Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Fasal pada menyatakan peri
kejadian tujuh petala langit dan bumi.
Adapun kejadian itu di jadikan
Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada Darata
Al Bayadhoa seperti firmannya yang tersebut di dalam Qoraana Wa Al
Samaa Banayanahaa Baayadawa Anaa Lamawasaa’wana ertinya kami jadikan
tujuh petala langit dan bumi dengan kudrat kami dan kami jua yang meluaskan dia
dan lagi firmannya Wa Hawa Alazaya Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Faya Satata Ayaama Wa
Kaana A’rashaha A’laya Al Maa ertinya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
yang menjadikan tujuh petala langit dan bumi di dalam enam hari jua iaitu
permulaannya daripada hari Ahad kesudahannya daripada hari Jumaat dan ada
dahulu daripada di jadikan langit dan bumi maka tatkala itu Arash di atas air
jua.
Kata Kaa’ba Al Ahabaara
bahawasanya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya suatu manikam yang hijau
maka menilik Allaha kepadanya maka tilik yang hebat maka hancurlah manikam itu
jadi air. Kemudian daripada itu di jadikan Allaha Taa’laya suatu angin maka di
hantarkan air itu di atas angin maka di hantarkan Arash itu di atasnya. Kata
Ahli Al Mafasirin bahawasanya Arash dan air itu adalah keduanya kejadian dahulu
daripada langit dan bumi. Dan demikian lagi firmannya yang tersebut di dalam
Qoraana Ana Raba Kama Allaha Alazaya Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Faya
Satata Ayaama ertinya bahawasanya tuhan kamu itu Allaha yang menjadikan
tujuh petala langit dan bumi di dalam enam hari iaitu seperti hari dunia ini
jua kira-kiranya kerana pada masa itu matahari dan bulan pula belum lagi di
jadi ia. Adapun jika di kehendaki Allaha Taa’laya menjadikan tujuh petala
langit dan bumi dengan sekejab mata sekalipun nescaya kuasa ia tetapi tiada di
jadikan Allaha seperti yang demikian itu kerana hendak mengajari segala makhluk
tamsil bicara mereka itu.
Maka firmannya Tsama
Asatawaya A’laya Al A’rasha ertinya kemudian maka lengkaplah
kesempurnaannya di atas Arash. Demikian lagi firmannya Tsama Asatawaya Alaya Al Samaa Wa
Haya Dakhoana Faqoala Lahaa Wa Lalaaradho Atayaa Thowaa’a Awakarahaa Qoalataa
Atayanaa Thoaa’yana Faqodhoahana Sabaa’ Samawaata Faya Yawamayana Wa Awahaya
Faya Kala Samaa Amarahaa ertinya tatkala di kehendaki Allaha Sabahanaha
Wa Taa’laya menjadikan tujuh petala langit iaitu di jadikan daripada asap air
manikam itu. Tatkala naik hawanya maka jadilah langit maka firman Allaha
Taa’laya akan langit dan bumi “Perbuatlah kamu barang yang aku suruhkan pada
kamu dengan barang yang kesukaan kamu dan keadaan kamu. Hai langit keluarkan olehmu daripada matahari dan
bulan dan segala bintang” dan firmannya “Hai bumi terbitkan olehmu akan mata
air dan sungai dan keluarkan olehmu segala tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan”
maka sembah daripada keduanya “Ya tuhanku, kujunjunglah seperti barang yang kau
titahkan akan kami”.
Maka di jadikan Allaha Sabahanaha
Wa Taa’laya tujuh petala langit dan di dalam dua hari iaitu hari Khamis dan
tiga saat daripada hari Jumaat. Maka di jadikan Allaha Taa’laya pada tiap-tiap
langit itu beberapa daripada segala malaikat dan beberapa daripada segala laut
dan beberapa daripada segala bukit dan beberapa daripada air yang beku dan air
yang sejuk. Maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada matahari dan bulan dan
bintang dan barang yang lainnya daripada yang tersebut itu tiada siapa yang
mengetahui akan banyak hanya ia jua.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’naha tatkala di kehendaki Allaha Taa’laya menjadikan tujuh petala langit dan
bumi maka di jadikan Darata Al Bayadhoa
ertinya manikam yang putih maka menilik akan kepadanya dengan tilik yang hebat.
Maka hancurlah manikam itu jadi air laut lalu mendidihlah air itu hingga naik
asap maka di jadikan Allaha Taa’laya daripada asap itu tujuh petala langit dan
daripada buihnya itu maka di jadikan bumi dan daripada ombaknya itu maka di
jadikan Allaha Taa’laya sekelian bukit
.
Dan firmannya Rafaa’
Samakahaa Fasawaahaa Wa Aghothosha Layalahaa Wa Akhoraja Mana Haa Maa Haa Wa
Maraa’a Haa Wa Al Jabaala Arasaa Haa ertinya Allaha Sabahanaha Wa
Taa’laya menjadikan tujuh petala langit dan bumi di bangkitkan tiada dengan
suatu pegawai dan tiada suatu kecelaan dan di kelamkan malam dan di terangkan
siang hari dan malam dan siang itu turun daripada langit jua dan di jadikan
bumi. Maka keluar daripada bumi itu beberapa sungai dan segala tumbuh-tumbuhan
dan di jadikan Allaha Taa’laya daripada sekelian bukit itu pasak bumi.
Dan adapun sekelian itu di
jadikan di dalam enam hari jua seperti firmannya Wa Laqoda Kholaqonaa Al Samawaata
Wa Al Aradho Wa Maa Bayanahamaa Faya Satata Ayaama Wa Maa Masanaa Mana
Laghowaba ertinya bahawasanya telah kami jadikan tujuh petala langit
dan bumi dan barang yang antara keduanya itu di dalam enam hari jua dan tiada
sampai kepada kami susah. Adapun di turunkan ayat ini tatkala di tanya oleh
yahudi akan rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama demikian katanya “Ya
Mahamada, ceritakan olehmu akan kami apa yang di jadikan Allaha Taa’laya di
dalam enam hari itu?”. Maka di jawab oleh rasul Allaha A’layaha Wa Salama
“Bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan segala bumi ini pada hari
Ahad dan Isnin dan di jadikan segala berkat pada hari Selasa dan menjadikan
negeri dan segala sungai dan segala makanan pada hari Rabu dan menjadikan
segala langit dan segala malaikat pada hari Khamis hingga datang kepada tiga
saat hari Jumaat. Maka di jadikan Allaha Taa’laya di dalam enam saat pertama
pada sembilan itu tiga saat segala ajal dan itu tiga saat kesudahannya dan di
jadikan Adam A’layaha Al Salama”.
Maka sembah Yahudi “Benarlah kata
tuan hamba, Ya Mahamada tetapi tinggal lagi belum sempurna kata tuan hamba”.
Maka sabdanya “Apa lagi kata kamu yang belum sempurna itu?” maka kata mereka
itu “Kemudian daripada itu selesailah Allaha Taa’laya daripada sekelian
pekerjaan maka firman Allaha Taa’laya adapun menetapkan dirinya di atas Arash”.
Maka di tolakkan kata Yahudi itu oleh nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama
akan perkataan itu.
Kata Kaa’ba Al Ahabaara
bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan sekelian itu di dalam enam
hari jua. Satu hari bulat langit dan satu hari di rupakan akan dia dan bumi
satu hari bulat satu hari di rupakan akan dia lalu seperti langit dan bumi
kemudian di jadikan segala bintang dan matahari dan bulan dan lainnya.
Adalah permulaan kejadian
sekelian itu hari Ahad hingga datang pada hari Jumaat. Adapun kerana di nama ia
hari Jumaat itu kerana perhimpunan kejadian di dalamnya maka aturan segala yang
di jadikan Allaha Taa’laya itu bumi pada hari Ahad dan hari Isnin dan sekelian
bukit dan barang yang di dalamnya pada hari Selasa dan segala pohon kayu dan
segala tumbuh-tumbuhan pada hari Rabu dan segala langit pada hari Khamis dan
matahari dan bulan dan bintang dan segala malaikat pada hari Jumaat. Dan suatu
riwayat daripada Masalama bahawasanya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya
akan bumi itu pada hari Sabtu dan di jadikan segala bukit pada hari Rabu dan di
jadikan sekelian bagai suatu pada hari Khamis dan di jadikan nabi Allaha Adam
pada hari Jumaat. Dan kata setengah a’lama di jadikan Allaha Sabahanaha Wa
Taa’laya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan matahari dan bulan dan
segala bintang pada hari Ahad.
Kata Abana A’basa adapun kejadian
langit itu daripada asap bahawasanya ia naik maka di jadikan Allaha Taa’laya
daripada langit di dalam dua hari jua berlapis-lapis terbuka ia kerana takut
akan Allaha Taa’laya maka jadilah tujuh petala langit itu seperti firmannya Alazaya
Kholaqo Sabaa’ Samawaata Thobaqoa Maa Taraya Faya Kholaqo Al Rahamana Mana
Tafaawata ertinya ia jua tuhan yang menjadikan tujuh petala langit
berpangkat-pangkat tiadakah engkau lihat pada yang menjadikan itu tuhan bernama
Rahman daripada yang berlebih kurang langit yang pertama itu daripada zamrud
yang hijau dan yang keduanya daripada manikam yang merah dan ketiga daripada
zamrud yang putih dan keempat daripada yaakut yang merah dan yang kelima
daripada emas yang merah dan yang keenam daripada yaakut yang kuning dan yang
ketujuh daripada cahaya yang gilang-gemilang. Dan adalah di dalam tujuh petala
langit itu makhluk Allaha Taa’laya yang tiada mengetahui banyaknya hanya Allaha
Taa’laya. Adapun di atas tujuh petala langit itu tujuh laut daripada cahaya dan
laut daripada hijab dan lainnya daripada itu tiada terkira-kira ia dan adalah
sekelian laut itu penuh dengan kebanyakan malaikat masing-masing daripada
martabat dan di atas segala laut itu syurga.
Kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’naha adapun langit dunia ini daripada zamrud yang hijau bernama A’jabaa dan adalah malaikat yang
menanggungnya itu bernama Asamaa A’yala
dan tiada turun ia kepada bumi dan adalah daripada langit beberapa malaikat
yang amat banyak rupa seperti rupa lembu. Kata setengah a’lama bahawasanya
langit dunia itu daripada ombak yang di pipa dan malaikat yang menunggunya itu Asaraa Yala dan beberapa banyak malaikat
atas rupa rajawali dan adalah mereka itu berdiri mengucap tasbih akan Allaha
Taa’laya dan apabila mengucap tasbih maka bergoncanglah Arash Allaha Taa’laya
daripada sangat elok bunyi suara tasbih mereka itu dan adalah di bawah langit
itu suatu laut yang lathif dan adalah di dalam laut itu beberapa ikan seperti
ikan di dunia ini dan pada laut itulah di karamkan Allaha Taa’laya sekelian
kaum nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama.
Dan adapun langit yang kedua itu
manikam yang merah bernama Qoyadawama
dan malaikat yang menunggu itu bernama Masatahaala
Satala dan beberapa segala malaikat seperti rupa rajawali. Kata setengah
a’lama bahawasanya langit yang kedua itu daripada mutiara yang putih. Dan
setengah daripada zabarjad yang hijau dan malaikat menunggunya itu namanya Afalawana dan beberapa daripada malaikat
seperti rupa manusia. Mereka itulah meniup angin maka jadi pecahlah sekelian
awan kerana keluar angin daripada pihak masyrik dan maghrib.
Dan adapun langit yang ketiga itu
di jadikan Allaha Taa’laya daripada manikam yang bernama Maa’sarana dan malaikat yang menunggunya itu bernama Shoaa’daa Yala dan berapa segala
malaikat seperti rupa kucing. Kata setengah a’lama bahawasanya daripada besi
dan kata setengah a’lama daripada tembaga yang bernama Fayada dan malaikat yang menunggunya itu bernama Zaraa rupa lembu. Adalah mereka itu
senantiasa rukuk.
Adapun langit yang keempat iaitu
daripada perak yang putih yang bernama Arafalawana
dan malaikat yang menunggunya itu bernama Shodasho
Yala dan beberapa malaikat di jadikan Allaha Taa’laya seperti rupa kuda.
Kata setengah a’lama bahawasanya di jadikan rupa tembaga yang putih kata
setengah daripada emas yang merah yang bernama Maa’wana dan malaikat yang menunggunya itu bernama Kawakanga dan
beberapa malaikat seperti rupa kucing. Keluar mereka itu pada tiap-tiap malam Jumaat
kepada sungai syurga bernama Janata
A‘dana maka mandilah mereka itu di dalamnya maka berkeruk mereka itu
tubuhnya maka bertitiklah air daripada tiap-tiap setitik itu jadilah ia
malaikat yang seumpamanya.
Adapun langit yang kelima itu di
jadikan Allaha Taa’laya daripada emas merah yang bernama Rataqoa dan malaikat yang menunggu itu Kaakaa Yala dan beberapa malaikat yang di jadikan Allaha seperti
rupa bidadari. Kata setengah a’lama bahawasanya di jadikan daripada perak kata
setengah a’lama daripada yaakut yang merah yang bernama Dayaana dan malaikat yang menunggu itu bernama Thowathotho Yala dan adalah beberapa daripada malaikat seperti rupa
unta dan addalah sekeliannya itu senantiasalah ia di dalam menangis takut akan
Allaha Taa’laya.
Dan adapun langit yang keenam itu
di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada mutiara yang bernama Wafaawa dan adalah malaikat yang
menunggu itu bernama Samajaa Yala dan
adalah beberapa malaikat yang di jadikan Allaha Taa’laya yang amat banyak
seperti rupa gentawa dan kata setengah a’lama langit itu daripada emas yang
merah kata setengah daripada perak yang putih yang bernama Zalaqoa dan malaikat yang menunggunya itu bernama Thoyaraatho Yala dan adalah malaikat di
jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya seperti rupa harimau maka mereka itu
senantiasalah zikir Allaha Taa’laya maka di beri kuat yang amat sangat. Jikalau
izin suruh membalik akan bumi dunia ini dengan sebelah sayap nescaya di
baliknya dan adalah mereka itu di dalam gementar ia takut akan Allaha Taa’laya.
Dan adapun langit yang ketujuh
itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada cahaya gilang-gemilang
yang bernama A’danaa dan malaikat
yang menunggu itu Dafawayaa Yala.
Adalah beberapa malaikat seperti manusia dan kata setengah a’lama bahawasanya
langit itu daripada manikam yang merah kata setengah daripada zabarjad yang
hijau dan malaikat menunggunya itu bernama Zanayala
dan beberapa daripada segala malaikat seperti rupa manusia dan adalah mereka
itu berdiri sebelah kaki jua kerana membesar akan Allaha Taa’laya dengan
mengucap tahmid dan tasbih.
Shahdan bahawasanya adalah segala
pintu langit itu daripada emas yang merah dan adalah sekelian itu terkunci dan
anak kunci sekelian pintu itu tersurat nama Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya yang
maha besar. Dan adalah di atas langit yang ketujuh itu suatu laut yang bernama Bahara Al Hayawana dan di atas sesuatu
laut yang bernama Bahara Al Ghomaama.
Dan yang di atasnya pula suatu laut yang bernama Bahara Al Anaa’ma dan yang di atasnya itu suatu laut yang bernama Bahara Al Hajaba. Dan yang di atasnya
pula suatu laut bernama Bahara Al
Masathowara dan yang di atasnya itu pula suatu laut yang bernama Bahara Al Masajawara.
Dan di atasnya itu pula tujuh
puluh ribu hijab daripada nur dan yang di atas itu pula tujuh puluh ribu hijab
daripada zholamat. Dan yang di atasnya itu pula tujuh puluh ribu hijab daripada
Ahala Al Nasara. Dan yang di atasnya
itu pula tujuh puluh ribu hijab daripada kilat. Dan yang di atasnya itu pula
tujuh puluh ribu hijab daripada cahaya seperti cahaya matahari dan yang di atasnya
itu pula tujuh puluh ribu hijab daripada cahaya bulan. Dan yang di atas itu
pula tujuh puluh ribu hijab daripada laut dan yang di atas itu pula tujuh puluh
ribu hijab daripada sungai.
Dan pada suatu riwayat di atas
sekelian hijab itu pohon kayu Sadarata Al Manatahaya. Dan yang di atasnya itu
pula hijab Al A’zata dan yang di atasnya pula hijab Al A’zhomata dan yang di atasnya
pula hijab Al Kabarayaa dan yang di atasnya pula hijab Al Karasaya (Kursi) dan
yang di atas pula hijab Al A’rasha. Kata Wahaba Manabata di atasnya segala
hijab itu beberapa daripada segala malaikat setengahnya akan setengahnya
daripada kebanyakan bilang mereka itu. Dan kata Abana A’basa radhoya Allaha
a’naha bahawasanya adalah di atas sekelian hijab itu beberapa daripada segala malaikat
yang amat banyak setengah daripadanya itu sampai lagi mereka itu kepada tujuh
petala bumi terlampau pula ke bawah bumi sekira-kira lima ratus tahun
perjalanannya.
Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)
No comments:
Post a Comment