Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, April 20, 2013

Kisah Nabi Salayamaana (Sulaiman) A'layaha Al Salama


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Maka tersebutlah perkataan nabi Allaha Sulaiman duduk di atas tahta kerajaan memakai khotama nubuat Mamalakaha itu dan pada ketika itu juga datanglah segala makhluk beriring-iring ke bawah hadrat Sulaiman daripada segala manusia dan jin dan dewa pari dan segala mergastua di dalam hutan padang sekelian berbicara mengadap Sulaiman. Segala manusia dari kanan dan segala jin dari kiri Sulaiman maka penuhlah dari hadapan dan dari belakang dari kiri Sulaiman dari kanan Sulaiman semuanya mengadap Sulaiman belaka. Maka sehari Sulaiman memandang kepada segala pari serta baginda bersabda “Hai segala pari perbuatkan aku suatu hamparan empat yujana luasnya”. Maka perbendaharaan laut di perbuatkan perhiasan hamparan itu maka beberapa mutiara dan intan di persembahkan oleh jin kepada Sulaiman seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Wa Al Shayaathoyana Kala Banaa Wa Ghowaasho. Wa Akhorayana Maqoranayana Faya Al Ashofaada Hazaa A’thoawanaa Faamanana Awa Amasaka Baghoyara Hasaaba ertinya maka terdirilah kerajaan Sulaiman maka hamparan itupun sudahlah.

Maka Sulaiman pun menyuruh membuat seribu rumah berkeliling mahligai itu. Bahawa akan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama itu lima ratus isterinya dan seribu gundiknya dan seribu rumah-rumah itu seperti di atas papan suatu jua kiranya demikianlah yang tersebut di dalam Qoraana Wa A’lamanaaha Shonaa’ta Labawasa itu di atas sebuah rumah itu seorang gundik. Maka berkeliling rumah itu di tanamkan pohon kayu Marahaana berkeliling rumah itu hablur seperti rupa binatang serta isinya dnegan kasturi dan ambar memecahkan baunya. Maka di suruh nabi Allaha Sulaiman perbuat dua belas ribu kerusi daripada emas di hantarkan dari kanannya dan dua belas ribu kerusi daripada perak di hantarkannya dari kirinya dan adapun segala yang tersebut itu semuanya terletak di atas hamparan itu dua belas ribu kerusi daripada hablur terhantar di hadapan Sulaiman dan dua belas ribu kerusi pancalogam di hantarkan di belakangnya.

Adapun yang di kanan Sulaiman itu segala menteri manusia dan yang terbesar daripada yang banyak itu Ashofa namanya atau Barakhoya dan yang di kiri itu menterinya yang besar Hayaana namanya duduk di atas kerusi perak maka A’farayata (Ifrit) itu dan segala jin dan dewa pari dari belakang Sulaiman. Ashothowakhoya namanya duduk di atas kerusi pancalogam dan segala anak cucu Iblis A’layaha Laa’nata Allaha dan segala raja-raja di dalam alam ini duduk di atas kerusi hablur mengadap Sulaiman dan segala orang yang besar bani Israil masing-masing kepada pangkatnya. Adapun tatkala Sulaiman duduk di atas tahta kerajaan pakaian fakir di pakainya di dalam pakaian kerajaan di pakainya dari luar tetapi di dalam baju kemuliaan dan pada kepalanya di pakainya mahkota bertatahkan ratna mutu manikam rambutnya berketopongan dan akan payungnya segala burung mengembangkan sayapnya menaungi Sulaiman.

Maka angin yang bernama Rahaana membawa hamparan Sulaiman barang kemana di kehendaki oleh Sulaiman dan suatu penjuru pun tiada berubah dan tiada air dan tiada tinggi dan tiada rendah seperti di atas bumi ini juga adanya. Bahawa segala orang duduk di atas hamparan dengan asyiknya di bawa angin yang bernama Rahaana. Adapun segala burung ynag menaungi Sulaiman seekor pun tiada berani bergerak daripada tempatnya. Bahawa sembahyang Subuh Sulaiman di Bayata Al Maqodasa pada tahalan matahari pada tempatnya makmur santap makanan kesukaan Kaabala namanya, pada waktu Asar perginya ke atas memberi seperti yang tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Wa Lasalayamaana Al Rayaha Ghodawahaa Shahara Wa Rawaahahaa Shahara Wa Asalanaa Laha A’yana Al Qothora Wa Mana Al Jana Mana Yaa’mala Bayana Yadayaha Baazana Rabaha Wa Mana Yazaa’ Mana Hama A’na A’maranaa Nazaqoha Mana A’zaaba Al Saa’yara. Yaa’malawana Laha Maa Yashaa Mana Mahaarayaba Wa Tamaa Tsayala Wa Jafaana Ka Al Jawaaba Wa Qodawara Sayaata Aa’malawaa Ala Daawada Shakaraa Wa Qolayala Mana A’baadaya Al Shakawara ertinya apabila datang angin akan membawa Sulaiman di dalam sebulan perjalanan semalam jua ia sampai dengan mata air mengakar bumi mengikut Sulaiman barang kemana hamparan pergi itu.

Bahawa apabila seorang jin atau seorang dewa atau pari melalui titah Sulaiman itu pergi barang kemana tiada dengan titah Sulaiman di suruh palu pada cemeti itu. Jikalau terbang keluar atau masuk ke dalam bumi sekalipun tiada akan lepas daripada cemeti api neraka itu dan barang siapa yang kena pula cemeti itu hampir menjadi abu dengan terlalu sangat sakitnya. Maka titahkan Sulaiman perbuatannya tempat segala zuhud berbuat ibadat daripada kaum bani Israil mihrabnya di suruhnya mengangkat daripada batu Haraa dan beberapa kolam di perbuatnya dan di suruhnya perbuat periuk batu. Maka tiap-tiap hari di titahkan Sulaiman awan membawa air mengisi kolam itu telah penuhlah maka titahkan Sulaiman segala zuhud menyembelih pada sehari seribu ekor pada suatu di ceritakan orang seribu lembu yang tambun di sembelihnya dengan rempah-rempah di permasakkannya di dalam periuk batu itu.

Maka di titahkan Sulaiman dengan menyalakan api dari bawah periuk belanga itu pada tiap-tiap hari seribu apam yang di permasak. Maka itulah akan makanan zuhud itu pada sehari-hari dan pada segala rumah di hantarkan Sulaiman dan pinggan zabarjab dan mangkuk zamrud zabarjad berisi apam dan daging lembu yang di permasakkan itu dan beberapa ratus mataya yang besar-besar di suruh korek kepada ulat berongga di dalamnya akan tempat perminuman segala zuhud itu. Bahawa di dalam dunia ini hanyalah Sulaiman yang memberi nikmat akan makhluk tetapi akan sendirinya hanya sebuah apam sahaja di bawanya masuk ke Bayata Al Maqodasa mencari seorang fakir miskin akan tempatnya makan dan apabila bertemu dengan fakir maka makanlah ia sama-sama dengan fakir itu. Jika tiada bertemu dengan fakir maka tiadalah ia makan demikianlah halnya di dalam hidup itu. Telah sudah ia makan maka nabi Sulaiman pun minta doa katanya “Ya tuhanku bahawa kasihan kiranya kedua kami yang miskin” maka fakir itupun mengucapkan Amayana.

Maka kata Sulaiman “Tetapi aku akan mengucap syukur ini apabila aku duduk serta segala fakir fakirlah aku. Apabila duduk di atas tahta kerajaan rajalah aku ini dan barang kala aku duduk serta bani Israil nabilah aku melainkan dengan sekelian ini syukurlah aku akan anugerah tuhan yang maha tinggi”. Laqowalaha Taa’laya Wa Lasalayamaana Al Rayaha Ghodawahaa Shahara Wa Rawaahahaa Shahara Wa Asalanaa Laha A’yana Al Qothora Aa’malawaa Ala Daawada Shakaraa Wa Qolayala Mana A’baadaya Al Shakawara ertinya demikianlah firman Allaha Taa’laya “Hai anak Daud, padakanlah nikmatku ini yang kuanugerahkan engkau itu dan akulah tuhan yan menganugerahkan engkau”.

Segala jemaat Sulaiman itu di sebutkan Allaha di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Wa Hashara Lasalayamaana Janawadaha Mana Al Jana Wa Al Anasa Wa Al Thoyara Fahama Yawazaa’wana ertinya apabila Sulaiman menitahkan segala bala tenteranya “Perbuatkan aku hamparan maka di atas hamparan itu aturkan kerusi perak dan kerusi emas dan kerusi hablur. Akan Ashofa anak Rahayaa dan menterinya yang besar-besar duduk dari kanannya dan menterinya Hajabaana duduk dari kirinya dan segala menterinya segala orang-orang besar duduk di bawah itulah bermula raja-raja di dalam alam ini duduk di hadapannya di atas kerusi suasa. Bermula segala jin seperti Ifrit dan Ashothoraakhoya dan Sakhora Jaanaya dan semuanya dan segala raja-raja jin dewa pari itu duduk di belakang Sulaiman maka segala burung mengembangkan sayapnya di udara akan menaungi tahta Sulaiman. Maka angin yang bernama Rahaana itu membawa hamparan Sulaiman maka tatkala hamparan Sulaiman di bawanya angin keluar dengan segala bani Israil itu dan segala raja-raja itu mendengarkan tasbih segala malaikat dari langit.

Maka pada sehari segala bani Israil berkata-kata sama sendirinya “Lihatlah kerajaan Daud ini dengan sempurna kebesarannya di anugerahkan Allaha Taa’laya. Tiada seorang pun beroleh anugerah tuhan demikian ini”. Maka segala malaikat berseru dari langit mengatakan “Hai bani Israil itulah kerajaan tuhan alam dan anugerahkan Sulaiman. Bahawa sezarah pun tiada takbur kepadanya dan jikalau ada barang sezarah takbur kepadanya bahawa demi kemuliaan tuhan yang maha tinggi nescaya kami balikkan hamparan itu dari atas udara. Kami jatuhkan ke bumi dan tiada syukur di dalam hatinya akan kerajaan in di dalam seketika juga kami lenyapkan kebesaran ini daripadanya”. Demi nabi Allaha Sulaiman mendengar kata ini lalu ia sujud kepada Allaha Taa’laya ia memohonkan taufik kepada tuhan seru alam sekelian akan memadakan anugerahnya itu.

Laqowalaha Taa’laya Wa Qoala Raba Awazaa’naya Ana Ashakara Naa’mataka Alataya Anaa’mata A’laya Wa A’laya Waaladaya Wa Ana Aa’mala Shoalahaa Taradhoaha ertinya pada sehari akan hamparan itu di bawa angin yang bernama Rahaana maka titah Sulaiman “Angin bawa hamparanku ini turun ke bumi” maka hamparan itupun turun di bawa angin ke bumi terletak di atas bumi. Laqowalaha Taa’laya Hataya Azaa Atawaa A’laya Wa Ada Al Namala Qoalata Namalata Yaa Ayahaa Al Namala Adakholawaa Masaakana Kama Laa Yahathomana Kama Salayamaana Wa Janawadaha Wa Hama Laa Yashaa’brawana ertinya apabila hamparan itu di bawa turun ke bumi bahawa akan Sulaiman hendak mengambil air sembahyang. Maka raja yang bernama Manadaaraha itu di lihatnya dari jauh hamparan Sulaiman maka iapun berseru-seru semata katanya “Hai kaumku, masuklah kamu ke dalam liang kamu supaya jangan kamu tertindih oleh tentera Sulaiman kerana orang itu tiada tahu akan orang lain.

Laqowalaha Taa’laya Laa Yahathomana Kama Salayamaana Wa Janawadaha Wa Hama Laa Yashaa’rawana ertinya bahawa pertama-tama mereka itu tiada menderita akan dirinya oleh mulutnya mengucap tasbih dengan tafakur bahawa inilah masygul nya supaya jangan tertindih oleh tenteranya Sulaiman. Apabila di dengar Sulaiman akan perkataan raja semut itu maka tercenganglah Sulaiman mendengar kata raja sayang akan tenteranya itu. Maka raja Sulaiman pun tersenyum Laqowalaha Taa’laya Fatabasama Dhohakaa Mana Qowalaha ertinya pada suatu riwayat nama raja semut itu A’rajaa “Sebenar-benarnya hamba sayang akan dia jika hamba tiada kasih sayang akan dia akan kaum hamba makhluk yang mana pula yang mengiringkan hamba dengan sebab itulah maka sangat-sangat hamba berbela akan dia”.

Maka titah Sulaiman berapa banyak penghulu tenteramu maka kata raja semut “Adapun banyak penghulu ku sebanyak tenteramu itulah. Betapa jika seekor semut sakit bahawa adalah rasanya jikalau seekor itu sakit dengan sungguhnya hatiku memelihara akan dia. Jikalau ia mati barang seekor nescaya kubawa ke tempatnya dengan percintaanku dan jika suka tenteraku aku pun suka”. Maka titah Sulaiman “Indah sekali perkataan raja semut ini pahala dan seksa lagi ia bertolong-tolongan di jadikan Allaha Taa’laya. Jika kasih sayang segala mukmin apa jua pahalanya pada hari kiamat akan dia” maka raja Sulaiman pun sudah berbuat ibdat maka duduklah ia di atas tahtanya.

Maka oleh angin bawanya ke Bayata Al Maqodasa maka pada hari di lihat Sulaiman lain cahayanya matahari sedikit kelihatan daripada celah burung yang banyak itu. Maka kata Sulaiman kepada menterinya burung bernama A’qoaba itu “Daripada siapa kelihatan cahaya matahari ini hai A’qoaba”. Maka sembah A’qoaba “Tuanku daripada pihak burung Hawada-hawada (Hud-hud) lah yang lapang itu” maka titah raja Sulaiman “Kemana pergi burung hud-hud lihatlah cahaya matahari kepada aku ini. Bahawa derhakalah hud-hud itu kepada aku” seperti firman tersebut di dalam Qoraana Wa Tafaqoda Al Thoyara Faqoala Maalaya Araya Al Hadahada Ama Kaana Mana Al Ghoabayana. Laa A’zabanaha A’zaabaa Shadayada Awa Laa Zabahanaha Awa Layaa Tayanaya Basalathoana Mabayana ertinya maka titah Sulaiman akan bertakut Hud-hud “Kemana perginya lenyaplah ia daripada kebaktian kepadaku nescaya kuseksa yang maha besar akan dia atau aku sembelihkanlah ia. Jika tiada demikian ada juga dia suatu hajat di perbuatnya”.

Maka pengawal segala burung yang bernama A’qoaba itu terbang ke udara maka dilihatnya burung Hud-hud itu terbang dari jauh kelihatan datang ke hadapan A’qoaba. Kata A’qoaba “Dari mana engkau datang ini bahawa nabi Allaha sangat murka akan engkau daripada sakit hati nabi Allaha. Sabdanya bahawa ku seksa jua akan dia atau kubunuh akan dia supaya cerai berai daripada kaumnya dan soraklah temannya itu”. Maka sahut Hud-hud menteri faqosaya “Adalah sesungguhnya nabi Allha itu dapat menyeksai segala tenteranya tetapi tiada mahu nabi Allaha menyeksai orang yang tiada berdosa”. Maka Hud-hud pun terbang datang berdiri di hadapan tahta nabi Allaha Sulaiman maka titah nabi Allaha Sulaiman “Dari mana engkau datang hai Hud-hud” maka Hud-hud pun khidmat di hadapan tahta Sulaiman dengan puji-pujiannya seperti tersebut di dalam Qoraan Laqowalaha Taa’laya Famakatsa Ghoyara Baa’yada Faqoala Ahathota Bamaa Lama Tahatho Baha Wajaataka Mana Sabaa Banabaa Yaqoyana. Anaya Wajadata Amaraata Tamalaka Hama Wa Awatayata Mana Kala Shaya Wa Lahaa A’rasha A’zhoyama. Wajadatahaa Wa Qowamahaa Yasajadawana Lalashamasa Mana Dawana Allaha ertinya maka sembah Hud-hud “Ya nabi Allaha, bahawa ketahuinya kiranya ada suatu nabi Allaha tiada mengetahui ertinya suatu riwayat daripada seorangpun belum nabi Allaha mendengar dia. Hambamu katakanlah ya nabi Allaha”.

Maka ujar nabi Allaha Sulaiman “Marilah engkau hampir kepadaku. Katakanlah daripada barang hendak katakan itu. Bahawa tuhan alam jua yang mengetahui segala barang yang tiada di ketahui oleh hambanya itu”. Maka kata Hud-hud “Ya raja lagi nabi Allaha, seksa mana yang kata syah alam yang sangat besar itu” maka ujar Sulaiman “Seksa yang sangat tiga bagai, yang pertama kududukan engkau pada suatu tempat dengan seterumu di dalam sebuah rumah supaya kamu sedia kala engkau melihat seterumu itu inilah suatu seksa. Suatu lagi seksa aku bantun bulumu dan sayapnya aku hantarkan engkau pada panas matahari supaya engkau di gigit semut masuk ia pada segala ronggamu. Maka dimakannya dagingmu engkau kuperlakukan dengan dukacita sayapmu dan suatu lagi kuambil penengah nafsumu pada memadakan daripada barang kehendakmu dan lupa engkau perbanyak sentiasa dengan olok lakumu tiada berketahuan dan tiada lagi lebih daripadanya”.

Maka sembah Hud-hud ke bawah hadrat nabi Allaha Sulaiman “Bahawa adalah hambamu dengan kenyataan pengetahuan hambamu” maka titah nabi Allaha “Hai Hud-hud, katakanlah segala pengetahuanmu itu”. Maka sembah Hud-hud “Bahawa hamba pergi ke negeri Saba. Bahawa negeri itu hampir benua Yaman”. Bermula Sulaiman tidaklah lagi melihat negeri Yaman itu maka ujar Hud-hud “Ada seorang perempuan kerajaan Saba. Bermula akan raja perempuan itu dua belas ribu utas dan pendita seorang utas itu dua belas ribu orang berkuda lengkap kekayaannya dan anugerahkan Allaha Taa’laya di dunia ini melainkan suaminya juga tiada”. Maka kata Hud-hud “Ya nabi Allaha, bahawa Allaha Taa’laya menganugerahkan dia kerajaannya dengan mahligainya yang maha besar adanya dan pada sehari dua kali ia menyembah matahari bahawa Iblis menyatakan dia”.

Demi nabi Allaha Sulaiman mendengar sembah Hud-hud itu maka kata nabi Allaha Sulaiman “Bahawa tuhan yang maha besar dan ialah tuhan yang sebenar-benar di sembah tiada tuhan di sembahnya ialah tuhan yang menurunkan hujan dari langit dan menumbuhkan segala tumbuh-tumbuhan dari dalam bumi”. Kaqowalaha Taa’laya Alaa Yasajadawa Allaha Alazaya Yakhoraja Al Haba Faya Al Samawaata Wa Al Aradho Wa Yaa’lama Maa Tahafawana Wa Maa Taa’lamawana Allaha Laa Alaha Alaa Hawa Raba Al A’rasha Al A’zhoyama ertinya maka kata Hud-hud “Ya nabi Allaha telah kupersembahkan kini kesalahanku hendaklah engkau anugerahi aku pakaian supaya datang kepadaku cucuku mengunjung anugerahmu itu maka dianugerahi dia Sulaiman melekat di atas kepalanya”. Maka sembah Hud-hud “Ya syah alam lebih daripadanya lagi kehendakku anugerahmu” maka titah Sulaiman “Bahawa telah kularangkanlah sakan akan menyembelih engkau datang kepada anak cucumu tetapi dahulu kulihat apa jadinya pekerjaan yang engkau katakan itu sungguh atau tiadakah”.

Laqowalaha Taa’laya Qoala Sananazhora Ashodaqota Kanata Mana Al Kaazabayana. Azahaba Yakanaaya Hazaa Faalaqoha Alaya Hama Tsama Tawala A’na Hama Faanazhora Maa Zaa Yarajaa’wana ertinya maka ujar Sulaiman “Kulihatlah katamu benarkah atau tiada bawalah olehmu suatu suratku kepada mereka itu supaya kudengar apa katanya maka dapat kubenarkan katamu”. Maka surat oleh Sulaimaan demikian bunyinya Anaha Mana Salayamaana Wa Anaha Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Alaa Taa’lawaa A’laya Wa Atawanaya Masalamayana Di dalam surat itu menyebutkan dirinya kemudian nama tuhan yang zahir zatnya akan seekor burung itu dengan suratnya juga keberikan inilah surat namaku dengan berkat nama tuhanmu yang maha tinggi dan maha besar dan kebesarannya.

Setelah sudah di suratnya maka di meterainya kata Sulaiman kepada Hud-hud “Bawalah suratku ini kenegeri Saba itu pada raja perempuan itu apa sahutnya” maka oleh Hud-hud surat itu di gonggongnya dengan paruhnya. Maka di bawanya ke udara lalu di terbangkan ke negeri Saba maka turunlah Hud-hud ke mahligai puteri Balqis lalu ia masuk ke dalam istana. Bermula akan mahligai itu lebarnya dan tingginya empat ratus kaza daripada emas kerincing bertatahkan intan mutu manikam dan kisi-kisi daripada emas merah. Pada celah kisi-kisi itu seekor burung emas akan burung emas itu berongga di dalamnya perut burung itu maka penuhlah di isinya dengan kasturi dan ambar. Maka apabila angin datang daripada udara lalu masuk ke dalam perut burung emas itu memecahlah baunya ke dalam mahligai itu lalu keperaduan raja itu. Maka Hud-hud pun datang menghantarkan surat itu ke hadapan Balqis maka di jagakannya puteri Balqis daripada tidurnya. Maka Balqis pun terkejut daripada tidurnya maka di lihatnya suatu surat termeterai terletak di atas dada terhantar. Maka di lihatnya seekor burung Hud-hud hinggap di atas kisi-kisi mahligai.

Puteri Balqis pun hairan serta dengan takutnya Laqowalaha Taa’laya Anaya Alaqoya Alaya Kataaba Karayama ertinya “Datanglah kepadaku seekor burung di bawanya kepadaku suatu surat yang maha mulia di dalam surat di sebutkannya kebesaran tuhannya dan ialah amat mulia dan maha tinggi dengan sempurnanya nama Asalama dan anugerahkan kerajaan akan Sulaiman”. Maka puteri Balqis pun melihat pada segala kaumnya shahdan berkata ia pada segala kaumnya Laqowalaha Taa’laya Qoalata Yaayahaa Al Malaa Afatawanaya Faya Amaraya Maa Kanata Qothoa’ta Amaraa Hataya Tashahadawana. Qoalawaa Nahana Awalawaa Qowata Wa Awalawaa Baasa Shadayada Wa Al Amara Alayaka Faanazhoraya Maa Zaa Taamarayana ertinya maka raja Balqis berkata pada segala kaumnya “Hendaklah kamu bicarakan pekerjaan ini dan tunjukki aku pada hal apa bicara aku dan dikau. Raja Sulaiman itu menyuruhkan seekor burung membawa surat kepadaku ialah raja yang maha besar lagi di katakan tuhannya”.

Maka sembah segala kaumnya “Hai raja, tuhan kita maha kuasa dan kaum kita ini amat banyak dua belas ribu utas pada seorang utas dua belas ribu orang berkuda masuk di dalam peperangan lagi amat berani dengan kekerasannya. Sekelian itu di bawah firmanmu barang kau titahkan kami sekelian kerjakan”. Maka titah raja Balqis “Bahawa akan raja Sulaiman ini menyuruhkan aku masuk akan Asalama. Katanya bahawa kamu menyembah matahari itu berpalinglah kamu kepada agama Asalama. Jika tiada engkau menurut katanya nescaya di suruhnya segala hulubalangnya di binasakan negeri aku dan kamu sekelian pun di perbinasakannya. Laqowalaha Taa’laya Qoalata Ana Al Malawaka Azaa Dakholawaa Qorayata Afasadawahaa Wa Jaa’lawaa Aa’zata Ahalahaa Azalata Wa Kazalaka Yafaa’lawana ertinya maka kata Balqis “Sesungguhnya ketahui olehmu apabila datang ia ke negeri kita ini jadi binasalah segala yang ada ia. Akan sekerang baik kita suruhkan utus membawa persembah akan raja Sulaiman dengan persembah kita menjawab dia. Adakah dapat kita lawan atau tiada dapat kita lawan barang kehendaknya kita turutkanlah”.

Maka di suruhkannya dua orang utusan membawa persembahan daripada emas dan perak dan berbagai-bagai tempat-tempat yang indah-indah maka di sembahkan orang kepada raja Sulaiman. Bahawa utusan raja Balqis datang membawa tujuh batu emas dan tujuh batu perak, tujuh orang perhiasan keemasan dan sepuluh orang sahaya perempuan yang elok parasnya. Maka Sulaiman pun memberi titah suruh luaskan medan penghadapan itu sekira-kira satu persangga luasnya maka medan itupun di aturkan batu emas dan batu perak penuh medan itu. “Maka di perbuatkan aku satu mahligai seperti rupa mahligai Balqis itu supaya utusan itu tercengang melihat ia”. Setelah datanglah utusan puteri Balqis setelah ia melihat kesaktian itu maka tercenganglah ia maka raja Sulaiman pun duduklah di atas singgahsana kerajaan di adap segala menterinya dan segala jin dewa pari dan aneka mergastua berdiri menghadap raja Sulaiman masing-masing pada tempatnya. Maka di titahkan Sulaiman lelaki dua belas orang duduk di atas angin mengadap dia. Datanglah utusan kedua itu pada medan itu melihat azmat datangnya itu membawa persembahan puteri Balqis emas dan perak dan suatu tikar.

Bahawa Hud-hud dahulu datang membawa warta kepada raja Sulaiman akan utusan datang itu membawa tujuh ekor unta membawa kasturi dan batu emas dan perak. Tatkala Sulaiman mendengar berita itu maka katanya “Perbuatkan aku sebuah mahligai” maka segala jin dewa pari pun berbuat mahligai itu. Maka di suruh raja Sulaiman penuhi mahligai itu dengan kasturi dan ambar dan kafur dan kemuka di hadapan mahligai itu di atasnya batu emas dan batu perak. Maka raja-raja pun dan segala menteri manusia dan segala raja jin dewa pari dan segala raja-raja mergastua semuanya mengadap Sulaiman dua belas ribu hamba tebusan berdiri mengadap ke belakang Sulaiman. Maka semuanya beratur bersaf-saf seperti laku akan menerkam seterunya maka beberapa ular yang bisa-bisa dengan besarnya mengelilingi tenteranya itu.

Maka utusan raja Balqis itupun datanglah serta di lihatnya alamat kerajaan Sulaiman itu maka iapun takut. Maka kata utusan itu “Di mana tempat kamu damping dan tempat keluar” setelah datanglah utusan itu ke hadapan mahligai itu maka di lihatnya batu emas dan batu perak semata-mata akan tempat tembok medan itu di celah-celah batu emas dan perak itu berisi kasturi dan kafur. Maka mereka itupun berkata sama sendirinya “Dari manakah jalan kita dari atas atau dari udarakah dari dalam bumikah”. Setelah datang mereka itu kepada penghadapan Sulaiman maka khidmatlah ia dengan puji-pujiannya ke hadrat Sulaiman. Maka kata Sulaiman “Hai utusan Balqis, aku tiada kehendak harta yang kamu bawa itu adalah kepada aku”.

Laqowalaha Taa’laya Qoala Atamadawanana Bamaala Famaa Ataanaya Allaha Khoyara Mamaa Ataakama Bala Anatama Bahadayata Kama Tafarahawana. Arajaa’ Alaya Hama Falanaa Tayana Hama Bajanawada Laa Qobala Lahama Bahaa Wa Lanakhorajana Hama Manahaa Azalata Wa Hama Shoaghorawana ertinya kata Sulaiman “Hai kaum Balqis, bahawa akukah kamu hantarkan harta ini. Bahawa tuhanku Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya tuhan seru alam beberapa harta dan nikmat di anugerahkannya kepadaku dan pula kekayaan dan kebesaran dan di anugerahkannya akan daku martabat nubuat dan di dalam dunia ini barang kehendakku kulakukan dan dalam akhirat pun demikian kami sekelian Asalam beroleh kebesaran dan kesukaan. Bahawa akan kamu sekelian kafir hingga tiada juga beroleh kesukaan. Kembalilah kamu katakan kepada raja kamu suruh ia masuk kepada agama Asalama dan suruh ia mendapatkan aku. Jika ia tiada mahu kulengkapi hulubalang yang tidak terhisabkan banyaknya dan tiada terhingga dan tersifatkan gagahnya akan membinasakan negeri kamu dengan tolong tuhanku nescaya tiada dibinasakannya juga sekelian olehnya. Tiada akan dapat kamu menahani”.

Maka utus itupun kembalilah maka diriwayatkannyalah peri kerajaan nabi Allaha Sulaiman itu amat besar dengan hebatnya dan azmatnya. Maka barang segala di lihatnya itu semuanya di persembahkannya kepada rajanya maka kata Balqis “Sekali lagi aku menyuruh kepadanya supaya nyata bentuknya kepadaku”. Maka puteri Balqis pun menyuruh segala orangnya di serupakannya dan di samakannya pakaiannya dan di suruhnya bawa manikam yang belum bercucuk dan di suruhnya bawa seekor kuda betina dan seekor kuda jantan dan di suruhnya keduanya. Tatkala di hadapan Sulaiman maka katakan kepada Sulaiman suruh lainkan orang ini yang mana laki-laki dan yang mana perempuan dan kuda itupun yang mana jantan dan yang mana betina dan pasakkan manikam itu jangan besi dan biram kaca dan suruh isi air jangan ia turun dari langit dan jangan air keluar dan dari dalam bumi. Setelah sudah di pesan oleh raja Balqis akan utusan itu maka pergilah ia ke benua Sham.

Setelah sampailah kepada Sulaiman maka katanya “Pilih oleh tuan hamba mana lelaki dan yang mana perempuan” maka di suruh Sulaiman bawa piala berisi air. Maka di suruhnya basuh tangannya maka di lainkannya laki-laki dan perempuan masing-masing di suruhnya berdiri pada tempatnya. Maka di suruhnya bawa rumput akan kuda itu maka di lainkannya kuda jantan dan kuda betina itu maka segala kuda itu di suruhnya berlari-lari. Maka di ambilnya peluhnya itu maka di isi di dalam kaca itu penuh maka di titahkan Sulaiman memasukkan manikam itu. Setelah sekeliannya maka titah Sulaiman di suruhnya bawa kembali semuanya itu kepada tuannya. Maka kembalilah mereka itu dan barang yang di lihat mereka itu semuanya habis di katakannya kepada raja Balais. Maka kata puteri Balqis “Sebenarnyalah aku mengadap dia dan jika datang kemari nescaya binasalah negeri Saba ini olehnya”.

Maka tersebutlah raja Sulaiman duduk di adap segala bala tenteranya maka titah Sulaiman “Siapa kamu dapat membawa mahligai Balqis dengan Balqis sekali dengan saat ini juga datang kepadaku”. Maka kata Ifrit “Hambalah membawa Balqis dengan sehari semalam datang ke hadrat ini. Laqowalaha Taa’laya Ayakama Yaa Tayanaya Baa’rashahaa Qobala Wa Ana Yaatawanaya Masalamayana. Qoala A’farayata Mana Al Jana Anaa Atayaka Baha Qobala Ana Taqowama Mana Maqoamaka Wa Anaya A’layaha Laqowaya Amayana ertinya maka kata Sulaiman “Bawalah Balqis itu kemari sementara belum ia membawa agama Asalama” maka kata Ifrit “Hambamulah membawa ia dalam sehari semalam ini datanglah ia kemari”. Maka sembah Ashofa anak Barakhoyaa “Hambamulah membawa Balqis itu di dalam seketika ini juga datanglah ia kemari.

Laqowalaha Taa’laya Qoala Alazaya A’nadaha A’lama Mana Al Kataaba Anaa Atayaka Baha Qobala Ana Yaratada Alayaka Thorafaka Falamaa Raaha Masataqoraa A’nadaha Qoala Hazaa Mana Fadhola Rabaya ertinya maka Ashofa anak Barakhoyaa pun mengadah ke langit katanya Dayaa Hayaa Yaa Asawaa Hayaa. Belum sudah nama dua itu di sebutnya maka adalah terhantar mahligai Balqis dengan puterinya Balqis dan segala bani-bani perwaranya di halaman mahligai Sulaiman dengan kudrat raba Al A’lamayana. Yaa Haya Yaa Sharaa Hayaa itu dengan bahasa Ibrani dan pada bahasa Qoraana Yaa Haya Yaa Qoyawama. Adapun di dalam Qoraana tiga tempat jua yang tersebut nama tuhan yang maha tinggi itu pertama surat Al Baqorata Allaha Laa Alaha Alaa Hawa Al Haya Al Qoyawama dan surat Thoha Wa A’nata Al Wajawaha Lalahaya Al Qoyawama inilah maha besar nama tuhan.

Setelah Ashofa menyebut nama yang maha besar itu maka puteri Balqis dengan segala dayangnya dan mahligai dari negeri Saba dengan sekelip mata mahligai Balqis datang kehadapan Sulaiman. Maka Balqis dengan segala perwaranya pun berkata “Akan mahligai itu di mana ketika ini”. Maka kata Balqis Laqowalaha Taa’laya Falamaa Jaata Qoyala Ahakazaa A’rashaka Qoalata Kaanaha Hawa Wa Awa Tayanaa Al A’lama Mana Qobalahaa Rakaa’a Masalamayana ertinya kata Balqis “Betapa perinya maka datang kemari ini”. Maka menyungguhkanlah Balqis katanya “Sungguhnyalah bahawa bencilah aku akan yang aku sembah senantiasa. Telah kuketahuilah hanyalah tuhan yang maha besar jua tuhan yang esa pada zatnya dan tiada sebagainya yang lain.

Laqowalaha Taa’laya Qoalata Raba Anaya Zholamata Nafasaya Wa Asalamata Maa’ Salayamaana Lalaha Raba Al A’lamayana ertinya maka Balqis pun mengadah ke langit dengan serunya demikian katanya “Ya tuhanku, bahawa aku menganiayai diriku. Bahawa imanlah aku serta Sulaiman dan kuserahkanlah diriku kepada Allaha Taa’laya ia juga memelihara akan semesta alam sekelian. Bahawa ia jua tuhan yang di puji Sulaiman dan aku memuji”.

Maka oleh Sulaiman mahligai Balqis itu di tambaknya dengan kaca seperti warna air laut rupanya kerana ada nabi Allaha Sulaiman mendengar warta jin akan Balqis itu berbulu kakinya. Maka iapun hendak di cuba Sulaiman maka puteri Bakqis dengan segala perwaranya pun turun hendak melihat halaman kaca itu. Laqowalaha Taa’laya Wa Kashafata A’na Saaqoyahaa ertinya maka di sinsing kainnya oleh puteri Balqis sampai ke lututnya. Maka di lihat Sulaiman tiada sungguh seperti kata jin itu bahawa akan betis Balqis itu bercahaya-cahaya brsinar-sinar pada segala kaca itu. Maka Sulaiman pun memandang kepada Ashofa anak Barakhoyaa maka kata Sulaiman “Ya Ashofa, bacakanlah khutbah nikah akan daku dengan redha ia ku ambil akan isterinya aku”.

Maka Balqis pun masuklah agama Asalama maka titah Sulaiman kepada Sakandarayata “Perbuatkan aku mahligai apabila sudah mahligai itu kuberikan puteri Balqis”. Maka di dalam mahligai dirikan orang empat batang tiang daripada hablur namanya tiga ratus depa tinggi dan hujung tiang itu di perbuat empat kerusi. Maka kerusi itupun di letakkannya tahta zamrut dan pada suatu kerusi itu di lihatnya negeri Ajam dan pada suatu kerusi itu di lihatnya negeri Yaman. Maka pada sehari-hari Sulaiman bersabda kepada angin “Bawalah hamparanku sampaikan ke tengah laut” maka di lihat Sulaiman sebuah pulau warnanya hijau berisi kuda hijau. Adapun kuda itu bersayap makannya rumput pada pulau itu ia bermain dan daripada dahulu pun tiada pernah di lihat manusia. Apabila di lihat kuda itu hamparan nabi Allaha Sulaiman turun dari udara maka semuanya kuda itu mengembangkan sayapnya lalu ia terbang tiada berketahuan perginya. Maka Sulaiman memandang pada segala tenteranya maka ujar Sulaiman “Tahukah kamu pulau mana in”i maka sebut Ashothora Khoya penghulu segala dewa “Hambamu tahu akan pulau ini”. Maka ujar nabi Allaha Sulaiman “Hendaklah kuda itu kuberdapat akan daku” maka ujar Ashothora Khoya “Tiada dapat menangkap dia”.

Maka ujar penghulu syaitan yang bernama Sayamawada dan ialah anak cucu Iblis pada masa dahulu Laqoyasa namanya ialah dapat menangkap kuda itu. Maka ujar Sulaiman “Hai Sayamawada hendaklah tangkapkan daku kuda itu” maka sembah Sayamawada “Janganlah hambamu di murkai maka hambamu mahu ia”. Maka ujar Sulaiman “Tiadalah aku memberi bala kepadaku dan menyeksai engkau”. bahawa Sulaiman tiada berkenan akan kata yang perbuat itu tetapi kehendakmnya akan membinasakan seterunya juga. Maka Laqoyasa pun pergilah daripada Sulaiman lalu mengelilingi dunia daripada segala pihak laut ke dalam hutan belantara melalui segala bukit membawa warit bahawa Sulaiman menyuruhkan seorang lelaki namanya Sayamawada akan mengambil jin yang serupa kuda itu. Maka kata Sayamawada yang serupa kuda itu marilah kita ambil kerajaan Sulaiman kerana akan kita terlebih daripada segala manusia.

Kelakian maka dengan berapa upaya Sayamawada akan membawa jin yang serupa kuda kepada Sulaiman maka Sayamawada pun sangat hebat melihat jin yang serupa kuda itu dengan takutnya dan gementar rasanya. Maka Sayamawada pun datang mengadap nabi Allaha Sulaiman sembahnya “Ahawa nabi Allaha, yang mana titahmu itulah kukerjakan” daripada Sayamawada sangat takut cemeti api neraka maka ia menurut titah Sulaiman “Sayamawada pergilah engkau kepada pulau berisi kuda itu bawa kuda itu olehmu akan daku”. Maka sembah Sayamawada “”Ya nabi Allaha, bahawa akan kuda itu tiada akan ia mahu menurut akan kata hambamu tetapi pada bicara hamba akan ia itu tempatnya dua buah pulau inilah sebuah pulau tempatnya makan rumput maka pada sebuah pulau tempatnya minum air. Maka nabi Allaha pun mengadakan minuman yang bercampur ubat bius supaya hambamu tutup mata air itu. Maka minuman itu di tuangkan pada air itu maka apabila di minumnya air itu mabuklah ia tatkala itulah hambamu menangkap dia”.

Maka pergilah segala syaitan menutup mata air maka di tuangkannyalah pada air itu minuman bius itu maka di tangkaplah oleh syaitan itu. Maka kuda itupun terbang datang dari udara turun makan rumput setelah ia kenyang makan lalu minum air maka kuda itupun lalu rebah tidur di bawah pohon kayu. Maka terbitlah segala jin mengikut kuda itu dengan segeranya di dalam ketakutan kalau ia sedar. Maka kuda itupun jagalah daripada lalainya maka di lihatnya dirinya sudah terikat maka ia menghilangkan dirinya kemudian maka lemahlah segala tulangnya. Maka di bawa oranglah kuda itu kehadapan nabi Allaha Sulaiman pada waktu sembahyang Asar masygul dengan kuda itu maka waktu Asar pun luputlah jatuhlah pada waktu makruh.

Maka Jibril pun datang dengn firman tuhan alam mengatakan “Ahawa Sulaiman, sembahyang engkau wajib engkau tinggalkan kerana engkau masygul dengan dunia”. Maka Sulaiman pun sujud sembahnya “Ya tuhanku, luputlah hambamu daripada sembahyang fardhu bahawa hambamu pohonkan anugerahmu bahwa barang engkau kembalikan kiranya matahari itu supaya hambamu sembahyang Asar”. Maka firman Allaha Taa’laya mengembalikan matahari pada malaikat yang menghelakan akan dia itu maka Sualaiman pun sembahyanglah Asar. Maka setelah Sulaiman sembahyang maka matahari pun masuklah maka kuda itupun di bawa oranglah ke hadapan Sulaiman Laqowalaha Taa’laya Radawahaa A’laya Fathofaqo Masahaa Ba Al Shawaqo Wa Al Aa’naaqo ertinya di dalam ayat ini beberapa banyak takwilnya sangat mengenakan kuda itu tiada susu yang demikian itu tiada baginya akan nabi Allaha tetapi hingga menanda ia lehernya juga pada suatu di gulung sayapnya datang pada hari kiamat.

Maka nabi Allaha Sulaiman kata kepada jin Sayamawada “Berapa ada yang indah-indah kulihat di dalam dunia ini” maka sembah Sayamawada “Di ketahuilah nabi Allaha, dua ribu tahun hambamu mengelilingi alam ini beberapa yang indah-indah hambamu lihat tetapi yang terlebih ajaib hambamu lihat ada suatu pulau”. Maka kata Sulaiman “Katakanlah olehmu kudengar” maka Sayamawada katanya “Ada sekali persetua hambamu menjalani laut sebelah Maghrib maka hambamu lihat suatu pulau. Di dalam suatu pulau itu ada sebuah negeri hamba lihat suatu diwala daripada batu Haara yang ada peliharakan. Bermula akan diwala itu dua ribu penjurunya itu beribu-ribu bagai ukirnya dan dalan diwala itu sebuah mahligai dan beberapa tingkapnya dan pada suatu tingkap itu tingginya dan pagarnya dan bunyinya hambamu dengar dan hambamu masuk ke dalam negeri itu hambamu lihat makhluk terlalu banyak.

Bahawa akan negeri itu tujuh persangga panjangnya dan lima persangga lebarnya bahawa di tengah negeri itu sebuah mahligai amat besar dan tingginya. Shahdan akan mahligai itu daripada sangga mar-mar seratus kaza tinggi diwalanya. Bahawa akan halaman mahligai itu suatu padang dan tengah padang itu ada sebuah menara dan kemuncak menara itu hambamu lihat seekor burung A’qoaba namanya di perbuat daripada emas yang merah. Maka hambamu masuk di dalam perut burung itu seperti suatu langit pula hamba lihat di perbuatnya. Maka hambamu pun berjalan maka hambamu lihat dua ekor harimau di perbuatnya amat besar daripada tembaga semabaran dan timah putih dan pada antara dua ekor harimau itu di perbuat seperti rupa manusia tiga puluh kaca tingginya. Maka kata hambamu kerana apa gerangan di perbuatnya rupa ini maka hambamu pun masuk ke dalam mahligai itu. Maka hambamu lihat empat buah bilik sangga mar-mar di buatnya maka di dalam bilik itu banyak daripada sahaya perempuan yang terlalu amat baik-baik lagi rupanya duduk ia dengan seorang sebuah delima di jabatnya. Maka hambamu lihat segala dayang-dayang itu memakai mahkota dan qomara dan hambamu lihat pula ada sebuah singgahsana daripada zamrut yang hijau bercahaya-cahaya di lengkapi dengan emas di utas.

Maka hambamu lihat seorang orang terduduk di atas tempat itu matanya sebelah buta dan bongkok belakang dan hadapannya seorang kanak-kanak perempuan seperti Yusuf rupanya hambamu lihat dan tiada pernah hambamu melihat rupanya orang demikian itu dan seperti tersenyum rupanya amat sukacita ia duduk di hadapan orang tua itu. Seketika lalu kanak-kanak itupun berbangkit turun daripada tahta itu maka keluar empat ribu orang daripada segala bilik itu mendapatkan kanak-kanak itu maka empat ribu sahaya itu duduk mengadap kanak-kanak. Maka hambamu pun menghampiri pada tempat itu maka kata hambamu apa nama negeri ini dan apa nama rajanya dan kanak-kanak itu siapa empunya anak dan menara di tengah padang itu apa ertinya dan harimau itu gunanya dan kemuncak mahligai itu dan baraghowa itu dan tunggul itu apa ibaratnya dan ayam jantan itu apa kiasnya”.

Maka kata orang itu “Dari dunia mana engkau datang ke mari ini. Bahawa pada sangka kami tiadalah dunia lain daripada ini” maka sahut hambalah “Aku datang daripada dunia yang lain”. Maka katanya “Ketahui olehmu bahawa akan menara itu dan burung A’qoaba itu tanda alam akan kami. Barang kala dua belas ribu ayam itu berkokok maka berbuat ibadatlah kami datang kepada ayam itu daripada pagi datang petang kami menyembah ayam itu. Adapun yang rupa manusia dan harimau itulah akan hukum kami barang kala dua orang berkeluh datang kepadanya tiada seorang aniaya maka yang rupa manusia itulah menunjukkan dia oleh harimau itu di tangkapnya yang aniaya itu di makanlah kerja harimau itu dan manusia itu seorang pun tiada dapat menyangkal dia. Bahawa akan burung A’qoaba dan bunyinya itu seteru raja dari jawat A’qoaba emas itu berkokok maka ayam jantan semuanya sekali berkokok. Maka tunggul itupun berdirilah maka segala bunyi-bunyian itupun berbunyilah sendirinya Thobala itupun memalukan dirinya. Maka segala makhluk pun memakai senjata dan baju zirah akan melawan seteru itu. Akan nama raja kami raja Angkor itulah yang empunya anak perempuan yang rupanya itu tiada pernah barang kali pun ia merasai dukacita”.

Apabila sudah Sayamawada mengatakan segala cerita kepada nabi Allaha Sulaiman maka kata nabi Allaha Sulaiman “Fardhulah umatku berperang dengan kafir itu. Baiklah kita himpunkan segala tentera”. Setelah sudah berhimpun segala tentera maka titah Sulaiman ke padang “Hai angin, bawa hamparanku itu ke pulau kafir itu”. Hataya maka raja Sulaiman dan segala tenteranya pun sampailah ke pulau kafir raja Angkor itu. Maka burung A’qoaba emas itupun berkokok atas menara itu maka segala ayam itupun semuanya berkokok atas menara itu dan segala tunggul itupun berdirilah. Maka segala bunyi-bunyian itupun gempitalah bunyinya maka segala makhluk pun memakai senjata dan memakai baju zirab akan melawan seterunya. Maka di lihatnya orang itu satu hamparan datang dari udara maka raja Angkor pun menitahkan tenteranya berperang dan panglima penghulu laskar raja Angkor pun menyuruhkan tenteranya perang pada tempat harimau itu dan rupa manusia.

Maka Sulaiman dan Ashofa anak Barakhoyaa mengetuai tenteranya bertatama datang makin bertambah segala tenteranya manusa dan jin dan dewa pari dan segala mergastua lalu azmat datangnya. Maka belum juga raja Angkor khabar maka tentera Sulaiman pun masuk ke dalam negeri itu. Maka kata raja Angkor “Marilah kita keluar memburukan seteru itu” maka raja Sulaiman pun menitahkan angin memalu muka raja Angkor datang kepada harimau dan rupa manusia itupun rebahlah. Maka kepada raja Angkor itupun di bawa oranglah ke hadapan raja Sulaiman maka tentera nabi Allaha Sulaiman pun makin bertambah-tambah datangnya. Maka oleh tentera nabi Allaha Sulaiman segala perbuatan raja Angkor itu habis di buangkannya ke laut. Maka adalah ular dan kala tenteranya nabi Allaha Sulaiman akan ular itu dan kala di dalam negeri itu habis di keratnya setengah di burunya habis cerai berai.

Maka nabi Allaha Sulaiman pun menitahkan semut pergi melihat puteri anak raja Angkor itu “Di manakah ia atau adakah ia di atas mahligai itu hendaklah segera kamu bawa anak raja itu ke mari padaku sementara belum sampai tangan orang kepadanya”. Maka sembah semut “Ya nabi Allaha, bahawa nabi Allaha titahkan segala jin mengambil mataya di dalam laut ini”. Maka datanglah segala jin membawa mataya terlalu banyaknya besarnya pada sebiji seperti telur ayam maka kata Sayamawada “Hendaklah hujankan mataya pada halaman mahligai puteri itu”. Maka oleh Sulaiman di suruhnya hujan dan angin menghujankan mataya itu maka segala perwara puteri itu “Hai tuan puteri, lihatlah hujan mataya menghujan kita”. Maka ingatlah puteri itu hendak melihat hujan mataya itu besarnya seperti telur ayam maka angin dan awan meliputi puteri itu dengan segala perwaranya di bawanya di hadapan.

Maka titah nabi Allaha Sulaiman segala tenteranya membinasakan segala diwala di buangkan ke laut habis di koreknya tiada tinggal lagi mahligai raja Angkor itupun habis di buangkan ke laut. Maka segala kitabnya dan segala habatannya di gantungkan di bawah tahta Sulaiman maka Sulaiman pun keluarlah daripada tempat itu dengan segala tenteranya sekeliannya. Laqowalaha Taa’laya Wa Lakana Al Shayaathoyana Kafarawaa Yaa’lamawana Al Naasa Al Sahara Wa Maa Anazala A’laya Al Malakayana Babaabala Haarawata Wa Maarawata Wa Maa Yaa’lamaana Mana Ahada Hataya Yaqowalaa ertinya maka segala sahaya raja Angkor dan bendaharanya semuanya di berikan nabi Allaha Sulaiman kepada puteri anak raja Angkor itu. Maka puteri itupun di masukkan oleh nabi Allaha Sulaiman kepada agama Asalama maka di ajarkan dia mengucap shahadat dan iman. Maka kata Sulaiman “Jika engkau tiada mahu masuk agama Asalama nescaya engkau kusuruh tenggelamkan ke laut”.

Maka kata puteri itu “Aku pinta janji kepadamu dahulu maka mahulah hambamu masuk agama Asalama. Bahawa pintaku jangan aku di jauhkan daripada kekayaanku bahawa selama turun nutfah daripada bapaku datang kepada ibuku tiada pernah aku merasai dukacita senantiasa dengan sukacita kujuga. Akan sekarang bapaku telah sudah terbunuhlah aku tiada tahu”. Maka iapun menyembam-nyembam dirinya maka beberapa di pujuk dan diriba dan di dukung oleh inang pengasuhnya akan menyukakan hatinya maka lenyaplah percintaan puteri itu maka oleh Sulaiman di ambilnya akan isterinya.

Hataya beberapa lamanya maka Iblis pun merupakan dirinya seperti rupa perempuan tua berkata ia kepada puteri itu “Sukakah engkau duduk ini akan bapamu tiada ini dan penggal orang lehernya”. Maka kata puteri itu “Wah kupengapakan sekarang sudah memintaku daripada awal maka demikian datangnya sebagaimana aku menolakkan dia” maka kata Iblis “Jikalau tiada engkau malu ini pun perbuatlah seperti rupa bapamu lagi hidupnya kuhadap dan kumulia akan dia. Maka tatkala sudah matinya skarang pun demikianlah mahunya engkau perbuat sepeti pengajarku ini di belakang mata nabi Allaha Sulaiman”.Maka oleh puteri itu di suruhnya perbuat seperti rupa bapanya maka rupa itulah di sembah oleh puteri itu sehari-hari.

Maka pada suatu hari turun Jibril A’layaha Al Salama berkata “Ya Sulaiman, engkau perkenankanlah akan orang di dalam rumahmu itu menyembah berhala tiada baik sekali akibat yang demikian itu”. Maka ujar Sulaiman tuhan yang maha tinggi jua yang terlebih tahu. Bahawa hamba sekali-kali tiada tahu akan pekerjaan itu”. Maka pada ketika itu juga di suruh nabi Allaha Sulaiman buangkan rupa raja Angkor itu ke laut pada suatu pulau lain. Bahawa puteri itu demikian halnya pada nabi Allaha Sulaiman pun kasih saying akan melihat rupanya yang amat elok itu sepertinya tiada banding. Maka kata puteri itu “Ahawa raja jika raja hendakkan tetap pada agama Asalama berilah hamba taruh rupa bapa hamba. Barangkali hamba ingat rupa bapa hamba maka puaslah dendam hamba akan bapa hamba itu”. Maka ujar Sulaiman “Hai puteri haruskah pekerti ini aku pakai tiada harus Asalama berbuat pekerti ini” maka Sulaiman pun menitahkan tenteranya berbuat mahligai seperti mahligai yang diperbuat oleh raja Angkor itu.

Setelah sudah maka puteri anak raja Angkor itu di suruh nabi Allaha Sulaiman duduk di dalam mahligai itu maka datang seekor belalang dari udara dengan lelahnya ke hadapan nabi Allaha Sulaiman. Maka ia duduk berseru-seru dengan nyaring suaranya katanya “Aku teraniaya oleh belalang yang lain” maka kata Sulaiman “Di mana engkau lagi aku menyuruh panggil lawanmu itu kemari”. Maka oleh puteri itu datang kepadanya belalang itu katanya pada nabi Allaha Sulaiman “Ya nabi Allaha haruslah di sembelih belalang ini” maka kata nabi Allaha Sulaiman “Haruslah di berikannya belalang itu kepada puteri”. Maka keluarlah nabi Allaha Sulaiman duduk di atas tahtanya maka puteri itupun menyembelih belalang itu maka Jibril pun berkata “Ya Sulaiman hampirlah akan tinggal kerajaanmu itu”.

Laqowalaha Taa’laya Wa Laqoda Fananaa Salayamaana Wa Al Qoyanaa A’laya Karasayaha Jasadaa Tsama Anaaba. Qoala Raba Aghofara Laya Wa Haba Laya Malakaa Laa Yanabaghoya Laahada Mana Baa’daya Anaka Anata Al Wahaaba ertinya maka tersebutlah perkataan nabi Allaha Sulaiman jatuh di dalam bencanalah ia daripada kerajaannya dan dengki hatinya itulah duduk akan ganti. Tetapi pada kata lain banyak berbagai-bagai di katakan orang bahawa nabi Allaha Sulaiman itu tiga ratus isterinya yang derhaka tujuh ratus gundiknya daripada sahaya senantiasa nabi Allaha Sualaiman hendak beranak supaya adalah tinggalkannya akan ganti kerajaan. Maka anugerahkan Allaha Taa’laya akan dia hanya sebagai belaannya juga dan sebelah tubuhnya tiada maka di titahkan Sulaiman membawa akan anaknya itu datang kepada besarnya. Maka titah Sulaiman kepada angin itu “Barangkali datanglah ajalku bawalah kanak-kanak ini dudukkan gantiku”.

Maka pada suatu ceritanya ada katakan orang pada suatu hari pergi bersuci maka cincinnya mahkota itu di berikannya kepada tangan seorang perempuan. Apabila sudah nabi Allaha bersuci maka di ambilnya cincin itu lalu di pakaikannya pada segala waktu itu nabi Allaha Sulaiman pergi qodha hajat seorang perempuan tiada hadir pada ketika itu. Maka Ashothora Khoya pun merupakan dirinya seperti rupa perempuan berdirilah ia pada tempat itu maka nabi Allaha Sulaiman pun memberikan khotama mahkotanya kepada Ashothora Khoya maka nabi Allaha Sulaiman pun qodha hajat. Maka Asthothora Khoya pun memakai cincin itu lalu naik keatas mahligai Sulaiman maka duduklah ia akan ganti Sulaiman.

Adapun satu cerita tatkala hamparan Sulaiman di terbangkan angin ke tepi laut maka di lihatnya Sulaiman banyak anak-anak dara memukat itu bermain-main di pantai itu. Maka di dalam anak pemukat yang banyak itu ada seorang anak pemukat terlalu buruk rupanya itu. Maka di dalam hatinya nabi Allaha Sulaiman akan anak pemukat yang buruk itu laki-laki mana gerangannya mahu akan dia itu. Hataya dengan takdir Allaha Taa’laya maka anak pemukat itupun melihat ke udara maka di lihatnya hamparan nabi Allaha Sulaiman di atas udara. Maka katanya “Hamparan siapa gerangan itu” maka kata kanak-kanak yang banyak itu “Bahawa itulah hamparan nabi Allaha Sulaiman raja sekelian alam dunia ini”. Maka ujar kanak-kanak yang buruk itu “Jikalau raja Sulaiman itu menjadi suamiku alangkah baiknya” maka kata itu di dengarnya oleh kanak-kanak yang banyak itu maka di maki nista dan di tampar di kejinya akan anak pemukat yang buruk itu. Maka kata kanak-kanak yang banyak itu “Sedangkan kami ini dapat sedikit baik rupa kami daripadamu lagi tiada kami berani berkata seperti kata kamu itu. Mengapa maka berani kamu berkata demikian itu”. Maka sahut anak pemukat yang buruk rupa itu “Mengapa kamu menista aku kerana aku berkata demikian keluar daripada lidahku pun sudahlah dengan izin Allaha Taa’laya bukan dengan kehendakku”.

Hataya maka hamparan Sulaiman pun di terbangkan angin ke udara datang kepada suatu sungai airnya terlalu jernih. Maka nabi Allah Sualiman pun hendak mandi maka cincin khotama mahkota itupun di hantarkan di atas tahtanya maka nabi Allaha Sulaiman pun turunlah ke dalam sungai. Maka oleh Ashothora Khoya di ambilnya cincin mahkota itu di pakainya maka naiklah ia ke atas mahligai nabi Allah Sulaiman. Maka duduklah ia di atas tahta kerajaan nabi Allha Sulaiman dan seorangpun daripada segala orang tiada tahu akan iaitu jinkah atau Sulaiman kah. Demikianlah bahawa Allaha Taa’laya menjatuhkan qodhanya di atas seorang hambanya yang di kasihinya. Maka nabi Allaha Sulaiman pun keluar daripada jambatan itu meminta khotama mahkota itu maka kata orang banyak itu “Gilakah ini bahawa akan nabi Allaha Sulaiman itu ada terduduk di atas kerajaannya”.

Maka nabi Allaha Sulaiman pun tahulah akan qodha tuhannya atasnya itu maka oleh nabi Allah Sulaiman akan pakaian yang di pakainya indah-indah itu habis di tanggalkannya hanyalah baju kemuliaan itulah di pakainya. Maka tiadalah di kenal orang akan dia maka nabi Allaha Sulaiman pun masuk ke dalam Bayata Al Maqodasa berbuat ibadat seorang pun tiada tahu akan nabi Allaha Sulaiman itu. Maka datanglah tiga hari tiga malam nabi Allaha tiada makan maka sangatlah laparnya maka keluarlah ia dari sana maka berkata ia pada seorang “Berilah apalah aku sedikit makanan mengambil upahnya mengerjakan kerjanya orang” maka seorang pun tiada mahu mengupahkan dia. Maka Sulaiman pun berjalan keluar dari negeri itu seorang pun tiada sertanya berapa lamanya ia berjalan itu maka sampailah ia ke negeri orang pemukat itu.

Maka nabi Allah Sulaiman pun berjalan di tepi pantai maka bertemulah orang mengambil ikan itu menarik pukatnya. Maka nabi Allaha Sulaiman pun menghampir kepada orang itu katanya “Ambil aku bawa pemukat bekerja sama kamu beri menarik pemukatmu itu. Berilah akan daku ikan pada sehari dua ekor ikan”. Maka ujar si pemukat itu “Baiklah kami berilah pada sehari dua ekor ikan” maka nabi Allah Sulaiman pun datang pada malam menarik pemikat itu. Maka di suruh oleh pemukat nabi Allaha Sulaiman mengandar ikan itu maka ikan itupun di kandarnya nabi Allah Sulaimanlah. Setelah sampai ke rumah pemukat itu maka di berinya dua ekor ikan akan nabi Allaha Sulaiman maka oleh nabi Allaha Sulaiman seekor diambil ikan itu di pesiangnya lalu di panggangnya di makannya dengan apam dan seekor di taruhnya. Setelah sudah ia makan ikan itu maka berbuat ibadatlah ia kepada Allaha Taa’laya maka muka Sulaiman pun berubahlah kena panas itu. Maka kaki yang lemah lembut itu jadilah bengkaklah maka penyakit pun beroleh di dalam demikian kesakitan pun ia berbuat ibadat juga ia.

Hataya dengan demikian itulah nabi itu halnya adapun akan Asathora Khoya naik kerajaan itu maka tahulah segala orang banyak bahawa ia ini bukannya nabi Allaha Sulaiman ia ini Ashothora Khoya adalah rupanya derhaka kepada nabi Allaha Sulaiman. Maka oleh Ashothora Khoya di bukanya di bawah tahta Sulaiman itu maka di ambilnya segala kitab habatan raja Angkor itu di sembunyikannya supaya orang jangan tahu akan habatannya itu. Laqowalaha Taa’laya Wa Atabaa’waa Maa Tatalawaa Al Shayaathoyana A’laya Malaka Salayamaana Wa Maa Kafara Salayamaana Wa Lakana Al Shayaathoyana Kafarawaa Yaa’lamawana Al Naasa Al Sahara ertinya tatkala sudah kitab itu di sembunyikan oleh Ashothora Khoya maka di keluarkannyalah hukum dengan sekehendaknya. Maka barang hukum yang di hukumkannya amat bersalahan dengan syariat nabi Allaha Sulaiman maka tiadalah berkenan kepada orang banyak. Maka Ashofa anak Barakhoyaa akan ia ini bukan raja Sulaiman adapun hukum nabi Allaha Sulaiman tiada demikian ini. Maka kata Ashofa anak Barakhoyaa pada segala orang yang banyak “Ada suatu bicara kita mari kita bicarakan barang suatu itu daripada kitab taurat. Jika ia jin tiadalah ia dapat memahamkan dia. Jika ia raja Sulaiman sangatlah kesukaan mendengarkan dia”.

Maka tersebutlah bahawa akan nabi Allaha Sulaiman empat puluh hari lamanya dengan demikian itu maka nabi Allaha Sulaiman dhoiflah daripada dukacita ia mengambil upahnya itu. Maka nabi Allaha Sulaiman pun tertidurlah di bawah pohon kayu maka datang seekor ular maka di gigitnya sehelai daun kayu di kipas akan Sulaiman. Maka pemukat yang mengupah nabi Allaha Sulaiman itulah yang empunya anak yang sangat hodoh rupanya itu maka kanak-kanak itupun lalu membawa apam akan bapanya. Maka di lihatnya mukjizat nabi Allaha Sulaiman di kipas oleh ular itu maka katanya “Hai bapaku, akan orang yang mengambil upahnya kepada bapa itu sangatlah mulianya kepada Allaha Taa’laya. Bahawa kauberikanlah hamba akan isterinya dan tiada hamba mahukan lelaki yang lain daripadanya”. Maka kata bapanya “Apa ada engkau lihat keramatnya katakanlah kepadaku” maka sahut anaknya “Ada aku melihat seekor ular mengipas akan dia tatkala ia tidur tadi”. Maka kata bapanya “Jikalau begitu sesungguhnyalah ia di kasihi tuhan. Jikalau sungguh seperti katamu ini kuberikanlah engkau akan jadi isterinya”. Maka Sulaiman pun bangun daripada tidurnya lalu ia pergi bersuci ke tepi laut.

Maka Jalawa pun berkata kepada isterinya “Apa juga bicara kita ini anak kita sudah besar maka seorang pun tiad minta ia. Apa katamu pada bicaraku ini mari kita kutip ambil orang muda yang mengambil upahnya pada kita itu kita nikahkan dengan anak kita”. Maka ujar isterinya “Tiadakah ada orang yang lain di dalam negeri ini maka anak kita kita berikan upahnya kita yang seperti kelakuan darwis tiada berketahuan bangsanya itu”. Maka kata suaminya “”Mengapa maka engkau berkata demikian. Jangan engkau pandang dan mencercakan orang dan jangan engkau pandang kepada upahnya tetapi engkau pandang akhlaknya dan peelnya” maka ujar isterinya “Jikalau baik kepadamu baiklah kepadaku”.

Maka Jalawa pun datang kepada Sulaiman “Katanya hai orang muda, mahukah engkau kuambil akan menantu akan dikau” maka ujarnya “Apa halku pada tiap-tiap hari kuberikan akan dikau kedua-dua ekor ikan. Maka seekor itu kutaruh demikianlah halku betapa periku akan beristeri”. Maka kata Jalawa itu “Jikalau engkau duduk dengan anakku lebih daripada itu pula kuberi akan dikau” maka kata nabi Allaha Sulaiman “Baiklah”. Maka pada ketika hari yang baik maka di kahwinkanlah anaknya dengan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama maka nabi Allaha Sulaiman pun sukalah bahawa dukacitanya pun hilanglah.

Beberapa lamanya ia duduk maka kanak-kanak yang banyak itu pun datanglah mendapatkan anak Jalawa itu bermain-main seraya “Ingatlah kamu masa dahulu tatkala kamu bertanya hamparan siapa itu maka melayang di udara itu kendirinya sebahagian hamparan raja Sulaiman. Maka kata Sulaiman jadi ia suaminku raja Sulaiman itu alangkah baiknya maka kata dirinya sekelian kamu ini terbaik sedikit daripadamu lagi tiada berani mengatakan kata ini. Maka diri sekelian nistakan kami maka kata kami mengapa maka diri menistakan kami kerana kami berkata itupun sudahlah dengan hukum Allaha Taa’laya bukan dengan kehendak kami dengan kehendak Allaha Taa’laya juga. Adapun akan sekarang juga aku tiada peroleh raja Sulaiman itupun seperti mana Sulaiman itupun kami peroleh juga”. Maka ujar segala handainya itu “Apalah salahnya orang beruntung”.

Maka tersebutlah tatkala Taurat di baca orang hadapan Ashothora Khoya itu maka tiadalah dapat di dengarnya maka melompat ia lalu terbang ke udara. Maka cincin Mamalakata itu pun di buangkannya ke dalam laut kerana pada suatu cerita di dapat di pakainya sebab itulah maka di buangkannya ke laut. Maka dengan izin Allaha Taa’laya kepada ikan di suruh telan cincin itu maka ikan yang menelan cincin itupun kena pukat Jalawa. Maka oleh Jalawa di berikannya ikan itu akan Sulaiman akan bahagiannya maka oleh Sulaiman di berikannya ikan isterinya. Maka kata Sulaiman kepada isterinya persianglah ikan maka oleh isterinya Sulaiman di belahnya perut ikan itu olen isterinya Sulaiman. Maka di lihatnya cincin sebentuk empat persegi permatanya maka di lihatnya teranglah segala rumahnya akann cahaya permata cincin. Segera hendak di berikannya kepada ibunya maka datang fikir di dalam hatinya “Baik kuberi tahu kepada suamiku dahulu kerana aku sudah lepas daripada hukum ibu bapaku”.

Maka lalu ia berseru-seru suaminya nabi Allaha Sulaiman pun melihat ke rumahnya maka di lihat nabi Allaha bercahaya-cahaya di dalam perut ikan itu keluar memenuh rumahnya memancar-mancar cahayanya. Maka di lihatnya khotama Mamalakata maka nabi Allaha Sulaiman pun mengucap syukur akan anugerah tuhannya alam akan dia. Maka nabi Allaha Sulaiman pun memakai cincin khotama Mamalakata itu di kenakannya kepada jarinya maka cemeti neraka itupun datanglah ke sisinya. Maka isterinya pun di anugerahkan Allaha Taa’laya terlalu baik rupanya tiada berbagai seperti bidadari. Maka datanglah segala menterinya dan segala raja yang di bawahnya dan orang besar-besar segala manusia dan segala jin dewa pari dan segala makhluk semuanya datang mengadap nabi Allaha Sulaiman masing-masing dengan persembahannya.

Maka angin yang bernama Rayahaa itupun datang membawa hamparan. Nabi Sulaiman duduklah di atas tahta kerajaan alam maka raja semut pun datang membawa persembahan sebelah peha belalang dan segala raja-raja mergastua pun datang dengan persembahannya nabi Allaha Sulaiman pun tersenyum melihat persembahan raja semut sebelah peha belalang itu. Maka pada ketika itu Jibril pun datang berkata “Ya nabi Allaha perkenankan oleh tuan hamba persembahan raja semut itu hantarkan di atas persembahan orang banyak”. Maka Sulaiman pun bermohon pada mentuanya dan di berinya anugerah dengan sepertinya maka Jalawa pun kayalah dengan sempurnalah kekayaannya di dalam dunia ini.

Maka isterinya anak Jalawa itupun di bawanya maka raja Sulaiman memandang kepada tenteranya yang banyak itu. Katanya “Ashothora Khoya mana dia dan sekarang panggil akan daku” maka di cari oleh segala jin tiada bertemu. Adapun Ashothora Khoya itu menyelam pada laut yang hijau. Maka oleh nabi Allaha Sulaiman berhala yang di sembah anak raja Angkor itu di suruhnya empat orang jin membuangkannya kepada empat pihak dunia. Maka Ashothora Khoya pun di dapat jin di dalam laut yang hijau maka di bawa oranglah ke hadapan nabi Allaha Sulaiman. Maka oleh nabi Allaha Sulaiman di suruhnya seksakan empat puluh hari di seksanya kerana empat puluh hari ia naik kerajaan. Maka oleh nabi Allaha tanya akan dia demikian katanya “Hai malaun ada kekalkah engkau kerajaan. Apa engkau perbuat akan daku katakanlah olehmu supaya kulepas engkau” maka kata Ashothora Khoya “Ya nabi Allaha, jikalau ada hambamu perbuat akan dikau masa tiada di ketahui orang daripada barang yang di dalamnya dan di luarnya”.

Setelah demikian nabi Allaha mendengar katanya di suruh nabi Allaha lepaskan dia di ambilnya persembahannya iaitu sebuah kaca di bawanya ke hadapan raja Sulaiman. Maka kelihatanlah segala di dalam alam itu di dalam kaca itu segala isi darat dan segala isi laut pun habis kelihatan di dalam kaca itu. Jikalau beberapa jauhnya sekalipun hampir juga kelihatan maka sukalah nabi Allaha. Maka nabi Allaha pun menyuruh mengeluarkan segala kitab habatan raja Angkor itu maka di suruh nabi Allaha buangkan kitab raja Angkor itu ke sana sini. Maka jatuhlah pada segenap negeri tetapi kitab sihir itu banyak jatuh ke negeri Hindustan. Maka nabi Allaha pun berkata Al A’barata Al Haqo Wa Al Sahara Al Haqo Kamaa Ana Alataya Hataya maka nabi Allaha pun berbicara sendirinya maka berdatang sembah ke hadrat Allaha Taa’laya “Ya tuhanku, jangan kau anugerahkan kerajaanku ini dahulu daripada aku atau kemudian daripada aku. Bermula akan kata ku ini bukannya daripada dengkiku akan segala yang lain itu ertinya jikalau engkau anugerahkan kerajaan ku ini kemudian daripada aku bahawa tiada akan dapat ia memadai anugerahmu itu dan tiada akan dapat ia memadakan nikmatmu.

Laqowalaha Taa’laya Raba Aghofara Laya Wa Haba Laya Malakaa Laa Yanabaghoya Laahada Mana Baa’daya Anaka Anata Al Wahaaba ertinya itu maka tatkala Sulaiman membaca doa ini maka pada ketika itu maka Jibril pun datang berkata “Bahawa firman Allaha Taa’laya. Ya Sulaiman, bahawa kerajaan yang demikian ini kepadamu memelihara akan dia tentulah olehmu. Jika engkau tiada mahu hantarkan olehmu”. Laqowalaha Taa’laya Hazaa A’thoawanaa Faamanana Awa Amasaka Baghoyara Hasaaba “Adapun ketahui olehmu kerajaan anugerah tuhan akan dikau kira-kiranya pun di luputkan daripadamu oleh kerana iman yang keanugerahi itu. Apa indahnya kira-kiranya itu dengan sebab imannyalah maka di luputkan seksa daripadanya itu”. Maka nabi Allaha Sulaiman berkata “Bahawa aku mendengar daripada tuhanku yang maha tinggi Lawaladaanaya Shohata Al Hasaaba Lamaa Maasaa Bahawa Fatimah Zaharaa pun berkata aku mendengar daripada tuhan alam “Ya Mahamada, jika tiada keranamu kekasihku nescaya dosanya segala hambaku itu amat seksa””.

Adapun Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya berfirman kepada nabi Allaha Daud “Hendaklah kau perbuat pada bumi Falasathoyana (Palestin) Bayata Al Maqodasa panjang rumahnya itu dua belas ribu lima ratus kaza, lebarnya seribu lima ratus kaza”. Maka di carinya bumi itu maka di perolehnyalah di tanyakannya “Pagar siapa ini maka kata orang itu akan pagar ini Nashowahaa namanya dia empunya”. Bermula akan Nashowahaa itu seoran anak raja dengan kebesarannya dan kekayaannya maka berkata nabi Allaha Daud “Ya Nashowahaa, tanah di dalam pagarmu ini juallah akan daku kerana firman Allaha Taa’laya datang pada aku bahawa menitahkan aku berbuat masjid dua ribu lima ratus kaza panjangnya dan seribu lima ratus kaza lebarnya. Bahawa beberapa kucari di dalam bumi Palestin ini hingga bertemu aku dengan tanah di dalam pagarmu itu juga yang berkenan kepada aku”. Maka ujar Nashowahaa “Ya nabi Allaha, akan harga tanah ini mahal tiada akan dapat nabi Allaha membeli dia maka ujar Jibril “Ya Daud, kerana Nashowahaa seorang anak raja seperti yang di hargakannya kabulkanlah olehmu”.

Maka ujar nabi Allaha Daud “Ya Nashowahaa katakanlah benar-benar berapa harganya tanahmu ini maka kata Nashowahaa “Ya nabi Allaha, ketahuilah akan tanah ini empat ribu kaza bujurnya dan lintangnya itu penuh dengan emas asakan di atasnya demikianlah hamba kehendak harganya”. Maka kata nabi Allaha Daud “Sebahagian banyak emas itu” maka ujar Nashowahaa “Jika tiada demikian itu tiadalah hamba jual”. Maka kata Jibril “Ya Daud, akulah sebahagian harganya itu” maka kata nabi Allaha Daud “Jualkanlah tanahmu ini pada aku”. Hataya datang kepada tiga hari maka Nashowahaa pun datang kepada nabi Allaha Daud berkata “Ya khalifah Allaha, berilah harga tanah hamba” maka sahut nabi Allaha Daud “Akan ini sehingga menawar juga bahawa yang membeli dia lain daripada aku”.

Hataya maka suatu malam Nashowahaa tidurlah maka ia melihat yang dikata nabi Allaha Daud itu berkata “Hai Nashowahaa empat ratus tahunlah engkau meninggalkan pekerjaan yang maha suci itu. Jika mahu engkau inilah emas kupohonkan tanah di dalam pagarmu itu. Ambillah olehmu dan jika tiada engkau ambil harganya di dalam dunia ini nescaya di dalam akhirat terlebih pula daripada itu engkau peroleh dan kerajaanmu pun di kekalkan dan dosamu pun di ampuni dan usiamu pun kulanjutkan dan engkau pun kuluputkan daripada seksa neraka”. Setelah di lihat Nashowahaa emas penuh pada tanah di dalam pagarnya itu maka fikir ia “Apa gunanya pada aku emas sebanyak ini. Bahawa akan aku ini mati juga sudahnya maka emas sebanyak ini beroleh akan orang jua sudahnya dan dosanya juga kekal”. Maka sembah Nashowahaa “Ya tuhanku, hambamu pohonkan tanah syurga tanah hambamu ini” maka di kabulkan tuhanlah kehendak Nashowahaa itu.

Maka Nashowahaa pun bangun daripada tidurnya lalu ia pergi kepada nabi Allaha Daud mengatakan “Ahawa khalifah tuhan, akan tanah itu ambillah telah sudahlah harganya di anugerahkan tuhan kepada aku”. Setelah sudah Nashowahaa menyerahkan tanah itu maka Nashowahaa pun pergilah berbuat ibadat tiadalah lekat harga tanah itu. Laqowalaha Taa’laya Yaayahaa Alazayana Amanawaa Tawabawaa Alaya Allaha Tawabata Nashowahaa demikianlah firman Allaha Taa’laya umat Mahamada “Taubatlah kami daripada dosa kami seperti taubat Nashowahaa tiadalah lagi ia kembali kepada dosanya itu”.

Dan pada suatu qaul bahawa nabi Allaha Daud beroleh tanah itu maka nabi Daud pun menangis sembahnya “Ya tuhanku, jika tiada bersudah oleh hambamu datang kepada anak cucu hambamu menyudahkan dia” maka firman Allaha kuperkenankan pintamu itu bahawa tuhan yang maha tinggi membina dia masjid itu seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Sabahaana Alazaya Asaraya Baa’badaha Layalaa Mana Al Masajada Al Haraama Alaya Al Masajada Al Aqoshoya Alazaya Baarakanaa Hawalaha Lanarayaha Mana Ayatanaa ertinya bahawa masjid itulah di perbuat nabi Allaha Daud maka nabi Allaha Sulaiman pun berbuat masjid lain. Maka di titahkan Sulaiman membawa batu dari bukit di perbuatkan diwalanya daripada batu Haara dan beberapa pintu di perbuatnya. Satu pintu itu Baaba Tawabata namanya, kedua pintu Baaba Al Rahamata namanya, ketiga pintu Baaba Al Salaamata namanya, keempat pintu Baaba Al Nabaya A’layaha Al Salaama namanya.

Maka titah nabi Sulaiman di berikan suatu tiang empat puluh depa panjangnya daripada batu Rowamaama (Roman) maka titah nabi Allaha Sulaiman di suruh tuang diwala itu dengan di sabaran dalamnya itu di perbuatnya masjid di tambaknya batu emas dan batu perak. Maka di gantungnya pendil pada suatu pendil itu satu kamaala di gantungkannya bercahaya-cahaya maka teranglah masjid itu oleh cahaya kamaala itu. Maka di suruhnya perbuat saluran akik dan perbuatnya pula satu kubah dua ratus kaza tingginya dan di hurapinya dengan belerang merah di campurnya dengan minyak akan harupan itu bercahaya-cahaya rupa. Akan belerang merah kilatnya seperti emas di perbuatkan emas pun dapat tetapi di anugerahkan Sulaiman juga pada kemudian tiadalah di peroleh seorang jua pun.

Maka titah raja Sulaiman pasang pelita berkeliling kubah itu akan pelita itu di perbuatnya daripada emas di sela-selangi dengan kamaala jika di padamkannya pelita itu kamaala itulah menerang dia. Maka di hantarkannya kitab Taurat dan Zabur bersurat dengan dakwat emas dan rehalnya pun emas. Bahawa barang siapa membaca dia dengan takzim dan bermulia akan dia. Maka masjid itupun sudahlah berbuat dia maka hendaklah berbuat tempat bersuci pula supaya barang siapa datang ke masjid di baharunya air sembahyangnya.

Maka nabi Allaha Sulaiman pun hampirlah ajalnya pada sehari nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama berdiri pada tahta dan berpegang pada tongkatnya. Maka Izrail pun datang mengambil nyawa nabi Allaha Sulaiman dengan firman Allaha Taa’laya maka segala tenteranya manusia dan tentera jin dewa pari dan mergastua sekelian akan tempat bersuci itu seorang pun tiada tahu akan nabi Allaha Sulaiman sudah berlaku itu dari dunia ke akhirat. Pada suatu qaul setahun lamanya nabi Allaha Sulaiman berpegang pada tongkatnya maka pucatlah warna muka nabi Allaha Sulaiman sudah berlaku itu. Tatkala sudahlah di perbuat orang pada tempat bersuci itu maka ulat pun makan tongkat nabi Allaha Sulaiman di bawahnya.

Maka datang orang pada tempat bersuci itu maka ulat makan tongkat nabi Allaha Sulaiman dari bawah maka datang pada sama tengah tongkat maka tongkat itupun patahlah maka nabi Allaha Sulaiman rebahlah dari atas tempat tahtanya. Maka baharulah segala makhluk tahu akan nabi Allaha Sulaiman itu sudah wafat maka datang angin membawa tahta nabi Allaha Sulaiman lepas tujuh laut sampai kepada suatu pulau. Maka nabi Allaha Sulaiman pun lenyaplah daripada mata orang banyak itu maka tinggallah tentera itu masing-masing melakukan kehendaknya setengah dengan percintaan dan setengah dengan kesukaan dan terbanyaklah yang bercinta itu Wa Allaha Aa’lama Ba Al Showaaba.

Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa

Sunday, April 14, 2013

Kisah Nabi Daawada (Daud) A'layaha Al Salama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Maka datang firman Allaha Taa’laya kepada nabi Khonathoha suruh kaummu itu menyembah tuhan yang sebenarnya. Maka nabi Allaha Khonathoha pun keluar pada tiap-tiap malam daripada empat penjuru negeri itu berseru-seru katanya “Hai kaum yang banyak, sebut olehmu Laa Alaha Alaa Allaha. Katalah oleh kamu tiadalah tuhan lain hanya Allaha. Bahawa ia jua tuhan yang esa dan tahini oleh kamu tangan kamu daripada menyembah berhala itu. Bahawa barang siapa menyembah berhala itu menjadk kafir semuanya dan sembahyangnya itu pun sia-sia. Bahawa Iblislah menyatakan kamu pada barang yang salah itu katanya dapat melihat tuhan. Adapun tuhan yang sebenarnya itu tiada dapat melihat dengan mata kepala di dalam dunia ini”.

Maka kata nabi Khonathoha “Hai kaum janganlah kamu menyembah berhala kerana tiada nenek moyang kamu yang menyembah berhala. Bahawa tiada akan kuasa kamu menahani azab Allaha yang maha besar itu seperti segala kaum yang dahulu daripada kamu. Tiadakah di tegahkan Allaha Taa’laya daripada menyembah berhala itu dan di tegahkan segala rasul Allaha yang dahulu itu seperti kaum nabi Allaha Idris A’layaha Al Salama di bantahinya titah tuhan alam maka binasakan Allaha Taa’laya ia dengan bala dan qohat. Dan seperti kaum nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan air dan taufan dan seperti kaum nabi Hud A’layaha Al Salam di binasakan mereka itu dengan tempik yang keras. Dan seperti kaum nabi Sholeh A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan tempik Jibril dan seperti kaum nabi Allaha Ibrahim Kholil Al Rahman A’layaha Al Salama di binasakan Allaha Taa’laya akan mereka itu dengan bala nyamuk.

Dan seperti kaum nabi Allaha Luth A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu negerinya di balikkan Jibril A’layaha Al Salama yang di atas kebawah dan seperti kaum nabi Allaha Shuib A’layaha Al Salama di binasakan mereka itu dengan terbakar turun api dari langit membakar mereka itu. Dan seperti kaum nabi kita Musa A’layaha Al Salama di binasakan merekamitu di tenggelamkan Allaha Taa’laya di dalam sungai Nil. Maka sekeliannya di tegahkan akan segala nabi Allaha itu mereka itu daripada menyembah berhala. Maka akan segala kaum yang di binasakan tiada mahu menurut sabdanya itu sekeliannya itu habis di seksa Allaha Taa’laya. Tiadakah di dengar daripada nenek moyang kita akan Firaun A’layaha Laa’nata Allaha itu melalui firman Allaha dan tiada menurut pengajar nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama itu di binasakan Allaha Taa’laya di dalam sungai Nil . Kamu dengarlah hai kaum itu kerana tiada berapa jauhnya daripada kamu” itupun tiada mahu di dengarkan mereka itu.

Maka tiap-tiap hari nabi Khonathoha berseru-seru menyuruhkan kaumnya menyembah tuhan yang esa jangan kamu sembah berhala itu maka ada seorang raja Thoyafawara namanya anak Bayaanawasa anak Sabayaanawasa bahawa akan raja Thoyafawara itu ada padanya dua belas ribu sahaya laki-laki tiadalah terkira-kira akan banyak perbendaharannya dan tiada lain raja seorangpun pada zaman itu miskin katanya Thoyafawara “Panggil oleh kamu Khonathoha akan daku supaya kutangkap”. Maka beberapa di cari orang pun tiada bertemu maka datang pada malam yang lainpun di cari orang jua tiada bertemu. Tetapi nabi Allaha Khonathoha genap-genap malam ia berseru-seru juga katanya “Hai kaum suatu bala akan datang atas kamu esaok hari bala moga manajaanya ertinya terkejut”. Bermula akan kaum itu lupa akan mati kerana tujuh ratus tahun seorang pun tiada merasai mati. Maka pada esok hari pagi-pagi ada seorang laki-laki duduk berkata-kata lalu mati dan seorang laki-laki makan apam iapun mati maka datanglah sepenggal matahari banyaklah orang mati tiada terbilang.

Maka berdirilah orang datang kepada raja berkata “Adapun mati yang terkejut itu telah datang banyaklah tiada terbilang”. Demi di dengar raja maka iapun menyuruh sekelian hambanya yang dua belas ribu itu bertunggu berkeliling istananya dengan berbaju besi dan ada berketopong besi dengan seorang sebilah pedang. Maka kata raja itu “Jika mati terkejut itu datang maka jangan kamu beri masuk” maka di suruh raja perbuat suatu peti besi dengan luasnya maka di bawanya suatu tahta kedudukan di dalam peti itu. Maka duduklah raja itu seorangnya di sana dengan berapa lagi makan-makanan di hantarkan dengan beberapa dian terpasang dalamnya. Maka duduklah raja di dalam peti itu maka kata raja itu sekarang “Betapa peri mati terkejut itu datang kepadaku kerana tempatku ini terlalu teguh maka dengan seketika itu juga di lihat raja itu datang seorang-orang amat besar panjang di hadapannya raja itu maka kata raja itu “Siapa engkau ini dan dari mana engkau beroleh masuk ke dalam peti ini”. Maka sahutnya “Akulah yang mengambil nyawa segala yang mati terkejut itu” maka kata raja itu “Ya Malaka Al Mawata kembalikah tuan hamba dahulu esok harilah tuan hanba datang” maka Malaka Al Mawata pun kembalilah kerana ada umurnya sehari lagi hidup dalam dunia.

Maka raja itupun berkata kepada orang banyak itu akan hal malaikat maut datang kepadanya itu maka kata orang banyak itu “Ahawa raja dari mana datangnya kerana kami bertunggu tiada melihat dia kalau-kalau ada pasaknya peti itu baik tuanku tudung dengan timah”. Hataya malam esok maka datanglah Malaikat Maut ke dalam peti itu maka raja itupun tahulah akan malaikat maut datang akan mengambil nyawanya itu. Maka malaikat maut ambil nyawa raja itu dengan segala hambanya yang banyak itu habislah mati. Maka di dengar firman Allaha Taa’laya datanglah daripada pihak Masyrik meniupkan pasir dan batu maka air di dalam telaga itupun keringlah maka datang orang-orang hendak mengambil air di lihatnya tiada berair di dalamnya.

Maka pada sehari lagi nabi Khonathoha berkata kepada kaum yang lagi tinggal itu “Hai kaum lihatlah mukjizat dan anugerahkan Allaha Taa’laya dan kamu lihatlah seksa tuhan datang kepada kamu mengapa maka kamu tuda mahj membawa iman kepada tuhan seru alam”. Maka berhimpun mereka itu berkata “Hai Khonathoha, daripada celakamu lah maka datang bala ini atas kami” maka di bunuh mereka itu akan nabi Khonathoha. Maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menitahkan ular datang dari laut mengeliling negeri itu dua belas yujana penuh dengan ular menyembur mereka itu. Berhimpunlah mereka itu daripada takutnya di sembur ular maka terbitlah daripada telaga itu maka sekelian mereka itupun habislan mati oleh asap. Laqowalaha Taa’laya Wa Bara Maa’tholata Wa Fashora Mashayada ertinya terhantar telaga dan mahligai itu datang pada hari kiamat.

Adapun segala kaum bani Israil tinggal di negeri Sham itu dan berapa nikmat A’malaqoha di makan mereka itu dan segala kaum A’maalaqoha yang diam di dalam bumi Maghrib itupun banyaklah makanan di himpunkan mereka itu. Maka berbicaralah segala A’maalaqoha itu akan mendatang kaum bani Israil katanya “Banyaklah nikmat kita maka segala bani Israil jadilah ghariblah kami dan kasihanlah kami terhantar di dalam orang”. Maka kata A’maalaqoha kepada kaumnya “Mari kita pergi ke benua Sham maka kita perang segala kaum bani Israil itu dan kita ambil nikmat kita daripadanya. Bahawa adalah kira-kira kaum A’maalaqoha itu bermula segala bani Israil yang diam di benua Sham itupun berbinasa dirinya berbuat zina dan minum arak daripada celaka itulah maka di ambil Allaha Taa’laya nubuat daripadanya. Maka setelah segala bani Israil berbuat fasik maka tiadalah di turunkan Allaha Taa’laya bunuat dan segala malaikat pada antara mereka itu maka jadilah segala negeri akan seterunya maka kaum A’maalaqoha di kiramkannya kaum bani Israil itu maka alahlah kaum bani Israil. Bermula akan tabut Sakinah pun tertawan oleh kaum A’maalaqoha daripada kaum bani Israil kerana nabi dan malaikat pun tiada turun pada mereka itu tiadalah minta doa menolakkan bala mereka itu.

Hataya berapa antaranya kemudian daripada itu ada seorang kaum bani Israil beristeri dua orang. Daripada seorang isterinya beranak seorang laki-laki dan seorang isterinya tiada beranak. Pada suatu hari isterinya yang beranak itu berkata pada isterinya yang tiada beranak itu “Apa jua untungmu maka engkau tiada beranak. Akan aku sepuluh oranglah anakku akan engkau seorang pun tiada”. Maka kata perempuan yang tiada beranak “Ketahuilah olehmu bahawa yang menjadikan anak itu melainkan dengan kehendak Allaha Taa’laya jua berlaku atas hambanya”. Maka minta doa perempuan yang belum beranak itu demikian pintanya “Ya tuhanku, tuhan yang maha tinggi anugerahi hambamu anak laki-laki yang baik perinya dan baik perangainya lakunya”. Maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya berkenan akan doanya maka di anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan dia seorang laki-laki maka di namai ibunya Samawayala (Samuel) datang kepada empat puluh tahun umurnya maka turun wahaya Jibril membawa nubuah. Maka firman Allaha Taa’laya akan nabi Allaha Samuel A’layaha Al Salama apabila Samuel jadi nabi maka berhimpunlah segala bani Israil kepada Samuel. Maka mereka itu berkata “Segala kita menjadikan seorang raja akan melawan kaum A’maalaqoha itu dan kita ambil tabut Sakinah daripadanya”.

Maka tersebutlah A’maalaqoha membawa tabut Sakinah ke pihak Maghrib maka di nunukannya tabut itu maka tiada mahu makan api. Maka di belahnya dengan kapak itu akan kapak itupu tiada di makan oleh kapak itu pun habis sembahyang. Maka kaum A’maalaqoha akan tabut Sakinah di buangkan pada cemar  di hantarkannya siapa-siapa hendak kumuh di kumuh di atasnya maka jadilah untut dan burut. Maka kata mereka itu “Mari kita bawa tabut ini ke rumah berhala” maka berhala itupun habis tunggang-balik menyungkurkan kepalanya ke tanah. Maka kata mereka itu “Apa bicara kita mari kita muatkan tabut ini atas pedati maka di tambatkan pedati pada leher lembu yang liar maka lembu itu di lepaskan ke dalam hutan rimba belantara barang kemana pun perginya biarkanlah”. Maka demikianlah di perbuatnya Sakinah itu di lepaskan lembu itu tabut Sakinah itu ke hutan.

Maka firman Allaha Taa’laya menitahkan malaikat menghalaukan lembu itu Laqowalaha Taa’laya Tahamalaha Al Malaakata maka kata segala bani Israil kepada nabi Samuel mengatakan “Ahawa nabi Allaha pintalah akan kami daripada suatu akan menetapkan kami supaya dengan harap tuhan alam dapatlah kami melawan seteru itu”. Laqowalaha Taa’laya Aza Qoalawaa Lanabaya Lahama Abaa’tsa Lanaa Malakaa Naqoatala Faya Sabayala Allaha Qoala A’sayatama Ana Kataba A’laya Kama Al Qotaala Alaa Taqoatalawaa Qoalawaa Wa Maa Lanaa Alaa Naqoatala Faya Sabayala Allaha Wa Qoda Akhorajanaa Mana Dayaaranaa Wa Abanaanaa Falamaa Kataba A’laya Hama Al Qotaala Tawalawaa Alaa Qolayalaa Mana Hama Wa Allaha A’layama Ba Al Zhoalamayana ertinya maka kata mereka itu kepada nabi Samuel “Akan kami ini hendak jua seorang raja di anugerahkan Allaha Taa’laya maka di suruhkan sekelian perang a’za. Jika tiada kami pergi a’shilah kami kepada Allaha Taa’laya” dan kata mereka itu pula “Jika kami perang a’za tiadakah kami kerjakan juga”.

Maka seorang bani Israil mengembala lembu dan unta maka hilang seekor unta di dalam antara untanya yang banyak itu beberapa pun di carinya tiada bertemu. Maka katanya “Baik aku pergi kepada nabi Samuel supaya di lepaskan Allaha Taa’laya daripada percintaanku ini dengan berkat nabi Samuel A’layaha Al Salama”. Maka pergilah laki-laki itu kepada nabi Samuel maka berkata ia “Ya nabi Allaha, bahawa akan anak seorang darwis daripada kaum bani Israil maka di dalam darwis inilah bulat pekerjaan datang kepadaku. Bahawa akan engkau ini mengambil lembu dan unta itulah kuat makananku pagi-pagi dan petang. Akan sekarang ini seekor untaku lenyap daripada aku kerana aku tiada berunta di dalam dunia ini hilang daripadaku”. Maka kata segala kaum bani Israil “Apa namamu” maka katanya “Namaku Thoalawata (Tholut) di sebut orang”. Maka nabi Allaha pun melihat kepada mukanya maka di lihatnya laki-laki besar panjang yang amat gagah. Maka Jibril pun datang membawa sebilah pedang dengan firman tuhan alam “Barang siapa dapat memegang pedang ini kerajaan bani Israil di dalam tangannyalah”. Apabila di lihat nabi Samuel akan Tholut itu maka pada hati nabi Allaha Samuel “Benarlah pedang ini akan layaknya patutlah pedang ini akan jabatan Tholut”.

Maka nabi Samuel pun melihat kepada segala kaum bani Israil yang banyak itu shahdan berkatalah nabi Allaha “Hai segala kaum ketahui oleh kamu sekelian bahawa inilah akan raja kamu sekelian”. Laqowalaha Taa’laya Wa Qoala Lahama Nabaya Hama Ana Allaha Qoda Baa’tsa Lakama Thoalawata Malakaa ertinya kata nabi Allaha Samuel “Hai segala kaum ketahui oleh kamu bahawa Allaha menganugerahkan Tholut akan raja kamu sekelian” maka sahut mereka itu menjawab kata nabi Allaha Samuel itu Laqowalaha Taa’laya Qoalawaa Anaya Yakawana Laha Al Malaka A’layanaa Wa Nahana Ahaqo Ba Al Malaka Manaha Wa Lama Yawata Saa’ta Mana Al Maala ertinya kata mereka itu “Utamalah akan kamu seorang raja akan memberi nikmat dan kebesaran kami dan akan jadi penghulu kami tetapi yang patut jadi raja itu daripada anak cucu nabi Allaha Yusuf dan Bunyamin juga. Bahawa akan Tholut ini kesusahannya sekali suatu pun tiada akan dia daripada harta akan mengganti unta orang yang hilang itupun tiada kuasa ia membawa dia apa hal ia di jadikan raja”.                                                                      

Maka kata nabi Samuel “Hai segala kaum bani Israil, barang yang kukatakan ini dengan firman Allaha Taa’laya tiada dengan kehendakku maka betapa kamu salahi firman tuhan”. Laqowalaha Taa’laya Qoala Ana Allaha Ashothofaaha A’laya Kama Wa Zaadaha Basathota Faya Al A’lama Wa Al Jasama Wa Allaha Yawataya Malakaha Mana Yashaa Wa Allaha Waasaa’ A’layama ertinya maka kata nabi Allaha Samuel “Bahawa Allaha Taa’laya melebihkan Tholut daripada antara kamu. Bahawa ialah yang beroleh memilik kerajaan dan terlebih gagahnya. Bahawa Allaha Taa’laya jua yang menganugerahkan seorang hambanya pada barang siapa yang di kehendakinya”. Maka kata segala kaum bani Israil itu “Apa tanda kerajaan daripadanya” maka kata nabi Allaha Samuel “Adapun tanda kerajaan akan dia ialah dapat mengambil tabut Sakinah itu”.

Laqowalaha Taa’laya Wa Qoala Lahama Nabaya Hama Ana Ayata Malakaha Ana Yaataya Kama Al Taabawata Fayaha Sakayanata Mana Raba Kama Wa Baqoyata Mamaa Taraka Ala Mawasaya Wa Ala Haarawana Tahamalaha Al Malaakata Ana Faya Zalaka Laayata Lakama Ana Kana Tama Mawamanayana dan erti kata bani Israil adapun tanda kerajaan Tholut itu ia pergi seorangnya mengambil tabut Sakinah maka kata segala kaum bani Israil itu “Jika demikian ada penguasanya bahawa sanyalah ia beroleh kerajaan dan patutlah kami sekelian akan rakyatnya”. Maka kata nabi Allaha Samuel A’layaha Al Salama “Ya Tholut, pergilah engkau ke padang lihatlah tabut Sakinah terduduk di atas pedati di bawa oleh lembu dan bahawa malaikat menghalaukan lembu itu”. Bermula tempat tabut itu jauhnya daripada kaum bani Israil seribu yujana mata memandang jauhnya seorang pun tiada melihat dia.

Maka pergilah Tholut apabila di lihatnya tabut itu maka hampiri Tholut pada unta itu di bawanya masuk ke dalam sendirinya mengambil pedati itu berjalan masuk ke dalam negeri itu. apabila di lihatlah oleh segala kaum bani Israil tabut Sakinah itu di bawa oleh Tholut maka kata mereka itu sekelian “Sebenarnyalah Tholut akan raja kita. Bahawa Allaha Taa’laya menganugerahkan kerajaan akan Tholut”. Maka segala kaum bani Israil pun menyembah Tholut dan menurut katanya maka kata mereka itu “Kami tiada banyak jika datang seteru menyerang kami apa upaya kami” maka kata nabi Samuel “Apa baharanya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan banyak kami”. Maka kata Tholut “Bahawa di anugerahkan Allaha Taa’laya kerja pada tanganku. Marilah kita perang a’za dengan kafir” maka kata kaumnya yang banyak itu “Marilah kita pergi”. Maka kata Tholut “Bersegeralah kita akan pergi ke pihak Maghrib dalam pada itu pun segala kaum bani Israil bercinta juga sebab tiada berapa banyaknya.

Maka firman Allaha Taa’laya “Ya Samuel, minta doalah engkau akan segala kaum yang mati itu minta hidupkan akan menolong engkau perang”. Maka berseru-seru nabi Samuel “Hai segala kaum bani Israil yang mati, bangunlah kamu dengan firman Allaha Taa’laya Laqowalaha Taa’laya Faqoala Lahama Allaha Mawatawaa Atsama Ahayaa Hama Ana Allaha Lazawa Fadhola A’laya Al Naasa. Maka firman tuhan alam kepada mereka itu yang mati “Hiduplah kamu sekelian dengan senjata kamu”. Adapun orang yang mati itu seratus tahun lamanya maka kata nabi Samuel pada segala kaum bani Israil “Hai segala kaum, itulah kamu yang memadakan kurnia tuhan kamu yang maha mulia”. Laqowalaha Taa’laya Wa Lakana Akatsara Al Naasa Laa Yashakarawana ertinya maka hiduplah kaum itu dengan firman Allaha Taa’laya dengan beberapa puluh ribu banyaknya. Maka segala kaum bani Israil yang hidup daripada mati itu Laqowalaha Taa’laya Wa Qoatalawaa Faya Sabayala Allaha Wa Aa’lamawaa Ana Allaha Samayaa’ A’layama ertinya maka pergilah kaum bani Israil yang hidup itu perang maka banyaklah mereka itu pergi perang a’za.

Laqowalaha Taa’laya Falamaa Fashola Tholawata Ba Al Janawada Qoala Ana Allaha Mabatalaya Kama Bahara Famana Sharaba Manaha Falayasa Manaya Wa Mana Lama Yathoa’maha Faanaha Manaya ertinya pertama datang firman di sampaikan nabi Samuel “Hai Tholut katakan kepada kaummu jangan minum air sungai yang di lalui itu. Jika barang siapa minum air sungai tiadalah mereka itu daripada kaumku dan barang siapa tiada minum air sungai itu ialah kaumku lagi kekasihku. Barang siapa melalui kataku maka tiadalah ia daripadaku dan jika ia sangat dahaga kamu sekelian maka sapulah belakang kuda kamu itu”. Laqowalaha Taa’laya Alaa Mana Aghotarafa Ghorafata Bayadaha Fasharabawaa Manaha Alaa Qolayalaa Mana Hama Falamaa Jaawazaha ertinya sampailah segala bani Israil kepada sungai itu maka segala yang berjanji dengan nabi Samuel dan Tholut itu semuanya mengubahkan waadnya.

Tiga ratus tiga belas orang juga yang meneguhkan waadnya yang lain dari itu semuanya minum air sungai. Maka di dalam tafsir pun di kata akan orang yang meneguhkan janjinya dengan Tholut hanya tiga belas orang jua menyapu belakang kudanya. Maka olehnya di minum mereka itu daripada keningan dengan air itulah dengan serahan itu berkat mengikut kata nabi Samuel dan Tholut itu puaslah dahaganya. Yang lain semuanya turun dari atas kudanya maka di minumnyalah air sungai itu dengan sekehendaknya maka makin sangatlah dahaganya tiadalah dapat duduk di atas kudanya dengan tiada upayanya turun pula ia ke sungai itu minum air itu dengan sekehendak hatinya. Maka perutnya pun buncitlah seperti perut orang bunting adanya.

Laqowalaha Taa’laya Hawa Wa Alazayana Amanawaa Maa’ha Qoalawaa Laa Thoaqota Lanaa Al Yawama Bajaalawata Wa Janawadaha Qoala Alazayana Yazhonawana Ana Hama Malaaqowaa Allaha Kama Mana Faata Qolayalata Gholabata Faata Katsayarata Baazana Allaha Wa Allaha Maa’ Al Shoabarayana ertinya apabila segala kaum bani Israil itu banyaklah melalui kata Tholut maka orang yang bidaah dalam kaum itu berkata “Hai segala kaum, barang siapa perang kerana Allaha jika sedikit jua pun Allaha Taa’laya memenangkan dia dan yang banyak itu pun jadi sedikitlah jua. Adalah yang sedikit bahawa Allaha Taa’laya jua menolong segala yang sabar-sabar segala itu di dalam iradat tuha jua”. Apabila terdengarlah kata ini kepada orang yang tiga ratus orang itu naik mereka itu ke atas kuda mengadap perang dengan segeranya maka Tholut pun bersama terdiri di hadapan.

Laqowalaha Taa’laya Wa Lamaa Barazawaa Lajaalawata Wa Janawadaha Qoalawaa Rabanaa Afaragho A’layanaa Shobaraa Wa Tsabata Aqodaa Manaa Wa Anashoranaa A’laya Al Qowama Al Kaafarayana ertinya tatkala beraturlah saf mereka itu tiga ratus tiga belas orang sekelian di pilih Allaha Taa’laya maka sekeliannya meminta doa demikian katanya “Ya tuhanku, ya rabaya barang kau menangkan kami berkurnia akan kami dan peliharakan segala langkah kami dari hadapan seteru kami dan jangan kau beri kami memberi balakang daripada seteru kami kafir itu dan tolongi kami dengan sebenarnya menunjukkan firmanmu. Adapun seteru itu orang derhaka kepadamu”. Hataya antara demikian itu maka keluarlah seseorang laki-laki besar panjangnya dan tingginya seperti sebuah menara dengan senjatanya beribu-ribu kati bahawa akan sekati itu beratnya tiga ratus dirham dan taaja saalatanya dan mawazaanya dua puluh kati dan ikat pinggangnya dan pedangnya dengan selengkapnya pakaiannya dan kenaikannya seekor kuda yang gemuk dengan kuatnya.

Bermula yang naik kuda itu yang demikian kuatnya datang ke tengah medan dengan suaranya mengatakan “Hai segala kaum bani Israil, esoklah aturkan kamu hulubalang yang terpilih suruhlah keluarkan. Akulah bernama Maalaka Sanaaha Jaalawata (Jalut) daripada cucu Saama anak Nuh A’layaha Al Salama. Maka kata Tholut “Siapa keluar kamu kaum kita ini yang akan dapat menyalahi Jalut itu supaya kuberi akan dia setengah kerajaan negeriku dan anakku perempuan amat elok rupanya. Itupun kuberi akan dia akan jadi isterinya”. Maka segala bani Israil pun berdiam dirinya seorang pun tiada bercakap dan seorang pun tiada mengaku” maka Jalut merangka dirinya mencari lawan. Maka Tholut pun hendak keluar sendirinya maka datang seorang laki-laki dari tepi hutan memakai kemuliaan dengan suatu tongkat pada tangannya dan memakai kopiah datang kehadapan Tholut. Maka katanya “Ahawa raja akulah pergi mengadap perang Jalut” maka kata Tholut “Engkau ini daripada kaum bani Israil kah atau bukankah dan siapa namamu”. Maka katanya “Bahawa aku daripada kaum bani Israil, namaku Daawada (Daud). Tiada pernah aku perang dengan manusia tetapi senantiasa aku berlawan dengan harimau dan binatang yang menerkam”.

Maka tatkala Daud berkata-kata itu maka kata bani Israil “Ahawa raja ini berkata-kata ini dengan bebalnya tiada dengan sesungguhnya” maka kata Daud “Allaha Taa’laya saksi aku tiada kukerjakan ini dengan bebalku. Bahawa dengan tahuku juga kukerjakan”. Maka berkata pula saudara Daud “Ahawa raja Daud ini kanak-kanak tiada akan dapat menghadapi perang Jalut kerana akan Jalut itu seorang laki-laki yang keras tulangnya dan sangat beraninya dengan gagahnya. Jika Daud berhadapan dengan dia nescaya akan alah olehnya”. Maka ujar Tholut pada bendaharinya “Bawa olehmu zirah itu” maka di bawa oleh bendaharinya. Maka kata Tholut “Barang siapa dapat memakai zirah ini patut padanya orang itulah membunuh Jalut dan akan kematian Jalut pun di dalam tangannya. Maka orang tiga ratus tiga belas itupun memakai zirah itu berganti-ganti tiada patut barang seorang pun. Maka di pakaikan Tholut kepada Daud barangkala terkena zirah itu maka terlalulah patut pada tubuhnya maka ujar Tholut “Ya Daud dapatkah engkau melawan Jalut.

Adapun akan perang Daud dengan Jalut itu tatkala lagi di tengah hutan atas batu berkata “Ya Daud, ambil aku olehmu ada juga gunanya padamu. Bahawa aku dengan kudrat Allaha Taa’laya akan senjata kamu perang dengan Jalut itu. Akulah yang berbinasakan kaum itu” maka di ambilnya Daud batu itu di masukkan ke dalam  baqocanya. Maka iapun berjalan pula maka kata pula batu yang lain katanya “Ya Daud, akulah batu yang di lontarkan burung Abaabayala (Ababil) Al Haara Al Safara seperti hujan adanya itu. Ambil olehmu aku akan senjatamu” maka diambil Daud di masukkannya baqocanya. Maka iapun berjalanlah pula ia maka berkata pula batu yang lain “Ya Daud, ambil olehmu aku akan senjatamu. Bahawa aku batu yang di titahkan Allaha Taa’laya berbinasakan Ashohaaba Al Raasa” batu itupun di ambil Daud di masukkan ke dalam baqocanya.

Setelah Daud sudah memakai zirah Nashoraha itu maka keluar Daud ke tengah medan berhadapan dengan Jalut. Maka kata Jalut “Hai kanak-kanak bani Israil, engkaukah datang ke hadapanku ini tiada patut engkau melawan aku ini” maka sahut Daud “Sebenarnyalah engkau akan laluanku”. Maka kata Jalut “Dengan senjatamu yang mana engkau melawan aku” maka ujar Daud “Hai Jalut, engkau anjing pada aku. Bahawa akan anjing-anjing itu dengan batu juga aku menghalaukan dia” maka kata Jalut “Aku sangat sayang berbinasa akan engkau oleh kerana engkau orang muda biduan lemah lembut”. Maka kata Daud “Hai anjing, bahawa agama Asalama inilah memberi kuat kami segala Asalama. Bahawa tuhanku yang maha tinggi ada menaungi aku dan memberi kemenangan akan daku” seraya di ambilnya batu yang membinasakan Ashohaaba Al Raasa ia kenakan pada tali qorasakanya.

Maka kata Jalut “Hai kanak-kanak tiada adat segala raja-raja dan segala pahlawan tiada bersenjata batu”. Maka Daud pun memasukkan pada asakan itu lalu di lontarkannya akan segala laskar Jalut maka segala laskar kafir yang di kanan habis mati jadi semua yang cerai-berai tiada berketahuan. Maka melompat batu itu ke kiri Jalut maka laskar kafir sebelah kiri Jalut itupun habis mati cerai-berai maka batu itupun kembali masuk ke dalam baqocanya. Maka Daud di ambilnya batu yang lain batu itu membinasakan kaum Luth itu maka di lontarkan kepada kaum Jalut maka kena pada hulu hati Jalut terus ke belakangnya maka iapun lalulah mati Jalut itu. maka Daud pun melontar laskar Jalut dengan batu yang membinasakan Ashohaaba Al Fayala maka segala lascar kafir itupun habis mati dengan kudanya sekali maka binasalah kaum A’malaqota itu.

Laqowalaha Taa’laya Fahazamawa Hama Baazana Allaha Wa Qotala Daawada Jaalawata ertinya maka segala bani Israil pun hairan tercengang menundukkan kepalanya. Maka Daud berkata pada kaum Jalut yang tinggal itu “Hai segala kaum Jalut, bukan aku membunuh Jalut itu. Bahawa tuhan alam yang maha besar membinasakan dia” dan kaum bani Israil pun merampas laskar kafir itu dan segala batu yang di lontar Daud itupun kembali ke dalam baqocanya. Laqowalaha Taa’laya Falama Taqotalawa Hama Wa Lakana Allaha Qotala Hama Wa Maa Ramayata Aza Ramayata Wa Lakana Allaha Ramaya Wa Layabalaya Al Mawamanayana Manaha Balaa Hasanaa inilah ayat yang di turunkan Allaha Taa’laya kepada rasul Allaha akan perang maka oleh nabi Allaha ceritakan kepada segala sahabat.

Maka tatkala menanglah Daud A’layaha Al Salama banyaklah segala Asalama beroleh rampasan. Maka segala bani Israil pun datang kepada Tholut “Kamu raja barang yang sudah kata itu teguhkan janji itu. Bahawa kata raja tatkala kesukaran itu barang siapa dapat membunuh Jalut itu setengah kerajaan aku beri akan dia. Sekarang raja berilah akan Daud ini”. Maka ujar Tholut “Ketahui oleh kamu sekelian akan Daud ini hitam lagi matanya seperti mata kucing. Pada zaman jika demikian rupanya orang nescaya di cela oranglah akan dia”. Sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Zalaka Al Nabaya maka Tholut berkata “Tiada akan kuberi anakku kerana anakku orang yang baik rupanya akan Daud itu keji lagi kasihan”. Maka kata Daud “Aku pun tiada berkehendak akan anaknya. Bahawa yang kehendakku itu hanya berbuat ibadat juga kepada Allaha Taa’laya. Itulah yang cenderung mata hatiku”. Kelakian maka Daud pun berbuat tempat akan berbuat ibadat maka Daud pun duduk dengan masygul dengan kebaktian pada tuhannya juga senantiasa dengan orang yang tujuh puluh daripada kaum bani Israil menjadi zuhud berbuat ibadat bersama-sama dengan Daud itu.

Maka ada seorang berkata kepada Tholut “Akan Daud itu jika ia minta doa dengan orang zuhud tujuh puluh itu nescaya binasa juga Tholut ini”. Maka Tholut pun berbangkit pula datang ke bawah bukit itu dengan tenteranya dan senjatanya esok hari akan membunuh Daud dengan orang yang tujuh puluh yang berbuat ibadat itu. Maka esok harinya Tholut pun peranglah dengan orang yang tujuh puluh yang serta dengan Daud itu. Setelah berhenti maka iapun bermimpi tiadalah dapat melawan Daud itu. Maka Daud pun mengambil arang maka di suratnya pada daun kayu demikian bunyinya “Hai Tholut, jika aku lontarkan akan engkau dengan batu yang membunuh Jalut ini nescaya masuklah ke dalam perutmu engkau pengapakan daku dan jika pedang ini kutikamkan pada perutmu apa daya kamu menyalah akan dia. Kembalilah engkau pada tempat kamu tiada akan baik  engkau peroleh di dalam dunia dan di dalam akhirat hendak membunuh zuhud ini” maka surat itupun di bawanyalah orang kepada Tholut. Maka iapun pulanglah maka Daud pun dengan segala temannya yang tujuh puluh itu masygul dengan berbuat ibadat juga.

Maka Tholut pun tiada baik hatinya itu maka di suruhnya pula Tholut beberapa pula hulubalang maka katanya “Pergilah kamu bunuh Daud itu dengan orang yang berbuat ibadat sertanya itu”. tetapi Tholut tiada ia pergi hingga orangnya juga pergi itu maka akan orang zuhud tujuh puluh itupun habislah di bunuhnya pada ketika itu Daud tiada bersama dengan orang duduk berbuat ibadat akan Daud sediakala keluar dari sana. Maka kembalilah segala hulubalang Tholut itu mengatakan “Sudahlah di bunuh segala orang zuhud yang tujuh puluh itu”. Akan Daud juga tiada di sebut maka kata Tholut “Akan maksudku tiada sampai”.

Laqowalaha Taa’laya Bahawa akan nabi Samuel itu sembilan orang anaknya di anugerahkan Allaha Taa’laya sekeliannya baik rupanya dan anaknya yang bungsu itu bernama Daud itulah tiada baik rupanya lagi pendek lagi hitam, matanya seperti maka kucing. Maka di suruh nabi Samuel akan Daud mengembala kambing maka di suruhnya diam pada pihak bukit itu sedia kala kerja Daud itu mengembala kambing dan senantiasa ia berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya. Maka tatkala masuk perang Tholut dengan Jalut terlalu sakit laku akan Allaha, Tholut oleh Jalut. Maka kata Tholut “Ada suatu tanda pada aku jika di letakkan pada kepala barang siapa keluar minyak pada kepalanya mengalir basah segala tubuhnya. Ialah kudapat membunuh Jalut nescaya mati Jalut dalam tangannya itu dengan kudrat Allaha Taa’laya”. Maka di ambil oleh Tholut tanda itu di lekatkan pada kepala segala kaum bani Israil yang tiga ratus tiga belas itu berganti-ganti cuba lekatkan tanda itu seorang pun tiada keluar seperti syarat itu. Maka kedengaranlah suara “Hai Tholut, bukan segala bani Israil ini yang seperti syarat membunuh Jalut itu. Bahawa ialah daripada anak nabi Samuel A’layaha Al Salama”.

Maka Tholut pun pergi kepada nabi Allaha A’layaha Al Salama kata Tholut kepada nabi Allaha katanya “Mana anak tuan hamba”. Di panggilkan nabi Allaha Samuel anaknya delapan orang itu datang kehadapan Tholut maka di kenakan tanda itu kepada kepalanya berganti-ganti seorang tiada juga seperti syarat tanda itu. Maka kata Tholut “Ya nabi Allaha, adakah anak nabi Allaha yang lain daripada ini” maka kata nabi Samuel “Tiada kerana nabi Allaha Samuel demi Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di ketahuinya bahawa barang siapa mengenakan tanda ini pada kepalanya keluar minyak basah segala tubuhnya orang itulah yang dapat membunuh Jalut itu.

“Maka hamba cuba segala kaum bani Israil seorang pun tiada ada seperti syarat itu maka hamba dengar suara yang lathif “Tholut, bukannya kaum bani Israil ini bahawa orang itu daripada anak Samuel A’layaha Al Salama juga””. Nabi Samuel pun teringat akan anaknya yang bungsu maka kata nabi Allaha “Sungguh ada anak hamba seorang lagi megembala kambingnya di bukit itu”. Maka kata Tholut “Apa namanya” maka kata Samuel “Namanya Daud amat keji rupanya, matanya seperti mata kucing” maka di kata nabi Samuel sifatnya tempatnya. Maka Tholut pun naik ke atas kudanya pergi mencari Daud seperti syarat nabi Samuel A’layaha Al Salama. Maka di dapatinya oleh Tholut akan Daud lagi membawa kambing ke sumur sungai serta orang banyak maka Tholut pun berdiri pada sungai itu pada fikir di dalam hatinya di dalam orang itu “Adakah Daud”.

Maka di lihat oleh Tholut semuanya orang itu membawa kambing seorang seekor di pegangnya akan Daud seorangnya jua membawa akan kambing di hampiri Tholut di lihatnya tiadalah bersalahan seperti kata nabi Samuel itu. Maka kata Tholut “Hai orang muda, siapa namamu” maka sahutnya “Namaku Daud”. Maka oleh Tholut di ambilnya tanda itu di lekatkan pada kepala Daud maka keluarlah minyak daripada kepalanya Daud mengalir basah segala tubuhnya. Maka kata Tholut “Hai Daud, jikalau engkau membunuh Jalut sebelah negeriku kerajaanku berikan dikau dan anakku perempuan terlalu baik rupanya itupun kuberi dikau dan anakku itu akan jadi isteri yang halal. Ketahui olehmu kematian Jalut itu di dalam tanganmu”. Maka kata Daud “Baiklah, hambalah berhadap dengan Jalut itu”.

Maka Daud pun berjalanlah sama dengan Tholut maka datang kepada suatu bukit. Maka batu bukit itu berkata “Hai Daud, ambillah aku akan senjatamu. Bahawa aku ini batu nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama” maka di ambil Daud batu itu lalu ia berjalan. Maka batu yang lain pula katanya “Hai Daud, ambil olehmu aku akan senjatamu. Akulah yang membinasakan kaum Jalut itu. Akulah batu nabi Allaha Musa A’layaha Al Salama” maka oleh Daud di ambil batu itu. Maka berkata pula batu yang lain “Hai Daud, ambil aku akan senjatamu. Akulah batu nabi Allaha Ismail A’layaha Al Salama”. Bahawa akan cerita ini datang kepada cerita Daud membunuh Jalu setelah Jalut di bunuh oleh Daud pecahlah segala laskar kafir maka segala kaum banimIsrail pun banyaklah beroleh rampasan maka kata segala kaum bani Israil kepada Tholut “Hai raja, bahawa akan janjimu itu teguhkan barang yang telah kau kata tatkala kau lihat Jalut seperti harimau mencari lawan. Maka katamu barang siapa membunuh Jalut setengah kerajaan engkau kau berikan akan dia. Bahawa anak kau perempuan terlalu baik rupanya itupun kau beri akan dia. akan sekarang ini berilah akan Daud setengah kerajaan dan anak raja itu pun berilah akan Daud”.

Kata Tholut “Pekerjaanku lagi banyak dan seteruku pun lagi banyak. Apabila tiadalah seteruku nescaya anakku pun kuberikan akan dia”. Maka kata Tholut “Hai Daud, pergilah engkau bunuh seteruku itu nescaya kuberi akan anakku akan dikau”. Ujar Daud pun pergilah mendatangi segala kafir maka barang siapa di langgar sekelian habislah dengan tolong Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Maka Daud pun kembalilah kepada Tholut dengan membawa rampasan terlalu amat banyak maka Daud pun berkehendaklah akan kahwin dengan anak Tholut. Maka Tholut pun tiadalah beri dia lagi dan segala kaum bani Israil pun datang mendapatkan Tholut. Maka di kahwinkanlah anaknya dengan Daud tetapi hatinya sediakala hendak menbunuh Daud juga.

Berapa lamanya pada suatu hari panggil Tholut anaknya katanya “Engkau sungguh hendak kuberikan jadi isteri Daud. Hai anakku, tetapi engkau duduk dengan Daud tiada sekali suka hatiku akan engkau bersuamikan akan Daud yang keji rupanya itu kerana engkau baik rupamu di hatiku ini. Akan engkau hendak kupersuamikan sama raja kerana kaya raja pada segala bani Israil ini dapat aku melakukan barang kehendakku. Hai anakku, mahulah engkau menurut biacaraku supaya Daud itu kubunuh”. Maka kata anak Tholut “Mana bicara bapa hamba turuti”. Maka kata Tholut “Jika demikian beri aku tahu di mana tempatnya tidur” maka kata anaknya “Ia tidur bersama-sama dengan hamba di atas geta”. Maka Tholut “Hai anakku, apabila hari malam hendaklah engkau jauhkan dirimu daripadanya supaya aku membunuh dia” maka kata anaknya “Baiklah”.

Maka isteri Daud pun pulanglah ke rumahnya maka oleh anak Tholut perempuan yang berbahagia itu segala hal ehwal bicaranya bapanya itu semuanya di katakan pada Daud. Maka kata Daud “Baiklah, aku tahu jua” maka di suruh oleh Daud ambil sebuah buyung maka di isi tuak beri penuh buyung itu. Maka di letakkannya pada tempat tidurnya maka di selimutinya dengan kain putih. Maka Daud dan isterinya Daud itu pada tempat lain melihat kelakuan itu. Setelah lalulah tengah malam maka Tholut pun datang ke rumah Daud maka di lihatnya buyung itu maka sangkanya “Daudkah tidur itu di atas katil itu”. Maka di hunus pedangnya lalu di tetaknya buyung itu penggal dua maka tuak di dalam buyung itupun habislah tumpah maka kata Tholut “Lihat Daud ini minum tuak ia” maka katanya “Puaslah hatiku Daud sudah mati”. Maka Daud dan isterinya pun tersenyum melihat kelakuan Tholut itu maka Tholut pun kembalilah kerumahnya.

Setelah sianglah hari maka Daud pun datang kepada Tholut seperti adatnya sedia kala maka di lihatnya Tholut akan Daud hidup gementarlah anggotanya hairan tercengang akan pekerjaan itu. Maka Tholut pun takut akan membunun dia maka di suruhnya sedia kala orang berkawal terlalu kuasa dan Tholut sediakala hendak membunuh Daud juga. Pada suatu malam maka Daud berjalan lalu ia masuk ke dalam rumah Tholut maka segala orang yang berkawal pun semuanya habis tidur. Seorang pun tiada tahu akan Daud masuk dengan takdir Allaha Taa’laya maka di ambil Daud akan dia akan bekas air sembahyang Tholut di bawanya pulang kerumahnya. Pagi-pagi ketika subuh maka Tholut pun hendak mengambil air sembahyang maka di carinya kendinya tiadalah di perolehnya. Maka tahulah Tholut “Tiadalah orang lain mengambil kendiku ini melainkan Daud juga” maka makin sangatlah bertambah-tambah takut Tholut akan Daud. Maka suruhnya orang berkawal lima lapisan diwala penuh dengan orang bertunggu sentiasa siang malam. Bahawa akan Daud itu di carinya hendak di bunuhnya tiada di beri tahu.

Maka Daud pun senantiasa berbuat ibadat dengan tujuh puluh kaum bani Israil yang zuhud sertanya itu seperti tersebut. Dahulu kala Daud mengadap Tholut pun makin bertambah takut hatinya akan Daud tetapi akan Daud dipelihara Allaha Taa’laya tiada dapat di pengapakan oleh Tholut. Maka kata “Bahawa aku sekali-kali tidak suka akan Daud duduk dengan anakku itu kerana anakku baik rupanya akan Daud tiada baik rupanya lagi miskin”. Maka sediakala apabila malam di suruhnya cari Daud pada orangnya berjalan segenap malam pada segenap tempat tiada bertemu. Maka Daud pun malam itu masuk ke rumah Tholut maka Tholut lagi tidur maka oleh Daud di ambilnya anak panah Tholut dari dalam terkasnya tiga biji. Maka di hantarkannya anak panah itu pada leher Tholut sebiji dan pada dadanya satu dan pada kakinya satu dan janggut Tholut pun sebelah di cukurnya oleh Daud kerana janggutnya panjang lagi baik. Maka Daud pun kembalilah ke rumahnya lalu di bawanya isterinya pindah ke atas bukit.

Tholut pun terjagalah daripada tidurnya melihat anak panah pada lehernya dan pada dadanya dan pada kakinya. Maka di sapunya mukanya maka di rasanya janggutnya sebelah tiada. Maka Tholut pun tahulah “Bahawa Daudlah yang berbuat pekerjaan ini akan daku” maka Tholut pun terlalu amat marah akan Daud maka Tholut pun menyuruh mencari Daud pada segenap tempat tiada juga bertemu. Adapun Daud itu masygul dengan kebaktian dan ibadatnya kepada Allaha Taa’laya maka Daud hantarkan orang kepada Tholut “Ahawa raja, bahawa akan Daud dengan tujuh puluh orang bani Israil berbuat ibadat di atas bukit. Jika ia meminta doa akan dikau nescaya binasa juga dikau olehnya”.  Maka akan Tholut bersegera dengan segala tenteranya pergi ke bawah bukit tempat Daud berbuat ibadat. Katanya “Esok harilah engkau membunuh segala orang yang berbuat ibadat itu” maka datang pada petang hari maka di perangilah orang itu apabila hari malam. Maka ia sekelian berhenti tidur lalu mimpi bahawa perangnya itu tiada akan dapat melawan. Maka oleh Daud di ambilnya arang maka di suratnya pada diwala itu demikian bunyinya “Hai Tholut jika perang itu kalau terkena engkau dengan batu nescaya masuk ke dalam perutmu engkau pengapakan kepada perutmu apa dayamu menyalahkan dia. Baiklah engkau kembali engkau ubahlah pekertimu itu. Jangan engkau membunuh segala zuhud itu. Bahawa tiada akan baik kau peroleh di dalam dunia dan dalam akhirat pun”.

Hataya waktu pagi-pagi hari maka Tholut pun bangun daripada tidurnya maka di lihatnya pada diwala itu tersurat khotho Daud. Maka di bacanya surat itu maka makin sangat marahnya akan Daud maka di carinya akan Daud tiada bertemu maka Tholut pun kembalilah akan Daud sediakala dengan adatnya juga. Akan Tholut marah juga akan Daud maka di suruhnya beberapa orang hulubalang membawa rakyat. Katanya “Pergilah kamu ke atas bukit itu bunuh oleh kamu Daud dan barang yang sertanya berbuat ibadat itupun bunuh oleh kamu” tetapi Tholut tiada pergi hanya hulubalang juga di suruh. Maka pergilah orang itu membunuh sekelian yang berbuat ibadat itu maka zuhud yang tujuh puluh itupun habis di bunuhnya. Adapun Daud pada ketika itu tiada di sana maka kedengaranlah sudah akan Daud itu tiada pada orang banyak itu. Maka kata Tholut “Barang engkau di maksudkan tiada kuperoleh membunuh segala zuhud itu”.

Maka di suruhnya orangnya memanggil Daud di suruhnya katanya Daud “Bahawa engkau di panggil Tholut ia meminta ampun kepadamu dan setengah kerajaan negerinya itupun di berikan kepadamu dan barang pekerjaanmu pun di tolongnya dan engkau di panggilnya ini pergi perang a‘za”. Setelah sampailah segala kata Tholut itu kepada Daud maka kata Daud “Katakan kepada Tholut bahawa besar segala dosanya di perbuatnya. Beberapa mukmin yang zuhud di bunuhnya dengan tiada dosanya terzalimlah matinya itu sekelian mereka itu dan akupun hendak di bunuhnya tiadalah di beri Allaha akan mendatangkan tangannya dan senjatanya ke atasku dan aku tiada turun dari atas bukit ini dan bahawasanya suruhlah Tholut itu minta ampun kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya supaya Kabul a’zanya”. Setelah Tholut mendengar kata Daud demikian itu maka kata Tholut “Haruslah kita bersegera akan pergi a’za” maka Tholut pun pergi a’za maka lalu ia syahid.

Setelah Tholut sudah mati maka Daud pun turun dari atas bukit,  Jibril pun datang kepada Daud mengatakan “Hai Daud, bahawa akan sabarmu itu tiga perkara di kurnia Allaha mukjizat akan dikau. Suatu amat baik suaramu bunyinya di dengar oleh orang ia membaca Taurat itu. Air hilir pun berhenti mendengar suaramu itu dan segala mergastua berdiam diri dan segala daun kayu hijau di pohonnya jadi kuning dan segala burung terbang pun jatuh mendengar suaramu seraya tasbih akan Allaha Taa’laya”. Laqowalaha Taa’laya Yaa Jabaala Awabaya Maa’ha Wa Al Thoyara Wa Al Naalaha Al Hadayada Ana Aa’mala Saabaghoata ertinya dan berkatalah dengan dia segala bukit di dalam bumi bahawa di dengar mengucap tasbih akan Allaha Taa’laya dan akan Daud itu anugerahi Allaha Taa’laya kitab Zabur akan dia. Bahawa dalamnya segala perkataannya yang ajaib-ajaib sekali maka di naikkan ia ke atas mimbar maka bacanya Zabur empat sangga dari kiri dan dari kanan dan dari hadapan dan dari belakang. Lantas suaranya kedengaran pada suatu kalimah di bacanya itu dengan tujuh ratus ragamnya di dengar orang.

Bermula kitab Zabur itu tiada di bawa Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail tetapi dengan ilham tuhan turunkan kepada Daud. Pada suatu qaul bahawa di dalam Zabur itu tiada amar dan nahaya dan tiada waad dan waa’yada melainkan puji-pujian akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya semata jua dan memberi nasihat akan segala hambanya yang terpilih jua. Dan suatu mukjizat lagi dianugerah Allaha Taa’laya akan Daud besi lemah lembut seperti lilin pada tangannya. Laqowalaha Taa’laya Wa Qodara Faya Al Sarada Wa Aa’malawaa Shoalahaa Anaya Bamaa Taa’malawana Bashoyara ertinya barangkala di jabat Daud besi itu maka di picit-picit di panjangkannya dirinya merasai tangan Daud itu seperti lilin akan berbuat zirah Daud ia namanya, harganya empat ratus dirham di jualnya. Itulah di beri Allaha Daud akan sedekahnya dan akan makanan a’yaalanya dan keluarganya.

Maka sehari datang Jibril, membawa firman Allaha Taa’laya “Ya Daud, kunjungilah Sadada anak A’ada, suruh ia membawa iman ke hadrat Allaha Taa’laya dan engkaulah akan nabi. Katakan kepada Sadada anak Aa’da bahawa seribu tahunlah hidupnya dan di himpunkannya perbendaharaannya dan di hantarkannya seribu tanda dan tubuhnya raja di ambilnya daripada seribu perempuan anak raja-raja. Bahawa firman tuhan alam “Sekelian nikmat itu daripada aku juga anugerahkan dia dan katakan olehmu ya Daud suruh Sadada itu menyembah dan memuji tuhan yang esa supaya di anugerahkan akan dia kerajaan dengan nikmat dunia kekal selama-lamanya hingga datang kepada hari kiamat dan akhirat pun ia beroleh kerajaan aku beri akan dia terlebih daripada pekerjaannya itu ku beri”.

Adapun akan Sadada anak Aa’da itu di jadikan Allaha Taa’laya seorang raja yang amat besar kerajaannya dari Masyrik lagi Maghrib dengan tujuh ratus hulubalang yang ratanya senantiasa. Bahawa ia ini daripada anak cucu Saama abana Nuh A’layaha Al Salama di sebutkan tuhan di dalam Qoraana yang maha mulia dengan lafaz Qosama Laqowalaha Taa’laya Wa Al Fajara. Wa Layaala A’shara. Wa Al Shafaa’ Wa Al Awatara. Wa Al Layala Azaa Bashara Hala Faya Falaka Qosama Lazaya Hajara. Alama Tara Kayafa Faa’la Rabaka Ba A’ada. Arama Azaata Al A’maada. Alataya Lama Yakholaqo Matsalaha Faya Al Balaada ertinya adapun yang dikatakan sepuluh hari itu sepuluh haribulan dua Al Hahata atau yang di katakan tuhan demi sepuluh malam itu dan pada suatu makna sepuluh orang sahabat nabi yang serta dengan nabi bawah pohon kayu bersembahkan kata ini firmannya “Bahawa kami tiada jua ya Mahamada akan Sadada anak A’ada itu apa di perbuatnya di dalam dunia dan di atas bumi segala yang di perbuatnya seorangpun tiadalah dapat berbuat dia dan segala yang di lakukan itu tiadalah siapalah melakukan dia”.

Maka singgah nabi Allaha Daud datang kepada Sadada anak A’ada hendak membawa dia kepada jalan yang esakan Allaha Taa’laya. Maka suruhnya nabi Allaha Daud ia mengucap Laa Alaha Alaa Allaha bahawa demikian kata nabi Allaha Daud “Ya Sadada sebut olehmu bahawa Allaha Taa’laya itu tuhan yang esa dan akulah Daud yang sebenarnya nabi. Jikalau engkau sebutkan seperti yang kusuruh ini bahawa di anugerahkan Allaha Taa’laya akan engkau segala kerajaan dunia datang kepada hari kiamat dan tiada terkira-kira dan tiada terbicara engkau beroleh anugerah tuhan alam”. Maka kata Sadada “Hai Daud, aku tiada berkehendak akan anugerah tuhanmu dan syurga tuhanmu itu dan tiada ku berkehendak pada seorang juapun dan barang siapa hendak akan syurga aku berbuat dia supaya di ketahui segala orang bahawa syurga ada di dalam tanganku. Bahawa aku tiada berkehendak akan syurga tuhanmu itu.”

Bahawa akan Sadada itu terlalu ajaib segala perbuatannya tahta kedua di pekannya dan segala raja benua Rom dan Turki dan Cina dan Hindi sekelian mereka itu temasya melihat benua Damsyik di sebutkan Allaha Taa’laya di dalam Qoraana yang maha mulia itu Laqowalaha Taa’laya Wa Awa Yanaa Hamaa Alaya Rabawata Zaata Qoraara Wa Maa’yana dan Qoraana demikian apabila sampai Sadada ke benua Damsyik maka di suruhnya panggil segala utas dan segala orang yang tahu bekerja bahawa di suruhnya cari bumi yang kering lagi rata. Katanya “Aku hendak berbuat tempat tanaman seperti syurga itu kerana Samaa’wana itu ada ia melihat empat puluh persangga daripada hadapan daripada bumi A’rab”. Maka katanya “Marilah perbuat pada bumi ini maka suruhnya seratus pengawal dan pada seorang seribu sertanya orang yang tahu bekerja dan beberapa ratus orang mengambil upahnya sekira-kira tiga keti banyaknya bekerja itu semuanya. Kelakian bumi itu pun di suruhnya siram dengan air maka beberapa tempat di suruhnya gali tanah itu di buangkan keluar. Maka di suruhnya tambak dengan batu dan di perbuatnya mata air maka terbitlah itu mengalir.

Maka di suruhnya keluarkan daripada perbendaharaan emas dan perak dan permata di suruhnya bawa kepada bumi itu di berikan diwala daripada batu emas dan batu perak dan di tatahkan ratna mutu manikam datang kepada tiga ratus tahun lamanya bekerja itu di perbuatnya surat tanamannya pelbagai bunga dan pelbagai berwarna buahnya dan tiadalah terperikan baik perbuatannya dalam seribu mahligai. Tanam-tanaman di ikatnya dan di salutnya batangnya dan dahannya dan rantingnya dengan emas dan suasa dan perak dan tanahnya pun di tambak dengan emas dan perak dan bahawa di atas emas dan perak itu di bubuhnya ambar dan kasturi dan nawarastu dan tengah bumi itu di perbuatnya sebuah mahligai maha besar dengan selengkapnya. Akan tiang mahligai itu daripada zamrud dan empat ratus banyaknya seperti perbuatan tuhan alam. Laqowalaha Taa’laya Arama Zaata Al A’maada. Alataya Lama Yakholaqo Matsalahaa Faya Al Balaada firman tuhan tiada siapa berbuat seperti perbuatan Sadada anak A’ada.

Maka di suruhnya tanam pohon kayu emas dan perak dan daunnya daripada zabarjad yang hijau dan buahnya daripada intan dan mutiara pelbagai rupanya dan warnanya. Maka di ambilnya kasturi dan ambar dan zafran di campurkannya ketiganya maka di tuangkannya pada segala tanam-tanaman itu. Memecahlah laut tanamannya itu perbuatannya itu empat sungai yang mengalir airnya suatu sungai daripada susu, suatu sungai daripada air madu dan suatu sungai daripada khamar airnya terlalu hening dan suatu sungai daripada air zanjabil yang amat lazat hebat rasanya diperbuatnya berkeliling tanaman itu diwala itu tiga ratus kaza tingginya daripada batu emas dan batu perak. Maka berkeliling diwala itu empat halaman dan tepi halaman itu tanamnya delima maka antara diwala dan tanaman itu di gantungnya beberapa ribu burung dengan sangkarannya daripada emas dan perak bermata mutu manikam.

Maka pada halaman medan segenap balai itu di atur makanan pelbagai rasanya dan warnanya dan semerbak baunya dan jenis makanan itu tiada serupa dan sebagainya. Maka datanglah kepada tiga ratus tahun di perbuatnya maka sudahlah tanaman itu beberapa bagai-bagai perbuatannya dan berbagai-bagai perusahaannya dan daripada seribu suku suatu suku pun tiada di ceritakan di dalam kisah ini. Segala perbuatan tanaman Sadada anak A’ada itu tiadalah jemu mata manusia memandang segala perbuatan tanaman itu terlalu sangat indahnya itu dengan beberapa ribu perbendaharaan di taruhnya di dalam taman itu. Apabila sudahlah di perbuatnya tanaman itu maka di wartakan orang anak A’ada “Hai raja barang yang kautitahkan itu sudahlah kami kerjakan” maka Sadada pun berangkat daripada mahligainya pergi melihat tanaman itu.

Maka Sadada abana A’ada daripada jalan padang Damsyik di suruhnya bawa segala anak-anak dara teruna daripada segala negeri di suruhnya diam di dalam taman itu. Maka Sadada pun berjalanlah dengan dua ratus ribu maka kata Sadada “Hai sekelian kamu, marilah kita masuk melihat temasya ke dalam taman itu. Kamu sekelian makanlah segala buah-buahan dan bermainlah kita di dalamnya”. Setelah hampirlah Sadada ke pintu tanaman itu maka tiba-tiba di lihat Sadada seorang besar panjang berdiri di hadapannya. Maka Sadada pun terkejut serta dengan takutnya maka gementarlah segala anggotanya daripada sangat takutnya. Maka kata Sadada “Siapa engkau ini” maka sahut orang itu “Akulah raja mati dan akulah raja yang di titahkan tuhanku akan mengambil segala nyawa hambanya”. Maka kata Sadada “Hai malaikat maut, nantikan apa aku hendak melihat tanamanku” maka kata malaikat maut “Tiada demikian firman tuhanku kepadaku. Barang mana engkau bertemu dengan Sadada di sanalah ambil nyawanya”. Maka tatkala baharu melangkah Sadada kakinya kanan terletak pada tanah syurga dan pada kaki kirinya lagi di luar maka di ambil malaikat maut nyawanya itu.

Bermula segala hamba sahayanya Sadada yang sudan masuk dan setengah lagi di luar. Maka di dengarnya orang itu suara gempita maka bahawa semuanya kaum Sadasa itu habis terkejut lalu mati kesemuanya seorang pun tiada tinggal. Apabila Sadada anak A’ada sudah mati Jibril pun datang kepada nabi Allaha Daud “Bahawa sudahlah di binasakan tuhannya yang maha tinggi seterunya itu. Bahawa akan harta Sadada anak A’ada itu kepadamulah di serahkan tuhan alam engkau di rajakan tuhan pada antara orang banyak itu dengan sebenar hukum itu hukumkanlah” firmannya di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Wa Shadadanaa Malakaha Wa Atayanaaha Al Hakamata Wa Fashola Al Khothoaba ertinya firman tuhan “Ya Daud, kerajaan Sadada anak A’ada itu pada mula-mula kuserahkan dan kuanugerahkan engkau hikmat daripada hari inilah engkau kerjakan. Hukumkanlah olen engkau segala makhluk yang teraniaya dan jangan engkau ikut hawa nafsumu pada menganiaya orang dan jangan engkau mengikut nafsu ayaitan dan nafsu amarah itu lah nafsu syaitan.

Laqowalaha Taa’laya Yaa Daawada Anaa Jaa’lanaaka kholayafata Faya Al Aradho Faahakama Bayana Al Naasa Ba Al Haqo Wa Laa Tatabaa’ Al Hawaya Fayadholaka A’na Sabayala Allaha maka akan Daud pada sehari umurnya di bahagi tiga maka pagi-pagi kerajaannya menghukumkan orang. Kedua bahagi kerajaannya berbuat ibadat kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya dan pada ketiga bahagi ia bersuka-sukaan dengan isterinya inilah kerajaan tiada lain. Maka pada sehari Daud pergi ke mihrab serta segala zuhud yang banyak itu membaca firman Allaha Taa’laya pada hari yang lain Daud duduk bicara di dalam hatinya  “Bahawa akan segala nabi yang dahulu daripada aku ini ada juga keturunan bala bahawa Allaha Taa’laya mencuba mereka itu dengan suatu bala. Bahawa akan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama di dalam syurga di keluarkan datang ke dalam dunia dan akan bala nabi Allaha Nuh itu di atas bahteranya kena taufan akan kaumnya pun di binasakan Allaha Taa’laya. Bahawa nabi Allaha Hud pun kaumnya di binasakan angin bahawa akan nabi Allaha Sholeh pun kaumnya di binasakan dengan tempik Jibril A’layaha Al Salama.

Bahawa akan nabi Allaha Ibrahim pun akan balakan dia di buangkan Namrut ke dalam api dan kaumnya pun di binasakan dengan nyamuk dan setengah kaumnya di binasakan dengan lapar. Bahawa akan nabi Allaha Yaakub itu di balanya bercerai dengan anaknya nabi Allaha Yusuf senantiasa dengan percintaannya itu bahawa akan nabi Allaha Yusuf pun kena bala di buangkan saudaranya ke dalam telaga yang bernama Jaba dan di jualnya dan di penjarakan Malaka Qothofayara sebab Zulaikha tujuh tahun lamanya. Bahawa akan nabi Allaha Musa ia dengan segala kaumnya berlepas daripada seterunya Firaun A’layaha Laa’nata Allaha dan Firaun pun dengan segala kaumnya di tenggelamkan ke dalam sungai Nil. Adapun engkau itu belum datang lagi balanya itu bawakan segala mereka itu sampailah kepada darjat dengan sabarnya pada menahani hatinya ia menderita balanya itu”. 

Maka Jibril pun datang berkata-kata “Ya Daud bahawa Allaha Taa’laya menganugerahkan afiat dan sihat akan tuan hamba betapa pula tuan hamba menghendaki bala itu”. Tetapi akan datang juga cuba tuhan maka pada suatu hari Daud duduk di rumahnya dengan anak buahnya maka di lihatnya seekor burung terlalu baik rupanya dan warnanya terbang lalu ke dalam rumahnya berkeliling. Maka bunyi burung itu dengan merdunya tetapi akan burung itu dengan kudrat Allaha Taa’laya adalah akan seperti merak rupanya. Maka oleh Daud di ikutnya burung itu hendak di tangkapnya maka masuk burung itu ke dalam sebuah tamannya. Maka di ikut juga oleh Daud maka di lihat oleh Daud seorang perempuan di dalam taman itu membasuh kepalanya nama perempuan itu Batho. Telah di lihat bayang-bayang Daud maka oleh perempuan itu digerakkannya kepalanya maka rambutnya menutupi segala tubuhnya. Maka terpikat hati Daud akan perempuan itu maka di tanya Daud “Siapa perempuan itu” maka sahut seorang hambanya inilah perempuan yang bernama Batho. Maka kata Daud “Adakah bersuami” maka sahut orang itu “Orang yang hendak akan ia tetapi ia tiada redha belum lagi ia nikah dengan dia”.

Bahawa pada hukum Allaha Taa’laya barang sesiapa perempuan di kehendak oleh nabi tiadalah baginya umatnya mengambil dia. Daud pun duduk pada ketika itu hendak menyuruhkan orang perang A’ada maka Awarayaa itu di jadikan panglima laskar. Maka Awarayaa pun pergilah ke benua Rom maka peranglah ia pertama Awarayaa seorang datang ke medan menunjukkan dirinya. Maka Awarayaa pun sangatlah sukanya maka Awarayaa pun menjadikan panglima laskar akan gantinya maka Awarayaa pun syahidlah meninggalkan dunia. Kemudian maka laskar Asalama pun beroleh kemenangan dan terlalu banyak beroleh rampasan maka kembalilah ke Bayata Al Maqodasa. Maka kata segala laskar yang datang itu bahawa akan Awarayaa telah matilah ia. Maka oleh Daud di ambilnya Batho akan isterinya hataya maka beranak seorang bernama Sulaiman.

Maka pada suatu hari Daud duduk pada mihrab hendak sembahyang. Maka diwala mihrab itupun belahlah maka datang orang dua orang berlari daripada diwala mihrab yang belah itu datang duduk menghadap Daud mengadu akan halnya. Laqowalaha Taa’laya Wa Hala Ataaka Nabaa Al Khoshoma Aza Tasawarawaa Al Makhoraaba. Aza Dakholawaa A’laya Daawada Fafazaa’ Mana Hama Qoalawaa Laa Takhofa Khoshomaana Baghoya Baa’dhonaa A’laya Baa’dho Faahakama Bayanamaa Ba Al Haqo Wa Laa Tashathotho Wa Ahadanaa Alaya Sawaa Al Shoraatho. Ana Hazaa Akhoya Laha Tasaa’ Wa Tasaa’wana Naa’jata Walaya Naa’jata Wa Ahadata Faqoala Akafalanayahaa Wa A’zanaya Faya Al Khothoaaba. Qoala Laqoda Zholamaka Basawaala Naa’jataka Alaya Naa’jaha Wa Ana Katsayaraa Mana Al Kholathoa Laya Baghoya Baa’dho Hama A’laya Baa’dho. Bahawa Allaha Taa’laya memberitahu rasul di dalam Qoraana Ya Mahamada ketahui olehmu bahawa daripada mihrab Daud keluar dua orang datang kepada Daud. Maka Daud pun takut maka katanya “Hai khalifah, jangan tuan hamba takut. Bahawa kami ini berbantah datang kepada tuan hamba minta di hukumkan kerana kami dengan hukum yang sebenarnya. Bahawa kami ini sembilan puluh sembilan ekor kambing. Bahawa akan hamba hanya seekor juga kambing hamba yang seekor inilah yang di kehendakinya oleh orang yang empunya kambing sembilan puluh sembilan ekor itu.

Maka kata Daud “Jika kambing yang seekor itu di kehendakinya teraniayalah engkau olehnya”. Maka lawannya seorang itupun terseunyum ia dari jauh tiada di lihatnya oleh Daud kerana akan Daud tidak membicarakan hukum itu. Maka teringatlah Daud akan perbuatannya itu maka fikir di dalam hatinya “Bahawa aku juga yang berbuat demikian ini. Maka datanglah tempelak Allaha Taa’laya kepadaku. Bahawa akulah yang empunya isteri sembilan puluh sembilan itu. Bahawa akan Awarayaa itu seorang juga perempuan yang di kehendakinya maka itupun kuambil isteriku”. Maka di dalam kata itu di bicarakan Daud maka berseru-serulah Daud menangis dan sujud dia di hantarkannya kepalanya ke tanah daripada takutnya akan tuhannya. Maka mengalirlah air matanya berbangkit ia daripada tempatnya lalu ia pergi ke atas bukit Thursina. Telah sampailah ia ke sana maka sujudlah ia serta dengan tangis maka air matanya mengalir segenap tubuhnya dan pada suatu qaul bahawa akan air mata Daud yang keluar daripada matanya itu seperti dua buah buyung yang di tuangkan airnya tiada berputusan keluarnya. Demikianlah air matanya Daud bahawa daripada air matanya itu tumbuh rakhona amat lebat daunnya maka Daud tiada kelihatan terdinding oleh rumput itu.

Adapun akan Daud tatkala sujud ia empat puluh hari empat puluh malam tiada makan dan tiada minum. Lepas empat puluh hari maka Daud mengangkatkan kepalanya maka di lihatnya rumput itu daripada hijau jadi kuning oleh takut akan tuhannya jadi kering. Maka sekali lagi Daud berseru-seru maka cucur air matanya limpah datang kepada Daud lambungnya maka Daud pun mengadah ke langit katanya “Yaa Alahaya Arahamanaya Ba Rahamataka. Ya tuhanku rahmat akan daku dan air mataku ini”. Maka Jibril pun datang berkata “Ya Daud, hendaklah engkau perbaiki hari yang kufur buat akan dia itu”. Maka sembah Daud “Ya tuhanku, bahawa akan Awarayaa itu telah mati syahid ia akan hambamu juga lagi di dalam dunia ini. Betapa hambamu menyukakan hatinya maka firman “Ya Daud, pergilah engkau kepada kubur Awarayaa itu”. Maka berkata Daud “Ya Awarayaa, halalkanlah dosaku” maka keluar suara di dalan kubur Awarayaa itu “Tiada kuhalalkan dosa itu”.

Maka Jibril pun datang berkata “Ya Daud, demikian firman Tuhan kepadamu. Bahawa pada hari kiamatlah aku suruh halalkan dosamu kepada Awarayaa itu”. Maka tinggal perkataan itu atas Daud datang kepada hari kiamat suatu qaul di kata orang “Bahawa Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan sebuah mahligai di dalam syurga akan balas orang yang menghalalkan dosa samanya Asalama”. Maka di perlihatkan Allaha Taa’laya kepada Awarayaa mahligai itu maka sembah Awarayaa itu “Ya tuhanku mahligai ini siapa empunya dia”. Maka firman mahligai itu akan untung segala orang yang menghalalkan dosa orang di dalam kuburnya maka mahligai itu aku anugerahkan ia akan dia balas daripada tuhannya. Maka sembah Awarayaa “Ya tuhanku, bahawa hambamu halalkanlah dosa Daud itu yang doasanya kepada hambamu itu” maka firman Allaha Taa’laya “Ya Daud sudahlah di halalkan dosamu itu”. Maka kembalilah Daud daripada kubur Awarayaa itu naik ke bukit Thursina berbuat ibadat berapa puluh hari lamanya.

Maka nabi Allaha Daud pun turun daripada bukit Thursina maka segala bani Israil pun datang mendapatkan nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama. Katanya “Ya rasul Allaha, apa per dukacita itu maka nabi Allaha empat puluh hari empat puluh malam tiada merasa makan dan minum” maka kata Daud “Tahukah kamu bahawa jawab tuhan dan qasadnya datang kepadaku bahawa kukerjakan adakan menghukumkan segala makhluk dengan adil dan membayar segala hak orang dan meminta hak seseorang supaya jangan ia mengikut hawa nafsunya dan barang siapa melakukan kehendak kepada nafsunya bahawa dialah seksa azab yang amat pedih.”

Laqowalaha Taa’laya Ana Alazayana Yadholawana A’na Sabayala Allaha Lahama A’zaaba Shadayada Bamaa Nasawaa Yawama Al Hasaaba ertinya maka kata segala bani Israil “Ya rasul Allaha, apa upaya kita melupakan dosa itu” maka ujar nabi Allaha Daud “Taubat dan minta ampun kepada yang empunya hak. Maka dengan sangat-sangat takut kamu akan Allaha Taa’laya”. Maka Daud pun pergi ke Bayata Al Maqodasa tatkala langkahnya kanan di masukkannya ke Bayata Al Maqodasa maka menangislah dia. Maka Jibril turun membawa firman Allaha Taa’laya “Ya Daud, bahawa Allaha Taa’laya mengampuni dosanya” seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Faaghofaranaa Laha Zalaka Wa Ana Laha A’nadanaa Lazalafaya Wa Hasana Maaba ertinya firman “Ya Daud, bahawa kuampun doasamu dan kuperkenankan taubatmu kerana barang siapa yang meminta kepadaku nescaya kuberi juga. Maka akan sekarang pun maka barang siapa meminta kepada Allaha Taa’laya berlaku juga kehendaknya di penuh Allaha Taa’laya dan barang siapa meminta ampun kepada Allaha Taa’laya bahawa di ampuni Allaha Taa’laya jua dosanya”. Maka firman datang “Ya Daud, sekarang duduklah engkau menghukumkan segala makhluk maka di hukumkan Daudlah dengan hukum yang sebenarnya.

Maka pada suatu hari datang dua kehadapan Daud seorang namanya Jalaaba akan dia banyak kambing dan seorang namanya Dahaqoana ialah yang empunya tanaman. Maka Dahaqoana itulah mendengar Jalaaba maka kata Dahaqoana “Ya nabi Allaha bahawa kambing Jalaaba ini berbinasa tanaman kita segala dengan segala buahnya pun habis dimakannya”. Maka ujar Daud “Pergilah kamu bilang berapa yang di makan oleh kambing Jalaaba” dan akan di padanya itu suruh Daud beri pada Jalaaba sepuluh ekor kambing. Maka Jaalaba pun keluar dengan tangis maka datang Sulaiman. Maka tatkala itu umur Sulaiman baharu tujuh tahun.

Setelah di lihatnya hal Jalaaba itu menangis maka kata Sulaiman “Hai Jalaaba, mengapa maka engkau menangis”. Maka kata Jalaaba “Bahawa ayahanda menghukumkan aku kerana kambingku makan tanaman Dahaqoana. Maka sepuluh ekor kambingku di berikan Dahaqoana telah ku perkenanlah hukum itu tetapi terhantarlah aku dengan kasihanku”. Maka kata Sulaiman “Hai Jalaaba, katakan kepadaku segala halmu dengan Dahaqoana yang telah lalu itu” maka di katakan Jalaabalah semuanya hal itu keoada Sulaiman. Maka Sulaiman pun menyuruh berkata kepada ayahnya nabi Allaha Daud “Ya khalifah tuhan yang maha mulia, baik di kembalikan kambing Jalaaba dengan cara yang baik supaya kebajikan di peroleh”. Maka kata Daud “Siapa menyuruh mengembalikan kambingnya ini” maka kata Jalaaba “Anakanda Sulaiman” maka di suruh Daud panggil Sulaiman.

Setelah datang Sulaiman maka ujar Daud “Mengapa maka engkau menyuruh kembalikan kambing Jalaaba itu kerana aku hukumkan dia”. Maka ujar Sulaiman “Ya khalifah Allaha, baik di bicarakan baik-baik kerja ini supaya jangan binasa” seperti yang tersebut di dalam Laqowalaha Taa’laya Wa Daawada Wa Salayamaana Aza Yahakamaana Faya Al Haratsa Aza Nafashata Fayaha Ghonama Al Qowama Wa Kanaa Lahakama Hama Shaahadayana ertinya maka kata Daud “Ya sulaiman, betapa hendaknya padamu hukum ini”. Maka kata Sulaiman “Hai bapa, bahawa akan tanaman Dahaqoana itu sungguhpun ia di makan kambing sungguhnya buahnya dan daunnya juga akan pohonnya tiada binasa. Adapun juga di ambil hak seorang maka di berikan pada seorang hadiahlah ia seorang kasihan yang benar itu. Tuan hamba berkata suruh perbaiki tanaman Dahaqoana itu dalam sanahan sekira-kira berbuahlah tanaman itu kembali seperti dahulu maka serahkanlah kepada Dahaqoana tanamannya itu”.

Adapun akan Sulaiman di suruh Jalaaba memelihara tanaman itu akan segala kambing Jalaaba itu Dahaqoanalah mengambil suatu. Apabila tanaman Dahaqoana sudah baik maka di kembalikan Jalaaba kepada Dahaqoana maka tiadalah ia menjadi kasihan. Maka ujar Daud “Ya Sulaiman, bahawa Allaha Taa’laya yang anugerahkan dia bicara akan dikau” seperti tersebut di dalam Qoraana Al A’zhoyama memuji Sulaiman Laqowalaha Taa’laya Fafahamanaa Haa Salayamaana Wa Kalaa Atayanaa Hakamaa Wa A’lamaa ertinya perkenankan Allah Taa’laya doa nabi Allaha Daud akan anaknya Sulaiman maka di anugerah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Sulaiman ilmu dan hikmat. Bermula akan Jalaaba pun terlalu sukacitalah akan hukum itu maka daripada hari itulah barang kala Daud menghukumkan orang maka anaknya Sulaiman pun ada hadir sebelah kanan. Apabila Daud menghukumkan maka di lihatnya jika benar di perbenarkanlah.

Maka suatu hari datang perempuan tua kepada nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama ia berbantah dengan kata perempuan tua itu “Ya khalifah Allaha, bahawa aku seorang perempuan yang dhoif menjunjung bakul tepung hendak ku bawa ke rumahku datang angin di tiupnya tepung itu habis terbang daripada bakul hamba. Tiadalah apa hamba bawa pulang ke rumah hamba hendaklah nabi Allaha hukumkan hak hamba itu”. Maka ujar nabi Allaha Daud “Hai perempuan, akulah memberikan engkau segala tepung kerana tiada dapat aku menghukumkan angina”. Maka di beri nabi Allaha Daud segala tepung akan dia di suruhnya bawa pulang ke rumahnya maka tatkala keluar perempuan tua itu daripada majlis nabi Allaha Daud datang kepada Sulaiman. Maka kata Sulaiman “Perempuan tua apa pekerjaanmu maka engkau pergi ke hadapan khalifah Allaha itu” maka di katakannyalah segala dakwanya itu kepada Sulaiman. Maka ujar Sulaiman “Hai perempan tua, kembalilah engkau dahulu kepada khalifah Allaha berkatalah engkau Ya khalifah Allaha bahawa aku hendakkan hukum Allaha yang sebenarnya pada dakwaku ini. Bahawa ku berkehendak kepada anugerah mu ini”.

Setelah datanglah kepada nabi Allaha Daud dan barang yang di kata Sulaiman itu semuanya di katakan kepada nabi Allaha Daud. Maka ujar Daud “Sepuluh kali bakul lagi kuberi akan dikau tepung bahawa tiada dapat menghukumkan engkau” maka perempuan tua itupun ia keluar daripada majilis khalifah itu datang ia kepada Sulaiman. Maka ujar Sulaiman “Betapa pekerjaanmu itu” maka kata perempuan tua itu “Inilah yang diberi khalifah Allaha akan hamba sepuluh bakul tepung” maka ujar Sulaiman “Kembalikan olehmu tepung itu katakan engkau hendakkan hukum jua tiada engkau hendak akan anugerahmu”. Maka perempuan itupun kembalilah pula kepada nabi Allana Daud maka di katakannya seperti kata Sulaiman maka ujar Daud “Siapa menyuruh engkau mengembalikan” maka lalu di suruh oleh nabi Allaha Daud panggil Sulaiman.

Setelah datang Sulaiman maka kata Daud “Ya anakku, bahawa akan daku tiada dapat menghukumkan angin itu” maka sahut Sulaiman “Ya tuan hamba, pinta doa tuan hamba kepada tuhan yang maha tinggi menitahkan angin itu mari kehadapan ayahanda supaya dapat ayahanda bertanya kepada angin itu kerana angin itupun makhluk sebagai kita juga di jadikan Allaha Taa’laya jua dia”. Maka Daud pun minta doalah kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya serta Sulaiman mengucap Amayana maka Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menitahkan angin itu datang kepada nabi Allaha Daud. Maka nabi Allaha Daud pun bertanya kepada suatu qaul angin itu angin Utara maka kata nabi Allaha Daud “Hai angin, apa sebabnya maka engkau tiupkan segala tepung itu daripada atas kepala perempuan itu. Maka akan sekarang hendaklah kembalikan tepung perempuan itu”. Maka sahut angin itu “Ya nabi Allaha, bahawa sekali-kali tiada dengan sekehendak hamba meniupkan tepung perempuan itu melainkan dengan izin Allaha Taa’laya jua maka dapat hamba meniupkan tepung perempuan itu”.

Maka kata nabi Allaha Daud “Apa perinya itu” maka kata angin “Ya nabi Allaha, ketahui oleh tuan hamba di dalam laut itu ada sebuah kapal pasak maka orang di dalam kapal itu pun haru biru hampirlah akan tenggelam dan banyak harta di dalam kapal itu. Maka minta doalah orang itu kepada Allaha Taa’laya demikian doanya juga selamatkan Allaha Taa’laya kapalku ini daripada karam bahawa aku keluarkan hartaku ini yang di dalam kapal ini sepuluh emas. Maka dengan firman Allaha Taa’laya mintakan hamba meniupkan tepung yang di dalam bakul yang di junjung olen perempuan tua itu. Maka hamba bawalah tepung itu maka hamba tutupkan pasuk kapal itu maka selamatlah kapal itu dengan segala isinya. Adapun akan kapal itu tiga hari lagi sampailah kepada tuan hamba”.

Setelah genaplah tiga hari maka kapal itupun sampailah kepada nabi Allaha Daud maka segala orang yang isi kapal itu semuanya datang kepada nabi Allaha Daud serta menyatakan doanya tatkala hendak karam kapalnya itu di dalam laut serta ia hendak mengeluarkan hartanya yang di dalam kapal itu. maka kata Daud “Sebaik-baiknyalah seperti cerita tuan itu kerana tatkala tuan akan karam itu maka oleh seorang perempuan tua membawa segala tepung. Maka di bawanya pergi tutupkan kapal tuan yang pasuk itu maka lepaslah segala kapal itu maka sekarang ini hendaklah tuan-tuan keluarkan yang seperti kata tuan-tuan itu berikan orang tua perempuan itu. Jikalau tuan tiada percaya akan kata hamba hendaklah tuan-tuan pergi melihat pada kapal tuan-tuan pasaknya itu”. Maka segala orang kapal itupun pergi ia melihat kapalnya yang pasak itu di lihatnya sesungguhnyalah seperti kata nabi Allaha Daud itu adalah bawah itu kapal yang pasak itu maka sekarang kapal itupun mengeluarkan segala hartanya hendak di berikan akan perempuan tua itu dengan ikhlas hatinya hendak memberikan hartanya itu.

Maka kata nabi Allaha Daud “Hai perempuan tua, ambillah segala hartanya ini akan dikau” maka Sulaiman pun berkata “Ya perempuan tua, apa kebaktian mu kepada Allaha Taa’laya maka harta yang amat banyak di anugerahkan Allaha Taa’laya di dalam dunia kemuliaan ini”. Maka kata perempuan tua itu “Aku tiada tahu buat ibadat ada pada suatu hari aku berjalan maka bertemu dengan seorang lapar ada padaku sebuah apam hendakku makan maka di pintanya kepadaku maka kuberi akan dia. Setelah habis di makan kesemuanya apam itu maka katanya belum aku kenyang oleh apam satu ini maka kata hamba kepadanya mari engkau ke rumahku keluar ada anak cucuku bermasak apam. Sungguhpun berkata demikian itu di dalam hatiku kalau-kalau tiada anak cucuku bermasak tiadalah sampai seperti janji hamba dengan dia. Maka adalah dirham hamba itu tujuh puluh hamba taruh jikalau tiada boleh apam maka dirham yang tujuh puluh hamba taruh itu hamba berikan ia”. Maka Jibril pun datang kepada nabi Allaha Daud demikian kata Jibril “Ya nabi Allaha di dalam dunia ini miskin memberi Allaha Taa’laya akan dia di dalam akhirat tujuh kian lagi di anugerahkan tuhan akan dia” demi di dengar nabi Allaha Daud kata Jibril demikian maka kata nabi Allaha Daud “Hai perempuan tua ambillah harta ini halal kepadamu lagi suci adanya”.

Adapun pada sehari itu segala bani Israil berhimpun berkata-kata “Ya khalifah Allaha, suatu kami pinta Zabur engkau bacakan kiranya supaya kami mendengar dia” maka kata nabi Allaha Daud “Berhimpunlah engkau segala bani Israil supaya kubacakan Zabur di hadapan mereka itun sekelian”. Setelah itu maka segala kaum bani Israil pun berhimpunlah semuanya maka nabi Allaha Daud pun naiklah ke atas minbar memuji Allaha A’za Wa Jala dengan beberapa ayat di bacanya di dalam Zabur itu. Maka di dengar oleh segala makhluk dengan tujuh puluh bagai bunyinya suara nabi Allaha Daud maka suatu suatu bagai ayat itu terlalu merdu di dengar orang empat ribu anak dara yang mati mendengar suara nabi Allaha Daud.

Maka kata Sulaiman “Ya khalifah Allaha, segala makhluk merasai lazat merdu suara khalifah Allaha binasalah hatinya” maka di lihat oleh nabi Allaha empat ribu anak dara yang mati dan segala laki-laki dan perempuan yang muda-muda habislah mati. Maka perempuan yang tua-tua pun habislah rebah melainkan yang tua-tua juga yang dapat menahan dirinya. Maka sekeliannya itu apabila di dengarnya bunyi Zabur di bacanya nabi Allaha Daud itu merasalah ia oleh mendengar lazat suara itu dan beberapa burung yang terbang jatuh ke tanah dan segala daun kayu pun habis luruh daripada rantingnya dan air itupun berhenti mendengarkan suara nabi Allaha Daud.

Maka kemudian dari itu adalah pada suatu hari maka datanglah bani Israil ke hadapan nabi Allaha Daud. Maka kata mereka itu “Ya khalifah Allaha, hendaklah tuan hamba tunjukkan kami hukum hari kiamat itu hendak lihat di dalam dunia ini” maka kata nabi Allaha Daud “Nantilah oleh kamu tiga hari lagi di tunjukkan kepada kamu sekelian”. Maka setelah di dengarnyalah mereka itu sekelian kata nabi Allaha Daud demikian mereka itupun kembalilah kepada tempatnya. Maka ada seorang penghulu bani Israil itu terlalu kaya bahawa seorang pun tiadalah daripadanya dan terlalu banyak ia menaruh unta dan kuda dan lembu dan keldai.
Bahawa dia memilik kambing dan barang yang ada warna lembu dalam dunia ini adalah kepadanya. Adapun ada seekor lembu ada padanya terlalu sangat baik rupanya tiadalah ada sebagainya lembu di dalam dunia ini seperti warna lembu itu. Jikalau barang kemana ia pergi lembu itu di bawanya serta tiada pernah di tinggalkannya maka segala kaum bani Israil itupun datanglah mari melihatkan rupa lembu maka mereka itupun terlalu sukacita oleh melihat lembu yang baik rupanya. Adapun akan tanduknya lembu itu di salutnya dengan emas sepuluh mutu serta di tatahkannya dengan permata puadi manikam dan beberapa pun pakaian lembu itu di perbuat oleh saudagar itu maka di dalam banyak-banyak kaum bani Israil ialah yang lebih kaya lagi tiada siapa pun boleh melampaukan katanya itu. Maka tatkala di hadapan orang banyak itu ia berkata “Jikalau kiranya barang siapa melukakan lembuku ini aku perlu balas pula jikalau di bunuhnya lembuku ini ialah kubunuh pula” seraya saudagar itu berkata demikian sekelian orang pun takutlah. Jikalau  barang ke mana ia pergi pun tiadalah siapa menewaskan dia.

Pada masa itu ada seorang perempuan daripada bani Israil darwis lagi zuhud seorang anaknya lelaki baligh lagi zuhud diam di dalam hutan Bayata Al Maqodasa itu berbuat suatu tempat berbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya. Adapun akan tempat itu terbit mata air di sisi maka adapun sepohon delima di hadapan menaranya itu. Maka pada sehari delima itu berbuah dua biji maka oleh perempuan itu akan delima itu di berikannya akan anaknya sebiji dan akan dirinya sebiji. Demikianlah sehari rezekinya dua buah delima itu di makannya maka pada suatu hari itu berkata anaknya “Nikmatnya aku hendak melihat dia” maka kata ibunya “Hai anakku dan cahaya mataku dan buah hatiku anakku padakanlah sekadar nikmat yang sudah di kurniakan Allah kita ini supaya jangan hilang anugerah tuhan seru sekelian alam daripada kita”. Maka kata anaknya “Hai ibuku pada sehari ini tiadalah pada aku buah delima ini” setelah demikian kata anaknya itu maka pohon delima itupun lenyaplah daripada orang dua beranak itu. Maka kata ibunya “Telah tiada engkau syukurkan anugerah tuhan yang maha tinggi maka hilanglah nikmat itu daripada kita” maka kedua beranak terlalulah laparnya daripada sehari itu datang kepada sehari yang lain pun tiada juga di perolehnya rezeki hingga datanglah kepada tiga hari tiada juga mereka itulah seperti akan matilah pada rasanya.

Adapun akan anaknya itu tiadalah tertahan laparnya maka berkata anaknya kepada ibunya “Ya ibuku minta doalah ia kepada tuhan alam supaya di anugerah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya makanan yang halal akan kita kedua. Taubatlah aku daripada memada akan anugerah tuhan itu”. Demi ibunya mendengarkan kata anaknya itu maka ibunya pun minta doa memohonkan rezekinya yang halal maka anaknya pun mengucapkan Amayana. Maka pada ketika itu datanglah seekor lembu yang amat baik rupanya terdiri di hadapan orang dua beranak itu serta katanya “Hai perempuan tua, bahwa akulah rezekimu yang halal”. Maka kata ibunya kepada anaknya “Hai anakku, ambillah lembu itu bawa kepada suatu tempat maka ikat kaki tangannya serta hadapkan mukanya kepada kiblat maka sembelihlah olen anakku kepada ketika  itu”. Maka di kerjakanlah olen anak seperti kata ibunya itu serta di letakkanya sakan kepada leher lembu itu maka berkata pula lembu itu “Sembelihlah aku olehmu segera kerana rezekimu yang halal”. Maka demi di dengarnya kata lembu itu maka di sembelihnya lembu itu serta di lapahnya dagingnya dan di hirisnya hatinya itu lalu di pacakkan dan permasaknya lalu di makannya maka itulah yang di makannya dua tiga hari.

Adapun akan lembu saudagar itu apabila petang hari ia kembali ke rumah saudagar itu maka ketika petang itu tiadalah ia kembali maka di suruh oleh saudagar itu cari lembu itu tiada juga bertemu dengan lembu itu. Adapun akan perempuan dua beranak itu masygullah ibadatnya kepada Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya maka dengan takdir Allaha Taa’laya maka datanglah seorang perempuan ke tempat perempuan dua beranak itu. Maka di lihatnya oleh perempuan itu banyak darah meleleh kepada tempat itu maka himatnya oleh perempuan itu maka di lihatnya kepala lembu itu dagingnya lembu itu perempuan dua beranak makan daging lembu itu. Maka iapun keluar maka perempuan zuhud itu berkata kepada anaknya “Sekali kita beroleh di dalam antara kaum bani Israil yang banyak itu dan beberapa tahunlah kita berbuat ibadat dengan rezeki kita. Tiadalah dengan kita perolehkan itulah kita makan sekarang datanglah kepada kesudahan kita dan umur kita. Maka kerja ibadat nafsu daripada makan makanan itu maka diri kita pun habis buruk”.

Maka akan perempuan yang melihat itupun datanglah pada penghulu itu katanya “Hai saudagar, akan lembu tuan hamba yang hilang itu masuk pada tempat perempuan zuhud yang dua beranak itu telah sudahlah di sembelih lembu itu. Hamba lihat dagingnya di pacaknya di makannya”. Maka tatkala penghulu lembu itu duduk serta kaumnya setelah ia mendengar kata perempuan itu maka lalu berbangkitlah ia pergi mengadap nabi Allaha Daud. Katanya “Ya khalifah Allaha, bahawa lembu hamba di bunuh orang di makannya dagingnya bahawa sekarang hamba hendakkan hukum pada tuan hamba”. Maka ujar nabi Allaha Daud “Siapa orang itu bawalah ke mari berdiri ia supaya ia menjawab katamu itu”. Maka pergilah penghulu lembu itu memanggil perempuan zuhud dua beranak itu pun datang ke hadapan nabi Allaha Daud. Maka pada sangka segala bani Israil yang banyak itu akan perempuan zuhud dua beranak itu di bunuhlah oleh saudagar itu bahawa kerana kata penghulu lembu itu “Kubunuh akan dia”.

Setelah datanglah perempuan zuhud dua beranak itu ke hadapan nabi Allaha Daud maka sabda nabi Allaha Daud “Mengapa kamu kedua membunuh lembu itu” maka sahut perempuan itu “Ya nabi Allaha” maka di ceritakannyalah daripada permulaannya datang lembu itu berkata “Ya khalifah Allaha, akan kata lembu itu sembelihlah aku akan kamu bahawa kerana akulah rezekimu yang halal”. Maka kata penghulu lembu itu “Adakah binatang tahu berkata-kata demikian” maka ujar nabi Allaha Daud “Hai penghulu, ambil olehmu seribu dinar tinggalkanlah dakwamu itu”. Maka sahutnya “Aku tiada mahu hukumkan juga dengan hukum yang sebenarnya” maka kata nabi Allaha Daud “Aku penuhkan kulit lembu itu dengan emas ambillah olehmu tinggalkanlah dakwamu itu”. Maka sahutnya “Aku tiada mahu hukumkan juga dengan hukum yang sebenarnya” maka nabi Allaha Daud pun melihat kepada perempuan zuhud itu.

Maka ujar perempuan itu “Ya nabi Allaha, datanglah jawab tuhan alam kepada kami dua beranak itu sabar. Bermula akan buah delima kami makan sehari-hari itupun lenyaplah daripada kami dengan pohonnya daripada hadapannya kami dan tiga hari tiga malam kami tiada makan maka tiadalah kuasa kami menahan lapar. Maka lembu itupun datanglah ke hadapan kami berkata dengan fasihnya lidahnya hai tuan dua beranak sembelihlah hamba kerana hamba ini rezekimu yang halal. Janganlah syak tuan hamba bahawa hamba ini rezekimu dua beranak yang halal lagi suci”. Maka oleh anak hamba di sembelihnya lembu itu maka kata penghulu lembu itu “Ya khalifah Allaha, nyatalah lembu hamba itu di bunuh orang, hamba bunuh pula yang membunuh dia itu”.

Dengan demikian itu maka Jibril pun datanglah membawa firman Allaha Taa’laya katanya “Ya nabi Allaha Daud, bahawa hamba datang ini Allaha Taa’laya menitahkan dalam kepada tuan hamba esok hari suruhkan segala bani Israil berhimpunlah ke padang. Bahawa akan esok hari ia akan melihat hukum hari kiamat hendak di hukumkan tuhan alam ke padang bahawa esok harilah seperti hukum pagi Jumaat”. Maka kata nabi Allaha Daud “Hai segala kaum bani Israil, esok harilah kamu kecil besar hina dina dan laki-laki perempuan berhimpun ke padang. Bahawa kamu hendak melihat hukum hari kiamat kamu lihatlah esok hari pada hukum penghulu lembu dengan perempuan zuhud dua beranak itu”. Maka di hantarkan di tengah padang itu sebuah kerusi maka naiklah nabi Allaha Daud ke atas minbar yang seperti kerusi itu. Maka orang banyak pun datanglah berhimpun maka penghulu lembu dan perempuan zuhud dua beranak pun datanglah. Maka nabi Allaha Daud pun membaca ayat Zabur segala makhluk berdiam dirinya mendengarkan dia sekeliannya lupa akan dirinya mendengar lazat suara nabi Allaha Daud itu pada hatinya segala makhluk itu “Barang jangan apalah kiranya nabi Allaha berhenti daripada membaca Zabur itu”.

Maka Jibril pun datang berkata “Ya nabi Allaha, katakan pada penghulu lembu itu ingatkah tatkala engkau keluar dari benua Sham pergi ke benua Mesir. Engkau mengambil upahnya pada seorang yang empunya lima ratus unta membawa emas daripada dirham semata dan beberapa daripada permata yang berbagai-bagai adanya. Maka yang empunya unta lima ratus itu engkau bunuh lalu kau tanamkan ke dalam pasir. Maka unta lima ratus itu kau bawa harta itu ke benua Mesir maka banyaklah labanya kau peroleh. Kira-kira empat puluh hari empat puluh malam maka kembalilah ke benua Sham. Maka kaukatakan pada segala makhluk engkau empunya harta itu dengan sebab harta orang itulah maka engkau katakan dirimu kami pada sehari-hari makin bertambahlah hartamu datang masa sekarang. Adapun yang engkau bunuh itu suami perempuan inilah dan kanak-kanak inilah empunya bapa”. Telah di dengar penghulu lembu itu kata demikian maka pucatlah warna mukanya tetapi bersangkal ia maka katanya “Selama hidupku ini seorang pun tiada kubunuh dan tiada pernah aku merampas harta orang”.

Maka berkatalah tangannya “Ya nabi Allaha, akulah menikam bapa kanak-kanak ini” dan segala anggotanya pun memberi saksi katanya “Akulah menanamkan ke dalam pasir” maka mulutnya tiadalah dapat berkata-kata di situ kerana segala anggotanya sudah berkata benar. Demikianlah hukum pada hari kiamat itu seperti tersebut di dalam Qoraana Laqowalaha Taa’laya Al Yawama Nakhotama A’laya Afawaaha Hama Wa Takalamanaa Ayadaya Hama Wa Tashahada Arajala Hama Bamaa Kaanawa Yakasabawana maka nabi Allaha Daud mencelahlah kepada kaum bani Israil yang banyak itu katanya “Hai kaum, ketahui olehmu sekelian hokum kepada hari kiamat itu seperti inilah”. Kata mereka itu “Ya khalifah Allaha, baharu tahu kami hukum hari kiamat itu bersalahan dengan hukum di dalam dunia ini” maka oleh nabi Allaha Daud katanya penghulu lembu aniaya itu suruh penggal lehernya dengan firman Allaha Taa’laya tuhan alam. Maka segala hartanya dan miliknya dan segala hamba sahayanya semuanya di kembalikannya kepada perempuan zuhud dua beranak itu barang kehendak hatinya di kerjakanlah harta itu.

Maka Jibril pun datang membawa firman Allaha Taa’laya kepada nabi Allaha Daud seperti tersebut di dalam Qoraana Yaa Daawada Azakara Alaaya Wa Naa’maaya Faana Hama Laa Yarawana Alaa Ba Al Shakara Wa Al Karaama Ya Daud ingatkan olehmu segala nikmatku akan segala hambaku yang tiada mengetahui itu melainkan dengannya syukur memadakan dia. Laqowalaha Taa'laya Qoala Yaa Daawada Qola Lalanaasa Hala Wa Jadatama Ba Al Lathofa Manaya Hai Daud katakan kepada segala manusia adalah kamu peroleh tuhan yang mengasihi kamu dan memberi nikmat akan kamu. Demikian lagi di dalam Qoraana di sebutkan Allaha Taa’laya Laqowalaha Taa’laya Allaha Lathoyafa Ba A’baadaha Yarazaqo Mana Yashaa ertinya tatkala datang umur nabi Allaha Daud kepada seratus tahun maka sehari nabi Allaha Daud duduk di atas mahligai Jibril pun datang menghantarkan suatu surat ke hadapannya nabi Allaha Daud. Dalam surat ini lima masalah ini akan dialah di suruhkan kerajaan khalifah akan ganti ini siapa suratan Raalata Gholabata Allaha Daud. Katanya “Ya nabi Allaha, di dalam surat ini lima masalah tersebut suruh panggil anak tuan hamba sekelian barang siapa dapat memberi jawab masalah ini akan dialah di serahkan kerajaan khalifah akan ganti tuan hamba kerana ajal tuan hamba pun hampir Izrail akan mengambil nyawa tuan hamba”.

Demi di dengar nabi Allaha Daud kata itu maka berubahlah warna mukanya adapun di bawa Jibril serta dengan masalah itu sebentuk cincin Mamalakaha dan suatu cemeti daripada api neraka dan cincin itu di keluarkan dari dalam syurga dan cemeti itu di keluarkan dari dalam neraka. Adapun akan cemeti itu barang siapa hendak di palukannya maka tidaklah dengan tangannya melainkan sendirinyalah memalukan Laqowalaha Taa’laya Wa Mana Yazagho Mana Hama A’na Amaranaa Nazaqoha Mana Azaaba Al Saa’yara ertinya akan Daud itu apabila di palukan menjadi dua lidah api pada satu cawang ke kanan dan satu cawang ke kiri. Adapun barang siapa ada cincin Mamalakaha itu ada pada tangannya maka barang siapa tiada menurut katanya di seksanya barang ada dalam alam ini daripada jin dan manusia binatang sekelian hadir mengadapkan dia dengan takutnya.

Maka kata Jibril “kerajaan ini pada siapa engkau jatuhkan dia itu dan masalah ia siapa dapat menjawab akan dia maka akan dialah kuberi akan kerajaan alam sekelian”. Bahawa akan nabi Allaha Daud ada sebelas orang anaknya maka yang bongsunya itu bernama Sulaiman maka oleh nabi Allaha Daud panggil segala anaknya. Maka sekeliannya datang berdiri di hadapan bapanya maka ujar nabi Allaha Daud “Hai anakku sekelian, ketahui oleh kamu bahawa berapa masalah ini katakan pada kamu sekelian barang siapa dapat menjawab akan dia pada ialah anugerahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya kerajaan alam dunia ini laut dan darat”. Maka sekelian makhluk berdiri mendengar firman masalah itu pada segala anaknya itu. Katanya “Hai anakku sekeliannya, bahawa akan iman itu di mana tempatnya, akan kuat itu di mana tempatnya dan kasih itu di mana tempatnya dan akal itu di mana tempatnya” maka seorang pun anaknya yang lain tiada dapat menyahut.

Maka ujar Sulaiman “Hai bapaku, jikalau dengan izin bapaku hambalah menjawab akan dia. Adapun iman itu pada hati, adapun kasih itu tempatnya pada jantung dan malu itu tempatnya pada mata hati dan akal itu tempatnya pada kepala dan kuat itu tempatnya pada tulang”. Maka kata nabi Allaha Daud “Benarlah katamu itu” apabila sudah Sulaiman menjawabkan masalah itu maka kata nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama “Ya anakku Sulaiman bahawa akan kerajaan Makata ini sebenarnyalah engkau memegangkan dia. Engkaulah menjadi khalifah di dalam dunia ini”. Laqowalaha Taa’laya Wa Waratsa Salayamaana Daawada Wa Qoala Ya Ayahaa Al Naasa A’lamanaa Manathoqo Al Thoyara Wa Aratayanaa Mana Kala Shaya Ana Hazaa Lahama Al Fadhola Al Mabayana ertinya bahawa Allaha Taa’laya menceritakan padamu ya Mahamada “Bahawa akan aku menganugerahkan kerajaan Daud itu akan Sulaiman”.

Tatkala duduklah Sulaiman di atas tahta kerajaan maka ujar Sulaiman katanya “Ketahui olehmu hai segala manusia, bahawa aku di anugerahkan tuhan seru alam bahasa segala manusia dan bahasa segala mergastua akan daku”. Maka nabi Allah Daud pun bangkit pergi pada tempatnya perbuat ibadat kepada Allaha Taa’laya adapun akan tempat itu tinggi. Apabila naiklah nabi Allaha Daud baharu dua biji anak tangga maka Izrail pun datang dengan izin Allaha Taa’laya akan mengambil nyawa nabi Allaha Allayaha Al Salama. Maka nabi Allaha Daud pun berbangkit hingga naik ke atas tempatnya berbuat ibadat maka kata Izrail “Tiada firman demikian itu hingga aku mematikan langkahmu naik itu”. Tatkala nabi Allaha Daud akan melangkah ini maka di ambillah oleh Malaka Al Mawata nyawanya nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama. Maka nabi Allaha Daud pun kembalilah dari negeri yang fana ke negeri yang baqo maka nabi Allaha Sulaiman menanamkan mayat ayahnya. Maka sekelian makhluk pun bercinta akan nabi Allaha Daud datang kepada nabi Allaha Sulaiman merendahkan dirinya. Maka di lihat oleh Sulaiman segala manusia dengan percintaanya dan segala isi negeri dengn percintaannya akan nabi Allaha Daud A’layaha Al Salama.

Sumber: Kitab Qoshosho Al Anabayaa