Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, May 28, 2012

Kisah Nabi Allaha Nuh A'layaha Al Salama


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama 

Ketahui oleh kamu adapun nabi Allaha Nuh itu namanya Shaakarayana anak Malaka anak Manawasakaha anak Adarayasa(Idris). Maka sebab Shaakarayana itu dinamai Nuh kerana sangat ia bercintaan dengan tangis akan segala kaumnya menyembah berhala dan beberapa dirasainya daripada mereka itu dan di nista mereka itu akan dia dan dipalu oleh segala kaumnya akan dia hingga datang kepada empat puluh tahun umurnya maka di anugerahkan Allaha Taa’laya akan dia nubuah jadi nabi akan menunjukkan segala kaumnya yang betul kepada membawa agama Asalama dengan iman dan tauhid akan Allaha Taa’laya. Antara berapa tahun lamanya maka yang menurut katanya lima puluh orang laki-laki dan lima puluh orang perempuan yang masuk Asalama membawa iman kepadanya seperti firman Allaha Taa’laya Falabatsa Fayahama Alafa Sanata Al Akhomasayana A’amaa yakni adalah yang mengikut kata Nuh lima puluh orang laki-laki.

Adapun Nuh dititahkan Allaha Taa’laya berseru-seru tiap-tiap pagi-pagi benua Kufah demikian katanya “Hai kaum yang lali dengan dunia dan permainan kamu. Kata oleh kamu Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha. Hanya sa-nya tuhan yang esa tiada sekutu baginya, Tiada tuhan yang disembah melainkan Allaha Taa’laya”. Maka di dengar mereka itu kata nabi Nuh A’layaha Al Salama mahsyurlah warta Nuh ke Masyrik dan ke Maghrib bahawa ada seorang laki-laki berseru-seru ia tiap-tiap pagi. Ajaib segala akan katanya tiada tuhan melainkan Allaha, Esa tiada akan menyamai dia sesuatu jua pun tiada pernah kita dengar daripada datuk nenek kita seperti katanya itu. Hataya maka dikhabarkan mereka itulah daripada seorang kepada seorang seperti kata Nuh itu. Maka hairanlah mereka itu sekelian. Adapun tatkala Nuh berseru-seru itu adalah setengah mereka itu menutup telinganya supaya tiada di dengar mereka itu suara Nuh dan setengah mereka itu menggeleng-geleng kepalanya daripada sangat hairannya dan setengah mereka itu menudung kepalanya dengan kain dan setengah mereka itu melarikan dirinya supaya jangan di dengar kata nabi Nuh itu.

Demikianlah pada tiap-tiap pagi nabi Nuh berseru-seru menyuruh mereka itu membawa iman akan Allaha Taa’laya. Maka pada suatu hari dipalu mereka itu akan Nuh A’layaha Al Salama hingga tiada menyedarkan dirinya. Setelah ingatlah ia daripada pitam maka katanya “Hai segala manusia yang derhaka berkatalah kamu sekelian bahawasanya Allaha Taa’laya tuhan yang esa tiada sekutu baginya dan bahawasanya aku dijadikan Allaha Taa’laya nabi yang memberi tahu kamu akan seksa neraka dan nikmat syurga akan segala manusia yang mengikut kataku dan diseksa akan Allaha Taa’laya akan kamu yang tiada mengikut daku dan bahawa namaku Nuh anak Malaka”. Setelah di dengar mereka itu kata Nuh itu maka dipalu mereka itu pula akan dia lalu pengsanlah tiada khabarkan dirinya sehari semalam lamanya.

Hataya setelah sedarkan dirinya lalu ia pulang ke rumahnya serta berseru-seru kepada Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya Raba Anaya Daa’wata Qowamaya Layalaa Wa Nahaaraa Falama Yazadahama Daa’aya Alaa Faraaraa Wa Anaya Kalamaa Daa’wata Hama Lataghofara Haa’lawaa Ashoabaa’ Hama Faya Azaana Hama Wa Asatafashawaa Tsayaaba Hama Wa Ashoorawaa Wa Asatakabarawaa Asatakabaaraa Tsama Anaya Daa’wata Hama Jahaaraa Tsama Anaya Aa’lanata Lahama Wa Asararata Lahama Asaraaraa yakni tatkala siumanlah Nuh daripada pengsannya maka kembalilah ia ke rumahnya dengan pecah kepalanya serta bengkak pehanya seperti tiada akan sampai ia ke rumahnya. Maka sembahnya kepada tuhannya “Ya tuhanku bahawasanya engkau jua yang terlebih tahu akan hal hambamu. Bahawa kusuruh pada mereka itu tiap-tiap hari percaya akan dikau dengan mengerjakan kebaktian kepadamu supaya kau ampuni segala dosanya mereka itu. Maka ditutup mereka itu telinganya dengan jarinya tiada ia mahu mendengarkan kataku dan setengah mereka itu melarikan dirinya daripadaku.

Kemudian kuseru pula akan mereka itu dengan perlahan-lahan kalau di dengarkan mereka itu pengajarku maka dipalingkan mukanya daripada aku katanya engkau ini tiada sebenarnya. Ya tuhanku barangkala kukatakan mereka itu membawa imanlah kamu akan tuhan yang esa dan akan nabi kamu supaya diampuni Allaha Taa’laya dosa kamu maka ditutupi mereka itu telinganya dengan jari mereka itu dan setengah menutup mukanya dengan kainnya. Akan hambamu pada malam pun telah kukatakan pada mereka itu dengan rahsianya kubukakan bagi mereka itu kataku percayalah kamu sekelian maka larilah mereka itu daripadaku dengan di nista akan daku”. Hataya maka firman Allaha Taa’laya kepada Nuh Anaha Lana Yawamana Mana Qowamaka Alaa Mana Qoda Amana yakni Maka ujar Jibril “Ya Nuh salam Allaha atasmu bahawa firman tuhanmu kepadamu bahawa segala kaum itu tiadalah akan membawa iman ia kepadamu melainkan segala yang ada sertamu itulah yang mendengar katamu”.

Arakian antara berapa tahun lamanya maka suatu hari nabi Nuh melihat segala kaumnya berhimpun-himpun mereka itu pada suatu tempat maka pergilah nabi Nuh kepada kaumnya yang berjamu-jamuan itu. Katanya “Demi Allaha bahawasanya telah dianugerahkan Allaha akan kamu sentosa pada hidup kamu maka berhimpunlah kamu dengan bersuka-sukaan makan dan minum dan tiadalah kamu sebut akan tuhan kamu yang anugerahkan akan kamu segala makan makanan itu. Maka olehmu bahawa Allaha Taa’laya jua tuhan kamu yang esa tiada sekutu baginya dan bahawasanya aku ini nabi kamu yang menceritakan akan kamu pahalanya syurga dan seksaan neraka lagi akan diseksanya akan kamu jika tiada percaya kamu akan dia dan jika kamu sebut-sebut akan nikmatnya dan berbuat ibadat kamu akan dia nescaya lagi akan dianugerahkan Allaha Taa’laya akan kamu di dalam dunia dengan kesukaan selama hidup kamu dan di dalam akhirat diampuni Allaha kiranya segala dosa kamu dan dimasukkan akan kamu ke dalam syurga dalamnya nikmat yang kekal yang tiada lagi berkesudahan adanya. Tiada kupinta upahku pada kamu sekelian akan diriku dan suatu manafaat akan daku pada menyampaikan titah Allaha Taa’laya kepada kamu itu melainkan kepada Allaha jua seperti firman Allaha Taa’laya kata Nuh akan segala kaumnya Wa Yaa Qowama Laa Asaala Kama A’layaha Maa Laa Ana Ajaraya Alaa A’laya Allaha Alaya Akhora Al Ayata yakni Hai tuhanku kaumku tiada kupinta kepada kamu upah atau sesuatu manafaat akan dikau pada menyampaikan titah Allaha Taa’laya itu melainkan kepada Allaha yang amat tahu akan halku. Bahawa aku menceritakan kepada kamu seksa yang amat pedih lagi akan didatangkan kepada kamu.

Hataya setelah di dengar mereka itu kata nabinya maka di palu mereka itu akan dia dan suruhnya lontar pada pada budak-budak dengan batu akan nabi Nuh. Adapun pada ketika itu perempuan nabi Nuh Waafalaha namanya di dalam antara kaum itu maka segera ia keluar katanya pada kaumnya “Jangan kamu palu akan dia kerana ia ini orang gila jangan di dengarkan katanya”. Maka kata segala orang kaya-kaya daripada mereka itu “Jika engkau kasih akan suamimu itu enyahkanlah ia daripada majlis kami ini dan benci kami melihat mukanya dan mendengarkan katanya yang tiada berguna itu” dan kata setengah daripada mereka itu “Sungguhnyalah ia ini orang gila tolakkan oleh kamu akan dia”.

Maka tatkala di dengar nabi Nuh kata isterinya dan segala kaumnya akan dia orang gila itu makin sangatlah sakit hatinya dengan dukacitanya. Maka mengadah ke langit serta dengan tangisnya dan serunya kepada Allaha Taa’laya seperti firman Allaha Taa’laya menceritakan akan kata Nuh Anaya Magholawaba Faanatashora maka sembah nabi Nuh “Ya tuhanku bahawasanya engkau jua tuhan yang amat mengetahui akan hal hambamu. Bahawasanya aku ini teraniaya oleh kaumku di alahkannya mereka itu akan daku maka minta tolong aku kepadamu, engkau jua tuhan yang sebaik-baik akan menolong”. Hataya maka Jibril pun turun kepada nabi Nuh katanya kepada Nabi Nuh “Hai nabi Nuh kembalilah engkau daripada mereka itu pulang ke rumahmu. Bahawa tuhan seru alam menyampaikan salam kepadamu yang pinta hambaku Nuh itu telah kuperkenankan inilah anugerah tuhanmu akan dikau biji kayu di dalam syurga. Tanam olehmu akan dia dan adalah sebelah cawangnya itu zamrud yang hijau warnanya.

Arakian maka nabi Allaha Nuh pun diamlah di dalam rumahnya tiadalah ia berjalan-jalan lagi pada segala kaumnya. Setelah itu empat puluh tahun lamanya maka pohon kayu zamrud itu pun besarlah kira-kira seratus kaza panjangnya dan besar pohonnya sama dengan panjangnya itu. Adapun selama pohon kayu itu di tanam nabi Allaha Nuh tiadalah jadi kanak-kanak daripada perut ibunya. Demikianlah dikehendaki Allaha Taa’laya atas mereka itu dan nabi Nuh pun tidurlah tiada lagi berkata-kata dengan segala kaumnya. Hataya maka mahsyurlah pohon kayu itu pada segala negeri Masyrik dan Maghrib mengatakan bahawa pohon kayu yang di tanam Nuh itu sebelah cawangnya zamrud terlalu besar panjangnya maka ajaiblah mereka itu sekeliannya dan setengah daripada mereka itu datang daripada pihak negeri melihat pohon kayu itu. Maka bertanyalah mereka itu kepada Nuh darimana engkau peroleh benih kayu ini?”. Maka sahut nabi Nuh “Bahawa pohon kayu inilah yang berlepaskan kami daripada seksa Allaha Taa’laya kerana lagi akan diturunkan Allaha Taa’laya akan kamu sekelian kerana kamu tiada percaya akan dia”. Setelah di dengar mereka itu kata Nuh itu maka tertawa-tawa mereka itu akan nabi Nuh dengan dipersendanya akan dia.

Bermula segala kafir pun penuhlah di dalam dunia ini dari Masyrik datang ke Maghrib seperti firman Allaha Taa’laya Raba Laa Tazaka A’laya Al Aradho Mana Al Kaafarayana Dayaaraa Anaka Ana Tazara Hama Yadholawa A’baadaka Wa Laa Yaladawa Alaa Faajaraa Kafaaraa ertinya sembah nabi Nuh “Ya tuhanku telah penuhlah atas bumi ini daripada segala kafir maka di persenda-sendakannya akan daku. Ajarkan pada mereka itu tiadalah di turutnya kataku makin bertambah-tambah pula kafirnya akan dikau dan sesatlah ia daripada jalan yang sebenarnya. Maka jangan kiranya kau tinggalkan atas bumi ini seorang juapun daripada segala kafir itu. Ya tuhanku, engkau jua tuhan yang menyeksai segala kafir itu dan melepaskan segala mukmin dan ampun olehmu kiranya akan segala hambamu yang percaya akan dikau yang ada sertaku ini”. Hataya maka Jibril pun turun kepada nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama katanya “Salam Allaha atasmu ya Nuh. Firmannya kepadamu perbuatlah olehmu sebuah bahtera” maka kata Nuh “Siapatah yang berbuat bahtera ini dan sebagaimana gerangan perbuatannya itu?”. Maka ujar Jibril “Tuan hamba carilah orang yang tahu menarah dan merapat maka pohon kayu yang tuan hamba tanam itulah tuan perbuat bahtera dan cawangnya daripada zamrud itulah akan pasaknya”. Setelah itu maka Jibril pun naik ke langit.

Hataya maka Nuh pun mencari tukang yang tahu berbuat bahtera maka dengan takdir Allaha Taa’laya datang empat orang pandai kepada nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama. Maka kata Nuh kepada mereka itu “Adakah kamu tahu berbuat bahtera? Maka sahut keempatnya mereka itu “Dapatlah kami empat orang ini mengerjakan dia tetapi kami tiada lagi beristeri jika mau tuan hamba beri isteri akan kami keempat ini atas kamilah berbuat bahtera itu”. Setelah di dengar nabi Allaha Nuh kata mereka itu maka kata nabi Nuh “Baiklah nescaya kucari akan kamu isteri” tetapi di dalam hati nabi Nuh yang seorang itu dapatlah kuberi kerana anakku pun seorang dan tiga orang lagi ini dimana kuperoleh perempuan akan isterinya. Hataya maka diperjamu nabi Allaha Nuh akan mereka itu makan setelah sudah makan maka orang itupun pulang ke rumahnya.

Maka nabi Nuh pun masuk ke dalam rumahnya maka tiba-tiba dilihatnya di dalam rumahnya itu empat orang perempuan muda terlalu baik-baik rupanya keempatnya itu seperti rupa anaknya. Maka nabi Allaha Nuh pun hairanlah melihat dia maka tiadalah dikenalnya anaknya “entah yang mana engkau di dalam yang empat itu”. Maka dilihat Nuh A’layaha Al Salama akan kuda dan keldai dan seekor kucingnya telah tiadalah maka makin sangatlah ia hairan maka fikir dalam hatinya “Iaitulah yang dijadikan Allaha Taa’laya serupa dengan anakku itu” maka kata nabi Allaha Nuh “Mana anakku di dalam empat orang kamu ini” maka sahut keempatnya mereka itu “Kamilah anak nabi Allaha” dan datanglah keempat mereka itu mendapatkan nabi Nuh A’layaha Al Salama. Maka hairanlah nabi Nuh akan kudrat Allaha Taa’laya pada hal tiada dikenalnya akan anaknya.

Setelah sampailah dua hari maka tukang itupun datanglah mendapatkan nabi Nuh maka kata nabi Nuh “Hai pandai sekarang adalah pada aku dianugerahkan Allaha empat orang anak maka keempatnya kukahwinkanlah dengan kamu. Asalama lah kamu sekelian” maka dengan kurnia Allaha Taa’laya mereka itupun masuklah Asalama lalu di kahwinkan nabi Allaha Nuh keempatnya itu dengan anaknya. Arakian maka nabi Allaha Nuh pun berkata sebagaimana kita berbuat kapal ini kerana tiada pernah orang berbuat kapal daripada dahulu kala hingga datang sekarang. Adakah dapat kamu keempat membicarakan dia?”. Maka kata mereka itu “Marilah acuannya akan kami” kata mereka itu “Ana Shaa Allaha Taa’laya marilah mengerjakan dia kerana kami pandai pada membelah papan dan dapat merapat dia.

Hataya maka Jibril pun datang kepada nabi Nuh katanya “Firman tuhanmu ya Nuh perbuatlah olehmu kapal dan pohon kayu itulah belah olehmu dan bangunnya itu seperti dada ayam tetapi apabila sudah terbelah papan itu hambalah akan mengajar tuan hamba berbuat dia”. Hataya maka datang nabi Allaha Nuh akan tukangnya dan nabi Allaha itupun Jibril A’layaha Al Salama jua yang mengajar dia seperti firman Allaha Taa’laya Wa Ashonaa’ Al Falaka Baaa’yananaa yakni perbuat olehmu kapal itu dengan kami ajarkan engkau berbuat dia.

Setelah disusun nabi Nuh bahtera itu maka papannya yang pertama tersebut nama nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama dan kedua papan nama nabi Shayatsa A’layaha Al Salama dan ketiga papan nama nabi Adarayasa A’layaha Al Salama. Keempat papan nama nabi Nuh A’layaha Al Salama dan kelima papan nama nabi Hawada A’layaha Al Salama dan pada keenam papan nama nabi Sholaha A’layaha Al Salama dan ketujuh papan nama nabi Abaraahayama A’layaha Al Salama hingga datang kepada empat ribu tiga ratus empat puluh keping tersurat nama nabi sekelian dan adalah sekelian papan itu dikeluar daripada pohon kayu itu juga. Setelah sudah disusun nabi Nuh maka dipasaknya dengan kayu zamrud itu. Setelah sudah disusun nabi Nuh bahtera itu seribu kaza tingginya dan empat ratus kaza lebarnya dan tujuh pangkat, seratus pintunya dan lima puluh layarnya. Setelah sudah bahtera itu maka terhantarlah ia diatas bumi.

Arakian maka datang segala kaum nabi Allaha Nuh melihat bahtera itu maka firman Allaha Taa’laya menyuruhkan nabi Nuh berkata pada segala kaumnya Wa Kalamaa Mara A’layaha Malaa Mana Qowamaha Sakhorawaa Manaha Qoala Ana Tasakhorawaa Manaa Faana Nasakhora Mana Kama Kamaa Tasakhorawana Fasawafa Taa’lamawana. Hai Nuh katakan pada mereka itu bahawa kamu persenda-senda akan kami pada hari lagi akan datang ke atas kamu bala yang amat besar daripada tuhan kamu. Maka berkata segala kaumnya “Hai Nuh, kau buat bahtera ini akan tempatmu diamkah di sini atau kau bawa terbang ke udarakah?” maka sahut nabi Nuh “Bahawa tuhanku menyuruhkan aku berbuat bahtera ini bahawasanya janji tuhanku akan mengaramkan kamu sekelian dengan air itu. Sebenarnya lagikan datang seksanya keatas kamu”. Maka ditertawakan mereka itu akan nabi Nuh A’layaha Al Salama dengan dipersenda-sendanya akan dia.

Arakian maka sembah nabi Nuh “Ya tuhanku, telah habislah papan ini kuperbuatkan bahtera maka ada lagi sedikit tiada cukup papan hendak mengenakan tariknya”. Maka Jibril pun turun kepada nabi Nuh maka ujarnya “Ya Nuh suruhlah daripada anak cucumu pergi mengambil papan yang tiada genap lagi itu. Bahawa ada sepohon kayu di tepi sungai Nil terlalu besar maka di tambangkan olehmu suruh bawa kemari akan tarik bahteramu itu”. Maka kata nabi Nuh kepada segala anak cucunya “Siapa kamu dapat membawa pohon kayu yang di tepi sungai Nil itu dibawa kemari?”. Maka seorang pun tiada bercakap membawa kayu itu maka berkata seorang daripada mereka itu “Dapat pun membawa kayu itu kemari A’ajala lah maka baiklah ia disuruhkan pergi”. Maka ujar Nuh “Hai A’ajala maukah engkau pergi mengambil kayu itu biarlah kuberi upah akan dikau” maka sahut A’ajala “Ya nabi Allaha, hambalah membawa kayu itu ke mari. Janganlah nabi Allaha upah akan hamba sekadar tuan hamba beri makan akan hamba supaya kuat hamba menanggung dia”.

Hataya maka di beri nabi Nuh tiga buah apam akan A’ajala itu. Demi di lihat A’ajala tiga buah apam di beri nabi Nuh akan dia itu maka iapun tertawa serta katanya “Ya nabi Allaha, bahawa makanan hamba pada sehari dua belas ribu mana, beratnya lima puluh buah apam banyaknya. Maka apa jadinya tiga buah apam ini padaku bahawasanya tiadalah berasa kenyang perutku”. Maka kata nabi Nuh “Hai A’ajala, jangan engkau permudahkan apam ini terlebih daripada yang dua belas ribu mana itu kenyangnya. Makanlah olehmu akan dia tetapi hendaklah dahulu engkau sebut Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama”. hataya maka di sebutnyalah oleh A’ajala seperti pengajar nabi Nuh itu maka lalu di makannya apam yang tiga buah itu. Baharu sebuah apam itu di makannya maka kenyanglah ia setelah sudah A’ajala kenyang makan apam itu maka pergilah ia mengambil kayu itu. Setelah sudah ditebang orang maka di tanggungnyalah sebatang kayu itu tiada ia berhenti pada suatu tempat jua pun hingga di hantarkannya ke hadapan nabi Allaha Nuh dan adalah jauh pohon kayu itu dengan bahtera Nuh kira-kira sebulan perjalanan maka dijalan oleh A’ajala lima hari lima malam jua sampailah ia ke bahtera nabi Nuh A’layaha Al Salama.

Hataya maka di belah nabi Nuh kayu itu di jadikannya papan lalu di kenakannya tarik bahteranya itu. Hanyalah beroleh empat keping papan itu jua maka papan yang pertama itu tersurat nama Abawa Bakara Al Shodayaqo Radhoya Allaha A’naha dan papan yang kedua nama A’mara Radhoya Allaha A’naha dan papan yang ketiga nama A’tamaana Dawaya Al Nawarayana Radhoya Allaha A’naha dan papan yang keempat nama A’laya Al Maranadhoya Radhoya Allaha A’naha. Setelah itu maka di lihat nabi Allaha Nuh tersurat pada papan itu nama keempat mereka itu maka di tanya Nuh kepada Jibril “Nama anabaya kah tersurat pada empat papan ini?”. Maka ujar Jibril “Ialah nama sahabat nabi Akhora Al Zamaana yang lagi akan datang Mahamada namanya, bangsanya Hashayama ialah nabi Amayana Sayada Al Anabayaa Wa Al Marasalayana. Ialah yang kesudahan kekasih tuhan yang maha besar yang tersurat namanya pada segala tiang arash dan pada segala pintu langit dan pintu syurga”. Setelah di dengar nabi Nuh kata Jibril itu maka ia pun mengucap selawat akan nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sembah Nuh “Ya tuhanku, demi kemuliaan kekasihmu Mahamada nabi Akhora Al Zamaana itu barang kau luputkan kami daripada bala seksamu dan kau binasakan segala kafir. Jangan kau tinggal seorang jua pun di dalam bumi ini”.

Arakian setelah sudahlah bahtera nabi Allaha Nuh maka datanglah segala kafir naik ke atas bahtera itu lalu di berakkannya di dalam bahtera itu dan tiadalah terlarang oleh Nuh maka bertambun-tambunlah di dalam bahtera itu dengan tahi dan kumuh mereka itu daripada sangat dengkinya dan hendak persakitnya hati nabi Allaha Nuh dengan segala Asalama sertanya. Maka dengan kudrat Allaha Taa’laya ada seorang orang puru lagi lasa tiada boleh betul kaki tangannya maka ia pun datang ke bahtera itu tiada dapat ia berjalan melainkan merangkak jua. Setelah ia naik hendak membuang najis ke dalam bahtera itu maka lalu jatuh ia disembuhkan Allaha Taa’laya segala penyakitnya itu. Maka iapun berjalanlah pulang ke rumahnya maka bertanya segala kaumnya “Siapa mengubat dikau ini maka segera sembuh engkau daripada penyakitmu?” maka sahutnya “Tatkala sudah aku jatuh pada najis di dalam bahtera Nuh lalu sembuhlah segala penyakit di dalam tubuhku ini dan puru pada tubuhku pun hilanglah”. Setelah di dengar segala mereka itu kata orang itu maka dicuba mereka itu diambilnya tahi dan kumuh di dalam bahtera Nuh itu di gosokkan mereka itu segala yang kudil dan yang lasa maka dengan kudrat Allaha Taa’laya sembuhlah segala penyakit mereka itu. Hataya dengan demikian itu habislah najis yang di dalam bahtera itu diambilnya oleh mereka itu akan ubat mereka itu.

Maka pada suatu hari berkata nabi Allaha Nuh pada segala kaumnya “Hai kamu segala kaumku, adalah kamu terlalu najis daripada binatang. Sudah kamu buang najis kamu di dalam bahtera aku ini kamu ambil pula akan ubat kamu. Sa-nya tiada najis kamu itu ubat melainkan nama segaka anabayaa Allaha yang sholeh itu jua”. Maka sahut segala kaumnya “Hai Nuh, demi tuhan kami berhala yang kami sembah itu sa-nya orang yang gila berkapal di atas darat maka tiada engkau kudiamkan dia maka kami biarkanlah di dalam bahteramu itu oleh benar kerja kami bersenda-senda akan dikau maka jadikan kami najis kami jua akan ubat kami. Jika tiada kiranya kami malu akan orang tuhamu itu berkeluarga dengan kami nescaya kami bunuh akan dikau atau kami halaukan akan dikau kepada bumi yang jauh”. Maka kata Nuh “Hai segala kaum, orang tuha-tuhakah kamu kemaluan yang lain daripada Allaha Taa’laya tiada kamu malu akan Allaha Taa’laya tuhan yang menjadikan kamu sekelian lagi akan seksa Allaha Taa’laya akan kamu dengan seksa karamkan oleh air akan kamu. Bahawa tuhanku itu tiada berubah janjinya akan menyeksai kamu”.

Arakian maka kembalilah nabi Nuh ke rumahnya. Hataya maka datang empat orang pendita itu mengadap nabi Allaha Nuh maka berfikir nabi Nuh “Betapa periku mengetahui anakku di dalam empat orang itu”. Maka nabi Allaha Nuh pun bertanya kepada mereka itu katanya “Hai segala tukang bahawa anakku yang kuberikan akan kamu itu apa-apa perangainya. Hendaklah katakana kepada aku”. Maka sahut seorang daripada mereka itu “Ya nabi Allaha, adapun anak tuan hamba itu terlalu baik parasnya tetapi lakunya olok-olok seperti laku keldai”. Maka berkata seorang lagi “Ya nabi Allaha, akan anak tuan hamba itu terlalu baik rupanya lagi bagaimana tetapi barangkali ia marah lakunya seperti laku kucing hendak menampar dan menggigit”. Maka berkata seorang lagi “Ya nabi Allaha, bahawa anak tuan hamba itu terlalu baik rupanya lagi amat bijaksana tetapi barangkali ia marah hendak menendang dan menggigit seperti perangai kuda”. Maka berkata seorang lagi “Ya nabi Allaha, yang anak nabi Allaha itu telah sempurnalah akalnya lagi sabar dan murah suatu pun tiada celanya”. Maka fikir nabi Nuh “Jika demikian yang kemudian itulah anakku dan yang tiga orang itu dengan kudrat Allaha Taa’laya menjadikan dia manusia”.

Arakian setelah sudahlah bahtera itu berapa bulan lamanya maka firman Allaha Taa’laya “Ya Nuh pergilah engkau ke Bayata Al Maa’mawara kerana Bayata Al Maa’mawara itu hendak di angkatkan ke langit maka kunjungi olehmu akan dia”. Setelah Jibril naik ke langit maka nabi Allaha Nuh pun pergilah mengunjungi Bayata Al Maa’mawara itu dengan tangisnya dan serunya kepada Allaha Taa’laya serta kaumya ada sertanya itu. Setelah itu maka Jibril pun datang kepada nabi Nuh katanya “Salam Allaha atasmu ya nabi Allaha, firmannya muatlah oleh tuan hamba Sakinah Adam ke atas bahteramu. Ertinya pakaian Adam dan Hawaya dan nabi Shayatsa dan Adarayasa dan segala perkakasnya rumah yang bekas di makan pakai mereka itu maka di taruh di dalam sebuah peti yang besar itulah di namai Tabut Sakinah” dan lagi kata Jibril “Ya Nuh, himpunkan olehmu segala biji kayu sekeliannya yang ada di dalam bumi ini dan binatang yang liar dan binatang yang jinak naikkan ke atas bahteramu”.

Maka sahut nabi Nuh “Ya Jibril, akan binatang liar itu sebagaimana hamba yang menghimpunkan dia kerana duduk segenap hutan padang jauh” maka ujar Jibril “Akan binatang yang liar itu hambalah yang himpunkan dia kemari tetapi hendaklah tuan hamba muatkan rumput makanannya dan yang patut didahulukan itu hendaklah tuan hamba naikkan ke atas bahteramu”. Maka di naik nabi Nuh tabut itu lapis yang pertama dan segala manusia pada lapis yang kedua dan segala andik-andik burung pada lapis yang ketiga itu dan segala binatang yang jinak pada lapis yang keempat dan segala binatang yang liar-liar dan yang menerkam pada lapis yang kelima dan segala rumput pada lapis yang keenam dan segala bijian pada lapis yang ketujuh.

Arakian segala binatang yang liar jua belum termuat maka Jibril pun turun ke bumi menghalau segala binatang itu datang ke bahtera nabi Nuh maka di naikkan nabi Nuhlah ke atas bahteranya itu. Setelah sudah nabi Nuh bermuat maka sehari nabi Nuh bermasak apam maka berbunyi mendidih pada tempatnya bermasak apam itu di dengar orang maka di beri orang tahu kepada nabi Nuh itulah alamat kebinasaan segala kaum itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Faara Al Tanawara Qolanaa Ahamala Fayahaa Mana Kala Zawajayana Atsanayana Wa Ahalaka Alaa Mana Sabaqo A’layaha Al Qowala Wa Mana Amana Wa Maa Amana Maa’ha Alaa Qolayala yakni firman Allaha Taa’laya menyuruhkan nabi Nuh bermuat segala andik-andik berbagai jenis di muatkan keatas bahteranya. Maka kata nabi Nuh kepada Jibril “Segala bagai jenis itu dapat hamba muatkan keatas bahtera, yang binatang liar itu sebagaimana hamba menghimpunkan dia”. Maka Jibril pun mengembangkan sayapnya lalu dihalaunya naik ke bahtera Nuh maka kata Jibril “Akan segala mukmin sertamu ini suruhlah segera naik ke bahteramu melainkan sedikit juga yang ada percaya akan dikau. Ya Nuh, lihatlah olehmu kekayaan tuhan yang amat kuasa melakukan kehendaknya. Bermula segala orang yang sertamu itu terpelihara daripada karam”.

Hataya maka bermuatlah nabi Nuh keatas bahteranya dari segala mergastua yang melata di bumi dan yang terbang di udara itu. Telah sudahlah berhimpun di atas bahtera nabi Nuh tiadalah di sebutkan bilang nama segala binatang itu daripada amat banyak jenis hanya yang tiada naik binatang Khoraayata juga. Maka kata nabi Nuh “Hai Khoraayata Iblis naiklah engkau ke bahtera ini” maka Khoraayata pun naik maka Iblis a’layaha laa’nata pun sertanya naik ke bahtera itu dan lagi tiada naik isteri Nuh dan anaknya bernama Kanaa’ana “Tiadalah kami naik bahtera sertamu, naik kami keatas bukit nescaya terpeliharalah kami daripada karamkan air”.

Arakian maka Jibril pun datang kepada nabi Allaha Nuh katanya “Salam Allaha atasmu ya Nuh, telah habislah naik bahteramu segala mukmin yang ada sertamu itu dan janganlah kau pohonkan segala kafir itu kepadaku seorang juapun daripada mereka itu tiada lepas daripada seksaku”. Maka sahut nabi Allaha Nuh “Ya Jibril, telah habislah naik bahtera ini segala mukmin melainkan isteri hamba dan anak hamba jua yang tiada mau serta hamba katanya pergi ia suatu kaumnya ke bukit”. Maka Jibril pun diamlah lalu naik ke langit maka firman Allaha Taa’laya kepada Mikail “Ya Mikail, turunkanlah air dari langit itu. Janganlah engkau timbang dan sukat lagi dan keluarkanlah olehmu air di dalam bumi itu”. Hataya maka turunlah air hujan yang amat lebat dan bumi pun belah-belahlah keluarlah air daripada bumi itu.

Adapun pertama turun hujan itu pada sembilan hari bulan Rejab dan bumi pun belah-belah seperti akan kiamat lakunya seperti firman Allaha Taa’laya Fafatahanaa Abawaaba Al Samaa Bamaa Manahamara Wa Fajaranaa Al Aradho A’yawanaa Fa Al Taqoya Al Maa A’laya Amara Qoda Qodara Wa Hamalanaaha A’laya Zaata Al Waaha Wadasara, tatkala itu kami bukakanlah pintu langit supaya turun air daripadanya keatas bumi dan kami pasakkan pula bumi itu supaya keluar air daripadanya keatas bumi dan arakian maka terangkatlah bahtera Nuh oleh air itu maka nabi Nuh pun kasihan akan segala kaumnya dan lebih pun sayangnya akan anaknya dan isterinya seperti firman Allaha Taa’laya akan kata Nuh Yaa Banaya Arakaba Maa’naa Wa Laa Takana Maa’ Al Kaafarawana Hai anakku mari engkau naik sertaku ke atas kapal ini dan jangan engkau serta dengan segala kafir itu. Maka kata anaknya seperti firman Allaha Taa’laya Qoala Saawaya Alaya Jabala Yaa’shomanaya Mana Al Maa. Qoala Laa A’ashoma Al Yawama Mana Amara Allaha Alaa Mana Rahama Wa Haala Bayana Hamaa Al Mawaja Fakaana Mana Al Maghoraqoyana Maka kata anaknya Kanaa’ana naik aku serta mereka itu keatas bukit terpeliharalah aku daripada di karamkan air. Maka kata nabi Nuh tiada seorang juapun lepas daripada azab Allaha pada hari ini melainkan barangsiapa yang di kasihi Allaha akan dia.
Hataya maka di ceraikan gelombanglah antara Nuh dengan anaknya Kanaa’ana maka adalah ia daripada orang yang binasa serta segala kaumnya pada hal ia menyebelahkan dirinya daripada bapanya tatkala lagi berlihat nabi Nuh dengan anaknya. Maka katanya anaknya “Naik aku keatas bukit serta orang banyak itu tiadalah aku di karamkan air” maka sahut nabi Nuh “Hai anakku bukan ini air bah dan air air besar bahawasanya air inilah yang akan binasa segala kaum kafir kerana segala bukit pun sekeliannya tenggelam pada hari ini”. Maka di ceraikan gelombanglah akan dia dengan bapanya dan ibunya Waaa’laha pun sertanya binasa maka dengan saat itu juga bukit itupun tenggelam tiada lagi berketahuan.

Setelah di lihat Nuh akan hal mereka itu telah habislah binasa maka tertutuplah hati nabi Nuh maka ia mengadap ke langit berseru-seru “Ya tuhanku, bahawa janjimu jua yang sebenarnya telah tertutuplah hatiku melihatkan hal segala anak cucuku yang kau luputkan ia daripada mataku maka tiadalah tersabarkan oleh hambamu, Ya tuhanku”. Maka firman Allaha Taa’laya menceritakan akan sembah Nuh Ana Abanaya Mana Ahalaya Wa Ana Waa’daka Al Haqo Wa Anata Ahakama Al Haakamayana Maka sembah Nuh Ya tuhanku jika engkau kembalikan kiranya isi rumahku dan isteriku padaku dan anak cucuku maka bahawasanya janjimu jua yang sebenarnya dan engkau jua tuhan yang amat menghukumkan daripada segala hukum yakni yang amat tahu daripada segala yang tahu.

Maka firman Allaha Taa’laya akan dia Anaha Layasa Mana Ahalaka Anaha A’mala Ghoyara Shoalaha Hai Nuh bahawasanya iaitu bukan daripada isi rumahmu bahawasanya ia berbuat pekerjaan yang tiada baik maka tiadalah ia daripada anak cucumu. Adapun segala mereka itu yang percaya akan dikau iaitu daripada anak cucumu maka janganlah kau tanyai akan daku pada barang tiada engkau mengetahui dia dan hendaklah jangan engkau daripada orang yang jahil. Maka firman Allaha Taa’laya Falaa Tasaalana Maa Labasa Laka Baha A’lama Anaya Aa’zhoka Ana Takawana Mana Al Jaahalayana. Maka sembah Nuh Qoala Raba Anaya Aa’waza Baka Ana Asaalaka Maa Layasa Laya Baha A’lama Wa Alaa Taghofara Laya Wa Tarahamanayaa Kana Mana Al Khoasarayana firman Allaha Taa’laya maka jangan kau tanyai akan daku barang yang jahil maka sembah Nuh Ya tuhanku bahawasanya berlindung aku kepadamu daripada menanyai dikau pada barang yang tiadaku mengetahui dia dan jikalau tiada kau ampuni akan daku maka adalah aku pada ketika itu daripada orang yang merugi.

Hataya maka nabi Nuh pun menarik layarlah serta katanya seperti yang di ceritakan Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Basama Allaha Majarayahaa Wa Marasaahaa Ana Rabaya Laghofawara Rahayama Dengan nama Allaha jua kami berlayar. Berlayarlah nabi Nuh pada jalannya yang amat besar seperti bukit tinggi dan segala bukit yang tinggi pun tiadalah berketahuan lagi. Berapa antaranya nabi Nuh di dalam bahtera itu maka banyaklah najis manusia dan najis segala binatang yang di dalam bahtera itu. Maka nabi Nuh pun minta doa kepada Allaha Taa’laya memohonkan hilang segala najis itu. Arakian maka Jibril pun turun kepada nabi Nuh maka ujarnya “Ya Nuh, sapu oleh tuan hamba dahi gajah itu”. Hataya maka di sapu nabi Nuh dahi gajah itu dengan kudrat Allaha Taa’laya keluar daripada belalai gajah itu babi sujud maka di makan babi itulah segala najis di dakam bahtera itu. Maka hairanlah segala mukmin yang di dalam bahtera itu melihat kudrat Allaha Taa’laya. Maka oleh Iblis laa’nata Allaha di sapunya pula belakang babi itu maka keluar daripada hidung babi itu sujud tikus lalu di korek oleh tikus akan papan bahtera itu dan mata benda yang di dalam bahtera itu pun di koreknya. Maka kata nabi Nuh “Darimana datangnya ini habis di perbinasanya segala isi bahtera ini.”

Maka Jibril pun datang kepada nabi Nuh maka ujarnya “Iblislah yang empunya kerja itu di sapunya belakang babi keluarlah itu. Ya Nuh, sapulah oleh tuan hamba belkang harimau itu nescaya di keluarkan Allaha Taa’laya binatang yang membunuh tikus itu”. Maka di sapu nabi Nuh belakang harimau lalu keluar sujud kucing itulah makan segala tikus itu. Maka daripada hari itulah tikus dengan kucing berseteru. Maka berkata nabi Allaha Nuh akan Iblis “Apa sebabnya maka engkau sapu belakang babi itu. Adakah firman Allaha Taa’laya kepadamu demikian itu” maka sahut Iblis “Kulihat tuan hamba menyapu belakang gajah maka di keluarkan Allaha Taa’laya babi maka kusapu pula belakang babi maka di keluarkan Allaha Taa’laya tikus. Bahawa kehendak tuan hamba pun di kabulkan Allaha Taa’laya, kehendak aku pun di kabulkan Allaha Taa’laya jua”. Maka ujar nabi Allaha Nuh “Hai malaun, siapa menyuruh engkau naik keatas bahtera itu serta kami” maka sahut Iblis “Bahawa yang menyuruhkan aku itu diriku jua. Telah beberapa puluh keti dan nafas anakmu hingga tiada terbilang banyak mereka itu sekelian menurut kataku. Telah di binasakan Allaha Taa’laya akan mereka itu sebab tuan hamba maka adalah cita hamba hendak berbinasakan segala isi bahtera ini pada hal hamba ketahui tiada dapat hamba melalui takdir Allaha Taa’laya “. Maka ujar nabi Nuh “Enyahlah engkau daripada aku hai laknat Allaha atas kepalamu” maka sahut Iblis “Mengapa sekarang tuan hamba enyahkan dan dahulu tuan hamba suruh naik bersama-sama dengan binatang Khoraayata itu”.

Arakian adalah nabi Nuh diam di dalam bahtera itu daripada sembilan haribulan Rejab hingga datang kepada Shaaban dan bulan Ramadhan dan bulan Shawal dan bulan Zawa Al Qoa’data dan bulan Zawa Al Hajata datang kepada sepuluh haribulan Maharam. Maka Jibril pun datang kepada nabi Nuh ujarnya “Salam Allaha atasmu ya Nuh, firman telah jauhlah engkau daripada segala kafir dan telah sejahteralah engkau daripada kebinasaan seperti firman Allaha Taa’laya Wa Qoyala Yaa Aradho Abalaa’ya Maaka Wa Yaa Samaa Aqolaa’ya Wa Ghoyadho Al Maa Wa Qodhoya Al Amara Wa Asatawata A’laya Al Jawadaya Wa Qoyala Baa’daa Lalaqowama Al Zhoalamayana Maka firman Allaha kepada bumi “Hai bumi telanlah olehmu air itu dan hai langit tahanilah olehmu airmu itu”. Hataya maka keringlah air itu dan selesailah pekerjaan kamu pada menghalaukan segala kafir itu maka melepaskan segala mukmin dan tetaplah bahtera itu atas bukit Jawadaya (Judi). Bermula jika tiada kiranya segera di tahani Allaha Taa’laya air yang turun dari langit yang terbit daripada bumi itu nescaya sampailah air itu ke langit.

Hataya maka terhantarlah air itu dan bahtera itupun tawaflah tujuh kali pada tempat Kaa’bata Allaha yang lagi akan di perbuat nabi Allaha Ibrahim A’layaha Al Salama. Setelah sudah ia berkeliling tujuh kali maka lalu ke benua Sham, barang yang ada bukit dalam dunia ini sekeliannya itu di laluinya daripada sangat dalam air itu maka berhentilah ia di bukit Jawadaya seperti firman Allaha Taa’laya Wa Asatawata A’laya Al Jawadaya tetaplah ia di atas bukit Jawadaya maka air itupun lambat surut kerana hambaku Nuh dengan segala mukmin yang sertanya itu bertahun di dalam bahteranya. Maka Jibril pun turun ke bumi lalu di belahnyalah bumi itu dengan sayapnya jadi tujuh laut yang amat dalam sampai tujuh petala bumi lalu kepada laut tempat ikan Nun itulah yang di namai Bahara Al Qodarata (Laut Kudrat). Hataya maka baharulah berupa surut air itu.

Setelah antara berapa hari maka bahtera itu pun terletaklah ia di atas bukit Jawadaya maka kata nabi Nuh kepada itik “Pergilah engkau lihat air itu berapa ada yang sudah surut” hataya maka pergilah itik itu dengan sukacitanya terbang kesana kemari hingga lupalah ia akan suruh nabi Allaha Nuh itu maka di nanti-nanti nabi Nuh tiada juga ia datang. Maka bersabda nabi Nuh kepada merpati “Hai merpati, pergi engkau melihat air itu berapa ada yang sudah surut” maka pergilah merpati berdatang di dalam air itu. Setelah merahlah kakinya maka terlihatlah ia kepada kakinya merah itu maka baharulah ia sedar akandirinya di suruh nabi Allaha Nuh itu maka segera ia kembali memberi tahu nabi Nuh air itu surut dan burung itik itu tiada lagi ia khabarkan dirinya di dalam suruhan nabi Allaha Nuh. Maka nabi Nuh pun minta doa akan merpati itu “Ya tuhanku, kau jinakkan kiranya burung itu dengan manusia dan manusia pun kasih kiranya akan dia dan pelihara mereka itu akan dia”.

Hataya berapa hari lamanya maka datanglah itik itu kepada nabi Nuh dan air pun surutlah hingga baharu kelihatan pucuk kayu yang tinggi. Setelah di lihat nabi Nuh akan itik maka lalu di sumpahinya akan dia katanya “Hai binatang itik, barang kiranya di ambil Allaha kuat sayapmu terbang itu dan adalah engkau mencari kehidupanmu yang cemar-cemar segenap bawah limbahan orang jua”. Maka daripada hari itulah sampai sekarang hingga datang hari kiamat demikianlah halnya. Hataya air itu pun keringlah maka firman Allaha Taa’laya menyuruhkan nabi Nuh turun dari atas bahtera itu maka nabi Allaha Nuh pun turunlah dengan segala kaumnya dari atas bahtera itu ke bumi. Maka datang Jibril kepada nabi Allaha Nuh “Tuan hamba keluarkanlah segala benih-benih kayu, segala buah-buahan itu maka tanamlah oleh tuan hamba”.

Arakian maka di keluarkan nabi Nuh lah segala biji-bijian itu di lihatnya semuanya ada melainkan benih anggur jua yang tiada. Maka kata nabi Nuh “Segala benih buah-buahan yang kutaruh itu semuanya ada jua melainkan benih anggur jua yang tiada” maka kata Jibril “Ya nabi Allaha , akan benih anggur itu Iblis a’layaha laa’nata Allaha jua yang mencuri. Pintalah olemu padanya” maka berkata nabi Nuh kepada Iblis “Hai malaun, kembali olehmu benih anggur itu kepadakukerana engkau mengambil dia” maka sahut Iblis “Ya nabi Allaha, tiada hamba mengambil benih anggur itu”. Maka kata nabi Nuh “Sa-nya engkau jua yang mencuri benih anggur itu bahawa tuhanku memberi tahu aku engkaulah yang mengambil dia. Sa-nya tiada sekali-kali dusta tuhanku hanya yang dusta dan pencuri itu engkau jua”. Maka sahutnya “Hai Nuh, akulah mengambil dia minta janji aku kepadamu. Aku sekali menjiruskan dia dan engkau dua kali menjirus dia pada sehari. Kabul tuan hamba demikian itu kukembalikan benihanggur itu”. Setelah di dengar nabi Nuh kataIblis itu daripada tiada berdaya katanya “Baiklah kuturut janjimu itu, kauambilkanlah anggur itu kepadaku”.

Hataya maka di kembalikan Iblislah benih anggur itu lalu di tanam Nuh akan dia. Setelah itu maka nabi Nuh dua kali menjirus dan Iblis menjirus dengan kencingnya daripada tiap-tiap petang daripada kencingnya pohon anggur itu maka dari kerana itulah jadi tuak dan arak yang memabukkan manusia yang meminum dia. Barangkala baharu di perah orang airnya itulah air yang di jirus nabi Nuh dan barangkala ia lama terhenti jadi masam lagi memabukkan maka iaitulah air kencing Iblis yang cucurkannya kepada pohon anggur itu dan kata setengah riwayat dan setengah pendita di cucurkan Iblis benih anggur itu dengan darah babi dan anjing. Selagi belum tinggi di kencingnya maka apabila tinggilah pohon anggur itu maka di bunuh Iblis seekor serigala dan seekor babi lalu di cucurnya darah babi dan serigala itu kepada pohon anggur itu di jadilah segala yang meminum dia seperti perangai anjing dan babi mengharukan dirinya dan takbur dan riya dengan tiada berumpamakan orang dan tiada di kenalnya orang baik-baik dan jahat lagi dari kerana itulah maka di haramkan Allaha Taa’laya minum dia arak dan tuak itu.

Hataya setelah sudah Iblis menjirus pohon anggur itu dengan kencingnya dan dengan darah anjing dan babi itu maka pergi ia kepada nabi Nuh katanya “Sudahlah sampai kehendakku” maka kata nabi Nuh “Ya Iblis, dengan air apa kau cucurkan pohon anggur itu” maka sahut Iblis “Ya nabi Allaha, telah kucucurkan darah babi dan anjing bahawasanya kehendak nabi Allaha pun berlaku dan kehendakku pun berlaku yakni di kabulkan Allaha. Sekarang tiada dapat hamba berdusta kepada tuan hamba maka barang tuan hamba tanyalah akan hamba ini tiada dapat tiada hamba katakan juga barang yang tuan hamba tanyakan itu dengan sebenarnya”. Maka kata nabi Nuh “Laknat Allaha apa jua kesalahanku kepadamu maka engkau berbuat dengki kepada aku dan kepada segala anak cucu nabi Adam ini kerana kulihat akan dikau ini lain dan katamu seperti lagi orang dengki hendak memberi kejahatan jua akan kamu”.

Maka sahut Iblis “Sa-nya aku tiada dapat derhaka kepadamu dan tiada lulus tipu dayaku akan menyesatkan dikau dan daripada segala nabi Allaha hanya sa-nya lain daripada itu dapatlah kubicarakan melainkan segala hamba Allaha yang sangat ikhlas hatinya dan takutnya Allaha Taa’laya iaitu yang tiada di lulus fitnahku. Adapun telah kupinta doa kepada Allaha Taa’laya dan telah di kabulkan Allaha Taa’laya sembahku itu hingga hari kiamat dan telah beberapa ribu keti daripada segala makhluk di matikan Allaha Taa’laya di dalam kafirnya supaya penuh neraka itu dengan mereka itu demikian itulah yang di kehendakiku”. Maka demi di dengar nabi Nuh kata Iblis demikian itu maka menangislah nabi Nuh A’layaha Al Salama bercintakan dirinya segala umat yang kemudian daripadanya. Setelah melihat Iblis nabi Nuh menangis itu maka katanya “Hai Nuh, dari kerana engkau bernama Shaakarayana itulah maka tiada dapat aku hampir kepadamu dan tiada dapat berbuat kata yang dusta kepadamu kerana engkau bapa segala anabayaa A’layaha Al Salama”.

Maka bertanya nabi Nuh “Hai laknat Allaha atas kepalamu, kutanya akan dikau dengan sebab apa maka engkau berbuat kerja bencana akan anak cucu nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama dan kerana apa bermusuh engkau dengan nabi Allaha A’layaha Al Salama dan tiada nabi Allaha apa pun buat kejahatan kepadamu sesuatu juapun. Maka kau tipu akan dia dan kau suruh makan buah kayu yang di larangkan Allaha Taa’laya kepada memakan dia maka jadi gugur ia ke bumi daripada tempatnya yang mulia itu”. Maka sahut Iblis “Tiadakah tuan hamba ketahui daripada sebab Adamlah maka aku kena laknat Allaha dari kerana itulah maka kupohonkan kepada Allaha Taa’laya empat perkara yang kukerjakan kepada anak cucu Adam. Seperkara berdengki-dengkian ia sama sendirinya, kedua perkara loba dan berbimbing mengambil harta samanya manusia dengan tiada sebenarnya dan makan hartanya ganda-berganda, ketiga perkara berbesar dirinya dan mengangkatkan dirinya serta dengan takbur lagi berdusta, keempat perkara kikir ia dari kerana pekerjaan kikir itulah yang terbanyak memenuh api neraka”.

Maka berkata nabi Nuh “Hai Iblis, bahawa engkau di murkai Allaha Taa’laya itu kerana engkau melalui titah tuhanmu yang amat tinggi lagi amat besar itu dan tiada dengan perbuatan nabi Adam atau dengan suruhnya maka jadi engkau kena laknat itu kalau ada lain daripada ini permulaannya katakan olehmu pada aku supaya kuketahui”. Maka sahut Iblis “Ketahui olehmu ya Nuh, beberapa ratus tahun aku berbuat kebaktian kepada Allaha Taa’laya hingga lalu aku kepada tujuh lapis langit kemudian bermohon pula aku kepada Allaha Taa’laya turun ke bumi berbuat kebaktian aku serta segala malaikat sertaku itu beberapa ratus tahunlah aku sujud akan Allaha Taa’laya dengan kebaktianku dan takutku akan dia maka di titahkan Allaha Taa’laya aku serta segala malaikat yang sertaku itu sujud akan Adam.

Maka segala malaikat itu sekeliannya sujudlah ia kepada Adam akan aku maka datang bencinya dalam hatiku tiada mahu sujud akan Adam. Maka di murkai Allaha Taa’laya akan daku dengan di beri laknat akan daku. Akulah yang pertama-tama dan berbesarkan diriku daripada Adam maka kulalui titah Allaha Taa’laya tiada mahu sujudkan Adam itu daripada takburku, kukatakan diriku terlebih daripadanya maka daripada hari itulah jatuh laknat atas kepalaku dengan kataku kata pada tuhanku jadikan aku daripada cahaya api dan kau jadikan Adam itu daripada kelam tanah maka tiadalah harus cahaya menyembah sujud kelam itu maka pada bicara aku terbaik aku daripadanya maka tiba-tiba jadi aku terlebih jahat daripadanya dengan beroleh murka dan laknat sebab membesarkan diriku daripadanya yakni dengki aku akan dia sebab itulah maka di keluarkan Allaha Taa’laya akan daku daripada segala malaikat yang banyak itu.

Maka lain daripada itu suatu pun tiada ada dosaku kepada Allaha Taa’laya dan kemudian dari itu bahawa kuperbuat pula bencana akan Adam dengan kuperdayakan akan dia kusuruh makan buah kayu ini nescaya kekallah engkau di dalam syurga ini maka di turutnya kataku itu. Setelah di makannya oleh Adam dan Hawaya akan buah kayu itu kerana lobanya kepada menghendaki tiada mahu mati sekali-kali maka keluarlah ia di dalam dunia ini dukacitanya dengan kejahatan dan dengan merasai mati dan telah datangkan Allaha Taa’laya akan daku neraka akan tempatku selama-lamanya. Tatkala Allaha Taa’laya menjadikan syurga Janata Al Faradawasa dengan segala tanam-tanamannya dan sungainya dan berbuahlah segala pohon kayu itu dengan tiada berkeputusan buahnya maka firman Allaha Taa’laya bahawa ku jadikan engkau ini haram atas segala orang yang kikir dan takbur masuk kepadamu dan berjejak kepadamu dari kerana itulah yang terbanyak masuk di dalam neraka itu orang yang kikir dan takbur jua”.

Setelah sudah Iblis berhikayat kepada nabi Nuh maka iapun memberi salam kepada nabi Nuh lalu ia pergi dari hadapan nabi Nuh pun bercintalah hatinya dengan dukacitanya maka datang firman Allaha Taa’laya kepada Nuh Qoyala Yaa Nawaha Ahabatho Basalaama Manaa Wa Barakaata A’layaka Wa A’laya Amama Mamana Maa’ka Wa Amama Sanamataa’ Hama Tsama Yamasata Hama Manaa A’zaaba Alayama ertinya Hai Nuh turunlah engkau daripada bahteramu dengan sejahtera daripada kami dan kami beri berkat atas segala umat yang ada sertamu itu dan segala umat yang kemudian daripadamu lagi akan kami anugerahi sukacita akan mereka itu kemudian maka kami rasakan akan mereka itu seksa yang amat pedih di dalam negeri akhirat. Hai Nuh, perbuatlah olehmu sebuah masjid akan tempatmu berbuat ibadat akan Allaha Taa’laya daripada kayu bahteramu itu”. Setelah sudah Jibril membawa firman Allaha Taa’laya maka iapun kembalilah.

Hataya maka naiklah nabi Allaha Nuh dengan delapan puluh orang laki-laki yang sertanya itu keatas bukit Jawadaya mengambil kayu bahtera hendak di perbuatkan masjid akan tempatnya berbuat ibadat akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Maka anak nabi Allaha Nuh tiga orang laki-laki seorang bernama Saama dan seorang bernama Haama. Maka daripada pihak anak cucu Yaafayata asal orang Habshah dan Hindustan. Dan daripada anak cucu Saama jadi asal orang Ajam dan Masaqolaana dan Turki. Dan daripada anak cucu Haama jadi asal orang Rom dan Arab. Hataya maka penuhlah segala manusia di dalam bumi ini dengan anak cucu mereka itu.

Adapun umur nabi Nuh seribu tujuh ratus tahun dan pada suatu kaul segala pendita seribu dua ratus tahun maka wafatlah nabi Nuh dan pada suatu kaul seribu empat ratus tahun umurnya dan pada suatu kaul seribu jua umurnya. Setelah nabi Allaha Nuh kembali ke rahmat Allaha Taa’laya maka pecah belahlah segala anak cucunya masing-masing mencari tempat berbuat dusun. Apabila sudah banyak ia di situ nescaya jadi negeri besarlah pada tempat itu. Bermula tatkala hampirlah nabi Allaha Nuh akan kembali ke rahmat Allaha maka berhimpunlah segala anak-anak cucunya kepadanya maka kata mereka itu “Hai bapa segala nabi, betapakah kaulihat lihat akan dunia ini” maka sahut nabi Nuh “Hai segala anak cucuku, bahawasanya kulihat dunia ini seperti suatu rumah jua. Masuk kita daripada suatu pintu dan keluar kita daripada suatu pintu. Hanya sanya jangan kamu ubahkan janji Allaha Taa’laya yang telah berjanji ia dengan kamu. Bahawasanya Allaha Taa’laya tiada mengubahkan janjinya dengan kamu”. Setekah sudah nabi Nuh berpesan maka iapun kembali ke rahmat Allaha Taa’laya iaitu kembali dari negeri dunia yang fana ini pulang ke negeri akhirat yang baqo itu. Qoalawaa Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Raajaa’wana setelah itu maka segala anak cucu nabi Allaha Nuh di dalam bumi ini beberaoa lamanya maka derhakalah ia akan Allaha Taa’laya.                    

Sumber : Kitab Qoshosho Al Anabayaa                                                                                                                                                                             

Tuesday, May 22, 2012

Peri Kejadian Nawaraya (Cahayaku) Mahamada

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya

Ini peri hikayat semua sekelian belum di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya. Qoala Al Nabaya Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Awala Maakholaqo Allaha Taa’laya Nawaraya. Telah berkata nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama ertinya awal-awal yang di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya itu cahayaku. Maka adalah cahayaku itu pun sujud bagi Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya maka firmannya “Hai Nawaraya Mahamada daripadaku sujudlah engkau sepuluh ribu tahun” maka cahayaku itupun sujudlah kepadanya sepuluh ribu tahun lamanya. Kemudian maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Hai Nawaraya Mahamada bangkitkanlah engkau dengan firmanku” maka cahayaku itupun bangkitlah daripada sujudnya. Maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Hai Nawaraya Mahamada bagi umatmu sembahyang lima waktu aku fardhukan dengan dia”.

Sebermula kejadian cahayaku itu maka di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi seekor burung yang indah rupanya daripada burung itu. Bermula kepalanya daripada burung itu Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha dan mata yang kiri daripada burung Amayara Al Mawamanayana Hasana radhoya Allaha a’naha dan leher daripada burung itu Sataya Faathomaha radhoya Allaha a’naha. Dan lengan yang kanan daripada burung itu Amayara Al Mawamanayana Sayadana Abawa Bakara radhoya Allaha a’naha dan lengan yang kiri daripada burung itu Amayara Al Mawamanayana Sayadana A’mara radhoya Allaha a’naha. Dan ekor daripada burung itu Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha dan dada daripada burung itu Amayara Al Mawamanayana Sayadana Hamazaha radhoya Allaha a’naha dan kanan daripada burung itu Satanaa Khodayajata radhoya Allaha a’naha dan kiri daripada burung itu Satanaa A’ashaha radhoya Allaha a’naha.

Kemudian maka firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Hai Nawaraya kekasihku aku jadikan tujuh laut yang pertamanya laut A’mal keduanya laut Lathoyafa dan ketiganya laut Habar dan keempatnya laut Budi dan kelimanya laut Fikir dan keenam laut Cahaya. Kemudian maka firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi cahayaku “Hai Nawaraya Mahamada kekasihku pergilah engkau pada sekelian laut itu sepuluh ribu tahun lamanya. Engkau berenanglah kepada sekelian laut itu maka cahayaku itupun pergilah kepadanya dan berenanglah ia pada sekelian laut itu sepuluh ribu tahun lamanya. Kemudian maka firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya Hai Nawaraya Mahamada keluarlah engkau daripada laut maka cahayaku itupun keluarlah daripadanya bagi sekelian laut itu.

Maka firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Hai Nawaraya Mahamada gerakkan olehmu akan dirimu” maka cahaya itupun menggerakkanlah akan dirinya maka keluarlah air peluhnya itu daripada tubuhnya seketi dua laksa empat ribu titik. Bermula dua titik air daripada mata cahayaku yang kanan setitik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Jibril A’layaha Al Salama dan daripada titik yang kedua menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Mikail A’layaha Al Salama. Dan  daripada titik itu air daripada mata cahayaku yang kirinya itu setitik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Israfil A’layaha Al Salama dan daripada titik yang kedua menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Izrail A’layaha Al Salama. Dan dua titik air daripada telinga cahayaku yang kanan itu setitik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Lawaha Mahafawaza dan titik yang kedua menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Qalam. Dan dua titik air daripada telinga cahayaku yang kiri itu setitik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Arash dan titik yang kedua menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan Kursi. Dan delapan titik air daripada hidung cahayaku itu menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan delapan pangkat syurga dan dengan isinya sekelian itu.

Dan dua titik air daripada leher cahayaku itu iaitu telah menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan matahari dan titik yang kedua menjadikan akan bulan. Dan lima titik daripada tangan cahayaku yang kanan itu titik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan angin Harahara dan titik yang kedua menjadikan angin Parapara dan titik yang ketiga menjadikan angin Rafarafa dan titik yang keempat menjadikan angin Sara Al Anasana dan titik yang kelima menjadikan ruh yang lain. Dan lima titik air daripada tangan cahayaku yang kiri itu setitik yang pertama menjadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya Sajarata Al Manatahaya dan titik yang kedua menjadikan pohon kayu Thowabaya dan titik yang ketiga menjadikan sungai Kalakawatsara dan titik yang keempat menjadikan Khoatama Sulaiman A’layaha Al Salama dan yang kelima menjadikan Maqam Ibrahim A’layaha Al Salama dan daripada Adam kepada Shayatsa A’layaha Al Salama.

Kemudian maka adalah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan empat anasir daripada empat perkara yang pertamanya itu air dan yang keduanya api dan yang ketiganya angin dan yang keempatnya tanah. Maka firmannya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya “Hai Nawara Mahamaha empat perkara ini aku jadikan keranamu” maka Nawaraya Mahamada pun pergilah ia kepada angin dengan izin Allaha Taa’laya maka di lihat oleh Nawaraya Mahamada itu kepada angin sangatlah membesarkan dirinya dan sangatlah gemarannya maka ujar Nawaraya Mahamada itu “Al Salama A’laya Kama Wa Rahamata Allaha, Hai angin mengapakah engkau membesarkan diri engkau”. Maka sahut angin “Wa A’laya Kama Al Salama” maka berkata angin “Siapa engkau” maka sahut Nawaraya Mahamada “Aku seorang hamba Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya”. Maka kata ia pun seorang hamba yang dhoif maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai angin mengapakah engkau sangat membesar-besarkan akan dirimu terlalulah gemarannya”. Maka ujar angin “Aku berbuat barang sekehendak aku” maka ujar Nawaraya Mahamada “Engkau tiada dapat berbuat sekehendakmu maka aku lihat akan dirimu itu adakah engkau itu cela hai angin”. Maka sahut angin “Di mana ada celaku” maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai angin engkau itu hamba orang pelarian kerana seorang manusia pun tiada melihat engkau”.

Maka ujar angin “Engkaulah yang tiada cela” maka Nawaraya Mahamada pun mengucap Asataghofara Allaha Al Azhoyama yakni minta ampun aku kepada tuhan yang maha besar. “Hamba ini penuhlah dengan celanya Wahadaha Laa Sharayaka Laha yang tiada cela itu melainkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang esa yang tiada sekutu baginya”. Bermula angin itu pun tahulah ia Mahamada itu hamba lagi pesuruhnya maka kata angin “Hai Nawaraya Mahamada, bahawa aku percayalah akan dikau maka wajiblah aku masuk akan agama engkau kepadamu dan ajar olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha selama-lamanya” maka angin itupun berkatalah dengan yang demikian itu.

Kemudian maka Nawaraya pun pergilah ia kepada api maka di lihat oleh Nawaraya Mahamada itu akan api itu terlebih sangat gemarannya dan membesarkan dirinya. Maka Nawaraya pun memberi salam kepada api dengan katanya Al Salama A’laya Kama, Hai api” maka sahut api “Wa A’laya Kama Al Salama”. Maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai api mengapakah engkau sangat-sangat membesarkan dirimu” maka ujar api “Siapa engkau” maka sahut Nawaraya Mahamada “Akulah seorang hamba Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya” maka sahutnya “Aku pun seorang hamba yang hina”. Maka ujarnya “Hai api mengapakah engkau sangat gemarannya membesarkan dirimu” maka ujar api “Aku berbuat sekehendak aku” maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai api, engkau berbuat barang kehendakmu tetapi aku lihat pada dirimu itu celakah atau tiada cela”. Maka sahut api “Adakah celaku” maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai api, yang membunuh akan dikau itu air dan yang menyucikan engkau itu angin” maka sahut api “Engkau sekarang yang tiada celanya”. Maka Nawaraya Mahamada pun mengucap Asataghofara Allaha Al Azhoyama yang hamba itu amat penuhlah dengan celanya melainkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang esa yang tiada sekutu baginya”. Maka api pun tahulah Mahamada itu hambanya lagi pesuruhnya maka kata api “Aku masuklah dengan keranamu dan ajarlah aku olehmu kalimat shahadat” maka ajar Nawaraya Mahamada “Hai api, kata olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha selama-lamanya” maka iapun berkatalah dengan demikian itu.

Kemudian maka Nawaraya Mahamada pun pergilah ia kepada air maka di lihat oleh Nawaraya Mahamada itu akan air itu terlalulah sangat gemarannya dan membesarkan dirinya. Maka Nawaraya Mahamada pun memberi salam ia kepada air dengan katanya “Al Salama A’laya Kama, hai air” maka sahut air “Wa A’laya Kama Al Salama”. Ujar Nawaraya Mahamada “Hai air, mengapakah engkau sangat membesarkan dirimu terlalu sangat gemarannya membesarkan dirimu” maka ujar air “Siapa engkau” maka sahut Nawaraya Mahamada itu “Akulah seorang hamba Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya” maka ujarnya “Aku pun seorang hamba Allaha yang hina”. Maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai air, mengapakah engkau sangat gemarannya dan membesarkan dirimu” maka ujar air “Aku berbuat barang sekehendak aku” dan sahut Nawaraya “Tetapi aku lihat pada dirimu itu cela”. Maka sahut air itu “Adakah cela aku” maka ujar Nawaraya Mahamada “Hai air, kau itu membasuh segala yang cemar-cemar dan segala najis jadi akan pembasuhnya engkau itu dan pembasuh engkau itupun angin lathif” maka ujar air “Hai Nawaraya Mahamada, engkaulah seorang yang tiada celanya maka ujar Nawaraya Mahamada itu Asataghofara Allaha Al Azhoyama yang hamba itu penuhlah dengan celanya melainkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua tuhan yang esa yang tiada sekutu baginya”. Maka tatkala itu tahulah Mahamada itu hambanya dan pesuruhnya maka air pun masuklah agamanya maka ujar Nawaraya Mahamada “Kata olehmu Laa Alaha Alaa Allaha Mahamada Rasawala Allaha selama-lamanya” maka air itupun berkatalah akan demikian itu.

Kemudian Nawaraya Mahamada pun pergilah ia kepada tanah serta berkata-katanya “Al Salama A’laya Kama, hai tanah” maka sahut tanah “Wa A’laya Kama Al Salama” sertanya katanya “Ya Nawaraya Mahamada”. Maka di lihat oleh Nawaraya Mahamada tanah ia merendahkan dirinya serta dengan taatnya dan takzim maka ujar tanah “Ya Nawaraya Mahamada, terlalulah maha baik segala turun tuan hamba kepada hadrat Allaha Taa’laya” maka ujar Nabi Mahamada diambilkan tanah itu lalu di peluk dan di ciumnya. Maka di bawa persembah oleh Nawaraya Mahamada akan tanah itu kepada hadrat Allaha Taa’lata “Yaa Raba Yaa Sayadaya Yaa Mawalaaya Ya tuhanku jua yang terlebih mengetahui dan yang terlebih tahu engkaulah Yaa Alahaya bahawa tanah itu hambamu yang pilihannya hendaklah kerana keempat itu kau sertakan dengan hambamu yang dhoif ya tuhanku”. Maka inilah nabi Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada empat tabiat itu dan adalah segala manusia itu ada setengahnya daripada tabiat api dan setengahnya daripada tabiat angin dan setengahnya daripada tabiat air dan setengahnya daripada tabiat tanah.

Maka sabdanya nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Barangsiapa daripada umatku ada menaruh peri kejadian cahayaku ini atau membaca dia daripada permulaan dan datang kesudahan bahawasanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya anugerahi akan dia daripada kebajikan pahala seperti membaca empat buah kitab yang pertama Taurat dan kedua Injil dan ketiga Zabur keempatnya Faraqona yakni Qoraana itu kepada nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Dan lagi pahalanya seperti empat orang daripada malaikat yang muqarabin yang di anugerah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan pertama Jibril A’layaha Al Salama, keduanya Mikail A’layaha Al Salama, ketiganya Isafil A’layaha Al Salama, keempatnya Izrail A’layaha Al Salama dan lagi pahala seperti serasa ia naik haji Bayata Allaha Al Haraama  di anugerah akan Allaha Taa’laya dan lagi di surat akan malaikat daripada pahalanya dan kebajikan yang limpah daripada pahalanya tujuh orang syahid yang di bunuh di dalam perang sabayala Allaha. Demikianlah pahala barangsiapa menaruh dia atau membaca dia bahawa tiada berpindah daripada dalam dunia jikalau belum melihat akan tempatnya di dalam syurga tempat Kalaama Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana Amayana Yaa Raba Al A’alamayana Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Wa Alha Wa Shohabaha Ajamaa’yana Amayana.  

Sumber : Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)

Sunday, May 20, 2012

Ilmu Alam Asalama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Fasal pada menyatakan peri kejadian yang menanggungkan tujuh petala bumi
    
Dan adapun yang menanggung tujuh petala bumi itu seekor lembu yang di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam syurga Janata Al Faradawasa dan adalah baginya empat puluh ribu tanduk dan tiap-tiap suatu tanduk antara suatu tanduk itu lima ratus tahun perjalanan dan pada suatu riwayat lima puluh ribu tahun perjalanan. Maka adalah baginya empat puluh ribu kaki dan empat puluh ribu kepala demikian lagi telinga dan lidahnya seperti kepalanya jua banyaknya. Shahdan adalah suatu kepalanya itu sampai kepada pihak Masyrik dan ekornya sampai kepada pihak Maghrib dan adalah kepada hari kiamat ia membukakan akan mulutnya tatkala itu maka masuklah sekelian air laut dunia ini di dalam perutnya maka jadi keringlah sekelian air laut itu. Dan adalah lembu itu berdiri ia di atas suatu batu yang maha besar dan bertatahkan ia daripada yaakut yang hijau dan adalah sama tengah batu itu tujuh puluh ribu daripada pasaknya. Dan pada suatu riwayat ada baginya suatu laut tiada seorang juapun mengetahui akan kebesaran laut itu dan barang yang di jadikan Allaha di dalamnya itu beberapa daripada segala makhluk Allaha Taa’laya. Dan tebal batu itu seperti tebal tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan adalah batu itu di hantarkan di atas belakang ikan yang naha besar yang bernama Bahamawata dan kepalanya sampai kepada bawah petala bumi dan ekornya bertemu di bawah Arash Allaha Taa’laya dan adalah ikan itu di atas laut dan laut itu di atas angin dan angin itu di atas kudrat Allaha Taa’laya tiada siapa-siapalah yang mengetahuinya hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua yang mengetahuinya itu.

Dan sekali sepertua datang Iblis laa’nata Allaha kepada lembu itu maka katanya “Hai lembu, bahawasanya tiadalah kamu ketahui di atas belakang kamu itu daripada beberapa manusia mengerjakan pekerjaan yang jahat-jahat iaitu minum arak dan tuak dan berbuat zina dan menumoah akan darah sama Asalama dengan tiada sebenarnya. Maka buangkan olehmu bumi ini supaya binasalah mereka itu” maka di buanglah lembu itu daripada kepalanya sebab itulah turun maka turun bukit Qaf daripada tingginya dahulu itu tiga kali. Kemudian maka di titahkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya seekor nyamuk suruh masukkan ke dalam lubang hidung lembu itu maka memakanlah nyamuk akan otak kepalanya maka lalu rebahlah pengsan lembu itu beberapa lamanya. Kemudian maka di keluarkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya nyamuk itu maka firmannya “Hai lembu, jangan engkau menurut akan kata Iblis yang aku laknat itu” maka lembu itupun lalulah ia taubat akan tuhannya serta junjung akan bumi itu seperti adat yang dahulu kala. Maka nyamuk itu pun tiada jauh daripada lembu itu barangkali bergerak nyamuk itu daripada lembu maka lembu itu pun terkejutlah, bumi pun gempalah sebab sangat takutnya dan adalah besar nyamuk itu seperti yang di dalam dunia ini besarnya.

Kata ahli Al Mufasirin tatkala di jadikan Allaha Taa’laya bumi lalu di bukakan sekelian petalanya maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan seorang malaikat di bawah Arash bahawa turun ke bumi. Maka malaikat itupun turunlah ia hingga sampai ia ke bawah tujuh petala bumi lalu di jijak akan dia maka tiadalah tempat tertanjak dua tapak kakinya maka di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam syurga Janata Al Faradawasa daripada seekor lembu yang ada baginya empat puluh ribu tanduk dan empat puluh ribu kaki. Kemudian maka jejaklah malaikat itu atas segala tanduk lembu itu tiada di tetapkan kejejakannya itu hingga di titahkan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya bagi seorang malaikat bawa turun batu daripada yaakut yang hijau anak tangga yang pertama daripada syurga Janata Al Faradawasa. Maka adalah tebalnya sekira-kira lima ratus tahun perjalanan kemudian maka di hantarkan batu itu antara tanduk lembu itu hingga sampai kepada tengkuknya jadu tetaplah kaki malaikat itu. Kemudian maka di hantarkan bumi di atas tanduk lembu itu. Bernafas pada sehari sekali apabila bernafas maka pasanglah air laut dan tatkala di hela nafasnya jadi surutlah air itu. Kemudian maka tiada dapat berjejak kaki lembu itu maka di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan suatu batu yang maha besar dan tebalnya seperti tujuh petala langit dan tujuh petala bumi. Maka jadi tetaplah kaki lembu itu di jejak atas batu itu maka tiadalah ketetapan batu itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan seekor ikan yang maha besar.

Kata Abana A’basa bahawasanya nama ikan itu Nun, kata Kalabaya namanya Mahamawata, kata Waqodaya namanya Kabawata, kata Kaa’ba Al Ahabaara namanya Lawatasabaa, kata sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha namanya Malahawata. Maka di hantarkanlah batu itu di atas belakang ikan dan adalah ikan itu di atas laut dan adalah laut itu di atas angin dan adalah angin itu di atas kudrat Allaha Taa’laya. Shahdan jadilah sekelian dunia ini dan segala barang yang isi-isiannya dengan firman Allaha  Taa’laya dua patah kata jua iaitu Kana Fayakawana hai dunia jadilah engkau maka dunia itupun jadilah ia. Kata Kaa’ba Al Ahabaara sekali sepertua datang Iblis a’layaha laa’nata Allaha kepada ikan Nun itu hendak khianat ia serta katanya “Hai Nun, tahukah engkau akan segala barang yang ada di atas belakang kamu itu daripada segala makhluk Allaha Taa’laya iaitu beberapa daripada segala binatang dan beberapa daripada pohon kayu dan beberapa daripada segala bukit dan beberapa daripada segala manusia. Hal setengah atas setengahnya maka jikalau engkau sengetkan sedikit daripada belakang kamu itu nescaya gugurlah daripada segala yang ada di atas belakang kamu itu”. Maka tatkala di kehendaki oleh ikan Nun mengerjakan seperti pengajaran Iblis itu maka di titahkan Allaha seekor binatang masuk ke dalam hidungnya maka binatang itupun masuk hingga sampailah kepada otaknya. Maka ikan itupun tahu akan kesalahannya serta minta ampun ke hadrat Allaha Taa’laya daripada kesalahannya. Kemudian maka di titahkan Allaha bagi binatang itu keluarlah binatang itu. Kata Kaa’ba Al Ahabaara demi tuhan yang nyawaku di dalam tangan kudrat bahawasanya adalah ikan itu dan binatang itu sentiasa berpandangan jikalau di cita oleh ikan pun akan pengajaran Iblis itu nescaya masuklah binatang itu ke dalam hidung seperti dahulu itu.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara radhoya Allaha a’naha adalah angin itu di atas zholamat dan adalah zholamat itu di atas hijab dan adalah hijb itu di atas Nawaraya hingga itulah pengetahuan segala makhluk. Kata suatu riwayat adalah di bawah Nawaraya itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya suatu api yang maha besar iaitulah yang menanggung akan sekelian ini daripada sangat hawa apinya itu dan di rasanya itu.

Fasal pada menyatakan peri kejadian gempa bumi

Kata Kaa’ba Al Ahabaara tiada sekali-kali bumi itu bergempa melainkan ada salah suatu daripadanya dengan tiga sebab. Sebab yang pertama ada kalanya dengan titah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan bumi itu maka jadilah gempa ia sebab sangat takut kepadanya. Dan keduanya ada kalanya sebab ada seseorang kediaman daripada bumi itu berbuat derhaka maka jadi gempalah ia sebab di murkai Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya baginya. Dan ketiganya ada kalanya sebab ikan Nun yang menanggung bumi itu ia bergerak maka jadi gempalah bumi itu dengan gerak bumi itu.

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya adalah di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya seorang daripada malaikat di serahkan padanya segala bumi dan bukit dan urat keduanya maka apabila di kehendaki Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di lihatkan kepada segala hambanya suatu alamat maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menghelakan urat bumi itu maka jadilah bumi itu dengan menghela oleh malaikat itu jadi gempalah ia maka terkadang jadi bumi itu gempa sedikit jua sebab perlahan-lahan dan terkadang jadi gempa itu lama itu sebab lama helanya oleh malaikat dan terkadang bumi itu pecah belah maka terbitlah daripada beberapa mata air jadi karamlah setengah daripada segala alam ini dan terkadang jadi air itu hitam dan terkadang jadi busuk ia.

Fasal pada menyatakan peri kejadian neraka

Adapun neraka itu di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada hari Ahad iaitu bahawasanya adalah neraka tujuh lapis yang bernama Jahanam di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang berbuat dosa daripada umat nabi kita Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama. Yang keduanya bernama Saa’yara dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala nasrani. Dan ketiga bernama Saqora dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yahudi. Dan yang keempat bernama Mahayama  dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala orang yang takbur. Dan yang kelima bernama Hathomata dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang sangat amarah lagi aniaya dan khianat. Dan yang keenam bernama Lazhoya dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang mendakwa akan dirinya ketuhanan. Dan yang ketujuh bernama Haawayaha dan di masukkan Allaha Taa’laya ke dalamnya segala yang mendakwa zindik iaitulah yang terkebawah daripada segala neraka. 

Dan adalah di dalamnya tersangat daripada segala azab dan adalah tiap-tiap neraka itu suatu pintu seperti firman Allaha Taa’laya di dalam Qoraana Lahaa Sabaa’ta Abawaaba Lakala Baaba Mana Hama Jazaa Maqosawama ertinya adalah bagi neraka itu tujuh pintunya. Bagi tiap-tiap pintunya itu terbahagi daripada segala anggota mereka itu daripada tujuh anggota iaitu daripada dua tangan dan dua kaki dua lutut dan mulut. Dan adapun neraka itu daripada lapis kepala selapis terkebawah jua lagi amat seksanya. Dan adalah perantaraan suatu pintu kepada satu pintu tujuh puluh tahun perjalanan.

Shahdan adalah rupa neraka itu seperti rupa harimau dan adalah baginya kepadanya tiga puluh ribu kepalanya dan pada dua bibirnya yang di atas dan yang di bawah seribu rantai itu tujuh puluh ribu halaqah dan jikalau di himpunkan segala besi yang di dalam dunia ini tiada akan sama dengan suatu halaqah itu jua dan pada tiap-tiap halaqah itu Malaka Zabaanayaha (Zabaniah) iaitu segala malaikat yang amat hebat rupanya dan mereka itulah yang menghela segala isi neraka. Maka jika di titahkan Allaha Taa’laya neraka itu menceraikan segala bukit ini nescaya di hancurkan akan dia dan di balik akan dia dan adalah baginya naga itu empat kaki dan besarnya tiap-tiap suatu kaki itu seperti tiga puluh kian bukit dunia ini dan antara suatu kaki kepada satu kaki itu kira-kiranya seribu tahun perjalanan. Dan adalah pada neraka itu tujuh puluh ribu rantai dan yang menghela tiap-tiap rantai itu tujuh puluh ribu malaikat. Demikian lagi kelakuannya di jadikan Allaha  Taa’laya akan dia.

Fasal ini pada menyatakan peri kejadian kerak bumi

Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya kerak bumi ini ertinya bulatnya umpama buah yang buntar tujuh petala bumi dengan isinya daripada segala bukit dan laut terhantar di dalam kandungan langit. Adapun mengdiam pada lapis yang pertama itu daripada segala manusia dan beberapa daripada malaikat dan beberapa daripada segala binatang dan beberapa daripada segala tumbuh-tumbuhan dan beberapa daripada segala jin dan syaitan dan lainnya. Dan adapun yang mengdiam yang kedua datang kepada tujuh petala adalah beberapa daripada segala makhluk Allaha  Taa’laya jua dan yang di darat dan yang di laut. Tiada siapa mengetahui banyaknya hanya Allaha Taa’laya jua dan yang di bawah tujuh petala bumi itu tujuh laut daripada zholamat ganda-berganda tiada siapa mengetahui banyaknya hanya Allaha Taa’laya jua dan yang di bawah tujuh petala bumi itu tujuh pangkat daripada neraka iaitu Asafala Saafalayana ertinya di bawah daripada segala  yang di bawahnya.

Shahdan adalah kerak bumi itu umpama sebutir telur maka langit itu seperti kulitnya yang di luar dan laut itu seperti putihnya dan bumi itu seperti kuningnya dan suatu tamsil lagi pula bahawasanya kerak bumi itu seperti sebuah kelambar di dalam air maka yang banyaknya itu terkaram dan sedikit jua yang timbul dan di dalamnya beberapa daripada tumbuh-tumbuhan dan beberapa daripada segala bukit dan sungai dan beberapa daripada segala yang terjauh ada daripada segala bagai jenis tiada mengetahui banyaknya hanya Allaha  Taa’laya jua. Maka sekelian petala bumi yang ketujuh ini hendak ia bergerak-gerak maka di tetapkan Allaha Taa’laya dengan bukit Qaf yang mengeliling dia dan segala bukit ini urat daripada bukit Qaf jua dan urat yang pertama timbul itu Jabal Abi Qobais dan bumi yang pertama timbul itu bumi Makah. Dan pada suatu riwayat bahawasanya bumi Makah itu adalah ia di atas air ini umpama suatu pusu dan adalah berbuat ibadat atas pusu itu seorang malaikat dahulu daripada di jadikan Allaha Taa’laya itu dua ribu tahun lamanya. Maka bukit dan bumi itu di junjung oleh malaikat yang maha besar yang bernama Kayatawa Naata iaitu lembu seperti lembu yang tersebut pada perkataan yang dahulu itulah.

Maka di tetapkan Allaha  Taa’laya pada pihak kerak bumi itu yang di atas itu suku jua timbul di muliakan Allaha Taa’laya daripada segala pihak sebab yang diam dia segala manusia seperti firman Allaha Taa’laya yang  tersebut di dalam Qoraana Wa Laqoda Karamanaa Banaya Adama Wa Hamalanaa Hama Faya Al Bara Wa Al Bahara ertinya kami muliakan anak Adam akan bumi tempat kediaman mereka itu dan kami timbulkan seperti bahtera akan mereka itu laut seperti firman Allaha Taa’laya yang  tersebut di dalam Qoraana Hawa Alazaya Sakhora Al Bahara Lataakalawaa Manaha Lahamaa Thorayaa ertinya ia jua tuhan yang menyuruhkan laut bagi kami melayarkan bahtera di dalamnya.

Fasal pada menyatakan peri bilangan segala laut dan sungai

Adapun laut yang besar itu tujuh jua seperti firman Allaha Taa’laya yang tersebyt di dalam Qoraana Wa Al Bahara Yamadaha Mana Baa’daha Sabaa’ta Abahara ertinya laut itu di lanjutkan Allaha Taa’laya dengan tujuh laut. Yang pertamanya laut benua Thobara Sataana, yang keduanya laut benua Karamana, ketiganya laut benua A’maana, keempat laut Qolazawama, yang kelimanya laut Hindustan, yang keenam laut benua Rom, yang ketujuh laut benua maghrib. Dan adapun sungai yang besar di dalam dunia ini empat sungai jua seperti kata ahli al mufasirin adalah di dalam dunia ini empat sungai yang bertemu daripada segala sungai yang turun di dalam syurga. Pertama sungai Nil iaitu di negeri Mesir, yang kedua sungai Faraata (Furat) daripada negeri Baghdadi, yang ketiganya Sayahawana iaitu daripada negeri Waraa Al Nahara, yang keempatnya sungai Jayahawana iaitu daripada negeri Hanadaya.

Fasal pada menyatakan peri bilangan segala alam

Kata Dhohaaka bahawasanya alam ini enam lapis tiga ratus enam puluh alam dan adalah sekelian orang itu bertelanjang tiada berkain dan tiada berkaus dan tiada kenal mereka itu yang menjadikan akan dia dan alam yang enam puluh ribu itu adalah sekeliannya berkain dan berkaus dan di kenal mereka itu akan yang menjadikan akan dia. Kata A’mara abana Masaa’wada bahawasanya adalah Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya menjadikan alam itu seribu enam ratus daripadanya di dalam laut dan empat ratus daripadanya di darat. Kata Maqotala bahawasanya alam itu delapan puluh ribu, empat puluh ribu daripadanya di dalam laut dan empat puluh ribu daripadanya di darat. Kata Wahaba bana Manabaha bahawasanya alam itu delapan ribu maka dunia yang kediaman manusia di banding segala tempat yang kholi umpama sebuah mahligai di tengah padang jua.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya tiada mengetahui akan bilangan segala alam itu hanya Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya jua seperti firman Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya di dalam Qoraana Wa Maa Yaa’lama Janawada Rabaka Alaa Hawa ertinya tiada mengetahui sekelian bilangan tentera Allaha  tuhan kamu ya Mahamada hanya ia jua. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya tujuh petala bumi itu berlapis-lapis ia maka di jadikan Allaha Taa’laya yang kediaman pada tiap-tiap segala lapis itu beberapa daripada makhluk Allaha Taa’laya maka tiap-tiap lapis bumi itu ada seorang Adam seperti nabi Adam kita dan Nuh seperti nabi Allaha Nuh kita dan ada Musa seperti nabi Allaha Musa kita dan ada Isa seperti nabi Allaha Isa kita dan ada Mahamada seperti nabi Mahamada kita Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama.

Dan pada suatu riwayat hadis bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan suatu bumi yang putih kiranya maka puluh kian bumi ini luasnya maka adalah perkitaran dunia ini luasnya maka adalah perkitaran matahari pun seperti tiga puluh perkitaran matahari ini. Bumi itu penuh daripada makhluk Allaha Taa’laya dan tiada di ketahui mereka itu akan segala yang berbuat derhaka akan Allaha Taa’laya pada sekejab mata jua pun. Sembah segala sahabat “Ya rasul Allaha, adakah mereka itu daripada anak cucu Adam” maka sabda nabi Allaha “Tiada di ketahui mereka itu bahawasanya Allaha Taa’laya menjadikan Adam”. Maka berdatang sembah segala sahabat “Dimana Iblis tatkala itu” sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Wa Yakholaqo Maa Laa Taa’lamawana ertinya di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya beberapa daripada makhluk tiada kamu ketahui banyaknya.

Dan adapun pertama-tama di jadikan Allaha Taa’laya di atas bumi ini segala tumbuh-tumbuhan ialah hampir satu bangsa dengan dia maka adalah di atas bumi ini penuh dengan segala pohon kayu dan tumbuh-tumbuhan. Kemudian daripada itu maka di jadikan Allaha Taa’laya segala binatang yang buas dan yang jinak dan segala unggas maka adalah setengah daripada binatang itu makanannya daging binatang yang lainnya. Dan adalah raja segala binatang itu kuda dan tiada seekor jua binatang yang terlebih elok rupanya daripada kuda. Maka adalah kuda itu kerajaan beberapa ribu tahun lamanya jadilah bumi itu lengang keadaan segala binatang itu berbantah di dalamnya danmakan tumbuh-tumbuhan dan hijabkan sebelah atasnya. Dan adalah bumi itu sangat tinggi dan kemudian rendah ia maka di kehendaki Allaha Taa’laya meratakan dia maka di turunkan Allaha Taa’laya daripada langit itu syaitan sebab hampir sebangsa dengan dia.

Maka beberapa ribu tahun lamanya maka segala syaitan pun berbantah-bantahlah dengan segala kuda itu hingga alah kuda itu. Maka jadi tetaplah segala syaitan itu di atas bumi ini. Maka meramaikan mereka itu di dalam bumi ini dengan di perbuatkan oleh mereka itu akan rumah dan sekelian tempat pun di ratakan oleh mereka itu dan di penuhkan bukit daripada suatu tempat kepada suatu tempat dan di anugerah oleh Allaha Taa’laya akan mereka kuat maka jadilah sekelian bumi itu rata. Dan kemudian daripada itu beberapa ribu tahun lamanya maka di turunkan Allaha Taa’laya daripada jin mengalahkan ia akan syaitan itu sebab ia hamper satu bangsa dengan dia. Maka beberapa ribu tahun lamanya maka berperanglah jin itu dengan syaitan maka alahlah sekelian syaitan itu.

Dan kemudian daripada itu beberapa ribu tahun lamanya kerajaan jin di dalam bumi ini maka derhakalah mereka itu akan Allaha Taa’laya maka di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan segala malaikat. Tatkala itu adalah sekelian mereka itu penghulu mereka itu Azaazayala (Azazil) sebab ia hampir satu bangsa dengan jin itu. Maka di alahkan oleh segala malaikat itu akan jin hingga menyucilah sekelian dunia ini daripada jin lalu duduklah sekelian mereka itu pada segala bukit dan pohon kayu dan segala rongga dan segala rimba dan segala padang dan segala laut dan segala pulau dan segala tempat yang najisdan segala rumah yang sunyi. Maka adalah segala malaikat itu berbuat ibadat akan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada beberapa ribu tahun lamanya. Dan kemudian daripada itu maka di turunkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama sebab ia hampir satu bangsa dengan dia.

Kata Kaa’ba Al Ahabaara bahawasanya yang pertama yang kediaman daripada bumi itu beberapa segala jin maka tatkala derhakalah mereka itu akan Allaha Taa’laya dengan sebab berbunuh-bunuhan mereka itu sama sendirinya maka di binasakan Allaha Taa’laya mereka itu. Kemudian daripada itu maka di titahkan Allaha Taa’laya beberapa daripada segala malaikat kediaman daripada bumi ini kemudian daripada itu maka di titahkan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan nabi Allaha Adam A’layaha Wa Salama. Dan lagi pula kata Kaa’ba Al Ahabaara di tanya orang akan nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama daripada segala yang mengdiam dunia ini dahulu daripada nabi Allaha Adam A’layaha Al Salama maka sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Iaitu diam daripada bumi itu jin” maka sembahnya “Kemudian daripada itu siapa ia”. Maka sabdanya “Iaitu Adam A’layaha Al Salama” maka sembahnya “Berapa lamanya antara jin dan itu ya rasul Allaha” sabdanya “Tujuh ratus tahun lamanya” “dan berapa antara Adam dan malaikat” maka sabdanya “Tujuh ratus tahun”.

Fasal pada menyatakan peri kejadian iklim dan segala yang mengdiam dia

Adapun iklim tujuh iaitu dengan di sifat tujuh bahagi maka di namai tiap-tiap bahagi itu suatu iklim lagi akan di sebutkan fakir nama segala raja-raja yang kata Qotaadaha ia mendengar daripada Abaya Khoalada katanya dunia ini empat belas ribu persakho maka enam ribu persakho daripadanya benua Habshah dan tiga ribu persakho daripadanya benua Rom dan tiga ribu persakho daripadanya benua Parsi dan seribu persakho daripadanya benua A’raq dan seribu persakho daripadanya benua Turki dan Cina. Bermula tiap-tiap satu persakho itu tiga mil iaitu tiga mil hashamaya dan tiap-tiap satu mil itu empat ribu langkah dan tiap-tiap satu langkah itu tiga tapak kaki. Maka jika kira-kirakan dengan hasta maka suatu mil itu hasta dan pada tiap-tiap suatu hasta itu dua tapak dan pada suatu tapak itu lima belas jari demikianlah di kira-kiranya.

Adapun bumi ini di bahagikan segala yang mengeliling dia seperti raja Farayadawana Shayazhoya yang bangsa benua Khoraasanaya dan raja Nasaja Al Hamaya bangsanya benua Yaman dan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama dan sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana dan raja Azada Jayara abana Tsaaka di benua Parsi. Maka di sifat sekelian mereka itu akan bumi ini di jadikan akan dia tujuh iklim maka panjangnya daripada Masyrik dam Maghrib dan lebarnya pada antara anang  kelatan.

Maka pertama-tama iklim itu benua Hindi iaitulah yang terlebih panjang daripada segala iklim sepuluh ribu dua ratus mil panjangnya. Kedua iklim benua Makata dan Hajaza panjangnya empat ribu delapan puluh mil. Ketiga iklim benua Bashorata dan Badayata dan Kufah lebarnya tiga ratus lima puluh mil dan burujnya buruj A’qoraba dan bintangnya bintang Zaharata. Keempat iklim benua A’raq dan benua Sham dan Bayata Al Maqodasa dan benua Khorasan lebarnya tiga ratus mil iaitu iklim yang sederhana daripada segala iklim iaitulah tempat jadi segala anabaya dan segala hakama dan keras atas iklim itu matahari dan burujnya Jawazaa dan bintang A’thoarada. Kelima iklim benua Rom dan Arahayaha dan negeri Jawazaana hingga negeri Andalus lebarnya dua ratus lima puluh mil dan burujnya buruj Sarathoana dan bintangnya bintang Marayakho. Keenam iklim tempat kediaman Yaajawaja Wa Maajawaja (Yajuj Wa Majuj). Ketujuh iklim benua Cina dan benua Turki. Adapun orang yang mengdiam benua Cina yang pada pihak Masyrik dengan benua Tholahata pada pihak Maghrib tapak kaki kedua kaum itu bertemu kerana berbetulan bulat bumi itu.

Shahdan bahawasanya adalah perjalanan antara Masyrik ke Maghrib itu lima ratus tahun perjalanan iaitu hampir pada pihak Masyrik negeri yang bernama Aa’balasaa dan hampir pada pihak Maghrib negeri yang bernama Jaabarasho dan adalah kebanyakan pada bumi itu padang dan bukit dan laut. Adapun yang mengdiam segala manusia itu hanya sedikit jua dan terbanyak segala manusia itu kafir jua dan Asalama itu sedikit. Dan keliling dunia zholamat dan yang keliling zholamat itu Jabal Qaf jua. Kata Sheikh Abawa Haamada abana Al Rabayaa’ radhoya Allaha a’nahama bahawasanya yang bernama dunia itu permulaannya daripada langit yang pertama itu hingga sampai kepada buminya dan laut barang yang di atasnya dan barang yang di bawahnya dan barang yang di liput dengan dia. Maka yang ramai daripada bumi itu hanya seratus tahun perjalanan jua dan barang yang hampir dengan dia dan pada pihak Masyrik dan Maghrib yang tiada ada kediaman manusia kerana sebab hampir matahari naik dan matahari jatuh. Dan bumi yang lain daripada pihak keduanya itu tiada kediaman manusia kerana sangat daripada pihak Utara dan khasiat air itu sejuk dan kering dan pada pihak Maghrib itu sejuk dan basah dan pihak Masyrik itu sangat sejuk dan kering. Maka berhadap sangat pada pihak Masyrik dan dan sejuk dan basah kepada pihak Maghrib itu maka jadilah sederhana hawa bumi itu. Maka dapatlah tempat kediaman segala yang bernyawa dan tumbuhlah segala tumbuh-tumbuhan maka jadilah bumi nyatakan tempat kediaman manusia kerana Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya hendak mengurniai rahmat akan mereka itu.

Ketahui olehmu bahawasanya segala yang di jadikan Allaha itu tiga perkara. Pertamanya Hayawaanaata iaitu yang bernyawa, kedua Nabaanata iaitu sekelian tumbuh-tumbuhan, ketiga Jamaadaata iaitu segala yang tiada bernyawa iaitu seperti batu dan kayu dan tanah. Dan adapun Hayawaanaata itu terbahagi kepada lima bahagi. Pertama manusia, kedua malaikat, ketiga jin, keempat syaitan, kelima binatang. Dan adapun segala manusia itu terbahagi atas dua bahagi pertama Asalama kedua kafir. Maka adapun segala malaikat itu tiada terbahagi dam mereka itu tiada derhaka kepada Allaha Taa’laya dengan sekejab mata jua pun. Maka segala jin itu terbahagi atas dua bahagi pertama Asalama, kedua kafir. Maka adapun segala syaitan itu sekelian kafir jua.  Maka adapun segala binatang tiada ia terbahagi.

Shahdan bahawasanya manusia dan malaikat dan jin dan syaitan di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu sepuluh suku. Maka sembilan suku daripada segala malaikat, suatu suku lagi itu terbahagi kepada tiga bahagi, pertama syaitan, kedua jin, ketiga manusia. Maka yang suatu suku daripada tiga bahagi itu di bahagi kepada sepuluh suku maka yang sembilan daripada syaitan dan suatu lagi jin dan manusia itu terbahagi kepada sepuluh suku maka yang sembilan suku daripadanya itu jin dan suatu lagi daripadanya itu manusia. Maka berbahagi pula manusia suatu kepada sepuluh suku seperti kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawasanya segala manusia itu terbahagi kepada sepuluh bahagi maka sembilan bahagi daripadanya Yajuj Wa Majuj dan pada suatu bahagi daripada manusia.

Kata Hasana Al Bashoraya Yajuj Wa Majuj daripada anak cucu bapanya itu anak nabi Allaha Nuh A’layaha Al Salama dan adalah mereka itu tiga kaum. Suatu kaum daripada mereka itu bahawa adalah panjangnya seratus dua puluh hasta dan adalah mereka itu terlalu amat kuatnya dan dapat mereka itu membelah bukit dan besi. Dan keduanya kaum mereka itu bahawasanya adalah panjang dan bidangnya sama jua maka adalah mereka itu daripada telinga sebelah akan jadi hamparan dan sebelah akan jadi selimutnya dan tiada jua sekelian binatang melintas pada hadapan mereka itu liar dan jinak melainkan habislah di makan akan dia dan jika ada seorang mati daripada mereka itu maka di makan akan dia. Dan ketiga kaum daripadanya bahawasanya adalah panjang mereka itu tengah dua jengkal dan tiada daripada mereka itu seorang hingga sampai daripadanya sekelian anak cucunya seribu orang kemudian maka matilah ia. Adapun tempat kediaman sekelian mereka itu daripada kesudahan bumi benua Cina ke Masyrik iaitu bumi benua Cina yang berhubung bumi itu dengan laut zholamat dan adalah lanjut bumi itu sekira dua puluh tahun perjalanan jauhnya.

Kata setengah a’lama bahawasanya adalah segala kaum Tarakaya (Turki) daripada bangsa Yajuj Wa Majuj kerana pada masa Iskandar Zawa Al Qoranayana berbuat kota Yajuj Wa Majuj maka setengah mereka itu pergi bermain-main tiada di ketahui oleh mereka itu akan Iskandar Zawa Al Qoranayana itu berbuat kota maka tinggallah mereka itu di luar kotanya maka sebab itulah di namai mereka itu Tarakaya. Bahawasanya adalah segala orang Turki tiga kaum suatu kaum Masaka, kedua kaum Naasaka, ketiga kaum Naaraka. Bermula suatu suku daripada manusia yang tinggal daripada Yajuj Wa Majuj itu terbahagi kepada seratus dua puluh lima kaum maka seratus kaum itu kediaman mereka itu pada kesudahan benua Hindi dan daripada mereka itu bernama Masaanawaha dan adalah kepala mereka itu seperti anjing dan kedua kaum bernama Lawaha dan adalah mata mereka itu daripada dadanya. Dan ketiga kaum bernama Masawaha adalah telinga mereka itu seperti telinga gajah. Dan keempat kaum bernama Lawasa adalah mereka itu tiada berjalan dengan kakinya hanya mengesot dirinya mereka itu jua. Dan kelima kaum bernama Kalawasa maka adalah kejadian mereka itu nisab manusia jua dan kaki dan tangan dan hidungnya dan tangannya sebelah dan berjalan mereka itu pun sebelah jua yang amat pantas mereka itu perjalanannya dan adalah sekelian kaum yang tersebut itu manusia lagi kafir ia semuanya isi neraka.

Dan adapun bumi yang dua puluh tahun perjalanan daripada kediaman Yajuj Wa Majuj itu empat belas tahun perjalanan akan kediaman kaum Sawadaana. Maka kaum Sawadaana itu terbahagi kepada lima bahagi dan kaum yang pertama bernama Fanaawaha dan kaum yang kedua bernama Fawatawa dan kaum yang ketiga bernama Sabalaya dan kaum yang keempat bernama Nakadawa dan kaum yang kelima bernama Gholaamasa dan suatu kaum yang hampir dengan benua Sawaadana yang bernama Ghoanata maka kaum Ghoanata itu Asalama ia lagi baik perangainya dan lagi elok rupanya dan adalah mereka itu berakal faham pada agamanyadan adalah mereka itu sembahyang dan puasa dan naik haji ia. Maka lima yang tersebut dahulu itu daripada kaum Sawadaana tiadalah di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya pada bumi mereka itu daripada bukit dan tiada kebajikan dan tiada mereka itu beragama dan akal. Maka yang terlebih jahat daripada suatu itu kaum Qowaqowa maka kejadian mereka itu pendek lehernya dan rendah hidungnya dan merah matanya dan rambutnya seperti biji lada dan adalah kejadian mereka itu amat keji dan usaha mereka itu memanah dan makanan mereka itu gajah dan segala binatang liar dan jinak dan segala ular yang bisa-bisa. Dan setengah daripada kaum Sawadaana itu bernama pula Zabaakho terbahagi daripada kaum Sawadaana adalah mereka itu Asalama dan adalah hampir dengan benua Sawadaana itu suatu benua Raakho dan adalah lanjut benua itu setahun perjalanan maka adalah orang yang kediaman daripada benua itu kafir dan makanan mereka itu anjing.

Dan adapun baki perjalanan bumi daripada kediaman Yajuj Wa Majuj dan kaum Sawadaana lagi adalah enam tahun perjalanan daripada bumi benua Habshah dan Hindi dan Cina maka sekelian orang kediaman daripada benua itu kafir sekelian itu. Shahdan bahawasanya adalah daripada kaum A’rabaya yang isi negeri Shofalah dan di jadikan Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya akan mereka itu nisab manusia jua kepala mereka itu nisab kepala jua dan tubuh mereka itu nisab tangan dan kaki jua maka bernama mereka itu kaum Wabaara dan di jadikan Allaha Taa’laya mereka itu daripada anak cucu Sham saudara A’ad dan Tsamud. Mereka itu tiada bagi mereka itu akal dan mereka itu diam negeri Sajarata di tepi laut Hindi maka mereka itu di namakan oleh A’raba akan dia Nasanasa dan usaha mereka itu bagi berburu.

Dan telah di jadikan oleh Allaha Sabahanaha Wa Taa’laya daripada suatu kaum daripada manusia kaum Sawadaana iaitu hampir Maghrib sekelian perempuan dan tiada bagi mereka itu laki-laki pada bumi itu dan adalah suatu laut apabila berhentian seorang di dalam air laut itu suatu saat atau dua saat kemudian naik ia daripada laut itu jadi hamil mereka itu dan beranaklah mereka itu dengan anak perempuan jua. Dan adalah pada negeri Sawadaana iaitu manusia tiada mereka itu kepala dan mata mereka itu pada bahunya dan mulut mereka itu daripada dadanya dan amat banyak dan keadaan mereka itu seperti keadaan binatang dan pekerjaan mereka itu memberi kesakitan sama sendirinya dan tiada bagi mereka itu akal. Shahdan bahawasanya benua Cina itu negeri besar dan raja mereka itu adil dan adalah pada bumi mereka itu berbagai-bagai nikmat dan berbagai-bagai pakaian dan adalah sekelian mereka itu menyembah berhala dan di dalam negeri mereka itu banyak orang utusan dan orang yang tahu ilmu hikmat.

Bermula di jadikan Allaha Taa’laya segala manusia itu dua belas suku diam mereka itu enam suku daripada manusia daripada pihak Masyrik sekelian mereka itu kafir jua akan isi neraka dan di jadikan Allaha Taa’laya daripada enam suku daripada pihak Maghrib sekelian mereka itu kafir jua akan isi neraka. Dan adapun yang tinggal daripada mereka itu yang ada tauhid akan Allaha Taa’laya itu terbahagi kepada tujuh puluh tiga kaum maka di dalam tujuh puluh tiga kaum itu orang bidaah dan orang yang menurut akan hawa nafsu dan yang fasik tiada luput daripada marabahaya akhirat daripada mereka itu melainkan suatu kaum daripada ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta seperti sabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Satafaraqo Amataya Tsalatsaa Wa Sabaa’yana Faraqota Kala Hama Haalaka Alaa Waahadata Manahaa Naajayata” Qoyala “Wa Mana Hama Yaa Rasawala Allaha”  Qoala “Ahala Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” Qoyala “Wa Mana Ahala Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” Qoala “Maa Anaa A’layaha Wa Ashohaabaya Hawalaa Awa Shohaabataya” ertinya “Lagi jadi daripada umatku tujuh puluh kaum sekelian mereka itu binasa dan suatu kaum jua yang luput mereka itu daripada berbahaya akhirat” maka sembah segala sahabat “Siapa mereka itu ya rasul Allaha”  maka sabdanya “Iaitu ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta” maka sembah segala sahabat “Siapa ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta itu ya rasul Allaha”’ maka sabdanya “Iaitu seperti kelakuan aku dan seperti kelakuan sahabatku”.

Wa Allaha  Al Haadaya Alaya Shoraatho Masataqoyama Al Hamada Lalaha Alazaya Hadaanaa Lahazaa Wa Maa Kanaa Lanahatadaya Lawalaa Ana Hadaanaa Allaha  Wa Sholaya Allaha A’laya Sayadanaa Mahamada Kalamaaza Karaha Al Zaakarawana Wa Ghofala A’na Zakaraha Al Ghoafalawana Wa Al Hamada Lalaha Raba Al A’alamayana

Telah selesailah fakir yang Mahataaja Alaya Rahamata Rabaha Al Ghonaya Al Shayakho Nawara Al Dayana Bana A’laya Hasana Bana Mahamada Hamayada Al Raanaya dan terjemah kitab Balasaana Al Jaawaya Al Masamaya Badaa Kholaqo Al Samawaata Wa Al Aradho Amayana.

Sumber: Kitab Taja Al Malaka (Mahkota Raja-Raja)