Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, October 31, 2013

Kashafa Al Asaraara

Inilah kitab yang bernama Kashafa Al Asaraara
Cetakan yang ke dua puluh lapan

Terjemah Al Shayakho Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha Mangkabuya yang amat indah bagi pengajaran kepada orang yang berkehendak jalan akhirat akan menyampaikan tabalayagho mudah-mudahan dapat manafaat pada kemudian hari limpah kurnia daripada tuhan Raba Al A’alamayana Amayana.

Siapa menaruh kitab ini seperti duduk dengan berguru sehari-hari
Hendaklah di baca tiap-tiap hari janganlah kurang tujuh hari sekali
Dapatlah ilmu kurnia tuhan ilahi mana-mana yang di tegah kita jauhi
Iktikad yang betul kita ketahui iktikad yang salah kita jauhi
Menuntut ilmu wajib pada kita sebelum mengenal tiadalah hingga
Amal dengan ilmu wajib serta amal tiada ilmu di azab kita
Syarat rukunnya wajib di ketahui sah batal demikian lagi
Amal di terima tuhan ilahi syarat rukunnya sudah kita ketahui
Siapa beramal dengan jahilnya tiada mengetahui syarat rukunnya
Amalnya tiada di terima tuhannya tiada mengetahui sah batalnya
Dan siapa-siapa suka pada kitab ini alamat pertunjuk tuhan ilahi
Dan siapa-siapa tiada suka kitab ini alamat mengikut iblis syaitan
Wahai akhowan tuha dan muda hendaklah fikir sentiasa
Jangan seperti orang yang buta tinggal ibadat cari harta
Tiada ingat hidup akan mati bersuka ria jua sepanjang hari
Hanya harta dapatkan diri tiga lapis kapan saja dia memberi

Laa Yajawaza Laahada Thobaa’ Hazaa Al Kataaba Ba Ghoyara Azana Mawalafata
Sanata 1390 hajarayaha


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana Al Makashafa Al Ghoyaba Lalafaqoraa Alaya Shoraatho Al Masataqoyama. Bermula puji tertentu bagi Allaha tuhan sekelian alam yang membukakan yang ghaib-ghaib bagi segala fakir kepada jalan yang betul.

Amaa Baa’da Faya Qowala Al Faqoyara Al Haaja Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha. Saalanaya Baa’dho Al Akhowaana Ana Ajamaa’ Laha Masaala Fa Ajabataha Lazalaka Wa Ana Kanata Layasa Ahalaa Lamaa Hanaalaka Masataa’yanaa Ba Al Qodarata. Telah meminta setengah saudara aku menghimpunkan akan beberapa masaalah maka aku perkenankan akan dia bagi demikian itu dan jika aku tiada ahli bagi barang di sana itu sekalipun hal keadaan minta tolong dengan tuhan yang amat kuasa yang memilik memberi nikmat atas segala hambanya kerana harap aku dapat manafaatnya pada kemudian hari mahashara.

Maka aku carilah di dalam beberapa kitab A’rab dan bahasa Jawi dengan sekira-kira dapatnya sebab aku orang jahil bebal kerana kurang ilmu aku berbuat masaalah ini soal jawab supaya mudah fahamnya kepada orang yang kurang akalnya. Aku mula masaalah ini di ambil daripada hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Tholaba Al A’lama Farayadhota A’laya Kala Masalama Wa Masaalamata ertinya bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap Masalama laki-laki dan Masalama perempuan.

Soal - dan mana ilmu fardhu Ain menuntut dia beri kami jawabnya. Jawab – bermula ilmu yang fardhu ain menuntut dia itu iaitu tiga ilmu, pertama ilmu Usul Al Din dan kedua ilmu fekah dan yang ketiga ilmu tashowafa. Soal – dan mana had ilmu usul yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu fekah yang fardhu menuntut dia dan mana had ilmu tashowafa yang fardhu ia menuntut dia. Jawab – adapun had ilmu usul yang fardhu menuntut dia itu iaitu mengetahui sekadar barang yang wajib dan barang yang mustahil dan barang yang harus kepada tuhan kita Jala Wa A’za dan seperti demikian itulah kepada segala rasul dengan sekira-kira yang mengsahkan akan imannya.

Dan adapun had ilmu fekah yang fardhu ain menuntut dia iaitu dengan sekira-kira yang mengsahkan akan amalnya seperti mengetahui akan segala syaratnya dan segala rukunnya dan segala yang membatalkan dia. Dan adapun had ilmu tashowafa fardhu ain menuntut dia dengan sekira-kira mengetahui akan yang membatalkan akan pahala amal ibadatnya seperti riya samaa’ta ajab takbur dan sebagainya yang di cela oleh syarak.

Soal - dan apa kata kamu pada orang yang beramal dengan tiada mengetahui ilmu yang tiga perkara itu. Jawab - sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada sekali di terima amal ibadatnya dan jikalau mengerjakan haji sekalipun dan lagi haram menuntut ilmu kifayah sebelum mengetahui ilmu ain misalnya seperti seorang berhutang qodha sembahyang luputnya dengan tiada uzur dan lagi hukumnya orang meninggalkan fardhu itu fasik hukumnya kerana meninggalkan menuntut ilmu yang fardhu ain tiada sah jadi wali nikah dan jadi saksi nikah kerana fasiknya.

Soal - dan mana asal ilmu dan mana asal makrifat. Jawab - bermula asal ilmu itu Qoraana. Bermula ilmu yang tiada muafakat dengan Qoraana dan hadis ilmu itu maradawada tiada boleh di perpakai ia. Soal -  dan mana awal-awal agama dan mana yang di namakan agama. Jawab - dan adapun awal-awal agama itu sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Awala Al Dayana Maa’rafata Allaha Bermula awal-awal agama itu mengenal Allaha Taa’laya.

Soal - dan mana asal mengenal Allaha Taa’laya. Jawab - adapun asal mengenal Allaha Taa’laya itu iaitu mengenal diri. Dan adapun yang di namai agama itu iaitu iman, Asalama, tauhid, makrifat. Soal - dan apa erti iman dan apa erti Asalama dan apa erti tauhid dan apa erti makrifat. Jawab – erti iman itu percaya akan Allaha Taa’laya dan percaya akan rasul dan percaya akan segala malaikat, percaya akan kitab dan percaya akan hari kemudian dan percaya akan untung baik dan jahat itu daripada Allaha. Dan erti Asalama itu menjunjung titah Allaha Taa’laya dan meninggalkan yang di tegahkan oleh syarak. Dan adapun tauhid itu iaitu mengesakan zat Allaha dan sifat Allaha dan afa’al Allaha. Dan erti makrifat itu membezakan antara mahadatsa dengan qodim.

Soal - apa erti percaya akan Allaha. Dan apa erti percaya akan rasul dan apa rupa percaya akan malaikat. Dan mana rupa percaya akan kitab dan mana rupa percaya akan hari kemudian. Dan mana rupa percaya akan untung baik dan jahat beri jawabnya. Jawab - erti percaya akan Allaha Taa’laya percaya akan zatnya, percaya akan sifatnya, percaya akan afa’alnya, percaya akan asmanya. Dan erti percaya akan segala rasul itu percaya akan jadi rasulnya, percaya akan bangsanya Qorayasha orang Makah, di peranakkan dalam negeri Makah, umurnya enam puluh tiga tahun, berpindah ke Madinah wafat di Madinah kuburnya di Madinah.

Dan erti percaya akan malaikat itu di jadikan Allaha Taa’laya bertubuh halus, tiada laki-laki tiada perempuan, tiada minum tiada makan, tiada syahwat tiada beranak tiada di anakkan, tiada tidur. Dan erti percaya akan kitab di turunkan Allaha Taa’laya dari langit di bawa Jabaraayala (Jibril) banyaknya seratus empat buah kitab. Dan erti percaya akan hari kemudian seperti hari kiamat berbangkit dalam kubur berhimpun ke padang Mahashara bertimbang dosa dan pahala, titian Shoratho Al Masataqoyama dan telaga dan syurga dan neraka. Dan erti percaya akan untung baik itu iman dan taat dan untung jahat itu kafir dan maksiat keduanya itu di jadikan Allaha Taa’laya.

Soal - dan betapa mengesakan zat Allaha Taa’laya dan betapakah mengesakan sifat Allaha Taa’laya dan betapakah mengesakan afa’al Allaha beri kami jawabnya. Jawab - adapun mengesakan zat Allaha Taa’laya iaitu tiada mawajawada di dalam alam hanya Allaha Taa’laya. Bermula wujud ghoyara Allaha itu tiada hakikat hanya seperti wujud bayang-bayang tiada hakikat baginya. Dan ertinya esa sifatnya iaitu tiada yang hidup, tiada mengetahui, tiada yang kuasa, tiada yang berkehendak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata-kata pada hakikatnya melainkan Allaha Taa’laya.

Adapun zahir sifat ini kepada makhluk tempat memandang sifat tuhan yang zahir pada makhluk yakni bayang-bayang sifat tuhan kepada hamba seperti wujud kita bayang-bayang bagi wujud Allaha Taa’laya mustahil wujjud bayang-bayang dengan tiada wujud empunya bayang-bayang dan mustahil pula bergerak bayang-bayang dengan tiada bergerak empunya bayang-bayang dan mustahil pula bercerai bayang-bayang dengan empunya bayang-bayang. Bermula misal ini kerana menghampirkan faham jua bahawasanya Allaha Taa’laya maha suci daripada misal dan nisbah hanya bayang-bayang itu barang yang ada tubuh yang beku seperti kayu dan batu hanya zat Allaha Taa’laya tiada ain hanya ibarat ini tempat zahirnya seperti wujud nur matahari menunjukkan ada matahari.

Dan mengesakan afa’al itu iaitu tiada yang empunya perbuatan dalam alam hanya perbuatan Allaha Taa’laya tiada perbuatan makhluk seberat zarah jua dalam alam. Dan jikalau engkau sangka ada perbuatan dan ikhtiar itu bagi makhluk dan jikalau sebesar zarah jua pun engkau itu syirik dan yang di namakan makrifat iaitu membezakan antara mahadatsa dengan qodim dan jikalau tiada membezakan antara mahadatsa dengan qodim itulah di namai jahil marakaba bersusun dua jahil, pertama jahil akan dirinya dan kedua jahil akan tuhannya.

Soal - dan makrifat itu kemana takluknya. Jawab - adapun takluk makrifat itu iaitu takluk kepada mengenal diri. Soal - dan mengenal diri itu kemana takluknya. Jawab - dan adapun mengenal diri itu takluk kepada mengenal Allaha Taa’laya. Dan mengenal Allaha Taa’laya itu kemana takluknya. Jawab - dan adapun mengenal Allaha Taa’laya takluk kepada binasakan wujudnya inilah isyarat sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Mana A’rafa Nafasaha Faqoda A’rafa Rabaha Wa Mana A’rafa Rabaha Fasada Al Jasada Dan siapa mengenal akan dirinya sanya mengenal akan tuhannya, siapa mengenal akan tuhannya sanya binasa dirinya.

Soal - tatkala itu siapa yang mengenal dan siapa-siapa yang di kenal. Jawab - adapun yang mengenal itulah yang di kenal dan yang di kenal itulah yang mengenal isyarat sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama A’rafata Rabaya Ba Rabaya yakni mengenal aku akan tuhanku dengan tuhanku. Soal - dan apa kita mengenal tuhan itu kerana tuhan itu tiada ain baginya. Jawab - adapun kita kenal tuhan itu dengan sifatnya yakni bagus sifatnya seperti firman Allaha Taa’laya aku jadikan akan tiap-tiap suatu kerana hendak mengenal akan daku pada tiap-tiap suatu adanya.

Soal - dan mana yang di namai sifat. Jawab - adapun yang di namai sifat itu iaitu suatu yang menunjukkan akan suatu yang zaadaha atas zat maka iaitu sifat namanya. Soal - apa serti sifat dan apa erti zat dan apa erti afa’al dan apa erti asma. Jawab - erti sifat itu kelakuannya dan erti zat itu dirinya dan erti afa’al itu perbuatannya dan erti asma itu namanya. Soal - dan yang mana di namai asma hendaklah beri jawabnya. Jawab - adapun yang di namai asma itu iaitu suatu yang menunjukkan ia akan suatu maka iaitu asma namanya.

Soal - bermula nama Allaha Taa’laya itu siapakah yang memberi nama. Jawab - bermula nama Allaha Taa’laya itu ialah Allaha Taa’laya memberi nama sendirinya tiada nama di hantarkan oleh makhluk adanya. Soal - bermula nama Allaha Taa’laya itu qodimkah atau mahadatsa. Bermula nama Allaha Taa’laya itu qodim tiada mahadatsa. Soal - bagaimana ada Allaha Taa’laya hendaklah beri hukumnya. Jawab - Adapun ada Allaha Taa’laya itu qodim, baqo, Makhoalafataha Lalahawaadatsa, Qoyaamaha Ba Nafasaha dan Wahadaanayata.

Soal - apa faraaqo sifat dengan mawashowafa dan apa faraaqo wujud dengan mawajawada dan apa faraaqo Alaha dengan Alahayata dan apa faraaqo Alaha dengan Allaha beri kami jawabnya. Jawab - adapun faraaqo sifat dengan mawashowafa itaitu sifat itu kenyataan bagi mawashowafa. Adapun wujud itu kenyataan bagi mawajawada dan adapun Alaha itu kenyataan bagi Alahayata. Adapun faraaqo Alaha itu iaitu Alaha yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya tiap-tiap barang yang lainnya. Adapun Allaha nama bagi tuhan Waajaba Al Wajawada yang mewajibkan dua puluh sifat itulah adanya.

Soal - bermula sifat itu bersyarikat atau bersekutu dengan zat beri aku jawabnya. Jawab - bermula sifat itu tiada bercerai dengan zat, tiada bersekutu dengan zat tiada kita ketahui kifayatnya. Soal - bermula sifat itu satu shaya kah atau dua shaya dengan beri kami hukumnya. Jawab - bermula sifat itu tidak boleh di kata satu shaya dengan zat, tiada boleh di kata dua shaya dengan zat, tiada kita ketahui akan kifayatnya. Soal - dan apa faraqo antara zat sifat. Jawab - dan adapun perbezaan zat dengan sifat itu iaitu zat itu dirinya dan adapun sifat itu kelakuannya inilah perbezaannya.

Soal - dan apa sebab dua puluh sifat itu di bagi kepada empat bahagi iaitu nafasayaha dan salabayaha dan maa’anaya dan maa’nawayaha apa hukumnya. Jawab - adapun dua puluh sifat itu di bagi kepada empat bahagi kerana dua puluh sifat itu empat bangsa, pertama bangsa wujud, kedua bangsa a’dama, ketiga bangsa hal, keempat bangsa iktibar. Soal - dan mana bangsa wujud dan mana bangsa a’dama dan mana bangsa hal dan mana iktibar. Jawab - adapun bangsa wujud itu sifat maa’anaya kerana sifat maa’anaya itu mawajawada pada zahana dan pada khoaraja. Adapun bangsa a’dama itu sifat salabayaha keadaan sifat salabayaha itu tiada mawajawada kepada zahana dan tiada pada khoaraja. Adapun bangsa hal itu sifat nafasayaha kerana sifat nafasayaha itu kelakuan mawajawada. Adapun di bangsakan iktibar itu sifat maa’nawayaha kerana sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat di bilangkan sifat seperti zat itu bernama haya yang hidup kerana berdiri sifat hayaata itu kepada zat inilah erti di keranakan dengan suatu kerana adanya. 
                  
Soal - adapun dua puluh sifat itu berapa martabat beri fatawaa akan kami. Jawab - dan adapun dua puluh sifat itu tiga martabat, pertama martabat zat, kedua martabat sifat dan ketiga martabat asma. Soal - dan mana martabat zat dan mana martabat sifat dan mana martabat asma. Jawab - adapun martabat zat itu sifat nafasayaha dan salabayaha. Adapun martabat sifat itu iaitu sifat maa’anaya. Adapun martabat asma itu iaitu sifat maa’nawayaha.

Soal - dan apa sebab sifat nafasayaha dan salabayaha di namakan martabat zat dan apa sebab sifat maa’anaya di namakan martabat sifat dan apa sebab maa’nawayaha di namakan martabat asma apa jalannya beri kami akan fatawaa nya. Jawab - adapun martabat zat itu tiada siapa-siapa boleh mengetahui akan Kanaha Zat Allaha Taa’laya hingga malaikat maqorabayana. Adapun sifat nafasayaha tiada kenyataan pada khoaraja. Adapun sifat salabayaha itu tiada mawajawada kenyataannya pada khoaraja hanya sifat pada khabar jua itulah jalannya.

Adapun martabat sifat itu di namakan bagi maa’anaya kerana sifat itu ada kenyataan kelakuannya bekas pada menjadikan alam. Adapun sifat maa’anaya itu ada kenyataan memberi bekas pada menjadikan alam itulah jalannya. Adapun sifat maa’nawayaha di namai martabat Asma kerana sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat seperti keadaan zat bernama Qoadara yang kuasa kerana berdiri sifat Qodarata kepada zat adanya.

Soal - dan apa sebab wujud, qodim, baqo, Makhoalafataha Lalahwadatsa, Qoyaamaha Ba Nafasaha masuk kepada sifat kaya apa jalannya. Jawab - adapun sifat yang lima itu masuk kepada sifat kaya kerana sifat yang lima bernama kaya zat iaitu ada zat Allaha Taa’laya tiada di keranakan dengan suatu kerana dan qodimnya tiada permulaan dan baqonya tiada berkesudahan dan Makhoalafataha tiada suatu yang menyerupai dan Qoyaamaha Ba Nafasaha tiada berkehendak kepada tempat itulah sebab di namai sifat kaya.

Soal - dan apa sebab sifat Samaa’ Bashora Kalaama Samayaa’ Matakalama masuk kepada sifat kaya beri akan jawabnya. Jawab - sebab masuk kepada sifat kaya kerana sifat itu bernama sifat kaya maha suci daripada kekurangan. Soal - dan apa sebab bersifat Hayaata A’lama Qodarata Araadata dan Haya A’alama Qoadara Marayada Wahadaanayata beri jawabnya. Jawab - jikalau Allaha Taa’laya tiada bersifat dengan sembilan sifat ini nescaya tiada di peroleh suatu daripada alam ini.

Soal - dan apa erti mawajawada kepada zahana dan apa erti mawajawada kepada khoaraja. Jawab - ertinya mawajawada sifat kepada zat dan ertinya mawajawada kepada khoaraja memberi bekas sifat pada menjadikan alam. Soal - dan apa sebab sifat nafasayaha dan sifat maa’nawayaha mawajawada kepada zahana tiada mawajawada kepada khoaraja. Jawab - adapun sifat nafasayaha itu kenyataan bagi mawajawada. Adapun sifat maa’nawayaha itu nama bagi zat bermula nama itu tiada memberi bekas sekali-kali itulah adanya.

Soal - apa sebab sifat salabayaha itu tiada mawajawada kepada zahana dan kepada khoaraja. Jawab - adapun sifat salabayaha itu sifat a’damaya tiada mawajawada kepada zat hanya sifat pada khoabara hanya sifat meninggali dan menafikan barang yang tiada patut bagi tuhan kita Jala Wa A’za inilah sebabnya.

Soal - dan apa sebab sifat maa’nawayaha itu di ibaratkan dengan hal yang wajib bagi zat selama ada zat itu bersifat maa’anaya dan sifat maa’anaya itu di ibaratkan dengan sifat yang wajawadayaha yang berdiri dengan zat Allaha Taa’laya. Jawab - adapun sifat maa’nawayaha itu di ibaratkan dengan hal yang wajib kerana waasathoha antara mawajawada dan maa’dama kerana sifat itu tiada mawajawada dan tiada maa’dama dan kerana di qoyada kan dengan sifat maa’anaya kerana mem faraqo kan antara maa’nawayaha qodim dan maa’nawayaha mahadatsa.

Soal - dan mana kalimat yang menghimpunkan dia. Jawab - bermula kalimat yang menghimpunkan dia iaitu kalimat Laa Alaha Alaa Allaha adanya. Soal - beberapa terkandung pada kalimat Laa dan beberapa terkandung kepada kalimat Alaha dan beberapa terkandung pada kalimat Alaa dan beberapa terkandung dalam kalimat Allaha beri kami hukumnya. Jawab - adapun terkandung dalam kalimah Laa itu lima perkara iaitu wujud qodim baqo Makhoalafataha Qoyaamaha Ba Nafasaha. Adapun terkandung dalam kalimah Alaha itu enam iaitu Samaa’ Bashora Kalaama Samayaa’ Bashoyara Matakalama. Adapun terkandung dalam kalimah Alaa itu Haya A’alama Qoadara Marayada. Adapun terkandung dalam kalimah Allaha lima iaitu Hayaata A’lama Qodarata Araadata Wahadaanayata.

Soal - dan apa sebab sifat lima dahulu itu terkandung kepada kalimah Laa itu dan apa sebab sifat yang enam terkandung kepada kalimah Alaha dan apa sebab sifat yang empat itu terkandung kepada kalimah Alaa dan apa sebab sifat yang lima yang kemudian terkandung kepada kalimah Allaha beri aku akan sebabnya. Jawab - Adapun sifat yang lima itu wujud hingga Qoyaamaha Ba Nafasaha ialah martabat zat Laa Taa’yana tiada nyata nyatanya. Adapun kalimah Laa itu kalimah tauhid inilah sebabnya. Dan adapun sifat sifat Samaa’ Bashora Kalaama Samayaa’ Bashoyara Matakalama sebab terkandung kepada kalimah Alaha itu sebab sifat itu bernama sifat kaya. Adapun makna Alaha itu kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya itulah sebabnya.

Dan adapun sifat Haya A’alama Qoadara Marayada terkandung kepada kalimah Alaa kerana sifat itu melazimi bagi maa’anaya di keranakan dengan maa’anaya itulah sebabnya. Dan adapun sifat yang lima iaitu Hayaata A’lama Qodarata Araadata Wahadaanayata terkandung kepada kalimah Allaha kerana ia dengan dia zahir segala sifat kerana sifat itu wujud kepada zahana dan kepada khoaraja. Dan adapun makna Allaha nama bagi zat yang Wajaba Al Wajawada yang mengwajibkan dua puluh sifat.

Soal - dan apa perbezaan Qodarata dengan Qoadara dan Samaa’ dengan Samayaa’ hingga ketujuhnya. Jawab - adapun perbezaan Qodarata dengan Qoadara dan Samaa’ dengan Samayaa’ hingga ketujuhnya dengan bahawasanya Qodarata itu sifat yang berdiri bagi zat tiada di keranakan dengan suatu kerana. Adapun sifat Qoadara itu nama bagi zat sebab berdiri sifat Qodarata kepada zat mewajibkan zat itu bernama Qoadara yang kuasa dan seperti demikian Samaa’ dan Samayaa’.

Soal - apa sebab sifat Qodarata itu di namai sifat maa’anaya dan Qoadara itu di namai sifat maa’nawayaha. Jawab - adapun sifat Qodarata iaitu nyata kenyatan memberi bekas pada menjadikan alam dan adapun sifat Qoadara di namai sifat maa’nawayaha kerana tiada memberi bekas pada menjadikan alam kerana ia nama bagi zat yang kuasa kerana berdiri sifat Qodarata kepada zat. Soal - dan apa perbezaan maa’anaya dengan maa’nawayaha. Jawab - adapun sifat maa’anaya itu qoama dengan zat tiada di keranakan dengan suatu kerana mewajibkan suatu hukum dan adapun sifat maa’nawayaha tiada qoama dengan zat hanya qoama dengan maa’anaya di keranakan dengan suatu kerana yakni kerana maa’anaya.

Soal - zat itu jadi apa kepada kita dan sifat itu apa kepada kita dan afa’al itu apa kepada kita dan asma itu apa kepada kita. Jawab - adapun zat itu rahsia kepada kita dan sifat itu nyawa kepada kita dan afa’al itu tubuh kepada kita dan asma itu hati kepada kita. Soal - dan beberapa jalan kepada Allaha Taa’laya di dalam tubuh manusia beri kami akan jawabnya. Jawab - adapun jalan kepada Allaha Taa’laya dalam tubuh manusia iaitu empat jalan, pertama jalan syariat dan kedua jalan thorikat dan ketiga jalan hakikat dan keempat jalan makrifat.

Soal - dan syariat itu apa kepada rasul dan thorikat itu apa kepada rasul dan hakikat itu apa kepada rasul dan makrifat itu apa kepada rasul. Jawab - syariat itu perkataannya dan thorikat itu jalannya dan hakikat itu kediamannya dan makrifat itu kelakuannya adanya. Soal - dan syariat itu apa kepada kita dan apa zikirnya dan thorikat itu apa kepada kita dan apa zikirnya dan hakikat itu apa kepada kita dan apa zikirnya dan makrifat itu apa kepada kita dan apa zikirnya. Jawab - adapun syariat itu tubuh kepada kita dan zikirnya Laa Alaha Alaa Allaha dan adapun thorikat hati kepada kita dan zikirnya Allaha Allaha. Dan adapun hakikat itu nyawa kepada kita dan zikirnya Yaa Allaha dan adapun makrifat itu rahsia kepada kita dan zikirnya Yaa Hawa iaitu hakikat Allaha Kanaha zat.

Soal - dan mana istana syariat dan mana istana thorikat dan mana istana hakikat dan mana istana makrifat. Jawab - dan adapun istana syariat itu lidah dan istana thorikat hati dan istana hakikat itu nyawa dan istana makrifat itu lengkap meliputi pada sekelian badan adanya. Soal - dan syariat itu kejadian daripada apa dan thorikat itu kejadian daripada apa dan hakikat itu kejadian daripada apa dan makrifat itu kejadian daripada apa. Jawab - dan kejadian syariat itu daripada air dan thorikat kejadian daripada angin dan hakikat kejadian daripada bumi dan makrifat itu kejadian daripada api.

Soal - adapun syariat itu daripada air iaitu air yang mana dan thorikat itu daripada angin iaitu angin yang mana. Adapun hakikat itu daripada bumi yang mana dan makrifat itu daripada api iaitu api yang mana. Jawab - adapun air itu cahaya nur Mahamada dan adapun angin itu iaitu nafas Mahamada dan adapun bumi itu iaitu badan Mahamada dan api itu iaitu naazhora Mahamada. Soal - dan mana awal Mahamada dan akhir Mahamada dan mana zahir Mahamada dan mana bathin Mahamada beri kami akan fatawaa nya. Jawab - adapun awal Mahamada itu nurani nyawa kepada kita. Adapun akhir Mahamada ruhani hati kepada kita. Adapun zahir Mahamada itu insani tubuh kepada kita. Adapun bathin Mahamada itu Rabaanaya rahsia kepada kita.

Soal - dan makrifat itu berapa perkara beri fatawaa nya akan kami. Jawab - bermula makrifat itu atas tiga perkara, pertama makrifat syariat, kedua makrifat orang thorikat. Soal - dan apa perbezaan antara yang tiga itu. Jawab - adapun makrifat orang syariat itu iaitu mengenal segala hukum yang zahir seperti mengenal halal dan haram sah dan batal makruh dan mabaaha fardhu dan sunat rukun dan syarat. Adapun makrifat orang yang thorikat itu iaitu mengenal barang yang seni-seni seperti riya dan ajab dan samaa’ha dan takbur hasad dan sebagainya daripada sifat mazamawamata yang di cela oleh syarak dan mengenal kasih sayang Allaha Taa’laya akan hambanya dan mengenal baik dan jahat dan zahir dan bathin. Dan makrifat orang yang hakikat itu iaitu antara atanatazaha tashabayaha dan tiada terdinding pandang yang zahir akan yang bathin dan tidak terdinding pandang yang bathin akan yang zahir.

Soal - dan mana yang di namai syariat dan yang mana di namai thorikat dan yang mana di namai hakikat dan mana yang di namai makrifat. Jawab - adapun yang di namai syariat itu engkau sembah akan Allaha Taa’laya dan engkau kerjakan segala suruh syarak dan menjauhi segala yang di tegah oleh syarak. Dan adapun yang di namai thorikat itu iaitu engkau sahaja akan Allaha Taa’laya dengan ilmu dan amal dan engkau amalkan barang yang engkau ketahui. Dan adapun yang di namai hakikat itu seperti engkau pandang Allaha Taa’laya dengan cahaya yang di petaruhkan Allaha pada sama tengah hatimu. Dan adapun makrifat itu lengkap meliputi pada sekelian badan.

Soal - dan adakah hakikat itu bersalahan dengan syariat beri hukumnya. Jawab - adapun hakikat itu tiada bersalahan dengan syariat. Barang siapa-siapa mengata bersalahan hakikat itu dengan syariat orang itu kafir kerana hakikat itu syariat nabi yang bathin dan syariat itu yakni ilmu fekah iaitu syariat nabi yang zahir dengan sebab inilah tiada boleh bercerai syariat itu dengan hakikat kerana hakikat itu nyawa dan syariat itu tubuh inilah isyarat nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al Sharayaa’ta Ba Laa Haqoyaqota A’atholata Wa Al Haqoyaqota Ba Laa Sharayaa’ta Baatholata dan bermula syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa bermula hakikat dengan tiada ilmu syariat batal itulah sebab tiada bercerai.

Soal - dan mana makrifat hakikat yang tiada dapat tidak mengenal akan dia yang melepaskan daripada syirik beri fatawaa akan kami. Jawab - adapun hakikat itu engkau pandang dengan cahaya yang di petaruhkan Allaha Taa’laya pada sama tengah hatimu akan hakikat dirimu dan apa yang pada dirimu dan pandang daripada Allaha kepadamu.

Soal - dan apa yang daripadamu dan apa yang daripada Allaha kepadamu. Jawab - adapun yang daripadamu itu hina fakir dhoif lemah itulah bahagian dirimu dan yang daripada Allaha kepadamu iaitu mulia dan kaya dan kuat dan kuasa inilah yang daripada Allaha Taa’laya dan mulia engkau itu mulia Allaha Taa’laya dan kaya engkau itu kaya Allaha Taa’laya dan kuat engkau itu kuat Allaha Taa’laya dan kuasa engkau itu kuasa Allaha Taa’laya. Maka iaitu fanakan muliamu dalam mulia Allaha dan fanakan kayamu dengan kaya Allaha dan fanakan kuatmu dalam kekuatan Allaha dan kuasamu dalam kuasa Allaha tiada suatu zarah jua pada dirimu pada hakikatnya hanya semata-mata anugerah Allaha Taa’laya kepadamu.

Fikirkan olehmu akan asal kamu itu a’dama ertinya tiada maka anugerah Allaha Taa’laya atasmu di datangkan nikmat mengadakan dikau dengan tiada kerana a’lata kemduian di datangkan Allaha Taa’laya akan kamu nikmat amadaada yang tiada dapat di kira-kirakan seperti memberi rezeki yang dapat di rasa manis dan masam kelat dan pahit masin dan pedas dan barang sebagainya yang tiada dapat di kira-kirakan. Hai Akhowaanaya bayanglah engkau fikirkan nikmat Allaha Taa’laya atasmu dengan betapa kamu mengerjakan segala suruh Allaha Taa’laya berat atasmu dan betapa kamu berbuat maksiat akan Allaha. Janganlah kamu seperti segala binatang tiada punya fikiran hidup akan mati.
                 
Soal - dan mana darjat hakikat. Jawab - adapun darjat hakikat itu hilang segala wujud yang zahir ini pada pandangan hati. Soal - dan mana hakikat tauhid. Jawab - adapun hakikat tauhid itu barang yang terlintas di dalam hati maka iaitu binasa lagi baharu. Soal - dan mana hakikat tashowafa. Jawab - adapun hakikat tashowafa iaitu meninggalkan dakwa. Soal - dan mana asal mengenal Allaha Taa’laya. Jawab - adapun asal mengenal Allaha Taa’laya iaitu mengenal diri.

Soal - dan beberapa bernama diri. Jawab - adapun diri itu tiga perkara, pertama sebenar-benar diri, kedua diri terperi dan ketiga diri terdiri. Soal - dan mana sebenar-benar diri dan mana diri terdiri dan mana diri terdiri. Jawab - adapun sebenar-benar diri itu keadaannya kapas iaitu keadaannya Allaha. Adapun diri terperi keadaan benang keadaannya Mahamada. Adapun diri terdiri keadaan kain keadaan Adam. Misal ini kerana menghampirkan faham Allaha Taa’laya maha suci daripada misal dan nisbah.  Soal - dan apa yang menyampaikan kita kepada Allaha Taa’laya. Jawab - adapun yang menyampaikan kita kepada Allaha Taa’laya itu anugerahnya.

Soal - dan mana yang sebenar-benar ilmu. Jawab - adapun ilmu yang sebenar-benarnya iaitu yang mengetahui baik dan jahat zahir dan bathin awal dan akhir dan mengetahui halal dan haram makruh dan mabaaha sunat dan fardhu syarat dan rukun sah dan batal. Soal - dan apa mengalahkan ilmu ajarkan olehmu akan kami. Jawab - bermula yang mengalahkan ilmu itu iaitu nafsu. Soal - dan apa yang boleh mengalahkan nafsu beri fatawaa nya. Jawab - iaitu takut akan Allaha Taa’laya akan sebenar-benar takut. Soal – dan mana kesudah-sudahan ilmu. Jawab - adapun kesudahan ilmu itu kembali kepada asal iaitu sediakala.

Soal - dan mana kesudah-sudahan makrifat itu. Jawab - adapun kesudah-sudahan makrifat itu iaitu jahil akan dirinya. Soal - dan mana kesudah-sudahan akal tiada melampaui akan dia. Jawab - adapun kesudahan akal itu iaitu lemah daripada mendapat seperti keadaan tuhan kita Jala Wa A’za tiada dalam suatu dan tiada di luar suatu, tiada suatu dalamnya jauh tiada antara hampir, tiada bersentuh inilah sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Al A’jaza A’na Al Daaraka Al Adaraaka Fahawa Adaraaka bermula lemah daripada mendapat akan pendapat maka inilah yang di dapat. Soal - dan yang mana di namai cerdik. Jawab - adapun yang di namai cerdik memeliharakan harta dan agama.

Soal - dan yang mana orang yang berakal beri kami fatawaa nya. Jawab - adapun yang berakal itu iaitu empat belas perkara, pertama meninggalkan kemuliaan dunia, kedua meninggalkan takbur, ketiga banyak suka berbuat ibadat, keempat banyak suka berbuat jalan yang kebajikan dan kelima benci kepada jalan yang kejahatan dan keenam banyak kasih kepada orang alim serta baik adab dan ketujuh membalas jasa orang kepadanya. Kedelapan bersegera membayar hutang jikalau ada pembayar, kesembilan meninggalkan marah, kesepuluh murah tangannya bersedekah serta manis mulut manis muka, kesebelas banyak kasihnya kepada kaum kerabat, kedua belas tiada mahu makan yang haram.

Dan ketiga belas mahu terkena dan tiada mahu mengenakan, keempat belas benci kepada orang berbuat kebesaran dan kemegahan kerana di tilik dalam hatinya pekerjaan tiada memberi manafaat dunia dan akhirat sempurnalah orang itu dunia dan akhirat. Dan jikalau tiada tahu membaca kitab sekalipun inilah orang yang berakal terpelihara dunia dan akhirat dan bermula lawan yang empat belas ini itulah tanda orang yang tiada akal baginya yang dapat celaka dunia dan akhirat adanya.

Soal - dan mana sekurang-kurang akal manusia fatawaa akan kami. Jawab - adapun sekurang-kurang akal itu iaitu meninggalkan kemuliaan dunia. Soal - dan apa perbezaan iman dengan Asalama. Jawab - adapun perbezaan iman dengan Asalama itu iaitu adapun iman itu dengan bathin dan Asalama itu zahir tiada boleh bercerai antara keduanya seperti nyawa dengan tubuh tiada hidup tubuh itu melainkan dengan nyawa. Dan tiada sah Asalama itu melainkan dengan iman dan tiada sah iman itu melainkan dengan Asalama kerana Asalama itu zahir iman dengan sebab itulah tiada boleh di kata-kata Masalama orang yang tiada Asalama yakni tiada mengerjakan suruh meninggalkan tegah syarak.

Soal - dan mana asal amal dan asal taat dan mana asal kebaikan dan asal kejahatan. Jawab - bermula amal itu ilmu dan asal taat itu ketiadaan mengikut hawa nafsu dan asal kebaikan itu iaitu menyalahi hawa nafsu dan asal kejahatan itu mengikut hawa nafsu. Soal - dan mana syarat amal yang mengesahkan akan amalnya. Jawab - bermula syarat amal itu iaitu ikhlas. Soal - dan bermula ikhlas itu beberapa perkara. Jawab - bermula ikhlas itu atas tiga perkara, pertama ikhlas orang yang mabatadaya, kedua orang yang matawaasatho dan ketiga ikhlas orang yang manatahaya.

Soal - dan mana perbezaan yang tiga perkara itu beri kami hukumnya. Jawab - ikhlas orang mabatadaya daripada riya dan samaa’ha hanya semata-mata kerana Allaha kerana di harap akan dapat pahala masuk syurga dan kerana takut akan azab masuk neraka. Dan adapun ikhlas orang yang matawaasatho itu iaitu maha suci adaripada riya dan samaa’ha hanya semata-mata kerana Allaha hanya mengerjakan suruh Allaha kerana dia hamba Allaha mengerjakan suruh meninggalkan tegah bukan kerana hendak pahala masuk syurga bukan kerana takut akan azab masuk neraka. Dan adapun ikhlas orang yang manatahaya itu tiada menilik-nilik bagi dirinya amal hanya memandang fa’al kelakuan Allaha Taa’laya pada dirinya.

Soal - apa perbezaan antara yang tiga perkara pada hukumnya. Jawab - adapun amal orang yang mabatadaya itu syirik semata-mata kerana membangsakan amal bagi dirinya lagi kerana menuntut balas amalnya. Dan adapun amal orang yang matawaasatho itu iaitu dapat jua hukum syirik akan tetapi halus syiriknya daripada mabatadaya kerana ada wujudnya sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wajawadaka Zanaba Laa Qoyaasa Laha Laghoyaraha bermula wujudmu itu dosa tiada boleh kiaskan baginya bagi lainnya. Adapun amal orang yang manatahaya itu yang lepas daripada halus syirik inilah yang di tuntut adanya.

Soal - dan apa yang melepaskan kita daripada syirik mana jalannya beri kami hukumnya. Jawab - adapun yang melepaskan daripada syirik itu keluar engkau daripada diri engkau. Soal - dan mana yang di namai jahil marakaba beri fatawaa nya akan daku. Jawab - adapun yang di namai jahil marakaba itu iaitu tiada membezakan antara mahadatsa dengan qodim inilah di namai jahil marakaba pertama jahil akan dirinya kedua jahil akan tuhannya tiadalah mencium baunya makrifat.

Soal - dan mana yang di namai orang yang arif. Jawab - adapun yang bernama orang arif itu iaitu mengenal dirinya dan mengenal akan tuhannya dan mengenal akan segala sifatnya dan mengenal akan afa’alnya dan asmanya dan mengenal zahir dan bathinnya baik dan jahat dan bersamaan suka dan duka tiada suka sebab di puji tiada duka sebab di cela.

Soal - dan mana awal asal kejadian anak Adam. Jawab - adapun awal asal kejadian anak Adam itu iaitu daripada anasir yang empat perkara, pertama tanah, kedua air, ketiga angin dan keempat api. Soal - adapun tanah itu jadi daripada apa dan air itu jadi daripada apa dan angin itu jadi daripada apa dan api itu jadi daripada apa. Jawab - adapun tanah itu jadi daripada air dan air itu daripada angin dan angin itu daripada api dan api itu daripada rahsia Mahamada.

Soal – dan tanah itu tanah yang mana dan air itu air yang mana dan angin itu angin yang mana dan api itu api yang mana. Jawab – Adapun tanah itu badan badan Mahamada adapun air itu cahaya nur Mahamada adapun angin itu nafas Mahamada dan adapun api itu naazhora Mahamada. Soal – dan tanah itu jadi apa dan air itu jadi apa dan angin itu jadi apa dan api itu jadi apa. Jawab – adapun tanah itu jadi daging dan air itu jadi tulang dan angin itu jadi urat dan api itu jadi darah.

Soal – aku tanya lagi mana kejadian diri yang bathin. Jawab – adapun kejadian diri yang bathin itu iaitu kejadian daripada anasir yang empat yang bathin. Soal – dan mana anasir empat yang bathin. Jawab – iaitu wujud, ilmu, nur, shahawada. Dan erti wujud itu zatnya dan erti ilmu itu sifatnya. Dan erti nur itu asmanya dan erti shahawada itu afa’alnya. Soal – zat itu jadi apa kepada kita. Dan sifat itu jadi apa kepada kita. Dan asma itu jadi apa kepada kita. Dan afa’al itu jadi apa kepada kita. Jawab – adapun zat itu rahsia kepada kita. Dan sifat itu nyawa kepada kita. Dan asma itu hati kepada kita. Dan afa’al itu tubuh kepada kita.

Soal – dan beberapa kejadian kita daripada ibu dan bapa dan kejadian daripada Allaha. Jawab – adapun kejadian daripada ibu itu empat perkara, pertama lemak, kedua darah, ketiga rambut, keempat daging dan empat daripada bapa, pertama kulit, kedua a’shoba, ketiga urat, keempat tulang. Dan adapun kejadian daripada Allaha Taa’laya enam perkara, pertama pendengar, kedua penglihat, ketiga pencium, keempat perasa, kelima akal dan keenam ruh. Dan apabila di hantarlkan Allaha Taa’laya pendengar itu kepada kita mendengarlah dengan pendengarnya dan apabila di hantarkan pelihat itu maka melihat dengan pelihatnya.

Dan apabila di hantarkan pencium itu menciumlah kita dengan penciumnya dan apabila di hantarkan perasa itu kepada kita maka merasalah kita dengan perasanya. Dan apabila di hantarkan akal itu kepada kita maka berakallah kita dengan akalnya dan apabila di hantarkan ruh itu maka hiduplah kita dengan dia. Akan tetapi di ketahui akan kifayat di hantarkan itu tiada boleh di kata di beri Allaha kepada kita kerana mafhum beri itu boleh bercerai sifat itu dengan zat maka iaitu mustahil.
 
Soal - dan mana misal hamba dengan tuhan, mana misal tuhan dengan hamba beri ilmunya supaya tahu. Jawab - bermula tamatsala hamba dengan tuhan dan misal tuhan dengan hamba iaitu misal matahari dengan cahayanya tiada sekutu tiada bercerai cahaya itu dengan zat matahari bukan cahaya itu matahari bukan lain daripada matahari. Dan lagi misalnya seperti api dengan asap adapun asap itu menunjukkan ada api dan bukan asap itu api tiada lain daripada api tiada bercerai tiada bersekutu seperti misal ini hamba dengan tuhan tiada bercerai tiada sekutu. Maka tatkala itu hairan akal hai sangat ajaib betapakah berhimpun dua yang berlawanan yang tiada sah berhimpun keduanya. Inilah isyarat sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Yaqoraqo Bayana Al Nafaya Wa Al Atsabaata Wa Mana Fawaqo Bayanahamaa Fa Hawa Kaafara Tiada bercerai antara nafi dan isbat dan siapa-siapa ceraikan orang itu kafir.

Soal - dan mana rupanya yang tiada bercerai tiada sekutu beri kami hukumnya. Jawab - dan adapun rupanya tiada bercerai itu iaitu kuasa engkau itu kuasa Allaha, bergerak engkau itu di gerakkan Allaha Taa’laya dan ikhtiar engkau itu ikhtiar Allaha Taa’laya. Dan erti tiada sekutu itu iaitu tiada sekali-kali engkau berkuasa sertanya seberat zarah jua hanya semata-mata kuasanya Allaha Taa’laya hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Tamaa’raka Zarata Alaa Ba Azana Allaha Tiada bergerak suatu zarah jua melainkan dengan Allaha yakni di kehendak Allaha Taa’laya inilah erti nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi tiada bercerai tiada sekutu.

Soal - dan betapa engkau pandang bagi diri engkau. Jawab - hanya aku pandang diri aku a’dama yakni tiada hakikat baginya. Soal - dan betapa engkau mengenal Allaha Taa’laya. Jawab - hanya aku kenal Allaha Taa’laya dengan Allaha Taa’laya. Soal - dan betapa engkau pandang pada segala yang ada ini. Jawab - hanya aku pandang pada segala yang ada ini qoama dengan Allaha Taa’laya. Soal - dan mana yang di namai hampir kepada Allaha Taa’laya. Jawab - adapun yang di namai hampir itu apabila ingat hatinya kepada Allaha Taa’laya hampir namanya. Soal - dan mana yang di namai jauh kepada Allaha itu. Jawab - adapun yang di namai jauh itu iaitu apabila berhadap hati kepada makhluk serta lupa dan lali maka iaitu jauh namanya.

Soal - dan mana yang di namai sampai kepada Allaha Taa’laya. Jawab - adapun yang di namai sampai kepada Allaha itu iaitu hapus sekelian yang dalam alam ini daripada pandangan dalam hatinya hanya wujud Allaha Taa’laya serta hadir dalam hatinya senantiasa inilah yang di namai sampai kepada Allaha tiada lupa dan tiada lali sekejap mata jua adanya. Soal - dan mana yang di namai qodim dan mana di namai azali. Jawab - adapun qodim dan azali itu satu makna iaitu barang yang tiada awal baginya wajawadaya atau a’damaya. Bermula segala sifat itu qodim lagi azali.
 
Soal - bermula qodim itu berapa perkara. Jawab - adapun qodim itu tiga perkara, pertama qodim haqoyaqoya, kedua qodim zamaanaya dan ketiga qodim adhoafaya. Soal - dan mana qodim haqoyaqoya dan mana qodim zamaanaya dan mana qodim adhoafaya. Jawab - adapun qodim haqoyaqoya itu iaitu qodim bagi zat Allaha Taa’laya dan adapun qodim zamaanaya itu iaitu masa yang telah lalu dan dhoabatho nya hingga setahun kurang. Adapun qodim adhoafaya itu iaitu seperti terdahulu bapa daripada anak. Soal - beberapa hukumnya yang azali itu. Jawab - adapun hukumnya yang azali  itu iaitu empat bahagi pertama wujud Allaha Taa’laya dan kedua a’dama kita dan ketiga segala makhluk dan keempat nikmat syurga dan azab neraka.

Soal - Dan apa menegahkan daripada melihat tuhan kita dalam dunia tiada di dalam akhirat serta bahawasanya ia terlebih hampir daripada urat tengkok. Jawab - adapun tiada di lihat dalam dunia kerana sangat hampirnya dan lagi menegahkan melihat dalam dunia ini kerana dunia ini sangat hina pada sisi Allaha Taa’laya. Tiada boleh bercampur mulia serta hina seperti firman Allaha Taa’laya hai insan aku jadikan dunia ini tempat mencari bekal akhirat.

Tiada aku jadikan tempat mencari kemuliaan dan kemegahan tiada aku jadikan tempat mencari harta dan kebesaran. Siapa-siapa kebesaran di dalam dunia aku kecilkan dalam akhirat seperti semut yang kecil. Siapa-siapa mulia dalam dunia aku hinakan dalam akhirat tiada boleh berhimpun keduanya kemuliaan dunia dengan kemuliaan akhirat. Dan aku jadikan dunia ini syurga orang kafir dan neberi bagi mereka itu dan penjara hambaku yang mukmin. Siapa hambaku mengambil kemuliaan dunia tiada kemuliaan baginya dalam akhirat.

Soal - adakah tuhan itu pergi datang. Jawab - tiada tuhan itu pergi datang dan berpindah. Bermula sekelian itu lawaazama baharu. Soal - dan apa kata kamu pada ayat Qoraana Wa Jaa Rabaka dan telah datang tuhanmu maka adalah ayat itu mengata datang tuhan itu pada makna ayat itu. Jawab - bermula ayat itu setengah ayat matashabahaa wajib di takwilkan makna yang datang itu suruhnya dan tegahnya. Dan adapun dalam Qoraana dua ayat, pertama ayat matahakamata, kedua ayat matashabahaa. Adapun ayat matahakamata itu tiada di takwilkan adapun ayat matashabahaa wajib di palingkan maknanya kepada munasabah akan dia.

Soal - apa kata kamu pada ayat Azaa Araada Shayaa Ana Yaqowala Laha Kana Faya Kawana maknanya apabila menghendaki Allaha Taa’laya akan suatu bahawa mengata baginya adalah mu Kana maka adalah ia suatu itu maka iaitu adalah kalam Allaha Taa’laya berhuruf Kaf dengan Nun. Aku dengar perkatan orang a’lamaa bermula kalam Allaha Taa’laya tiada huruf tiada suara beri kami akan hukumnya. Jawab - adapun ayat itu setengah ayat matashabahaa wajib di palingkan maknanya kelain adapun maknanya yang apabila menghendaki Allaha Taa’laya akan suatu ada suatu itu bersegera seperti mengata lafaz Kana pada bersegeranya.
                         
Soal - dan mana yang di namai usaha pada hamba. Jawab - adapun yang di namai usaha itu iaitu zahir perbuatan Allaha Taa’laya pada hamba inilah yang di namai usaha. Soal - dan apa kata kamu pada firman Allaha Taa’laya dalam Qoraana Layasa Lalaanasaana Alaa Maa Saa’ya ertinya tiada bagi insan melainkan barang yang mengerjakan ia maka iaitu adalah usaha bagi manusia pada makna ayat itu. Jawab - adapun ayat itu membangsakan Allaha Taa’laya usaha itu kepada hamba kerana kembali manafaatnya kepada hamba kurnia Allaha Taa’laya semata-mata kepada hamba.

Soal – dan mana manusia yang tiada akal baginya. Jawab – sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula manusia yang tiada akal baginya iaitu yang melebihkan dunia daripada akhirat dan melebihkan harta daripada amal dan menuntut ilmu dan suka berbanyak harta serta kurang amal itulah manusia yang tiada berakal. Dan tiada mengetahui baik dan jahat, awal dan akhir, zahir dan bathin, tiada ingat hidup akan mati hanya ingat akan harta makan dan minum dan jimak. Inilah yang sebodoh-bodoh manusia ialah tubuhnya tubuh manusia akalnya seperti akal binatang tiada mengetahui hidup akan mati. Bermula harta itu tiada di bawa mati janganlah bersahabat dengan orang yang bersifat ini jahat semata-mata mewaris akan mati hati larilah daripadanya seperti lari daripada harimau.

Soal – dan mana yang bernama manusia yang di puji oleh syarak. Jawab – sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula yang sebenar-benar manusia itu tiga perkara, pertama orang yang mengajar ilmu yang sebenarnya dan kedua orang yang belajar ilmu yang sebenarnya dan ketiga orang yang mendengar dengan sebenarnya. Bermula yang baki seperti lalat yang mengikut kumbang yang kurus tiada darjat baginya pada Allaha Taa’laya.

Soal – dan mana orang yang di lebihkan Allaha Taa’laya dunia dan akhirat. Jawab – adapun orang yang di lebihkan Allaha Taa’laya dunia dan akhirat firman Allaha Taa’laya dalam Qoraana Shahada Allaha Anaha Laa Alaha Alaa Hawa Wa Al Malaakata Wa Awalawa Al A’lama Qoamaa Ba Al Qosatho yakni naik saksi Allaha Taa’laya bahawasanya tiada tuhan melainkan ia dan segala malaikat dan segala orang yang mempunyai ilmu yang mendirikan dengan betul dan lagi firman Allaha Taa’laya Wa Alazayana Awatawaa Al A’lama Darajaata yakni segala mereka yang di beri ilmu itu beberapa darjat. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula umatku yang terlebih mulia pada sisi Allaha Taa’laya iaitu orang yang a’alama yang sebenarnya terlebih nmulia daripada seribu orang mati shahid.

Lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan siapa-siapa tiada duka cita mati orang yang a’alama maka orang itu munafik dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ialah sebodoh-bodoh umatku orang yang tiada kasih akan orang a’alama dengan sebenar-benar kasih. Bermula orang yang a’alama itu ganti aku menyampaikan yang daripada aku kepada umatku. Siapa-siapa tiada kasih akan orang a’alama tiada kasih akan daku. Dan siapa-siapa kasih akan orang a’alama sanya kasih akan daku dan siapa-siapa kasih akan daku sanya kasih akan Allaha Taa’laya dan siapa-siapa kasih akan Allaha Taa’laya masuk syurga.

Soal – dan apa tanda orang yang di kasih Allaha Taa’laya. Jawab – adapun tanda orang yang di kasih Allaha Taa’laya itu iaitu kasih sekelian manusia kepadanya. Soal – dan apa tanda orang di benci Allaha Taa’laya. Jawab – iaitu di benci kebanyakan manusia kepadanya. Soal – dan apa tanda orang isi syurga. Jawab – adapun alamat orang isi syurga itu iaitu orang yang murah tangannya berbuat kebaikan kepada manusia dan tangannya memberi sedekah kepada fakir miskin serta manis mulut dan mukanya.

Soal – dan apa tanda orang isi neraka beri fatawaa kepada kami. Jawab – adapun tanda orang isi neraka itu iaitu orang yang bakhil kukut tangannya kepada berbuat menolong berbuat kebaikan sama manusia dan bakhil tangannya kepada bersedekah fakir miskin kerana sayang kepada hartanya masam mukanya keji lidahnya dan jikalau alim sekalipun.

Soal – dan mana celaka manusia. Jawab – bermula celaka manusia itu atas tiga perkara, pertama banyak malas buat kerja dan kedua yakni tiada cermat dan ketiga perkelahian sama-sama manusia. Soal – dan berapa tuah manusia. Jawab – adapun tuah manusia itu iaitu tiga perkara, pertama banyak rajin buat kerja yang kebaikan dan kedua cermat dan ketiga pandai bertadbir.

Soal – dan bermula orang yang a’lamaa itu berapa perkara. Jawab – bermula orang a’lamaa itu iaitu atas dua perkara, pertama a’lamaa dunia, kedua a’lamaa akhirat. Soal – dan mana rupa a’lamaa dunia. Jawab – iaitu mengetahui hukum yang zahir seperti mengetahui halal dan haram, sah dan makruh dan mabaaha sunat dan fardhu, rukun dan syarat dan mengetahui hukum yang pada dunia seperti hukum nikah sahnya dan batalnya dan hukum berniaga sahnya dan batalnya, halalnya dan haramnya dan mengetahui hukum antara perbantahan segala manusia serta kasih akan dunia dan kemuliaannya hadir.

Dan adapun a’lamaa akhirat itu iaitu yang tiada suka akan kemuliaan dunia dan kemegahan dan mengamalkan ilmunya banyak takut akan Allaha Taa’laya dan banyak suka akan ilmu bathin yakni ilmu tashowafa dan benci kepada pekerjaan maksiat dan menjauh akan segala sifat mazamawama yang di cela oleh syarak seperti riya, samaa’ha, ajab, takbur, hasad dan sebagai daripada sifat yang di cela oleh syarak. Engkau tuntutlah ilmunya dan jikalau kepada bangsa Habashaya sekalipun dapat berkat ilmunya.

Hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Anaa Mana Ghoyara Al Dajaala Akhowafa A’laya Kama Mana Al Dajaala Fa Qoyala Wa Maa Hawa Yaa Rasawala Allaha Fa Qoala A’lamaa Al Sawaa ertinya “Aku daripada Dajal terlebih takut aku atas kamu daripada Dajal” maka di kata orang “Siapa ia ya rasul Allaha”. Kemudian berkata rasul Allaha “A’lamaa jahat yang tiada mengamalkan ilmunya dan suka ziarah kepada raja-raja sultan. Janganlah engkau percaya akan dia. Janganlah engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan laknat Allaha tiada berkat ilmunya kepada engkau kerana engkau jahat sangka kepada guru jahat perangai guru. Itulah sebab janganlah menuntut ilmu kepadanya dan hendaklah tuntut ilmu kepada guru yang marashayada yang baik perangainya lagi banyak kasih kepada orang menuntut ilmu lagi jangan ada guru itu tamak kepada dunia lagi jangan banyak marah lagi manis muka dan mulut kepada muridnya. Jangan tamak kepada harta engkau tuntut ilmunya”. 
                  
Soal – aku tanya akan dikau dengan satu masaalah dengan lima kali tanya dan engkau jawab berlainan-lainan dan mana lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta. Bermula harta itu tiada di bawa mati dan ilmu itu di bawa mati menolong akan kita. Soal – dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta itu sebab harta tiada memberi manafaat pada kemudian hari hanya yang memberi manafaat harta itu beri sedekah kepada fakir dan miskin. Jika tiada harta buat sedekah menyakiti pada kemudian hari dan bermula ilmu itu memberi manafaat pada kemudian hari. Soal – dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta sebab kerana harta itu dapat di curi orang lagi boleh rosak binasa dan bermula ilmu itu tiada dapat di curi orang tiada boleh rosak binasa.

Soal – aku tanya lagi dan mana lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta sebab kerana harta itu apabila di belanjakan kurang ia. Bermula ilmu itu apabila di ajarkan bertambah ia. Soal – dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta sebab kerana harta itu waris Qorun. Bermula ilmu itu waris nabi. Soal – aku tanya lagi dan mana yang lebih harta dengan ilmu. Jawab – lebih ilmu daripada harta sebab kerana ilmu itu menolong kita pada kemudian hari. Bermula harta itu menyakiti kita pada kemudian hari jikalau halalnya berhisab jikalau haramnya di azab. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dahulu orangh fakir masuk syurga daripada orang kaya lima ratus tahun.

Soal – dan mana yang di namai kaya. Jawab – iaitu menuntut yang lebih daripada sekadar hajat yang memadai. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama siapa-siapa menuntut harta yang lebih sekadar yang hajat memadai membutakan Allaha Taa’laya akan dua mata hatinya. Bertanya sahabat “Ya rasul Allaha, mana yang di namai orang tiada berakal sedikit jua” jawab rasul Allaha “Orang meninggalkan menuntut ilmu kerana mencari harta”. “Ya rasul Allaha, apa sebab tiada akal baginya” sabdanya “Bermula harta itu tiada di bawa mati tiada menolong kita kemudian hari hanya menyakiti kemudian hari hanya ilmu itu bekal dalam akhirat dapat kemuliaan dalam akhirat. Itulah sebab di namai tiada akal baginya di tinggalkan yang lebih mulia di ambilnya yang kurang tiada di ketahui dunia ini akan kiamat, hidup akan mati dan akhirat itu kekal itulah sudah-sudah manusia”.

Telah berkata hakamaa “Hai tholib fikir olehmu akan hadis ini Wa Al Fakara Saraaja Al Qolaba bermula fikir itu pelita hati. Adakah tiada engkau dengar hadis nabi Thoalaba Al A’lama Farayadhota A’laya Kala Masalama Wa Masalamata bermula menuntut ilmu itu fardhu yakni wajib atas tiap-tiap Masalama laki-laki perempuan. Adapun mencari harta itu tiada hadis nabi mengatakan wajib mencari harta itu dan tiada kitab mengatakan mencari harta itu wajib atau mengatakan sunat hanya mengatakan harus jua dengan sekadar hajat yang memadai. Hanya yang terlebih daripada sekadar hajat tiada dalam hukum syarak hanya hukum bidaah semata-mata”.
                      
Soal – dan apa kata kamu pada dua orang dan berkata yang seorang itu kaya tuhan kita daripada sekelian alam dan berkata pula yang seorang ada yang tiada pada tuhan kita. Adakah perkataan itu bersalahan atau muafakat. Jawab – tiada bersalahan orang itu kerana perkataan yang tiada bagi tuhan itu perbendaharaan papa itulah di kata kaya. Soal – dan apa kata kamu pada orang berkata tiada sekali-kali segala kaanata itu memberi bekas hanya yang memberi bekas itu kudrat diri tuhan kepada kita. Jawab – kata orang itu tiada boleh di perpakai perkataan orang jahil tiada tahu akan makna cakap. Adapun katanya di beri itu boleh bercerai sifat itu dengan zat maka iaitulah mustahil pada akal.

Soal – dan apa kata kamu pada seorang yang berkata tiada memberi bekas segala kaanata hanya yang memberi bekas itu kudrat yang di jadikan Allaha Taa’laya pada tatkala menjadikan hamba. Apa perkataan itu salahkah atau tiada. Jawab – perkataan itu sangat tersalahnya jangan dengar perkataan itu kerana perkataan itu melemahkan tuhan yang menjadikan suatu serta hamba dan lagi berbilang sifat itu dua kudrat. Dan satu satu kudrat terdiri pada zat dan satu lagi kudrat yang di jadikan pada hamba pada tatkala menjadikan hamba perkatan ini membawa kepada kafir.
    
Soal – dan apa kata kamu pada seorang yang berkata tiada sekali-kali memberi bekas segala kaanata hanya yang memberi bekas kudrat yang di taruh pada sisi kaanata. Jikalau Allaha Taa’laya hendak memberi bekas bekaslah ia jikalau tiada berkehendak tiada memberi bekas. Jawab – perkataan ini muafakat segala a’lamaa mengatakan bidaah dan pada kafirnya akhotalaafa. Soal – dan apa kata kamu pada seorang yang berkata tiada memberi bekas segala kaanata hanya semata-mata kudrat tuhan memberi bekas itu tetapi berlazim-laziman antara sebab dan masababa pada akal maka tatkala di dapat api umpamanya nescaya dapat hangus. Jawab – maka orang itu jahil akan hukum hakikat hukum adat dan terkadang membawa perkataan itu kepada kafir jangan engkau perpakai perkataan itu.

Soal – apa kata kamu pada seorang yang berkata tiada sekali-kali segala kaanata itu memberi bekas hanya yang memberi bekas itu kudrat tuhan yang di jadikan pad tatkala tuhan menjadikan kaanata. Jawab – perkataan itu sangat salahnya kepada tuhan kerana melemahkan akan tuhan menjadikan suatu serta hambanya jadi dua kudrat, suatu kudrat yang di jadikan pada tatkala menjadikan kaanata dan suatu kudrat pada zatnya jadi berbilang sifat maka iaitu mustahil perkataan membawa kepada kafir. Jangan di dengar perkataan sesat itu.

Soal – apa kata kamu pada orang yang berkata adapun yang harus pada Allaha Taa’laya itu empat. Adakah betul atau tiada beri kami hukumnya. Jawab – perkataan itu tiada betul sangat bersalahnya kerana yang harus pada Allaha Taa’laya satu iaitu memperbuat segala mamakana dan meninggalkan dia jangan engkau perpakai perkataan itu ialah kesalahan yang amat besar kerana meharuskan yang mustahil pada Allaha Taa’laya.

Soal – dan mana yang di namai sembahyang pada syarak beri fatawaa akan kami. Jawab – adapun pada syarak Aqowala Mafatatahaha Ba Al Takabayara Wa Makhotatamaha Al Tasalayama Ba Sharaatho Makhoshowashota ertinya dengan beberapa perkataan dan beberapa perbuatan di mulai dengan takbir dan di sudahi dengan salam dan dengan beberapa syarat yang tertentu.

Soal – dan yang mana di namai niat. Jawab – adapun yang di namai niat itu iaitu Qoshoda Shayaya Maqotaranaa Ba Faa’laha ertinya menyahaja sesuatu hal keadaaan di pesertakan dengan perbuat akan dia. Soal – dan mana tempat niat itu beri fatawaa akan kami. Jawab – adapun tempat niat itu dalam hati iaitu Al Nayata Ba Al Qolaba Ba Laa Showata Wa Laa Harafa bahawasanya niat itu dalam hati dengan tiada suara dan tiada huruf adanya. Soal – dan mana rupanya niat dan betapa bunyinya dalam hati tatkala kita mengata Allaha Akabara. Jawab – adapun niat kita kata dalam hati tatkala mengata Allaha Akabara aku sembahyangkan fardhu Zohor atau fardhu A’shar atau fardhu Maghrib umpamanya dalam huruf yang lapan itulah di namai niat a’rafayata.

Soal – dan apa kata kamu pada niat itu tiada huruf tiada suara sekarang aku dengar ada hurufnya aku sembahyang fardhu Zohor ialah banyak hurufnya engkau kata tiada huruf. Jawab – adapun perkataan hati itu tiada di namai huruf. Bermula yang bernama huruf itu ialah yang keluar daripada mulut dan lidah dan rongkongan dan bibir dan gigi. Dan adapun hati itu tiada mulut dan tiada lidah dan tiada rongkongan dan tiada bibir dan gigi. Itulah sebab tiada di namai huruf adanya.

Soal – dan mana yang di namai syarat. Jawab – adapun yang di namai syarat itu barang yang terhenti atas sah sembahyang adanya. Soal – dan apa faraaqo antara syarat dan rukun. Jawab – adapun syarat itu dahulu daripada sembahyang dengan tiada berputus-putus hingga akhir amal seperti suci. Dan adapun rukun itu dalam sembahyang dengan berputus-putus seperti rukuk dan sujud adanya.

Soal – dan apa sebab tiada takbir anataqola pada tatkala bangkit daripada rukuk dengan mengata Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha hingga akhirnya. Jawab – kerana hadis daripada Abawa Bakara Shodayaqo sabdanya Abawa Bakara “Tiada aku meluputkan sembahyang berjemaah dengan rasul Allaha dan pada suatu hari taakhir aku datang ke masjid rasul Allaha hendak sembahyang. Maka aku dapat rasul Allaha dalam rukuk pada ketika itu datang Jibril pada waktu rukuk rasul Allaha dan mengata Jibril Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha hingga akhirnya. Maka bangkit rasul Allaha dan mengata rasul Allaha Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha hingga akhirnya. Itulah sebabnya dan tiada mengata rasul Allaha Samaa’ Allaha Lamana Hamadaha dahulunya”.

Soal – dan apa sebab sujud itu dua kali dan tiada lainnya. Jawab – adapun sebab sujud itu dua kali kerana sujud itu terlebih khusyuk dan dari kerana syukur dan kerana tatkala rasul Allaha maa’raaja ke langit dan segala malaikat muliakan rasul Allaha dan bangkit segala malaikat yang sujud daripada sujudnya kemudian kembali sujud pula itulah sebabnya.

Soal – dan apa faaraqo Jumaat dengan berjemaah. Jawab – adapun faraaqo nya bermula sembahyang Jumaat itu wajib berkaum-kaum pada rakaat yang pertama. Bermula sembahyang berjemaah itu tiada di syaratkan berkaum-kaum pada rakaat yang pertama. Soal – dan apa di katakan pada sembahyang berjemaah itu sunatkah atau fardhu. Jawab – adapun sembahyang berjemaah itu fardhu kifayah. Adapun Jumaat itu fardhu ain atas laki-laki baligh berakal.

Soal – apa kata kamu seorang yang sholeh dan puasa sepanjang masa dan beramal pada tiap-tiap malam dengan tiada tidur akan  tetapi tiada sembahyang berjemaah dan sembahyang Jumaat. Jawab – adalah sahabat rasul Allaha bertanya akan hal dengan demikian itu jawab rasul Allaha orang isi neraka. Soal – dan apa hukum orang yang meninggalkan sembahyang berjemaah-jemaah dengan tiada uzur serta hampir masjid berjemaah. Jawab – rasul Allaha tiada sekali di terima amalnya kerana meringankan syarak. Bermula berjemaah-jemaah di dalam rumah itu tiada lepas daripada dosa fardhu kifayah hanya tempat berjemaah-jemaah seperti masjid atau tempat sediakan tempat berjemaah sekira-kira tiada malu orang masuk pada tempat itu lagi pada tempat yang zahir agama Asalama adanya.
        
Soal – dan apa kelakuan menyembahyangkan mayat adakah perbezaan mayat laki-laki dengan mayat perempuan. Jawab – ada hukum dalam kitab fekah ada perbezaan. Adapun kepala mayat perempuan sebelah kanan imam dan kepala mayat laki-laki iu sebelah kiri imam inilah perbezaan. Soal – apa sebab kepala mayat perempuan itu sebelah kanan imam dan kepala mayat laki-laki sebelah kiri imam. Jawab – adapun imam itu berdiri berbetulan pinggang pada mayat perempuan jadilah tubuh mayat itu banyak sebelah kanan imam iaitu banyak mesti banyak pula dosa sebelah kanan imam dengan sebab itulah di harapkan akan limpah pahala selama yang wajib mudah-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu adanya. Adapun mayat laki-laki itu berdiri imam berbetulan bahu mayat iaitu panjang tubuh mayat itu kanan imam maka iaitu banyaklah dosa sebelah kanan imam kerana panjang tubuhnya dengan sebab itulah di harap akan limpah pahala saelama yang wajib mudah-mudahan mengkifaratkan dosa mayat itu itulah sebabnya.

Soal – dan apa hukumnya pada mayat kanak-kanak antara kafir dan Asalama yakni perempuan Asalama duduk sama orang kafir kemudian dapat anak antara keduanya kemudian mati sebelum baligh dan berakal hal adakah wajib di sembahyangkan atau tiada. Jawab – di sembahyangkan itu wajib kerana anak zina itu mengambil bangsa kepada ibu dan lagi kerana menguatkan agama Asalama atas agama kafir adanya.

Soal – dan yang mana di namai perhiasan pada orang laki-laki. Jawab – iaitu tiga perhiasan pada orang laki-laki, pertama ada ilmu dan kuat mendirikan hukum dan kedua memurahkan hartanya kepada manusia serta tiada ingat akan dia dan ketiga sangat berusaha pada segala pekerjaan yang memberi manafaat.

Soal – dan beberapa akal manusia beberapa jengkal panjangnya. Jawab – bermula sepanjang-panjang akal manusia tiga jengkal. Bermula akal satu jengkal itu melebihkan dunia daripada akhirat, melebihkan harta daripada amal ibadat. Dan bermula akal dua jengkal itu melebihkan akhirat daripada dunia tiada suka pada pekerjaan yang tiada memberi manafaat lagi tahu akan dirinya itu hamba merendahkan diri sama-sama manusia. Dan adapun akal yang tiga jengkal itu iaitu orang yang memandang akan tuhannya dan akan dirinya di pandangnya pada segala perbuatan dirinya perbuatan Allaha dan ikhtiarnya ikhtiar Allaha Taa’laya pada dirinya. Inilah akal orang yang tiga jengkal adanya.

Soal – dan apa yang berat daripada langit dan apa yang terlebih luas daripada bumi dan apa yang terlebih kaya daripada laut dan apa yang terlebih keras daripada batu dan apa yang terlebih hangat daripada api dan apa yang terlebih sejuk daripada air dan apa yang terlebih pahit daripada racun. Jawab – adapun terlebih berat daripada langit iaitu menuduh orang tiada berdosa dan terlebih luas daripada bumi iaitu kata yang sebenarnya dan yang terlebih kaya daripada laut itu hati yang murah dan terlebih keras daripada batu itu iaitu hati orang yang munafik dan terlebih hangat daripada api itu iaitu perkataan yang kasar dan yang terlebih sejuk daripada air itu berkehendak kepada bakhil dan yang terlebih pahit daripada racun itu sabar.

Soal – dan mana-mana kepala akal. Jawab – adapun kepala akal itu tiga perkara, pertama mengampunkan kesalahan manusia kepadanya dan kedua merendahkan diri kepada manusia dan ketiga mendahulukan fikir kemudian maka menjawab ia akan perkataan. Soal – dan mana kepala jahil. Jawab – adapun kepala jahil itu tiga perkara, pertama orang yang sangat membesarkan dirinya sama manusia dan kedua banyak perkataan yang tiada memberi manafaat dan ketiga mengaibkan manusia pada satu pekerjaan akan tetapi dia perbuat juga. Soal – adapun jahil itu di mana datangnya. Jawab – adapun datang jahil itu iaitu ketiadaan ilmu dengan sebab itulah wajib menuntut ilmu.

Soal – dan mana ilmu yang wajib menuntut dia dan apa hukum kepada orang meninggalkan dia daripada menuntut. Jawab – bermula ilmu yang wajjib menuntut dia tiga ilmu, pertama ilmu usul Al Din iaitu mengetaui barang yang wajib pada Allaha dan yang mustahil dan yang harus pada Allaha dan seperti demikian pada haq segala rasul dengan sekira-kira mengesahkan akan imannya. Dan kedua ilmu fekah sekadar mengetahui syarat-syarat rukun amal ibadatnya dan yang membatalkan dia. Dan ketiga ilmu tashowafa iaitu sekira-kira mengetahui akan yang binasakan pahala ibadatnya. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama tiada sekali-kali di terima amal syirik sebesar bukit sekalipun.

Soal – apa hukumnya pada orang yang meninggalkan menuntut ilmu yang tiga itu dan tiada mengetahui ilmu yang tiga itu. Jawab – hukumnya fasik sebab meninggalkan yang wajib tiada sah jadi wali nikah dan saksi. Soal – dan mana datang papa itu. Jawab – bermula datang papa itu ketiadaaan akal dan jikalau ada akalnya panjang ikhtiarnya.

Soal – dan mana yang sebaik-baik perempuan itu. Jawab – sebaik-baik orang perempuan itu empat perkara tandanya, pertama memeliharakan harta suaminya serta cermatnya, kedua memeliharakan dirinya daripada pekerjaan maksiat serta ada agama, ketiga manis mulutnya manis mukanya kepada suaminya, keempat banyak sabar kepada suaminya serta bersungguh-sungguh. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kepada anaknya Sataya Faathomaha “Hai anakku Fatimah, bermula syurga engkau dan neraka engkau itu suami engkau. Itulah siapa-siapa baik perangainya kepada suaminya syurga tempatnya, jahat perangai kepada suaminya nereka tempatnya”. 

Soal – dan mana perempuan yang celaka-celaka. Jawab – dan adapun celaka-celaka perempuan itu iaitu empat perkara, pertama jahat perangai serta khianat akan harta suaminya, jangan sekali-kali di buat isteri. Kedua berbuat maksiat di belakang suaminya dan ketiga keji lidahnya masam mukanya, keempat banyak cemburu kepada suaminya dan wajib cemburu itu pada orang laki-laki. Dan jikalau soleh perempuan itu sekalipun tiada di terima amalnya dan sekalipun ibadatnya dan jikalau haji sekalipun.

Soal – dan mana fardhu dahulu daripada fardhu dan mana fardhu dalam fardhu dan mana fardhu antara dua sunat dan mana fardhu kemudian daripada fardhu. Jawab – adapun fardhu dahulu daripada fardhu iaitu ilmu. Adapun fardhu dalam fardhu iaitu hadir hati dalam sembahyang kepada Allaha. Adapun fardhu antara dua sunat iaitu antara dua lubang hidung dan yang fardhu kemudian fardhu iaitu mencita hendak mengerjakan lagi.
Soal – dan mana makna Laa Alaha Alaa Allaha pada hakikatnya. Jawab – adapun makna kalimah itu pada hakikatnya Laa Masataghonayaa A’na Kala Maa Sawaaha Wa Mafataqoraa Alayaha Kala Maa Ghodaaha Alaa Allaha ertinya tiada yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya oleh tiap-tiap barang yang lainnya melainkan Allaha Taa’laya yang kaya daripada tiap-tiap barang yang lainnya dan berkehendak kepadanya tiap-tiap barang yang lain. Soal – dan beberapa martabat orang yang mengata kalimah Laa Alaha Alaa Allaha. Jawab – adapun orang yang mengata kalimah itu atas tiga martabat, pertama martabat orang mabatadaya dan kedua martabat orang matawaasatho dan ketiga martabat orang manatahaya.

Soal – dan mana perbezaan antara tiga orang itu. Jawab – adapun orang mabatadaya itu orang yang memandang daripadanya kepada Allaha dan makna kepadanya Laa Maa’bawada Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allaha Taa’laya martabat ini syirik semata-mata. Dan adapun martabat orang matawaasatho orang yang memandang daripada Allaha kepadanya dan makna kepadanya Laa Matholawaba Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada di tuntut dengan sebenarnya melainkan Allaha martabat ini syirik jua tetapi halus syiriknya daripada martabat mabatadaya kerana ada wujudnya.

Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wajawadaka Zanaba Laa Qoyaasa Laha Laghoyaraha bermula wujudmu itu dosa tiada kias baginya bagi lainnya. Dan adapun martabat orang yang manatahaya orang yang memandang daripada Allaha kepada Allaha dan makna kepadanya Laa Mawajawada Ba Haqo Alaa Allaha yakni tiada maujud dalam ilmu dengan sebenarnya melainkan Allaha Taa’laya martabat ini yang lepas daripada halus syirik inilah yang di tuntut adanya.

 Soal – dan apa janjian kalimah Laa Alaha Alaa Allaha itu. Jawab – adapun janjian kalimah itu mengandung nafi dan atsabaata dan tiada cerai tiada sekutu. Soal – dan kalimah Laa Alaha itu isyarat kepada apa dan kalimah Alaa Allaha isyarat kepada apa. Jawab – adapun kalimah Laa Alaha itu isyarat kepada wujud makhluk dan kalimah Alaa Allaha itu isyarat kepada wujud yang qodim. Soal – betapa memasukkan iman Asalama tauhid makrifat kepada kalimah Laa Alaha Alaa Allaha. Jawab – adapun iman Asalama tauhid makrifat di bahagi dua bahagi kerana tiada sah Asalama itu melainkan dengan iman dan tiada sah iman iatu melainkan dengan makrifat. Bermula kalimah Laa Alaha itu kalimah tauhid dengan kalimah Alaa Allaha kalimah makrifat adanya.

Soal – dan apa di nafikan dengan kalimah Laa Alaha dan apa yang di sabitkan dengan kalimah Alaa Allaha kerana kita sudah yakin Allaha Taa’laya itu esa dengan dalil dan berhana baharu sekelian alam dan jikalau tiada esa Allaha Taa’laya nescaya tiada di peroleh suatu daripada alam dan lagi firman Allaha Taa’laya Qola Hawa Allaha Ahada dan lagi firman Allaha Taa’laya Wa Alaha Kama Alaha Waahada sekrang apa juga yang di nafikan dengan kalimah itu. Jawab – adapun nafi itu atas tiga martabat, pertama nafi martabat mabatadaya dan kedua nafi martabat orang matawaasatho dan ketiga nafi martabat orang manatahaya.

Soal – dan mana rupa perbezaan antara tiga martabat itu. Jawab – adapun nafi kepada orang mabatadaya itu iaitu menafikan yang bersifat ketuhanan yang lain daripada Allaha Taa’laya maka nafi ini nyata batalnya kerana menafikan barang yang tiada yang mustahil wujudnya. Bermula yang tiada itu tiada berkehendak kepada nafi kerana sudah nahi sedia jadi Tahashoyala Al Haashola jadi tiada faedah nafinya dan setengahnya mengata ia yang di nafikan itu tuhan di fardhukan yakni di takdirkan. Bermula nafi ini sangat batalnya dan jikalau ada akalnya seberat zarah jua pun kerana mafhum takdir itu beriri pada tempat yang maujud.

Bermula maujud itu tiada menerima nafi dan jikalau tiada sekali-kali tuhan takdir itu nescaya tiada berkehendak kepada nafi kerana sudah nafi sedia jadi Tahashoyala Al Haashola jadi tiada faedah nafinya lagi tiada faedah mengata kalimah masharafaha itu kerana yang di maksud isinya tiada kulit dan lagi pada nafi ini pada mafhumnya bercerai nafi dengan isbat. Dan adalah janjian kalimah itu mengandung nafi dan isbat maka tatkala itu tak dapat tiada nafi itu mengandung isbat dan isbat itu mengandung nafi tiada bercerai tiada sekutu seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Yafaraqo Bayana Al Nafaya Wa Al Atsabaata Wa Mana Faraqo Bayanahamaa Fa Hawa Kaafara tiada bercerai antara nafi dan isbat dan siapa-siapa ceraikan antara keduanya maka ia orang itu kafir adanya.

Dan kedua nafi orang martabat matawaasatho iaitu menafikan syak dan waham berdiri sifat ketuhanan itu kepada makhluk seperti sangka kebanyakan orang yang awam ada bagi makhluk ini memerintah seperti raja-raja dan di sangkanya kepada makhluk ada mendatangkan kebajikan dan kejahatan hingga di pujinya orang mendatangkan kebaikan kepadanya dan benci akan orang mendatangkan kejahatan kepadanya. Syak sangka inilah yang di nafikan kerana tiada sekali-kali fa’al kelakuan makhluk yang mendatangkan kebajikan dan kejahatan itu hanya fa’al kelakuan Allaha Taa’laya yang berlaku pada sisi makhluk itulah yang wajib di isbatkan sifat ketuhanan itu kepada Allaha Taa’laya supaya hilang syak waham itu inilah erti nafi mengandung isbat dan isbat mengandung nafi tiada cerai tiada sekutu pada kalimah Laa Alaha Alaa Allaha itulah nafi yang di perpakai oleh orang matawaasatho adanya.

Dan ketiga nafi orang manatahaya iaitu menafikan wujudnya seperti katanya Laa Mawajawada Laa Haya Laa A’alama Laa Qoadara Laa Marayada Laa Samayaa’ Laa Bashoyara Laa Matakalama Faya Al Haqoyaqota Alaa Allaha ertinya tiada yang maujud, tiada yang hidup, tiada yang tahu, tiada yang kuasa, tiada yang berkehendak, tiada yang mendengar, tiada yang melihat, tiada yang berkata dalam alam pada hakikatnya melainkan Allaha Taa’laya. Hanya sifat yang zahir pada makhluk tempat zahir sifat tuhan kepada hamba seperti wujud kita ini bayang-bayang berdiri sendirinya tiada dengan wujud empunya bayang-bayangh dan mustahil bergerak bayang-bayang dengan tiada bergerak empunya bayang-bayang. Bermula misal ini kerana menghampirkan faham.

Bermula Allaha Taa’laya maha suci daripada misal dan tashabaha ertinya di ibaratkan dengan bayang-bayang itu yang betul tempat zahirnya jua seperti firman Allaha Taa’laya hanya aku jadikan sesuatu itu kerana hendak mengenal engkau akan daku dalam tiap-tiap suatu aku yang menjadikan tiap-tiap suatu. Maka fanakan hai insan akan wujudmu dalam wujud Allaha, fanakan segala sifatmu dalam sifat Allaha inilah Allaha Taa’laya hidup dalam dirimu yang tahu dalam ilmumu yang kuasa dalam tulangmu dan yang berkehendak pada nafsumu dan yang mendengar pada telingamu dan yang melihat pada matamu dan yang berkata pada lidahmu.

Maka tatkala itu lepas engkau daripada syirik dan adalah sebab terdinding kita kepada Allaha Taa’laya dengan sebab sangka dan waham kita di sangka kita yang punya ikhtiar dan punya perbuatan syak sangka itulah yang wajib kita nafikan pada kalimah Laa Alaha kerana tiada sekali-kali kita punya perbuatan dan punya ikhtiar hanya Allaha Taa’laya yang berlaku pada hamba semata inilah isyarat sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mawatawaa Qobala Ana Tamawatawaa yakni matilah kamu sebelum bahawa mati kamu yakni mati ikhtiar.

Soal – dan apa perbezaan matawaasatho dengan orang manatahaya. Jawab – adapun matawaasatho itu ada syiriknya tetapi halus syiriknya daripada mabatadaya kerana ada wujudnya. Dan adapun orang manatahaya lepas daripada halus syirik hanya memandang daripada Allaha kepada Allaha tiada memandang bagi dirinya amal hanya apabila beramal ia di tilik dalam hatinya akan amal itu Mana Allaha Ba Allaha Lalaha daripada Allaha dengan Allaha bagi Allaha.

Soal – dan apa perbezaan zikirnya Laa Alaha Alaa Allaha dengan antara zikir Allaha Allaha dan mana yang terlebih afdal. Jawab – adapun zikir Laa Alaha Alaa Allaha zikir orang yang syariat dan adapun zikir Allaha Allaha itu bagi maqam hakikat. Dan bermula zikir Laa Alaha Alaa Allaha terlebih afdal daripada orang mabatadaya kerana menafikan syak sangka yang bathil itu kerana ada di sangkanya berdiri sifat ketuhanan kepada makhluk. Syak sangka itulah yang di nafikan dengan kalimah Laa Alaha dan di isbatkan sifat ketuhanan itu kepada kalimah Alaa Allaha supaya hilang syak sangka yang bathil itu.

Dan adapun zikir Allaha Allaha itu terlebih afdal kepada maqam orang hakikat hanya kerana tiada syak sangka sekali-sekali berdiri sifat ketuhanan itu kepada makhluk hanya di pandangnya maujud di dalam alam hanya ingat akan zat semata-mata yang Layasa Kamatsalaha Shayaa yang tiada empunya suatu jua dalamnya. Bermula orang maqam hakikat itu tiada berkehendak mengata kalimah Laa Alaha Alaa Allaha kerana bahawasanya Allaha Taa’laya hadir dalam hatinya senantiasa malu menyebut dia. 
     
Soal – dan mana yang wajib kita iktikadkan kepada tuhan kita Jala Wa A’za. Jawab – adapun yang wajib kita ketahui dan iktikadkan iaitu mengetahui barang yang wajib padanya dan barang yang mustahil padanya dan barang yang harus kepadanya dan wajib iktikadkan padanya Layasa Kamatsalaha Shayaa Faya Al Aradho Wa Laa Faya Al Samaa dan tiada di dalam suatu dan tiada di luar suatu, tiada suatu dalamnya dan tiada di atas dan tiada di bawah dan tiada di kiri, tiada di kanan, tiada di hadapan, tiada di belakang, jauh tiada antara hampirnya, tiada bersentuh hanya mahayatho pada sekelian alam, tiada masa, tiada zaman, tiada hingga, tiada sekarang, tiada kemudian hanya mahayatho pada sekelian zaman tiada anashola, tiada anafashola halawala, tiada ataahaada inilah sabda nabi Sholaa’ma Al A’jara A’na Al Daraka Al Adaraaka Fa Hawa Adaraaka bermula lemah daripada mendapat maka ialah yang di dapat.

Soal – dan apa kata kamu pada orang yang lebai menegahkan menuntut ilmu tashowafa berkata ia ilmu tashowafa itu bukan ilmu kita orang yang awam hanya ilmu tashowafa itu ilmu orang di atas-atas dan lagi tiada terpakai hukumnya kerana kita orang yang awam banyak jahil. Adakah harus di perpakai kata itu atau tiada. Jawab – tiada harus di perpakai kata itu kerana tersalah fahamnya ialah orang sesat tiada boleh di ikut dan di mana dia dapar hukum menegahkan menuntut ilmu tashowafa. Adakah dalam kitab atau Qoraana atau hadis nabi atau Atafaaqo A’lamaa. Adapun sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Tholaba Al A’lama Farayadhota A’laya Kala Masalama Wa Masalamata bermula menuntut ilmu itu fardhu atas tiap-tiap Masalama laki-laki dan perempuan.

Bermula yang mmerada di ilmu itu ialah ilmu fadhu ain. Bermula ilmu yang fardhu ain ialah tiga ilmu, pertama ilmu usul Al Din dan kedua ilmu fekah dan ketiga ilmu tashowafa. Ialah perkataan itu tiada seasalnya dalam kitab ialah perkataan buat kacau sahaja tiada dengan fikiran. Adapun katanya bukan ilmu kita yang awam ini kau jawab katanya ialah sebenarnya kata itu kerana itulah wajib menuntut ilmu itu supaya engkau ahli demikian ilmu itu. Adapun orang yang tahu ilmu itu awalnya ialah seperti engkau juga. Adapun katanya ilmu orang yang di atas-atas kita dan aku jawab pula katanya itu.

Adapun orang yang di atas-atas itu ialah asalnya di bawah seperti engkau jua dengan sebab itulah engkau jawab menuntut supaya boleh engkau sepertinya di atas pula adanya. Dan adapun katanya tiada terpakai hukumnya sekarang aku jawab bermula orang yang alim seperti orang berjalan ada suluh pelita tahu akan baik dan jahat.

Bermula orang yang jahil seperti orang yang berjalan dalam gelap dengan tiada pelita nescaya tiada tahu akan baik dan jahat lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al A’lamaa Habayaba Allaha Wa Lawa Faasaqoa Wa Al Jaahala A’dawa Allaha Wa Lawa Shoalahaa dan bermula orang yang a’lamaa kekasih Allaha dan jikalau fasik sekalipun dan bermula orang jahil seteru Allaha dan jikalau sholeh sekalipun.

Dan bermula orang alim itu apabila memperbuat jalan maksiat hukumnya fasik. Bermula orang jahil apabila memperbuat jalan maksiat jatuh ia kepada kafir kerana jahilnya. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula orang yang alim itu jauh daripada kafir terlebih jauh daripada antara maghrib dan masyrik dan bermula orang yang jahil terlebih hampir kepada kafir daripada mata hitam kepada mata putih.

Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula orang buta dalam dunia nescaya buta dalam akhirat. Bermula orang yang melihat dalam dunia nescaya melihat dalam akhirat. Dan adapun yang di tegah oleh setengah a’lamaa mengaji ilmu tashowafa orang yang belum sempurna akalnya seperti budak-budak yang tiada sampai akalnya memfahamkan dia jadi di buatnya main-main atasnya itu di katanya tahi kambing dan jadi persenda-sendakan Allaha Taa’laya.

Dan lagi yang di tegah itu menzahirkan rahsia iaitu ilmu ladanaya dan ilmu zawaqoya bukan kepada ahlinya inilah ilmu yang di tegah oleh a’lamaa. Dan lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al Sharayaa’ta Ba Laa Haqoyaqota A’atholaha Wa Al Haqoyaqota Ba Laa Sharayaa’ta Ba Al Batholata bermula ilmu syariat dengan tiada ilmu hakikat hampa bermula ilmu hakikat dengan tiada ilmu syariat batal.

Soal – dan beberapa martabat orang yang sembahyang beri jawabnya. Jawab – adapun martabat orang yang mengerjakan sembahyang itu tiga martabat, pertama martabat syariat dan kedua martabat sembahyang thorikat dan ketiga sembahyang orang hakikat.

Soal – dan mana rupa sembahyang orang syariat dan apa hukumnya dan mana rupa sembahyang orang thorikat dan apa hukumnya dan mana rupa sembahyang orang hakikat. Jawab – adapun sembahyang orang syariat itu iaitu orang memandang daripadanya kepada Allaha serta suci daripada riya dan samaa’ha semata-mata kerana harap dapat pahala dan takut akan azab serta mengetahui segala syaratnya dan rukunnya dan mengetahui segala yang membatalkan dia dan hukumnya orang ini syirik semata-mata. Bermula amal syirik tiada sekali-kali di terima amalnya dan jikalau sebesar bukit sekalipun.

Dan adapun sembahyang orang thorikat itu iaitu iktikadnya hadir Allaha Taa’laya pada hadapannya melihat akan segala perbuatan dan mendengar akan segala bacanya maka sangat khusyuknya dan tadhoraa’ nya kerana Allaha Taa’laya hadir pada hadapannya dan suci daripada riya dan samaa’ha dan tiada kerana harap akan pahala dan tiada kerana takut akan seksa. Hanya memandang dirinya itu hamba mengerjakan suruh meninggalkan tegah hanya terima amalnya daripada sekadar hadir hatinya kepada Allaha Taa’laya dalam sembahyang ini orang memandang daripada Allaha kepadanya hukumnya syirik jua akan tetapi halus syirik daripada orang mabatadaya kerana ada wujudnya.
                        
Dan adapun sembahyang orang hakikat itu iaitu orang tiada memandang bagi dirinya amal hanya memandang fa’al kelakuan Allaha Taa’laya yang berlaku pada dirinya yang di takdirkan pada azali sebelum di jadikan dia. Hanya memandang bagi dirinya jadi alat seperti kalam pada orang yang menyurat maha suci Allaha Taa’laya daripada alat hanya di pandangnya segala amalnya Mana Allaha Ba Allaha Lalaha daripada Allaha dengan Allaha bagi Allaha. Inilah orang yang lepas daripada halus syirik inilah yang sebesar sembahyang yang bernama otak sembahyang Wa Allaha Al Mawaafaqo.

Soal – dan beberapa martabat orang mengerjakan puasa beri kami fatwanya. Jawab – adapun martabat orang yang mengerjakan puasa itu tiga martabat, pertama puasa orang mabatadaya, kedua puasa orang matawaasatho dan ketiga puasa orang manatahaya.

Soal – dan mana perbezaan antara tiga itu. Jawab – adapun orang mabatadaya itu iaitu menahani makan dan minum siang hari dan menahani jimak pada siang hari serta berniat pada malam. Dan adapun puasa orang matawaasatho itu menahan segala anggota yang tujuh daripada pekerjaan yang haram dan dua mata menahan daripada yang haram seperti melihat perempuan yang halata dan menahan lidah daripada mengumpat dan berdusta dan telinga menagan daripada mendengar perkataan yang sia-sia dan mendengar orang mengumpat dan tangan menahan daripada mencapai yang haram dan kaki menahan berjalan kepada pekerjaan yang haram dan faraj menahan daripada yang haram. Dan berkata orang matawaasatho bagi orang mabatadaya hanya payah berlapar dan dahaga sahaja tiada faedah puasanya. Dan adapun puasa orang manahataya itu iaitu memeliharakan hati daripada mencita-cita akan kemuliaan dunia dan menahan hati ingat kepada ghoyara Allaha. Inilah puasa orang manatahaya Wa Allaha Mawaafaqo.

Soal – dan mana orang yang ada perhiasan poada sisi Allaha Taa’laya. Jawab – adapun manusia yang di perhiasan pada Allaha Taa’laya itu iaitu empat perkara, pertama orang yang mengajar ilmu yang sebenarnya dan kedua orang yang berlajar ilmu yang sebenarnya dan ketiga orang yang banyak suka berbuat kebajikan dan keempat orang yang murah tangannya bersedekah serta manis mulutnya dan mukanya kepada segala karib kerabatnya.

Soal – dan mana orang yang di bencikan Allaha Taa’laya. Jawab – adapun manusia kebencian Allaha Taa’laya itu iaitu orang kaya bakhil tangannya dan kedua orang tua kasih akan dunia dan ketiga orang mengambil kebesaran kepada manusia. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Yadakholawana Al Janata Mana Kaana Faya Qolabaha Matsaqoala Zarata Mana Takabayara tiada masuk akan syurga tiap-tiap ada di dalam hatinya seberat zarah daripada takbur.

Lagi sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Jangan kamu bersahabat dengan orang mati jadi mati pula hati kamu” bertanya sahabat “Dan mana orang mati ya rasul Allaha”. Maka sabdanya “Iaitu orang yang gemar kepada kemuliaan dunia dan mengikut nafsunya itulah asal daripada tiap-tiap kejahatan. Dan takut olehmu akan bersahabat dengan orang kaya kerana kaya itu mewaris takbur. Dan jangan kamu bersahabat dengan orang bakhil kerana orang bakhil a’dawa Allaha Taa’laya.

Jangan kamu bersahabat dengan orang kasih akan kemuliaan dunia kerana dunia itu sangat hina pada Allaha. Dan jangan kamu bersahabat dengan orang loba dan tamak dan jangan kamu bersahabat dengan orang jahil bertambah dosa dan larilah kamu daripada orang-orang yang bersifat ini seperti lari daripada harimau. Dan bersahabat olehmu akan orang alim yang sebenarnya yakni benar iktikadnya bertambah ilmu dan bersahabat olehmu dengan orang sholeh bertambah gemarmu kepada berbuat ibadat. Dan jangan engkau menuntut ilmu kepada orang alim yang tamak kepada harta dan tamak kepada kemuliaan dunia membawa kepada kebinasaan bukan orang alim yang sebenarnya membawa syaitan laknat Allaha”.
 
Soal – dan beberapa bangsa manusia yang di haramkan Allaha Taa’laya masuk syurga. Jawab – iaitu empat bangsa, pertama orang yang derhaka akan dua ibubapa dan kepada orang jadi alan-alan zina dan ketiga orang yang meminum arak dan keempat orang yang jahat perangainya, keji lidahnya, sakit hati orang sekampung, masam mukanya, bakhil tangannya. Soal – dan beberapa perkara manusia awal-awal masuk neraka. Jawab – iaitu empat perkara, pertama qori kerana hendak di puji akan qorinya, dan kedua orang yang murah kerana hendak di puji akan murahnya dan ketiga orang perang sabil kerana hendak di puji akan beraninya dan keempat raja-raja yang zalim akan orang yang di bawah perintahnya.

Soal – bermula nafsu itu beberapa perkara. Jawab – bermula nafsu itu tiga perkara, pertama nafsu lawaamaha dan kedua nafsu Al Amaaraha dan ketiga nafsu mathomanaha. Soal – dan apa perbezaan nafsu yang tiga itu beri kami hukumnya. Jawab – dan adapun nafsu lawaamaha itu iaitu nafsu segala binatang iaitu makan dan minum dan tidur dan jimak. Dan adapun nafsu amaaraha itu iaitu nafsu shayathoanayaha iaitu menyuruh berbuat kejahatan. Adapun nafsu mathomanaha itu iaitu nafsu a’aqolayaha yang suci daripada segala kekeruhan menjauhi segala maksiat zahir dan bathin mengerjakan segala suruh dan mengenal akan sifat dirinya dan mengenal akan sifat Allaha Taa’laya inilah nafsu yang di kasihi Allaha Taa’laya.

Soal – dan mana tanda amal yang di terima dan mana yang tiada di terima Allaha Taa’laya beri tahu akan kami. Jawab – sabda nabi Sholaa’ma bermula alamat amal yang di terima itu iaitu merasakan manis amal tatkala mengerjakan dia lagi sejuk mata hatinya dalam sembahyang. Adapun alamat amal yang tiada di terima itu iaitu tiada hadir hatinya kepada Allaha Taa’laya dalam sembahyang dan ingat hatinya kepada yang lain.

Soal – dan apa-apa alamat orang mati hati dan apa alamat orang hidup hatinya. Jawab – adapun tanda orang mati hati itu iaitu ketiadaan dukacita atas barang yang luput daripada taat zahir dan bathin daripada segala kebaktian dan meninggalkan menyesal tatkala terbuat segala pekerjaan maksiat. Dan adapun tanda orang hidup hati itu dukacita ia atas barang-barang yang luput daripada pekerjaan segala taat akan Allaha Taa’laya dan sangat menyesal atas barang yang berbuat daripada pekerjaan maksiat.

Soal – dan apa yang di pandang dengan mata kepala dan apa yang pandang dengan mata hati beri jawabnya. Jawab – adapun yang di pandang dengan mata kepala itu atsara yakni bekas. Adapun yang pandang dengan mata hati itu mawatsara yakni yang memberi bekas.

Soal – dan mana sejahat-jahat manusia itu kepada Allaha Taa’laya. Jawab – sabda nabi Shoma bermula sejahat-jahat manusia itu apabila datang bala atasnya sangatlah dia khusyuk kepada Allaha Taa’laya serta minta doa dengan khusyuknya serta menangis mata akan Allaha Taa’laya dan apabila hilang bala itu atasnya lupa ia akan bala itu dan hilang khusyuknya. Dan takut olehmu hai yang berakal dan jangan engkau tipu daya dengan kesukaan dunia mematikan hati kamu dan hanya banyak binasa segala manusia dengan kesukaan dunia itulah.

Ini suatu khoatamata di ambil daripada hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku ingat akan hartanya, tiada ingat akan aku yang memberi rezeki, tiada syukur akan nikmatku dan bakhil tangannya bersedekah kepada fakir miskin di sangka harta dapat dengan usahanya dan ikhtiarnya. Ialah sejahil-jahil hambaku tiada ilmu barang sezarah jua.

Hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku yang bersungguh-sungguh mencari harta hingga meninggalkan kampung dan anak isteri pergi dagang ke negeri orang mana-mana akan dapat dia tinggal menuntut yang memberi manafaat, di cari harta yang tidak menolong pada kemudian hari. Aku tiada menyuruh mencari harta dengan bersungguh-sungguh hanya aku suruh bersungguh-sungguh menuntut ilmu dan mengerjakan beramal akan bekal di dalam akhirat seolah-olahnya tiada percaya akan hari kemudian, tiada percaya akan aku memerintah dunia dan akhirat. Adakah harta itu akan menolong pada hari kemudian hanya harta banyak itu menyakiti pada kemudian hari halanya di hisab dan haramnya di azab seksa.

Firman Allaha Taa’laya aku dahulukan orang fakir masuk syurga daripada orang kaya lima ratus tahun. Hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku meninggalkan menuntut ilmu akan bekal di dalam akhirat dengan sebab mencari harta yang tiada menolong pada kemudian hari. Ialah hambaku tiada punya fikir satu zarah, tiada akal barang sejari jua di tinggalkan yang kekal di kerjakan barang tiada kekal hanya aku haruskan mencari harta hingga sekadar memadai. Hairan aku akan hambaku yang suka riya dengan dapat harta dan dapat kemuliaan dunia dengan kemegahan.

Adakah dia tahu akan daku dengan dia aku suka dengan dia dapat harta dan dapat kemuliaan dunia. Tiada dia dengar firmanku dalam Qoraana Wa Maa Kholaqota Al Jana Wa Al Anasa Alaa Layaa’badawana dan tiada aku jadikan akan jin dan akan manusia melainkan kerana bahawa menyembah mereka itu akan daku. Tiada aku jadikan mencari harta dan kemuliaan kemegahan hanya aku jadikan dunia ini tempat mencari bekal dalam akhirat. Sabda nabi Shoma Al Naasa Yawama Azaa Maata Tanabaha bermula manusia itu tidur apabila mati jaga ia baharulah tahu maka datang sesal yang tiada berguna hendak akan dunia hanya tiada akan di adakan lagi hendak berbuat amal sholeh.

Hai yang berakal fikirkan olehmu jangan seperti binatang yang tiada fikir hidup akan mati. Hairan aku akan hambaku yang membuat rumah yang bagus-bagus rupa orang yang tiada akan mati. Hairan aku akan hambaku menghimpunkan harta hendak tinggalkan kepada anaknya tiada percaya akan daku yang menjadikan anaknya. Aku takdirkan rezekinya itu pada azali tiada boleh bertukar dan tiada bertambah sebab usaha dan tiada kurang sebab tiada di cari hanya wajib adanya. Hairan aku akan hambaku yang banyak suka dapat kemegahan dan suka mengikut pakaian orang kafir dan perangainya.

Hadis nabi Shoma Al Danayaa Sajana Al Mawamanayana Wa Al Janata Lalakafarayana ertinya bermula dunia itu penjara orang mukmin dan syurga bagi orang kafirin kerana di lebihkan orang kafir dalam dunai itu kerana tempatnya pada kemudian hari dalam neraka. Dan lagi hadis nabi Shoma Wa Mana Tashabaha Ba Qowama Fa Hawa Manaha dan siapa-siapa menyerupai akan suatu kaum maka ia setengah daripada kaum itu. Dan hadis firman siapa-siapa hambaku berkehendak kemuliaan dunia dan kemegahan aku berikan dia tiada baginya dalam akhirat akan kemuliaan kerana dia sudah ambil kemegahan dalam dunia tiada boleh berhimpun keduanya kemuliaan akhirat dengan kemuliaan dunia.

Sabda nabi Shoma siapa kaya dalam dunia papa dalam akhirat dan siapa mulia dalam dunia hina dalam akhirat yakni ura-ura bersifat mulia dan siapa-siapa berbuat besar dalam dunia di kecilkan dalam akhirat seperti semut yang kecil dan memijak segala manusia di atasnya kerana dia bersifat besar dalam dunia. Firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku yang mengerjakan sembahyang tiada ingat akan aku hanya ingat akan hartanya dan ingat akan pekerjaan dunia. Tiada ingat akan aku yang menggerakkan dan yang mendiamkan sekali-kali tiada aku terima amalnya hanya hamba harta bukan hambaku.

Firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku yang yakin akan dunia ini akan kiamat, hidup akan mati akan tetapi dia lali jua daripada menuntut ilmu dan mengerjakan amal ibadat akan bekal dalam akhirat. Seolah-olahnya tiada percaya akan syurgaku, tiada percaya akan nerakaku. Hanya aku jadikan syurga itu tempat kediaman orang yang beramal keranaku dan aku jadikan neraka itu tempat kediaman orang yang derhaka akan aku yang tiada mengerjakan suruhku tiada meninggalkan akan berbuat kejahatan.

Hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku mengambil kemuliaan dunia pada sisi makhluk apakah di dapat ialah sebodoh-bodoh hambaku menuntut yang tiada dapat, hanya yang dapat kemuliaan masuk syurga. Hanya segala manusia tiada mempunyai syurga tiada memberi syafaat akan engkau dan tiada mendatangkan manafaat dan mudharat hanya aku yang mendatangkan manafaat dan mudharat tetapi aku di taruh di belakangnya.
                                                    
Hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku berbuat amal ibadat dan memadakan dengan sedikit ilmu yang tiada mengetahui akan segala syarat amalnya dan rukunnya dan segala yang membatalkan dia. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Al A’mala Ba Laa A’lama Dholaala Shadayada Wa Al A’lama Ba Laa A’mala Zanaba Kabayara dan bermula amal dengan tiada ilmu sesat yang sangat dan bermula ilmu dengan tiada amal dosa yang amat besar.

Hadis firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku yang menyebut-nyebut kejahatan orang dan lupa akan kejahatan dirinya. Hairan aku akan hambaku yang membesarkan dirinya pada manusia tiada malu akan aku yang punya kebesaran, dia mengambil pakaian aku dan siapa-siapa hambaku mengambil kebesaran ialah seteruku dunia dan akhirat tiadalah akan mencium akan baunya syurgaku.

Firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku yang bakhil kedekut tiada memurahkan ia akan tangannya, tiada tahu aku yang memberi rezeki aku hendak memberi pahala akan dia dengan bersedekah dalam satu sepuluh gandanya. Tiadakah di dengar firmanku dalam Qoraana Wa Mana Yaqoradho Allaha Qoradhoa Hasanaa Qoyadhoa A’faha Laha Adhoa’afaa Katsayaraa tafsirnya dan siapa-siapa yang memberi hutang akan Allaha Taa’laya akan seperti piutang yang baik maka menggandakan Allaha Taa’laya baginya akan ganda yang banyak sepuluh ganda.

Tiadakah di dengar firmanku dalam Qoraana Wa Mana Yaqoradho Allaha Qoradhoa Hasanaa A’faha Laha Adhoa’afaa Katsayaraa tafsirnya dan siapa-siapa yang memberi hutang akan Allaha Taa’laya akan seperti piutang yang bak maka menggandakan Allaha Taa’laya baginya akan ganda yang banyak sepuluh ganda. Ialah seolah-olah tiada percaya akan firmanku siapa-siapa tiada percaya akan firmanku kafir. Sekarang hambaku yang bakhil apa guna harta engkau tiada di bawa mati jadi tiada memberi faedah harta engkau. Hanya lelah payah saja orang kaya engkau dapat tiga lapis kapan yang engkau bawa masuk kubur. Hanya harta yang memberi faedah yang di sedekahkan yang di belanja berbuat kebaikan.

Hadis firman Allaha Taa’laya hai segala hambaku dan siapa yang tiada mengamalkan yang tiga perkara ini maka tiada memberi akan pahala amalnya dan ilmunya dan jikalau ilmu daripada ahli dunia sekalipun. Dan pertama jangan engkau kasih akan harta dunia yang lebih daripada sekadar hajat yang memberi memadai. Dan kedua jangan menyakiti akan hati manusia dengan tiada benar. Dan ketiga jangan hampir kepada raja-raja. Sabda nabi Shoma bermula sejahat-jahat orang alim yang ziarah kepada raja-raja dan sebaik-baik raja yang ziarah kepada orang alim kerana orang alim itu waris Al Anabayaa.

Qoala Allaha Taa’alaya hai anak Adam jikalau tiada engkau menjauhi yang tiga perkara itu dan jikalau mehafaz engkau akan lapan puluh peti kitab sekalipun maka engkau seperti hamar menanggung kitab.   Hadis ada seorang laki-laki daripada kaum bani Israil menghimpunkan lapan puluh peti kitab hingga mewahyukan Allaha Taa’laya kepada nabinya khabarkan olehmu kepada laki-laki yang menghimpunkan lapan puluh peti kitab dan jikalau banyak daripada demikian itu sekalipun tiada memberi manafaat akan dia jikalau tiada meninggalkan yang tiga perkara itu. Pertama meninggalkan kasih akan kemuliaan dunia yang lebih daripada sekadar hajat. Kedua jangan menyakiti hati manusia dengan sebab lidah atau perangai dan ketiga jangan berhampiran dengan raja-raja.

Firman Allaha Taa’laya hairan aku akan hambaku manusia perkataan banyak memberi fatwa dan banyak hadis dan ilmu hikmat dan fatwa yang halus-halus tetapi matinya menaruh dendam dan hasad dan kasih akan harta dan kasih akan kemuliaan dan kasih akan kemegahan dan mahsyur dan harap akan puji manusia dan takut akan di cela manusia. Ialah hambaku itu ibu Iblis mengikut hukum anaknya dan apabila melihat engkau akan orang alim bersifat ini jangan engkau tuntut ilmunya membawa ilmu syaitan. Dan sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bermula celaka-celaka manusia bertambah ilmunya bertambah lalinya, bertambah tuanya itu bertambah jahilnya dan bertambah hartanya bertambah bakhil.

Firman Allaha Taa’laya hai hambaku jangan ada engkau seperti sumbu pelita orang terang kita terbakar. Hai hambaku jangan ada engkau seperti ayak tepung keluar yang halus-halus tinggal yang kasar-kasar. Hai insan jangan ada engkau seperti pisau raut membetulkan bengkok orang tiada membetulkan bengkok dirinya. Hai insan jangan ada engkau seperti kubur yang di lumur dengan kapur zahirnya bagus dan bathinnya busuk. Qoyala di kata orang telah mewahyukan Allaha Taa’laya akan nabi Daud “Hai Daud, jika ada engkau kasih akan aku maka keluarkan kasih akan dunia daripada hati engkau. Bermula kasih akan aku serta kasih akan dunia tiada boleh berhimpun keduanya pada hati yang satu dan bermula hati itu rumah aku tiada aku kasih bahawa syarikat pada rumahku”.

Hai insan banyakkan fikir jangan ada engkau seperti segala binatang tiada fikir hidup akan mati. Telah berkata Fadhola Rahamaha Allaha bermula fikir itu cermin yang melihat engkau akan kejahatan engkau dan kebajikan engkau dan mengata setengah orang yang arif. Bermula fikir itu atas dua bahagi dan yang pertama fikir pada maa’bawada pada sempurna sifat tiada boleh fikir pada zatnya. Dan kedua fikir yang takluk dengan segala hamba maka tak dapat tiada fikir hamba itu tatkala mengerjakan amal ibadat wajib atau sunat adakah di campur riya samaa’ha dan jika dapat riya dalam hati engkau maka engkau jauhi akan riya itu.

Bermula amal riya itu syirik kemudian hendaklah fikir hamba itu akan dirinya dan jika tahu akan dirinya itu jahil ketiadaan ilmu maka hendaklah berbimbang dengan menuntut ilmu supaya hilang jahil itu. Dan jika memperoleh pada hati engkau segan-segan atau sebab sudah tua malu berlajar atau sebab dapat nama lebih takut kurang darjat maka fikir engkau ialah mengikut dari syaitan laknat Allaha wajib lari daripadanya dan bersegera taubat. Dan wajib berperang dengan hawa nafsu dan jikalau tiada engkau lari daripada perdaya syaitan jadilah engkau taulan baginya. Dan kemudian hendaklah fikir hamba itu pada umurnya tiap-tiap hari kurang dan kubur itu pada tiap-tiap hari hampir jua.

Janganlah lali hambaku daripada fikir dan kemudian hendaklah fikir daripada dirinya yang bathin adakah iktikad yang di cela oleh syarak seperti riya samaa’ha ajab takbur hasad dan sebagainya daripada sifat yang di cela orang syarak tinggalkan olehmu. Dan lari engkau kepada sifat yang di puji oleh syarak dan kemudian hendaklah hamba itu fikir pada dunia lenyap tiada kekal dan negeri akhirat itu kekal. Dan hadirkan akhirat itu dalam hati kamu dan hadirkan pada hati kamu mawaqofa dan ingatkan dalam hati kamu akan bertimbang dosa dengan pahala jikalau berat dosa masuk neraka jikalau berat kebaikan masuk syurga. Dan fikir kamu hai insan jangan lupa dan lali ingat akan kubur seorang dirinya tiada siapa-siapa boleh menolong akan kita hanyalah amal ibadat serta iman yang menolong akan kita.

Hai insan janganlah engkau bersuka-suka jua dengan harta bermula harta engkau tiada menolong akan dikau hanya yang menolong akan dikau harta buat sedekah dan harta yang di nafkahkan berbuat kebaikan seperti wakaf berbuat kebaikan. Kemudian hendaklah fikir hai insan akan pekerjaan adakah memberi faedah pada hari kemudian jika tiada memberi faedah jalan akhirat maka wajib engkau tinggalkan.

Kemudian engkau fikir pula berhiasan dengan memakai pakaian jika kerana riya engkau tinggalkan dia supaya lepas daripada campur riya. Hanya engkau niatkan menutup aurat atau niat muliakan ibadat dan hanya banyak kebinasaan manusia sebab meninggalkan fikir sekelian pekerjaan dunai dan akhirat. Sabdanya nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama sabdanya bermula fikir satu saat terlebih afdal daripada ibadat tujuh puluh tahun Wa Ba Allaha Al Tawafayaqo.

Inilah akhir barang yang hamba sengaja menyatakan dia kepada segala akhowaana yang berkehendak kepada akhirat. Hamba buat kitab kecil ini niat makhotashora jua hanya niat dalam hati hamba akan pengajar badan sendiri kerana hamba sangat jahilnya hendak bawa berjalan barang mana pergi mudah-mudahan aku beroleh taufik Allaha Taa’laya. Aku namai kitab ini Kashafa Al Asaraara yakni pembukakan segala rahsia dan siapa-siapa suka akan kitab ini alamat beroleh daripada Allaha Taa’laya akan pertunjukan dan siapa-siapa tiada suka akan kitab ini alamat beroleh pertunjuk daripada syaitan dan Iblis.


Tamat kitab ini pada sanata seribu tiga ratus empat puluh empat pada hari Tsalatsa dua puluh tujuh bulan Safara adanya. Terjemah Sheikh Mahamada Shoalaha bana A’bada Allaha Mangkabuya adanya.

Di rumikan oleh Mahamada bana A'bada Allaha