Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Saturday, April 23, 2011

Mata Air Hayat Dan Kisah Kiamat

Ms 223

Arakian maka pada hari yang keempat maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya dari negeri Iskandariah itu seperti adat sedia kala. Akan nabi Khidir berjalan dahulu hingga datang kepada suatu pohon yang banyak daripada segala pohon kayu yang berbuah dan segala burung pun terlalu amat banyak pelbagai jenisnya. Maka sukacitalah hati raja Iskandar melihat tumbuh-tumbuhan di dalam bumi itu dan bergantungan segala buahnya daripada pelbagai jenis buah kayu yang dimakan oleh segala manusia. Maka berkhemahlah raja Iskandar dengan segala tenteranya maka pada ketika itu juga disuruhnya panggil segala a’lama dan hakim dan segala ahli Al hikmat memberi titah baginda pada sekelian mereka itu “Ketahui oleh kamu bahawa kehendakku sebarang kata kiranya kamu perbuat akan daku sebuah kota negeri dan sekelian itu daripada tembaga tatkala kembali aku daripada Maa Al Hayata (Air Hayat) duduklah aku di negeri ini”. Maka sembah segala hakim “Ya tuanku shah alam atas kepada kamilah mengerjakan dia yang seperti kehendak shah alam itu tetapi kami pohonkan sebagaimana kami adakan perbuatan negeri itu?”.

Maka titah raja Iskandar “Adapun kehendakku kamu perbuat panjangnya itu negeri itu lima puluh mil dan lintangnya itu tiga puluh mil dan kamu adakan pada suatu perseginya lima puluh buruj dan persegi yang melintang itu empat puluh buruj dan kamu perbuat pada sama tengahnya itu suatu bukit yang amat tinggi maka di atas bukit itu sebuah mahligai empat pintunya. Maka pada suatu pintu pada pihak laut dan suatu pada pihak bukit dan suatu pada pihak darat dan suatu pada pihak matahari naik dan kamu perbuat di atas kota itu patung daripada tembaga berkeliling kota itu dan pada tangannya seorang sebilah pedang setengah memegang panah dan setengah memegang tombak. Maka apabila datang seteru kita maka sekelian patung itu bergerak seperti manusia dan kamu adakan pintu kota itu empat puluh pintu maka tiap-tiap pintu itu kamu adakan kuda daripada tembaga dan atasnya seorang patung memegang pedang pada kiri kanan pintu itu maka itupun diperbuat kamu berjentera juga seperti yang kita lihat pada negeri Jabarsho. Apabila datang orang hampir kepadanya maka bergeraklah ia memarang kekiri dan kekanan dan kebelakang dan kehadapan”.

Kata Sahaba Al Hikayat maka tatkala di dengarnya Balamanasa Hakim titah raja Iskandar demikian itu maka iapun berdatang sembah “Adapun barang diketahui shah alam bahawa titah raja itu atas kepala kamilah mengerjakan dia tetapi kami pohonkan daripada tembaga dan besi dan timah hitam dan timah putih dan perak. Apabila sudah diserahkan kepada kami sekelian yang tersebut itu nescaya bersegeralah kami mengerjakan dia”. Setelah di dengar raja Iskandar sembah Balamanasa Hakim itu maka disuruh oleh baginda bukakan perbendaharaannya dan disuruhkannyalah kepada Balamanasa Hakim. Maka pada hari itu juga disuruh raja Iskandar perbuat pahak itu dan mana tiada mata air disuruhnya ikat dengan batu sungguh-sungguh kepada segala utus-utus dan disuruhnya pagar segala tanaman itu dengan pagar daripada tembaga dan besi dan perbuat pada sama tengah taman itu sebuah kubah terlalu besar dengan tingginya akan tempat raja semayam melihat pohon kayu buah-buahan itu. Pada sisi mata air itu suatu pengadapan daripada batu empat persegi batu perak akan tempat raja semayam itu daripada batu akik yang merah dilarik akan kesisinya dan tingkapnya daripada emas bertatahkan ratna mutu manikam dan diadakan di halamannya pengadapan itu sebuah kolam maka airnya itu mengalir tiada berhenti dan berkeliling pengadapan itu pancurannya daripada emas dan perak maka tiap-tiap satu pancuran itu suatu bunyi-bunyian”.

Maka berhentilah raja Iskandar pada tempat itu hingga sudah negeri itu dengan tamannya. Setelah sudah negeri itu maka ditinggalkan baginda akan Balamanasa Hakim menunggui dia dan berpesanlah baginda kepadanya “Adapun jangan lali kamu daripada pekerjaan kamu hingga datang aku daripada perjalananku kerana aku hendak pergi mencari seperti kehendak hatiku ini. Maka segera juga aku datang kepada kamu sekelian”. Setelah sudah raja berpesan kepada Balamanasa Hakim maka baginda pun berangkatlah dengan segala tenteranya kepada pihak kiri Maghrib maka berjalanlah segala tenteranya siang malam sampailah mereka itu kepada tempat A’yana Al Jamaa’yaha daripada kanan masuk matahari. Apabila hari petang maka dilihat raja Iskandar itu matahari masuk berbunyi terlalu azmat barang siapa mendengar dia terlalu amat dahsyat hatinya. Maka berkhemahlah raja Iskandar berhadapan A’yana Al Jamaa’yaha itu maka daripada pagi-pagi hari maka berangkatlah baginda mengampiri dia hendak melihat sebagaimana rupanya. Maka dilihat baginda akan A’yana Al Jamaa’yaha itu terlalu banyak berongga-rongga seperti gua di dalam bukit lakunya maka keluarlah dari dalam rongga itu manusia terlalu banyak dhoif lakunya sekelian mereka itu terlanjang.

Setelah dilihat mereka itu tentera raja Iskandar maka hairanlah hati mereka itu tiada pernah melihat mereka itu. Maka baginda pun terkejutlah melihat perihal segala kaum itu keluar dari dalam tanah maka kata baginda kepada nabi Khidir “Katakan oleh nabi Allaha kepada mereka itu dengan perkataan yang maha baik kerana ketakutan lakunya mereka itu melihat tentera kita ini”. Maka nabi Khidir pun pergilah kepada mereka itu dan berkatalah ia kepada mereka itu “Hai kamu segala kaum, jangan kamu gentar akan kami. Ketahuilah olehmu bahawa inilah tentera raja Iskandar anak raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zawa Al Qoranayana gelarnya”. Setelah di dengar mereka itu kata nabi Khidir maka ujar mereka itu “Siapa tuan hamba ini?” maka sahutnya “Akulah nabi Khidir menteri raja Iskandar” maka kata mereka itu “Maha suci tuhan seru alam sekelian bahawa sungguhnya pada sangka kami tiada makhluk yang lain daripada kami sekelian” maka datanglah mereka itu menjabat tangan nabi Khidir maka kata nabi Khidir kepada kaum itu “Ketahui oleh kamu bahawa raja Iskandar telah disuruhkan Allaha Ta Alaya kepadanya segala muka bumi ini berjalanlah ia di dalam bumi menyuruhkan segala manusia membawa agama Asalama dan dibunuhnya anak Adam yang menyembah lain daripada Allaha Ta Alaya dan telah disuruhkan daku mari nyamankan hati kamu supaya jangan kamu takut melihat tentera yang tiada terhisabkan itu. Maka hendaklah kiranya kamu barang seorang daripada kamu kepadanya”.

Setelah di dengar mereka itu kata mereka itu “Demi Allaha tuhan seru sekelian alam tiada kami barang seorang suatu jua tuan dan tiada kami tahu akan erti dan tiada kami membeli dan berjual dan tiadalah ada makanan kami rumput dan buah kayu jua dan minuman kami itu air hujan maka dengan demikian itu pun mengucap syukur kami kepada Allaha Ta Alaya”. Setelah di dengar nabi Khidir kata mereka itu maka iapun kembalilah kepada raja Iskandar dan diceritakannyalah segala perkataan mereka itu maka hairanlah hati raja Iskandar mendengar kata nabi Khidir itu dan terlalu kasihan rasanya hati baginda akan segala kaum itu. Maka pada ketika itu juga sabda baginda kepada nabi Khidir menyuruh himpunkan segala utus-utus yang pandai memahat batu maka di suruh baginda perbuat sebuah negeri kotanya mereka itu. Maka di anugerahi baginda emas dan perak dan daripada segala hidupan jenisnya lembu dan kambing dan unta dan kuda dan keldai akan mereka itu beribu-ribu. Maka disuruh baginda mereka itu duduk di dalam negeri daripada makanan yang diberinya akan mereka itu terlalu banyak maka diamlah mereka itu di dalamnya.

Adapun akan raja Iskandar sebagai pergi melihat matahari masuk kepada A’yana Al Jamaa’yaha maka di namanya negeri itu Shoghoratsa dengan bahasa Rom ertinya Kepala Tirai Zholamat. Maka diperjamu baginda akan segala raja-raja dan menteri hulubalang tentera sekelian. Setelah sudah makan minum maka di anugerahi baginda persalin akan mereka itu sekelian seorang pun tiada ditinggal maka masing-masing kadarnya dan lagi dianugerahi baginda emas dan perak akan mereka itu tiada terhisabkan banyaknya. Maka sabda baginda kepada mereka itu sekelian dan pada segala a’lama dan hakama “Ketahui oleh kamu hai tuan-tuan sekelian bahawa sesungguhnya hamba hendak masuk di dalam tirai zholamat qasad hamba hendak mencari mata air hayat siapa tahu mudah-mudahan di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan dia itu kepada hamba maka apa bicara kamu sekelian?”. Maka sembah sekelian mereka itu “Adakah diketahui shah alam telah dijadikan Allaha Ta Alaya daripada orang yang terlebih mulia daripada shah alam?”. Maka sahut baginda “Bahkan hamba ketahuilah bahawasanya yang terlebih mulia daripada hamba itu terlalu amat banyak seperti nabi Allaha Adam dan Shayatsa dan Idris dan nabi Nuh dan nabi Hud dan nabi Ibrahim dan nabi Sholeh dan lain daripada itu berapa ratus orang lagi dan tiada hadir dengan kita ini iaitu nabi Khidir. Tetapi sekelian mereka itu telah matilah”.

Maka sembah mereka itu “Adakah di dengar shah alam daripada mereka itu seorang jua pun yang disampaikan Allaha Ta Alaya melihat A’yana Al Jamaa’yaha dan tirai zholamat ini?” maka sabda raja Iskandar “Tiada hamba mendengar dia di dalam itupun Allaha Ta Alaya jua yang amat mengetahui dia” maka sembah segala a’lama dan hakama “Barang dipelihara Allaha Ta Alaya jua kiranya duli shah alam daripada menjalani jalan yang tiada pernah di jalan orang itu”. Maka tatkala di dengar baginda kata mereka itu maka sabda baginda “Adalah ini menakut akan dikau daripada melalui tirai zholamat itu tetapi aku serahkan diriku kepada Allaha Ta Alaya juga yang memeliharakan segala hambanya. Ana shaa Allaha Ta Alaya kuperoleh seperti kehendakku itu. Bermula yang demikian itu tiada dengan kuasaku melainkan dengan kuasa tuhan seru sekelian alam juga. Ialah yang memenangkan aku daripada segala seteruku. Sebermula tiada aku membawa kamu seorang jua pun pada mengikut jalanku ini melainkan barangsiapa mau pergi dengan aku serta suka hatinya itu jua adapun yang tiada mau pergi itu tinggallah. Yang aku ini pergi juga dengan iktikadku betul kepada Allaha Ta Alaya dan haraplah aku ditolongnya dan dipeliharakan hambanya yang dhoif ini”.


Setelah di dengar oleh segala raja-raja dan a’lama dan hakama sekelian sabda baginda demikian itu maka sembah mereka itu “Barang diketahui duli shah alam apabila sudah betul niat shah alam akan masuk tirai zholamat itu, kami sekelian pun sertalah mengikut shah alam kerana bukan sembah kami itu dengan dengki lagi bukan kami pertakut shah alam tetapi daripada sangat kasih kami akan duli shah alam kerana naung kami sekelian dan pengharapan sekelian tentera yang banyak ini kerana jalan itu tiada pernah di jalani seorang jua pun daripada segala manusia tetapi nyawa kami sekelian tiada lebih daripada nyawa shah alam. Jikalau seribu kali sekalipun nyawa kami sekelian binasa tiada mengapa lamun selamat juga duli shah alam. Bahawa inilah yang kami maklumkan adapun jikalau sungguh duli shah alam akan menjalani tirai zholamat itu baiklah dipilih duli shah alam kiranya kuda yang baik-baik akan kenderaan segala tentera itu tetapi baik juga kuda betina daripada kuda jantan dibawa oleh shah alam”. Setelah di dengar oleh raja Iskandar sembah segala hakim demikian maka disuruh oleh baginda himpunkan segala ibu kuda betina yang muda-muda dan dipilih pula daripada segala tentera. Setelah sudah dipilih baginda mereka itu sekelian maka baginda bersabda kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha pilih pula oleh tuan hamba di dalam sekelian tentera ini seratus ribu orang yang bersama-sama dengan tuan hamba berjala dahulu akan penganjar”. Setelah sudah di pilih nabi Khidir maka segala raja-raja dan menteri yang tinggal daripada yang dipilih itu pun kesemuanya datang mengadap baginda masing-masing dengan dukacitanya maka dipilih oleh baginda daripada tentera yang banyak itu seorang yang terbaik daripada mereka itu maka di jadikan baginda panglima tentera yang banyak itu maka sabdanya “Jangan tiada kamu ikut akan kata panglima ini” dan diberinya surat setia akan mereka itu supaya tetap hatinya segala tentera itu pada mengikut katanya.

Setelah sudah maka kata nabi Khidir pada baginda “Barang diketahui shah alam akan hamba jadi penganjar segala tentera tak dapat tiada takut sesat kita baik diberikan pada hamba suatu manikam yang amat bercahaya seperti matahari itu supaya diikut oleh segala tenteranya cahaya manikam itu”. Arakian maka dikeluarkan oleh baginda sebuah manikam terlalu amat bercahaya seperti matahari baharu terbit maka sabda baginda kepada nabi Khidir “Barang kiranya di peliharakan Allaha Ta Alaya akan kita daripada sesat itu” maka di berinya manikam itu kepada nabi Khidir maka mereka itu sekelian pun masing-masing berwasiat kepada orang yang tinggal itu dan yang tinggal pun berpesanlah kepada orang yang pergi itu maka masing-masing mereka itu bertangis-tangisan siapa tahu tiada bertemukan Allaha Ta Alaya akan mereka itu. Setelah keesokan harinya maka raja Iskandar pun berangkatlah dengan segala tenteranya maka tiada tinggal seorangpun segala raja-raja dan menteri hulubalang dan segala a’lama dan hakama melainkan habis mengiringkan baginda. Maka sabda baginda kepada tenteranya “Jikalau akau kedapatan maut bahawa saudara aku nabi Khidir akan gantiku. Jangan tiada kamu ikut katanya itu dan jikalau tiada nescaya binasalah kamu”. Hataya maka berjalanlah baginda dan nabi Khidir berjalan dahulu maka masuklah mereka itu di dalam kelam seperti malam yang amat gelap. Maka segala tentera melihat cahaya manikam yang pada tangan nabi Khidir itulah yang diikutnya.

Telah datang kepada lima hari dan lima malam berjalan di dalam gelap itu diiring oleh segala tentera maka pada hari yang keenam itu berkerenap bunyinya maka bertanya mereka itu kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha apa bunyi yang diirik oleh kaki kuda kami ini?”. Maka sahut nabi Khidir “Iaitulah benda yang ajaib maka barangsiapa mengambil banyak nescaya menyesal ia dan jikalau mengambil sedikit menyesal juga ia”. Maka turunlah daripada antara tentera itu mengambil ia dan terbanyak tentera daripada mereka itu tiada mengambil dia. Maka berjalanlah mereka itu di dalam gelap hingga tiada dikenal seorang daripada sangat gelapnya. Setelah datanglah kepada sembilan hari sembilan malam berjalan di dalam gelap pada hutan yang amat semak itu dan berapa pula melangkah bukit yang kecil-kecil maka pada hari yang ke sepuluh maka adalah terang sedikit seperti cahaya matahari bintang yang banyak kelihatan pada langit demikianlah rupanya. Hataya maka pada sehari berjalan makin teranglah adalah terangnya itu seperti bulan purnama maka disuruhnya nabi Khidir mereka itu turun dari atas kudanya maka dilihat mereka itu sebuah rumah daripada emas yang merah dan beberapa manikam yang terkena pada rumah itu. Maka daripada sinar rumah itulah jadi terang maka dikeluarkan mereka itu benda yang diambilnya itu dari dalam kantungnya maka dilihatnya manikam yang amat bercahaya tiada ada dalam dunia ini sepertinya suatu juapun. Maka yang mengambil sedikit menyesal ia diambil oleh rajanya, anak penghulunya dan yang mengambil banyak pun demikian juga.

Hataya berhentilah raja Iskandar pada rumah itu arakian maka baginda pun berkata kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha ada suatu bicara lintas di hati hamba jikalau sekiranya bertemulah kita dengan Maa Al Hayata itu maka minumlah hamba akan dia dan mandi hamba dalamnya. Maka tentera kita pun minum dan mandilah berlainan hamba daripada mereka betapa kehendak hamba bahawa duduklah nabi Allaha dengan tentera kita ini. Biarlah hamba pergi mencari air hayat itu seorang diri hamba dan barangkali sudah dengan dia maka kembalilah hamba katakan kepada tuan hamba dan supaya lihat daripada yang indah-indah pada mata air hayat itu hamba ceritakan pada mereka itu sekelian. Maka sahut nabi Khidir “Mana kehendak shah alam itu juga yang lebih” maka sabda baginda kepada segala raja-raja dan menteri hulubalang “Hai kamu sekelian saudaraku duduklah berhenti di rumah emas ini kerana tempat ini pun terang hingga datang hamba mendapatkan tuan-tuan sekelian pada tempat ini. Bahawasanya nabi Khidir bersama-sama dengan tuan-tuan sekelian pada tempat ini dan bahawasanya tiadalah hamba lama di sana itu”. Hataya maka berjalanlah raja Iskandar seorang dirinya pergi mencari Maa Al Hayata itu maka tatkala sudah baginda berjalan daripada rumah mereka itu seorang dirinya maka berhentilah segala raja-raja dan segala menteri kepada nabi Khidir hingga hendak tidurlah mata rasanya mereka itu. Maka kembalilah mereka itu masing-masing ke tempatnya dan tiadalah diketahuinya mereka itu hendak tidur juga maka diketahui mereka itu pada kiranya siang dan malam pun.

Sebermula tatkala sudah raja Iskandar berjalan itu lama perginya itu maka berkata mereka itu akan baginda pergi dan “Betapa hal kami di dalam zholamat ini tiada berketahuan malam siang adakah diperoleh tuan hamba khabar shah alam. Bahawa ketakutanlah hati kami sekelian dan khabar raja pun tiada kami peroleh. Bahawa tiada dapat tiada pada bicara kami matilah kami di dalam kelam yang tiada berketahuan malam siang ini. Jikalau tiada kiranya harap kami akan nabi Allaha nescaya rosaklah rasanya kami sekelian”. Tatkala di dengar nabi Khidir kata mereka itu dan segala tentera pun haru haralah lakunya masing dengan tangisnya mereka itu dengan duka cita oleh lambat raja Iskandar datang. Sebagialah di persuka oleh nabi Khidir hati mereka itu dan dipertetapkan dengan kata yang baik-baik maka nyamanlah sedikit hati mereka itu. Arakian menceritakan dia daripada hikayat raja-raja dahulu kala yang indah-indah maka sukacitalah sedikit hati mereka itu. Maka kata mereka itu “Apalah hal dan matilah kita gerangan di dalam kelam zholamat ini kerana tuan kita pergi membawa dirinya di dalam zholamat mencari seperti kehendak hatinya dan ditinggalnya kita seperti kambing tiada bergembala”. Sangatlah mereka itu takut akan dirinya tiada boleh kembali ke negerinya. Sebermula akan nabi Khidir pun sangatlah dukacita juga hatinya akan raja Iskandar tetapinya tiada mau ia zahirkan dukacita itu kepada segala tentera itu. Adapun pada bicara nabi Khidir jikalau aku katakan kepada mereka itu nescaya binasalah tentera ini mati di dalam dukacitanya. Arakian maka nabi Khidir pun senantiasalah menyukakan hati sekelian mereka itu supaya tetaplah hati segala tentera itu dan diperjamunya segala raja-raja dan menteri dan berhikayat dan mengajar daripada ilmu hak itu dan payak akan mereka itu sekelian hingga tidurlah mereka itu.

Kemudian dari itu keluarlah nabi Khidir daripada tenteranya dan ditinggalkan Fataha Mayaka maka ujarnya pada Fataha Mayaka itu “Apabila dicari oleh sekelian mereka itu akan dikau katakan olehmu aku pergi mencari raja Iskandar segara juga aku datang”. Maka nabi Khidir pun berjalanlah di dalam zholamat itu mengikut raja Iskandar maka tatkala jagalah segala tentera itu daripada tidur lalu mereka itu pergi kepada tempat nabi Khidir. Maka dilihatnya mereka itu nabi Khidir tiada pada tempatnya hanya Fataha Mayaka juga duduk ganti nabi Khidir. Maka kata segala raja-raja dan a’lama dan hakama dan segala menteri hulubalang kepada Fataha Mayaka “Kemana perginya nabi Khidir?” maka sahut Fataha Mayaka “Ana Shaa Allaha segera juga datang nabi Allaha ke mari”. Maka diamlah mereka itu sekelian maka di nantinya kira-kira tiga hari itu pun tiada datang juga nabi Khidir. Arakian maka bertambah-tambahlah dukacita hatinya dan hairanlah hati mereka itu oleh sebab nabi Khidir pun sudah ghaib itu maka berkatalah sama sendirinya “Wah binasalah kita dan matilah kita di dalam zholamat ini jikalau sudah nabi Khidir dan raja Iskandar tiada bersama-sama dengan kita adalah umpama kebinasaan di dalam laut yang tiada berketahuan jalan kita kembali dan matilah kita pada tempat ini”. Maka ketika itu juga haru haralah segala tentera dan hulubalang dan hilanglah arawah mereka itu daripada bertemu dengan nabi Khidir dan raja Iskandar dan tiadalah harap mereka itu dirinya akan hidup lagi. Maka pada ketika itu ada bersama dengan tentera itu tujuh orang hakim yang pilihan maka datanglah kepada segala hakim itu minta bicara. Maka kata mereka itu “Pada pendapat tuan sekelian akan ehwal raja Iskandar dan nabi Khidir adakah kembali atau tiada maka sekarang di mana datang kita dan kembali kita dan apakah kita sekelian ini dilepaskan Allaha dari dalam zholamat ini?”.

Kata Sahaba Al Hikayat setelah di dengar oleh hakim tujuh orang itu kata mereka itu sekelian maka ujar yang pertama yang tertuha daripada enam orang itu dan ilmu pun lebih daripada sekelian hakim katanya itu “Adakah daripada antara segala makhluk itu dapat mengetahui barang yang lagi akan datang segala yang ghaib-ghaib di dalam hakikatnya?”. Setelah sudah ia berkata-kata demikian maka iapun berdiamlah dirinya. Maka berkata pula hakim yang kedua “Jikalau sekiranya dianugerahkan Allaha akan seorang manusia mengetahui ilmu ghaib nescaya tiada dapat yang demikian itu kecelaan juga” dan maka iapun diamlah. Maka berkata pula hakim yang ketiga “Adapun yang harus kita dahulukan daripada pengetahuan itu akan diri kita juga kerana ia hampir daripada sekeliannya dan ialah yang harus kita perbaik” maka iapun berdiamlah dan berkata pula hakim yang keempat “Adapun yang sejahat-jahat manusia itu jikalau tiada diketahui akan dirinya dan tiada dikenalnya pada kemudiannya segala makhluk maka yang demikian itu nescaya tiada dikenalnya tuhan” lalu ia pun berdiamlah dirinya. Maka berkata pula hakim yang kelima “Adapun kerana di jadikan Allaha Ta Alaya demikian itu adalah sekelian daripada sekelian manusia”. Setelah sudah ia berkata demikian maka berdiamlah dan berkata pula hakim yang keenam “Adapun dari kerana demikian itulah maka harus membawa dirinya pada jalan kebajikan dan jangan berbuat amal kejahatan dan jikalau sudah diketahuinya bahawasanya dunia ini akan tiada kekal adanya. Betapa yang hidup di dalam dunia ini lagi merasai mati maka apa pula lain kita bicarakan lagi bahawa yang hari kiamat itu tiada dapat tiada lagi akan datang apabila datang hari kiamat nescaya hiduplah kita sekelian. Apa juga berlainan hidup di dalam dunia ini daripada hidup di dalam akhirat itu” maka iapun berdiamlah maka berkata pula hakim yang ketujuh “Adapun apa gerangan kata kamu akan dikau bahawa datang akukah dalam dunia ini telah ku kehendak hidup di dalamnya dan takut aku keluar daripadanya dengan gagah Malaka Al Maut dan adalah aku cari ilmu yang baik juga”. Setelah sudah dikatanya demikian itu maka iapun berdiamlah.

Setelah sudah di dengar oleh segala tentera perkataan segala hakim seorang sepatah kata yang demikian itu maka berdiamlah mereka itu masing-masing menantikan dirinya dan sabarkannyalah dirinya menantikan datang raja Iskandar dan nabi Khidir Alayaha Al Salama dengan dukacitanya hati mereka itu sekelian akan peri hal yang demikian itu. Hataya pada esok harinya dilihat mereka itu bahawa hakim tujuh orang yang berkata kelmarin itupun sudah mati di dalam tempat tidurnya oleh sangat-sangat dukacitanya akan hal dirinya dan akan raja Iskandar dan nabi Khidir sudah ghaib daripadanya dan fikirkan oleh mereka itu akan ehwal dunia ini nescaya fana dengan isinya dan pengetahuan segala a’lama itu pun tiada dapat melainkan dirinya daripada maut maka menyesallah hakim yang ketujuh itu sia ia mengikut raja Iskandar dan nabi Khidir masuk di dalam zholamat. Pada hal tiada diketahui mereka itu jalan keluar daripadanya maka matilah mereka itu dalam dukacitanya yang demikian. Maka dimandikan oleh segala a’lama dan hakama akan tujuh orang hakim itu dan dikafani mereka itu dan ditanamkan mereka itu akan hakim tujuh itu di halaman rumah emas itu dan diperbuat mereka itu pada kuburnya seorang hakim suatu luh daripada emas maka di suratkan nama hakim itu.

Hataya kemudian daripada itu maka diamlah mereka itu sekelian menantikan raja Iskandar dan nabi Khidir antara beberapa lamanya. Maka nabi Khidir pun datanglah kepada mereka itu serta dua orang muda-muda terlalu amat elok rupanya dan bercahaya warna mukanya dan nabi Khidir pun bertambah-tambah elok rupanya daripada segala bercahaya-cahaya seolah-olah tiada dikenal mereka itu akan dia. Setelah dilihat segala tentera akan nabi Khidir maka mereka itu pun berlari-lari masing-masing datang menjabat tangan nabi Khidir dan amat sukacitalah hati segala raja-raja dan menteri hulubalang dan segala a’lama dan hakama pengharas hiduplah mereka itu sekelian dan dipandang mereka itu ke kiri dan ke kanan. Maka dilihat mereka itu kehadapan dan kebelakang bumi itu daripada emas, batunya daripada permata yang gilang gemilang cahayanya terlalu amat indahnya rupanya daripada zamrud dan gemala birama ragam sekelian berkapar diatas bumi itu. Setelah sudah nabi Khidir berjabat tangan dengan segala raja-raja dan orang besar-besar itu dan daripada sekeliannya maka berkata mereka itu “Ya nabi Allaha, siapa laki-laki dua orang ini?”. Maka sahut nabi Khidir “Iaitu saudara aku nabi Al Yasa dan Arama dan bersegeralah kamu berjabat tangan dengan tuan-tuan itu dan dikucup oleh kamu sekelian bahawa tuan-tuan itu pun nabi Allaha yang rasala jua”. Maka sekelian mereka itupun sukacitalah berjabat tangan dengan keduanya maka berjalanlah nabi Khidir kepada rumah emas itu. Setelah tetaplah ia duduk pada tempatnya di adap oleh segala raja-raja dan a’lama dan hakama dan segala tenteranya maka di hikayatkan nabi Khidir kepada segala a’lama dan hakama dan segala raja-raja menteri semuanya mari mendengarkan dia.

Dabata Al Aradho

Adapun tatkala di tinggalkan kamu sekelian maka berjalanlah hamba mencari baginda di sesatkan Allaha Ta Alaya daripada jalan yang betul hingga tiadalah berketahuan pergi hamba terkadang bertemu dengan jalan yang kelam hingga dapatlah hamba kepada suatu tempat maka dilihat bayang-bayang orang berjalan di hadapan hamba. Sungguhpun demikian pada tempat itu tiada seorang pun daripada segala makhluk Allaha Ta Alaya. Berjalan juga dari sana kira-kira dua hari lamanya maka pada hari yang ketiga teranglah jalan hamba tiada kelam tetapi bukannya cahaya matahari dan bulan dan bintang hingga datanglah pada hari yang keempat. Maka bertemulah hamba dengan seekor binatang terlalu amat besar kakinya seperti unta dan tapaknya seperti kaki gajah dan mukanya seperti manusia. Maka hamba pun hampirlah kepadanya katanya Laa Alaha Alaa Allaha Wahadaha Laa Sharayaka Laha maka kata binatang itu seperti kata maka memberi salam kepadanya maka ujar hamba “Hai binatang katakan akan dikau dengan nama Allaha siapa engkau ini dan pekerjaanmu duduk disini?”. Maka sahut binatang itu dengan bahasa Yunan “Hai hamba Allaha bahawasanya telah dijadikan Allaha Ta Alaya daripada suatu tanda daripada tanda hari kiamat. Maka itulah dititahkan Allaha Ta Alaya akan daku duduk disinilah tempat hamba kehidupan hamba makan segala rumput itu dan hamba minum air Maa Al Hayata. Maka pada masa hampirkan kiamat dititahkan Allaha Ta Alaya hamba keluar kepada bumi yang berisi anak Adam”.

Arakian maka kata hamba “Apa nama mu hai hamba Allaha dan pada masa mana engkau keluar?” maka sahut binatang itu katanya “Hamba di sebut orang Dabata Al Aradho dan masa hamba keluar tatkala adalah segala a’lama mengetahui agamanya dan segala orang hina jadi mulia dan segala orang yang mulia menjadi hina dan adalah dikerjakan segala umat Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama lima belas perkara daripada pekerjaan yang jahat”. Maka hamba tilik rupanya itu maka akan Dabata Al Aradho berbulu seperti bulu biri-biri. Hataya maka tatkala didengar segala raja-raja dan a’lama dan hakama cerita nabi Khidir demikian itu maka ditanya oleh mereka itu “Ya nabi Allaha, apalah pekerjaannya keluar ia pada akhir zaman kelak?”. Maka sahut nabi Khidir “Dicap mereka itu dahi segala mukmin dengan cincin nabi Allaha Sulaiman hingga jadi bercahaya-cahaya muka mereka itu dan dipalukan segala kafir dengan tongkat nabi Allaha Musa Alayaha Al Salama hingga jadi hitamlah muka mereka itu. Maka dikatanya kepada segala manusia engkau ini mukminkah atau engkau kafirkah? Demikianlah pekerjaannya”. Maka ditanya mereka itu pula nabi Khidir “Apa yang dikatakan lima belas perkara yang dikerjakan oleh segala mukmin umat nabi Mahamada?” maka sahut nabi Khidir “Bahawasanya tuan hamba pun seorang juga daripada hamba Allaha yang sholeh telah di ketahuilah tuan hamba kerana pekerjaan lagi akan datang telah dinyatakan Allaha Ta Alaya daripada segala makhluknya”.

Adapun hamba pun dipertemukan Allaha Ta Alaya dengan mata air hayat itu bermula akan tuan cari sahabat tuan raja Iskandar itu tiada bertemu dengan mata air hayat itu dan sia-sialah perjalanannya itu tiada diperoleh seperti kehendaknya itu. Adapun akan Iblis sebahagialah di perdayakannya raja Iskandar dan diberinya beroleh seorang malaikat akan dia buah kayu dari dalam syurga akan raja Iskandar. Maka direbut oleh oleh Iblis akan dia tetapi hamba pun hendaklah ingat-ingat sahaja lagi akan diperdayakannya juga oleh Iblis itu seperti di perdayakannya juga oleh oleh Iblis itu seperti diperdayakannya oleh tuan dan sahabat hamba tetapi diketahui oleh hamba. Tiada beberapa jauhnya antara tuan dengan air hayat itu dan hamba bertemulah dengan mata air itu dengan dua orang laki-laki daripada hamba Allaha yang sholeh. Setelah hamba dengar katanya demikian itu maka mengucap syukurlah hamba akan tuhan seru sekelian alam.

Maka berjalanlah hamba kepada suatu padang yang amat luas maka lihat suatu sungai airnya terlalu jernih maka hamba lihat Iblis pun ada di tepi sungai itu. Maka ia merupakan dirinya seperti orang pertapaan pakaiannya kain bertampung-tampung maka dahi hitam seolah-olah bekas sujud akan Allaha Ta Alaya maka tiada dikenal akan dia dan hairanlah hamba melihat lakunya itu. maka fikir hamba “Dari mana pula datang pertapaan ini pada tempat ini?”. Maka ia pun datang hampir kepada hamba maka katanya “Apa sebab tuan hamba ajaib melihat hal ini?”. Maka sahut hamba “Bahawasanya telah ajaiblah hatiku akan dikau, siapa engkau ini hai hamba Allaha?”. Maka sahut Iblis “Barang diketahui tuan hamba adalah hamba ini seorang pertapaan lalu hamba diam pada tempat ini. Hamba pohonkan pada Allaha Ta Alaya mata air hayat telah dipertemukan Allaha hamba dengan dia. Bahawasanya bukankah tuan hamba nabi Khidir bapa Abas?”. Maka sahut hamba kepadanya ‘Akulah bernama Khidir” maka katanya pula kepada hamba “Hai Khidir sekianya hampirkan oleh dirimu kepada mata air hayat ini. Maka minumlah oleh tuan hamba dan mandilah tuan hamba di dalamnya. Adapun tiada pernah di sampaikan Allaha Ta Alaya seorang makhluk jua pun kepada tempat ini. Raja Iskandar itu tiada sampai kepada mata air hayat itu. Maka adalah barangsiapa minum dan mandi pada mata air ini tiadalah kelam kedua matanya dan jikalau pada malam yang kelam sekalipun nescaya dilihatnya seperti siang hari dan tiadalah dirasainya lelah dan sakit hingga datang pada hari kiamat dan tiadalah merasainya kekurangan di dalam dunia ini. Marilah kita mengambil air sembahyang hai bapa Abas dan kita mandi pada sungai ini kerana dikurnia Allaha Ta Alaya mata air ini akan bapa Abas”. Telah hamba dengar katanya demikian itu maka hamba hampirlah kepada mata air. Hamba lihat airnya pun hitam dan di dalamnya merah maka di dalam hati hamba dan berdirilah hamba pada tepi sungai itu. “Adapun pada rasaku bukan air ini air hayat sahaja onar Iblis juga” maka iapun berkata pula kepada hamba “Marilah kita sembahyang dan mandi di dalamnya” maka tiada hamba sahut katanya. Setelah dilihatnya hamba berdiam maka segeralah dikeluarkannya bekalnya di dalam kendi maka diisinya air kendi itu air sungai itu lalu hendak diberinya kepada hamba katanya “Minumlah tuan hamba”. Setelah hamba lihat kelakuannya demikian itu maka fikirlah hamba bahawa pekerjaan yang demikian itu bukan perangai orang yang mulia-mulia melainkan pekerjaan syaitan juga. Maka adalah pada ketika suatu tongkat pada tangan hamba maka hamba palukan keatas kepalanya serta kata hamba “Hai malaun bahawa pada hatimu tiadalah aku mengetahui akan dikau”. Maka iblis pun larilah daripada hamba dan mata air itupun habislah pada mata hamba.

Arakian maka berjalanlah hamba dari sana maka hamba lihat seorang orang tuha pakaiannya hitam maka fikir di dalam hati hamba “Iblis juga merupakan dirinya demikian ini”. Maka tiba-tiba berkata perempuan tuha itu “Adapun akan hamba ini bukannya iblis maka hendak kemana tuan hamba ini di dalam hutan belantara ini yang tiada pernah seorang juapun sampai kemari?”. Maka sahut hamba “Apa pedulimu berkata akan daku demikian ini?” maka sahutnya “Daripada kasih akan tuan hamba dari kerana di dalam hutan ini tiada pernah segala jin syaitan dan manusia berjalan pada segala bumi ini. Betapa adalah pada hati hamba bahawa tuan hamba inilah hendak mencari air mata hayat jua. Adapun akan mata air hayat itu sudah tinggal di belakang tuan hambalah tiada ia dihadapan tuan hamba dan jikalau tuan hamba berjalan kehadapan ini tak dapat tiada dibunuh jinlah tuan hamba. Segeralah tuan hamba kembali bahawa adalah hamba ini memberi nasihat kepada tuan hamba”. Maka sahut hamba “Hai seteru Allaha apa pada hatimu bahawa aku tiada dikenalkah dikau jikalau berbagai kau rupakan dirimu sekalipun nescaya ku kenal juga akan dikau” lalu hamba hendak palu dengan tongkat hamba maka ia pun larilah.

Mata Air Hayat

Hataya maka berjalanlah pula hamba daripada tempat itu hamba lihat cahaya matahari dan hamba lihat sebuah bukit terlalu amat tinggi maka hamba dengar suatu suara demikian kata “Betul jalanmu hai bapa Abas pada bukit yang tuan hamba lihat itulah mata air hayat. Adapun yang bertemu dengan tuan hamba itu Iblis Alayaha Al Laa’nata tiada dapat hampir ia kepada tempat ini. Jikalau datang ia kemari nescaya adalah dilontar malaikat dengan tanah akan dia. Jika lewat dan diburunya pada laut yang ke tujuh”. Setelah hamba dengar suara yang berkata demikian itu maka sukalah hati hingga berjalanlah hamba datang pada kaki bukit itu maka hamba lihat suatu mata air dikeliling oleh pohon kayu yang dimakan oleh manusia buahnya. Hataya maka hamba pun naik keatas bumi mengikut daripada kerasak maka hamba lihat mata air hayat itu terlalu putih airnya seperti susu lagi amat jernih baunya terlalu harum seperti kasturi bercampur dengan amar dan hamba lihat di tepi air itu dua orang laki-laki berdiri sembahyang maka di dalam hati hamba yang seorang itu raja Iskandar maka sukacitalah hati hamba. Arakian maka hamba pun menghampiri pada keduanya maka keduanya itu tiada hamba kenal maka hairanlah hati hamba. Adapun akan tuan-tuan itupun segera menyudahkan sembahyangnya maka memberi salamlah keduanya kepada hamba. Maka segeralah hamba pun menyahut salam keduanya itu maka kata laki-laki itu iaitu nabi Al Yasa katanya “Tuan hambalah yang bernama nabi Khidir anak Malakana anak Palanga anak Tamara anak Arafayaha anak Sham anak Nuh Alayaha Al Salama?” maka sahut hamba “Ialah hamba” kemudian dari itu maka kedua itu datang menjawat tangan dengan hamba dan sukacitalah hati hamba dan hati tuan-tuan itu tetapi tiada hamba kenal akan keduanya maka hamba tanya “Siapa tuan hamba ini dan apa nama tuan hamba kedua ini?”.

Maka kata nabi Al Yasa “Bahawa hambalah Al Yasa, hamba ini daripada kaum nabi Asara Yala (Israel) adalah pada masa itu dititahkan Allaha Ta Alaya akan hamba hendak dibunuh pula akan hamba maka hamba pun larilah kepada sebuah bukit bernama Banayasa. Maka dititahkan Allaha Ta Alaya pula akan hamba pula tatkala lagi kepada mereka itu daripada tiada dikabul mereka itu mengikut agama Asalama. Maka hendak dibunuhnya pula hamba maka kata hamba “Jangan kamu bantahi daripada mendengarkan kataku. Jikalau tiada kamu mengikut agama Asalama sekali ini nescaya di binasakan Allaha Ta Alaya akan kamu sekelian”. Maka tiada juga di dengarkannya oleh mereka itu lalu hamba sumpahilah akan mereka itu dibinasakan Allaha Ta Alaya akan sekelian dan rajanya pun matilah dan anak isterinya. Adapun tatkala di bunuhnya akan nabi Jarajasana maka dititahkan Allaha Ta Alaya segala binatang yang buas memakan mereka itu hingga dilihat oleh setengahnya daripada sebab kebanyakan binatang membinasakan mereka itu daripada harimau dan badak dan beruang maka matilah sekeliannya dan segala tulang mereka itu bertambun-tambun di sana hingga datang sekarang. Kemudian dari itu maka dianugerahkan Allaha Ta Alaya pakaian yang tuan hamba lihat ini. Adalah hamba seperti malaikat dapat hamba ke langit maka terbanglah pakaian cahaya ini kemudian daripada itu maka hamba pohonkan kepada Allaha Ta Alaya maka bertemulah hamba dengan tuan hamba. Maka firman Allaha Ta Alaya pergilah engkau pada sisi mata air hayat pada tempat itulah engkau bertemu dengan dia. Tiada daripada anak Adam seorang juapun yang sampai kepada tempat itu melainkan tiga orang kamu juga. Adapun ketahuilah tuan hamba bahawa taulan tuan hamba raja Iskandar itu tiadalah diperolehnya mata air hayat itu kerana tiada dijanjikan Allaha Ta Alaya akan dia yang demikian itu melainkan pada tiga orang kita ini”.

Setelah sudah nabi Al Yasa berkata-kata demikian maka hamba Tanya “Siapa seorang saudara kita ini?” maka sahutnya “Inilah Iram anak Sham anak Nuh Alayaha Al Salama ialah yang pertama disampaikan Allaha Ta Alaya pada mata air itu maka hamba kemudian daripada hamba tuan hambalah sekarang ini. Maka ialah yang hampir kubur nabi Adam Alayaha Al Salama dengan berkat kemuliaannya” maka sahut hamba “Sungguhlah seperti kata tuan hamba itu bahawa hamba pun ada mendengar warta yang demikian itu”. Arakian maka mengucap syukurlah hamba kepada Allaha Sabahana Wa Ta Alaya lalu hamba berpeluk dengan Iram anak Sham itu. Hataya maka duduklah kami ketiga berkata-kata akan raja Iskandar masuk di dalam tirai zholamat kerana mencari seperti kehendaknya. Arakian kemudian dari itu maka kami pun mandi dan ambil air sembahyang pada mata air hayat itu maka tatkala itu ada sakit sedikit tubuh hamba maka dengan kurnia Allaha Ta Alaya afiatlah tubuh hamba pada ketika itu juga. Hataya maka sembahyanglah kami ketiga setelah sudah kami sembahyang maka kami pun duduklah hingga hari malam maka turunlah malaikat dari atas langit membawa hidangan akan kami di dalamnya tiga tangkai zibab lalu dihantarkannya di hadapan kami maka makanlah kami ketiga sambil berkata-kata. Setelah sudah kenyang kami maka dibawalah malaikat hidangan itu naik ke langit. Kemudian daripada itu maka kami pun berdirilah sembahyang pada malam itu hingga datang kepada terbit matahari maka kata hamba kepada tuan-tuan itu “Barang diketahui tuan hamba adapun tatkala raja Iskandar pergi mencari mata air hayat maka hamba akan gantinya pada segala tenteranya maka lambat ia kembali kepda tenteranya lalu hamba pergi mencari ia setelah datang hamba kemari dan telah dipertemukan Allaha Ta Alaya hamba dengan tuan hamba ini sekarang bermohonlah hamba kembali kepada segala tentera hamba”.

Arakian maka kata tuan kedua itu “Baiklah kami pun bersama-sama dengan tuan hamba” maka bangkitlah kedua tuan-tuan itu lalu berjalanlah kami di dalam dusun tepi sungai hayat itu makan buah-buahan. Maka adalah di sana barang yang ada segala buah kayu di dalam dunia ini adalah di tepi sungai hayat itu. Maka kami lihat Iblis Alayaha Al Laa’nata setelah dilihatnya akan kami maka mengharaplah dengan suaranya yang maha nyaring lalu ia pengsan. Maka segala anak cucunya pun berhimpunlah datang kepadanya. Setelah dilihatnya akan kami oleh yang tiada dapat dihisabkan maka kata mereka itu “Hai tuhan kami mengapa membinasakan diri demikian?”. Maka katanya kepada anak cucu nya “Karam segala atas kepada kami sekelian. Adalah pada hatiku bahawa ada di dalam bumi ini tiada dapat siapa menjalani dia lain daripada aku dan telah beberapa lama ku perlelahkan supaya jangan berhimpun ketiga mereka itu pada suatu tempat dan supaya jangan-jangan diperolehnya minum air hayat itu. Maka ia pun diperolehnya juga mata air hayat itu sekarang jikalau kiranya lepas ketiganya ini kepada bumi yang berisi anak Adam nescaya matilah aku dengan dukacitanya ini”. Hataya maka berkata segala anak cucunya “Adapun pada penglihat kami pun telah tertutuplah segala muka bumi ini dengan segala malaikat yang mengawal dia. Oleh kerana itulah maka kami datang kepada mu”.

Setelah di dengar Iblis kata mereka itu maka iapun terbanglah naik ke langit hampirlah ia pun sampai kelangit kemudian maka turunlah ia pula kepada kaumnya. Pada ketika itu juga dilihatnya penuh segala muka bumi ini dengan malaikat. Maka Iblis pun terbanglah pula ia kehadapannya memberi tahu kepada negeri yang besar-besar maka dilihatnya segala malaikat yang turun ke bumi itu sekelian bertanduk. Maka tanduk malaikat itu sampai ke langit maka tiadalah dapat ia terbang ke langit. Maka turun pula ia ke dalam bumi dari bawah tapak kaki kami bahawa kehendaknya membarut ke bawah tujuh petala bumi maka dilihatnya segala kaki malaikat itu terus ke bawah tujuh petala bumi. Maka hairanlah Iblis melihat peri hal yang demikian itu. Hataya maka dibesar akan dirinya hingga penuhlah daripada Masyrik datang ke Maghrib maka di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan kami ketiga dapat terbang seperti burung. Maka terbanglah kami bersama-sama dengan segala malaikat maka Iblis pun mengharaplah dengan suaranya maha nyaring ujarnya “Hai segala manusia bahawasanya Khidir dan Al Yasa dan Arama itu cucu Nuh telah dianugerahkan Allaha Ta Alaya pada ketiga mereka cahaya dirinya maka sembahlah oleh kamu ketiga mereka itu”. Maka Jabara Yala (Jibril) Alayaha Al Salama pun berkata kepada ketika itu juga “Hai segala manusia dan jin bahawasanya telah sesatlah Iblis Alayaha Al Laa’nata” maka kami ketiga pun berkata “Maha suci tuhan seru sekelian daripadanya Iblis itu”.

Maka pada ketika itu juga dititahkan Allaha Ta Alaya kepada Asarafa Yala (Israfil) palu akan Iblis dengan cokmarnya maka iapun bangkit lari pula pada pihak matahari masuk maka di usir oleh Israfil juga akan dia hingga larilah ia ke dalam Ayana Al Jamaa’ha maka terpenjaralah ia di sana empat puluh hari lamanya. Maka daripada masa itu hingga datang sekarang tiadalah Iblis hampir kepada kami ketiga ini.


Setelah demikian itu kami masuklah ke dalam zholamat berjalan di dalam kelam itu hingga datang kamilah kepada kamu ini setelah itulah hikayatnya. Maka di dengar segala raja-raja dan menteri hulubalang dan a’lama dan hakama peri cerita nabi Khidir demikian itu maka sukacitalah hati mereka itu dan dikucup sekelian mereka itu akan tangan nabi Al Yasa dan Arama dan sukacitalah masing-masing mohonkan doa daripada nabi Al Yasa dan Arama akan dirinya mereka itu maka mintalah keduanya. Maka kata raja Radhoya dan raja Salama kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha sekarang di mana tuan kita raja Iskandar itu adakah dikembalikan Allaha Ta Alaya kepada segala tenteranya”. Maka sahut nabi Al Yasa “Ana Shaa Allaha Ta Alaya tiga hari lagi pada hari yang keempatnya datanglah raja Iskandar kepada sekelian akan yang seperti kehendaknya itu tiadalah diperolehnya”. Setelah di dengar mereka itu kata nabi Al Yasa maka sukacitalah hati mereka itu.

Sebermula tatkala bercerai raja Iskandar daripada tenteranya maka berjalanlah dia di dalam zholamat itu sehari maka pada hari yang kedua diperlihatkan Allaha Ta Alaya akan baginda dengan sebuah mahligai terlalu amat tinggi seolah-olah sampai kepada langit dan bumi. Maka di hampiri baginda pada mahligai itu daripada manikam yang amat merah dan keluar suatu suara dari dalam mahligai itu di dengar baginda mengata “Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha”. Maka dilihat baginda kekiri dan kekanan tiada dilihatnya suatu juapun. Hataya maka di dengarnya pula suara atas mahligai itu demikian bunyinya “Hai raja Iskandar, angkat kepalamu supaya melihat kebesaran Allaha Ta Alaya” maka diangkat baginda kepalanya melihat ke atas maka dilihatnya seekor burung yang kecil bertangkar diatas mahligai itu. Maka ujar baginda “Hai burung engkaukah yang berkata tadi?” maka sahutnya “Bahkan hambalah yang berkata itu”. Maka kata baginda “Hai burung berapa lama engkau diam di sini?” maka sahut burung itu “Adapun tatkala sudah dijadikan Allaha Ta Alaya akan hamba dijadikannyalah hamba duduk disini di dalam sebuah negeri yang seribu kotanya dan dalam sebuah kota itu seribu rumah, di dalam seribu rumah itu dipenuhinya dengan biji sawi akan makanan hamba. Maka hamba makanlah biji sawi itu pada sehari sebiji hingga habislah biji sawi itu. Kemudian dari itu maka di jadikan Allaha Ta Alaya, nabi Adam Alayaha Al Salama setelah sudah jadi Adam maka disuruh Allaha Ta Alaya hamba duduk di mahligai ini dan dianugerahkan Allaha Ta Alaya makanan hamba menyebut kalimah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha maka tiadalah hamba merasai lapar selagi hamba menyebut kalimah ini. Sebermula siapa engkau ini dan sebagaimana engkau sampai kemari ini. Adapun selama hamba di jadikan Allaha tiada pernah hamba lihat seorang anak Adam yang sampai ke mari”. Maka kata raja Iskandar “Hai burung bahawa akulah yang bernama raja Iskandar anak raja Darab, Rom bangsaku, Makaduniah nama negeriku telah diserahkan Allaha Ta Alaya kepada aku kerajaan di muka bumi ini maka sekarang masuklah aku kepada tirai zholamat ini kerana aku mencari mata air hayat tetapi belum lagi aku peroleh akan dia. Hai burung adakah engkau kenal Mahamada Rasawala Allaha itu bukankah ia daripada bangsa Arab tetapi belum lagi ia keluar ke dalam dunia ini. Betapa kiranya engkau sebut namanya”. Maka sahut burung itu “Demikian di suruhkan Allaha Ta Alaya aku mengatakan kata itu daripada kemuliaan itulah jadi makananku dan minumanku selama-lamanya ini dan tersurat segala namanya pada pintu langit dan pintu syurga”. Hataya maka katanya burung itu pada raja Iskandar “Hai raja adakah anak Adam pada masa ini naik saksi mereka itu keesaan Allaha Ta Alaya?”. Maka sahut raja Iskandar “Bahkan bahawasanya berhaturlah segala makhluk pada zaman ini akan keesaan Allaha Ta Alaya pada segala tempat yang sudah hamba lalui itu” maka kata burung itu “Telah beroleh kebajikanlah mereka itu sekelian. Hai raja Iskandar masuklah tuan hamba ke dalam mahligai ini supaya dilihat raja di dalamnya terlalu indah-indah yang tak dapat dilihat oleh seorang juapun daripada segala manusia”.

Maka bagindapun turunlah dari atas kenderaannya, diikatnya kenderaannya itu pada halaqah mahligai itu. Hataya maka masuklah baginda ke dalam mahligai itu dilihatnya pintu mahligai itu daripada manikam yang merah dan dindingnya pun daripada manikam yang berbagai-bagai warnanya seperti cahaya matahari tetapi tiada hangatnya seperti panas matahari dan segala hamparannya itu daripada kain Sanadasana Wasatabaraqo yang hijau dan merah dan kuning. Maka berjalanlah ia hingga datang kepada sama tengah mahligai itu maka tiba-tiba dilihatnya ada seorang orang muda terlalu amat elok rupanya lagi amat harum baunya berdiri sebelah kaki kanan ke hadapan dan kaki kiri ke belakang dan dan matanya melihat keatas langit tiada berkejab. Maka hampirlah baginda ke sana maka dilihat sampai kepalanya ke atas tujuh petala langit, kakinya terus kebawah tujuh petala bumi. Maka seramlah roma baginda dan gentar hatinya tetapi ditetapkan juga hatinya hingga datang ia kesisinya. Maka baginda pun memberi salam kepadanya maka disahut orang muda itu serta katanya “Hai raja Iskandar, telah ghorarlah engkau dengan kebesaran dunia ini. Jikalau dihidupkan Allaha Ta Alaya berpuluh-puluh ribu tahun sekalipun yang mati itu tiada dilepas daripadanya seperti firman Allaha Kala Nafasa Zaaqota Al Mawata ertinya tiap-tiap yang bernafas itu merasai mati tiada dapat tiada yang demikian itu. Jikalau kiranya lepas seorang daripada mati nescaya dilepas akan Allaha Ta Alaya nabi yang tiada kemudian daripadanya. Ialah mahkota segala nabi kekasih tuhan Raba Al Alamayana maka itupun dirasainya sakit mati. Hai raja pelihara akan dirimu daripada kejahatan dunia dan ambil olehmu bekal kerana matimu. Bahawa hari kiamat itu hampirlah datangnya tak dapat tiada lagi engkau ketahui balasnya segala perbuatan itu”.

Maka kata raja Iskandar “Hai hamba Allaha terlalu baik nasihatmu ini. Barang kiranya tuan hamba dengan kata yang baik supaya hamba ingatkan akan dia”. Maka kata malaikat itu “Hai raja jua perbuat malulah engkau kepada tuhanmu seperti malu engkau kepada sama sendirimu dan berlajar engkau daripada ilmu yang membawa dikau ke dalam syurga dan jauhkan olehmu segala pengetahuan yang jahil. Hai raja bahawasanya telah akan datangnya umat yang dikasih Allaha Ta Alaya”. Maka kata raja Iskandar “Hai orang muda umat siapa yang dikasih Allaha Ta Alaya itu?” maka sahut malaikat itu “Umat Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama ialah yang terlebih daripada segala umat nabi yang lain dengan kemuliaannya pada akhir zaman dan lagi umat itu jadi saksi segala umat yang terdahulu daripadanya. Hai raja Iskandar bahawasanya pada hari kiamat tiap-tiap segala makhluk telah bernaunglah mereka itu di bawah panji-panji Mahamada yang bernama Alafa Al Hamada. Hai raja jangan engkau tilik kejahatan manusia dan segala yang di hadapannya hendaklah engkau tilik dirimu. Hai raja jangan engkau haruskan barang yang tiada di harus Allaha Ta Alaya itu maka tiada seorang manusia dan jin masuk syurga dengan tiada takut akan Allaha dan alpa ia daripada dosa dan sukanya engkau ingatkan daripada kejahatan seksa api neraka. Adapun yang masuk syurga itu bagi segala hamba Allaha Ta Alaya yang takut akan dia juga maka barangsiapa tiada takut akan Allaha Ta Alaya dan lupa ia akan bala yang lagi akan datang kepadanya. Maka bahawasanya neraka jahanam itulah akan tempatnya. Hai raja bahawasanya yang terlebih takut akan Allaha Ta Alaya daripada segala makhluk ini iaitu nabi Mahamada Sholaya Allaha Wa Salama yang lagi akan datang segala nabi yang dahulu daripadanya maka diperlihatkan balas ketakutannya dan berkata ia jikalau di timbang takut nabi Mahamada Rasawala Allaha itu akan tuhannya dengan segala nabi yang dahulu daripadanya itu adalah seperti berat emas yang dua puluh mutu dengan tembaga dan jikalau ditimbang takut daripada seorang nabi yang dahulu-dahulu daripadanya dengan takut segala mukmin yang khas nescaya adalah seperti umpama berat tembaga dengan batu atau emas tanah yang kering. Hai raja takut olehmu akan Allaha Ta Alaya kebajikan engkau kepada segala makhluk dan sebut olehmu nama tuhanmu dengan sebut yang amat banyak. Bahawasanya ia juga yang amat hampir kepadamu. Adapun akan api neraka itu dijadikan Allaha Ta Alaya akan tempat segala orang yang tiada takut ia akannya”.

Kata Sahaba Al Hikayat setelah di dengar raja Iskandar kata malaikat demikian itu maka ia menangis yang amat sangat. Hataya maka bertanya raja Iskandar “Hai orang muda siapa tuan hamba ini?” maka ujarnya malaikat itu “Hai raja akulah Asarafa Yala (Israfil) yang dititahkan Allaha Ta Alaya memegang sangkakala inilah ia pada tanganku ini. Apabila hari kiamat maka ku tiuplah sangka ini maka pada ketika itu matilah isi bumi dan isi tujuh petala langit melainkan delapan orang kami jua yang tiada mati pertama Jibril dan Mikail dan Izrail dan aku dan empat orang malaikat yang menanggung arash kemudian daripada itu maka kami sekelian pun mati juga. Maka fanalah dunia ini seperti firman Allaha Ta Alaya pada Luh Mahfuz Kala Mana Alayaha Faana Wa Yabaghoya Wa Jarayaka Za Al Jalala Wa Al Akarama tiap-tiap barang yang bernyawa itu lagi akan fana juga. Adapun erti fana itu ghaib dan ghaib itu kembali kepada asalnya yang tiada ada sekali seperti adanya dahulu. Maka yang tinggal itu ada berdiri Allaha Sabahana Wa Ta Alaya yang empunya kebesaran dan kemuliaan. Setelah itu maka fanalah segala suatu itu empat puluh tahun lamanya maka pada ketika itulah firman Allaha Lamana Al Malaka Al Yawama Allaha Al Wahada Al Qohara ertinya bagi siapa juga kerajaan pada hari ini maka firmannya dengan sendiri pula bagi Allaha yang amat murkanya segala hambanya yang derhakakannya. Setelah sampailah pada empat puluh tahun maka di hidupkan Allaha Ta Alaya akan hamba dan maka disuruhnya hamba tiup pula sangkakala itu sekali maka tatkala itu berdirilah segala makhluk di atas bumi itu sekali lagi maka tatkala itu berdirilah bumi yang rata tiada tinggi tiada rendah atas bumi itu seperti sekarang ini. Maka pada ketika itu pekerjaan yang amat besar” lalu Israfil pun menangis.

Setelah didengar raja kata Israfil demikian itu dan dilihatnya ia menangis air matanya seperti akan karamlah dunia ini pada penglihat raja Iskandar maka raja Iskandar pun menangislah katanya “Hai malaikat yang maqorabin kepada tuhannya manakala akan datang hari kiamat itu?” maka sahut Israfil “Hai raja Iskandar siapa mengetahui ketika datangnya itu tiada hamba lihat dalam Luh Mahfuz ini barang yang tersurat di dalam Luh Mahfuz yang pihak ke bawah ini hamba ketahuilah. Maka yang pihak ke atas itu tiada siapa mengetahui dia lain daripada tuhan seru sekelian alam tetapi tersebut di dalam luh itu harinya itu pada hari Jumaat pertengahan waktu Asar. Adapun ketahuilah oleh kamu hai raja bahawasanya telah tersurat di dalam Luh Mahfuz ini adalah engkau jadi raja di dalam muka bumi ini engkau taklukkan segala raja-raja yang di dalam dunia ini barang yang bertemu dengan dikau dan engkau lihatlah kekayaan Allaha Ta Alaya daripada yang indah-indah hingga datanglah engkau pada tempat ini. Maka tiada dikurnia Allaha Ta Alaya kepada seorang jua pun dahulu daripada mu damn kemudian daripadanya sampai kepada tirai zholamat ini melainkan engkau juga. Mengucap syukurlah engkau akan nagarah tuhanmu akan dia kau yang demikian itu dan perlukalah hatimu bahawasanya engkau pun daripada di kasihkan Allaha Ta Alaya dan dilebihkan Allaha Ta Alaya penglihatmu daripada segala pangkat raja-raja yang sholeh di bawah tahta kerajaanmu tetapi telah pertaruhkan AllahaTa Alaya suatu amanat kepada aku disuruh berikan kepada mu”.

Maka kata baginda “Apa yang ditaruhkan Allaha Ta Alaya akan hamba itu?” maka oleh Israfil diberinya kepada raja Iskandar sebuah batu daripada manikam yang merah besar telur ayam atasnya dua masanar maka katanya “Inilah amanat yang disuruh Allaha berikan kepadamu. Maka firman Allaha Ta Alaya kembalilah engkau kepada segala tentera mu. Padalah yang sudah kau peroleh kepada tuhanmu maka lagi akan di anugerahkan dikau daripada perolehan hamba yang tiada hilang selama-lamanya”. Maka kata raja Iskandar “Hai Israfil bahawasanya oleh hamba sangat lapar selama bercerai dengan tentera hamba baharu empat hari tiada hamba beroleh makan yang mengenyangkan anggota hamba”. Maka sahut Israfil “Nantilah aku persembahkan ke hadrat Allaha Ta Alaya seperti katamu itu”. Pada ketika itu juga di dengar oleh Israfil suatu suara “Hai Israfil beri olehmu akan dia buah di dalam syurga yang ditanamkan baginya juga”. Maka oleh Israfil di ambilnya seranting zibab lalu diberinya kepada raja Iskandar “Itulah kurnia Allaha Ta Alaya akan dikau ambil di dalam syurga daripada bahagianmu juga. Jangan engkau lebihkan makanan ini di dalam dunia dan barangsiapa memakan dia tiadalah dirasanya penyakit selama hidupnya ini”. Disambut raja Iskandar tangkai zibab itu lalu dimakannya dua biji maka iapun keluar di dalam mahligai itu dan adalah baginda di dalam mahligai itu dua puluh hari kerana sangat luasnya daripada suatu tiang kepada suatu tiang sehari perjalanan pada perasaan baginda. Maka ia pun berjalanlah ke pintu mahligai itu setelah keluarlah baginda maka berkenderaan baginda lalu berjalan ia kembali kepada tenteranya mengikut jalan datang itu juga.

Maka adalah seorang tuha berjalan betul kepada raja Iskandar pura-pura tiada dilihatnya maka hairanlah hati baginda melihat orang tuha itu. Setelah dilihat baginda maka iapun memberi salam maka sahut baginda akan salamnya. Katanya “Daripada mana engkau ini hai orang tuha?” maka sahutnya “Tiada tahu aku erti katamu itu tuhanku juga yang amat mengetahui dia tetapi siapa engkau ini? Tiada pernah aku lihat seorang manusia pun berjalan pada tempat ini?”. Maka kata baginda “Akulah yang bernama raja Iskandar anak raja Darab, Rom bangsaku” maka ujar orang tuha itu “Daripada mana datangmu ini?” maka kata baginda “Daripada mahligai yang kita lihat itulah. Masuklah aku ke dalamnya maka tiada kulihat suatu juapun melainkan seorang malaikat yang bernama Israfil. Maka berkatalah ia dengan aku dan diberinya akan daku seranting zibab ini dan sebuah batu daripada manikam yang merah. Disuruh aku kembali kepada segala tenteraku’. Kata orang tuha itu “Hai raja Iskandar tiadakah sampai engkau seperti kehendakmu akan Maa Al Hayata itu. Bahawasanya tiada jauh ia daripadamu adalah engkau daripada orang yang tiada diberi Allaha Sabahana Wa Ta Alaya akan bertemu dengan mata air itu. Hai raja Iskandar maka tunjukkan apalah kepada aku buah zibab yang diberi oleh Israfil supaya hamba lihat akan dia”. Maka baginda pun amat hairanlah mendengar kata orang tuha itu manalah tahu seperti di dalam hati raja Iskandar itu. Maka kata baginda “Hai orang tuha inilah buah zibab yang diberi oleh Israfil itu makanlah olehmu akan dia”. Maka sahut orang tuha itu “Tiada dapat aku makan kerana aku puasa”. Adapun maka dikeluarkannya oleh orang tuha itu sebiji buah tahapah merah bercampur kuning warnanya, baunya seperti bau kasturi. Maka dilihat baginda akan buah kayu itu maka inginlah rasa hatinya akan dia dan citalah matanya memandang akan buah kayu itu. Maka di pinta oleh baginda kepadanya maka di berinya buah tahapah itu kepada baginda maka disambut oleh baginda diciumnya akan dia. Maka ujar baginda “Dengan izinmu ku makanlah buah kayu ini” maka kata orang tuha itu “Adapun buah kayu ini aku taruh akan hendak buka puasaku. Tetapi oleh sangat engkau berkehendak akan dia ku berilah”.

Kata Sahaba Al Hikayat setelah didengar oleh baginda kata orang tuha itu demikian maka makanlah baginda akan buah tahapah itu. Maka tatkala sudah di makan buah kayu itu maka berasa laparlah perutnya dicari buah zibab di dalam kandinya tiada berjumpa tiadalah ia diperolehnya. Maka iapun hairanlah akan dirinya maka makin sangat dukacitanya. Maka kata raja Iskandar “Laa Hawala Wa Laa Qowata Alaa Ba Allaha dan diketahuilah akan dia Iblis Alayaha Al Laa’nata maka ujar baginda kepadanya “Hai seteru Allaha mengapa pekertimu ini. Siapa engkau?” maka sahutnya “Tiadakah engkau kenal akan aku?” maka kata baginda “Tiada aku kenal akan dikau siapa engkau ini?” maka sahut Iblis “Akulah yang mengeluarkan bapamu Adam di dalam syurga”. Telah di dengar baginda katanya demikian itu maka ujarnya “Hai Iblis apa kejahatanku kepada mu maka engkau buat akan daku dan hilanglah akan ranting zibab daripada tempat perbekalanku. Tak dapat tiada engkau mengambil dia”. Maka sahut Iblis “Adapun akan bapamu Adam, apa kejahatannya akan daku melainkan daripada dengkiku juga maka jadi ia merasai kesakitan di dalam dunia ini daripada tempat yang tinggi daripadanya. Turunlah ia kepada tempat yang rendah dan daripada sukacita menjadi dukacitanya. Demikianlah engkau pun apabila dengar katamu telah dianugerah Allaha Ta Alaya kepadamu seranting zibab maka dengkilah aku akan dikau dan jikalau kiranya tiada dapat aku menipu engkau nescaya binasa hatiku hingga datang hari kiamat”. Arakian maka di sumpah oleh baginda akan Iblis itu katanya “Demi dimurka tuhan seru sekelian alam atas kepalamu. Hai Iblis mana buah zibab ku yang engkau curi daripada ku itu?” maka sahut Iblis “Telah kembalilah ia kepada tuhannya di dalam syurga oleh sebab engkau makan tahapah itu”. Hataya maka menangislah baginda dengan dukacitanya dan menyesallah ia oleh meninggalkan nabi Khidir Alayaha Al Salama.

Maka iapun berjalanlah kehendaknya mendapatkan segala tenteranya dan tinggallah Iblis pada tempat itu. Maka dukacitalah hati baginda dengan lapar dan dahaganya dan putus asalah ia daripada beroleh mata air hayat itu terlebih pula dukacitanya akan seranting buah zibab yang sudah hilang daripada tempat perbekalan itu. Setelah baginda berjalan daripada tempat itu seketika maka bertemu pula ia dengan seorang pertapaan dan ada hitam pada dahinya sedikit seolah-olahnya bekas sujud daripada sangat ibadatnya kepada Allaha Ta Alaya. Maka kata baginda “Siapa engkau laki-laki pertapaan?” maka sahut Iblis “Siapa engkau ini tiada pernah kulihat seorang manusia pun berjalan pada tempat ini”. Maka kata baginda “Ajaib sekali aku bahawasanya ku tanya akan dikau maka engkau bertanya pula pada aku. Tiadalah aku raja Iskandar anak raja Darab Rom bangsaku”. Maka sahut Iblis “Telah kau ketahuilah bahawa engkau raja Iskandar yang berkehendak akan mata air hayat maka tiada engkau peroleh seperti kehendak hatimu. Sekarang kembalilah engkau dengan dukacitamu dan ditipulah engkau di jalan itu maka hilang daripadamu seranting zibab yang diberi Israfil akan dikau itu. Maka sekarang laparlah engkau dengan dukacitalah maka roti ini akan bekal raja di jalan supaya dapat raja melalui jalan itu”. Telah didengar baginda kata orang pertapaan itu tahulah ia di dalam hatinya tiada lain yang merupakan dirinya demikian ini melainkan Iblis juga. “Kehendaknya menipu aku” maka kata baginda “Betapa tiada ku kenal akan dikau sekali maka sekarang tiada dapt kau perdaya akan sekarang engkau hendak memberi roti yang ditanganmu itu akan daku. Jikalau kiranya berkehendak aku akan makanan nescaya di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan daku jika ku berkehendak berkata yang kulihat itu menjadi emas sekalipun nescaya di jadikan oleh tuhanku”. Maka sahut Iblis Alayaha Al Laa’nata “Jikalau sungguh seperti katamu mengapa engkau mengatakan dirimu lapar?” maka ujar baginda “Bahawasanya yang hidup di dalam dunia ini tiada dapat tiada merasai lapar dan dahaga dan dukacita juga. Maka daripada sangat dengkimu akan daku jadilah duka cita hatiku dan tiada sanya aku membunuh engkau”. Maka kata Iblis “Hai raja adakah pada citamu bahawa tiada kasih engkau akan dunia ini melainkan di dalam akhirat juga yang tuntut?” maka ujar baginda “Hai seteru Allaha bahawasanya dunia ini sahaja tinggal juga melainkan negeri akhirat juga yang amat kekal dengan segala nikmatnya”. Maka kata Iblis “Jikalau demikian katamu seperti di dalam hatimu itu mengapa pula kau tinggalkan segala tenteramu di dalam zholamat itu seperti orang gila dengan dukacitanya. Maka engkau dengan seorang dirimu mencari mata air hayat di dalam hutan ini supaya jangan engkau mati tetapi telah ketahuilah bahawasanya hidup di dalam dunia ini tiada akan kekal daripada seorang juapun di dalamnya melainkan mati kesalahannya maka apa pula engkau mengikut kehendak hawa nafsumu daripada segala taulanmu yang lain iaitu ketahui olehmu hai raja bahawa dunia ini di anugerahkan Allaha Ta Alaya akan dikau di dalam akhirat”. Maka ujarnya bahawasanya “Negeri akhirat itu bagiku maka bagi mu api neraka kekallah engkau dengan segala anak cucumu di dalamnya”. Setelah itu tiadalah dapat diperdayakan raja Iskandar kehendaknya di perlalikannya akan raja Iskandar di dalam zholamat itu supaya sesat ia daripada jalan yang betul supaya tiadalah dapat ia bertemu dengan segala tenteranya. Hataya maka kata Iblis kepada raja Iskandar “Hai raja kata olehmu Laa Alaha Alaa Allaha”.

Arakian maka Iblis pun ghaiblah daripada baginda maka raja Iskandar pun berjalanlah dengan dukacitanya dan sakitlah hatinya akan Iblis kerana hilang buah zibab daripadanya itu. Hataya maka dilihat raja Iskandar seorang perempuan tuha ada pada tangannya serantai buah tasbih berdiri dihadapannya maka hairanlah hati baginda melihat dia. Maka kata perempuan itu “Siapa engkau ini tiada pernah aku melihat orang berjalan pada tempat ini”. Maka ujar baginda “Siapa engaku berdiri di jalan ku jalan ini?” maka kata perempuan itu “Akulah seorang daripada kaum Asara Yala (Israel) lamalah aku diam pada tempat ini hendak kemana engkau hai hamba Allaha tiada pernah ku lihat orang berjalan pada tempat ini melainkan daripada tempat pihak kiri itu juga”. Kata baginda “Hai iblis kepada himat hatimu bahawa tiadakah aku kenal akan dikau berbagai-bagai rupamu sekalipun aku kenal juga engkau” maka sahut Iblis “Demi Allaha hamba bukannya Iblis adalah hamba seorang perempuan yang sholeh di suruhkan Allaha Ta Alaya hamba diam pada bumi ini. Lamanya amar hamba lima ratus tahunlah tetapi tatkala raja lalu ke mahligai itupun hamba lihat juga raja tiada dilihat hamba”. Maka ujar baginda “Jangan banyak katamu undurlah engkau daripada tempat ini supaya aku berjalan” maka sahut perempuan tuha itu “Kemana raja hendak berjalan?” maka oleh baginda dipalunya dengan cemeti kudanya maka perempuan itupun melompatlah serta katanya “Hai raja Iskandar kata olehmu Laa Allaha Laa Allaha” maka kata baginda “Laa Alaha Alaa Allaha” maka Iblis itupun ghaib daripada mata raja Iskandar.

Hataya maka baginda pun berjalanlah daripada tempat itu beberapa hari hingga sampailah ia kepada segala tenteranya. Maka dilihat baginda mereka itu seperti aur karam ditengah laut maka hairanlah hatinya lalu ia berjalan perlahan-lahan. Adapun nabi Khidir dan Al Yasa dan Arama pun sudah melihat baginda daripada jauh tetapi yang melihat baginda dahulu itu anak Sham maka ujarnya kepada nabi Khidir “Itulah sahabat kita raja Iskandar telah datanglah ia” maka berdirilah segala tenteranya melihat rajanya. Setelah dilihat mereka itu nyatalah yang datang itu raja Iskandar maka sukacitalah hati mereka itu serasa sudah mati hidup pula daripada sangat sukacitanya. Maka lalu dialu-alukan oleh nabi Khidir dan Al Yasa dan Arama dan segala raja-raja menteri hulubalang kecil besar berlari-larian datang mendapatkan baginda. Maka berpeluk dan dakaplah baginda dengan nabi Khidir. Maka kata nabi Khidir kepada baginda “Inilah nabi Al Yasa dan Arama anak Sham”. Maka berjawat tanganlah baginda dengan keduanya maka kata Al Yasa “Hai raja telah mengucap syukur kami ke hadrat Allaha Ta Alaya oleh kembali raja kepada tentera raja dengan sejahteranya tetapi barang di wartakan kepada kami apa yang dilihat oleh raja pada penglihatan yang ajaib di dalam perjalanan. Hataya maka dihikayat raja Iskandar lah kepada mereka itu barang yang dilihatnya seperti yang tersebut dahulu itu. Setelah di dengar mereka itu cerita raja Iskandar maka sukacita hati mereka itu oleh sebab ditipu Iblis akan raja Iskandar dan diambilnya seranting zibab yang diberi oleh Israfil itu maka dilihat oleh nabi Khidir iaitu daripada manikam yang merah tiada dapat disifatkan cahayanya memancar-mancar seperti matahari tiada dapat dipandang nyata akan dia. Maka tatkala dilihat oleh segala a’lama dan hakama dan segala raja-raja akan peri rupa manikam itu maka hairanlah mereka itu sekelian.

Maka sabda raja Iskandar kepada nabi Khidir “Bicarakan oleh tuan hamba ketiga apa erti kehendak permata ini dan apa persoalannya maka diberi oleh Israfil akan hamba”. Maka hairanlah segala menteri mendengar sabda raja Iskandar itu hingga melihat setengah kepada setengahnya dan tiada diketahui mereka itu erti kata baginda itu. Arakian maka kata nabi Khidir “Adapun erti batu yang diberi Israfil kepada raja itu tiada hamba seorang mengetahui tetapi tuan-tuan sekelian pun tahu akan kehendak Israfil itu”. Maka tersenyumlah nabi Al Yasa ujarnya “Sungguh seperti kata tuan hamba itu baik disuruh timbangkan permata itu dengan emas”. Maka kata nabi Khidir “Pada bicara hamba pn demikian juga” lalu di suruh nabi Khidir bawa suatu neraca akan ditimbang oranglah permata itu dengan emas yang amat banyak kira-kira seratus koyan daripada besar permata itu. Maka berat juga permata itu daripada emas maka raja Iskandar pun amat hairanlah dengan segala raja-raja dan a’lama dan hakama sekelian oleh melihat permata itu. Hataya maka di buangkan oleh nabi Khidir emas itu maka katanya “Bawakan segenggam tanah pula”. Dengan takdir Allaha Ta Alaya maka beratlah tanah daripada manikam.

Kata Sahaba Al Hikayat maka hairanlah hati baginda melihat peri yang demikian itu maka sabda baginda “Ya nabi Allaha apa hal yang demikian ini?” maka sahut nabi Khidir “Hai raja, ya shah alam yang dipermuliakan Allaha Ta Alaya di dalam kedua negeri ini. Adapun kehendak Israfil memberikan raja shah akan permata itu dengan suatu ibarat maka adalah umpamanya telah di anugerahkan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya akan duli shah alam kerajaan di muka bumi ini dari masyrik datang ke maghrib maka tiada dapatkan tiada oleh shah alam yang demikian itu. Maka adalah ibaratnya kepada permata itu telah dilihat orang banyak seperti negerimu maka di timbang dengan emas berpuluh koyan besarnya pun daripadanya nescaya berat juga permata. Bahawa permata itu daripada emas kecil dan perak dengan sejahtera tanah jadi ringanlah ia. Adapun bahawasanya adalah segala manusia itu jikalau diperdaya olehnya dua puluh ratus bahara daripada emas dan perak sekalipun tiada juga diperkenanya dan tiada pernah pada penglihat matanya melainkan yang memenuhkan penglihat mata segala manusia itu denga sejemput tanah juga”. Maka sahut raja Iskandar ‘Sungguhlah kata bapa Abas itu apatah dia hamba barang yang datangkan Allaha Ta Alaya itulah hamba junjung”. Maka tiadalah berkesalahan duka cita hati raja Iskandar selama mendengar kata nabi Khidir demikian itu.

Maka kata raja Iskandar kepada nabi Khidir “Ya nabi Allaha ceritakan apalah kepada hamba tatkala tuan hamba pergi mengikut hamba maka bertemu dengan saudara hamba kedua ini”. Maka nabi Khidir pun mengatakanlah peri hikayatnya di dalam zholamat tatkala mencari raja Iskandar yang sudah kami cerita dahulu itu juga. Setelah di dengar raja Iskandar cerita nabi Khidir dan peri bertemu dengan mata air hayat itu makin sangat ia menyesal oleh tiada dibawa nabi Khidir bersama-sama dengan dia. Maka tiadalah berkesalahan sesal di dalam hatinya dan bertambahlah dukacitanya. Arakian maka sabda baginda “Ya nabi Allaha tuan hamba beri tahu segala tentera kita empat hari lagi berjalanlah kita daripada rumah emas ini”. Hataya maka disuruh nabi Khidir bentaranya memberi tahu segala raja-raja dan menteri hulubalang sekelian. Setelah sampai kepada empat hari maka berangkatlah raja Iskandar dengan segala tenteranya kembali daripada jalannya dan itu antara berapa lamanya berpuluh-puluh hari berjalan di dalam zholamat itu maka sampailah raja Iskandar kepada jalan terang hingga lalu ia ke negeri yang diperbuat Balamanasa Hakim.


Sumber: Hikayat Iskandar Zawa Al Qoranayana - Kitab ke 2

10 comments:

  1. Tuan hamba mohdhafifi,
    Hamba hanya menyampaikan kebenaran dan hamba tidak mengambil upah atau faedah dari dakwah hamba kerana segalanya yg hamba lakukan adalah kerana ALLAHA SABAHANA WA TA ALAYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ejaan Allah pun salah.. ko nak dakwah... SESAT!!!!

      ade ke.. ALLAHA SABAHANA WA TA ALAYA. apa tu???
      biar aku betulkan.. Allah Subhanahu wa taala-= ini baru betul..

      Delete
  2. ada bukti2 sejarah yang cerita2 kamu ni bukan khayalan?

    ReplyDelete
  3. Sudahkah saudara mengenal diri?

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Sungguh jauh kamu disesatkan Zaini..
    Bertaubatlah..Jangan kamu pilih jalan yang menyeleweng ini..
    Kenapa kamu berkawan dgn syaitan Zaini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terharu aku dengan kata2 mu... jauh sungguh kawan mu ini sesat... bantulah ke pangkal jalan...

      Delete
  6. Mana Dalil Qur'an dan Hadis Nabi Muhammad??? kalau tidak.. kau PENIPU!

    ReplyDelete
  7. Kau berani persendakan agama Islam... kasihan!

    ReplyDelete