribu
kaki. Kemudian maka jejaklah malaikat itu atas segala tanduk lembu itu tiada di
tetapkan kejejakannya itu hingga di titahkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
bagi seorang malaikat bawa turun batu daripada yaakut yang hijau anak tangga
yang pertama daripada syurga Janata Al
Faradawasa. Maka adalah tebalnya sekira-kira lima ratus tahun perjalanan
kemudian maka di hantarkan batu itu antara tanduk lembu itu hingga sampai
kepada tengkuknya jadu tetaplah kaki malaikat itu. Kemudian maka di hantarkan
bumi di atas tanduk lembu itu. Bernafas pada sehari sekali apabila bernafas
maka pasanglah air laut dan tatkala di hela nafasnya jadi surutlah air itu.
Kemudian maka tiada dapat berjejak kaki lembu itu maka di jadikan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya akan suatu batu yang maha besar dan tebalnya seperti
tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Maka jadi tetaplah kaki lembu itu di
jejak atas batu itu maka tiadalah ketetapan batu itu di jadikan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya akan seekor ikan yang maha besar.
Kata Abana A’basa bahawasanya
nama ikan itu Nun, kata Kalabaya namanya Mahamawata,
kata Waqodaya namanya Kabawata, kata
Kaa’ba Al Ahabaara namanya Lawatasabaa,
kata sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha namanya Malahawata. Maka di hantarkanlah batu itu di atas belakang ikan dan
adalah ikan itu di atas laut dan adalah laut itu di atas angin dan adalah angin
itu di atas kudrat Allaha Taa’laya. Shahdan jadilah sekelian dunia ini dan
segala barang yang isi-isiannya dengan firman Allaha Taa’laya dua patah kata jua iaitu Kana
Fayakawana hai dunia jadilah engkau maka dunia itupun jadilah ia. Kata Kaa’ba
Al Ahabaara sekali sepertua datang Iblis a’layaha laa’nata Allaha kepada ikan
Nun itu hendak khianat ia serta katanya “Hai Nun, tahukah engkau akan segala
barang yang ada di atas belakang kamu itu daripada segala makhluk Allaha
Taa’laya iaitu beberapa daripada segala binatang dan beberapa daripada pohon
kayu dan beberapa daripada segala bukit dan beberapa daripada segala manusia.
Hal setengah atas setengahnya maka jikalau engkau sengetkan sedikit daripada
belakang kamu itu nescaya gugurlah daripada segala yang ada di atas belakang
kamu itu”. Maka tatkala di kehendaki oleh ikan Nun mengerjakan seperti
pengajaran Iblis itu maka di titahkan Allaha seekor binatang masuk ke dalam
hidungnya maka binatang itupun masuk hingga sampailah kepada otaknya. Maka ikan
itupun tahu akan kesalahannya serta minta ampun ke hadrat Allaha Taa’laya
daripada kesalahannya. Kemudian maka di titahkan Allaha bagi binatang itu
keluarlah binatang itu. Kata Kaa’ba Al Ahabaara demi tuhan yang nyawaku di
dalam tangan kudrat bahawasanya adalah ikan itu dan binatang itu sentiasa
berpandangan jikalau di cita oleh ikan pun akan pengajaran Iblis itu nescaya
masuklah binatang itu ke dalam hidung seperti dahulu itu.
Kata Kaa’ba Al Ahabaara radhoya
Allaha a’naha adalah angin itu di atas zholamat dan adalah zholamat itu di atas
hijab dan adalah hijb itu di atas Nawaraya hingga itulah pengetahuan segala
makhluk. Kata suatu riwayat adalah di bawah Nawaraya itu di jadikan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya suatu api yang maha besar iaitulah yang menanggung akan
sekelian ini daripada sangat hawa apinya itu dan di rasanya itu.
Fasal pada menyatakan peri kejadian gempa bumi
Kata Kaa’ba Al Ahabaara tiada
sekali-kali bumi itu bergempa melainkan ada salah suatu daripadanya dengan tiga
sebab. Sebab yang pertama ada kalanya dengan titah Allaha Sabahanaha Wa
Taa’laya akan bumi itu maka jadilah gempa ia sebab sangat takut kepadanya. Dan
keduanya ada kalanya sebab ada seseorang kediaman daripada bumi itu berbuat
derhaka maka jadi gempalah ia sebab di murkai Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
baginya. Dan ketiganya ada kalanya sebab ikan Nun yang menanggung bumi itu ia
bergerak maka jadi gempalah bumi itu dengan gerak bumi itu.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’nahama bahawasanya adalah di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya seorang
daripada malaikat di serahkan padanya segala bumi dan bukit dan urat keduanya
maka apabila di kehendaki Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di lihatkan kepada
segala hambanya suatu alamat maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
menghelakan urat bumi itu maka jadilah bumi itu dengan menghela oleh malaikat
itu jadi gempalah ia maka terkadang jadi bumi itu gempa sedikit jua sebab
perlahan-lahan dan terkadang jadi gempa itu lama itu sebab lama helanya oleh
malaikat dan terkadang bumi itu pecah belah maka terbitlah daripada beberapa
mata air jadi karamlah setengah daripada segala alam ini dan terkadang jadi air
itu hitam dan terkadang jadi busuk ia.
Fasal pada menyatakan peri kejadian neraka
Adapun neraka itu di jadikan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya pada hari Ahad iaitu bahawasanya adalah neraka tujuh
lapis yang bernama Jahanam di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang
berbuat dosa daripada umat nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa
Salama. Yang keduanya bernama Saa’yara
dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala nasrani. Dan ketiga bernama Saqora dan di masukkan Allaha Taa’laya
ke dalamnya segala yahudi. Dan yang keempat bernama Mahayama dan di masukkan
Allaha Taa’laya ke dalamnya segala orang yang takbur. Dan yang kelima bernama Hathomata dan di masukkan Allaha
Taa’laya ke dalamnya segala yang sangat amarah lagi aniaya dan khianat. Dan
yang keenam bernama Lazhoya dan di
masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang mendakwa akan dirinya
ketuhanan. Dan yang ketujuh bernama Haawayaha
dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang mendakwa zindik
iaitulah yang terkebawah daripada segala neraka.
Dan adalah di dalamnya tersangat
daripada segala azab dan adalah tiap-tiap neraka itu suatu pintu seperti firman
Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Lahaa Sabaa’ta Abawaaba Lakala Baaba Mana
Hama Jazaa Maqosawama ertinya adalah bagi neraka itu tujuh pintunya.
Bagi tiap-tiap pintunya itu terbahagi daripada segala anggota mereka itu
daripada tujuh anggota iaitu daripada dua tangan dan dua kaki dua lutut dan
mulut. Dan adapun neraka itu daripada lapis kepala selapis terkebawah jua lagi
amat seksanya. Dan adalah perantaraan suatu pintu kepada satu pintu tujuh puluh
tahun perjalanan.
Shahdan adalah rupa neraka itu
seperti rupa harimau dan adalah baginya kepadanya tiga puluh ribu kepalanya dan
pada dua bibirnya yang di atas dan yang di bawah seribu rantai itu tujuh puluh
ribu halaqah dan jikalau di himpunkan segala besi yang di dalam dunia ini tiada
akan sama dengan suatu halaqah itu jua dan pada tiap-tiap halaqah itu Malaka Zabaanayaha (Zabaniah) iaitu
segala malaikat yang amat hebat rupanya dan mereka itulah yang menghela segala
isi neraka. Maka jika di titahkan Allaha Taa’laya neraka itu menceraikan segala
bukit ini nescaya di hancurkan akan dia dan di balik akan dia dan adalah
baginya naga itu empat kaki dan besarnya tiap-tiap suatu kaki itu seperti tiga
puluh kian bukit dunia ini dan antara suatu kaki kepada satu kaki itu
kira-kiranya seribu tahun perjalanan. Dan adalah pada neraka itu tujuh puluh
ribu rantai dan yang menghela tiap-tiap rantai itu tujuh puluh ribu malaikat.
Demikian lagi kelakuannya di jadikan Allaha
Taa’laya akan dia.
Fasal ini pada menyatakan peri kejadian kerak bumi
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’nahama bahawasanya kerak bumi ini ertinya bulatnya umpama buah yang buntar
tujuh petala bumi dengan isinya daripada segala bukit dan laut terhantar di
dalam kandungan langit. Adapun mengdiam pada lapis yang pertama itu daripada
segala manusia dan beberapa daripada malaikat dan beberapa daripada segala
binatang dan beberapa daripada segala tumbuh-tumbuhan dan beberapa daripada
segala jin dan syaitan dan lainnya. Dan adapun yang mengdiam yang kedua datang
kepada tujuh petala adalah beberapa daripada segala makhluk Allaha Taa’laya jua dan yang di darat dan yang di
laut. Tiada siapa mengetahui banyaknya hanya Allaha Taa’laya jua dan yang di bawah
tujuh petala bumi itu tujuh laut daripada zholamat ganda-berganda tiada siapa
mengetahui banyaknya hanya Allaha Taa’laya jua dan yang di bawah tujuh petala
bumi itu tujuh pangkat daripada neraka iaitu Asafala Saafalayana ertinya di bawah daripada segala yang di bawahnya.
Shahdan adalah kerak bumi itu
umpama sebutir telur maka langit itu seperti kulitnya yang di luar dan laut itu
seperti putihnya dan bumi itu seperti kuningnya dan suatu tamsil lagi pula
bahawasanya kerak bumi itu seperti sebuah kelambar di dalam air maka yang
banyaknya itu terkaram dan sedikit jua yang timbul dan di dalamnya beberapa
daripada tumbuh-tumbuhan dan beberapa daripada segala bukit dan sungai dan
beberapa daripada segala yang terjauh ada daripada segala bagai jenis tiada
mengetahui banyaknya hanya Allaha
Taa’laya jua. Maka sekelian petala bumi yang ketujuh ini hendak ia
bergerak-gerak maka di tetapkan Allaha Taa’laya dengan bukit Qaf yang
mengeliling dia dan segala bukit ini urat daripada bukit Qaf jua dan urat yang
pertama timbul itu Jabal Abi Qobais dan bumi yang pertama timbul itu bumi
Makah. Dan pada suatu riwayat bahawasanya bumi Makah itu adalah ia di atas air
ini umpama suatu pusu dan adalah berbuat ibadat atas pusu itu seorang malaikat
dahulu daripada di jadikan Allaha Taa’laya itu dua ribu tahun lamanya. Maka
bukit dan bumi itu di junjung oleh malaikat yang maha besar yang bernama Kayatawa Naata iaitu lembu seperti lembu
yang tersebut pada perkataan yang dahulu itulah.
Maka di tetapkan Allaha Taa’laya pada pihak kerak bumi itu yang di
atas itu suku jua timbul di muliakan Allaha Taa’laya daripada segala pihak
sebab yang diam dia segala manusia seperti firman Allaha Taa’laya yang tersebut di dalam Qoraana Wa
Laqoda Karamanaa Banaya Adama Wa Hamalanaa Hama Faya Al Bara Wa Al Bahara
ertinya kami muliakan anak Adam akan bumi tempat kediaman mereka itu dan kami
timbulkan seperti bahtera akan mereka itu laut seperti firman Allaha Taa’laya
yang tersebut di dalam Qoraana Hawa
Alazaya Sakhora Al Bahara Lataakalawaa Manaha Lahamaa Thorayaa ertinya
ia jua tuhan yang menyuruhkan laut bagi kami melayarkan bahtera di dalamnya.
Fasal pada menyatakan peri bilangan segala laut dan sungai
Adapun laut yang besar itu tujuh
jua seperti firman Allaha Taa’laya yang tersebyt di dalam Qoraana Wa Al
Bahara Yamadaha Mana Baa’daha Sabaa’ta Abahara ertinya laut itu di
lanjutkan Allaha Taa’laya dengan tujuh laut. Yang pertamanya laut benua Thobara Sataana, yang keduanya laut
benua Karamana, ketiganya laut benua A’maana, keempat laut Qolazawama, yang kelimanya laut
Hindustan, yang keenam laut benua Rom, yang ketujuh laut benua maghrib. Dan
adapun sungai yang besar di dalam dunia ini empat sungai jua seperti kata ahli
al mufasirin adalah di dalam dunia ini empat sungai yang bertemu daripada
segala sungai yang turun di dalam syurga. Pertama sungai Nil iaitu di negeri
Mesir, yang kedua sungai Faraata
(Furat) daripada negeri Baghdadi, yang ketiganya Sayahawana iaitu daripada negeri Waraa Al Nahara, yang keempatnya sungai Jayahawana iaitu daripada negeri Hanadaya.
Fasal pada menyatakan peri bilangan segala alam
Kata Dhohaaka bahawasanya alam
ini enam lapis tiga ratus enam puluh alam dan adalah sekelian orang itu
bertelanjang tiada berkain dan tiada berkaus dan tiada kenal mereka itu yang
menjadikan akan dia dan alam yang enam puluh ribu itu adalah sekeliannya
berkain dan berkaus dan di kenal mereka itu akan yang menjadikan akan dia. Kata
A’mara abana Masaa’wada bahawasanya adalah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
menjadikan alam itu seribu enam ratus daripadanya di dalam laut dan empat ratus
daripadanya di darat. Kata Maqotala bahawasanya alam itu delapan puluh ribu,
empat puluh ribu daripadanya di dalam laut dan empat puluh ribu daripadanya di
darat. Kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya alam itu delapan ribu maka dunia
yang kediaman manusia di banding segala tempat yang kholi umpama sebuah
mahligai di tengah padang jua.
Kata Kaa’ba Al Ahabaara
bahawasanya tiada mengetahui akan bilangan segala alam itu hanya Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya jua seperti firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di
dalam Qoraana Wa Maa Yaa’lama Janawada Rabaka Alaa Hawa ertinya tiada
mengetahui sekelian bilangan tentera Allaha
tuhan kamu ya Mahamada hanya ia jua. Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’nahama bahawasanya tujuh petala bumi itu berlapis-lapis ia maka di jadikan
Allaha Taa’laya yang kediaman pada tiap-tiap segala lapis itu beberapa daripada
makhluk Allaha Taa’laya maka tiap-tiap lapis bumi itu ada seorang Adam seperti
nabi Adam kita dan Nuh seperti nabi Allaha Nuh kita dan ada Musa seperti nabi
Allaha Musa kita dan ada Isa seperti nabi Allaha Isa kita dan ada Mahamada
seperti nabi Mahamada kita Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.
Dan pada suatu riwayat hadis
bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan suatu bumi yang putih kiranya maka puluh
kian bumi ini luasnya maka adalah perkitaran dunia ini luasnya maka adalah
perkitaran matahari pun seperti tiga puluh perkitaran matahari ini. Bumi itu
penuh daripada makhluk Allaha Taa’laya dan tiada di ketahui mereka itu akan
segala yang berbuat derhaka akan Allaha Taa’laya pada sekejab mata jua pun.
Sembah segala sahabat “Ya rasul Allaha, adakah mereka itu daripada anak cucu
Adam” maka sabda nabi Allaha “Tiada di ketahui mereka itu bahawasanya Allaha
Taa’laya menjadikan Adam”. Maka berdatang sembah segala sahabat “Dimana Iblis
tatkala itu” sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Yakholaqo Maa Laa Taa’lamawana
ertinya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya beberapa daripada makhluk
tiada kamu ketahui banyaknya.
Dan adapun pertama-tama di
jadikan Allaha Taa’laya di atas bumi ini segala tumbuh-tumbuhan ialah hampir
satu bangsa dengan dia maka adalah di atas bumi ini penuh dengan segala pohon
kayu dan tumbuh-tumbuhan. Kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Taa’laya
segala binatang yang buas dan yang jinak dan segala unggas maka adalah setengah
daripada binatang itu makanannya daging binatang yang lainnya. Dan adalah raja
segala binatang itu kuda dan tiada seekor jua binatang yang terlebih elok
rupanya daripada kuda. Maka adalah kuda itu kerajaan beberapa ribu tahun
lamanya jadilah bumi itu lengang keadaan segala binatang itu berbantah di
dalamnya danmakan tumbuh-tumbuhan dan hijabkan sebelah atasnya. Dan adalah bumi
itu sangat tinggi dan kemudian rendah ia maka di kehendaki Allaha Taa’laya
meratakan dia maka di turunkan Allaha Taa’laya daripada langit itu syaitan
sebab hampir sebangsa dengan dia.
Maka beberapa ribu tahun lamanya
maka segala syaitan pun berbantah-bantahlah dengan segala kuda itu hingga alah
kuda itu. Maka jadi tetaplah segala syaitan itu di atas bumi ini. Maka meramaikan
mereka itu di dalam bumi ini dengan di perbuatkan oleh mereka itu akan rumah
dan sekelian tempat pun di ratakan oleh mereka itu dan di penuhkan bukit
daripada suatu tempat kepada suatu tempat dan di anugerah oleh Allaha Taa’laya
akan mereka kuat maka jadilah sekelian bumi itu rata. Dan kemudian daripada itu
beberapa ribu tahun lamanya maka di turunkan Allaha Taa’laya daripada jin
mengalahkan ia akan syaitan itu sebab ia hamper satu bangsa dengan dia. Maka
beberapa ribu tahun lamanya maka berperanglah jin itu dengan syaitan maka
alahlah sekelian syaitan itu.
Dan kemudian daripada itu
beberapa ribu tahun lamanya kerajaan jin di dalam bumi ini maka derhakalah
mereka itu akan Allaha Taa’laya maka di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
akan segala malaikat. Tatkala itu adalah sekelian mereka itu penghulu mereka
itu Azaazayala
(Azazil) sebab ia hampir satu bangsa dengan jin itu. Maka di alahkan oleh
segala malaikat itu akan jin hingga menyucilah sekelian dunia ini daripada jin
lalu duduklah sekelian mereka itu pada segala bukit dan pohon kayu dan segala
rongga dan segala rimba dan segala padang dan segala laut dan segala pulau dan
segala tempat yang najisdan segala rumah yang sunyi. Maka adalah segala
malaikat itu berbuat ibadat akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada
beberapa ribu tahun lamanya. Dan kemudian daripada itu maka di turunkan Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya akan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama sebab ia hampir
satu bangsa dengan dia.
Kata Kaa’ba Al Ahabaara
bahawasanya yang pertama yang kediaman daripada bumi itu beberapa segala jin maka
tatkala derhakalah mereka itu akan Allaha Taa’laya dengan sebab
berbunuh-bunuhan mereka itu sama sendirinya maka di binasakan Allaha Taa’laya
mereka itu. Kemudian daripada itu maka di titahkan Allaha Taa’laya beberapa
daripada segala malaikat kediaman daripada bumi ini kemudian daripada itu maka
di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan nabi Allaha Adam A’layaha Wa
Salama. Dan lagi pula kata Kaa’ba Al Ahabaara di tanya orang akan nabi Sholaya
Allaha A’layaha Wa Salama daripada segala yang mengdiam dunia ini dahulu
daripada nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama maka sabda nabi Sholaya Allaha
A’layaha Wa Salama “Iaitu diam daripada bumi itu jin” maka sembahnya “Kemudian
daripada itu siapa ia”. Maka sabdanya “Iaitu Adam A’layaha Al Salama” maka
sembahnya “Berapa lamanya antara jin dan itu ya rasul Allaha” sabdanya “Tujuh
ratus tahun lamanya” “dan berapa antara Adam dan malaikat” maka sabdanya “Tujuh
ratus tahun”.
Fasal pada menyatakan peri kejadian iklim dan segala yang mengdiam dia
Adapun iklim tujuh iaitu dengan
di sifat tujuh bahagi maka di namai tiap-tiap bahagi itu suatu iklim lagi akan
di sebutkan fakir nama segala raja-raja yang kata Qotaadaha ia mendengar daripada
Abaya Khoalada katanya dunia ini empat belas ribu persakho maka enam ribu
persakho daripadanya benua Habshah dan tiga ribu persakho daripadanya benua Rom
dan tiga ribu persakho daripadanya benua Parsi dan seribu persakho daripadanya
benua A’raq dan seribu persakho daripadanya benua Turki dan Cina. Bermula
tiap-tiap satu persakho itu tiga mil iaitu tiga mil hashamaya dan tiap-tiap
satu mil itu empat ribu langkah dan tiap-tiap satu langkah itu tiga tapak kaki.
Maka jika kira-kirakan dengan hasta maka suatu mil itu hasta dan pada tiap-tiap
suatu hasta itu dua tapak dan pada suatu tapak itu lima belas jari demikianlah
di kira-kiranya.
Adapun bumi ini di bahagikan
segala yang mengeliling dia seperti raja Farayadawana
Shayazhoya yang bangsa benua Khoraasanaya dan raja Nasaja Al Hamaya bangsanya benua Yaman dan nabi Allaha Sulaiman A’layaha
Al Salama dan sultan Iskandar Zawa Al
Qoranayana dan raja Azada Jayara abana Tsaaka di benua Parsi. Maka di sifat sekelian mereka itu akan bumi
ini di jadikan akan dia tujuh iklim maka panjangnya daripada Masyrik dam
Maghrib dan lebarnya pada antara anang
kelatan.
Maka pertama-tama iklim itu benua
Hindi iaitulah yang terlebih panjang daripada segala iklim sepuluh ribu dua
ratus mil panjangnya. Kedua iklim benua Makata
dan Hajaza panjangnya empat ribu
delapan puluh mil. Ketiga iklim benua Bashorata
dan Badayata dan Kufah lebarnya tiga
ratus lima puluh mil dan burujnya buruj A’qoraba
dan bintangnya bintang Zaharata.
Keempat iklim benua A’raq dan benua Sham dan Bayata Al Maqodasa dan benua Khorasan lebarnya tiga ratus mil iaitu
iklim yang sederhana daripada segala iklim iaitulah tempat jadi segala anabaya
dan segala hakama dan keras atas iklim itu matahari dan burujnya Jawazaa dan bintang A’thoarada. Kelima iklim benua Rom dan Arahayaha dan negeri Jawazaana
hingga negeri Andalus lebarnya dua ratus lima puluh mil dan burujnya buruj Sarathoana dan bintangnya bintang Marayakho. Keenam iklim tempat kediaman Yaajawaja Wa Maajawaja (Yajuj Wa
Majuj). Ketujuh iklim benua Cina dan benua Turki. Adapun orang yang mengdiam benua
Cina yang pada pihak Masyrik dengan benua Tholahata pada pihak Maghrib tapak
kaki kedua kaum itu bertemu kerana berbetulan bulat bumi itu.
Shahdan bahawasanya adalah
perjalanan antara Masyrik ke Maghrib itu lima ratus tahun perjalanan iaitu
hampir pada pihak Masyrik negeri yang bernama Aa’balasaa dan hampir pada pihak Maghrib negeri yang bernama Jaabarasho dan adalah kebanyakan pada
bumi itu padang dan bukit dan laut. Adapun yang mengdiam segala manusia itu
hanya sedikit jua dan terbanyak segala manusia itu kafir jua dan Asalama itu
sedikit. Dan keliling dunia zholamat dan yang keliling zholamat itu Jabal Qaf
jua. Kata Sheikh Abawa Haamada abana Al Rabayaa’ radhoya Allaha a’nahama
bahawasanya yang bernama dunia itu permulaannya daripada langit yang pertama itu
hingga sampai kepada buminya dan laut barang yang di atasnya dan barang yang di
bawahnya dan barang yang di liput dengan dia. Maka yang ramai daripada bumi itu
hanya seratus tahun perjalanan jua dan barang yang hampir dengan dia dan pada
pihak Masyrik dan Maghrib yang tiada ada kediaman manusia kerana sebab hampir
matahari naik dan matahari jatuh. Dan bumi yang lain daripada pihak keduanya
itu tiada kediaman manusia kerana sangat daripada pihak Utara dan khasiat air
itu sejuk dan kering dan pada pihak Maghrib itu sejuk dan basah dan pihak
Masyrik itu sangat sejuk dan kering. Maka berhadap sangat pada pihak Masyrik
dan dan sejuk dan basah kepada pihak Maghrib itu maka jadilah sederhana hawa
bumi itu. Maka dapatlah tempat kediaman segala yang bernyawa dan tumbuhlah
segala tumbuh-tumbuhan maka jadilah bumi nyatakan tempat kediaman manusia
kerana Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya hendak mengurniai rahmat akan mereka itu.
Ketahui olehmu bahawasanya segala
yang di jadikan Allaha itu tiga perkara. Pertamanya Hayawaanaata iaitu yang bernyawa, kedua Nabaanata iaitu sekelian tumbuh-tumbuhan, ketiga Jamaadaata iaitu segala yang tiada
bernyawa iaitu seperti batu dan kayu dan tanah. Dan adapun Hayawaanaata itu terbahagi kepada lima bahagi. Pertama manusia,
kedua malaikat, ketiga jin, keempat syaitan, kelima binatang. Dan adapun segala
manusia itu terbahagi atas dua bahagi pertama Asalama kedua kafir. Maka adapun
segala malaikat itu tiada terbahagi dam mereka itu tiada derhaka kepada Allaha
Taa’laya dengan sekejab mata jua pun. Maka segala jin itu terbahagi atas dua
bahagi pertama Asalama, kedua kafir. Maka adapun segala syaitan itu sekelian
kafir jua. Maka adapun segala binatang
tiada ia terbahagi.
Shahdan bahawasanya manusia dan
malaikat dan jin dan syaitan di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu sepuluh
suku. Maka sembilan suku daripada segala malaikat, suatu suku lagi itu
terbahagi kepada tiga bahagi, pertama syaitan, kedua jin, ketiga manusia. Maka
yang suatu suku daripada tiga bahagi itu di bahagi kepada sepuluh suku maka
yang sembilan daripada syaitan dan suatu lagi jin dan manusia itu terbahagi
kepada sepuluh suku maka yang sembilan suku daripadanya itu jin dan suatu lagi daripadanya
itu manusia. Maka berbahagi pula manusia suatu kepada sepuluh suku seperti kata
Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya segala manusia itu terbahagi
kepada sepuluh bahagi maka sembilan bahagi daripadanya Yajuj Wa Majuj dan pada
suatu bahagi daripada manusia.
Kata Hasana Al Bashoraya Yajuj Wa
Majuj daripada anak cucu bapanya itu anak nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama
dan adalah mereka itu tiga kaum. Suatu kaum daripada mereka itu bahawa adalah
panjangnya seratus dua puluh hasta dan adalah mereka itu terlalu amat kuatnya
dan dapat mereka itu membelah bukit dan besi. Dan keduanya kaum mereka itu
bahawasanya adalah panjang dan bidangnya sama jua maka adalah mereka itu
daripada telinga sebelah akan jadi hamparan dan sebelah akan jadi selimutnya
dan tiada jua sekelian binatang melintas pada hadapan mereka itu liar dan jinak
melainkan habislah di makan akan dia dan jika ada seorang mati daripada mereka
itu maka di makan akan dia. Dan ketiga kaum daripadanya bahawasanya adalah
panjang mereka itu tengah dua jengkal dan tiada daripada mereka itu seorang
hingga sampai daripadanya sekelian anak cucunya seribu orang kemudian maka
matilah ia. Adapun tempat kediaman sekelian mereka itu daripada kesudahan bumi
benua Cina ke Masyrik iaitu bumi benua Cina yang berhubung bumi itu dengan laut
zholamat dan adalah lanjut bumi itu sekira dua puluh tahun perjalanan jauhnya.
Kata setengah a’lama bahawasanya
adalah segala kaum Tarakaya (Turki)
daripada bangsa Yajuj Wa Majuj kerana pada masa Iskandar Zawa Al Qoranayana berbuat kota Yajuj Wa Majuj maka setengah mereka
itu pergi bermain-main tiada di ketahui oleh mereka itu akan Iskandar Zawa Al Qoranayana itu berbuat kota maka
tinggallah mereka itu di luar kotanya maka sebab itulah di namai mereka itu
Tarakaya. Bahawasanya adalah segala orang Turki tiga kaum suatu kaum Masaka, kedua kaum Naasaka, ketiga kaum Naaraka.
Bermula suatu suku daripada manusia yang tinggal daripada Yajuj Wa Majuj itu
terbahagi kepada seratus dua puluh lima kaum maka seratus kaum itu kediaman
mereka itu pada kesudahan benua Hindi dan daripada mereka itu bernama Masaanawaha dan adalah kepala mereka itu
seperti anjing dan kedua kaum bernama Lawaha
dan adalah mata mereka itu daripada dadanya. Dan ketiga kaum bernama Masawaha adalah telinga mereka itu
seperti telinga gajah. Dan keempat kaum bernama Lawasa adalah mereka itu tiada berjalan dengan kakinya hanya
mengesot dirinya mereka itu jua. Dan kelima kaum bernama Kalawasa maka adalah kejadian mereka itu nisab manusia jua dan kaki
dan tangan dan hidungnya dan tangannya sebelah dan berjalan mereka itu pun
sebelah jua yang amat pantas mereka itu perjalanannya dan adalah sekelian kaum
yang tersebut itu manusia lagi kafir ia semuanya isi neraka.
Dan adapun bumi yang dua puluh
tahun perjalanan daripada kediaman Yajuj Wa Majuj itu empat belas tahun
perjalanan akan kediaman kaum Sawadaana.
Maka kaum Sawadaana itu terbahagi
kepada lima bahagi dan kaum yang pertama bernama Fanaawaha dan kaum yang kedua bernama Fawatawa dan kaum yang ketiga bernama Sabalaya dan kaum yang keempat bernama Nakadawa dan kaum yang kelima bernama Gholaamasa dan suatu kaum yang hampir dengan benua Sawaadana yang bernama Ghoanata maka kaum Ghoanata itu Asalama ia lagi baik perangainya dan lagi elok rupanya
dan adalah mereka itu berakal faham pada agamanyadan adalah mereka itu
sembahyang dan puasa dan naik haji ia. Maka lima yang tersebut dahulu itu
daripada kaum Sawadaana tiadalah di
jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada bumi mereka itu daripada bukit dan
tiada kebajikan dan tiada mereka itu beragama dan akal. Maka yang terlebih
jahat daripada suatu itu kaum Qowaqowa
maka kejadian mereka itu pendek lehernya dan rendah hidungnya dan merah matanya
dan rambutnya seperti biji lada dan adalah kejadian mereka itu amat keji dan
usaha mereka itu memanah dan makanan mereka itu gajah dan segala binatang liar
dan jinak dan segala ular yang bisa-bisa. Dan setengah daripada kaum Sawadaana itu bernama pula Zabaakho terbahagi daripada kaum Sawadaana adalah mereka itu Asalama dan
adalah hampir dengan benua Sawadaana
itu suatu benua Raakho dan adalah
lanjut benua itu setahun perjalanan maka adalah orang yang kediaman daripada
benua itu kafir dan makanan mereka itu anjing.
Dan adapun baki perjalanan bumi
daripada kediaman Yajuj Wa Majuj dan kaum Sawadaana
lagi adalah enam tahun perjalanan daripada bumi benua Habshah dan Hindi dan
Cina maka sekelian orang kediaman daripada benua itu kafir sekelian itu.
Shahdan bahawasanya adalah daripada kaum A’rabaya
yang isi negeri Shofalah dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan
mereka itu nisab manusia jua kepala mereka itu nisab kepala jua dan tubuh mereka
itu nisab tangan dan kaki jua maka bernama mereka itu kaum Wabaara dan di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu daripada anak
cucu Sham saudara A’ad dan Tsamud. Mereka itu tiada bagi mereka itu akal dan
mereka itu diam negeri Sajarata di
tepi laut Hindi maka mereka itu di namakan oleh A’raba akan dia Nasanasa dan usaha mereka itu bagi
berburu.
Dan telah di jadikan oleh Allaha
Sabahanaha Wa Taa’laya daripada suatu kaum daripada manusia kaum Sawadaana iaitu hampir Maghrib sekelian
perempuan dan tiada bagi mereka itu laki-laki pada bumi itu dan adalah suatu
laut apabila berhentian seorang di dalam air laut itu suatu saat atau dua saat
kemudian naik ia daripada laut itu jadi hamil mereka itu dan beranaklah mereka
itu dengan anak perempuan jua. Dan adalah pada negeri Sawadaana iaitu manusia tiada mereka itu kepala dan mata mereka itu
pada bahunya dan mulut mereka itu daripada dadanya dan amat banyak dan keadaan
mereka itu seperti keadaan binatang dan pekerjaan mereka itu memberi kesakitan
sama sendirinya dan tiada bagi mereka itu akal. Shahdan bahawasanya benua Cina
itu negeri besar dan raja mereka itu adil dan adalah pada bumi mereka itu
berbagai-bagai nikmat dan berbagai-bagai pakaian dan adalah sekelian mereka itu
menyembah berhala dan di dalam negeri mereka itu banyak orang utusan dan orang
yang tahu ilmu hikmat.
Bermula di jadikan Allaha
Taa’laya segala manusia itu dua belas suku diam mereka itu enam suku daripada
manusia daripada pihak Masyrik sekelian mereka itu kafir jua akan isi neraka
dan di jadikan Allaha Taa’laya daripada enam suku daripada pihak Maghrib
sekelian mereka itu kafir jua akan isi neraka. Dan adapun yang tinggal daripada
mereka itu yang ada tauhid akan Allaha Taa’laya itu terbahagi kepada tujuh
puluh tiga kaum maka di dalam tujuh puluh tiga kaum itu orang bidaah dan orang
yang menurut akan hawa nafsu dan yang fasik tiada luput daripada marabahaya
akhirat daripada mereka itu melainkan suatu kaum daripada ahli Al Sanata Wa Al
Jamaa’ta seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Satafaraqo
Amataya Tsalatsaa Wa Sabaa’yana Faraqota Kala Hama Haalaka Alaa Waahadata
Manahaa Naajayata” Qoyala “Wa Mana Hama Yaa Rasawala Allaha” Qoala “Ahala Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” Qoyala
“Wa Mana Ahala Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” Qoala “Maa Anaa A’layaha Wa
Ashohaabaya Hawalaa Awa Shohaabataya” ertinya “Lagi jadi daripada
umatku tujuh puluh kaum sekelian mereka itu binasa dan suatu kaum jua yang
luput mereka itu daripada berbahaya akhirat” maka sembah segala sahabat “Siapa
mereka itu ya rasul Allaha” maka sabdanya
“Iaitu ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” maka sembah segala sahabat “Siapa ahli Al
Sanata Wa Al Jamaa’ta itu ya rasul Allaha”’ maka sabdanya “Iaitu seperti
kelakuan aku dan seperti kelakuan sahabatku”.
Wa Allaha Al Haadaya Alaya Shoraatho Masataqoyama Al
Hamada Lalaha Alazaya Hadaanaa Lahazaa Wa Maa Kanaa Lanahatadaya Lawalaa Ana
Hadaanaa Allaha Wa Sholaya Allaha A’laya
Sayadanaa Mahamada Kalamaaza Karaha Al Zaakarawana Wa Ghofala A’na Zakaraha Al
Ghoafalawana Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana.
Telah selesailah
fakir yang Mahataaja Alaya Rahamata Rabaha Al Ghonaya Al Shayakho Nawara Al Dayana
Bana A’laya Hasana Bana Mahamada Hamayada Al Raanaya dan terjemah kitab
Balasaana
Al Jaawaya Al Masamaya Badaa Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Amayana.
Sumber: Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)
No comments:
Post a Comment