Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Wednesday, June 22, 2011

Iktikad Ahli Al Sanata Wa Al Jamaa'ta

Maka iktikad segala kaum yang sebelas itu sekelian iktikad dholalat yang jatuh kepada iktikad kafir yang zindiq. Maka sekianya atas salik yang sufi yang mahaqiq mengetahui iktikad mereka itu sekeliannya. Setelah di ketahui maka sekianya ia pelihara daripadanya dengan sempurna peliharanya supaya terpelihara ia daripada jatuh kepada kaum mereka itu.



1. Adapun mazhab kaum Habayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seseorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu dan ada ia beroleh martabat kasih akan Allaha Ta A’laya nescaya Allaha Ta A’laya mengambil dia akan kekasihnya nescaya terangkatlah daripadanya taklif syariat daripada segala yang fardhu dan segala yang haram itu nescaya jadi halallah dan segala yang difardhukan Allaha Ta A’laya itu yang haram itu nescaya jadi haruslah jua tiadalah jua fardhu. Maka adalah lagi mereka itu tiada menutup aurat mereka itu. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.



2. Adapun mazhab kaum Awalayalayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu apabila seseorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu apabila sampai ia kepada martabat wali Allaha nescaya terangkat daripadanya taklif syariat yang fardhu mengerjakan dia dan yang fardhu meninggalkan dia itu yakni tiadah suatupun atasnya daripada segala yang fardhu itu. Shahdan iktikad mereka itu dan kata mereka itu bahawa wali Allaha itu lebih martabatnya daripada nabi Allaha. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.



3. Adapun mazhab kaum Samarahayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seseorang salik sampai makrifatnya yang maktifat tamaha itu kepada wujud Allaha dan zat Allaha yang qadim itu nescaya terangkatlah daripadanya syariat yang tiada difardhu atas mengerjakan suatu daripada segala yang fardhukan Allaha Ta A’laya itu dan tiadalah fardhu atasnya menjauh sesuatu daripada segala larangan Allaha Ta A’laya itu dan iktikad mereka itu dan kata mereka itu bahawa segala perempuan sama ada perempuan yang halat atau perempuan daripada anak mereka itu sekalipun halal. Maka kata mereka itu bahawa segala perempuan umpamanya bau-bauan jua maka yang bau-bauan itu harus akan kita mencium dia dan telah ada lagi mereka itu seperti kelakuan orang yang salih. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.



4. Adapun mazhab kaum Abahayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seseorang salik yang sampai makrifatnya kepada makrifat tamaha itu maka ia itu telah bersifat wali Allaha maka yang bersifat dengan sifat wali itu nescaya tiadalah ia mengerjakan pekerjaan yang fardhu dan yang sunat daripada amara al maa’rawafa dan nahaya a’na al manakara itu hanya jika dikerjakan pun dengan tiada dikerjakannya sama jua dan iktikad mereka itu dan kata mereka itu bahawa segala harta ada harta dirinya atau harta orang lain dan segala perempuan samada perempuan darinya atau perempuan orang lain halallah padanya kerana ia telah beroleh sifat wali itu. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.



5. Adapun mazhab kaum Halayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seseorang salik sampai makrifatnya kepada makrifat tamaha itu maka hendaklah ia membawa jalan berahi kepada Allaha Ta A’laya dengan mengerjakan pekerjaan tari dan tapak. Apabila di dengarnya suatu bunyi-bunyian maka ia menggerak-gerak dirinya hingga mahu tiada menyedar dirinya maka dengan hal demikian itulah mereka itu mengata dirinya mereka itu wasil kepada Allaha Ta A’laya. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.



6. Adapun mazhab kaum Halawalayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu maka haruslah baginya memandang kepada orang yang halat yang baik paras dan kepada segala lelaki bagi yang baik paras dengan pandang syahwat dan iktikad mereka itu dan kata mereka itu bahawa sifat Allaha Ta A’laya itu turun kepada kami maka dengan sifat itulah kami beroleh wasil kepada Allaha Ta A’laya dan pekerjaan mereka itu naqoyasa tertara jua berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.


7. Adapun mazhab kaum Hawarayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu maka hendaklah mengerjakan hal mahu yang tiada menyedar dirinya itu maka pada ketika ia tiada menyedar dirinya nescaya bertemu ia dengan anak bidadari yang dalam syurga itu dan diperolehnya wati dengan anak bidadari itu pada ketika tiada menyedarnya itu maka apabila menyedar dirinya maka ia mandi junub. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq.


8. Adapun mazhab kaum Waqoa’yaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu apabila seseorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu dan kata mereka itu maka hendaklah diiktikadkannya bahawa ia tiada beroleh makrifat tamaha akan Allaha Ta A’laya dengan sebenar-benarnya makrifatnya pada martabat tajali Allaha Ta A’laya itu. Akan kata mereka itu dan iktikad mereka itu bahawa kita hamba Allaha ini yang lemah maka makrifat kita pun lemah jua tiada kita beroleh sebenar-benar makrifat akan Allaha Ta A’laya jika pada martabat tajali sekalipun maka yang bermakrifat sebenar-benar makrifat itu akan Allaha Ta A’laya jua tiada akan kita. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir zindiq itu.



9. Adapun mazhab kaum Majahalayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seseorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu maka haruslah baginya memakai pakaian segala orang fasik itu dimaksudkannya memakai pakaian fasik itu menolakkan riak dan setengah daripadanya darinya supaya tiada dikenal ia daripada orang yang khas itu. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum yang kafir yang zindiq itu.


10. Adapun mazhab kaum Matakasalayaha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu apabila seorang salik yang beroleh makrifat tamaha itu maka hendaklah ia meninggalkan usaha yang mencari rezeki, hanya usahanya datang segala pintakan diri atau kepada segala pintu rumah yang ada orang di dalamnya minta barang suatu yang hadir pada mereka itu dan hal mereka itu sentiasa berkenyang perutnya dan mengersakan tubuhnya jua maka yang dimakan dan dipakai mereka itu diperolehnya mereka itu minta itu jua dan daripada segala zakat harta yang memberi zakat kepada mereka itu. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum tang kafir yang zindiq itu.



11. Adapun mazhab kaum Al Hamayataha yang dholalat itu bahawa iktikad mereka itu dan kata mereka itu mengikut iktikad hakim dan mengikut kata mereka itu dan telah ada mereka itu mendengarkan kata segala orang bidaah dan telah ada mereka itu membaca quran. Pekerjaan mereka itu bercara ilmu dan kata mereka itu dan iktikad mereka itu bahawa quran itu menanda yang seorang hamba Allaha kepada Allaha Ta A’laya maka yang menyampaikan seorang hamba Allaha kepada Allaha Ta A’laya itu segala syair dan segala bait jua. Maka dengan berahinya membaca bait dan syair itu sampailah ia kepada Allaha Ta A’laya. Maka hal mereka itu hanya bercara segala bait dan syair hakama jua berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang beriktikad dan daripada yang berkata demikian itu supaya terpelihara kita daripada jatuh kepada kaum kafir zindiq itu. Adapun segala iktikad dan segala kata kaum yang dholalat yang sebelas itu sekelian fardhu dan wajib atas segala hamba yang salik yang sufi yang mahaqiq itu pelihara daripadanya dengan sempurna zahirnya supaya sejahtera akan Allaha Ta A’laya imannya yang pada syariatnya dan iman yang pada hakikatnya dari dunia datang ke akhirat.



Sebermula wajib dan fardhu atas pelihara dengan sempurna peliharanya daripada sekedudukan atau seperjalanan atau berkata segala kata dengan seorang daripada kaum yang sebelas kaum yang jatuh kepada dholalat itu supaya dipeliharakan Allaha Ta A’laya ia daripada jatuh iktikadnya kepada iktikad mereka itu dan daripada jatuh kata-katanya kepada kata mereka itu. Maka jatuh iktikadnya kepada suatu daripada iktikad mereka itu atau jatuh katanya kepada suatu kata mereka itu nescaya jatuhlah ia kepada kaum yang kafir yang zindiq itu. Berlindung kiranya kita kepada Allaha Ta A’laya daripada yang demikian itu dan apabila berlihat kita dengan seorang daripada segala kaum dholalat itu atau bertemu kita dengan seorang daripada mereka itu nescaya fardhu dan wajib atas kita tinggalkan dengan sempurna dengan dalil hadis nabi Mahamada Rasawala Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Mana Akhowana Sahaba Badaa’ta Amanaha Allaha Ta A’laya Yawama Al Qoyamata Mana Al Faraa’ Al Kabara ertinya barangsiapa meninggalkan orang bidaah dan orang dholalat itu nescaya disentosakan Allaha Ta A’laya ia pada hari kiamat daripada terkejut yang amat besar-besar. Wa Allaha Aa’lama.



Adapun mazhab kaum Ahli Al Sanata Wa Al Jamaa’ta yang salik, yang sufi, yang mahaqiq itu bahawasanya iktikad mereka itu dan kata mereka itu bahawa segala ditaklif syariat nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu daripada segala fardhunya dan segala sunatnya dan segala harusnya dan segala makruhnya itu fardhu dan wajib atas kita mengiktikadkan dia dan fardhu dan wajib atas kita mengerjakan dia. Maka yang fardhu itu kita iktikadkan fardhu jua dan yang sunat itu kita iktikadkan sunat jua dan yang haram itu kita iktikadkan haram jua dan yang makruh itu kita iktikadkan makruh jua. Maka yang fardhu itu fardhu jua atas kita mengerjakan dia dan yang haram itu fardhu atas kita menjauh dia dan segala iktikad kaum sebelas kaum yang dholalat itu sekelian fardhu dan wajib atas kita menjauh dia. Segala kata mereka itu sekeliannya fardhu dan wajib atas kita menjauh dia. Maka iktikad segala salik yang sufi yang mahaqiq dan kata mereka itu seperti yang dikehendaki juanya nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama Al Taa’zhoyama A’laya Amara Allaha Wa Shaa’fata A’laya Kholaqo Allaha ertinya yang berbesar atas pekerjaan Allaha dan yang syafaat akan segala makhluk Allaha maka jika dilihatnya seseorang hamba Allaha mengerjakan kerja maksiat maka ia minta doa kepada Allaha barang diampun Allaha Ta A’laya kiranya dosanya dan mengikut perangai segala soleh itu. Maka apabila berdapat mereka itu dengan perangai soleh itu maka bersegera mereka itu mengamalkan dia dan mengerjakan dia.



Maka iktikad yang benar dan yang salik dan yang sufi dan yang mahaqiq inilah iktikad yang benar dan kata yang benar dan pekerjaan yang benar dan jalan yang betul kepada Allaha Ta A’laya kerana iktikad yang demikian itu dan kata yang demikian itu dan pekerjaan yang demikian itu dan jalan yang demikian itu amal segala imam daripada segala a’lama yang kemudian daripada mereka itu. Maka mereka itu sekelian berbuat amal yang demikian itu mengikut amal nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama. Dikurnia Allaha Ta A’laya kiranya kita kepada yang demikian itu dengan sempurnanya dari dunia datang ke akhirat.



Adapun barang siapa seorang daripada hamba Allaha berlihat atau bertemu dengan seorang hamba Allaha yang salik, yang sufi, yang mahaqiq, yang beriktikad dan yang berkata seperti yang tersebut itu maka fardhu dan wajib atasnya bermulia dia dan mengasih dia dan menolong dia.



Suatu pekerjaannya itu maka barangsiapa mengasih nabi Mahamada Rasawala Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka serasa ia mengasih Allaha Ta A’laya kerana orang itu orang yang damping kepada Allaha Ta A’laya dan orang yang beroleh ampun daripada Allaha Ta A’laya dengan dalil firman Allaha Alazaya Manahaya Allaha Qolawaba Hama Lalataqowaya Lahama Maghofarata Wa Ajara A’zhoyama ertinya segala mereka itu yang dicuba Allaha Ta A’laya hati mereka itu bagi jalan berbuat takwa adakan Allaha Ta A’laya nescaya bagi mereka itu daripada ampun Allaha Ta A’laya dan pahala yang amat besar daripada Allaha Ta A’laya di akhirat. Apabila kita mengetahuinyalah dan kita kenallah martabat salik yang sufi yang mahaqiq itu sekianya atas kita mencari siapa yang ada bersifat dengan sifat yang demikian itu. Apabila berdapat kita dengan dia maka sekianya atas kita menghampiri dia dan sekedudukan dengan dia dan bermulia dia dan mengikut segala kelakuannya supaya ditolong Allaha Ta A’laya kita seperti di tolong Allaha Ta A’laya akan dia supaya kita beroleh jalan betul kepada Allaha Ta A’laya seperti ia beroleh jalan betul kepada Allaha Ta A’laya itu. Wa Allaha Aa’lama.



Sumber: Kitab Fardhu Sunat - Manuskrip Universiti Malaya

No comments:

Post a Comment