Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, January 23, 2011

Bilangan Tahun-Tahun


Mengikut kitab perubatan dari kerajaan Kelantan, Bangsa Malayu mempunyai pengetahuan tentang tahun2 yang di wakili oleh binatang. Pengetahuan ini adalah turun-temurun dan apabila melalui jangka masa yang lama telah melalui perubahan dgn tahun2 binatang yang di gunakan oleh masyarakat Cina kini.

Di dalam kitab Malayu ini menyebut tahun2 tersebut bermula dengan Tikus, Lembu, Harimau, Pelanduk, Ular Besar, Ular Kecil, Kuda, Kambing, Kera, Ayam, Anjing dan Kura2.

Tahun2 binatang yang di gunakan oleh masyarakat Cina kini ialah Tikus, Lembu, Harimau, Arnab, Naga, Ular, Kuda, Kambing, Kera, Ayam, Anjing dan Babi.

Ini menunjukkan berlaku sedikit perubahan antara keduanya iaitu Pelanduk-Arnab, Ular Besar-Naga, Kura2-Babi.

Di dalam beberapa hari lagi, kita akan memasuki tahun Pelanduk-Arnab yang merupakan kitaran tahun yang ke-4 dan sifat pelanduk-arnab dikenali sebagai melompat. Hamba meramalkan akan berlaku sesuatu yang di sifatkan sebagai peralihan bagi kebanyakan manusia yang akan berlaku di tahun ini.

Selepas tahun tersebut kita akan menghadapi tahun Ular Besar-Naga. Tahun ini pasti berlaku sesuatu yang besar kerana naga di kaitkan dengan raja dan tidak hairan raja2 Malayu, Cina menggunakan lambang tersebut.

No comments:

Post a Comment