Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Friday, December 31, 2010

Asal Kerajaan Pasai

Maka tersebutlah cerita Begawan Bayasa yang memegang pekerjaan menjadi raja jin di atas kayangan maka raja itupun berputeralah dua orang. Seorang laki2 bergelar Maharaja Pendawa Dewa Nata terlalu amat kesaktian dan gagah berani lagi kebal kuat johan pahlawan tiadalah yang dapat melawan. Maka yang perempuan itupun bernama Puteri Gentaya Nazaraja yang telalu elok parasnya seperti bulan yang empat belas hari cahayanya tiada dapat di tentang nyata segala yang memandang dan menentang habislah bias matanya seperti bintang shamsa dan hidung laksana bintang qamar dan dagunya laksana bintang najama dan susunya bawantara bertanduk durah seperti bintang zuhrah. Maka kedua bersaudara itupun berlaki bini maka lalu ia beranaklah lima lima orang laki2 pertama2 Maharaja Dermawangsa dan kedua Sang Bima dan ketiga Sang Kawala dan keempat Sang Rajuna dan kelima Sang Dewa. Hataya maka Maharaja Pendawa Dewa Nata pun akan ganti Seri Paduka Ayahanda Maulana baginda akan menjadi dia raja jana di kayangan.

Maka Sang Bima pun turunlah ke tanah Jawa dengan segala saudaranya dengan laskar hulubalangnya serta lengkap dengan alat senjatanya. Maka iapun lalu berbantahan dan berkelahi dengan Maharaja Bumi akan merebutkan tanah Jawa maka berperang besarlah dengan Maharaja Bumi kerana ialah raja jana dan manusia di tanah Jawa terlalu amat kesaktian berani gagah juga. Arakian maka di palu oranglah genderang pengarangan. Maka sekelian masuklah ke tengah medan berdiri bersaf2 lah menteri hulubalang pada kedua pihak. Maka masuklah hulubalang Maharaja Bumi yang bergelar dengan betara pari dan masuklah hulubalang sang bumi yang bernama Betara Wayalamana maka berseru2lah maharaja pari hai laki2 jika jika sungguh engkau laki2 maka marilah apa yang ada padamu maka dipanahkan oleh Betara Pari kepada Betara Wayalamana tujuh kali berturut2 aka ditangkiskan oleh Maharaja Wayalamana dengan perisai yang keemasan maka tiada lah berguna lagi panahnya itu maka di panah balas oleh Betara Wayalamana akan Betara Pari empat kali dan lima kali berturut2 maka di tangkiskan oleh Betara Pari tiadalah berguna lagi. Maka laskarnya pun sama juga banyak yang mati. Maka apabila masuk matahari maka dipalu oranglah genderang kembali maka lalu undur kedua pihak laskar.

Setelah keesokan harinya maka dipalu oranglah genderang perang maka masuk berhadapan kedua pihak laskar itu maka Betara Wayalamana dan betara pari masuk bermain pedang maka diparang oleh Betara Pari akan Betara Wayalamana tiga kali berturut2 maka di tangkis oleh Betara Wayalamana tiada berguna maka diparang oleh Betara Wayalamana dua kali berturut2 tiada kena maka ketiga kalinya lalu kena kepalanya belah dua lalu sampai kepada kudanya jadilah penggal empat lalu mati. Maka di lihat oleh Maharaja Bumi hulubalangnya sudah mati maka di suruhnya masuk lagi hulubalang yang lain2 habis mati dan laskarnya setengah mati dan setengah lari maka di suruhkannya masuk lagi beberapa ribu dan ratus dengan hulubalang bernama Betara Cendera maka lalu di panahnya Betara Wayalamana. Tiga kali berturut2 maka tersalah tangkisnya oleh Betara Wayalamana maka lalu kenalah di dadanya terus kebelakang lalu mati terguling maka dilihatnya hulubalangnya yang sudah mati itu oleh Sang Bima maka sekelian masuk berperanglah ramai dengan sekelian laskar hulubalang nya maka dilihatnya Sang Bima empat bersaudara yang masuk perang itu oleh Maharaja Bumi maka iapun masuk berperanglah dengan laskar hulubalangnya dengan beberapa ribu anak cendera dan pari kerana maharaja bumi itu asal bangsa daripada Sang Yang Jaharanang maka terlalu besar dan ramai perang itu terang cuaca menjadi kelam kabut habukpun naiklah keudara maka tempik suara serta gemuruh dan Guntur dan kilat kilatan senjata seperti bintang di langit.

Maka banyaklah darah yang tumpah ke tanah mengalirlah seperti air sungai dan bangkai pun tertambun2lah seperti pulau maka di dalam pengarangan itu maka terkenalah oleh anak panah maharaja akan sang rajuna sebab salah tangkisnya maka beberapa lamanya sang rajuna tiada menyedar akan dirinya melainkan tidur seperti laku orang mati jua maka terdengarlah kepada raja kayangan maharaja dermawangsa maka ia turun ke tanah Jawa membantukan saudaranya dengan segala hulubalang laskar yang seribu laksa seratus keti dan hulubalang yang kenamaan tujuh ratus yang memegang jirat dan pedang dan perisai tembaga maka terlalu besar perangnya itu Al Qosos.

Maka tersebutlah ceritera Dewa Sang Bima yang pergi mencari ubat saudaranya Dewa Sang Rajuna maka iapun pergi naik kekayangan maka bertemulah dengan seorang perempuan tuan daripada asal bangsa turun temurun daripada Sang Yang Wayanaya di namai akan dia Dewa Rimabaya maka Sang Bima pun meminta ubat penawar kepada Dewa Rimabaya itu demikian katanya “Ya tuanku hamba datang dari tanah Jawa mengadap kepada tuanku mohonkan apalah kiranya kasi saying berikan ubat penawar kerana saudara hamba Sang Rajuna telah kena oleh kesaktian anak panah Maharaja Bumi berperang di tanah Jawa”. Maka berkata Dewa Rimabaya bahawa hamba kuberikan juga ubat itu tetapi di peristerikan memang akan hamba supaya hamba berikan ubat ini nescaya sihatlah Sang Rajuna daripada penyakitnya itu maka jikalau tuan hamba tiada redha tuan hamba di peristerikan hamba, maka hamba pun tiada mau memberikan ubat saudara itu nescaya matilah Sang Rajuna itu daripada sebab kesaktian anak panah Maharaja Bumi itu”. Hataya maka berfikirlah Sang Bima daripada mendengar kata Dewa Rimabaya itu kerana Sang Bima pun tiada dia mau memperisterikan dia kerana Dewa Rimabaya sangatlah tua umurnya daripada Sang Bima akan tetapi Sang Bima pun terlalu sayang akan saudaranya Sang Rajuna.

- Putus

Beberapa lamanya telah besarlah anaknya itu maka paduka anakanda Sang Katawata Kaca memohonkan dirinya kepada bondanya maka ia pergi mendapatkan paduka ayahanda ke tanah Jawa kerana tiadalah berkesudahan perang itu dengan Maharaja Bumi. Maka Sang Katawata Kaca pun tiadalah boleh di tahan oleh paduka bondanya lalu pergi dengan segala hulubalang rakyat balatenteranya dan penggawa panglimanya dengan anak raja mambang bernama Sang Sangawana Adaya dan anak raja dewa2 bernama Maharaja Aragawana Dewa dengan beberapa keti dan laksa rakyat anak raja2 itu. Maka hulubalangnya dalam seorang2 anak raja yang ketiga itu sembilan ratus sembilan puluh sembilan maka dalam seorang2 hulubalang itu adalah laskarnya seribu keti sepuluh ratus ribu menunggang kuda lain daripada yang berjalan tanah maka apabila sampai ke tanah Jawa maka berpeluk ciumlah dengan segala paduka ayahanda dan mamannya dan bertangis tangisanlah dengan segala anak raja2 jin itu.

Maka lalu Sang Katawata Kaca mengunus senjatanya serta bercakaplah di hadapan segala ayahanda sekelian mengatakan “Jikalau patik tiada aku alahkan Maharaja Bumi baiklah kupakai cara perempuan”. Maka bercakaplah anak raja mambang “Jikalau patik lari jangan harap dua kali”. Maka bercakaplah anak raja dewa “Potongkan zakar patik jikalau hamba lari”. Maka masuklah berperang seolah2 dunia akan kiamat tempik sorak umpama gemuruh dan halilintar dan kelam kabut tiada berketahuan maka api senjata pun berkilat seperti bintang di langit dan bangkai seperti banang dan kepala seperti anak keti dan darah seperti laut.

Arakian maka berapa lamanya pengarang itu maka lalu pecah perangnya Maharaja Bumi lalu lari naik kayangan maka Sang Bima dengan paduka saudaranya dan paduka anakanda Sang Katawata Kaca meratakan seluruh tanah Jawa maka sekelian raja2 pu habislah takluk kepadanya. Arakian maka paduka Maharaja Dermawangsa pun bersuka sukaan dengan segala saudaranya dan sekelian anak jin dan anak dewa dan anak raja mambang. Maka lalu meletakkan tahta kerajaan raja kepada paduka anakanda Sang Katawata Kaca akan ganti dirinya serta disuruh pulang naik kayangan dengan segala jin dan dewa2 dan mambang menjadi raja memegang hukum kerajaan di kayangan. Maka bermohonlah Sang Katawata Kaca serta mencium peluk kaki paduka ayahanda sekelian itu lalu naik kekayangan.

Hataya maka berapa lamanya Maharaja Dermawangsa bermain2 tamasya di tanah bersuka sukaan dan ramai ramaiannya dengan saudaranya maka pergilah main2 di gunung Samawi iaitu negeri Aceh bernama Pasai itulah negeri yang telah di Asalamakan Allaha Ta A’laya daripada segala negeri yang di bawah angin. Belum adalah Rasul Allaha memang maka di sanalah diam Dermawangsa bertapa kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dengan selawat Al Quran.

Shahadan maka pada zaman rasul Allaha akan membawa dan menyuruh segala jin dan manusia yang di atas angin sampai ke bawah angin maka rasul Allaha menaruh wasiat kepada sahabat Abawa Bakara dan A’mara dan A’thamana dan A’laya jikalau sudah mati aku hendaklah engkau meratakan segala raja2 jin dan manusia yang belum masuk agama Asalama di atas angin sampai di bawah angin. Maka barangsiapa kemudian daripada ini yang turun di bawah angin jangan sekali2 di permudahkan adat sebuah gunung Samawi namanya di negeri Pasai. Itulah negeri acaya sudah di Asalamakan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya mendirikan yang sebenar2nya kepada zaman Paduka Maulana Sultan Al Azhoyama Wa Al Kabayara Asakanadara Zawa Al Qoranayana memang dan adalah seorang anak raja jin bernama Maharaja Dermawangsa dalam negeri itu. Maka barangsiapa engkau yang sampai di sana maka hendaklah kamu memberi hormat dan azat akan raja itu dan segala orang dalam negeri itu akan tetapi kepada zaman sahabat yang empat orang itu belum di takdirkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya turun ke bawah angin kerana negeri di atas angin belum rata di Asalamakan.

Bermula kepada zaman Maulana Zayana Al A’badayana anaknya oleh Sayadana Hasayana maka di titahkan dua orang Sayada Mahamada dan Sayada Abarahayama turun ke bawah angin akan memasukkan agama Asalama sekelian jana dan manusia lalu masuklah ke dalam negeri Pasai. Maka di lupakanlah amanat Maulana Sayadana Zayana Al A’badayana oleh tuan sayada kedua itu maka tiadalah memberi hormat dan azat orang dalam negeri itu seperti wasiat rasul Allaha. Maka datang raja jin Maharaja Dermawangsa lalu memberi salam dengan segala tuan sayada kedua itu pun tiada mau menyahut dari kerana sebab lain rupa pakaiannya dengan segala pakaian orang Araba dikatakan kafir segala tuan2 di dalam negeri itu. Maka Maharaja Dermawangsa dengan segala tuan2 di dalam negeri berdiri mengucap sahadat dan membaca Quran hafaz sekhatam maka lalu tuan sayada kedua itu meminta ampun kepada raja Maharaja Dermawangsa maka tuan sayada kedua itupun tiadalah mau kembali ke negerinya daripada sebab malunya bahawa ialah akan menjadi orang dalam negeri itu demikianlah adanya Wa Allaha Aa’lama Al Qoshosho.

Sumber: Kitab Bima

Monday, December 27, 2010

Syair Makrifat Al Solat

Basama Allaha itu permulaan kata, disuruhkan nabi penghulu kita, mengambil berkat semata mata, dengan nama tuhan yang amat bata. Isim mula yang pertama, daripadanya amanat sekelian nama, segala yang maujud baharu dan lama, menyebut dia maka nya sama. Al Hamada Lalaha puji yang sadaya, di bawa Jabara Yala malaikat yang bahaya, turun ke Makah tanah yang mulia, kepada nabi Sayada Al Anabaya. Jabara Yala pun duduk berkata kata, dengan nabi penghulu kita, menyampaikan firman lafaz yang nyata, di junjungkan nabi sepenuh anggota.

Yang pertama di titahkan Allaha, Awala Al Dayana Maa’rayafata Allaha, dua puluh sifat mengenal Allaha, wajiblah kita Amanata Ba Allaha, Laa Alaha Alaa Allaha kesudahan kata, martabat itu daripadanya nyata, keduanya itu peringatan nyata, disanalah putus makrifat kita. Di sambut nabi Alayaha Al Salam, di titahkan tuhan Malaka Al A’lam, di suruh sampaikan kepada alam, supaya limpah sekelian alam. Jabara Yala itu malaikat yang takar, menjunjungkan titah tiada bertukar, Amara Al Maa’rawafa Ana Al Mungkar, itulah titah Rahama Al Ghorar. Di junjungkan nabi atas kepala, akan titah Rabaya Al A’laya, Falaa Shodaqo Wa Laa Sho’laya, Wa Lakana Kazaba Wa Tawalaya.

Berapa dalil yang ter lamazkur, firman Allaha tuhan Azayaza Al Ghofur, amar dan nahaya setelah mahsyur, menyuruhkan iman melarangkan kufur. Inilah titah Malaka Al A’lam, kepada nabi Alayaha Al Salam, disuruhkan ia segala Asalam, mengerjakan dia siang dan malam. Setelah sudah memegang rabaya, solawat pula akannya nabaya, ialah penghulu ajam dan arabaya, rasul Allaha Khotama Al Nabaya. Empat sahabat yang utama, dunia akhirat ialah terutama, dengan nabi bersama sama, mengersakan kafarah pada ugama.

Ibadah bahasa A’rabaya, barang di ampuni tuhanku rabaya, memohonkan syafaat pertolongan rabaya, dagang mengarang suatu shobaya. Supaya nyata kepada qolabaya, akan nikmat dengan a’zabaya, di pindahkan daripada bahasa a’rabaya, supaya mudah orang pelambaraya. Maka di karangkan suatu risalat, supaya mengikut orang yang dholalat, tuan baikkan barang yang gholat, aku namai syair makrifat al sholawat. Di dalamnya maktub mahtasur ilmu, membaca dia jangan engkau jemu, berulang2 Ya Matakalamu, supaya bertambah makrifat kamu. Syair ini tamsil pelita, menerangkan hati gelap gelita, merawat zahir terlalu nyata, kepada arif yang ber mata.

Zaman sekarang alam terbuka, mendengarkan dia setengah suka, hatimu jangan hawasan dan sangka, sungguhpun syair ilmu belaka. Membaca dia beroleh sanat, mendengarkan dia beroleh hasanat, mengamalkan dia alamat al janat, dengan berkat Sayada Al Kayanat. Mahsyurkan olehmu segenap tempat, pada segala asalama yang ada bersifat, siapa fakir beroleh berkat, dari dunia datang ke akhirat. Adapun yang disuruhkan, fardhu dan sunat di suruhkan, haram dan makruh di tegahkan, jangan sekali kita kerjakan. Menuntut ilmu jangan engkau engkar, supaya maklum amar dan mungkar, halal dan haram jangan bertukar, sah dan batal taat dan engkar.

Ketahui olehmu hai sekelian Asalam, amanat nabi Alayaha Al Salam, lima waktu umpamakan kolam, di sanalah tempat kita menyelam. Lima kali sehari sama lama, tiap2 hari siang dan malam, hilanglah di kau luar dan dalam, bersihlah badan umpama kolam. Jikalau mandi dengan air yang lalu, sehingga hilang daki dan hulu, jikalau mandi dengan air wudhu, mengampunlah dosa yang telah lalu. Setelah sudah menjelas itu, ketahui pula bilangan waktu, nama dan warna satu satu, awal dan akhir supaya tertentu. Sekelian waktu dengan namanya, masing masing dengan nabinya, berlainan pula warnanya, demikianlah lagi segala rakaatnya.

Pertama waktu Zhuhur di titahkan Allaha, bahagi Aba Rahayama Kholayala Allaha, warnanya kuning kebesaran Allaha, awalnya gelincir al shamasa yang limpaha. Empat rakaat di dalam niatnya, kerana mengikut zat sifatnya, pahalanya indah tiada antaranya, akhirnya sama bayang2 nya.

Kedua waktu A’sar bahagikan Allaha, bahagi Yawanasa nabaya Allaha, warnanya hijau matahari rendah, awalnya panjang Dholala Al Matholah. Empat rakaat di dalamnya takbiri, kerana mengikut sifat terdiri, pahalanya indah tiada terperi, akhirnya belum masuk matahari.

Ketiga waktu maghrib dengarikan Allaha, bahagi A’yasa Rawaha Allaha, warnanya cemerlang terlalu merah, awalnya malam shamasa yang indah. Di dalam lafaz rakaatnya tiga, kerana mengikut martabatnya juga, pahalanya banyak tiada terhingga, akhirnya putih warna dan mega.

Keempat Musa di zholamkan Allaha, bahagi Musa Kalama Allaha, warnanya hitam alam yang cerah, awalnya sufak yang merah. Empat rakaat di dalam lafaznya, kerana mengikut kepada sifatnya, pahalanya luas tiada hingganya, akhirnya terbit fajar kazabnya.


Kelima waktu Subuh Yashoha Allaha, bahagi Adam Shofaya Allaha, warnanya putih fajarpun merekaha, awalnya terbit shodaqo Allaha. Dua rakaat di dalam lafaznya, kerana mengikut kepada asalnya, pahalanya gelar tiada di tambangnya, akhirnya terang sekelian alamnya. Kelima itu terjali pasti, wajiblah ia kita ikuti, waktu yang luput segeralah ganti, menjadi hutang tatkala mati. Ayat ketika Allaha terjali, wajiblah kita menjunjung duli, hamba Allaha tuhan yang gholi, siang dan malam janganlah gholi.

Ketahui olehmu segala yang sakti, yang menyuruh berbuat bakti, misal nobat sultan yang shakti, mengadap dia jangan berhenti. Apabila di palu nobat nafiri, segeralah kita bercuci diri, mengambil wudhu berperi peri, sekelianlah peel syah bahari. Tatkala di palu nobat negara, di tinggalkan dahulu kerja bicara, mengadap dia dengan segera, itulah peel syah yang sejahtera. Adapun ertinya bang dan qomat, memanggil kita menjunjungkan rahmat, kerjakan dia di kurniakan nikmat, segala yang mungkir kenalah laknat. Apabila faham segala waktunya, ketahui pula isyarat solatnya, pertama mengetahui masuk waktunya, kedua mengambil air wudhu nya. Ketiga memakai barang yang salawahayanya, keempat memilih tempat ikhlasnya, wajib di hadirkan keempatnya, supaya sah amal solatnya.

Ketahui olehmu awang dan dayang, enam fardhu air sembahyang, membasuh anggota jangan kepalang, segenap waktu malam dan siang. Pertama niat serta cita, kedua membasuh muka yang lata, ketiga membasuh siku dan hanyata, keempat menyapu setengah kepala kita. Kelima membasuh kaki kanan dan kirinya, kena tertib mengatur bilangan darinya, iktikad membasuh jangan kepalangnya, supaya dosa habis berhilangnya.

Apabila sudah fardhunya tentu, ketahui pula kebinasaan itu, pertama keluar atas dua pintu, kedua hilang akal yang tentu. Ketiga bersentuh kulit laki2 dan perempuan, keempat menjabat farajnya dengan tangan, salah lawat apabila kedatangan, hilanglah wudhu yang kebalangan.

Ketahui olehmu awang dan dayang, sebelas perkara kebinasaan sembahyang, fahamkan olehmu awang dan dayang, amalkan dayang malam dan siang. Pertama menyahaja berkata kata, kedua banyak perbuatan kita, ketiga datang hadas yang lata, keempat keluar najis yang nyata. Kelima terbuka aurat yang diwajibkan, keenam berubah niat yang di qasadkan, ketujuh bersalahan kiblat dan hadapan, ke delapan minum dan makan, kesembilan niat yang di putuskan, kesepuluh tertawa yang di nyatakan, kesebelas murtad yang dikerjakan, sekelian itu membatalkan.

Ketahui olehmu awang dan dayang, tiga belas pula rukun sembahyang, kerjakan olehmu malam dan siang, sementara belum nyawa melayang. Di dalam rukun yang tiga belas, di sanalah iktiqad tulus dan ikhlas, mengamalkan dia jangan engkau malas, di akhirat hamba beroleh balas. Ketiga belas fardhu kebilangan, akan katakan banyak bilangan. Rukun yang pertama niat di dalam hati, qasad menyahaja berbuat bakti, tefardhu melintang isim awa pati, taa’yana menyatakan waktu yang di kiblati. Isyarat niat di dalam awa pati, di mengaranahkan ia di dalam hati, mengikutkan dia yang pasti, hingga sampai kesudahan solati. Niat itu rukun yang pertama, bahagian hati di kata a’lama, itulah yang dinamai tiang ugama, dirikan olehmu supaya ternama. Sahaja pun niat bahagi hati, kerana di sana mulanya pasti, segala amal dengan bakti, itulah tempat umpama peti. Jikalau di misalkan seperti orang, niat itu nafas sembahyang, niatmu ikhlas malam dan siang, tawajuhmu diam jangan engkau bimbang. Niat terbunyi di dalam shodur, kepada anggota nyatalah mahsyur, jikalau kurnia tuhan Azayaza Al Ghofur, itulah taulan di dalam kubur. Pahalanya sembahyang disebut tentu, janganlah ditinggal barang sewaktu, segala fasik tiada sekutu, di dalam kubur yatim piatu.

Rukun yang dua Takbarata Al Aharama, lain daripadanya sekelian yang harama, memberahi sheikh yang karama, disitulah tempat hatimu karama. Adapun isyarat di dalam takbir, akan meparanahnya jangan engkau taksir, syarat hati anggota dan bibir, supaya jangan hatimu mungkir. Takbir itu lafaznya arabi, bahagian lidah dengan magti, tawajuhmu jangan berubah hati, supaya beroleh makam janati. Sahaja pun takbir bahagian lidah, kerana ia lafaz yang indah, di sanalah tempat tauhid yang sudah, daripada kesukaan tiada berpangkah. Jika di misalkan seperti orang, takbir itu nyawanya sembahyang, menyebut lafaz jangan tersimpang, tawajuhmu dayang jangan engkau bimbang. Takbir itu isim Raba Al Ghofur, kepada lidahnya nyatalah termazkur, jikalau di kurnia Rahama Al Ghofur, itulah pelita di dalam kubur. Pahalanya sembahyang di sini nyata, pada mawamin peri pendita, segala buta hati dan mata, di dalam kubur gelap gulita.

Rukun yang ketiga menghadap kiblat, seperti alif huruf Al Gholat, tatkala berdiri di dalam solat, hadap di buangkan barang yang gholat. Isyarat berdiri dengan takutnya, mengadap Allaha tubuh nyawanya, tawajuhmu esa tiada duanya, supaya jangan kita kecewanya. Berdiri itu rukun yang ketiga, bahagian tubuh kita niat juga, iktikadnya dalam tiada terhingga, umpama laut tiada terduga. Sahaja pun berdiri kedua kaki, kerana mengikut Aa’naa Shora Fi, segala Ghoyara Allaha sekelian nafi, demikianlah hakikat orang yang sufi. Jika di misalkan seperti orang, berdiri itu tubuh sembahyang, kerjakan olehmu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang telah mahsyur, menyembah tuhan Azayaza Al Ghofur, faedahnya telah termazgur, meluaskan tempat di dalam kubur. Fardhukan dia sangat terbilang, segenap waktu malam dan siang, segala fasik orang yang malang, kuburnya sempit bukan kepalang.

Rukun yang keempat fatahah kepada kita, tujuh ayat di dalamnya nyata, wajib menuntut segala yang bermata, itulah imam kepada kita. Isyarat membaca jangan berbadan, lafaznya dan makna jangan bersalahan, dengan mulutnya supaya kesudahan, supaya hasil menyembah tuhan. Fatahah itu rukun yang keempat, bahayakan lidah kita seringat, wajib dibaca segenap rakaat, dengannya itu juga ia muafakat. Sahaja pun fatahah bahagi lidah, kerana ia kepala kalimah, mendirikan barang jangan engkau lemah, supaya terbilang di akhirat jamaah. Jika di misalkan seperti orang, itulah konon kepalanya sembahyang, baca olehmu jangan engkau mamang, segenap waktu malam dan siang. Fatahah itu kalimah yang mahsyur, kepada quran telah termazgur, jikalau di kurnia Azayaza Al Ghofur, itulah penyangga di dalam kubur. Pahalanya banyak berlain lain, demikianlah mawamin kurnia persalin, segala mawamin hidup bermain, orang yang fasik tiada berkain.

Rukun yang kelima rukuk pangkal anggota, seperti ha pada alif ba ta, punggung dan tengkuk samalah rata, ke tempat sujud pandangnya nyata. Isyarat rukuk bagiku tuntut, kedua tangan batulah ke lutut, Sabahana Rabaya Al A’zhoyama kata yang patut, demikianlah laku orang yang takut. Rukuk itu rukun yang kelima, pada bilangan segala a’lama, jikalau sembahyang dengan sempurna, tunduk terngadah bersama sama. Sahaja pun rukuk seperti ha, kerana mengikut A’naa Shorayaha, itulah taubat mu nasowaha, Tawabata Alaya Allaha Tawabata Nashowaha. Jikalau di misalkan seperti orang, rukuk itu tulang sembahyang, amalkan olehmu malam dan siang, sementara belum nyawa melayang. Pahalanya sembahyang terlalu salama, di kata oleh segala a’lama, jika di kurnia Raba Al Halayama, itulah titian Sorotho Al Masataqoyama. Segala yang beramal jangan di kata, titian itu sekejap mata, segala yang fasik terlata lata, seperti orang tiada bermata.

Rukun yang keenam tunduk tengadah, mengangkatkan tangan seperti menyembah, serta mengucap Samaa’ Allaha Lamana Hamayadaha, memohonkan makbul kepada Allaha. Iktidal itu mengangkatkan kepala, serta memuji hak Ta A’laya, jikalau subuh waktu Lama Sholaya, membaca qunut penolak bala. Iktidal itu rukun yang keenam, penolakan api neraka jahanam, di dalam dunia ilmu di tanam, di akhirat hemah masaknya ranam. Jikalau di misalkan seperti orang, iktidal itu aurat sembahyang, keras nafsumu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang terlalu besar, di dalamnya puji halus dan kasar, jikalau dikurnia Shayada Al Bashar, itulah payung padang mahsyar. Segala fasik orang yang malang, sangka dirinya tiada kena pulang, meraba2 ia panas bukan kepalang, mendidih otak kepala dan tulang.

Rukun yang ke tujuh sujud tujuh anggota, seperti fa di alif ba ta, di dalam kata sidang pendita, di sanalah makbulkan permintaan kita. Isyarat sujud atasnya Masholaya, mengangkatkan punggung merendahkan kepala, serta mengucap Sabahana Rabaya Al A’laya, tiga kali di baca pula. Hakikat sujud ajam dan arabaya, tawajuhnya sangat kepada rabaya, iktikadnya tidak berdua qolabaya, demikianlah tubuh walaya dan nabaya. Sahaja pun sujud dua rakaat, kerana anggota dua sangat, kiri dan kanan keduanya taat, menjadi sujud dua sangat. Jika di misalkan seperti orang, sujud itu muka sembahyang, hadapkan mukamu awang dan dayang, segenap waktu malam dan siang. Pahalanya sembahyang terlalu pasti, sungguh sungguh berbuat bakti, jika kurnia Raba Al Azati, itulah hamparan di dalam janati.

Yang kedelapan duduk antara sujud, seperti dal yang ada maujud, itulah sebenar sebenar yang makjud, kepada zat yang Wajaba Al Wajud. Duduk antara mengadap duli, ingat ingat jangan engkau lali, berdatang sembah Raba Al Ghofarali, mohonkan ampun tiada kholi. Duduk antara sahanya sangat, kepada rahman mohonkan rahmat, segala jamaah hari kiamat, di sanalah kelak di kurnia nikmat. Jika di misalkan seperti orang, itulah umpama pinggang sembahyang, mengerjakan dia sangatlah sayang, sementara belum nyawa melayang. Hakikat duduk apa terasa santar, di peha tangan terhampar, tatkala jamaah padang mahsar, memohonkan kepada Rahama Al Ghofar.

Putus-

Pahalanya sembahyang terlalu aula, mengikut suruh hak Ta A’laya, Falaa Shodaqo Wa Laa Sholaya, Walakana Kazaba Wa Tawalaya. Tatkala jamaah hari kiamat, di sanalah kelak di kurnia nikmat, kepada Allaha mohonkan rahmat, kepada nabi mohonkan syafaat. Sebab sholawat sangat utama, kerana ia nabi yang pertama, barang siapa yang menyebut nama, sholawatlah ia bersama sama. Jika di misalkan seperti orang, sholawat itu sebagai sembahyang, sholawat diam jangan bersilang, pahalanya besar bukan kepalang. Akan sholawat jangan engkau sangka, kerana syafaat di sana belaka, jika di kurnia tuhan yang baka, sholawat itu dinding api neraka. Nyatalah fasik orang yang derhaka, mungkirkan kitab tanda celaka, di akhirat jamaah kenalah mereka, di masukkan ia ke dalam neraka. Segala fasik sangatlah seksanya, panas dan dingin dengan bisanya, segala mawamin dengan sukanya, beroleh nikmat sangatlah lenanya.

Rukun yang kedua belas memberi salam, di suruhkan nabi A’layaha Al Salam, apabila bertemu sama Asalam, ialah dahulu daripada kalam. Adapun salam yang berperi, sunat menoleh bahu sendiri, memalingkan muka kepada diri, fardhu ke kanan sunat ke kiri. Adapun salam yang ke kanan, niatnya termazkur pada kiraman, citanya keluar daripada rakanan, seadanya masuk kepada zaman. Salam itu bahagian lidah, ialah di zahirkan rahim yang indah, hakikat sembahyang janganlah mudah, di sanalah tempat tauhid yang sudah. Jikalau di misalkan seperti orang, salam itu leher sembahyang, amalkan olehmu jangan kepalang, supaya senang jalanmu pulang. Apabila sempurna rukun sepuluh tiga, banyaknya pahala tiada terduga, kurnia Allaha tiada terhingga, memasukkan Asalam ke dalam syurga. Sesalnya fasik orang celaka, sekelian waktu tinggal belaka, hari yang kemudian kenalah mereka, di masukkan ia ke dalam neraka.


Rukun yang ketiga belas tertib mengatur, fardhu dan sunat tiada beratur, rukunnya habis bagai di ukur, selamat sempurna mengucap syukur. Isyarat tertib yang memahirkan, sekelian rukun di sempurnakan, fardhu dan sunat sekelian bezakan, bagai pengatur sekelian ingatkan. Tertib itu menyempurnakan rukun, fardhu dan sunat di sanalah terhimpun, ketika anggota memohon ampun, barang salah ghaib makruf pun. Mempertarakan dia jangan engkau bimbang, supaya bert tatkala bertimbang, segala mawamin yang pilihan, mengamalkan sembahyang tiada bersalahan. Jikalau ada Mahayata Al Barahan, itulah pertemu hamba dengan tuhan, sesalnya besok tiada beriman, di seksakan Allaha berapa zaman.

Sebab menolakkan hadis dan firman, putuslah rahmat Malaka Al Manan, apabila tamat sekelian rukun, segala dosa habislah di ampun. Di padang mahsyar kita berhimpun, di sanalah nyata faedahnya konon, tatkala kami ke negeri yang baka, di sanalah nyata tuah dan celaka. Segala fasik suruh belaka, melihatkan syurga dengan neraka, segala mawamin kurang sesalnya, masing masing dengan bekalnya. Sekelian lengkap dengan ugamanya, lebih kurang atas amalnya.

Amalnya sembahyang bukannya mudah, sungguhpun khabar terlalu indah, jikalau peel engkau tiada pindah, ilmunya tidak memberi faedah. Daripada isyarat amal yang makbul, suci badan nya dengan ma’lul, lidahnya benar hatinya betul, supaya hasil amal yang maf’ul. Kepada Allaha memohonkan rahmat, kepada nabi memohonkan syafaat, barangsiapa beroleh nikmat, yang meninggalkan dia kenalah laknat. Di dalamnya ada kholik dan gholat, tamatlah syair Maa’rayafata Al Sholat, sunat dan fardhu sekelian mamad, rukunnya habis syair pun tamat.

Sumber: Manuskrip Universiti Malaya

Saturday, December 25, 2010

Syair Makah - Rahsia Akhir Zaman

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Basama Allaha itu mula disebut, rahamana dan rahayama sifat mengikut, dunia akhirat tiadalah luput, kesenangan ikan di dalam laut. Al Hamada Lalaha puji yang baik, Raba Al A’lamayana sifatnya khalik, solawatkan nabi rasul Allaha yang shodaqo, Mahamada yatim Amayana Al Rozaqo. Salam yang daim pula dikata, atas Mahamada junjungan kita, sahabat dan Al Dasanarota, hingga dunia yang lata.

Ama Baa’dawa inilah nazam, tiadalah fakir berpanjang kalam, hatta yang sepi menjadi kelam, sebab percintaan siang dan malam. Dengar olehmu suatu cerita, dagang yang yatim empunya kata, dakwat bercampur dengan air mata. Inilah nazam fakir yang gharib, duka percintaan dibawa nasib, diatas dunia bawah langit, menaruh tanggungan yang amat sakit.

Jikalau ada khilaf dan sesat, jua janganlah apa dagang diumpat, memegang kalam mecicahkan dakwat, mulut membaca tangan menyurat. Pada suatu malam aku pun fikir, ingatkan untung nasib takdir, diambil dakwat kalam yang kecil, disuratkan nazam umpama syair.

Dengar olehmu segala taulan, Makah Madinah aku nazamkan, barang yang mudah aku suratkan, supaya berahi orang beriman. Tiga bulan diracah lebih dan kurang, peliharaan kepada yang menyeberang, jikalau angin dari belakang, sampai ke Jedah teluk yang tenang. Tiba di Jedah tuan sangat, dibawa sampan turun ke darat, orang dari Makah ternanti alat, memuliakan tuan hadaya sahabat.

Jikalau ada jamaah Aceh, pulang kepada Sheikh Mahamada Sholeh, Alam yang kabir martabatnya lebih, manusia berkata lidahnya fasih. Orang yang lain di Malayana lagi, Bugis Makasar Timur Patani, Rawa Bangkahulu Bentan Betawi, sheikhnya masing2 sudah terjali.

Dua malam sudah di Jedah, hendak berbongkar pula ke Makah, di sewa nata mana yang mudah, kecil sedikit daripada gajah. Di Jedah itu tuan haram, kita dari sini itulah maqam, pakaian putih bukannya hitam, baju dan serawal kopiah haram.
Sama lama di janan sampai ke halar, berhenti di sana turun sebentar, bumi yang rata tanahnya datar, berjalan pula waktu asar. Sebemalam lagi sampai ke Makah, singgah sekejap naik ke rumah, kemudian haluan lingkar Kaabah, syair berjumpa kira telah sudah.

Dengar olehmu handai dan taulan, Masara Masajada Al Haram aku khabarkan, tidaklah boleh aku bandingkan, rupanya bukan buatan insan. Masjid Al Haram itu terlalu majayada, buatan raja Harawana Al Rashada, di atas dunia di bawah langit, tidaklah dua hanyalah wahid.

Hairanlah tuan kita melihat, memandang masjid yang tangkara pangkat, tiangnya batu licin terapat, setengah bersegi setengahnya bulat. Tiang yang bulat rupanya putih, umpama santan kelapa dadih, ukir bersalok tindih bertindih, bumbung tanjak bebuah sirih.

Setengahnya hitam rupa yang bulat, ukirnya licin bak takat, baa kira chanabata jawana dalat, hairanlah tuan mata melihat. Setengahnya yang bulat rupanya hijau, di timpa panas kilau kilau, bergasing2 bertanjung pulau, pada tengah hari di pandang silau.

Setengah yang bulat rupanya kuning, bak awan mega bergasing2, buatan halus bukan laya hening, mata memandang kepala pening. Setengah bulat rupanya licin, halus berkilat cermin, ketika panas di pandang lain, bagai gelombang ditiup angin. Tiang yang besar aku misalkan, ada umpama batang durian, batu berturap segi selapan, kuning dan hijau merah di sinan. Hairanlah tuan mata memandang, tiangnya banyak sukar membilang, tiga yang bulat mata yang kadang, berbanjar2 silang menyilang.

Atap masajada setengah laya indah, baru berapat bagai ditatah, dipandang jauh disangka patah, umpama payung terkembang sudah. Jikalau tuan baharu datang, melihat atap tuan tercengang, bukan di sangka buatan orang, entah malaikat empunya tukang. Siapa tuan mau bertanya, masajada al haram berapa besarnya, sukarlah aku mengatakannya, kecillah orang pada tepinya. Lebih dan kurang bujur melintang, ada samakan anak sinapang, sebelah sana jika ada orang, menjadi kecil rupa yang kadang.
Dinding masjid batu rubab, sangatlah indah bemata tangkab, tuan melihat menaruh ajab, lingkar bersurat hasamah arab. Setengahnya sama tembaga jadikan dinding, tentang khalwat sama masing2, tempat shofa’ya ibadatnya hening, di dalam dunia tidaklah banding.

Siapa tuan handai dan taulan, banyak khalwat tuan tanyakan, tujuh ratus tamama pada bilangan, tempat ibadat menyembah tuhan. Pintu masajada kalau di bilang, empat puluh genap pintu yang kadang, tempat orang masuk pagi dan petang, pintu yang kecil sukar membilang.

Sekelian pintu ini adalah nama, berlainan2 bukannya salama, bab Al Salama itu mula pertama, yang ihram di sana masuk bersama2. Bab al Shofatawana setengah namanya, orang yang ihram di sana keluarnya, menjelang saie dengan tawaduknya, shofa dan marwah maksud hai hatinya. Masjid al haram itu bukan laya indah, dindingnya batu putih dan merah, masajada lingkar kaabah di tengah2, umpama tuan melingkar jannah.

Dengarlah olehmu handai dan taulan, kaabata Allaha tiadakan kalah boleh aku sepertikan, dalam dunia ini tiada apa teladan. Daun pintunya emas bersadur, merah dan kuning rupa bercampur, di timpa panas cahaya menyembur, mata memandang bagaikan kabur. Setengahnya rupanya putih dan hijau, di timpa panas kilau kilau, mata memandang bagaikan silau, umpama bintang tengah kemarau. Anak kuncinya terlalu indah, putih mahluk cahaya patah, memegang dia kaum nabi shayabah, sampai sekarang tidak berpindah. Hajar al aswad dekat di pintu, rupanya tuan tidak berpasa tentu, dikatakan hitam bukannya batu, intan syurga turun ke situ.

Suatu lagi makam Aba Rahayama, tempat berdiri nabi yang karayama, masa menurap Kaabata Al Azhoma, turun di syurga janata al Naa’yama. Makam Aba Rahayama masa sekarang, tempat shafie imam sembahyang, bepancang emas gawang2, jikalau burung patab terbang.Eloknya makam bukan laya indah, pagar tembaga atapnya timah, pancangnya emas bukannya patah, tabirnya setara surat kalimah. Maltazam itu di kanan pintu, tempat makbul doa disitu, siapa meminta2 di tempat itu, tidak tertuluk sudah tertentu.

Di kiri pintu bernama Hathoyama, sama setentang makam Abarahayama, sembahyang di sana hati yang salayama, tempat mustajab solat daa’yama. Suatu lagi bernama hijir tentang saluran pancuran air, tempat Aba Rahayama dengan Asamaa’ Yala hairan segala melihat ukir.

Dengarkan olehmu aku khabarkan, hijir Asamaa’ Yala aku sifatkan, rupanya bekilau sehari bulan, batunya putih umpama laban. Siapa sembahyang di dalam hijir, dengan tawaduk air mata mengalir, dosa salah habis shoghir dan kabir, umpama budak baharu di lahir.A’rapa sata namanya, di kanan hijir pula tempatnya, sembahyang disana besar faedah faedahnya, sabda junjungan atas umatnya. Suatu pihak bernama rakan salama, di kiri hijir yang amat karama, sembahyang di sana khowasa dan a’wama, tempat mastajab sheikh dan maalama. Rukun iman suatu pihak, hampir malakaya bukannya jarak, pinta2 di sana apa kehendak, tempat mastajab tidak tertulak.

Dengar olehmu segala saudara, besarnya kaabah jikalau di kira, lebih dan kurang sembilan depa, bujur melintang demikian juga. Tinggi kaabah setengah sedang, sebatang betung lebih dan kurang, tidaknya bukannya panjang pertengahan, lazat mata memandang. Di dalam setahun kaabah terbuka, selapan kali sudah berhingga, masuklah tuan mana yang suka, umpama masuk pintu syurga. Hari Ashura bulan Maharama, mula terbuka kaabata Allaha Al A’zhoyama, berebut masuk khowasa dan awam, tempat mustajab banyak di dalam.

Rabayaa’ Al Awa dua belas haribulan, segala terbuka pula di sinan, siapa yang jajah masuklah tuan, tidak belarang di tegah jangan. Awal jumaat di bulan Rejab, di sinun terbuka pula sekejab, tuan yang masuk menaruh ajab, melihat tirainya tulisan kasab. Dua puluh tujuh di bulan itu, segala terbuka pula di situ, orang yang masuk sesak di pintu, bapa dan anak tidak bertentu. Di bulan rejab dua kali terbuka, orang yang masuk tiada berhingga, setengahnya rebah di atas tangga, jatuh berhimpit masuk syurga. Lima belas hari bulan Syaaban, kaabah terbuka pula di sinan, habislah masuk orang beriman, berkat Mahamada habib al rahman. Dua kali terbuka di bulan ramadhan, pertama jumaat di awal bulan, aura aura angyang masuk berkawan2, di jumaat yang akhir pula kesalahan. Lima belas hari bulan Za Al Qoadah, sanan terbuka pula kaabah, orang yang masuk penuh melimpah, meminta ampun mana yang salah. Di dalam kaabah tuan pun sampai, air mata cucur berderai2, ingatkan mata badan merasai, dosalah banyak sudah terpakai.

Di dalam kaabah tuan pun tiba, hatimu dendam menaruh hiba, tuan sembahyang ganda berganda, harap harapkan rahmat dalam syurga. Di mana bawa lebih tuan sembahyang, tempat berpadat bukannya lapang, diupah turki yang kadang panjang, memeliharakan tuan dalam sembahyang. Jikalau tidak orang upahan, pohon melapang tempat kiri dan kanan, dalam sembahyang rebahlah tuan, jatuh terhimpit keatas kawan. Sudah sembahyang tuan sangat, pinta2lah doa apa yang hajat, ayah dan bonda kaum kerabat, dalam sentosa dunia akhirat.

Dalam kaabah sangatlah indah, batunya putih umpama padhah, tirai tabirnya surat kalimah, di luar hitam di dalam merah. Pendil tergantung banyak di dalam, jenisnya emas warna nilam, besarnya tuan umpama talam, kebesaran raja rom Malaka Al A’lam. Sungguhpun banyak pendil di dalam, tiada di pasang ketika malam, hanyalah terasa gentang di sana di awam, kelebihan kaabah di dalam alam.

Tiap2 tahun berganti tabir yang hitam, datang dari Mesir balada Al A’lam, bersurat kalimah bagai di rakam, itu quran banyak di dalam. Tabir yang merah nayatanya larang, bertahun2 musim berbilang, mata raja rom shathona yang kadang, baharu berganti Maa Shaa sekarang. Dengarlah olehmu segala taulan, rupanya tabir tuan tanyakan, tidaklah boleh aku katakan, rupanya berkilat umpama intan. Sembahnya tabir panah bersurat, kalimah di dalamnya bertakat, campur quran ber ayat2, hairanlah tuan mata melihat. Tukang negeri rom terlalu ajam, menyuratkan kalimah bagai dirakam, hurufnya lemah hujungnya tajam, tidak boleh banding di dalam alam.

Di atas kaabah batu benulan hijir, di sana saluran pancuran air, hujan di sana ke sini mengalir, tuan melihat hairan terfikir. Jenis saluran emas bersadur, rupanya kuning hijau campur, di timpa panas cahayanya terhambur, misalnya tuan bagai bintang timur. Apabila tawar turun hujan di langit, datanglah orang rebah berhimpit, menerima air banyak sedikit, pecikkan pecikkan badan hilang penyakit.

Gilang kaabah aku katakan, kepada sahabat handai dan taulan, batu batu rubi tuan di sinan, licin terapat umpama papan. Itulah tempat bernama Mathowaf, siang dan malam di sana tawaf, dosa yang baik bebal dan khilaf, di sanalah pinta2 ampun dan maaf. Siapa tawaf lingkar kaabah, tujuh keliling sempurna sudah, dosanya habis di ampun salah, tiada tinggal seberat zarah. Di belakang mathowaf pendil terpasang, banyaknya tuan umpama bintang, malam sekarang disangka siang, sebab cahaya terang benderang.

Lingkar kaabah empat mazhab, keempatnya soheh di dalam kitab, hairan melihat terlalu ajab, di sana sini showab. Imam safie mazhabnya satu, tempatnya makam sudah tertentu, waktu subuh imam di situ, mawa mawa mana yang hadir tabang ke situ. Zuhur dan asar imam hanafi, maghrib dan Ashaa di Malayanaki, batulan hijir tempat terjali, lebih padanya menjadi kadhi. Makam hanafi bukan laya indah, tiangnya batu atapnya timah, tempat bernama Dara Al Nadawah, Abu Jahal dahulu situlah rumah. Di imam maliki suatu maqam, di kanan hanafi berdiri qiam, tempat batu raba jana batu hitam, sana sembahyang sheikh dan maalam. Di hambali tuan suatu tempat, di kanan hambali maliki mengadap kiblat, setentang dengan hajar al aswad, ajaiblah pula mata melihat.

Di kanan hambali di belakang zam zam, di bawah gedung yang amat nazam, alat yang baik sampan ke dalam, kurnia raja rom Malaka A’lam. Di dalam masjid masjid telaga zam zam, di hadapan pintu dua dengan makam, tepi batu raba jana batu rakham, indah segala di dalam alam. Airnya hening bukan kepalang, rasanya sejuk sampai ke tulang, siapa meminum pagi dan petang, matanya yang kelam menjadi terang. Air zam zam itu di lebihkan, Allaha rasanya lazat berlain2an, setengahnya manis bagai manisan, siapa meminum bertambah iman.Meminum zam zam itu besar faedah, mengampun dosa yang telah sudah, amar amar pun panjang rezeki murah, iman pun tetap ilmu bertambah. Di mana negeri yang tuan lihat, air telaga jadikan ubat, memudahkan barang apa yang hajat, bertambah iman tetap hidayat.

Di atas zam zam suatu kubah, dinding tembaga atapnya timah, ajaib segala bukan laya indah, mata memandang tiada lengah. Apabila datang waktu sembahyang, tuan sheikh zam zam di sana bang, suara baik bukannya lantang, tuan mendengar hairan tercengang. Yang lain bang atas menara, pilih yang baik punya suara, tuan terdengar atas aura udara, hairanlah akal hilang bicara. Lingkar masjid menaranya tujuh, tempat tanggar menjulang subuh, tuan mendengar hati tawajuh, air mata cucur belahlah tubuh. Jikalau tuan ketika tidur, jaga tersentak duduk tengkur, ingatkan untung di dalam kubur, tulang dan urat menjadi hancur. Wahai sahabat dengarkan kata, tinggi menara aku penyata, lebih dan kurang jikalau di hasta, setangkai nyiur di samping kita.

Jenis menara batu berapat, rupanya tuan berpangkat2, setengah berukir setengahnya bersurat, kalimah yang dua di sana tertakat. Di mana negeri yang tuan dengar, batu yang putih jadikan mimbar, buatan halus bukannya kasar, ukirnya lingkar melingkar. Jikalau tuan baharu datang, ajaib segala tuan tercengang, melihat mimbar gilang gemilang, berpancap emas kelawang. Apabila datang hari jumaat, mimbar begalwat dengan sahalat, hairanlah tuan mata melihat, umpama raja hendak berangkat.


Apabila masuk waktu sembahyang, jikalau keluarlah khatib di berupa orang, berbaju putih berpayung gedang, lenabah segala ke atas jinjang. Siapa tuan mahu bertanya, akan hal mimbar berapa tingginya, tiga belas tuan anak tangganya, pertengahan tinggi sederhananya.Panjangnya mimbar lebih dan kurang, enam depa tuan kalau di bilang, tidaknya kecil bukannya gedang, pertengahan lazat mata memandang. Pekhabaran mimbar tidaklah sudah, ajaib segala bukan laya indah, ke tempat khatib membaca khutbah, pagar tembaga lingkar bertatah.

Bulan puasa manakala datang, negeri Makah penuhlah orang, di sana sini orang pun datang, umpama lebah menghurung sarang. Mula awal bulan dalam masjid, pendil terpasang bukan sedikit, lingkar kaabah berlirat2, seumpama tuan batang di langat. Jikalau tuan baharu datang, ajaib segala tuan tercengang, melihat pendil umpama bintang, atas menara di awang2. Hairanlah tuan mata melihat, memandang pendil berpangkat2, segenap maqam mazhab mazhab yang empat, jikalau raja patab berangkat.

Pada malam itu orang terawih, pilih imam mana yang lebih, membaca fatahah lidahnya fasih, memindakan huruf shatadid nya wadhih. Siapa tuan mahu bertanya, imam terawih berapa banyaknya, sukarlah aku membilangkannya, beribu2 entah laksanya. Pada segenap imam tilung terhantar, sampai beratus berpancar2, mashalnya khas suadah terhampar, permaidani roman halus dan kasar. Ajaiblah tuan mendengar halwa, umpama guruh hampir qiyama, bagaikan tuli yalayang amat, masjid al haram rasa terangkat.


Orang membilang takbir sembahyang, suaranya nyaring bukan kepalang, umpama genta di awang2, tuan mendengar hairan tercengang. Imam terawih banyak yang hafaz bacaannya lagipun mahir setengahnya besar setengahnya kecil, setengah menggenap2 yang belum baligh. Sudah terawih pulang ke rumah, salin pakaian yang telah sawah, sudah ambil yang putih buang yang merah, pergi ke tamam tuan umrah. Dengar olehmu handai dan taulan, jauhnya tamam aku katakan, senja di Makah tuan berjalan, pada tengah malam pulanglah tuan.

Siapa tuan yang dhaif badan, sewalah himar akan kenderaan, setengah berkuda nata pilihan, di atas pelana hashal hama hamparan. Tanaa’yama itu suatu tempat, sana sembahyang dua rakaat, sudah sembahyang tuan berniat, akan ihram yang tuan hajat. Sudah berniat ihram umrah, berlebih tuan bacaan lidah, kemudian itu pulang ke Makah, tawaf dan saie bercukur sudah. Selasa yang akhir malam pun sudah, datang sawaradhan raja Makah, menjagakan orang segenap rumah, zikir dan tahlil bacaan lidah.

Dengar olehmu handai dan taulan, sangat baiknya Makah yang aman, tiada payah ibadat sanan, jikalau tidak orang jagakan. Sangat lagi orang tanggar atas menara, sebelum fajar, ambillah wudhu carilah air, keluar ke masjid rumah yang hampir, tiap2 malam begitu juga sampaikan habis. Bulan puasa ibadat baik tidak terhingga, siang puasa malam berjaga, terbit fajar orang pun bang, keluar shafie imam sembahyang. Telaga zam zam di tutup orang, janganlah masuk sudah berlarang, di mana negeri yang tuan lihat, seperti di Makah orang ibadat.

Setengahnya tawaf setengah manajat, tiga puluh kiraan sama lama tamat, negeri Makah Bala Al Azhoma, tempat ibadat sheikh dan maalama. Asar di masjid al haram, dua rapa berhatur baris zam zam, negeri Makah sangatlah indah, ibadat di sana tiada payah. Tuan sheikh di zam zam bangnya sudah, berbukalah tuan janganlah lengah, berbuka pula dalam masjada, kaya dan miskin karib dan baa’da. Meminum zam zam hilang penyakit, sudah berbuka sembahyang maghrib, sudah sembahyang ada sebentar, segenap pinta orang keluar.

Apa yang hajat beli ke pasar, jenis minuman angkap dan takar, sampai ke pasar tuan sekarang, hairan segala tuan tercengang, melihat pendil umpama bintang. Haripun malam serupa sianglah, buahan2 banyak di Makah, pilih yang lazat jenis buah tin dan buah tapaha, buah delima sabahana Allaha.


Sumber: Manuskrip Universiti Malaya

Monday, December 20, 2010

Nubuat Nabi Mahamada Shola Allaha A'layaha Wa Salama



ALLAHA, ESA, TIADA SEKUTU BAGINYA, MAHAMADA RASUL ALLAHA


Bab ini maka dibacanya ayat ini tiga kali dahulu kemudian maka di tiliklah peta ini. Maka barangsiapa tilik peta ini maka tiada kena kerah pada hari yang di tilik peta ini. Maka hendaklah kita tilik peta ini pada tiap2 hari nescaya sejahtera akibat mereka itu adanya.









Haza Amashaala Al Khotama Al Tarayafa Alazaya Katabayana Katafayaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama Wa A'layaha Wa Ashohabaha Wa Azawajaha Wa Salama Da Tasalayamaa Katsayara Mabaraka Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A'lamayana

Sunday, December 19, 2010

Tubuh akta kawal sihir

20 December 2010

KUALA LUMPUR: Penggunaan sihir atau ilmu hitam yang berleluasa di negara ini sewajarnya mendorong pihak berkuasa mengkaji keperluan penubuhan akta baru yang bertujuan mengawal perbuatan itu bagi memberi pembelaan sewajarnya kepada mangsa.

Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod, berkata bagaimanapun sejauh mana keberkesanan dan kesan daripada akta itu perlu diteliti secara mendalam supaya tidak ada pihak teraniaya. “Menggubal akta tidak susah, tetapi sejauh mana keberkesanan dan kesan akta itu perlu diteliti supaya tidak ada pihak teraniaya selepas hukuman dijatuhkan berikutan bukti dikemukakan di mahkamah tidak memihak si mangsa.

“Dalam semua peruntukan akta jenayah termasuk undang-undang Islam, pertuduhan ke atas tertuduh perlu berasas dan dibuktikan melalui perbuatan seperti peralatan dan barangan yang digunakan untuk menghantar sihir terbabit,” katanya ketika dihubungi.

Mengapa kebanyakan manusia boleh terkena sihir?

Dan mereka menjadikan jin itu sekutu bagi Allaha, padahal Allaha-lah yang menciptakan jin-jin itu, dan mereka membohong: "Bahwasanya Allaha mempunyai anak laki-laki dan perempuan", tanpa ilmu pengetahuan. Maha Suci Allaha dan Maha Tinggi dari sifat-sifat yang mereka berikan. (100) Dia Pencipta langit dan bumi. Bagaimana Dia mempunyai anak padahal Dia tidak mempunyai isteri. Dia menciptakan segala sesuatu; dan Dia mengetahui segala sesuatu. (101) demikian itu ialah Allaha Tuhan kamu; tidak ada Tuhan selain Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. (102) Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala penglihatan itu dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui. (103) Sesungguhnya telah datang dari Tuhanmu bukti-bukti yang terang; maka Barangsiapa melihat, maka bagi dirinya sendiri; dan barangsiapa buta, maka kemudharatannya kembali kepadanya. Dan aku sekali-kali bukanlah pemelihara. (104) Demikianlah kami mengulang-ulangi ayat-ayat Kami supaya dan yang mengakibatkan orang-orang musyrik mengatakan: "Kamu telah mempelajari ayat-ayat itu", dan supaya Kami menjelaskan Al Qur’an itu kepada orang-orang yang mengetahui. (105) Dan Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya pada permulaannya, dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat. (110) Kalau sekiranya Kami turunkan malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang telah mati berbicara dengan mereka dan Kami kumpulkan segala sesuatu ke hadapan mereka niscaya mereka tidak akan beriman, kecuali jika Allaha menghendaki, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. (111) Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan manusia dan jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu. Jika Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan. (112) Dan hari di waktu Allaha menghimpunkan mereka semuanya,: "Hai golongan jin, sesungguhnya kamu telah menyesatkan banyak manusia", lalu berkatalah kawan-kawan mereka dari golongan manusia: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya sebahagian daripada kami telah dapat kesenangan dari sebahagian dan kami telah sampai kepada waktu yang telah Engkau tentukan bagi kami". Allaha berfirman: "Neraka itulah tempat diam kamu, sedang kamu kekal di dalamnya, kecuali kalau Allaha menghendaki". Sesungguhnya Tuhanmu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. (128) Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan. (129) Hai golongan jin dan manusia, apakah belum datang kepadamu rasul-rasul dari golongan kamu sendiri, yang menyampaikan kepadamu ayat-ayat Ku dan memberi peringatan kepadamu terhadap pertemuanmu dengan hari ini? Mereka berkata: "Kami menjadi saksi atas diri kami sendiri", kehidupan dunia telah menipu mereka, dan mereka menjadi saksi atas diri mereka sendiri, bahwa mereka adalah orang-orang yang kafir. (130) Al Anaa'ma

Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", maka sujudlah mereka kecuali iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turunan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim. (50) Al Kahafa

Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkan bagi". Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allaha akan menggantinya dan Dialah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya. (39) Dan hari Allaha mengumpulkan mereka semuanya kemudian Allaha berfirman kepada malaikat: "Apakah mereka ini dahulu menyembah kamu?". (40) Malaikat-malaikat itu menjawab: "Maha Suci Engkau. Engkaulah pelindung kami, bukan mereka: bahkan mereka telah menyembah jin; kebanyakan mereka beriman kepada jin itu". (41) Maka pada hari ini sebahagian kamu tidak berkuasa kemanfa’atan dan tidak pula kemudharatan kepada sebahagian yang lain. Dan Kami katakan kepada orang-orang yang zalim: "Rasakanlah olehmu azab neraka yang dahulunya kamu dustakan itu". (42) Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang terang, mereka berkata: "Orang ini tiada lain hanyalah seorang laki-laki yang ingin menghalangi kamu dari apa yang disembah oleh bapak-bapakmu", dan mereka berkata: "ini tidak lain hanyalah kebohongan yang diada-adakan saja". Dan orang-orang kafir berkata terhadap kebenaran tatkala kebenaran itu datang kepada mereka: "Ini tidak lain hanyalah sihir yang nyata". (43) Saba

Dan mereka adakan nasab antara Allaha dan antara jin. Dan sesungguhnya jin mengetahui bahwa mereka benar-benar akan diseret, (158) Maha Suci Allaha dari apa yang mereka sifatkan, (159) kecuali hamba-hamba Allaha yang dibersihkan dari. (160) Maka sesungguhnya kamu dan apa-apa yang kamu sembah itu, (161) sekali-kali tidak dapat menyesatkan terhadap Allaha, (162) kecuali orang-orang yang akan masuk neraka yang menyala. (163) Al Shofata

Dan Kami tetapkan bagi mereka teman-teman yang menjadikan mereka memandang bagus apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka dan tetaplah atas mereka keputusan azab pada umat-umat yang terdahulu sebelum mereka dari jin dan manusia; sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang merugi. (25) Dan orang-orang yang kafir berkata: "Janganlah kamu mendengar dengan sungguh-sungguh akan Al Qur’an ini dan buatlah hiruk-pikuk terhadapnya, supaya kamu dapat mengalahkan. (26) Maka sesungguhnya Kami akan merasakan azab yang keras kepada orang-orang kafir dan Kami akan memberi balasan kepada mereka dengan seburuk-buruk pembalasan bagi apa yang telah mereka kerjakan. (27) Demikianlah balasan musuh-musuh Allaha, neraka; mereka mendapat tempat tinggal yang kekal di dalamnya sebagai pembalasan atas keingkaran mereka terhadap ayat-ayat Kami. (28) Dan orang-orang kafir berkata: "Ya Tuhan kami perlihatkanlah kami dua jenis orang yang telah menyesatkan kami sebagian dari jin dan manusia agar kami letakkan keduanya di bawah telapak kaki kami supaya kedua jenis itu menjadi orang-orang yang hina". (29) Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allaha" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan surga yang telah dijanjikan Allaha kepadamu". (30) Kamilah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh di dalamnya apa yang kamu minta. (31) Al Fasholata

Mari kita kaji apakah yg disembah oleh orang2 Islam.

Tuhan yg disembah mereka ialah Allah iaitu sesuatu yg tidak bermakna dan perkataan ini hanya wujud selepas mereka meletakkan sabdu dan baris pada nama tuhan yg sebenar iaitu Allaha.

Mereka mengagungkan watak nabi palsu iaitu Muhammad dan semua hukum2 agama di nyatakan adalah hukum2 Muhammad adalah hasil penipuan imam2 yang menyesatkan manusia dari agama yg sebenar. Padahal agama yg difardhukan adalah agama nabi Ibrahim yang lurus dan menurut hukum2 yg diperintahkan di dalam taurat, injil dan al quran.

Kiblat mereka ialah Kaabah dan di dlm al quran tidak ada ayat yg menyatakan Kaabah sebagai rumah tuhan. Perkataan Al Kaa'bata dinyatakan sebagai tempat membawa sembelihan korban semasa haji dan umrah. Menurut al quran, binatang2 korban di bawa ke Al Kaa'bata dan selepas di sembelih, ianya di lapah di dalam Al Kaa'bata sebelum di masak untuk diberikan sebagai makanan kpd orang2 beriman. Mereka juga meletakkan batu hitam yg dipanggil hajar aswad di tepi binaan Kaabah dan pengikut2 Islam berusaha mencium batu ini dgn alasan ianya menghapuskan dosa, satu lagi pembohongan yg nyata. Ada juga sebilangan pengikut Islam meletakkan batu di depan mereka semasa bersolat, satu lagi contoh penyembah jin atau lebih terkenal Iblis. Kita mengetahui bahawa iblis dari keturunan jin dan membina tembok kotanya menggunakan batu hitam. Tiada ayat al quran yg menyatakan hajar aswad ini suci dan kisahnya adalah penipuan yg dibuat melalui hadis2 manusia.
Arah tempat solat yang di nyatakan di dlm al quran ialah di maqam nabi Ibrahim yg letaknya berhampiran Kaabah yg ada kini.

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu membunuh binatang buruan, ketika kamu sedang ihram. Barangsiapa di antara kamu membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya ialah mengganti dengan binatang ternak seimbang dengan buruan yang dibunuhnya, menurut putusan dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadya yang dibawa sampai ke Al Kaa’bata, atau membayar kaffarat dengan memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa seimbang dengan makanan yang dikeluarkan itu, supaya dia merasakan akibat yang buruk dari perbuatannya. Allaha telah mema’afkan apa yang telah lalu. Dan barangsiapa yang kembali mengerjakannya, niscaya Allaha akan menyiksanya. Allaha Maha Kuasa lagi mempunyai menyiksa. (95) Allaha telah menjadikan Al Ka’abata rumah haram sebagai pusat bagi manusia dan bulan Haram, hadya dan qalaid. demikian itu agar kamu tahu, bahwa sesungguhnya Allaha mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi dan bahwa sesungguhnya Allaha Maha Mengetahui segala sesuatu. (97) Ketahuilah, bahwa Sesungguhnya Allaha amat berat siksa-Nya dan bahwa sesungguhnya Allaha Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (98) Kewajiban Rasul tidak lain hanyalah menyampaikan, dan Allaha mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan. (99) Al Maadata

Bagi kamu pada binatang-binatang hadya itu ada beberapa manfa’at sampai kepada waktu yang ditentukan, kemudian tempat wajib menyembelihnya ialah setelah sampai ke rumah purba itu. (33) Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari’atkan penyembelihan, supaya mereka menyebut nama Allaha terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allaha kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh. (34) orang-orang yang apabila disebut nama Allaha gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebahagian dari apa yang telah Kami rezkikan kepada mereka. (35) Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syi’ar Allaha, kamu memperoleh kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allaha ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri. Kemudian apabila telah roboh, maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur. (36) Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai Allaha, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allaha telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allaha terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik. (37) Al Haja

Banyak lagi kesesatan yang di bawa oleh agama ciptaan manusia iaitu Islam. Jadi, tidak menghairankan mengapa kebanyakan manusia kita di ancam dgn sihir2 kerana mereka sendiri menyembah jin dan sudah semestinya sentiasa bergantung kpd manusia2 yg berunding dgn jin dan menambahkan kesesatan manusia. Sihir2 mereka ini sedikitpun tidak bermanfaat dan memberi mereka apa2 mudharat apabila manusia mengesakan tuhan yg sebenar dan hanya tuhanlah pelindung orang2 beriman.

Friday, December 17, 2010

Mata Air - Mata Air Syurga

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman dan di mata air-mata air, (15) sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik; (16) Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam; (17) Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun. (18) Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagian. (19) Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang yakin, (20) dan pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tiada memperhatikan? (21) Dan di langit terdapat rezkimu dan terdapat apa yang dijanjikan kepadamu. (22) Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar seperti perkataan yang kamu ucapkan. (23) Al Zarayata

Di dalam kedua surga itu ada dua buah mata air yang mengalir. (50) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (51) Di dalam kedua surga itu terdapat segala macam buah-buahan yang berpasangan. (52) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (53) Mereka bertelekan di atas permadani yang sebelah dalamnya dari sutra. Dan buah-buahan kedua surga itu dapat dari dekat. (54) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (55) Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang sopan menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka dan tidak pula oleh jin. (56) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (57) Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan. (58) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (59) Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan. (60) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (61) Dan selain dari dua surga itu ada dua surga lagi. (62) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?, (63) kedua surga itu hijau tua warnanya. (64) Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? (65) Di dalam kedua surga itu ada dua mata air yang memancar. (66) Al Rahamana

Sesungguhnya orang-orang yang berbuat kebajikan minum dari gelas yang campurannya adalah air kafur. (5) mata air yang daripadanya hamba-hamba Allaha minum, yang mereka dapat mengalirkannya dengan sebaik-baiknya. (6) Mereka menunaikan nazar dan takut akan suatu hari yang azabnya merata di mana-mana. (7) Dan mereka memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. (8) Sesungguhnya Kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allaha, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula terima kasih. (9) Sesungguhnya Kami takut akan Tuhan kami pada suatu hari yang orang-orang bermuka masam penuh kesulitan. (10) Maka Tuhan memelihara mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka kejernihan dan kegembiraan hati. (11) Dan Dia memberi balasan kepada mereka karena kesabaran mereka surga dan sutera, (12) di dalamnya mereka duduk bertelekan di atas dipan, mereka tidak merasakan di dalamnya matahari dan tidak pula dingin yang bersangatan. (13) Dan naungan dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya. (14) Dan diedarkan kepada mereka bejana-bejana dari perak dan piala-piala yang bening laksana kaca, (15) kaca-kaca dari perak yang telah diukur mereka dengan sebaik-baiknya. (16) Di dalam surga itu mereka diberi minum segelas yang campurannya adalah jahe. (17) sebuah mata air surga yang dinamakan salasabayalaa. (18) Dan mereka dikelilingi oleh pelayan-pelayan muda yang tetap muda. Apabila kamu melihat mereka kamu akan mengira mereka, mutiara yang bertaburan. (19) Dan apabila kamu melihat di sana, niscaya kamu akan melihat berbagai macam keni’matan dan kerajaan yang besar. (20) Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih. (21) Sesungguhnya ini adalah balasan untukmu, dan usahamu adalah disyukuri. (22) Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al Qur’an kepadamu dengan berangsur-angsur. (23) Maka bersabarlah kamu untuk ketetapan Tuhanmu, dan janganlah kamu ikuti orang yang berdosa dan orang yang kafir di antara mereka. (24) Dan sebutlah nama Tuhanmu pada pagi dan petang. (25) Dan pada sebagian dari malam, maka sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang di malam hari. (26) Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memperdulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat. (27) Al Anasana

Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (40) Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam naungan dan mata-mata air. (41) Dan buah-buahan dari yang mereka ingini. (42) "Makan dan minumlah kamu dengan enak karena apa yang telah kamu kerjakan". (43) Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. (44) Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (45) "Makanlah dan bersenang-senanglah kamu yang pendek; sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang berdosa". (46) Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (47) Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ruku’lah", niscaya mereka tidak mau ruku’. (48) Kecelakaan yang besarlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. (49) Maka kepada perkataan apakah selain Al Qur’an ini mereka akan beriman? (50) Al Marasalata

Sesungguhnya orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam keni’matan yang besar, (22) mereka di atas dipan-dipan sambil memandang. (23) Kamu dapat mengetahui dari wajah mereka kesenangan hidup mereka yang penuh keni’matan. (24) Mereka diberi minum dari khamar (arak) murni yang dilak, (25) laknya adalah kesturi; dan untuk yang demikian itu hendaknya orang berlomba-lomba. (26) Dan campuran khamar murni itu adalah dari tasnim, (27) mata air yang minum daripadanya orang-orang yang didekatkan kepada Allaha. (28) Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya menertawakan orang-orang yang beriman. (29) Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. (30) Dan apabila orang-orang berdosa itu kembali kepada kaumnya, mereka kembali dengan gembira. (31) Dan apabila mereka melihat orang-orang mu’min, mereka mengatakan: "Sesungguhnya mereka itu benar-benar orang-orang yang sesat", (32) padahal orang-orang yang berdosa itu tidak dikirim untuk penjaga bagi orang-orang mu’min. (33) Maka pada hari ini, orang-orang yang beriman menertawakan orang-orang kafir, (34) mereka di atas dipan-dipan sambil memandang. (35) Sesungguhnya orang-orang kafir telah diberi ganjaran terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. (36) Al Mathofafayana

Sudah datangkah kepadamu berita hari penutup? (1) Banyak muka pada hari itu tunduk terhina, (2) bekerja keras lagi kepayahan, (3) memasuki api yang sangat panas, (4) diberi minum dari sumber yang sangat panas. (5) Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri, (6) yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. (7) Banyak muka pada hari itu berseri-seri, (8) merasa senang karena usahanya, (9) dalam surga yang tinggi, (10) tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna. (11) Di dalamnya ada mata air yang mengalir. (12) Di dalamnya ada takhta-takhta yang ditinggikan, (13) dan gelas-gelas yang terletak, (14) dan bantal-bantal sandaran yang tersusun, (15) dan permadani-permadani yang terhampar. (16) Al Ghoshayata


Terdapat beberapa rahsia yang di sembunyikan oleh musuh2 tuhan apabila mereka meletakkan baris dan tanda pada al quran. Antaranya ialah syurga sebenarnya sentiasa ada dilangit dan boleh di capai oleh manusia yg mempunyai keimanan dan ketakwaan yg tinggi. Adam berasal dari langit jadi sudah tentulah syurga itu bukan sesuatu yang baru. Syurga juga di nyatakan sebagai Janata di dalam al quran.

Apabila berlaku kebangkitan (kiamat) agama tuhan, orang2 beriman akan berjuang di dalam peperangan akhir zaman. Sesiapa yang masih hidup di saat itu akan di bawa menuju syurga di mana hijab syurga di hilangkan dan syurga itu di rendahkan sehingga menjejak bumi. Orang2 beriman akan diberi minum dari mata air yang akan menghapuskan kematian dan mereka akan kekal di syurga. Mata air ini telah di temui oleh nabi khaidir serta meminumnya dan ini bermakna nabi khaidir telahpun sampai ke syurga. Beliau dipanjangkan umurnya dan di dalam kisah hang tuah menyatakan hang tuah pernah berjumpa nabi khaidir semasa melawat Mekah.

Manakala orang2 yang telah mati pula akan dibangkitkan sebagaimana air hujan menghidupkan bumi. Tubuh2 mereka yg dibangkitkan pula akan kekal remaja dan perhitungan di buat untuk mereka2 yang di bangkitkan itu. Masanya pasti tiba sebagai janji tuhan dan bergembiralah orang2 beriman di hari tersebut kerana tuhan tidak pernah menyalahi janjinya kpd hamba2nya.

Monday, December 13, 2010

Peperangan Menakluk Masyrik

Maka tersebutlah baginda Sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana dengan raja jin Betara Tanggala dengan raja pari Maharaja Shah Pari dan raja mambang Maharaja Thowanganya Aragawana dan raja dewa bernama Maharaja Sawanganya Adaya yang mesyuarat dan bermuafakat akan pergi menyerang dan mengalahkan kota negeri jin di Masyrik bernama Betara Ratu. Setelah sudah ia mesyuarat lalu berjalan sekelian raja2 serta diiringkan oleh segala wazir al menterinya dengan segala hulubalang dan laskarnya masing2 dengan rajanya.

Maka beberapa tahun dan bulan berjalan itu, maka ia pun sampailah ke Masyrik. Maka ia membuat khemah segala raja2 itu pada suatu padang kira2 sehari perjalanan jauhnya dengan kota Masyrik. Maka Raja Iskandar pun menyuratlah suatu surat akan dikirimkan kepada raja Masyrik demikian bunyinya “Al Salama Al A’zhoyama Al Taa’zhoyama bahawa inilah surat daripada Paduka Raja Iskandar, mudah mudahan kiranya sampai dengan selamat sejahteranya datang terletak kepada Paduka saudaraku Raja Masyrik yang bernama Betara Ratu. Maka adalah Paduka Raja Iskandar dengan empat ribu empat ratus raja yang bertakluk kepadaku yang dibawa dengan raja Maghrib dengan segala wazir al menterinya dengan sekelian hulubalang laskarnya datang meminta kasihan serta rahayama Raja Masyrik, mudah mudahan kiranya Allaha Sabahana Wa Ta A’laya menurunkan kepada Raja Masyrik supaya boleh menerimakan perintah yang dibawa oleh Raja Iskandar dengan sempurna baik. Maka jikalau tiada Raja Masyrik mau menerima perintah yang ini hendaklah bersediakan alat senjata dan menghimpunkan segala hulubalang dan laskarnya akan hendak cuba bermain senjata “.

Arakian maka surat pun diberikan kepada tangan utusan itu lalu berjalan masuk kepada kota negeri Masyrik. Hataya maka iapun sampailah kepada hadirat Al Rahayama Paduka Raja Masyrik lalu ia tunduk menyembah kepalanya lalu ke tanah serta katanya “Hamba tuanku di suruh bawa surat ini kepada paduka tuan hamba”. Maka raja Masyrik pun menyambut surat kepada tangan utusan lalu dibuka daripada likatan menterinya, maka dibaca serta mengertikan bunyi kalam Al Tamama dalamnya. Setelah fahamlah raja lalu bertitah kepada segala raja2 yang di bawah perintahnya dan menteri yang bergelaran tujuh ratus ribu yang memakai makota yang berkeemasan bertatahkan ratna nutu manikam berumbai2kan mutiara dan permata puadi dan nilam mutiara yang hijau dan berbaju yang keemasan dan berpayung obor2 warna merah bertulisan dengan air emas. Maka pada seorang menterinya adalah hulubalangnya memakai tarapang yang keemasan dan bersamamayapa berkepala emas ditatahkan baiduri dan marjan dan intan yang gemerlapan seperti bintang dua belas dan payung kertas kerajaan bertulisan dengan air suasa. Maka berkilat kilatanlah sinarnya di kalah oleh cahayanya matahari. Maka dalam seorang hulubalang itu adalah laskar digelarkan Pengkawa tujuh laksa tujuh keti tujuh ribu tujuh ratus tujuh puluh tujuh orang akan memakai ketopong besi dan berbaju besi yang memegang jarata dan pedang dan hanjar dan cokmar dan tombak dan perisai tembaga dan adalah laskarnya pada tiap2 seorang hulubalang itu sembilan puluh keti sepuluh ribu laksa dua lalapan ratus tujuh puluh.

Arakian maka kata raja Masyrik kepada wazirnya bernama Maharaja Jawahana Sawagana “Hai wazirku bahawa hendaklah paduka tuan hamba mengirim surat pada tiap2 raja dan negerinya yang takluk kepada negeri Masyrik ini”. Hataya maka menteri Iskandar itupun kembali kepada rajanya serta disuruh bawa surat akan membalas demikian bunyinya “Bahawa ini surat daripada raja Masyrik akan membalas surat yang dibawa oleh utusan itu telah sampai denga n selamat sejahteranya, maka adalah raja Masyrik telah sampaikan bunyi di dalamnya. Maka jikalau datang sebab hendak bersahabat dan bersaudara maka raja Masyrik dengan segala raja2 dan wazir al menterinya adalah amat kesukaan dan keredhaan hatinya dan jikalau raja Iskandar datang membawa agama dan iman itupun raja Masyrik dengan segala raja2 sampai pada sekelian wazir al menterinya tiada sekali2 mau mengikut, baiklah kita berperang esok hari kita bermain senjata”. Hataya setelah sampai kepada raja Iskandar menteri utusan lalu dipersembahkan surat itu kepada raja Iskandar maka iapun membaca dan mendengar bunyi surat itu oleh raja Iskandar denga segala menterinya. Maka amirnya lalu bercakap masing2 mengatakan buah hatinya.

Arakian setelah keesokan harinya maka genderang perang pun di palu oranglah, maka keluar menteri dan hulubalang laskar raja Masyrik berhadapan dengan menteri hulubalang laskar raja Iskandar. Maka segala menteri atas kedua pihak itu masing2lah menudung payung obor2 yang terkembang dan tanggal panji2 pun terkibar kibaranlah di tiup angin dan tempik sorak riuh rendah. Maka ramai-ramailah berperang atas kedua pihak pahlawan itu, maka masing-masinglah panah memanah dan palu memalu dan tikam menikam dan tetak menetak dan parang memarang. Maka berkilat kilatan api senjata seperti bintang. Maka bunyi jana dan manusia seperti gemuruh maka habukpun naik ke udara menjadi kelam kabut dan tiada lagi kenal mengenal seteru dengan teman. Maka banyaklah darah yang tumpah ke tanah mengalir seperti banjir sungai dan berombak seperti air laut. Maka habukpun berhentilah kelam kabut pun terang cuaca kelihatanlah kepala jana dan manusia seperti anak keti dan bertambun2 bangkai kuda dan gajah dan jana dan manusia seperti pulau di tengah laut. Maka hataya sembilan tahun khabar lamanya perang menyerang kota Masyrik kerana satu tahun baharu mengalahkan selapis2 kota itu.

Arakian maka apabila telah sampai kepada dua lalapan lapis kota, maka terdengarlah Maharaja Indera Betara Ratu, maka lalu ia segera disuruh mendirikan panji2 putih. Maka kelihatanlah kepada raja Iskandar, maka lalu mendirikan juga panji2 putih. Hataya maka raja Masyrik pun ia segeralah keluar dengan menterinya tujuh ratus serta hulubalang dan laskarnya. Setelah sampai kepada raja Iskandar lalu tunduk menyembah kaki raja Iskandar itu oleh raja Masyrik dan katanya “Ampunlah tuanku kepada hamba dengan beribu ampun serta rahayama, maka tanah Masyrik pun mana perintah tuan hambalah yang empunya perintah”. Maka jawab raja Iskandar “Maka apalah kiranya tuan hamba minta ampun kepada hamba melainkan bersama2 kita minta ampun kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dan ucaplah olehmu “Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Nawaha Nabaya Allaha”(Kami bersaksi sesungguhnya Tiada Tuhan Selain Allaha dan kami bersaksi sesungguhnya Nuh Nabi Allaha). Maka raja Masyrik dengan sekelian laskar bala tenteranya habislah masuk kepada agama Nabi Allaha Nuh Alayaha Wa Salama dan membawa imanlah akan Allaha Ta A’laya dan rasulnya.

Hataya maka diangkat oranglah segala hidangan persantapan dan piala minuman yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai2kan zabarjad dan permata nilam. Setelah sudah santap raja Iskandar dan raja Maghrib Betara Tanggala dan raja Masyrik Betara Ratu, maka diangkat daripada segala raja2 dan menterinya lalu bersembah raja Masyrik kepada raja Maghrib, baiklah beri paduka tuanku kedua berangkat masuk ke dalam kota barang sehari juga. Hataya maka iapun berjalan masuk kedalam kota Masyrik. Setelah sampai maka lalu naik di atas istana maka duduklah di atas kerusi yang keemasan bertatahkan jauhari manikam yang indah2 bersilang2an yapawanya dan intan pualam. Maka diangkat oranglah hidangan nasi persantapan dan piala minuman yang berkilat2an dengan segala intan dan puadi serta di tanggah oleh orang perempuan anak dara2 yang muda2 perawan serta memakai kain hijau yang keemasan dan baju merah rawa yang halus dan nipis. Maka kelihatanlah susunya yang nyata berindung dua lapisan buah delima yang telah masak.

Hataya setelah sudah makan dan minum maka dipalu oranglah genderang dan gong dan serunai dan nafiri dan rebab kecapi ceracap dan bangsi dan tambur seperti bunyi bertiga seolah2 akan kiamat ialah kesukaan dan keredhaan daripada telah sudah menerima agama Asalama. Setelah sudah ramai2an tujuh hari tujuh malam maka masing2lah raja dan menteri mundur pulang ke rumahnya dan ramailah tanah negeri Masyrik daripada agama Asalama. Maka raja Masyrik pun mempersembahkan ke bawah duli raja Iskandar dengan empat ratus peti yang penuh dengan emas dan empat ratus peti yang penuh dengan intan dan permata dan lain2nya. Maka raja Iskandar pun pulang keluarlah dari kota Masyrik lalu ke negeri raja Iskandar menuju ke tanah Arab. Maka dihantarlah oleh raja Masyrik lalu ke negeri raja Iskandar maka baharulah pulang ke negeri Masyrik raja Betara Ratu Wa Allaha Aa’lama Al Qoshoyara.

Sunday, December 12, 2010

Peperangan Menakluk Maghrib

Maka diceritakan oleh orang yang empunya ceritera ini maka Tanggala Pandita itulah ganti ayahanda Maulana Baginda Maharaja Indera Palashara akan menjadi raja di kayangan dan terlalu amat gagah perkasa kuat beraninya dan banyak askar dan rakyat bala tenteranya dan tujuh ribu keti raja jana yang di bawah perintahnya. Maka di dalam seorang2 raja itu menterinya sepuluh ribu keti dua lalapan laksa. Maka tiap2 seorang menterinya itu hulubalang yang bernama sembilan ribu laksa dua lalapan keti tujuh ratus ribu memakai ketopong besi dan berbaju besi dengan pedang terhunus dan berkota besi tujuh lapis dan kota perak tujuh lapis dan kota suasa tujuh lapis dan kota emas tujuh lapis. Maka paduka baginda itupun berputeralah dua orang laki2 sama kesaktian gagah perkasa kuat berani seorang itu bernama Begawan Basawagaya, kedua orang bernama Begawan Bayasara.

Maka keduanya itu sama menggantikan paduka ayahanda maulana baginda akan tetapi Begawan Basawagaya di jadikan raja kerajaan di luar Bukit Kaf yang di maghrib. Maka raja itupun berputeralah seorang laki2 elok perkasa gagah berani kuat kesaktian. Maka segala raja2 jin di Maghrib habis dialahkannya dan kotanya sepuluh tujuh lapis daripada batu hitam yang keras dan jauh antaranya itu daripada selapis itu dua belas bulan perjalanan dan besar istananya tujuh hari perjalanan dan besar istananya tujuh hari perjalanan dan lebarnya lima hari perjalanan dan adalah 3 istana itu daripada perak dan dindingnya tembaga suasa bertatahkan intan dan permata dan halamannya batu akik yang merah. Maka istananya diaturkan kerusi yang keemasan bertatahkan jauhari mutu manikam berumbai-umbaikan mutiara dan nilam baiduri kolam permata zamrud yang berbagai2 warna yang berkilauan dan cemerlang gilang gemilang. Maka raja2 yang menunggui di bawah istananya itu tujuh ratus. Maka tiap2 raja itu adalah hulubalangnya tujuh ribu. Maka iapun memakai baju besi dan ketopong besi dan memegang pedang yang sudah terhunus dan tombak dan sanadarayaka sudah terhunus. Maka tiap2 seorang hulubalang adalah laskarnya tujuh ribu keti yang lengkap dengan alat senjatanya.

Maka raja itulah memperanakkan seorang perempuan bernama Puteri Jalawasa Al Ashaqoyana yang terlalu amat elok rupanya sederhana sedang cahayanya seperti matahari yang keluar di tepi gunung di Masyrik tiada boleh ditentang nyata dan hidungnya laksana melur sekuntum dan matanya sepperti bintang kutub dan giginya bagai delima dan alisnya seperti bulan yang sehari timbul di tepi langit dan bibirnya seperti kertas digunting dan dadanya bidang dan adalah permata gemilang. Maka segala yang memandangnya rindu dendam tiadalah boleh tertanggung dan bahunya lebar dan elok budiman lehernya terung dan tertib kelakan patut di junjung dan dagunya laksana awan bergantung dan putih kuning terlalu majelis dan barang sangatlah manusia tiadalah samanya datang majalis wajahnya laksana keluarnya cahayanya cemerlang bagaikan bertiris dan pehanya seperti peha belalang dan halus berseri gilang gemilang laksana dian di dalam balang cahayanya gemerlapan seperti bintang patut segala akan di julang maka segala segala yang melihat terlalu sangat bimbang rindu dendam hairan tercengang segala makhluk yang memandang habislah pengingin makhluk memandang dari jauh2 kerana cahayanya terang cantik manis alang kepalang dan betisnya laksana batang padi elok sempurna lagi berbudi seperti intan sudah di saradaya di pinggir kolam dengan puadi, tumitnya laksana tawar yang bagus indah berseri sangatlah halus pakaiannya lengkap segala yang harus sekelian memandang habislah binasa dan dialah tuan puteri diperisterikan oleh Seri Paduka Sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana saudara wazir Al Maazhoma nabi Allaha Khaidir dan ialah pertama2 dijadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dengan nama Sultan di dalam dunia ini dibawa oleh Jibril Alayaha Al Salama dititahkan tuhan Malaka Al A’lama mengelilingi dunia dan memasukkan agama Asalama segala raja jin dan perperang dengan segala raja jana habislah di alahkan sekelian raja2 jin di luar bukit Kaf yang di Masyrik sampai ke Maghrib Al Qoshosho.

Maka di ceriterakan oleh orang yang empunya ceritera ini segala persetuanya Sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana bermuafakat dengan segala raja2 yang di bawah perintahnya bermula menterinya yang besar memakai makota yang berkeemasan seribu dua ratus . Maka di dalam seorang menterinya adalah hulubalangnya tujuh ribu tujuh ratus. Maka di dalam seorang hulubalangnya adalah laskarnya yang berkuda dan memakai pedang dan hanjar dan jarata sembilan ribu keti dan yang bergajah sembilan laksa dua lalapan keti tujuh ribu sembilan ratus dan rakyat yang berjalan di tanah tiada dihisabkan daripada kebanyakannya memakai tombak dan perisai tembaga. Arakian adalah raja yang takluk kepadanya empat ratus. Maka dalam raja yang itu adalah raja yang takluk lagi kepadanya empat ribu lebih kurang sedikit jualah dari kerana hendak pergi menyerang raja jin yang di Maghrib bernama Betara Tanggala.

Maka paduka Sultan Iskandar menitahkan seorang pengawalnya di suruhnya panggil wazirnya nabi Allaha Khaidir menghadap Duli Paduka Yang Maha Mulia. Maka Raja Iskandar turun ke tanah memberi hormat dan khidmat kepada wazirnya itu. Maka lalu naik berpegang tangan duduklah di atas kerusi yang keemasan bertatahkan ratna mutu manikam dan gemala zamrud pualam permata. Maka diadaplah oleh segala raja2 dan orang besar2 dan panglima dan hulubalang. Maka Paduka Raja Iskandar lalu berkat demikian katanya “Hai wazirnya nabi Allaha sebab maka suruh tuanku persilakan kemari oleh hamba kerana maksud hamba hendaklah kita menyerang segala raja jin akan tetapi dahulukan raja jin yang di Maghrib. Maka hendaklah tuanku memberi titah kepada segala raja2 dan mengirimkan surat kepada segala raja2 yang dibawah perintah oleh kita”. Maka nabi Allaha kabullah seperti maksud dirimu itu. Maka di dalam bercerita itu maka hidangan dan piala minuman pun diangkat oranglah setelah sudah santap maka mohon undur pulang kembali nabi Allaha itu dengan segala raja2 dan menteri hulubalang.

Setelah keesokan maka disuruhlah utusan membawa surat kepada segala raja2. Maka masing2 lah berjalan menteri utusan menuju jalan sampai kepada tiap2 negaranya raja2 itu. Arakian maka adalah jauhnya antara negaranya itu adalah yang dua bulan, adalah yang tiga bulan, adalah yang empat bulan, adalah yang lima bulan, adalah yang enam tujuh bulan. Hataya maka apabila telah sampai surat itu kepada raja2 itu maka lalu dijunjung diatas kepalanya seraya dibuka daripada likatan menterinya lalu dibacanya. Setelah sudah membaca dan mengertikan bunyi kalam al hasanata yang kalam al ahasana dalamnya. Maka lalu menyuruh berhimpun segala rakyat dan laskar kepada segala wazir dan menterinya. Arakian setelah sudah berhimpun maka dihadirkan segala perkakas yang lengkap dengan alat senjatanya lalu berjalan menuju jalan ke negaranya Iskandar di Makayana lah. Perbuatan raja2 itu tujuh tahun khabarnya berhimpun segala raja2 itu. Setelah sudah berkumpul itu lalu berjalan menuju kepada negerinya raja Betara Tanggala di Maghrib itu. Maka iapun sampailah di luar kota negerinya itu.

Maka diwartakan oranglah kepada raja Betara Tanggala itu sakawala tujuh tahun lamanya perjalanan manusia akan perjalanan jin sebentar saja jalan yang jauh itu. Maka kata raja jin kepada menterinya Betara Lawakahaya “Menteriku pergilah engkau kepada raja Iskandar itu tanyakan apa kehendaknya datang dan apa khabar yang dibawanya atau apa dicarinya maka sampai ke mari disini”. Arakian maka Betara Lawaka pun bermohonlah lalu berjalan dengan hulubalang tujuh ribu dan laskarnya tujuh ribu keti yang pergi menghadap Seri Paduka Raja Iskandar itu. Hataya setelah sampai lalu masuk menghadap ke hadirat raja itu maka sembahnya “Ya Tuanku Raja Yang Maha Mulia, hamba datang menghadap ke bawah duli paduka tuanku disuruh menanya apa tuanku datang dan apa khabar tuanku dan apa maksud dicari maka sampai kemari tuanku”.

Maka dijawab oleh paduka Iskandar itu “bahawa kami sekelian datang sekarang ini menghadap meminta redha dan rahayama junjung wawalaya seraya Paduka Raja Betara Tanggala akan mudah mudahan boleh bermuafakat atas kedua pihak engkau jana dan kami manusia daripada hendaklah raja kamu mengikut dan membawa iman kepada Allaha dan rasul Allaha kerana jana dan manusia sama juga tiada lainnya kerana firman Allaha di dalam kitab Allaha yang diturunkan kepada nabi Allaha Adarayasa (Idris) dan tiadalah dijadikan Allaha Ta A’laya Jana dan manusia itu melainkan menyembah Allaha jualah dan jikalau kiranya raja kamu tiada mau menerima dan muafakat dengan baik hendaklah bersediakan dan berlengkap alat senjatanya sekelian supaya kami menyeranglah kota raja kamu biarlah menjadi rata semuanya”. Setelah habis raja Iskandar memberi titah kepada menteri jana itu maka menterinya jana pun tunduk menyembah seraya bermohon pulang ke negaranya.

Maka utusan lalu berjalan siang malam tiada berhenti. Setelah sampai kepada rajanya menyembah di persembahkan segala perkataan raja Iskandar itu. Arakian setelah raja Betara Tanggala itu mendengar kata raja Iskandar yang di Makayana itu maka terlalu marah merah padam muram mukanya dan lakunya seperti ulat berbelit-belit. Maka katanya “bagaimana rupanya manusia dan berapa banyak laskar dan hulubalang dan berapa raja dan menteri yang besar hati yang boleh datang menyerang negeriku ini dan melanggar kota istanaku ini kalau2 seperti semua yang masuk berenang dalam air madu juga akhirnya manusia itu sayang segala2. Maka hendaklah menteriku segera kembali lagi beritahukan raja manusia itu yang berkehendak bermuafakat dan suruh mengikut barang katanya itu tiada sekali2 aku mau menurut barang katanya dan mengikut perintahnya. Adakah patut aku jin yang dahulu di jadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya daripada cahaya api dan manusia itu dijadikan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya kemudian dari aku daripada tanah yang rendah lagi gelap dan jikalau sangka ia raja laki2 yang gagah perkasa berani, maka hendaklah empat puluh hari lagi kita bermain2 senjata di luar tengah medan”.

Kemudian maka menteri pun lalu berjalan keluar menuju khemah raja Iskandar itu maka menteri pun sampailah kepada khemah raja Iskandar itu. Maka lalu masuk menghadap serta tunduk menyembah menceritakan segala perkataan rajanya itu. Setelah itu maka mohonlah pulang ke dalam kota negerinya dan rajanya. Setelah sampai kepada raja Betara Tanggala itu maka lalu tunduk menyembah rajanya serta menyampaikan perkataan raja Iskandar itu mengatakan “Syukur Al Hamada Lalaha Raba Al A’lamayana bahawa tiada sekali-kali salah satu daripada pihak jana dan manusia menanti perintah Allaha. Maka jikalau tiada raja Betara Tanggala menangkap dan mengalahkan aku, Ana Syaa Allaha nescaya akulah menangkap dan mengalahkan dia”.

Setelah sampai daripada hari perjanjian, pagi2 hari belum terbit matahari maka di palu genderang perangnya atas kedua pihak laskar jana dan manusia. Maka iapun masing2 masuk bersaf2 di tengah medan serta didirikan oranglah tanggal panji2 bertulisan kembang dengan air emas daripada kedua pihak laskar. Maka masuklah kemudian raja pari bernama Maharaja Shah Pari dengan menterinya tujuh ratus dan pada seorang2 menteri itu hulubalang tujuh ribu maka dalam seorang hulubalang itu tujuh ribu keti adalah yang berkuda setengahnya dan adalah yang memegang jarata dan adalah yang memegang pedang dan adalah yang memegang hanjar dan yang memegang cokmar dan adalah yang memegang tombak. Maka katanya jin manusia mana yang mau mati marilah masuk di tengah medan jikalau sungguh anak laki2.

Maka raja manusia pun masuklah ketengah medan bernama raja Iskandar dengan menterinya seribu dua ratus maka pada seorang2 menterinya adalah hulubalangnya tujuh ribu tujuh ratus. Maka dalam seorang2 hulubalang itu adalah laskarnya sembilan ribu keti memegang hanjar dan pedang dan perisai menunggang kuda dan yang bergajah sembilan laksa dua lalapan keti tujuh ribu sembilan ratus laskar memegang jarata dan cokmar dan tombak dan pata. Maka masing2lah palu memalu dan tombak menombak dan tikam menikam dan tetak menetak dan patah mematah bertangkis tangkisan segala laskar jana dan manusia. Maka lalu azmat gagak gempita bunyi senjata dan riuh rendah segala orang yang bertempik dan sorak cuaca menjadi kelam kabut habukpun naik ke udara daripada sebab kebanyakan kaki manusia dan jana terkilat kilatan api senjata jualah yang kelihatan seperti bintang di langit. Maka banyaklah darah yang tumpah mengalir ke tanah habukpun berhentilah gagak gempita pun teranglah. Maka kelihatanlah kepala jin dan manusia seperti anak keti dan bangkai pun seperti pulau datang ke laut maka darah pun seperti air laut berwarna batu dan seperti banjir yang hilir kepada sungai maka dibawa larilah oleh banjir darah itu. Kuda dan gajah saujana mata jauhnya.

Arakian maka banyaklah laskar manusia yang mati kerana kesaktian dan hikmat Maharaja Shah Pari. Siang dan malam tiada berhenti berperang berganti. Maka datanglah kepada dua belas bulan lamanya perang mengalahkan kota selapis itu. Maka diceriterakan orang yang empunya ceritera ini tujuh belas tahun khabarnya berperang itu kerana selapis kota setahun lamanya berperang. Maka di dalam perang mengalahkan kota lima lapis itu tiadalah banyak jin yang mati melainkan manusialah yang banyak mati tiada terkira banyaknya. Maka meminta doa raja Iskandar dan nabi Allaha demikian “Ya Allaha Ya Rabaya Ya Mawalaya Ya Raba Al A’lamayana, tolonglah apa kiranya hambamu ini supaya boleh hambamu mengalahkan raja jin itu”. Maka Allaha Sabahana Wa Ta A’laya dikabulkan permintaanya raja Iskandar itu. Maka datanglah kepada kota yang keenam lapis sampai ke sepuluh lapis berperang itu maka banyaklah jin yang mati dan manusia pun sedikit jua yang mati. Maka di palu oranglah genderang kembali, maka kedua pihak laskar jana dan manusia kembali berhenti kerana pekerjaan adat perang itu apabila telah sudah mengalahkan kepada yang selapis2 kota maka dipalulah orang genderang kembali lalu ia berhenti segala menteri dan hulubalang dan laskarnya yang berperang itu. Apabila sampai kepada kota yang ke sepuluh lapis maka terlalu besar berperang itu seawal2 dunia akan kiamat layaknya daripada perang yang dahulu2 itu Al Qoshosho.

Maka ceritera akan oleh orang yang empunya ceritera ini adapun raja2 dibawah oleh raja Iskandar itu menyerang kota yang selapis2 itu seratus raja2 besar dan dalam seorang raja itu menterinya itu tujuh ribu maka dalam seorang menteri itu adalah hulubalangnya tujuh ribu ratus. Maka dalam seorang2 hulubalang maka adalah rakyat dan laskarnya sembilan ribu keti sekelian raja2 dengan menteri hulubalang laskarnya yang perang berganti2 akan mengalahkan kota yang pertama lalu sampai kepada kota yang kedua belas lepas itu seperti raja Khaibar dan raja Lahada dan raja Kabara dan raja Akbar dan raja Jasaha dan raja Jasaya dan raja Baghdad dan raja Mesir dan raja Cina dan raja Peringgi dan raja Rom dan raja Hindi dan raja Hindustan dan beberapa lagi yang lain daripada itu.

Arakian setelah sampai kepada kota yang kedua belas lepas maka masuk berperanglah nabi Allaha Khaidir datang kepada empat belas lapis kota itu habislah diratakan. Maka diwartakan oleh seorang daripada jin itu akan rajanya Betara Tanggala daripada hal ehwal perang habislah rata sekelian kota yang enam belas lapis itu. Maka raja jin telah mendengar hal ehwal yang di Makayata maka iapun hairan serta berdiam dirinya dan lemah lembut rasanya anggotanya dan gentarlah urat dan tulangnya lalu ia berkata kepada segala wazir al menterinya "Ajaib segala rasa hatiku habislah ikhtiar budiku daripada hal ehwal perang kita dengan raja Iskandar itu. Maka di dalam pikirku baiklah kita sembah kepadanya dan menurut barang katanya di kerana akhirnya pekerjaan ini terlalu sukar di tangkapnya aku dengan hidupku dan diperceraikan kepalaku dengan tubuhku bukan itupun memberi kecil2an dan kemaluan yang amat besar kepada segala raja2 kerana aku pun seorang raja besar juga".

Arakian setelah putus mesyuarat maka lalu ia diturunkannya tanggal panji2 merah di gantikan dengan panji2 putih alamat minta ampun dan sembah. Setelah kelihatanlah panji2 putih itu kepada raja Iskandar maka disuruh orang memalu sekelian bunyi2an tanda kesukaan dan keredhaan. Maka raja Betara Tanggala pun keluarlah memperhambakan dirinya serta ampun dan rahayama kepada raja Iskandar. Setelah ia kelihatan terpandang raja jin itu oleh raja Iskandar maka segeralah ia turun daripada kerusinya lalu berjabat tangan. Maka raja Betara Tanggala pun sujudlah kepada kaki raja Iskandar itu serta sembahnya “Ya tuanku ampunlah apalah kiranya kepada hamba dan barang katanya dan perintah tuanku Shah Alam hamba junjung di atas batu kepala hamba dengan tanah Maghrib di dalam hukum Shah Alam juga maka sekarang ini jikalau duli Shah Alam adalah rahmat yang limpah baiklah berangkat masuk ke dalam kota dan istananya”. Maka dijawab oleh Shah Alam raja Iskandar janganlah tuanku berkata yang demikian kerana jana dan manusia sama hamba Allaha juga tiada lainnya seperti tuanku menjadi raja dahulunya demikianlah sekarang ini tetapi tuanku hendaklah mengatakan “Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wa Ashahada Ana Nawaha (Nuh) Nabaya Allaha”. Maka ikutnya oleh raja jin itu dengan segala menterinya dan hulubalang sampai sekelian rakyatnya masuk agama nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama dan membawa imanlah kepada Allaha dan rasulnya.

Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkan-Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan ’Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya. Amat berat bagi orang-orang musyrik agama yang kamu seru mereka kepadanya. Allaha menarik kepada agama itu orang yang dikehendaki-Nya dan memberi petunjuk kepadaNya orang yang kembali. (13) Al Shawaraya

Arakian maka raja jin dan wazir al menterinya dengan raja Iskandar serta wazirnya berangkatlah berjalan masuk ke dalam kota Maghrib. Setelah ia sampai lalu naik di atas istana dan duduklah di atas kerusi yang keemasan bertatahkan ratna mutu manikam berumbai2kan mutiara manikam dan permata nilam dan puadi. Maka dalam bercerita itu maka piala minuman dan hidangan persantapan pun diangkat oranglah kehadapan raja2 atas kedua pihak itu jana dan manusia itu sampai kepada sekelian rakyat dan laskar jana dan manusia itupun masing2 lah makan dan bersuka2an hati segala raja2 kedua pihak itu. Maka tersebutlah jana yang perempua n anak dara dan yang muda2 yang menunggunya raja yang kedua itu santap dan membawa piala minuman dan hidangan nasi dan pawana cairan emas merah yang sepuluh mata bertatahkan jauhari gemala dan permata zamrud bersilang2 marjan dan yaakut yang diletakkan kehadapan raja yang kedua itu sampai kepada raja yang lain2 itu. Maka perawan muda2 sederhana sedang itu memakai kain sutera bertenun songketkan emas yang kuning dan memakai baju rawah yang nipis lagi halus. Maka kelihatanlah susu banataranya laksana permata manikam diikut dengan emas dan memakai susuk yang keemasan dengan azimat lengan yang keemasan. Hataya maka perawan yang menunggu hidangan persantapan raja kedua itu tujuh kali tujuh dan raja yang lain2 itu dua kali tujuh dan menteri2 itu segala tujuh. Setelah sudah santap maka diangkat oranglah hidangan itu Wa Allaha Aa’lama Al Qoshosho.

Maka tersebutlah ceritera raja Betara Tanggala yang berkata kepada raja Iskandar “Ya Shah Alam Paduka Maulana Raja Iskandar bahawa adalah qasad dan hajat patik jikalau adalah kasihan serta rahayama paduka maulana kepada hambamu kerana adalah hamba menaruh seorang anak perempuan yang tiada sepertinya penuhlah dengan aibnya akan kepersembahkan ke bawah duli paduka maulana akan menjadi budak2 tuanku”. Maka raja Iskandar pun tersenyum seraya katanya “Al Hamada Lalaha Raba Al A’lamayana, syukurlah dengan beribu syukur hamba kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya sebab adalah redha serta kasihan paduka tuan hamba yang limpah rahayama kepada hamba”. Setelah sudah mustaib perkataan itu maka iapun lalulah di kahwinkannya raja Iskandar itu dengan anaknya puteri Jalawasa Al Ashaqoyana.

Maka dimulailah berjaga2 dan ramai2nya tiada terkata lagi dan segala yang berbunyi semuanya ditiup dan dipalukan dan segala permainan jana di mainkan jana samanya jana dan manusia samanya manusia dan pari samanya pari dan mambang samanya mambang dan cendera samanya cendera. Maka alam pun seolah2 kiamat rasanya empat puluh hari empat puluh malam lamanya ramai dan jaga2 itu baharu undur pulang sekelian orang masing2 kenegerinya. Maka tinggallah paduka raja Iskandar dan tuan puteri Jalawasa Al Ashaqoyana dengan segala inang pengasuhnya yang tujuh puluh orang dan yang muda2 tujuh puluh orang daripada anak menteri2 dan budaknya yang perempuan muda tujuh ratus. Maka iapun beranaklah tiga orang laki2 dan yang tua menjadi raja Istambul ialah negerinya Rom dan kedua orang akan jadi raja di japawanga itulah negerinya Cina dan ketiga orang akan menjadi raja Andalas ialah negerinya Minangkabau sampai sekarang ini Wa Allaha Aa’lama Al Qoshosho.

Sumber: Kitab Bayama (Bima)