Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Thursday, December 5, 2013

Maharaja Rawana Memohon Berkat Nabi Adam (Hikayat Ramayana)

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Bahawa inilah surat nama Seri Rama. Barang siapa membaca dia maka bolehlah mendengarkan dia daripada permulaan datang kepada kesudahannya. Maka pada tatkala zamannya di nagarahi oleh Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tiadalah raja-raja yang di ada berani melalui titah dan kehendaknya segala raja-raja yang di dalam dunia ini pada zaman itu demikianlah adanya.

Di ceritakan orang empunya cerita maka adalah sebuah negeri Indera Pura Ankara namanya dan nama rajanya Barahama Raja. Adapun warna tubuhnya seperti api bernyala-nyala kerana asalnya itu daripada api dan barang raja di dalam dunia ini sekeliannya takluk kepadanya tiadalah melalui titah perintahnya kesemuanya di dalam hukumnya memberi ufti kepadanya segala segala negeri takut akan dia. Adapun Barahama Raja itu isterinya bernama tuan puteri Birama Dewi adapun anaknya bertujuh orang laki-laki.

Anaknya yang tuha bernama Badanda dan yang kedua bernama Catera Baha yang ketiga bernama Jama Menteri, yang empat itu bernama Barala kelima bernama Kamadakata keenam Rana ketujuh Menteri Sekari. Ketujuhnya anak raja itu terlalu amat gagah beraninya serta dengan saktinya tiada lagi berlawan pada zaman itu di negeri Indera Pura Ankara. Adapun Barahama Raja itu sedia kala ia makan minum bersukaan dengan segala raja-raja menteri dan hulubalang bentara melakukan kesukaannya dengan segala bala tenteranya.

Maka sekali persetua Barahama Raja duduk semayam di hadap segala raja-raja menteri hulubalang anakanda baginda pun bersama-sama mengadap kebesarannya maka tatkala itu kedengaranlah bunyinya orang memetika dandai di luar pintu istana. Setelah di dengar oleh Barahama Raja bunyinya dandai itu maka di suruhnya lihat kepada bentaranya maka bentara itupun keluarlah maka di lihat ada seorang biduanda tua memetik dandai. Maka di tanya oleh bentara katanya “Hai orang tua siapa tuan hamba ini. Daripada mana hendak ke mana tuan hamba ini” maka kata biduanda itu “Hamba ini seorang biduanda miskin dan lagi orang tua pergi mencari makan segenap negeri orang. Datang hamba ini dari negeri Birama Haspiru rajanya bernama Maharaja Dati Kuca segala rakyatnya raksaksa hulubalangnya pun raksaksa juga”.

Apabila bentara itu mendengar katanya biduanda itu maka bentara itupun kembali mengadap rajanya. Setelah sampai ke hadapan baginda maka di persembahkannyalah seperti katanya biduanda itu baginda itupun diamlah. Setelah itu baginda pun bertitah “Hai bentara suruhlah biduanda itu masuk ke dalam pagar istanaku”. Maka bentara itupun pergilah kepada biduanda seraya katanya “Hai tuan hamba di panggil baginda masuk ke dalam istana” maka biduanda pergi di bawa oleh bentara. Telah sampai ke hadapan baginda demi terpandang kepada muka baginda itu biduanda pun menyembah menundukkan kepalanya ke tanah. Maka titah Barahama Raja “Hai biduanda marilah engkau duduk dekat aku di sini aku hendak mendengar dandaimu itu”.

Maka biduanda itupun menyembah lalulah ia duduk dekat dengan baginda maka di petiknyalah dandainya itu maka Barahama Raja pun hairanlah mendengar bunyi dandai itu serta dengan suaranya amat merdu. Maka Barahama Raja pun bertanya akan kelakuan kebesaran Maharaja Dati Kuca itu dengan rupanya dan elok negerinya yang bernama Birama Haspiru maka berdatang sembah biduanda itu “Ya tuanku shah alam adapun negeri Birama Haspiru itu terlalu amat eloknya tiada dapat patik sifatkan ke bawah duli tuanku”. Maka oleh Barahama Raja maka iapun terlalulah hairan ia mendengar akan eloknya negeri Birama Haspiru itu maka Barahama Raja pun bertitah seraya katanya “Hai segala kamu ada lagi rupanya raja-raja yang tiada takluk kepadaku. Mengapa maka tiada kamu sekelian persembahkan kepada aku”. Maka sembah perdana menteri “Ya tuanku shah alam selama patik hidup di dalam dunia ini tiadalah patik mendengar nama negeri Birama Haspiru itu nama rajanya Dati Kuca patik pun inilah baharu mendengar”.

Maka biduanda itupun berdatang sembah kepada Barahama Raja sembahnya “Ya tuanku shah alam sungguhnyalah kata menteri itu kerana negeri itu tiada di ketahui orang lagi di lindungkan oleh dewata betapa sedang kerana sekali persetua patik akan seorang biduanda murid patik orang Dimah. Pada suatu tempat sungai di dalam rimba belantara terlalulah amat eloknya dan daripada berahinya hati patik akan sungai itu maka patik pun duduklah di situ patik pun seorang biduanda patik lihat tiada ada orang. Maka diamlah patik di sana duduk memetik dandai maka datanglah seorang raksaksa duduk ia dekat patik serta katanya “Hai orang tuha terlalulah indahnya bunyi engkau petik itu suaramu pun terlalu merdunya aku dengar. Maka marilah engkau aku bawa kepada raja aku supaya engkau beroleh nagarahi serta kain dan baju”. Maka fikirlah di dalam hati patik tiada aku pergi di makannya ku pergi pun di makannya juga daripada takutnya patik turutkan barang katanya.

Maka di bawanyalah patik berjalan menuju matahari hidup delapan bulan lamanya patik di jalan beberapa melalui padang rimba belantara maka patik pun sampailah ke negeri Birama Haspiru itu maka patik lihat pintu kotanya dan pintu istananya daripada emas sepuluh mutu. Telah itu maka patik pun di bawalah masuk ke dalam negeri itu maka patik lihat rupanya Maharaja Dati Kuca itu terlalulah amat besar tahta kerajaan rupanya terlalu hebat serta dengan gagah perkasanya patik pun dahsyat melihat sikap baginda itu. Setelah beberapa puluh hari patik di dalam negerinya itu maka patik pun bermohonlah hendak kembali maka patik pun di nagarahi pakaian yang indah-indah beberapa emas dan perak. Telah maka patik pun di suruhnya hantar akan kembali delapan bulan lamanya patik berjalan kepada sungai tempatnya patik bertemu dengan raksaksa itu”.

Maka titah Barahama Raja pada biduanda “Adakah engkau ingatkan jalan itu” maka sembah biduanda itu “Betapalah patik tiada ingat kerana baharu tiga hari ini patik datang”. Maka Barahama Raja pun bertitah kepada anakanda baginda sekeliannya menteri dan hulubalang betara sida-sida “Dapat engkau pergi mengambil negeri Birama Haspiru itu” maka berdatang sembah anaknya yang bernama Catera Baha sembahnya “Ya tuanku jikalau dengan daulat shah alam patiklah pergi mengambil negeri Birama Haspiru itu”.
Maka Barahama Raja pun bertitah kepada anakada baginda dan menteri hulubalang “Kita himpunkanlah segala tentera yang tiada terpemanai banyaknya itu akan menyerang negeri Birama Haspiru itu”. Setelah sudah berkampung segala rakyat yang tiada terpemanai itu akan mengiringkan Catera Baha dan beberapa laksa gajah dan beberapa laksa kuda telah berkampung segala kelengkapan itu akan pergi menyerang negeri Birama Haspiru itu. Maka di perjamunya makan dan minum tiga hari tiga malam dengan segala bunyi-bunyian serta dengan tempik dan soraknya.

Setelah itu Catera Baha pun di nagarahi oleh baginda pakaian yang indah serba yang keemasan Catera Baha pun memakailah dengan selengkapnya pakaian. Maka berjalanlah Maharaja Catera Baha dengan segala bala tenteranya yang tiada terpemanai banyaknya maka biduanda yang bermana Mahatadi itu pun menjadi penyulu jalan maka beberapa melalui gunung dan padang tasik pulau dan beberapa pulau melalui rimba belantara. Telah datanglah kepada delapan bulan lamanya berjalan itu maka sampailah ke negeri Birama Haspiru itu maka di wartakan oranglah kepada Maharaja Dati Kuca maka menteri pun berdatang sembah “Ya tuanku shah alam khabarnya Barahama Raja itu menitahkan anaknya yang bernama Catera Baha datang hendak menaklukkan negeri shah alam membawa rakyat yang tiada terpemanai”.

Telah Maharaja Dati Kuca mendengar sembah menteri itu maka titah baginda “Kampungkanlah segala rakyat kita yang tiada terpemanai banyaknya itu” maka Maharaja Dati Kuca itupun memakailah ia dengan selengkapnya pakaian yang indah-indah. Maka terkenalah mahkota yang bertatahkan ratna mutu manikam yang berumbaikan mutiara terlalulah sikapnya sekelian yang memandang pun terlalulah hairan melihat mahkota baginda terlalulah gagah beraninya lalu naik ke atas gajah putih berpayung iram-iram kuning lengkap dengan senjatanya. Maka keluarlah dari dalam kotanya lalu berjalan ke tengah medan peperangan maka berhadapanlah dengan Catera Baha.

Maka segala menteri hulubalang dan rakyat Catera Baha melihat muka Maharaja Dati Kuca itu dahsyat semuanya tiadalah berketahuan lagi ramainya. Maka kata Saradala dan Kamadakata “Hai saudaraku kedua engkau menunggu negeri ini aku hendak menyerang negeri Birama Haspiru” maka berdatang sembah Saradala dan Kamadakata itu “Ya tuanku shah alam pada bicara patik jika ada lagi patik kedua bersaudara ini patik persembahkanlah nyawa patik ke bawah duli shah alam. Shahdan maka janganlah yang di pertuan berangkat sendiri jika lagi ada ampun dan di kurnia duli shah alam duduklah tuanku di dalam negeri ini adapun yang nyawa patik kedua sudah patik persembahkanlah ke bawah cerapak seri maka Maharaja Sigasari”.

Telah mendengar sembah saudaranya kedua yang ada itu maka baginda itupun menitahkan segala rakyat berlengkaplah dengan segala senjatanya menyuruh utusan kepada anak Badadala dua orang yang seorang Sura Akrama dan seorang Sahada Perdana Warna. Adapun Sura Akrama itu jadi raja di negeri Istan Pura dan Sahada Perdana Warana itu bertapa di gunung Andi Puspa Anam dan menyuruh kepada anak Catera Baha dua orang laki-laki seorang namanya Bayu Sinam dan seorang namanya Kambah Kirana ada pada gunung Palaburan Gangsa dan anak Purana Cira Anika jadi raja di negeri Indra Pusat dan Barantaka jadi raja di negeri Saraduwangsa. Setelah di dengar oleh segala utusan itu maka iapun menyembah bermohon lalulah ia berjalan pergi kepada tempatnya negeri lima buah itu.

Hataya maka tiada berapa antaranya setelah sampailah masing-masing persembahkan surat kepada anak raja-raja itu. Setelah sudah di baca nya maka anak raja-raja itupun bertitahlah kepada bentaranya seraya katanya “Hai bentaraku kerahkanlah segala menteri hulubalang rakyat sekelian berlengkap alat senjata”. Setelah sudah di persembahkan oranglah masing-masing dengan tuannya gajah dan kuda itu.

Setelah sudah maka lalulah ia keluar berjalan sekeliannya itu yang diri kuning caranya kuning orang negeri caranya negeri masing-masing dengan ambilnya menuju negeri Indera Pura Ankara dengan segala kelengkapannya. Setelah sampai sekeliannya naiklah duduk menyembah Maharaja Sigasari seraya di tegur oleh baginda “Datang anakku dan saudaraku sekelian maka santaplah sirih adinda dan anakanda” maka bertitah Maharaja Sigasari kepada saudaranya Saradala dan Kamadakata “Hai saudaraku adapun sekarang rakyat kita sebahagi tinggal dan menteri empat pergi dan dua orang tinggal. Adapun hulubalang kita empat orang pergi mengiringkan saudaraku”.

Setelah sudah lengkap maka Saradala dan Kamadakata dan anak saudaranya dan segala raja-raja dan menteri hulubalang dengan rakyat yang tiada terpemanai banyaknya tujuh puluh laksa gajah yang berbaju besi dan tujuh puluh laksa kuda peperangan. Maka segala bunyi-bunyian itupun di palu oranglah maka Saradala dan Kamadakata dan segala anak raja-raja dan menteri dan hulubalang rakyat mengiringkan Saradala dan Kamadakata itupun berdirilah bersaf-saf mengadap Maharaja Sigasari. Maka baginda pun memberi nagarahkan persalin akan saudaranya dan anakanda baginda dan segala raja-raja dan menteri hulubalang rakyat sekeliannya lalulah bermohon berjalan keluar kota langsung ke padang. Berbunyilah segala bunyi-bunyian gendang serunai terlalulah azmat dengan tempik dan soraknya seperti langit akan runtuh bunyinya menuju jalan ke negeri Birama daripada suatu perhentian datang kepada suatu perhentian dan daripada suatu pengkalan datang kepada suatu pengkalan.

Telah sampai kepada enam bulan berjalan maka terdengarlah kepada Maharaja Balqis di persembahkan oranglah “Ya tuanku bahawa raja Sigasari menyuruhkan saudaranya dua orang bernama Saradala dan Kamadakata beratus segala raja-raja menteri dan berapa laksa hulubalang yang pahlawan dan perkasa tiada berlawan berpuluh laksa gajah dan kuda beribu laksa rakyat yang tiada terpemanai datang menyerang negeri tuanku. Adapun sekarang sudahlah sampailah kepada enam bulan perjalanan”.                        

Setelah Maharaja Balqis mendengar sembah orang itu maka Maharaja Balqis pun menyuruh memanggil saudaranya yang bernama Raksasa Kentala dan anaknya yang bernama Dapas Serikayu dan menterinya empat orang seorang bernama Patih Perba dan seorang bernama Patih Sangpura dan seorang namanya Patih Bukus dan seorang namanya Patih Saksa dan seorang hulubalang empat orang dan yang seorang namanya Sang Jama dan seorang namanya Jamil Mala dan seorang namanya Januja dan Matakata.

Telah datanglah sekelian mereka itu maka titah Maharaja Balqis “Hai saudaraku dan anakku sekelian adapun Maharaja Sigasari itu datang membawa rakyat segala raja-raja menteri hulubalang dan rakyat yang tiada terpemanai banyaknya mendatangi negeri kita. Sekarang apa bicara kita akan musuh itu”. Maka sembah saudaranya yang bernama Raksasa Kentala itu “Ya tuanku shah alam apatah yang kita takutkan orang Indera Pura Ankara itu kerana patik-patik sekelian ini sudah persembah nyawa ke bawah duli yang maha mulia akan jadi tolak mara bahaya negeri Birama Haspiru”.

Kata Maharaja Balqis “Hai Sang Jama kerana engkau hulubalangku yang besar lagi aku harap akan sekarang apalah bicara saudaraku sekelian akan rakyat yang datang itu”. Maka sembah Sang Jama “Ya tuanku ada sebuah gunung di tengah padang itu sekira-kira adalah sebulan perjalanan dari negeri kita ini. Gunung itu orang pergi datang dari sana sini pada fikiran patik pada gunung itulah tempat orang kita melawan. Jikalau boleh tuanku pohonkan rakyat barang delapan laksa supaya boleh patik  raja berdakap ke awah duli yang di pertuanku dan hentikan segala bala tentera yang datang itu kerana orang Indera Pura Ankara musuh akan tuanku. Sebermula sepeninggalan patik berjalan itu shah alam pergilah baik-baik akan kota negeri kita itu baik-baik apabila patik undur dari gunung Dari Kila melainkan ke dalam kotalah tempat kita bertahan kerana nyawa patik telah sudah di persembahkan ke bawah duli seri Maharaja akan ganti patik ke bawah duli shah alam”.

Maka Jamil Mala dan Manuja “Ya tuanku patik ketika ini bermohon juga pergi bersama-sama dengan saudara patik Sang Jama. Tuanku apa gunanya patik sekelian di perhamba seri Maharaja jikalau tidak kepada mengerjakan pekerjaan ke bawah duli tuanku”. Maka Maharaja Balqis pun memberi nagarahkan hulubalangnya empat orang itu dan rakyat dua puluh laksa segala rakyat Raksasa itupun bermohon juga ke bawah duli seri Maharaja lalu berjalanlah menuju gunung Dari Kila.

Setelah beberapa antaranya berjalan itu maka sampailah ke gung Dari Kila maka Sang Jama memakai tempat akan melawan itu maka orang Indara Pura Ankara pun datanglah pada gunung itu hendak naik tiada dapat kerana di lontarnya dengan batu dan kayu yang besar-besar beratus-ratus orang Indera Pura Ankara mati kepada sehari itu. Shahdan akan gunung Indera Kila bangun dari Kila itu bunyinya seperti akan runtuh kepada kaki gunung itu seperti tagar di langit bunyinya kebanyakan kaki rakyat yang datang itu. Sebermula ada sebulan lamanya berperang itu tiada juga boleh naik pada gunung itu maka orang Indera Pura Ankara empat orang hulubalangnya berhenti tiada boleh dekat.

Di lihat oleh Bahakidat hulubalangnya berhenti maka katanya “Hai hulubalangku mengapa kamu sekelian berhenti tiada mahu berjalan” maka sahut hulubalang itu “Tuanku sebab pun patik berhenti ini kerana hulubalang Maharaja Balqis empat orang itu dengan dua puluh laksa rakyat Raksasa serta dengan dia di atas gunung itu tiada boleh patik sekelian lalu pada gunung itu”. Maka kata Bahakidat “Jikalau demikian janganlah kamu sekelian bergerak pada tempat itu nantikan penghulu kita Saradala dan Kamadakata datang bagaimana perintah shah alam kedua itu kita kerjakan kerana pekerjaan ini bukan barang-barang jangan kita permudahkan melawan raksasa lagi pun Birama Haspiru ini bukan barang-barang hulubalang lagi berani segala rakyat kita jikalau sudah pecah sukar kita mengumpulkan dia”.

Setelah hulubalang keempatnya itu mendengar kata Bahakidat maka hulubalang itupun berhentilah dengan rakyatnya yang tiada terpemanai itu di bawah gung Dari Kila itu menantikan tuannya Maharaja Saradala dan Kamadakata itu datang akan tetapi sedia kala berperang juga kerjanya dengan Sang Jama di atas gung itu. Dua bulan perjalanan baginda pun sampailah kaki gunung itu dengan segala rakyat bala tentera sekeliannya terlalulah gegak gempita bunyinya seperti bumi akan belah bagai langit akan runtuh bahananya tempik dan sorak segala hulubalang pahlawan Indera Pura Ankara. Kedengaranlah ke atas gunung maka kata Sang Jama kepada hulubalang ketika itu “hai saudaraku ketahui oleh tuan hamba sekelian orang Indera Pura Ankara sudah datang rajanya baik kita menantikan dia”.

Shahdan baginda Saradala dan Kamadakata pun berhentilah pada kaki gunung itu maka sembah Bahakidat “Ya tuanku seri Maharaja adapun Sang Jama dengan tiga orang hulubalang dan dua puluh laksa rakyat serta di titahkan oleh Maharaja Balqis menunggu jalan ke gunung itu. Tatkala patik belum datang sebulan perjalanan ke atas gunung itu maka di lontarnya dengan batu yang besar-besar dan seperti rupa gajah ada seperti rupa kerbau beratus-ratus rakyat mati. Maka patik larangkan menantikan duli tuanku datang sekarang mana bicara duli yang di pertuan patik sekelian kerjakan”. Maka titah Saradala dan Kamadakata “Adapun tuan hamba kedua hulubalang besar di bawah duli yang seri mahkota apa bicara tuan hamba sekelian segeralah persembahkan kepada hamba kedua supaya berperang dengan manusia itu”.

Setelah sehari semalam berperang itu maka rakyat Indera Pura Ankara pun banyaklah mati dan luka adalah kadar tiga ratus di bunuh oleh Sang Jama maka Bahakidat dan Wajaya Kisa dan Kisu Warna itupun banyak membunuh rakyat raksasa tiada terpemanai matinya maka Sang Jama pun mengusir negeri Birama Haspiru seraya katanya kepada segala rakyatnya “Marilah kita kembali mengadap Maharaja kerana orang ini sebagai datang itu bantunya akan kita sebab pun tiada kerana Maharaja tiada khabarkan pekerjaan kita ini”.

Sebermula akan Sang Jama dengan segala rakyatnya lalu berjalan siang dan malam tiada berhenti dengan sungguhnya sambil berperang. Adapun perjalanan tujuh hari menjadi empat hari juga di jalankan oleh Sang Jama dan Jamil Mala dan Cuca Mandih pun sampailah ke negeri Birama Haspiru lalu mengadap seri Maharaja Balqis sembahnya “Ya tuanku hulubalang Indera Pura Ankara mengikut tuanku dari belakang patik”. Maka titah Maharaja Balqis “Pergilah saudaraku keluar dapatkan ia ke tengah padang” maka Sang Jama pun berjalanlah lalu ia berdiri di tengah padang medan peperangan menahankan segala rakyatnya orang yang datang itu dan segala rakyat raksasa di suruhnya masuk ke dalam kota. Maka Bahakidat dan Karata Sura dan Wajaya Kisu dan Kisu Warna itupun datanglah.

Setelah di lihat oleh Sang Jama akan hulubalang keempatnya itu datang naka iapun berseru-seru dengan nyaring suaranya seperti guruh seraya katanya “Hai Bahakidat dan Karata Sura dan Wajaya Kisu dan Darna Utama jika sungguh engkau laki-laki hulubalang lagi gagah berani dan di bawah tuanmu menterinya besar Maharaja Sigasari dan aku pun hulubalang besar juga di bawah tuanku Maharaja Balqis. Jikalau ada barang suatu permainan engkau cubakan serta dengan rakyatmu suruhkanlah berdiri di tengah medan peperangan marilah kita termasa sama pahlawan”. Maka sahut Bahakidat Darana Utama katanya “Hai Sang Jama jikalau demikian terlalu baik sekali katamu itu kupun demikian juga kehendak hatiku supaya terbilang kita hulubalang besar buah tuannya dan seorang pun tiada aku beri berdiri di tengah medan ini melainkan seorang aku juga di hadapanmu”.

Setelah sudah Bahakidat berkata demikian itu maka berdirilah hulubalang keempat itu pada suatu tempat bersaf-saf rupanya seraya katanya “Hai sang Jama apa yang ada daluan daripada tuanmu marilah haluankan kepadaku di sini”. Maka hulubalang raksasa pun berdirilah maka katanya Sang Jama “Hai Bahakidat apa haluanmu daripada Indera Pura Ankara akan kami adalah barang yang dapatnya” maka di sahut “Hai Sang Jama terlalulah salah katamu itu pada bicara aku baik berjamu barang yang ada nikmat negeri ini kerana negeri ini pun sudah takluk kepada tuan kami juga”. Maka kata Sang Jama “Tiada demikian kerana adat orang yang datang juga  dahulu membawa hadiah akan orang negeri” maka Bahakidat pun segeralah mengunus pedangnya yang maha tajam seperti batang nyiur besarnya seraya katanya “Hai Sang Jama benarlah katamu itu akan sekranag terimalah akan hadiahku ini” lalu di parangkannya Sang Jama maka di tangkiskan oleh Sang Jama tiada lut keluar api bernyala-nyala lalu ke udara. Maka Sang Jama pun sangatlah marahnya lalu mengunus pedangnya yang besar seperti nyiur maka di parangkannya pada Bahakidat segera di tangkis akan oleh Bahakidat dengan perisainya tiada kena.

Shahdan keempat hulubalang itupun bertetakan pedang bertangkis-tangkisan perisai gemerincing bunyinya mata pedang itupun menjadi gergaji maka kedepalan hulubalang itupun bertikam tombak. Sebermula tombak itupun patah-patah seorang pun tiada berkalahan maka kedelapan hulubalang itupun mengeluarkan cokmarnya sama berpalukan cokmarnya ada yang bertatahkan shamsaranya gemuruh bunyinya bahananya datang ke dalam rimba belantara terkejut segala isi hutan maka kedua penghulu tentera itupun berhentilah melihatkan gagah perkasa hulubalang delapan orang itu berperang daripada pagi-pagi hari datang petang seorang pun tiada berkalahan.

Maka kata Sang Jama “Wahai siangnya kita berperang ini tiada di lihat oleh tuanku kita jikalau kita mati di belakang tuan kita jadi sia-sialah pekerjaan kita. Jikalau di hadapan tuanku kita terlalu garang hati tuanku kita melihat kebaktian hambanya berbuangkan nyawanya alangkah baiknya di sebut orang”. Maka sahut Bahakidat “Hai Sang Jama mengapa maka engkau berkata demikian kerana hari tiada akan habis pekerjaan kita pun lagi akan lanjut belum lagi berkesudahan dan permainan kita lagi banyak sehari itu sepuluh kian lagi ada”. Maka sahut Sang Jama “Benarlah katamu itu kerana kupun demikian juga maka Sang Jama pun masuklah ke dalam kota dan Bahakidat pun kembalilah pada laskarnya.

Shahdan pada ketika itu juga Bahakidat membuat surat akan persembahkan kepada baginda kedua. Setelah sudah di suratnya maka di berikannya kepada seorang hulubalang yang pantas berjalan maka kata Bahakidat “Adapun surat ini pada malam ini juga engkau persembahkan ke bawah duli seri Maharaja kedua bersaudara” maka orang itupun mengambil surat itu lalu ia berjalan segeralah malam itu juga sampailah kepada tempatnya Saradala dan Kamadakata berhenti maka di sembahkan kepada raja kedua bersaudara.

Maka di sambut oleh baginda lalu di bacanya demikian bunyinya “Patik atau Bahakidat empunya sembah ke bawah duli cerapak seri Maharaja bersaudara adapun patik ini takut kalau-kalau Maharaja Balqis sendiri keluar berperang tiada dapat patik menentang matanya. Jikalau adapun kiranya dengan mudah-mudahan hendaklah Sang Jama sendiri berangkat pada malam ini juga kerana Maharaja Balqis itu hulubalang besar kepada zaman ini ialaha pahlawan tiada siapa sama kesaktiannya. Hanyalah Maharaja Bali juga sama dengan dia dan yang di malukannya raja di negeri Langkar Akaskatan raja segala kera lotong enggang siamang itulah yang di takutkan oleh Maharaja Balqis”. Setelah sudah di bacanya surat itu maka pada malam itu juga baginda kedua menitahkan rakyat yang tiada terpemanai dengan gajah dan kuda berjalan dahulu “Jangan tiada engkau berjalan pada malam ini juga supaya segera kamu bertemu dengan Bahakidat dan di belakang engkau sekelian aku pun datang dengan segala bala tenteraku”.

Sebermula adapun akan sang Jama telah sampai ke dalam kota lalu mengadap Maharaja Balqis serta datang hulubalang keempat itu lalu sujud kepalanya lalu ke tanah maka bertelut berdatang sembah persembahkan segala hal tatkala ia berperang itu. telah Maharaja Balqis mendengar sembah Sang Jama itu maka Maharaja Balqis pun tertawa seraya bertitah “Hai sang Jama yang kehendak hatiku demikian juga esok harilah aku keluar berperang sendiri kamu lihat termasha aku”.

Setelah keesokan hari daripada pagi-pagi hari maka Maharaja Balqis pun memberi titah kepada segala saudaranya yang bernama Arkas Kian dan anak saudaranya yang bernama Arkas Kisu dan menteri empat orang yang seorang bernama Patih Safar dan yang seorang namanya Patih Pursat dan seorang namanya Saksa dan hulubalangnya keempat dan anaknya dan menterinya keempat “Hai kamu sekelian tinggallah dengan anakku  di dalam kota dengan saudaraku dan hulubalangku juga mengeluari orang Indera Pura Ankara dan peninggal aku ini hendaklah kamu sekelian mengatur orang di atas kota dan masing-masing dengan ketumbukannya dan angkat batu yang besar-besar enam tujuh orang suruh haturkan di atas kota”.

Setelah sudah Maharaja Balqis berpesan akan alat perintah di dalam itu maka Maharaja Balqis pun memilih rakyat yang akan di bawanya pergi keluar itu seratus laksa orangnya serta rakyatnya. Maka seraya Maharaja pun berangkatlah dengan adinda baginda Arkas Kentala serta hulubalang keempat di arakkan rakyat bala tentera yang tiada terpemanai banyaknya serta dengan bunyi-bunyian terlalu azmat sekali bunyinya dengan tempik dan soraknya seperti guruh di langit dan seperti halilintar di udara bunyinya bahananya.

Shahdan berkilatan rupa cahaya senjatanya gemerincing bunyi shamsaranya ber gedangan rupa panah kedinya bersandangan perisai nikarnya dan bersingatan galah mahakan segala anak raja-raja bersinar-sinar rupa pakainya segala anak raja-raja seperti bintang di langit rupanya dan bahana segala raksasa berjalan itu seperti bumi akan belah dan seperti langit akan runtuh bunyinya. Setelah datang ke tengah medan peperangan lalu berhenti masing-masing dengan ketumbukannya.

Setelah di lihat oleh Bahakidat akan Maharaja Balqis semayam di atas gajah putih memakai mahkota sembilan belas pangkat berbaju rantai daripada besi khersani dan memakai senjata yang di buat aban seri dati masing-masing dengan sikapnya seperti harimau akan menerkam lakunya dan segala orang Indera Pura Ankara semuanya takut dan gementar tulangnya melihat sikap Maharaja Balqis dan memandang mukanya itu gementar segala tulangnya habis menyembahkan dirinya. Maka Maharaja Balqis pun datanglah seraya melambungkan cokmarnya sudah di melambungkan cokmarnya di sambutnya pula seraya di gesernya serta ia bertempik seperti halilintar membelah bukit bunyinya dan keluar api daripada mulutnya bernyala-nyala. Maka di angkatnya lalulah di palukannya pula kepada rakyat Indera Pura Ankara dengan sekali palu jua rakyat Indera Pura Ankara habis mati rata dengan bumi tiga ratus banyaknya mati pula manusia ketika itu maka di palu oleh Maharaja Balqis sekali lagi beribu-ribu rakyat Bahakidat mati maka tiada menderita lagi orang Indera Pura Ankara akan perkasanya Maharaja Balqis itu. maka segala rakyat manusia pun hairan dan dahsyat melihat perkasa dan gagah berani Maharaja Balqis seperti harimau mengambat kawan kambing lakunya.

Sebermula tatkala berpandangan Bahakidat dengan Maharaja Balqis maka ia pun berseru-seru dengan nyaring suara katanya “Hai Bahakidat gentah suaranya yang parah pun itu aku perbuat isi istanaku suruh ia mengantar peti ke negeriku dan anak cucunya yang laki-laki itu aku perbuatkan budak-budakku yang kecil-kecil”. Maka Bahakidat pun tiada tertahan hatinya mendengar kata Maharaja Balqis itu maka Bahakidat pun berseru-seru dari jauh katanya “Hai Maharaja Balqis bahawa sungguhnyalah tuan hamba raksasa maka kata itu tuan hamba katakan kepada anakk cucu tuan hamba sendiri juga. Jikalau tuan hamba kaanaya tiada akan mahu tuan hamba berkata demikian itu. hai Maharaja Balqis jikalau tiada hamba mengantar peri tuan hambalah kepada Seri Maharaja Sigasari maka hulubalang keempat itupun berdirilah dengan panahnya menikam Maharaja Balqis datang”.

Setelah Maharaja Balqis mendengar kata Bahakidat itu maka baginda pun terlalulah marahnya seraya di angkatnya cokmarnya yang seperti gunung itu sambil bertampik suaranya seperti halilintar membelah bukit keluar api bernyala-nyala daripada mulutnya maka titah baginda “Hai Bahakidat tahanlah bekas tangan aku ini dan laki-laki mana masa ini yang dapat menahan bekas tanganku dan menentang mataku pada zaman ini”. Maka di panahnya oleh hulubalang keempat itu akan Maharaja Balqis suatu pun tiada mengenai baginda maka di bantu hulubalang keempat itu oleh Maharaja Balqis dengan hulubalangnya keempat itu maka orang Indera Pura Ankara pun pecahlah habis lari cerai berai datang kepada Saradala dan Kamadakata. “Baikkah Maharaja Balqis menunjukkan laki-lakinya pada kita. Jikalau sungguh ia laki-laki yang gagah perkasa datanglah ia ke mari supaya rakyatnya yang beratus-ratus laksa itu dan melontar batu yang besar-besar akan kepalanya supaya tuan kami ceraikan kepadanya dengan badannya maka supaya tahu akan untungnya”.

Shahdan kata itupun lalu kedengaran kepada Maharaja Balqis maka kata Seri Maharaja pada saudaranya dan hulubalangnya katanya “Hai saudaraku Arkas Gentala dan hulubalangku kepada fikirku baik juga orang kita ini bawa akan kiri kita supaya lambat dai mebusir di kirinya”. Maka sembah Arkas Gentala “Benarlah seperti titah tuanku itu” maka kata Seri Maharaja kepada Matakun Aria “Pergilah kamu kepada Saradala dan Kamadakata katakan ku sudah undurilah dari sini suapaya Saradala dan Kamadakata melihat termasa negeriku kemudian aku sendiri mengantar ia pulang ke negerinya”. Matakun Aria pun menyembah lalu berjalan menuju tempatnya Saradala dan Kamadakata itu sampai maka di persembahkan oranglah kepada Saradala dan Kamadakata katanya “Ya tuanku bahawa ada pesuruh daripada raja Balqis hendak mengadap shah alam”.

Shahdan Matakun Aria pun berdiri seraya menyembah raja kedua itu maka segala titah Maharaja Balqis sekeliannya di persembahkannya raja kedua itu maka titah Saradala dan Kamadakata “Akan kata tuanmu itu baiklah aku pun segera jua pergi akan melihat masa negeri itu khabarnya konon terlalulah permainya. Sebermula dengan daulat kekanda Seri Maharaja Sigasari aku berdua saudaralah mengerjakan pekerjaan kekanda itu. Adapun akan negeri Birama Haspiru ini kami persembahkan juga ke bawah duli cerapak Seri Maharaja Sigasari”. Setelah Matakun Aria mendengar titah raja kedua itu maka iapun bermohonlah kepada baginda maka di beri nagarahkan persalinan oleh baginda dengan pakaian Matakun Aria pun menyembah lalu berjalan kembali mengadapa tuannya.

Setelah sampai maka segala kata raja kedua itu semuanya di persembahkan kepada Maharaja Balqis setelah baginda mendengar sembah Matakun Aria itu seraya maharaja pun terlalulah marahnya seraya bertempik dengan nyarng suaranya katanya “Baiklah Saradala dan Kamadakata hendak menenpatkan laki-laki pada aku” maka pilihnya oleh Maharaja Balqis di dlam seratus laksa itu dua belas laksa juga di bawanya berjalan dengan saudaranya Arkas Gentala dan hulubalangnya empat orang dan dua belas laksa rakyat raksasa maka di titathkan baginda Sang Jama mengatur segala rakyat di atas kota maka segala hulubalang Saradala dan Kamadakata pun datang akan pengunjur berjalan itu Bahakidat di diringkan hulubalang dan rakyat sekelian.

Sebermula tersebutlah perkataan Maharaja Balqis menitahkan saudaranya dan hulubalang “Hai saudaraku dan hulubalangku sementara belum datang rakyat Indera Pura Ankara itu hendaklah kamu sekelian pecahkan rakyat kira yang ada ini”. Setelah sudah di pecahkannya masing-masing dengan tempat arahnya maka pada tatkala itu Matakun Aria pergi ke tengah medan berseru-seru katanya “Hai orang Indera Pura Ankara siapa yang hendak mati marilah berhadapan dengan aku ke tengah medan peperangan supaya kelihatan pekerjaan kita”. Maka seorang pun tiada keluar maka Matakun Aria pun segera kembali mengadap Maharaja Balqis seraya berdatang sembah “Ya tuanku Seri Maharaja seorang pun tiada hulubalangnya tiada kelihatan maka baiklah payahkan rakyat yang ada ini dahulu”.

Maka hulubalang keempat itupun dengan dua belas laksa keti yang di titahkan oleh Maharaja Balqis pergi menempuh rakyat Indera Pura Ankara dengan tempik soraknya lalu pecah perangnya habis lari cerai berai tiada berketahuan datang mengusir akan rakyat yang banyak itu. Setelah bertemu dengan hulubalang katanya “Tiada tertahan perang raksasa” maka rakyat raksasa dan manusia pun banyaklah mati maka Sang Jama dan Matakun Aria dan Januja dan raksasa yang bernama Rangkas Gentala itupun hampir kepada Saradala dan Kamadakata. Maka di lihat oleh baginda segala rakyatnya habislah pecah belah lari tiada berketahuan daripada tempatnya itu maka Saradala dan Kamadakata menitahkan seratus orang berdiri memegang panah dan tujuh puluh laksa gajah dan kuda itupun berdirilah di hadapan baginda kedua itu. Maka di panahnya oleh Sang Jama dan hulubalang ketiga itu seperti hujan yang lebat datangnya.

Maka Sang Jama pun berseru-seru dengan nyaring suaranya katanya “Hai hulubalang Indera Pura Ankara segeralah kamu datang ke kiri Birama Haspiru supaya aku persudahkan pekerjaan kamu sekelian” maka Sang Jama pun kembalilah mengadap Maharaja Balqis. Maka titah baginda “Hai Sang Jama biarlah Saradala dan Kamadakata datang ke mari sekali” maka sembah Rangkas Gentala “Biarlah seperti titah Seri Maharaja itu demikianlah kehendaknya orang yang berani supaya di rasanya bekas tangan duli tuanku kerana mengatakan dirinya gagah perkasa lagi sakti”. Maka Maharaja Balqis pun tersenyum maka iapun duduklah makan dan minum dengan anaknya dan saudaranya.

Sebermula akan Saradala dan Kamadakata datanglah dengan saudaranya dan bala tenteranya tiada terpemanai lagi banyaknya seperti angin ribut taufan akan tuaran bunyinya. Maka penuhlah padang yang di luar kota itu dengan segala rakyatnya kota Birama Haspiru itu sudah berkeliling dari kiri dan kanan dan hadapan dan belakang maka tiadalah berputusan rakyat di bawa oleh Saradala dan Kamadakata maka di kelilingkannya negeri Birama Haspiru itu dengan bunyi-bunyian bunyinya seperti langit akan runtuh dan seperti bumi akan belah lakunya itu. Di lihat oleh orang Indera Pura Ankara kota negeri Birama Haspiru itu terlalu indah-indah perbuatannya dengan tebal serta dengan tingginya dan pintunya daripada emas sepuluh mutu bertatahkan ratna mutu manikam.

Maka Saradala dan Kamadakata serta dengan anakanda baginda sekian dan segala raja-raja di bawanya dan hulubalang rakyatnya duduklah makan dan minum bersuka-sukaan dengan segala bala tenteranya yang tiada terpemanai banyaknya itu mengiringkan pekerjaan paduka kekanda baginda Seri Maharaja. Segeralah hendak masuk ke dalam kota tiada boleh kerana banyak hulubalang raksasa berkawal siang dan malam bertunggu dengan alat senjata di atas kota itu demikianlah ingatnya Maharaja Balqis memeliharakan akan negerinya. Maka orang Indera Pura Ankara itupun tiadalah dapat hampir.

Dengan fasal yang ketiga maka tersebutlah perkataan Seri Maharaja Rawana tatkala ia berdamai akan Maharaja Sigasari dan Maharaja Balqis itu. Di hikayatkan orang yang empunya hikayat ini maka setelah sedang tatkala baginda dari dalam laut itu lalu ke pulau Langka Puri maka Rawana pun bertemu dengan   dengan seorang Maharesi Raman Shah namanya. Maka Rawana pun bertanya kepada Maharesi itu katanya “Hai Raman Shah apalah khabarnya akan paduka ninda baginda Barahama Raja dan ayahanda baginda Catera Baha itu” maka berdatang sembah Maharisi Raman Shah sembahnya “Ya tuanku paduka ninda dan ayahanda sudah hulubalang tuanku bernaik kerajaan baginda itu. Setelah baginda itu hilang maka paduka ayahanda Catera Baha naik kerajaan. Setelah hilang baginda itu maka ayahanda Jamah Menteri hendak di rajakan tiada ia mahu maka paduka ayahanda Narana naik raja. Setelah hilang maka ayahanda Menteri Sigasari naik kerajaan di dalam negeri Indera Pura Ankara itu”.

Maka segala peri hal ehwal Maharaja Sigasari dan peri Maharaja Balqis hendak mengalahkan negeri Indera Pura Ankara semuanya di persembahkannya oleh Maharesi Raman Shah itu dan peri menitahkan adinda baginda Saradala dan Kamadakata dengan segala saudaranya dan anak saudaranya dengan segala bala tenteranya yang tiada terpemanai banyaknya pergi menyerang negeri Birama Haspiru. Maka sembah Maharesi Raman Shah “Ya tuanku Seri Maharaja pada bicara patik baik juga duli yang di pertuan perdamaikan kedua itu kerana Maharaja Balqis itu bukannya orang lain kepada tuanku supaya raja kedua itu kerana Maharaja Balqis itu bukan orang lain kepada tuanku supaya raja kedua itu berbaik dengan Maharaja Sigasari. Adapun jikalau duli shah alam berangkat hendaklah tuanku sambut paduka anakda ketiga dengan segala bala tentera akan mengiringkan Seri Maharaja ada juga diamnya ayahanda itu melihat anakanda ketiga itu”.

Maka sahut Maharaja Rawana “Benarlah kata tuan hamba itu” maka baginda pun bertitah berlengkap segala senjata dan menaikkan orang ke udara Tanjumai Piru menyambut paduka anakanda Inderajit raja udara dan menitahkan hulubalang ke dalam laut menyambut paduka anakanda Gangga Maha Sura dan pergi ke dalam bumi menyambut anakanda baginda Petala Mahawan itu. Setelah sampailah orang yang di suruhkan oleh paduka ayahanda menyambut tuanku ke Pulau Langka Puri kerana ayahanda konon hendak berangkat ke negeri Indera Pura Ankara hendak mengadap paduka ninda baginda Maharaja Sigasari kerana ninda itu konon tengah perang dengan ninda baginda Maharaja Balqis. Maka Inderajit pun bertitah kepada seorang betara katanya “Hai betaraku berlengkaplah dengan alat senjatanya segala hulubalang rakyat sekelian bala tentera yang tiada terpemanai banyaknya”.

Maka Inderajit pun berangkatlah masuk ke dalam istana serta datang lalu duduk dekat isterinya seraya katanya “Wahai tuan permaisuri dengar akan syairnya kekanda juga dengar madahnya sebab pun kekanda nyawaku ini kerana abang di panggil oleh ayahanda baginda itu”. Maka tuan puteri Gemala Dewi pun lalu memandang kepada baginda seraya tersenyum katanya “Apalah kerja baginda itu memanggil abang” maka sahut Inderajit “Wah adinda permaisuri khabarnya konon ayahanda itu hendak pergi ke negeri Indera Pura Ankara tuan mendapatkan paduka ninda Maharaja Sigasari kerana baginda tengah berperang dengan ninda baginda Maharaja Balqis”. Maka kata tuan puteri “Bila mana kekanda berjalan” maka kata Inderajit “Wah adinda mahkota kekanda patutlah abang tuan di adatlah kekanda kerana abang hendak saling ke Langka Puri”. Maka dayang pun datanglah membawa pakaian maka di sembahkan di hadapan tuan puteri lalu di bawa oleh tuan puteri pakaian itu di angkatkan kepada kekanda baginda.

Setelah sudah lengkap terkena pakaian di patut cari orang kenderaan terlalu sikap majis barang lakunya di dalam kendera pun tiada di tolak bandingnya makin bertambah-tambah baik parasnya. Setelah Inderajit sudah memakai maka Inderajit pun bermohonlah kepada isterinya seraya katanya “Wah tuan mahkota kekanda tinggallah nyawa abang baik-baik tinggallah tuan jangan merawan hati. Jikalau tidak apa aralnya ayahanda dan ninda segera juga kekanda kembali mengadap nyawa”. Hataya maka Inderajit pun berangkat turun lalu berjalan ke bali di dapatnya segala menteri hulubalang dan rakyat bala tentera sekelian maka Inderajit pun naik rentanya lalu berjalan di iringkan segala bala tentera yang tiada terpemanai banyaknya hataya tiada berapa lamanya berjalan itu.

Sebermula maka tersebutlah raja Rawana menitahkan hulubalang ke dalam laut menyambut anakanda Gangga Maha Sura dan yang pergi ke dalam bumi menyambut anakanda baginda Petala Mahawan itu. Maka anak raja kedua itupun berlengkap segala alat senjatanya dan menteri hulubalang rakyat bala tenteranya dengan bunyi-bunyian lalu berjalan dengan tempik soraknya gemuruhlah bahananya sepanjang jalan itu. Maka tiada berapa antaranya berjalan itupun sampailah ke negeri Langka Puri maka masuklah ke dalam kota lalu ke bali naik lalu duduk menyembah kaki ayahanda baginda ketiga. Maka di peluk cium oleh baginda anakanda ketiganya maka dudukkan di atas kerusi yang keemasan.

Maka Maharaja Rawana pun bertitah kepada Maharesi Raman Shah katanya “Hai Raman Shah baiklah tuan hamba berjalan dahulu ke negeri Indera Pura Ankara itu bertemu dengan Sigasari itu supaya ia tahu akan kebesaran hamba yang di buangkan dahulu itu”. maka Maharesi Raman Shah pun berjalanlah dengan rakyat sertanya mengikut jalan ke negeri Indera Pura Angkara. Shahdan maka baginda pun berangkatlah dengan anakanda ketiganya di iringkan segala rakyat bala tentera yang tiada terpemanai banyaknya dengan segala bunyi-bunyian gemuruhlah bahananya sepanjang jalan itu ada yang cari orang kenderaan ada yang cari orang di dalam laut ada yang cari orang di dalam bumi.

Sebermula adapun Maharesi Raman Shah setelah sampai ke negeri Indera Pura Ankara lalu masuk ke dalam kota mengadap Maharaja Sigasari. Maka segeralah di tegur oleh baginda seraya katanya “Datang Raman Shah dari mana tuan hamba datang” maka sembah Maharesi Raman Shah “Patik datang dari Langka Puri tuanku patik ini di titahkan oleh anakanda Maharaja Rawana. Jikalau suka tuanku anada itu hendak mengadap ke bawah duli cerapak shah alam” maka Maharaja Sigasari pun tersenyum mendengarkan anakanda baginda itu datang maka titah baginda itu “Dari mana ia datang”. Maka di persembahkan oleh Maharesi Raman Shah hikayatnya tatkala anakanda di buangkan dahulu itu maka bertemu dengan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salaama itu dan memohonkan hambanya nagarahi kerajaan pada empat alam ini kepada Allaha Sabahaana Wa Taa’alaya itu. Maka segala peri hal ehwal kelakuan Maharaja Rawana sekeliannya di persembahkannya kepada baginda.

Setelah baginda mendengar khabar itu shah alam pun terlalulah amat sukacita mendengar akan warta peri kebesaran dan kemuliaan anak saudaranya itu beroleh martabat daripada Dewata Mulia Raya empat kerajaan alam itu. Maka tengah duduk berkata-kata maka harta Maharaja Rawana pun datang di bawa orang dengan segala raja-raja menteri hulubalang sida-sida bentara sekeliannya dengan rakyat bala tenteranya serta bunyi-bunyian dengan seribu kemuliaan. Setelah sudah lengkap alat sekeliannya maka Maharaja Sigasari pun berangkatlah mengalu-alukan anakanda baginda itu dengan seribu kemuliaan dan seribu kebesaran di hormatkan dan antara dua hari lagi perjalanan maka Maharaja Sigasari pun pergilah mendapatkan anakanda baginda Maharaja Rawana. Setelah bertemu keduanya raja itu maka berhentilah keduanya maka Maharaja Sigasari pun berdirilah di atas kenaikannya.

Shahdan kenaikan itupun di hampirkan oranglah serta dekat maka Maharaja Rawana pun naiklah ke atas kenaikan ayahanda baginda lalu tunduk menyembah segera di pengangkan oleh Maharaja Sigasari tangan anakanda baginda seraya katanya “Jangan tuan menyembah ayahanda kerana martabat itu seorang pun belum dapat hanyalah tuan seorang juga yang beroleh seri demikian itu”. Maka seraya di peluk dan di cium oleh baginda akan anakanda baginda itu lalulah ia berjabat tangan sahaja raja-raja kedua itu.

Setelah demikian Maharaja Rawana pun kembalilah kepada reta maka kenderaan cunda ketiganya pun di dekatkan oranglah dengan kenaikan Maharaja Sigasari. Maka Inderajit raja udara dan Petala Mahawan dan Gangga Maha Sura pun naiklah ke atas kenaikannya ninda baginda seraya menyembah maka di peluk dan di cium oleh baginda cunda ketiga itu. Maka baginda melihat sikap cunda Inderajit itu seperti matahari baharu terbitnya memberi hairan segala yang memandang dia maka lalulah masuk ke dalam kota Indera Pura Ankara. Setelah sampai ke balairong maka di pegang tangan oleh ayahanda baginda tangan anakanda Maharaja Rawana lalulah dudukkan baginda di atas singgahsana yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam.  

Shahdan itu maka Inderajit tiga bersaudara pun di dudukkan baginda di atas singgahsana serta dengan ayahanda baginda. Maka segala anak saudara baginda sekelian duduk mengadap baginda kedua masing-masing dengan tahta kebesarannya dan menteri sama menteri raja samanya raja bentara samanya bentara hulubalang sama hulubalang masing-masing pada tempatnya dengan segala bunyi-bunyian duduklah bersaf-saf dengan sukacitanya. Maka hidangan pun di angkat oranglah beribu-ribu banyaknya maka Maharaja Rawana pun santaplah dengan ayahanda baginda maka Inderajit pun santaplah tiga bersaudara sehidangan sama dengan Gangga Maha Sura dan Petala Mahawan.

Setelah sudah makan maka di angkat pula minuman daripada piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itupun di perdarkan oranglah maka segala raja-raja itupun minumlah terlalulah ramainya berusung-usungan. Setelah bunga selesai mabuknya maka keluarlah biduan orang Indera Pura Ankara yang baik msuaranya itupun berbunyilah terlalu merdu bunyi suaranya itu serta dengan tunduknya maka segala yang asyik berahi pun berbangkitlah menari terlalu-lalulah indah-indahnya tarinya itu.

Sumber : Hikayat Seri Rama (Manuskrip Universiti Malaya)
Di rumikan : Mahamada bana A'bada Allaha 
 

Tuesday, November 26, 2013

Raja Iskandar menakluk Cina dan Kijang bertanduk satu

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Setelah sudah di lihat segala isi negeri itu daripada kelakuan rajanya maka terlalu amat sukacita daripada segala hati isi negeri itu. Setelah demikian maka kembalilah ia mengadap raja Iskandar maka sabda raja Iskandar kepadanya “Hai raja Zaharaha, bahawa ketahui olehmu kehendakku aku hendak mengeliling segala pulau yang ada pada laut sementara lagi aku di sini supaya kulihat betapa rupanya dan betapa segala isinya dan hendakku makan segala buah kayunya dan aku ambil daripada pulau itu ufti negerinya”.

Setelah nabi Khidir mendengar kata demikian maka kata nabi Khidir “Bahawa di ketahui hadrat duli shah alam bahawa ada pada laut ini seratus buah pulau. Jikalau sekeliannya pulau itu hendak di lihat shah alam dan akan mengeliling dia tiga tahun lamanya pun tiada akan habis mengeliling dia”. Maka sahut raja Iskandar “Ya nabi Allaha, tiada hamba kembali jika belum hamba melihat pulau itu dan melihat pohon kayu yang bernama Shajarata Al Waqo Waqo. Buahnya itu menjadi manusia apabila genaplah bilang harinya maka gugurlah buah kayu itu daripada pohonnya menjadi manusia dan berkatalah buah kayu itu Waqo Waqo dan ujarnya Sabahaana Al Malaka Al Kholaaqo ertinya yang maha suci raja yang menjadikan daripada keadaan kudratnya dan iradatnya”.

Maka sahut nabi Khidir “Di ketahui shah alam bahawa raja Bahamaka itu raja negeri Cina iaitu yang teramat keras agamanya lagi terlalu amat aniaya pekertinya lagi amat gagah tenteranya pun tiada terhisabkan banyaknya dan sekarang pun hampirlah ia kepada tentera kita. Siapa tahu kerja Allaha kalau-kalau ia menyuruh sulu melihat betapa khabar shah alam di lihatnya tiada shah alam di sana takut di dengarnya pergi mengeliling segala pulau ini. Siapa tahu di binasakan segala tentera kita ia pun tiada mengetahui kemana-mana perginya hidupkah atau matikah tiada dapat tiada cerai-berailah segala tentera shah alam.

Sungguhpun demikian mana bicara shah alamlah tetapi bahawa pada budi bicara yang di perhamba baik juga di suruh shah alam seorang dari antara raja-raja yang bersama-sama dengan shah alam di sini daripada beberap orang membawa surat yang sempurna dan membawa daripada shah alam cincin cap tanda penyuruh shah alam tiada dapat tiada tetaplah hati segala raja-raja itu dari kerana apabila di dengarlah raja jin perihal itu tiada dapat tiada iapun sehingga takut dan segala tenteranya. Shah alam pun bertambah-tambahlah tetap hatinya”. Maka jawab raja Iskandar “Daripada siapa baik di suruh” maka kata nabi Khidir “Raja Radhoyah baik di suruhkan menjadi yang tuha ganti shah alam atas segala tentera shah alam dan segala raja-raja alamat daripada shah alam”.

Bermula tatkala di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka di suruhnya panggil akan raja Radhoyah dan tatkala itu raja Radhoyah pun ada di kapal. Maka datanglah ia mengadap pada ketika itu juga. Maka raja Iskandar pun menyurat sekeping surat demikian bunyinya “Adapun kumulai suratku ini dengan nama Allaha tuhan yang menjadikan seru sekelian alam dan ialah yang empunya kuasa dan kerajaan dan raja Iskandar itupun daripada seorang hambanya dan beberapa lagi dari hambanya yang baik-baik.

Kemudian dari itu bahawa di ketahui daripada segala raja-raja dan menteri dan hulubalang dan penghulu kecil besar dan segala tentera kecil besar bahawa telah kuserahkanlah kamu sekelian kepada tuhan yang empunya kuasa dan kemudian dari itu pula kuserahkan kamu sekelian kepada raja Radhoyah ganti akulah sementara aku belum datang kepada kamu sekelian daripada hal ehwal kamu atau fitnah atau barang kesukaran kamu. Bahawa jangan tiada kamu menurutlah katanya dan menurut daripada barang kehendaknya dan barang siapa mengerja seperti pintaku ini bahawa ialah akan sahabatku dan saudaraku dan kekasihku dan barangsiapa tiada mengerjakan seperti yang demikian itu ialah yang derhaka kepada Allaha Taa’laya dan kepada pesuruhnya nabi Ibrahim Kholil Allaha dan kepada aku”.

Setelah sudah surat itu maka di meteraikannya dan di bungkuskan dan pada ketika itu juga di suruhkan baginda ia kembali. Setelah sudah raja Radhoyah dengan segala raja-raja yang di suruhkannya raja Iskandar kembali itu. Setelah sudah raja Radhoyah kembali naik ke kapalnya itu maka berlayarlah ia daripada jalan yang sedia ikut orang pergi datang ke negeri raja Zaharaha itu dan ada seorang pawang yang tahu di persembahkan oleh raja Zaharaha kepada baginda akan pawang kapal raja Radhoyah itu supaya jangan segala mereka itu jatuh kepada binasa dan berlayarlah kapal hingga sampailah ke labuhan. Setelah sampai raja Radhoyah kepada tempat tentera raja Iskandar maka turunlah raja Radhoyah dan segala orang isi kapal itu sekeliannya naik ke darat.

Bermula tatkala sudah raja Iskandar dengan segala tenteranya pergi ke pulau raja Zaharaha itu maka kedengaranlah kepada raja Bahamaka bahawa raja Iskandar sudah pergi hendak melihat termasa dan hulubalang segala pulau yang ada di laut. Pada ketika itu juga ia bersabda kepada segala tenteranya dan kepada segala orang besar-besarnya “Bahawa pada pendengaranku sekarang segala tentera itu seperti kawan kambing tiada bergembala akan raja Iskandar pun sudah pergi mengalahkan pulau raja Zaharaha. Marilah kita pergi mendatangi segala mereka itu”. Maka sahut segala raja-raja yang takluk kepadanya “Sungguh seperti titah raja itu jikalau tiada pada ketika ini kita pergi nescaya tiada kita peroleh yang kehendak kita itu manakala lagi kita peroleh”. Maka raja Bahamaka pun pada ketika itu juga di suruhnya segala tenteranya beratur dan berhadirkan tenteranya yang tiada terhisabkan banyaknya di kehendakinya mendatangi tentera raja Iskandar.

Maka dengan takdir Allaha Taa’laya tiada berapa hari berjalan sampailah pada suatu tempat yang tinggi maka di lihatnya tentera raja Iskandar penuh pada segala padang dan pada ketika itu juga kapal raja Radhoyah pun datang di lihatnya di laut. Maka bersabda raja Bahamaka kepada segala tenteranya “Berhentilah kamu sekelian dahulu di sini dan bicarakanlah kapal yang datang itu kapal raja Iskandarkah” dan di suruhnya segala tenteranya berkhemah dan di suruhnya lihat seperti kehendak raja Bahamaka itu tiadalah lagi bersalahan. Arakian maka raja Radhoyah pun setelah sampai ke darat maka di suruhnya segala isi kapalnya itu naik ke darat serta mengucap kalimah shahadat Ashahada Ana Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha Laha Al Malaka Wa Laha Al Hamada Yahayaya Wa Yamayata Wa Hawa A’laya Kala Shaya Qodayara.

Kata Shohaba maka pada hari itu daripada pagi-pagi maka kedua menteri yang di suruhkan raja Bahamaka melihat kapal itu maka ia pun kembali kepada raja Bahamaka mengatakan bahawa raja Iskandar adalah di dalam kapal itu mama putuslah asa raja Bahamaka akan perihal yang di kehendakinya. Maka tentera raja Iskandar pun semuanya membaca tahlil dan takbir menurut raja Radhoyah maka tentera raja itupun amat banyak juga maka tentera raja Iskandar pun menyebut nama raja Iskandar dan raja Radhoyah pun naik ke daratlah maka di suruhnya tenteranya berdiri beratur seperti adat perang.

Maka pada ketika itu di titahkan raja Radhoyah kepada Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka di suruh katakan demikian katanya “Hai raja Bahamaka, segala raja-raja yang ada di muka bumi ini dari maghrib ke masyrik sekeliannya sudah mengikut agama kami dan takut akan kami seperti raja dari Banawasa tatkala pada zamannya itu tiada siapa pun seorang samanya itupun sudah kami binasakan dengan segala tenteranya yang tiada dapat di kira-kirakan dengan sekejab mata juga kami binasakan akan dia tambahan engkau pun apa hisabnya pada kami sekelian kerana pada bicara kami tuan kami raja Iskandar tiada ia mahu membinasakan segala makhluk dengan segera dan yang terlebih di kehendakinya jangan daripada segala manusia binasa sehingga mahu ia masuk kepada agamanya dan memberi ufti negeri akan dia dan di suruhnya sertakan nama kami itu atas sigah dirhamnya dan di surat namanya atas segala panji-panji itu. Demikianlah daripada segala negeri yang telah takluk kepadanya daripada dua tiga perkara inilah yang terlebih dikiranya dan daripada barang siapa yang tiada mahu mengikut katanya seperti yang telah tersebut itu nescaya akan di rasainya daripada dhoraba kepanasan senjatanya itu”.

Arakian maka pergilah Fataha Makaya membawa surat itu kepada raja Bahamaka. Setelah ia sampai kepada raja Bahamaka maka di ceritakannya seperti sabda raja Radhoyah itu. setelah di dengar raja Bahamaka seperti yang tersebut itu maka bersabda ia kepada Fataha Makaya “Beberapa ada tentera raja Iskandad itu” maka jawab Fataha Makaya “Adapun akannya tentera raja Iskandar seisi muka bumi ini daripada segala tenteranya”. Maka kata raja Bahamaka “Bahawa kehendakku hendak melihat tentera raja Iskandar yang mengikut ke kemari” maka jawab Fataha Makaya “Sedia akan di lihat raja seperti kata hamba ini”.

Maka jawab raja Bahamaka “Jangan engkau sebut seperti katamu dahulu itu. jikalau mahu kiranya raja Iskandar bersahabat dengan hamba jangan ia merosakkan negeriku dan pinta ufti kepada aku nescaya bersahabatlah aku dengan dia”. Maka jawab Fataha Makaya “Adapun raja Iskandar itu sudah ia pergi ke pulau raja Zaharaha belum lagi ia datang kemari” maka sahut raja Bahamaka “Baiklah aku menanti dia di sini”. Kemudian jikalau mahu mengikut kataku ini nescaya bersahabatlah aku dengan dia dan jika tiada ia mahu mengikut kataku ini nescaya berperanglah aku dengan dia”.

Setelah di dengar Fataha Makaya kata raja Bahamaka itu maka ia pun kembali datang kepada Radhoyah maka di ceritakannya daripada maksud kata raja Bahamaka yang di dengarnya itu. Kemudian dari itu maka di suruhnya Fataha Makaya pergi sekali lagi kepada raja Bahamaka. Adapun kemudian dari itu maka datanglah segala orang besar-besarnya kepada raja Radhoyah maka di ceritakannyalah daripada segala hikayat raja Zaharaha dan segala perihal ehwal yang tersebut itu antara raja Iskandar dan nabi Khidir dan raja Zaharaha sekeliannya di ceritakannya oleh raja Radhoyah kepada segala raja-raja yang tinggal bersama-sama dengan tentera raja Iskandar itu.

Arakian tatkala sudah raja Radhoyah di suruh raja Iskandar kembali membawa khabar maka raja Iskandar pun naiklah kepada sebuah ghorib dengan nabi Khidir dan segala a’lama dan hakama dan pendita dan segala hakim. Maka berlayarlah daripada pulau raja Zaharaha melalui segala pulau itu daripada suatu pengkalan kepada suatu pengkalan seraya mengambil segala buah-buahan dan di minumnya segala air pulau itu dan di bawanya segala raja-raja yang ada di dalam pulau itu masuk agama Asalama dan di lihat raja Iskandar pulau itu yang tiada pernah di lihatnya oleh baginda sehingga datanglah raja Iskandar kepada suatu pulau pohon kayunya pun terlalu besar dan sepohon kayu itu ada segala buahnya seperti manusia kayu. Itulah yang bernama Sajarata Al Waqo waqo seperti yang telah tersebut dahulu itu.

Kata Shohaba Al Hikayat rupanya seperti  kanak-kanak apabilah genaplah bilangan harinya maka buah kayu itu berkata Waqo Waqo Sabahaana Al Malaka Al Kholaaqo ujarnya dengan bahasa Jawi Maha suci tuhan seru sekelian alam maka dengan takdir Allaha Taa’laya tatkala gugurlah ia kematianlah seperti manusia. Maka di lihat oleh raja Iskandar perihal itu maka di ambilnya oleh baginda buah itu maka mengharaplah buah kayu itu. Maka berkata ia waqo waqo dan mengalirlah air daripadanya maka berhentilah suaranya maka terlalulah ajaib baginda perihal yang demikian itu.

Shahdan terlalu hairan baginda dan berkata baginda kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, jikalau kiranya tiada hamba lihat pulau ini yang pelbagai indah-indah itu nescaya hasratlah hati hamba atasnya”. Kata nabi Khidir “Sahaja hamba pertunjukkan akan shah alam yang amat ajaib pula daripada ini” maka sahut raja Iskandar “Ya nabi Allaha, ajaib apa pula yang terlebih daripada yang sudah kita lihat ini”. Maka sahut nabi Khidir “Tempat hamba berbuat ibadat ke bawah hadrat Allaha Taa’laya” maka apabila di dengar raja Iskandar kata nabi Khidir demikian itu maka kata raja Iskandar “Marilah kita ke sana ya nabi Allaha”.

Arakian maka kata nabi Khidir kepada segala tuan-tuan yang ada bersama dengan raja Iskandar di suruhnya menanti di sana maka berjalanlah keduanya pada tepi laut itu terkadang kelihatanlah pulau itu dan terkadang tiada kelihatan pulau itu. maka akan raja Iskandar berlapis-lapis daripada berbagai-bagai di pandangnya yang indah-indah sehingga datanglah kepada pulau itu maka di lihatnya terlalu elok daripada kelakuannya yang teramat harum baunya terlebih daripada kasturi maka rumputnya pulau itu daripada kama kama.

Shahdan adapun pulau itu daripada segala buah-buahan yang ada di dalam dunia ini semuanya adalah di sana. Buahnya seperti kurma dan anggur dan delima dan manggis dan mempelam dan durian dan pulasan dan lain daripada itu pun banyak lagi segala buah-buahnya yang dapat di makan manusia tiada akan memberi mudharat sekeliannya itu. Adalah buah makanan pada pulau itu tiada berputusan pada segenap harinya dan pada pulau itu ada suatu batu keluar air daripadanya amat putih lagi jernih airnya dan cita rasa air itu seperti air madu dan di lihat raja Iskandar ada pada sama tengah pulau itu suatu masjid dengan mihrabnya dan kitabnya pun ada di dalam masjid itu dan kertas yang sudah tersurat itu daripada Tawarayata.

Maka kata nabi Khidir “Ya shah alam, bahawa dahulu kala berapa hamba berbuat ibadat ke bawah hadrat Allaha Taa’laya di sini hingga yang di jadikan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’laya di dalam Qoraana kisah hamba dengan nabi Musa anak A’marana dan Yawasaa’ anak Nun dengan firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana pada surat Al Kahafa”. Maka berjalanlah keduanya hingga datanglah pada mata air maka kata nabi Khidir “Ya shah alam, bahawa yang di perhamba dan nabi Musa dan Yawasaa’ sudah minum daripada mata air ini kemudian maka di pindahkan Allaha Taa’laya yang di perhamba daripada pulau ini kepada suatu pulau lagi. Bahawa pulau itu terbaik pula daripada pulau ini hingga di sampaikan Allaha Taa’laya akan hamba ke bawah duli shah alam”.

Maka berjalanlah keduanya daripada pulau itu seketika maka kata raja Iskandar “Ya nabi Allaha, kehendak hamba melihat pulau itu yang di katakan tuan hamba itu terbaik daripada pulau ini” maka di bawa nabi Khidir akan raja Iskandar daripada suatu pulau lagi amat besar dan amat elok kelakuannya. Segala bukit pada pulau itu dan buminya pun pada perak dan banyaklah terbaik pulau daripada pulau yang dahulu dan kayunya itupun terlalu amat harum baunya tersedap cita rasanya dan mengalir airnya senantiasa dan ada di pulau itu daripada minyak zaitun dan sama tengahnya suatu taman di dalam itu pula suatu mihrab.

Maka tatkala itu berkata-kata nabi Khidir pada raja Iskandar “Barang maklum kiranya shah alam, bahawa tatkala sudah di anugerahkan Allaha pulau ini dengan isinya akan yang di perhamba maka pada suatu hari duduk hamba di mihrab ini. Maka turunlah kepada hamba daripada seorang malaikat dan berkata ia kepada hamba “Ya bapa A’basa, bahawa Allaha Taa’laya berkirim salam akan tuan hamba dan sabdanya kepada hamba segeralah tuan hamba pergi ke negeri Rom datang kepada suatu negeri bernama Maqoduniah. Maka kata olehmu kepada raja negeri dengan lemah lembut perlahan-lahan akan dia supaya dapat masuk katamu itu kepadanya. Katakan olehmu barang ketahui raja kehendak Allaha Taa’laya memberi kurnia akan engkau kerajaan duni ini dari masyrik ke maghrib demikianlah firmanku kepadanya”. 

Maka sahut raja Iskandar “Bahawa mengucap syukurlah hamba ke hadrat tuhan seru alam sekelian yang menyuruhkan bapa A’basa bersama dengan hamba” maka sampailah raja Iskandar kepada mihrab itu sembahyang dua rakaat suatu salam. Arakian maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya bapa A’basa, marilah kita kembali kepada teman kita” tatkala di dengar nabi Khidir kata raja Iskandar demikian maka kembalilah keduanya. Setelah dating keduanya kepada tenteranya maka naiklah ke kapal semuanya dan berlayarlah raja Iskandar.

Kata Shohaba Al Hikayat tatkala sudah raja Iskandar berlayar maka raja Radhoyah telah menyuruh Fataha Makaya pergi kepada raja Bahamaka di negeri Cina yang sudah tersebut dahulu itu. Maka sabda raja Radhoyah kepada tentera raja Iskandar di suruhkan bersiap “Ana Shaa Allaha Taa’alaya, esok hari awal subuh pagi-pagi hari kita berperang dengan kafir laknat Allaha ini” dan kembalilah segala tenteranya itu masing-masing berhadirlah pagi-pagi akan berperang dengan tentera Cina itu. Maka pada hari itu juga pada ketika Asar maka kelihatanlah sebuah kapal dating dari laut seperti burung terbang lakunya. Apabila di lihat oleh keduanya tentera itu kapal dating maka tahulah ia bahawa kapal yang kelihatan itu kapal raja Iskandar. Maka bersabda raja Radhoyah kepada segala raja-raja “Hai segala raja-raja sekelian memakailah tuan-tuan pakaian kerajaan dan pergilah kamu sekelian mengalu-alu akan raja Iskandar” dan ia pun serta pergi.

Hataya maka tatkala sudah semuanya raja-raja itu memakai dengan segala tenteranya maka raja Radhoyah pun pergilah dengan segala raja-raja dan orang besar-besar dan segala hulubalang dan tentera sekelian mengalu-alukan raja Iskandar. Maka kapal pun tiada berapa lama maka sampailah ke darat. Raja Iskandar dan nabi Khidir dan segala a’lama dan hakama dan pendita dan segala hulubalang semuanya turunlah dari kapal itu. Maka di bawa oranglah kuda akan raja Iskandar yang bernama Kalawa Alam maka berkenderaanlah raja dan nabi Khidir maka datanglah segala raja-raja dan orang besar-besar dan segala hulubalang masing-masing mengunjung duli raja Iskandar masuk kepada khemahnya dan segala raja-raja dengan segala tenteranya kembali kepada tempatnya masing-masing. Maka pada ketika itu sulu raja Bahamaka pun ada daripada berapa orang melihat perihal yang tersebut itu maka kembalilah mereka itu membawa warit seperti yang di lihatnya itu kepada raja Bahamaka maka dukacitalah hati raja Bahamaka mendengar erita yang demikian itu.                                                                                                                                  
Bermula raja Iskandar pun sudahlah sampai kepada tenteranya maka di persembahkan orang akan perihal antara raja Radhoyah dengan raja Bahamaka  yang tersebut itu. Maka raja Iskandar pun berceritalah akan segala raja-raja dan segala orang besar-besar segala perihal ehwal perbuatan nabi Khidir bukit air beku dan bukit daripada kaca hablur dan patung yang ada berkeliling kota raja Zaharaha dan perihal di tipu oleh nabi Khidir akan raja Zaharaha dan penjarakan di dalam kubahnya jua dan pada segala barang yang di lihatnya pada segala pulau itu sekeliannya di ceritakan pada segala mereka itu. Maka di tanyakan baginda “Berapa harilah kita pergi datang” maka di kira-kirakan nabi Khidir dan segala hakim itu empat puluh hari jua raja pergi datang.

Hataya maka kelamlah hari dan berangkatlah raja-raja Iskandar ke khemahnya dan segala raja-raja dengan segala tenteranya kembali masing-masing ke khemahnya. Maka esok harinya di awal subuh pagi-pagi hari maka di suruh baginda akan raja Salama dan segala kaumnya dan raja Radhoyah itupun dengan segala kaumnya akan kepala perang maka keluarlah kedua raja-raja itu dengan segala tenteranya ke medan. Maka tatkala di lihat oleh raja Iskandar akan raja Bahamaka itu takut dan hebat akan segala tentera baginda itu dengan kurnia Allaha Taa’laya kiranya maklumlah.

Shahdan daripada tegar hati raja Bahamaka itu melihat tenteranya yang banyak tersebut itu maka di kerahkannya segala tenteranya maka apabila bertemulah kedua tentera itu maka masing-masing mendatangi lawannya. Maka berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga masuk matahari maka terbunuh daripada tentera raja Cina tiada terhisabkan banyaknya. Setelah hari malamlah maka daripada kedua pihak tentera itu masing-masing kembalilah ke khemahnya. Maka pada esok harinya pula keluarlah raja Salama dan raja Radhoyah dan kedua raja-raja itu membawa tenteranya sendirinya.

Maka berperanglah kedua tentera itu daripada awal subuh hingga terbit matahari maka pecahlah perang Cina tiadalah mereka itu berpulih lagi maka lalu larilah sekelian mereka itu. Adapun akan raja Bahamaka pun larilah pada ketika itu tiada lagi menoleh ke belakang hingga sampailah ia ke negerinya. Maka pada ketika itu juga di kirimkan sekeping surat kepada raja Cina pada masa yang dahulu di pintanya tolong daripadanya maka iapun memberi bantu dengan tenteranya yang tiada dapat di kira-kirakan banyaknya.

Bermula akan raja Iskandar pun berhenti pada tempat itu tiga hari tiga malam maka berangkatlah raja Iskandar dari sana kehendaknya akan mendatangi negeri raja Bahamaka. Maka di suruhnya panggil nabi Khidir maka titah baginda “Ya nabi Allaha, demi tuhan yang menjadikan seru alam sekelian bahawa dukacitalah hati hamba melihat kebesaran makhluk yang demikian ini yang lebih kehendak hamba barang di ikutnya agama hamba oleh raja Bahamaka”. Maka tatkala di dengar oleh Balamanasa Hakim daripada perkataan raja Iskandar maka berdatang sembah ia “Barang bersabda kepada hamba segala raja-raja bahawa esok hari tiada shah alam berangkat dari sini. Ana Shaa Allaha Taa’alaya yang di perhambalah membawa raja Bahamaka itu ke bawah charaq duli shah alam”. Maka di kabulkan raja Iskandar pada ketika itu di suruhnya palukan gendang perhentian maka berkhemahlah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada tempat itu.

Maka pada esok hari duduklah Balamanasa Hakim seorangnya pada khemahnya bersunyi-sunyi maka di perbuatnya oleh Balamanasa Hakim beberapa daripada surat hikmat maka di setanggi hikmat pada hari itu dan pada petang harinya maka datanglah raja Bahamaka. Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar “Pinta di suruh shah alam pada segala penghulu orang mendirikan khemah maka di dirikan suatu khemah akan hampir yang di perhamba dan sisi khemah shah alam”. Maka di suruh raja Iskandar kerjakan seperti kehendak Balamanasa Hakim itu maka berdatang sembah ia pada raja Iskandar di suruh hamparkan hamparan dan makanan dan di suruh palukan mang-mang pada keliling tenteranya. Jangan tiada segala hulubalang yang bernama datang berhimpun makan ayapan kepada khemah Balamanasa Hakim maka pada ketika itu juga datang tujuh raja-raja kepada khemah itu akan makan ayapan itu.

Maka berdatang sembah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar “Ya shah alam, barang bersabda kiranya pada orang menunggu pintu jikalau ada orang yang tiada di kenal berdiri di pintu engkau suruh masuk” maka keluarlah orang menunggu pintu maka di lihatnya raja Cina yang bernama raja Bahamaka itu seperti rupa sakainya jua dan orang membawa hidangan ada di atasnya mahkota tetapi Balamanasa Hakim itu sebagai jua di bubuhnya setanggi pada perasapan itu serta membaca Asama Allaha Al Aa’zhoma yang amat tajam. Maka keluarlah Balamanasa Hakim dari sana datang ia kepada sisi raja Iskandar maka di ambilnya sebiji roti dan seekor ikan rendang maka di balutnya dengan roti itu. Maka di berikannya akan raja Bahamaka maka di sambut raja Bahamaka dan di ciumnya membawa barang apa-apa itu seperti kelakuan sakai orang.

Maka di isyaratkan Balamanasa Hakim akan dia di suruhnya kembali maka kembalilah raja Bahamaka maka tatkala ia di hadapan raja Iskandar tiada ia sedar akan dirinya sehingga sampailah ia kepada tempat kenderaannya dan ingatlah ia akan dirinya. Maka hairanlah ia akan perihal tahta kerajaan raja Iskandar dan yang di beri Balamanasa Hakim pun fikirlah ia maka di lihatnya di dalam mawazanya maka keluarkan seekor ikan yang sudah terendang dan sebiji roti yang telah di beri oleh Balamanasa Hakim akan dia itu. Maka tatkala di lihatnya roti dan ikan itu maka hairanlah di dalam hatinya maka percayalah akan perihal penglihatannya itu.

Arakian maka keluarlah ia di adap orang maka di suruhnya panggil segala menterinya dan segala orang besar-besarnya dan segala raja-raja di bawahnya maka di ceritakannyalah perihal yang di lihatnya itu. Maka sembah segala mereka itu “Ya shah alam, di mimpi rajakah yang demikian itu atau dengan sungguhkah di lihat raja” maka kata raja Bahamaka “Janganlah banyak katamu. Dengan sungguhnya kulihat bahawa raja Iskandar itu beroleh kurnia daripada tuhannya. Barang siapa melawan dia sahaja akan binasa. Jikalau mahu ia kiranya membunuh akan daku nescaya matilah aku tetapi pada bicaraku baik juga kita berkirim surat kepadanya”.

Hataya maka di karangnyalah sekeping surat setelah sudah maka di bingkiskan dengan kamaha yang perbuatan negeri Cina yang amat elok dan berpekenakan emas dan di suruhnya dari antara yang terlebih khasnya lagi yang tahu berkata-kata dan bijaksana dan di suruhnya bersama-sama dengan utusan itu lima puluh orang yang pilihan semuanya mereka itu berkuda demikianlah perihal hikayat raja Bahamaka.

Adapun dengar pula hikayat raja Iskandar tatkala sudah keluar raja Bahamaka di hadapannya maka datanglah Balamanasa Hakim kepada raja Iskandar berdatang sembah “Bahawa di ketahui shah alam, ialah raja Bahamaka yang patik beri ikan seekor dan roti sebiji itu. Maka sekarang kembalilah ia ke negerinya dan tiada lupa ia barang yang di lihatnya itu kerana ingat ia akan di perhamba memberi roti dan ikan sudah terendang itu di mimpinya sahaja dengan sungguhnya di lihatnya dan jikalau mahu kiranya shah alam membunuh dia sahaja dapat. Maka adalah pada bicara yang di perhamba tiada dapat tiada bahawa ia menyuruh mengadap ke bawah duli shah alam dan mengikut kehendak shah alam”.

Kata Shoahaba Al Hakaayata maka di antara berapa hari lamanya maka datanglah utusan daripada raja Bahamaka membawa surat kepada raja Iskandar. Maka di alu-alukan nabi Khidir akan dia dan di bawanya mengadap raja Iskandar maka di ambil surat yang di bawanya oleh nabi Khidir lalu di bacanya di hadapan raja Iskandar itu dan di ertikannya. Setelah di ketahui raja Iskandar surat itu maka kata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Sebagaimana pada akal bapa A’baasa akan hal raja Bahamaka itu” maka sahutnya “Hambalah pergi kepadanya mengajar dia membawa agama yang sebenarnya mudah-mudahan mahu ia membawa agama”.

Maka nabi Allaha pun keluarlah daripada hadapan raja Iskandar dan di bawanya utusan raja Bahamaka itu bersama-sama dengan dia kepada khemahnya dan di permuliakan utusan itu dengan sempurna kemuliaan dan di berinya persalin akan utusan itu daripada pakaian yang mulia-mulia dan dari pagi-pagi itu di beri akan dia seribu dinar dan seekor kuda yang khas dengan alatnya daripada keemasan bertatahkan ratna mutu manikam. Kemudian dari itu berjalanlah keduanya datang ke negeri raja Bahamaka maka tatkala hampirlah ke negeri tuannya maka pergilah utusan itu berjalan dahulu memberi tahu rajanya bahawa utusan raja Iskandar ada serta yang di perhamba datang ke mari. Maka raja Bahamaka pun bersabda pada segala orang besar-besarnya itu di suruhnya keluar mengalu-alukan nabi maka di kerjakan mereka itu seperti sabda tuannya itu.

Maka tatkala di lihat mereka itu nabi Khidir maka turunlah mereka itu dari atas kenderaannya memberi salam takzim akan nabi Khidir dan di ciumnya tangan nabi Khidir dan berjalanlah mereka itu semuanya di hadapan nabi Khidir hingga datanglah ke negeri raja Bahamaka dan tatkala itu di maklumkan orang kepada raja Bahamaka. Maka kata raja Bahamaka “Segera suruh masuk” maka masuklah nabi Khidir dengan utusan datang ke hadapan raja Bahamaka maka di lihat raja Bahamaka akan nabi Khidir maka bangkitlah ia berdiri memberi takzim seraya berjalan mengalu-alukan nabi Khidir dan di bawanya duduk bersama-sama dengan dia atas tahta kerajaan berhadapan dengan dia.

Maka kata raja Bahamaka kepada menterinya dan orang besar-besarnya “Bahawa jangan tiada kamu sekelian mendengar kata orang muda ini”. Maka tatkala di dengar nabi Khidir perkataan demikian itu di ceritakan nabi Khidir akan pahala shahadat di balas baginya syurga dan kemuliaan syurga pun di ceritakannya kepada segala mereka itu dengan bahasa mereka itu. maka bersabda raja Bahamaka kepada segala tenteranya seperti di ceritakan oleh nabi Khidir itu maka berbangkit dari antara mereka itu seorang tuha budiman dan pendita pada agamnya terlalu amat tahu pada segala cerita ini dan hikayat yang dahulu kala maka berdatang sembahlah ia.

Shahdan di katakannya “Hai raja kami tiadakah di lihat dan di dengar perihal keadaan raja Iskandar dan sebagaimana kesudahan orang yang derhaka akan dia iaitu dengan binasanya. Sudah di anugerahkan tuhan yang tiada sebagainya akan dia kerajaan di muka bumi ini dari masyrik ke maghrib dan bahawa hamba pun saksi bahawasanya agamanya itu sebenarnya. Mana bibara raja akan hamba bicarakanlah”. Maka sahut raja Bahamaka “Sungguh seperti katamu itu” maka kata orang tuha itu “Jikalau di sungguhkan oleh shah alam kata yang di perhamba ini mengapa raja tiada mahu membawa agama yang sebenarnya”.

Hataya maka dengan kurnia Allaha Taa’laya maka daripada segala orang besar-besar pun semuanya menyebut kalimat shahadat dengan suaranya yang maha nyaring dan kemudian daripada itu perdana menteri raja Bahamaka pun pada ketika itu juga membawa iman maka di suruh raja Bahamaka palu mangmang pada segala negeri lepas daripada tiga hari. Barang siapa tiada mahu agama yang sebenarnya di bunuh akan dia dan segala hartanya boleh akan orang dan anak isterinya pun jadi hamba orang. Dengan tolong Raba Al A’alamayana tiadalah seorang pun yang tiada masuk agama Asalama melainkan sekeliannya masuk agama Asalama dan pada hari yang keempatnya di panggil raja Bahamaka akan nabi Khidir.

Maka tatkala datang nabi Khidir maka bangkitlah ia seraya memberi takzim akan nabi Khidir A’layaha Al Salama dan di bawanya bersama-sama dengan dia duduk di atas tahta kerajaan dudukkan nabi Khidir pada pihak kanannya dan di sebut pula kalimat shahadat di hadapan nabi Khidir. Maka nabi Khidir pun sukacitalah di dalam hatinya akan perihal demikian itu dan kemudian dari itu berkata nabi Khidir ia kepada nabi Khidir “Hai tuan hamba menteri yang mulia bahawa kehendak yang di perhamba bersama-sama dengan tuan hamba pergi mengadap kepada raja Iskandar supaya teranglah mata kalbu hamba melihat wajah baginda raja Iskandar yang maha mulia yang di permuliakan Allaha Taa’laya”. Maka sahut nabi “Yang mana kesukaan hati rajalah”.

Arakian maka bersabda raja kepada menterinya suruh segera himpunkan daripada pelbagai persembahan barang dapatnya maka di kerjakan oleh menterinyalah seperti sabda tuannya itu. Setelah sudah maka berjalanlah raja Bahamaka bersama-sama nabi Khidir maka oleh nabi Khidir di bawanya segera berjalan akan raja Bahamaka kepada sisi tentera raja Iskandar hingga datanglah kepada khemah raja Iskandar. Maka di suruh nabi Khidir alu-alukan kepada raja Iskandar maka di suruh raja Iskandar masuklah ia mengadap.

Tatkala masuk raja Bahamaka mengadap raja Iskandar maka ia menyembah seraya sujudlah ia maka tiada di beri nabi Khidir. Maka raja Iskandar pun memberi takzim akan dia dan di anugerahinya baginda akan dia suatu kerusi daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam akan tempatnya duduk. Setelah duduklah ia seketika ia melihat ke kiri dan ke kanan maka terlalulah hairan hatinya melihat tahta kerajaan raja Iskandar dan melihat tentera raja Iskandar yang tiada dapat di hisabkan itu.

Arakian maka di ajarkan oleh raja Iskandar akan dia sekali lagi membawa agama Asalama serta di persalin oleh baginda akan dia daripada pakaian yang mulia-mulia dan di persalin segala orang besar-besar di bawahnya semuanya di persalin raja Iskandar dan di anugerahi akan dia seratus ekor kuda yang khas dengan segala alatnya daripada emas yang bertatahkan ratna mutu manikam. Maka hairanlah hati raja Bahamaka akan kurnia raja Iskandar itu maka pada ketika itu raja Bahamaka pun berkata kepada nabi Khidir “Barang maklumkan nabi Khidir kepada raja hamba pun hendak mohon kembali ke negeri”. Maka di maklumkan nabi Khidir kepada raja Iskandar maka di suruh baginda ia kembali ke negerinya dengan segala tenteranya dan sukacitalah ia.

Tatkala hampirlah ia ke negerinya maka keluarlah perdana menteri mengalu-alukan dia dan bertanyalah ia kepadanya akan perihal raja Iskandar. Maka sahut raja Bahamaka “Janganlah ia lagi di tanyakan peri hal demikian itu kerana raja Iskandar itu tiada dapat di sifatkan kebesarannya dan murahnya dan kurnianya akan segala manusia yang menurut agamanya”. Maka pada ketika itu bersabdalah ia kepada perdana menterinya di suruhnya suratkan nama raja Iskandar atas sigah dirhamnya dan pada segala panji-panjinya dan berkirim suratlah ia kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya di suruhnya segala isi negerinya membawa agama yang sebenarnya dan di suratkan nama raja Iskandar atas sigah dirhamnya dan atas segala panji-panjinya dan di mana ada rumah berhalanya di suruh robohkan maka di suruh jadikan masjid dan segeralah hantar ufti negerinya barang dapatnya daripada pelbagai perhiasannya dan duduklah ia seketika menanti akan jawab segala surat yang di kirimnya itu.

Bermula tatkala sudah raja Cina keluar dari hadapan raja Iskandar itu maka raja Iskandar pun berangkatlah seperti sedia kala dan nabi Khidir pun berjalan di hadapan pertama tenteranya akan pengunjur hingga hampirlah ke negeri raja Bahamaka. Maka raja Bahamaka pun tatkala mendengar raja Iskandar hampir ke negerinya maka ia pun keluarlah mengalu-alukan dia dan berjalanlah ia dengan beberapa orang sertanya hingga datanglah kepada hadapan raja Iskandar. Maka tatkala berlihatlah dengan raja Iskandar maka turunlah ia dari atas kudanya dan dengan segala tenteranya dan berjalanlah ia seorangnya datang hampir kepada raja Iskandar dan di ciumnya antara kaki raja Iskandar. Maka di ciumnya raja Iskandar kepalanya dan di suruhnya naik ke atas kenderaannya dengan segala tenteranya dan berjalanlah mereka itu pada keesokan harinya waktu zohor maka datanglah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada suatu negeri bernama Haaqoa negeri itulah sama tengah negeri Cina.

Sebermula negeri raja Bahamaka itu besarnya jika di laut empat hari pelayarannya dan di drat hemat dua puluh hari perjalanan dan pada sama tengah negeri Cina itu tiga ratus negeri dan pada pihak matahari hidup negeri Araqo dan negeri itu berisi daripada emas dan barang siapa pergi ke sana daripada orang beragama tiada dapat tiada diam ia di dalam negeri daripada sebab baik hawanya dan airnya dan buah kayunya pun amat banyak. Maka pada hari itu raja iskandar bertanya “Siapakah empunya khemah ini” tiada di ketahuinya iaitu sementara raja Iskandar belum ia sampai pergi seorang penghulu di suruhnya oleh raja Bahamaka mendirikan khemah itu di sana.

Arakian maka turunlah raja Iskandar dengan segala tenteranya pada khemah itu maka pada ketika itu maka datanglah raja Bahamaka mengadap raja Iskandar bersama-sama dengan nabi Khidir. Maka bangkitlah raja Iskandar memberi takzim akan nabi Khidir di bawanya duduk bersama-sama dengan dia di atas tahta kerajaan lalu di anugerahi akan raja Bahamaka suatu kerusi tempatnya duduk dan berdirilah segala raja-raja dan menteri dan hulubalang masing-masing pada martabatnya masing-masing mengeliling raja Iskandar. Tatkala itu raja Bahamaka membawa berhalanya yang di sembah dahulu itu ke hadapan raja Iskandar dan di pecahkannya di hadapan raja Iskandar maka kemudian dari itu di persembahnya daripada segala mata bendanya yang di bawa itu kepada raja Iskandar. Maka di suruh raja Iskandar semuanya sambut pada antaranya di suruh bahagikan pada segala raja-raja dan segala orang besar-besarnya dan tenteranya kecil besar masing-masing pada kadarnya melainkan permata dan zamrut dan mataya dan mata benda yang indah-indah itu jua yang di masukkan ke dalam perbendaharaan.

Dan tatkala sudah yang demikian itu maka berkata raja Bahamaka kepada nabi Khidir “Barang di persembah ya nabi Allaha kiranya ke bawah duli shah alam pinta di kerjakannya barang yang di kehendaknya atas negeri hamba ini. Adapun hamba hendak mengikut tapak shah alam pada mengerjakan ghozaala supaya di ampun Allaha Taa’laya segala dosa hamba yang telah lalu itu”. Maka di maklumkan nabi Khidir kepada raja Iskandar maka sukalah ia akan peri hal itu maka pada ketika itu jua di anugerahi raja Iskandar daripada harta yang tiada dapat di hisabkan dan di rajakannya seorang yang di kehendakinya daripada isi negeri itu. Maka raja Bahamaka pun pada ketika itu berkhemah pada suatu pihak tenteranya raja Iskandar dan bersama-sama dengan dia hulubalang yang pilihan hemat dua puluh ribu hulubalang yang tiada dapat di sifatkan.

Arakian maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha suruh palukan mang-mang pada segala tentera kita barang segeralah bersiap Ana Shaa Allaha Taa’alaya pada hari yang keempat berjalanlah kita dari sini”. Maka di kerjakan nabi Khidirlah seperti titah baginda itu maka pada hari yang keempat berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat dahulu kala kehendaknya mendatangi negeri raja Fawaqola (Fauqul). Maka akan raja Cina raja Bahamaka pun serta mengiringkan baginda maka berangkatlah raja Iskandar dari negeri Haaqoa hemat empat puluh hari perjalanan dan sulu raja Iskandar pun hampirlah ke negeri Fauqul maka gemparlah segala isi dusun dan isi negeri itu. 
            
Kata Shoahaba Al Hakaayata maka tatkala sudahlah mereka itu ke negeri Fauqul maka berceritalah raja Bahamaka kepada nabi Khidir akan peri hal negeri Fauqul itu dan peri segala tenteranya dan pengetahuannya banyak dan bahawa pekerjaan raja itu daripada turun temurun dan tenteranya raja itu tiada terhisabkan. Maka di ceritakan nabi Khidir semuanya kepada raja Iskandar maka sahut raja Iskandar “Sebagaimana akal budi kita akan peri hal pekerjaan kita ini”. Maka sahut nabi Khidir “adapun pada akal hamba baik juga kita berkirim sekeping surat kepadanya mudah-mudahan di cenderungkan Allaha Taa’laya hatinya jika kiranya berbahagia ia di ikutnya. Jikalau tiada ia mahu mengikut sabda shah alam tatkala itu adalah budi bicara kira akan dia”.

Maka pada ketika itu juga di pinta nabi Khidir sekeping kertas emas air dakwatnya perak maka di surat nabi Khidir demikian bunyinya “Bahawa kumulai suratku ini dengan nama Allaha yang esa dan tunggal kerajaannya dan menuruh kelakuannya dan ialah yang terlebih kuasanya daripada segala kuasa dan ialah tiada sekutu dengan dia dan ialah yang pertama dan ialah kesudahan daripada segala kesudahan dan keadaannya surat ini daripada hambanya yang bernama raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Maqoduniah nama negerinya Zawa Al Qoranayana nama gelarnya yang beroleh kurnia tuhannya akan dia kerajaan segala muka bumi ini datang ke negeri Cina yang bernama raja Fauqul.

Adapun kemudian dari itu bahawa mengucap syukurlah engkau akan tuhan yang esa dan mengucap sholawatlah engkau akan segala nabi dan segala orang yang mengikut agamanya. Kemudian dari itu bahawa aku memanggil engkau akan mengikut agama yang sebenarnya dan jalannya daripada segala jalan nabi-nabi. Apabila engkau melihat suratku ini janganlah tiada engkau segera mengikut perkataanku seperti segala raja-raja yang lain maka lepaslah engkau daripada api neraka dan jika engkau tiada menurut kataku ini nescaya akan tempatmu itu neraka dan kemudian dari itu sejahtera kiranya atas orang budiman yang empunya fikir”. 

Tatkala sudah nabi Allaha mengarang surat itu maka di baca di hadapan khalayak majlis raja Iskandar dan di capnya daripada cap kasturi yang amat harum baunya di bungkus surat itu dengan kain dibaj yang berupakan emas dan di berikannya surat itu kepada tangan raja Bahamaka maka di suruhnya bawa kepada raja Fauqul.
Arakian maka keluarlah raja Bahamaka dengan beberapa orang yang baik-baik daripada kaumnya bersama-sama dengan dia di bawanya surat itu kepada raja Fauqul negeri Cina. Maka tatkala di dengarnya utusan raja Iskandar hampirlah datang ke negerinya maka ia pun bersabda kepada perdana menteri di suruhnya dengan dia segala orang besar-besarnya pergi mengalu-alukan raja Bahamaka itu. maka di kerjakannya oleh perdana menterinya seperti sabda tuannya maka di alu-alukannya raja Bahamaka itu dan di bawanya kepada raja Fauqul. Maka tatkala di lihat oleh raja Bahamaka akan raja Fauqul maka di keluarkannya surat itu daripada bungkusnya dan di bukanya di kucupinya ke atas kepalanya lalu kepada matanya maka lalu di berikannya kepada tangan raja Fauqul.

Adapun bahawa di ketahui oleh raja Fauqul bahawa surat ini daripada raja Iskandar atas segala raja-raja yang di jadikan Allaha Taa’laya pada muka bumi ini ialah yang bernama raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsanya Zawa Al Qoranayana nama gelarnya Maqoduniah nama negerinya banyaklah sudah di taklukkannya daripada segala raja-raja. Maka tatkala di dengarnya raja Fauqul daripada segala rencana perkataan raja Bahamaka demikian itu maka bersabda ia kepada perdana menteri dan kepada segala raja-raja yang takluk kepadanya dan di berinya akan raja Bahamaka suatu tempat perhentian dengan segala alatnya dan hamparannya maka di suruh raja Bahamaka berhenti di sana. Dan tatkala sudah berhimpunlah segala raja-raja dan segala orang besar-besar dan segala raja-raja yang takluk kepada raja Fauqul maka bersabda ia kepada segala mereka itu “Apa bicara budi kamu akan raja yang mendatangi kita ialah yang menyuruh raja Bahamaka jadi utusan kemari ini” maka sahut segala mereka itu “Marilah kita perang akan dia”.

Dan tatkala itu ada pada raja Fauqul tujuh batu haikal menyurat dia tujuh orang hakim suatu haikal suatu di suratkannya dan di mulainya peri hal itu pada segala orang yang mengikut bintang Zuhal, kedua haikal akan bintang Musytari, ketiga haikal akan bintang Marikh, keempat haikal akan bintang Shamasa, kelima haikal akan bintang Zuhrah, keenam jaikal akan bintang A’thoara, ketujuh haikal akan bintang Qomara dan segala orang yang mengikut peri hal itu ketujuhnya di panggilnya oleh raja Fauqul dan di tanyakan kepadanya. Maka sahut mereka itu katanya “Raja jua menang jikalau perang dengan raja Iskandar” melainkan yang punya bulan jua berdiam ia tiada mahu berkata-kata sepatah jua pun.

Maka kata raja Fauqul akan dia “Mengapa tok hakim berdiam tiada mahu berkata-kata kerana segala saudara kita ini semuanya daripada kita sudah berkata-kata tuan hamba mengapa diam”. Maka sahut hakim “Barang di ketahui raja bahawa di dalam pengetahuan hamba jikalau perang dengan raja Rom ia jua menang kerana pada kira-kira sudah hamba lihat jikalau kiranya berhimpunlah segala isi bumi ini berperang dengan dia ia jua menang jikalau tiada dari kerana demikian usah raja berangkat sendiri. Jika di titahkan raja itu kepada seorang menterinya pun sahaja di binasakannya akan kita sekelian” maka sahut raja Fauqul “Sungguhkah hai tok hakim”.

Pada ketika itu juga di suruhnya panggil utusan pada ilmu menulis peta seperti rupa manusia dan di suruhnya tulis rupa bulan dan segala rupa yang bersama-sama dengan rupa bulan itu maka di kerjakan oleh utus itu dan pada ketika itu juga di kerjakannya seperti sabda tuannya raja Fauqul. “Kemudian engkau pergilah menyamar dirinya engkau seperti orang raja Iskandar hendaklah kau tuliskan rupanya bagaimana-bagaimananya daripada duduknya dan tidurnya dan perjalanannya segera bawa olehmu kepada aku” maka pergilah utus itu berjalan kepada tentera raja Iskandar dan di samarkan dirinya maka bertemu dengan nabi Khidir.

Maka di hela oleh nabi Khidir akan dia di bawanya ke hadapan raja Iskandar dan di berkata nabi Khidir “Apa pekerjaanmu ini datang kemari” maka sahut orang yang menulis itu “Tatkala datang utusan shah alam kepada raja kami raja Fauqul maka di tanyalah kepada segala orang yang memegang haikal maka kata segala mereka itu baik kita perang melainkan yang empunya haikal bulan jua menegahkan. Demikian katanya adapun hamba lihat pada haikal bulan itu rupa seorang sahaja di serahkan Allaha kerajaan pada muka bumi kepadanya barang siapa melawan dia tiada dapat tiada beroleh binasa dan jikalau ia empunya rupa itu jangan kita lawan bukan harus kita lawan akan dia. Maka kerana inilah yang di perhamba ini di suruhnya mempetai rupa shah alam hendak di tunjukkannya kepada hakim haikal bulan itu. Jikalau ia rupa shah alam sahaja tiadalah ia melawan”. Setelah di dengar raja Iskandar cerita utusan itu demikian maka sabda baginda pada utusan itu “Baiklah engkau tuliskan rupaku ini bawalah kepada rajamu”.

Arakian maka di tuliskanlah rupa raja Iskandar seperti adanya itu maka di bawanyalah kepada tuannya maka di berikan oleh raja Fauqul itu kepada yang empunya haikal itu. Maka tatkala di lihat oleh hakim itu haikal bulan rupa peta itu maka datang sendirinya kepada raja Fauqul dan berkata ia kepada raja “Janganlah shah alam lawan yang empunya peta ini ialah yang menaklukkan segala raja-raja di muka bumi ini dan semuanya mengikut agamanya. Kita pun hendaklah mengikut katanya dan agamanya”. Maka sahut raja Fauqul “Baiklah melainkan dua perkara jua tiada aku mahu mengikut dia. Pertama memberi ufti akan dia, kedua mengikut agamanya. Adapun yang lain daripada itu kita ikutlah”. Maka sahut hakim itu “Jangan raja berkata demikian mengikut hawa nafsu raja kerana mengerjakan demikian bukan di aibkan orang. Seperkara lagi iapun bukan apa-apa daripada kehendaknya melainkan mengikut agamanya jua. Bermula agamanya pun agama yang sebenarnya”.

Kata Shoahaba Al Hakaayata maka tatkala pada ketika itu jua raja Fauqul membawa iman dan di suruhnya segala isi negerinya itu membawa agama dan pada ketika itu jua di mustaidkannya daripada barang yang ada daripada pelbagai yang indah-indah di dalam negeri Cina yang tiada pernah di pandang orang seumpamanya dan di kirimnya pula bersama-sama dengan persembahannya itu anak perempuan seorang terlalu elok rupanya daripada manikam dan mutiara tiada dapat di sifatkan dan di kirimkannya suatu kendi-kendi daripada kulit di isinya itu seratus rathil daripada perbuatan hakim yang berbuat haikal itu dengan hikmat dan jikalau kiranya di isinya itu pada tatkala bulan Asataratho nya jikalau berhimpun segala isi bumi ini meminumkan dia air itu tiadakan habis melainkan di buangkan yang lebihnya itu.

Sebermula tatkala sudah sampai segala sembahan yang tersebut itu maka sukacitalah raja Iskandar tetapi yang amat indah pada matanya itu tiada suatu yang lain melainkan anak raja Fauqul jua di lihat raja Iskandar daripada pihak rupanya terlalu amat elok. Sabda raja Iskandar Fa Tabaaraka Allaha Ahasana Al Khoalaqoyana tatkala itu kahwinlah raja Iskandar dengan anak raja Fauqul itu dan naik mimpilah ia pada malam itu dan pada awal subuh pagi-pagi hari maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh oleh tuan hamba palu gendang berangkat dan suruhkan tiup nafiri berangkat alamat kita berpindah dari sini. Maka di kerjakan oleh nabi Khidir seperti kehendak raja Iskandar itu maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya seperti adat sedia kalanya sehingga hampirlah datang ke negeri raja Fauqul.

Maka iapun tiada taksir tatkala di dengarnya raja Iskandar sudah pindah ke hadapan negerinya maka iapun bermustaid daripada barang dapatnya dan keluarlah ia dengan istiadatnya pergi mengalu-alukan raja Iskandar. Tatkala bertemu dengan nabi Khidir maka tercenganglah ia daripada melihat hebat nabi Khidir itu dan hendak turunlah ia dari atas kudanya maka di isyaratkan nabi Khidir “Jangan kita turun”. Setelah ia datang kepada nabi Khidir maka di bawanya akan dia ke hadapan raja Iskandar maka tatkala itu bersama-sama dengan raja Fauqul hakim yang mengadakan haikal bulan itu.

Setelah di lihat raja Fauqul dengan segala kaumnya akan raja Iskandar maka sekelian mereka itu menybut Laa Alaha Alaa Allaha Abaraahayama Kholayala Allaha. Sukacitalha hati raja Iskandar dan di permulianya raja Iskandar akan raja Fauqul dengan sempurnanya maka berkatalah keduanya sehingga datang ke sisi pintau kota negeri Cina maka berkhemahlah segala tentera raja Iskandar dan segala raja-raja itupun masing-masing pada khemahnya. Hataya berkata raja Fauqul kepada segala isi negerinya di suruhnya mengantari akan tentera raja Iskandar daripada pelbagai makanan dan minuman dan akan segala kenderaan mereka itu. Maka berhentilah raja Iskandar dengan segala tenteranya yang tiada dapat di hisabkan berkeliling negeri Fauqul hemat dua puluh hari lamanya dan kemudian dari itu maka berkata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Suruh kerahkan segala rakyat kita bersegera tiga hari lagi pada hari yang keempat berjalanlah kita pada ketika itu”.

Maka datanglah raja Fauqul membawa ufti negerinya daripada pelbagai mata benda yang indah-indah di bawanya daripada zaman neneknya daripada manikam dan mutiara yang besar-besar maka di persalin raja Iskandar akan raja Fauqul dengan seratus bagai persalin dan di anugerahinya suatu makota daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam dan di anugerahinya akan dia daripada kuda yang khas seratus ekor dengan segala alatnya sekelian itu emas dan di persalin raja Iskandar kepada segala raja-raja dan segala orang besar-besar di bawahnya masing-masing kadarnya. Maka kembalilah raja Fauqul dengan segala kaumnya dan pada hari yang keempat maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya dan nabi Allaha pun bersama-sama seperti adat seda kala akan pengunjur tenteranya raja Iskandar.

Maka raja Fauqul pun keluarlah dengan segala tenteranya mengantarkan raja Iskandar hemat tiga hari perjalanan maka masuklah ia mendapatkan anaknya perempuan itu di ajarnya akan dia daripada pelbagai perkataan yang mulia-mulia. “Hai anakku di beri Allaha akan suamimu bagind itu raja Iskandar yang tiada ada sebagainya di dalam dunia ini. Hai anakku jadikan dirimu seperti yang di perhambanya maka engkau beroleh kemuliaan. Adapun hai anakku peliharakan olehmu segala wasiatku yang sepuluh perkara ini supaya di pelihara Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya akan dikau di dalam dua buah negeri.

Pertama bersahabatlah dengan suamimu dan tahu-tahu engkau bersahabat dengan dia. Kedua wasiatku engkau dengarkanlah kata suamimu kerana redhanya daripada redha tuhannya yang menjadikan seru alam sekelian. Ketiga wasiatku jangan daripada barang rahsianya engkau katakan kepada orang dan jangan engkau lawan akan dia berbantah. Keempat jangan di lihat suamimu daripada masam mukamu sekali jua pun melainkan tersenyum-senyum. Kelima tahu-tahu engkau memeliharakan hamba sahayamu dan jangan tiada engkau permulia daripada segala anak isteri hulubalang yang baik-baik itu dan jangan engkau membinasakan hartamu kerana pekerjaan memeliharakan hati mereka itu. Keenam jangan di lihatnya kejahatanmu sekali juapun. Ketujuh bahawa jangan sekali-kali di perlihat daripada barang jahat sedikit juapun melainkan barang sempurna jua kerana perempuan yang tahu memeliharakan dirinya di hadapan suaminya seperti tanaman bunga di tanamkan oleh utus yang tahu mengaturkan tanaman yang layak di tepi di tanamkannya pada tepi dan yang layak di tengah di tanamkannya pada tengah dan yang layak di sisi jalan di tanamkannya pada sisi jalan dan yang layak di sisi rumah di tanamkannya pada sisi rumah demikianlah daripada perempuan yang tahu menambat hati suaminya.

Yang kedelapan wasiatku jangan engkau menunjukkan bencimu akan dia melainkan kasihmu jua di lihatnya. Kesembilan hai anakku jangan engkau murka akan segala hambamu di hadapan suamimu sekali juapun. Kesepuluh hai anakku tatkala suamimu santap hendaklah sopan-sopan engkau di hadapannya dan tunjukkan olehmu kasih sayangmu akan dia pada segala hari dan pada segala ketika jangan tiada anakku mengerjakan seperti pengajar yang sudah kuceritakan padamu itu. Jika engkau mengerjakan seperti kataku ini tiada dapat tiada makin bertambah-tambah kasihnya akan engkau dan jangan engkau hadap akan rupamu dan bangsamu dan akan mudamu kerana suamimu itu raja daripada segala raja-raja tiada harus sekali-kali engkau menilik dirimu kerana redha suamimu itu daripada redha tuhannya dan kupohonkan kepada Allaha Taa’laya barang di peliharakannya jua engkau daripada semu syaitan dan hawa nafsu dan syahwat supaya terpeliharamu daripada kedua tempat dan barang di sempurnakan Allaha Taa’laya engkau dengan sempurna kebajikan dan nikmat atasmu itupun pada kedua tempat jua. Hai anakku bahawa engkau serahkan dirimu kepada tuhan engkau bahawa sungguhnya ia jua tuhan yang mengampuni lagi amat mengasihani Amayana Raba Al A’alamayana”. Dan bercium berpeluk bertangis-tangisan keduanya.

Setelah sudah maka keluar ia daripada tempat anaknya kembali ke negerinya maka raja Iskandar berjalanlah tiga hari tiga malam. Pada hari yang keempatnya datanglah tentera raja Iskandar pada antara bumi yang banyak rumput dan harum baunya maka di suruh nabi Khidir segala tentera berkhemah di sana. Pergilah ia kepada raja Iskandar katanya “Barang maklum kiranya shah alam bahawa sudahlah di sampaikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’alaya hadrat shah alam kepada bumi yang amat ajaib rumputnya amat indah-indah dan kijang padanya demikianlah hikayatnya. Jikalau di makan kijang rumput bumi itu maka di turunkan Allaha daripada rumput itu darah pada pusat kijang itu daripada sehari kepada sehari makan besar pusat kijang itu dan tatkala sudah genap ketikanya maka kutillah pusatnya itu maka di geselkannya pada tunggul kayu hingga keluarlah darah pada pusatnya itu maka diamlah ia maka darah itulah yang menjadi kasturi”.

Maka hairanlah hati raja Iskandar mendengar cerita nabi Khidir itu maka terlalu ingin hati raja Iskandar hendak melihat rumput dan kijang yang  di ceritakan nabi Khidir itu dan pagi-pagi hari maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala yang damping kepadanya dan segala raja-raja dan orang besar-besarnya dan segala menterinya di sana pada khemah yang sedia itu. Dan tatkala raja Iskandar berjalan itu pada ketika itu berhikayat nabi Khidir “Maklum kiranya shah alam bahawa bumi ini luasnya hemat tujuh hari perjalanan”. Tatkala itu maka haripun malamlah dan berhentilah mereka itu di sana semalam itu tetapi hati mereka itu dan raja Iskandar terlalu sangat berahi hendak melihat kijang dan rumput yang pada padang itu dan di ingatkannya peri hal itu kepada nabi Khidir maka sahut nabi Khidir “Ana Shaa Allaha esok harilah duli shah alam dengan beberapa orang daripada orang yang damping kepada shah alam dan yang di perhamba pun bersama-sama melihat bumi itu lagi pula ada pada bumi itu daripada galian fairuz dan galian senia dan galian zabarjad”.

Maka pada pagi-pagi hari raja Iskandar dan nabi Khidir dan segala mereka itu yang di harapinya daripada tentera Maqoduniah maka berangkatlah raja Iskandar datang kepada bumi itu. maka bertiuplah angin daripada pihak bumi itu amat harum baunya maka bertanyalah raja Iskandar “Bau apakah ini terlalu amat harum” maka sahut nabi Khidir “Inilah bau rumput yang di perhamba ceritakan itu”. maka di lihat raja Iskandar kepada rumput itu seperti akar seri tinggi kadar dua hasta maka datanglah kijang itu memakan dia. Maka di lihat raja Iskandar banyak pasak kayu terdiri pada bumi itu maka bertanya raja Iskandar kepada nabi Khidir maka sahut nabi Khidir “Adapun bahawa kayu yang di pasak akan orang pada bumi itu daripada segala saudagar yang kemari mendirikan dia masing-masing di perbuatnya pasak kayu itu kerana kijang itu tatkala sudah di makannya rumput itu maka isilah pusatnya. Dan tatkala gatallah pada antara pusatnya itu maka datanglah kijang itu geselkan pusatnya itu pada hujung pasak yang terdiri itu beberapa kali maka gugurlah kasturi itu. maka di ambil oleh saudagar di bawanya pulang ke negerinya maka di beli oranglah daripadanya”.

Maka hairanlah raja Iskandar akan peri hal itu dan berjalanlah mereka itu seketika maka di lihat kijang banyak kawannya dan tatkala raja Iskandar berangkat itu di suruhnya bawa anjing dan serigala dan rajawali. Maka tatkala di lihatnya kawan kijang itu maka di suruhnya lepas anjing dan rajawali itu maka di perburunyalah kijang itu dan kijang itupun amat hairan tercengang-cenganglah ia melihat peri hal yang riada pernah di rasainya maka tiadalah ia dapat lari daripada tempatnya. Tatkala di lihat oleh raja Iskandar peri hal itu maka tersayanglah hatinya pada ketika itu tiada di berinya akan tenteranya menikam akan dia di suruhnya raja Iskandar tangkap akan kijang itu dengan hidupnya pada ketika itu jua di bawa orang kijang itu ke hadapan raja Iskandar.

Maka di lihat raja Iskandar warna tubuh kijang itu seperti pijar dan tanduknya suatu jua pada antara kedua matanya dan keadaan kijang itu terlalu amat elok rupanya daripada segala jenis kijang yang lain. Bermula tatkala sudah raja Iskandar melihat kijang itu maka di suruhnya sembelih dan di suruhnya permasakkan maka di kerjakan oleh mereka itu seperti titah baginda itu. setelah sudah masak maka di bawa oranglah ke hadapan raja Iskandar dan nabi Khidir daging kijang kasturi itu terlalu citarasa dagingnya tiada ada sebagainya. Arakian maka di anugerahi baginda daging itu akan segala raja-raja dan orang besar-besarnya dan segala hulubalangnya.

Sumber : Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana
Di rumikan : Mahamada bana A'bada Allaha