Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, November 8, 2012

Raja Tabaa' & Nabi Mahamada Sholaya Allaha A'layaha Wa Salama


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama
Kisah cerita seorang raja Tabaa’ namanya anak Mashodaa’ Waradaa’. Ketahuilah akan Tabaa’ itu ada seorang raja banyak tenteranya bahawa sangat adilnya dan dermawannya. Maka setelah mati Bakhota Nashora itu nabi Allaha Danial pun dan segala bani Israil pun kembalilah ke Bayata Al Maqodasa. Maka raja Tabaa’ pun keluarlah lalu ia pergi ke negeri Shoya maka negeri Shoya itupun takluk kepadanya lalu ke negeri Tarakaya (Turki) lalu ia ke negeri Hindustan maka raja Turki dan raja Hindustan itupun takluk kepada raja Tabaa’ itu kerana akan raja Tabaa’ itu dengan muda belianya dan sempurna adilnya tiada pandai menganiaya orang. Maka lalu ke benua Sham dan ke benua Maghrib maka segala raja-raja di dalam alam ini semuanya takluk kepadanya dan kasih akan dia.
Maka kembalilah ia ke benua Maghrib lalu ia ke negeri Hajaazaya Makah maka raja Tabaa’ pun bertanya kepada menterinya “Negeri mana ini” maka sembah segala menterinya “Inilah negeri Makah di dalamnya sebuah rumah di perbuat nabi Allaha Ibrahim Kholil Allaha dengan firman Allaha Taa’laya. Barang siapa pergi ke rumah itu barang di mana di pintanya di anugerahkan Allaha Taa’laya”. Maka titah raja Tabaa’ “Apa di sembahnya segala orang yang di dalam negeri itu” maka sembah segala menterinya “Orang itu semuanya menyembah berhala” maka kata raja Tabaa’ “Bahawa janganlah orang mengapa kita dan kita pun janganlah di lihatnya dan adapun kita negeri pun kita pergi di permulia orang akan kita. Apa mulanya maka orang di dalam negeri ini tiada memuliakan kita” maka raja Tabaa’ itupun amarah empat ratus orang hakim yang di bawah raja Iskandar Zawa Al Qoranayana. Maka ujar raja Tabaa’ akan negeri dan rumah itu hendak di perbinasakannya di dalam citanya juga maka tanggunglah perut raja Tabaa’ itu bahawa selaku-laku akan matilah rupanya. Ubat pun di bubuh orang makin bertambah juga sakitnya itu selaku-laku hampirkan belah hingganya bahawa orang banyak pun tiada dapat mencium baunya dan seorang pun tiada dapat menghampiri dia.  
Maka segala hakim pergi kepadanya berkata “Hai raja, tahukah engkau bahawa segala makhluk melarikan dirinya daripadamu beberapa harta pun kau berikan tiada akan sembuh penyakitmu. Sekarang raja dengarlah suatu kata daripada kami”. Maka kata raja Tabaa’ “Katakan olehmu supaya ku dengar” maka kata segala hakim itu “Hai raja, pada iktikad yang salah itu dan berkenanlah raja dengan kata yang benar itu. jangan perbuka akan jahatmu itu supaya sembuh penyakitmu itu” maka kata raja Tabaa’ “Pada citaku hendak perbinasakan negeri ini dan rumah itu” maka kata segala hakim itu “Ahaya raja, perbenar niatmu supaya luput raja daripada bala ini”. Maka kata Tabaa’ “Telah taubatlah aku daripada niatku yang salah itu dan kembalilah aku kepada niatku yang benar itu telah aku perkenanlah akan pengajar segala hakim ini. Esok harinya masuk aku ke rumah itu dengan keemas yang berbagai warnanya dan aku persalin segala orang kecil besar di dalam negeri ini dan aku ajarkan orang pada jalan yang betul”.
Apabila raja itu berniat demikian itu maka raja Tabaa’ pun bersembahlah maka dengan seketika itu juga hilanglah penyakitnya itu daripadanya maka tubuhnya pun sembuhlah daripada mereka itu kafir tiadalah ada kemuliaannya segala kaum itu akan rumah itu. Setelah sembuhlah raja Tabaa’ daripada sakitnya itu maka iapun pergilah ke rumah itu maka di bukanya pintu berkat segala kata hakim itu. Bertitah raja Tabaa’ menyuruhkan membukakan khazanahnya maka di keluarkannyalah kain yang keemasan dan kain yang indah-indah dan berbagai maka di saputinyalah Kaabah itu dengan hormat mulianya dan segala orang isi Makah pun di persalinnya dan di anugerahnya berbagai nikmatnya dan di tunjukkannya jalan yang sebenarnya akan sekelian mereka itu. Sebulan lamanya raja itu berhenti di sana sehari-hari raja itu tawaf berkeliling Kaabah Allaha itu maka raja Tabaa’ pun dengan segala bala tenteranya pergi ke benua Sham.
Hataya maka sampailah ia kepada suatu tempat bernama Madinah di lihatnya air tempat itu baik tetapi lagi raja itu berkira-kira akan berjalan pula ke negeri Sham. Maka kata hakim empat ratus itu “Ahaya raja, bahawa kami sekelian tiadalah mahu keluar daripada tempat ini”. Maka kata raja Tabaa’ “Apa mulanya” maka kata hakim itu “Tiga puluh tahun kami sekelian hormat kepada raja sekarang ini kami bermohonlah pada raja bahawa pada akhir zaman akan keluar seorang nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama jadikan di Makah itu maka dari Makah itu berpindah ke Madinah ia dan wafatnya pun di Madinah ini. Barang siapa membawa iman nubuatnya ialah beroleh kemuliaannya dunia dan akhirat. Sekarang hai raja bahawa kami sekelian tiadalah bergerak daripada tempat ini kerana harap kami hendak berlihat dengan dia jika kami jumpanya adalah manafaat akan kami daripada berkat syafaatnya kami peroleh di akhirat”.  
Setelah raja Tabaa’ mendengar kata hakim itu maka ia berseru-seru menangis katanya “Hai tuan-tuan segala hakim hendaklah suratkan surat hamba kepada nabi akhir zaman itu maka oleh hakim itu di suratnya dengan dakwat emas pada suatu kaul raja sendirinya menyurat itu demikian bunyinya “Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Daa’a Bakhoyata Khorawamaana yang bernama raja Tabaa’ anak Mashodaa’ anak Waradaa’ telah sampailah kepada nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama itulah nabi akhir zaman”. Lalu di berinya pada segala hakim itu maka kata raja “Ambillah surat ini berikan kepada nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan jika kamu tiada bertemu dengan nabi Allaha itu maka perpesanlah kamu kepada segala anak cucunya kamu suruh sampaikan suratku ini”.
Maka oleh raja Tabaa’ raja yang adil itu di perbuatnya rumah akan hakim empat ratus itu kekal mereka itu di sana. Adapun akan surat raja Tabaa’ itu pada hakim itu datang kepada anak cucunya turun temurun mati seorang tinggal kepada seorang hingga sampai kepada zaman nabi Allaha Ayawaba (Ayub) Al Anashoaraya (Ansar) A’layaha Al Salaama.
Apabila rasul Allaha tiga belas tahun lamanya sudah jadi nabi yang mahsyur maka dengan firman Allaha Taa’laya menyuruhkan nabi Allaha pindah dari Makah ke Madinah datang kepada suatu tempat namanya Jamasayana di kata orang. Maka sekelian isi Madinah tiada tahu rasul Allaha datang itu tetapi di dengar ada seorang laki-laki dari Makah datang ke Madinah namanya Mahamada Mashothofaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka di suruh rasul Allaha panggil segala orang isi Madinah itu maka segala orang isi Madinah itupun mesyuaratlah katanya “Ialah nabi yang di kirim raja Tabaa’ surat itu. Baiklah segera kita hantarkan surat ini kepadanya supaya segera bahagianya itu datang ke mari untunglah kita duduk di bawah hadratnya”. Maka di suruhnya seorang laki-laki bernama Halaala (Halal) kata mereka itu kata mereka itu “Hai Halal, pada malam empat belas hari bulan ini bawalah surat raja Tabaa’ yang dahulu kala itu kepada nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama”.
Maka oleh Halal di ambilnya surat itu lalu ia berjalan datang kepada tengah jalan maka bertemulah ia dengan nabi Allaha Akhir Zaman. Sabda nabi Allaha “Hai Halal, mana surat yang kau bawa itu” maka kata Halal “Surat apakah yang kau pinta ini”. Maka sabda nabi Allaha “Surat raja Tabaa’ yang di amanahkan kepada nabi Allaha Ayub kepada kaum Ansar menyuruh hantarkan kepada aku” maka kata Halal “Siapa memberi tahu nabi Allaha”. Maka sabda nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka oleh Halal lalu di berikan surat itu kepada nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama maka oleh nabi Allaha di suruh baca kepada Sayadana Abawa Bakara surat itu. Setelah di dengar nabi Allaha bunyi di dalam surat itu maka nabi Allaha pun menangis keluar angin sejuk daripada dada hadrat rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama serta sabdanya “Wa Wafaaha Alaya Laqoa Al Akhowaana” maka Sayadana Abawa Bakara pun bertanya ujarnya “Ya rasul Allaha Al Tsaqolayana, siapa yang di kata saudara itu yang lain daripada junjungan ini”.
Maka sabda nabi Allaha “Tuan-tuan sekelian mahabatku dan saudaraku, bahawa ajaib aku akan orang dahulu daripada aku membawa imanlah ia akan daku dan tiada di lihatnya akan daku maka di lakukannya syariatku iaitulah yang empunya surat itu raja Tabaa’ namanya anak Mashodaa’ anak Waradaa’. Seribu tahun sudah lamanya ia dahulu daripada aku membawa imanlah ia akan nubuatku bahawa Allaha Taa’laya berkenankan pintanya bahawa pada hari kiamat kitalah seorang tertentu daripada segala umat yang banyak dan segala kaum yang dahulu-dahulu daripada kita di kerjakan dengan hukum segala kitab Allaha dan segala khabar di dalam kitab Allaha di bacanya seperti di dalam Qoraana Al Azhoyama di turutnya dan di kerjakannya”. Maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama firman Allaha Thowabaya Lahama Wa Hasana Maaba bahawa seperti Sayadana Abawa Bakara dan Sayadana A’mara dan Sayadana A’tsamana dan Sayadana A’laya radhoya Allaha A’nahama Ajamaa’yana samalah kasih nabi Allaha akan raja Tabaa’ itu dengan Ashohaba keempat itu dan akan raja Tabaa’ itu kekal di dalam syurga.
Bermula akan raja Tabaa’ tatkala lalu daripada tempat Basaraba namanya lalu ia pergi ke benua A’jam daripada benua A’jam lalu ia ke benua Kanaa’ana di sanalah ia menjunjung waad Allaha Taa’laya.            

Sumber : Kitab Qoshosho Al Anabayaa