Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Wednesday, January 27, 2016

Perjanjian Nabi Allaha Adam dengan Rawana

Basama Allaha Al Rohamana Al Rohayama

Ini hikayat yang terlalu indah2 termashyur di perkatakan orang di atas angin dan di bawah angin nyata kepada segala cetera perkataan maharaja Rawana yang sepuluh kepalanya dan dua puluh tangannya. Raja itu terlalu besar ia beroleh kerajaan empat tempat negeri di anugerahkan Allaha Taa’alaya. Suatu kerajaan dalam dunia, kedua kerajaan kepada keinderaaan pada udara, ketiga tempat kerajaan dalam bumi, keempat kerajaan di dalam laut.

Sekianya itu pun tiada baik patik buangkan lamun baik bawanya warta duli syah alam sedang patik lagi dalam bicara yang di pertuan dan hamba di bawah duli syah alam baik hidup dengan nama yang baik jangan mati dengan nama jahat kerana dunia ini tiada akan sungguh jika sempurna negeri syah alam dengan nama yang baik.

Dengan seketika itu juga Rawana pun di naikkan kepada sebuah perahu maka di bawalah kepada bukit Serindib. Dengan demikian maka Rawana pun di turunkanlah kepada bukit itu lalu mengelilingi tanah bukit itu. Maka suatu makanan pun tiada di lihatnya yang dapat akan di makan maka Rawana pun mendirikan dua batang kayu. Maka di atas dua batang kayu itu di gantungkannya suatu kayu maka di tambatkannya kayu yang lain maka di sampaikannya kepada kayu yang melintang itu maka lalu di tambatkannya kayu itu di bawah kayu yang di lintangkannya itu.

Barang kali malam dari pohon petang maka di tiupnya api sudah di tiupnya maka ia naik ke atas kayu yang di dirikannya itu maka di ikatnya kakinya pada kayu yang melintang itu maka kepalanya di tunggangkannya ke tanah. Setelah terbit matahari maka ia pun turun dari atas kayu itu maka ia pergi pula mengumpulkan kayu api itu maka di tambatkannya pula seperti dahulu di bawah kayu yang di dirikannya itu. Setelah masuk matahari maka iapun naik ke atas kayu itu maka kakinya di ikatkannya kepalanya ke bawah dengan demikian dua belas tahun lamanya bertapa.Maka dengan kudrat Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya tatkala itu nabi Adam pun di turunkan Allaha Taa’alaya dari dalam syurga berapa lamanya dalam dunia.

Maka sekali persetua nabi Adam A’layaha Al Salaama berjalan2 pada waktu subuh maka tatkala itu nabi Adam A’layaha Al Salaama pun bertemu dengan Rawana bertapa itu kakinya di gantungkannya ke atas kepalanya ke bawah. Maka Adam bertanya “Hai Rawana mengapa engkau melakukan diri demikian dan berapa lama sekarang” maka sahut Rawana “Ya tuanku nabi Allaha hamba sekarang baharu dua belas tahun demikian ini”. Maka kata Adam “Hai Rawana apa jua engkau pohonkan kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka engkau menghalkan dirimu demikian ini” maka sembah Rawana “Ya tuanku nabi Allaha jikalau dapat kiranya hamba pohonkan anugerah Allaha Taa’alaya yang hamba kehendak itu maka mahu hamba persembahkan dia kepada tuan hamba”.

Maka sabda nabi Adam “Hai Rawana kau katakanlah yang kehendak hatimu kudengar mudah2an dapat kupohonkan kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya” maka kata Rawana “Ya tuanku nabi Adam yang kehendak hati hamba itu jikalau dapat kiranya hamba pohonkan empat kerajaan kepada empat tempat. Suatu kerajaan dalam dunia kedua kerajaan pada keinderaan ketiga kerajaan di dalam bumi keempat kerajaan di dalam laut”. Maka sahut Adam A’layaha Al Salaama “Hai Rawana jikalau engkau mahu berjanji2an dan teguh2 pada katamu mahu aku memohonkan kehendakmu itu kepada Allaha Taa’alaya”.

Maka sembah Rawana “Barang janji tuan hamba hamba turut tiada hamba salahi lamun kehendak hamba ini jadi hamba peroleh” maka ujar Adam A’layaha Al Salaama “Sekarang engkau di jadikan Allaha Taa’alaya raja kepada keempat negeri bukan barang2 kebesaran kau peroleh kerana itu kepada seseorang pun belum ada demikian di anugerahkan Allaha Taa’alaya baharulah kepadamu juga. Jikalau dapat engkau baik2 kerajaanmu dan ingat2 engkau menghukumkan kerana Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kerana di pinjaminya juga kerajaan itu dan periksa benar2 dan jangan engkau binasakan nam ibubapamu dan jangan kau binasakan hati rakyatmu dan teguh2 negerimu dengan kelengkapan dan segala senjatamu dan kasihi segala rakyatmu dengan hukum sebenarnya dan jangan kau kerjakan barang yang di larangkan Allaha Taa’alaya.

Sekarang engkau hendaklah berjanji engkau dengan aku apabila kau perbuat pekerjaan yang salah atau rakyatmu berbuat pekerjaan yang salau kau perkenankan dan tiada engkau hukumkan dengan hukum sebenarnya dengan segala itu juga engkau di binasakan Allaha Taa’alaya. Jika engkau mahu berjanji demikian maka aku memohonkan kehendakmu itu kepada Allaha kerana raja2 dunia semuanya raja pinjaman. Jangan kamu berbesar diri kerana kerajaan kamu dan kebesaran kamu semuanya pinjaman belaka. Jangan kamu seperti aku inilah keluar dari dalam syurga sebab tiada menurut titah tuhanku dan melalui firmannya”.

Maka sembah Rawana “Jikalau hamba kerajaan demikian di anugerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya maka hamba perbuat segala perbuatan yang salah atau hamba turut pekerjaan rakyat hamba yang salah atau perbuatan anak cucu hamba yang salah hamba benarkan  di binasakan Allaha pulang hamba dengan seribu kutuk”. Setelah sudah Rawana berjanji dengan Adam berteguh2an katanya maka Adam pun memohonkan kurnia rahmat kepada Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya. Dengan seketika itu juga di anugerahkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya kerajaan akan Rawana pdaa empat tempat barang ada segala raja2 dalam keempat tempat itu semuanya dalam hukumnya maka Rawana pun melakukan hukumnya pada negeri.

Setelah itu maka Rawana pun beristeri mengambil anak raja dalam keinderaan itu nama puteri itu Nila Utama maka beberapa lamanya maka puteri itu pun bunting. Datang kepada masanya akan beranak maka jadilah anak maharaja Rawana seorang laki2 terlalu baik rupanya dan maha besar panjang sekali maka di namai maharaja Rawana Indera Cita. Apabila anak raja itu amarah maka keluar kepalanya tiga dan tangannya enam. Setelah datang umurnya kepada dua belas tahun usianya maka anaknya itu pun di rajakan oleh maharaja Rawana pada negeri keinderaan.

Sudah itu maka maharaja Rawana pun masuk ke dalam bumi maka jadi raja ia dalam bumi maka segala raja jin dan syaitan dalam bumi itu semuanya dalam hukumnya. Maka maharaja Rawana beristeri mengambil anak raja dalam bumi bernama puteri Pertiwi Dewi dengan demikian berapa lamanya maka beranak seorang laki2 anaknya itu terlalu elok rupanya lagi gagah maka di namai anakanda itu Petala Maharayan. Maka datang kepada dua belas tahun usia Petala Maharayan maka di rajakan ayahnya dalam bumi segala raja2 di bawah petala bumi semuanya di suruhnya hukumkan oleh maharaja Rawana pun keluarlah dari dalam bumi.

Maka maharaja Rawana pun masuk ke dalam laut barang ada segala raja2 dalam laut sekelian dalam hukum maharaja Rawana maka maharaja Rawana pun mengambil anak raja dalam laut itu akan isternya namanya puteri Gangga Maha Dewi. Berapa lamanya puteri itu pun hamillah setelah genap bulannya maka beranak laki2 terlalu pahlawan rupanya maka di namai maharaja Rawana Gangga Maha Suri. Datanglah kepada dua belas tahun usiannya Gangga Maha Suri maka di rajakan maharaja Rawana anaknya itu ke dalam laut beberapa ada segala raja2 dalam laut sekeliannya di suruh maharaja Rawana hukumkan pada Gangga Maha Suri.

Maka maharaja Rawana pun keluar dari alam laut maka maharaja Rawana pun jadi rajalah dalam alam dunia sekeliannya raja2 dalam dunia dari masyrik datang ke maghrib semuanya dalam hukum maharaja Rawana. Hanya empat buat negeri juga tiada takluk kepadanya pertama negeri Indera Puri kedua negeri Berama Hasperu ketiga negeri Lekar Ketian keempat negeri Aspaha Boga.

Maka bukit Serindib itu pun di perbuat maharaja Rawana akan negeri terlalu indah2 sekali rupanya tanahnya sekelian berisi permata akan kayu kayannya nyiur dan keemasan binatang dalam hutan itu gajah. Akan isi laut itu permata sembilan bagai karang2annya mutiara dan kayu kayannya dalam laut itu pualam ikannya dalam itu ambar. Maka negeri itu di namai maharaja Rawana Langka Puri maka maharaja Rawana pun qorarlah dalam negeri Langka Puri dengan kebesarannya dan kekayaannya dengan adilnya.

Syahdan dengan murahnya barang ada segala raja2 dalam dunia itu sekelian dalam hukumnya tiada dapat melalui katanya dan kehendaknya. Yang baik di perbaikinya yang jahat di perjahatinya jikalau anak sekali pun tiadalah di ampuninya lagi demikianlah hukum maharaja Rawana dengan adilnya dan murahnya.

Sumber: Kitab Seri Rama

Saturday, January 9, 2016

Kejatuhan Kerajaan Melaka


Hataya tersebutlah perkataan raja Melaka pada suatu hari pada ketika yang senang baginda duduk semayam di adap oleh Bendahara dan Laksamana dan segala pegawai sekelian. Maka titah baginda “Ayuh Mama Bendahara dan Laksamana pada bicara kita hendak merajakan anak kita yang perempuan ini akan ganti kita jadi raja di negeri Melaka ini kerana kita pun sudah tuha”. Maka sembah Bendahara dan Laksamana “Daulat tuanku syah alam sebenarnyalah seperti titah duli yang maha mulia itu”. Maka titah baginda “Jikalau demikian segeralah Mama Bendahara dan Laksamana berlengkap kerahkan segala pegawai dan petuanan memulai berjaga2” maka sembah Bendahara dan Laksamana “Daulat tuanku mana titah patik junjung” maka di kerjakan oranglah seperti titah baginda itu.

Setelah genap empat puluh hari empat puluh malam maka puteri Gunung Ledang pun di hiasi dengan pakaian kerajaan dengan selengkapnya. Setelah sudah maka puteri Gunung Ledang pun di naikkan baginda ke atas peterana yang keemasan yang bertatahkan ratna mutu manikam berumbai2kan mutiara. Maka pedang kerajaan pun terpikul oleh anak raja2 terdiri kiri dan kanan puteri Gunung Ledang itu maka nobat tabal pun di palu oranglah tujuh kali sehari berturut2 di tabal baginda akan puteri Gunung Ledang pun di langiri baginda seperti adat raja2 bersiram naik raja. Maka nasi semangat pun di angkat oranglah ke hadapan puteri Gunung Ledang yang mengangkat hidangan itu semuanya menyandang tetapan kekuningan belaka.

Setelah sudah maka baginda pun berangkat keluar maka hidangan pun di angkatkan oranglah ke balairong beratus2 maka segala menteri hulubalang pun makanlah pada masing2 hidangannya. Setelah sudah makan maka datang pula hidangan minuman dan tambal pelbagai rupanya dan rasanya. Maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itupun di peredarkan oranglah pada segala menteri pegawai hulubalang sekelian maka minumlah sekeliannya terlalu ramai dengan tepuk tarinya.

Setelah sudah makan maka baginda pun memberi nama akan anakanda baginda dan memberi nama akan anak Bendahara yang bernama Tun Mat itu Bendahara Paduka Raja dan anak Temenggung yang bernama Tun Karim itu di gelar Temenggung Seri Seroja dan anak Laksamana yang bernama Tun Qodim itu di gelar baginda Laksamana maka semuanya masing2 dengan pakaiannya. Anak sungai dan teluk rantau seperti adat Bendahara dan Temenggung dan Laksamana itulah di kurnia baginda akan segala yang di gelar itu maka baginda pun duduk di istana suku yang memegang kerajaan puteri Gunung Ledang itu.

Bermula Bendahara dan Temenggung dan Laksamana pun demikian juga masing2 memangku akan gelaran anaknya itu. Maka tatkala itulah kota negeri Melaka di suruh baginda tebang buangkan maka di kotai dengan meriam yang besar2 di atur berkeliling negeri Melaka itu berlapis2 dengan meriam itu juga. Demikianlah negeri yang hendak di binasakan Allaha Taa’alaya itu tiada dapat segala makhluk mengetahui yang tiada patut dengan akal ahli al kira2 itu di kerjakan segala yang takbur.

Setelah sudah maka pada suatu hari baginda duudk di adap oleh Bendahara dan Temenggung dan Laksamana maka titah baginda “Hai Temenggung suruhkan memalu mang2 berkeliling negeri kita ini serta membawa emas dua talam berkeliling negeri ini. Katakan titah kita suruh tanya segala rakyat kita siapa yang bercakap di tanam raja hidup2 kerana kita hendak mendengar khabar di dalam kubur emas dua talam itulah anugerah kita akan orang itu kerana khabar di dalam dunia ini semuanya habis kita dengar. Maka yang tiada kita dengar lagi hanyalah khabar orang di dalam kubur itu maka seorang pun tiada kembali yang sudah mati itu”.

Maka Temenggung pun menyembah serta mengambil emas dua talam tu di bawanya pulang ke rumahnya seraya menyuruh orang memalu mang2 serta membawa emas itu berkeliling negeri mengatakan seperti titah raja itu tujuh hari berkeliling negeri itu. Tiada siapa2 yang bercakap di tanam seperti titah raja itu maka orang itupun kembali memberi tahu Temenggung maka Temenggung pun segera masuk mengadap di persembahkan emas dua talam itu pada raja. Maka sembah Temenggung “Daulat tuanku syah alam adapun patik di titahkan memalu momongan itu seorang pun tiada bercakap seperti titah duli yang maha mulia itu”.

Setelah baginda mendengarkan sembah Temenggung itu maka baginda pun memandang ke kiri dan ke kanan lalu berdiam dirinya. Setelah di lihat oleh Laksamana dan di dengarnya titah raja demikian itu maka Laksamana pun berdatang sembah “Daulat syah alam sembah patik sembah derhaka harapkan ampun duli syah alam di atas batu kepala patik hamba yang hina. Adapun patik menjadi hamba mengerjakan barang pekerjaan duli syah alam daripada umur patik sepuluh tahun hingga sampai pada ketika ini tiada di janjikan Allaha Taa’alaya mati dan luka.

Maka ini patik pun sudahlah tuha biarlah patik mati dengan pekerjaan duli syah alam kerana nyawa patik ini jikalau ada seribu sekalipun dengan tulus ikhlas hati patik persembahkan ke bawah duli yang di pertuan. Usahkan duli syah alam mencahari orang yang lain siapatah yang bercakap hendak mati itu jadi sia2lah sahaja di dengar oleh segala khalayak yang banyak titah syah alam itu Ana Shaa Allaha Taa’alaya biarlah patik kerjakan seperti kehendak hati duli yang di pertuan itu”. Setelah baginda mendengar sembah Laksamana demikian maka baginda pun terlalu sukacita seraya bertitah “Manakalatah Laksamana hendak kerjakan seperti kata Laksamana itu kerana kita hendak pergi bersama2 Laksamana pada tempat yang di tanam itu kita hendak melihat sendiri”.

Maka sembah Laksamana “Daulat tuanku mana titah patik junjung tetapi patik pohonkan ke bawah duli syah alam bertangguh tiga hari lagi tetapi patik pohonkan duli yang di pertuan mengadapi sendiri tatkala patik akan di tanam itu. Tatkala patik gerakkan suatu tali alamat itu maka hendaklah duli syah alam suruh orang segera gali bangat2”. Maka titah baginda “Baiklah mana kata Laksamana kita ikut” maka baginda pun berangkat masuk maka Laksamana pun menyembah lalu kembali ke rumahnya. Maka khabar Laksamana hendak di tanam oleh raja itu mahsyurlah rata negeri Melaka itu maka sekelian orang datanglah berhimpun hendak melihat Laksamana di tanam oleh raja itu.

Arakian maka datanglah kepada tiga harinya maka Laksamana pun menyuruh isterinya berbuat apam tiga buah. Setelah masak apam itu maka Laksamana pun makanlah apam itu dua buah maka yang sebuah lagi itu daripada sedikit di makan oleh Laksamana maka yang lebih itu di masukkan oleh Laksamana di dalam tangan bajunya. Maka tatkala itu biduanda kecil pun datang memanggil Laksamana di suruh oleh raja kerana baginda sudah berangkat dengan Bendahara dan menteri pegawai sekelian rakyat hina dina menanti Laksamana pada tempat yang hendak di tanam itu maka Laksamana pun turunlah daripada rumahnya lalu berjalan di iringkan oleh biduanda kecil itu.

Setelah Laksamana sampai keluar pintunya maka datang seorang darwis serta ia memberi salam akan Laksamana katanya “Al Salaama A’laya Kama ya orang kaya Laksamana beri apalah akan hamba barang yang ada pada orang kaya bawa itu”. Maka sahut Laksamana salamnya darwis itu katanya “Wa A’layaka Al Salaama ya tuan hamba suatu pun tiada perhamba hanyalah ada pada hamba bawa ini sebuah apam ini pun sudahlah hamba makan sedikit”. Maka kata darwis itu “Baiklah barang yang di beri Allaha hamba syukurkanlah kerana hamba sangat kelaparan” maka apam itupun di berikan Laksamana pada darwis itu lalu di makannya maka Laksamana pun berjalanlah segera2 ia pergi pada raja.

Setelah sampai pada tempat kubur orang itu Laksamana pun masuk di dalam orang banyak itu. Setelah raja melihat Laksamana datang itu maka titah raja “Marilah kita menanti dari tadi” maka Laksamana duduk menyembah. Maka tatkala itu liang pun sudah sedia di gali orang maka Laksamana pun di bungkus orang seperti adat mengapan orang mati sungguh rupanya. Setelah sudah maka di masukkan oranglah tubuhnya ke dalam keranda lalu di turunkan ke dalam liang. Maka di bubuh suatu tali pada tangan Laksamana hujungnya tali itu pun di bawanya ke atas tebing liang itu maka keranda itupun di kambuskan oranglah di penuh tanah seperti adat menguburkan orang mati.

Setelah sudah maka datanglah seorang imam besar mentalqinkan setelah segala orang banyak pun di halaukan raja keluar raja seorang juga yang duduk memegang hujung tali. Maka di nanti2 oleh baginda suatu pun tiada alamatnya maka baginda pun balik berjalan baharu tujuh langkah maka baginda pun melihat ke belakang. Maka di lihat baginda tali itupun bergeraklah maka baginda pun segera memanggil sekelian orang berhimpun mengorek bangat2. Setelah pegawai keranda itu nyata pada mata orang sekelian maka di suruh raja buka tudung keranda itu maka di lihat oleh baginda pada tubuh Laksamana seurat benang pun tiada yang ada pada tangan Laksamana itu hanyalah belanga besi yang sumbing sebiji.

Maka raja pun segera menyampakkan kain pada Laksamana maka Laksamana pun di bawa oranglah naik ke atas tebing liang itu lalu duduk menyembah pada kaki raja. Maka titah raja “Hai Laksamana kemana perginya kain di bungkus pada tubuh Laksamana itu” maka sembah Laksamana “Daulat tuanku adapun tatkala berbunyi kaki orang berjalan kembali itu kira2 tujuh langkah maka datanglah gunung api dua buah terlalu besar dengan hebatnya bernyala2 menyambar2 pada tubuh patik. Bunga api itu maka patik pun tahanlah dengan belanga besi itu maka sebelah yang sumbing itulah masuk bunga api itu sedikit lalu di makannya kain yang di bungkus pada tubuh patik itu”.

Maka titah raja “Di mana Laksamana boleh belanga besi itu” maka sembah Laksamana “Patik tiada periksalah tatkala datang gung api dua buah itu sekonyong2 adalah belanga besi itu pada tangan patik”. Maka baginda pun berangkatlah kembali ke istana dengan sukacitanya kerana melihat Laksamana itu selamat maka bertukarlah menjadi duka pula sebab melihat dan mendengar hal Laksamana tatkala di tanam itu. Maka baginda pun sangat fikir dan insaf akan dirinya maka titah baginda pada puteri Gunung Ledang “Hai anakku dan buah hatiku cahaya mataku. Adapun emas ayahanda dua buah gedung ini ayahanda tinggalkan anakanda suatu gedung. Yang sebuah itu ayahanda pintalah pada tuan akan bekal ayahanda bawa ke akhirat kerana dunia itu dari fana ayahanda pun sudah tuha melainkan ayahanda hendak berbuat amal sementara ada hayat sehari dua ini tinggallah tuan baik2 peliharakan segala menteri pegawai dan rakyat tuan itu”.

Maka sembah puteri Gunung Ledang “Daulat tuanku mana titah patik junjung sedang tubuh patik lagi dalam perintah duli syah alam ini pula emas dan perak itu akan patik tahan seperti maksud tuanku itu”. Setelah baginda mendengar sembah anakanda baginda demikian itu maka baginda pun terlalu sukacita seraya berbangkit keluar menyuruh memanggil penghulu gedung maka penghulu itupun segeralah dating. Maka titah baginda “Segeralah kamu keluarkan emasku di dalam gedung itu bawa kehadapanku ini” maka penghulu gedung itupun menyembah lalu kembali mengerahkan segala temannya mengangkat emas dalam gedung itu di bawanya persembah kepada raja.

Setelah baginda melihat emas itu sudah hadir bertambun2 beribu2 bahara emas di hadapan baginda maka baginda bertitah pada Temenggung suruh palu mang2 berkeliling negeri kita ini di hulu dan di hilir suruh berhimpun masuk kecil besar hina dina maka di kerjakan oranglah seperti titah itu. Setelah genap tujuh hari Temenggung memalu momongan itu maka berhimpunlah segala rakyat hina dina masuk ke dalam pagar balairong itu. Maka emas itupun di suruhnya sedekahkan oleh baginda pada biduanda empat puluh itu hamburkan pada segala rakyat sekelian datuk2 fakir dan miskin ratalah habis boleh segala rakyat dalam negeri Melaka itu sampai habis pada segala teluk rantau dan anak sungai dan jajahan yang takluk ke Melaka itu seorang jua pun tiadalah hilat lagi daripada laki2 dan perempuan daripada kecil dan besar semuanya habis menerima sedekah daripada raja itu.

Bermula membahagi sedekah itu empat puluh hari lamanya maka emas segedung itupun habislah di sedekahkan oleh raja maka segala rakyat fakir dan miskin dalam negeri Melaka itupun semuanya menjadi kayalah sekeliannya. Maka segala yang menerima sedekah raja itu pun semuanya menadahkan tangannya minta doa akan raja itu datang kepada anak cucu baginda itu menjadi raja dan bertambah2 kebesaran dan kemuliaan datang kepada akhir zaman.

Syahdan maka Bendahara dan Temenggung dan Laksamana pun bermohon pada raja pergi berbuat tempat duduk khalwat. Adapun Bendahara duduk di tanjung Keling dan Temenggung duduk di tanjung Tuan dan Laksamana duduk di tanjung Jugra. Adapun di atas bukit Jugra itulah di perbuat suatu dokoh tempat berkhalwat maka Laksamana pun duduk di bukit itu dua orang dengan gurunya. Adapun guru Laksamana itu orang Peranakan Khujarat maka ia itu orang haji turun dari haji maka lalu ia ke bandar Aceh maka datang ia ke Melaka maka ia pun bermuridkan Laksamana.

Maka tuan sheikh itulah yang bersama2 dengan Laksamana duduk di bukit Jugra itu mengerjakan amar Allaha siang malam terlalu keras tiadalah lagi Laksamana itu ingatkan pekerjaan dunia melainkan shuhudnya pada Allaha Taa’alaya semata2. Maka apabila perahu berlayar di laut tanjung Jugra itu hingga sejauh2 mana pun melainkan membuangkan seligi sebilah dan peluru sebutir memasang bedil dan menikam seligi memberi hormat akan Laksamana dan tuan sheikh itu maka seligi dan peluru itupun bertambun2lah pada tempat itu sampai kepada akhir zaman datang sekarang ini pun demikianlah di perbuat orang segala yang lalu di laut itu.

Apabila tiada di perbuat seperti itu adalah keteduhan angin tiadalah boleh berlayar turun ribut yang amat keras. Demikianlah di anugerah Allaha Taa’alaya seseorang hambanya yang di letakkan tanda kemuliaan dan keramat itu maka tiadalah tersebut perkataan Laksamana dan Bendahara dan Temenggung khalwat itu Wa Al Laha Aa’lama Ba Al Showaaba.                                

Syahdan maka tersebutlah perkataan raja Melaka tatkala sudah pergi Bendahara dan Temenggung dan Laksamana berkhalwat itu maka baginda pun turunlah di atas kerajaannya dengan seorang dirinya melakukan seorang darwis. Maka raja pun berjalanlah segenap kampong dan dusun lalu mudik ke hulu negeri siang malam tiada berhenti lagi berjalan itu maka raja pun lintaslah pada suatu padang yang maka luas maka pada ketika itu matahari pun tengah rambang dan panas pun sangatlah maka raja pun sangatlah kelaparan dan dahaganya.

Maka dengan takdir Allaha Taa’alaya maka raja pun bertemu dengan suatu kebun timun orang buahnya pun terlalu banyak. Maka segera di hampiri raja Melaka lalu di pegangnya pagar timun itu serta di mintanya pada tuannya yang menunggu timun itu maka di beri oleh tuannya sebutir. Maka raja pun segera mengambil timun itu lalu di keratnya makan habis sekerat maka yang lebih sekerat itu di galasnya maka raja pun berjalan di tengah padang itu sambil menggalas timun sekerat itu. Maka takdir Allaha Taa’alaya maka datang nabi Allaha Khidir merupakan seorang2 muda lalu berselisih jalan dengan raja Melaka itu.

Maka kata orang muda itu “Al Salaama A’laya Kama ya bapaku” maka di sahut raja itu demikian katanya “Wa A’laya Kama Salaama ia anakku”. Maka kata orang muda itu “Hai bapaku apa tuan hamba galas itu” maka sahut raja “Timun hamba galas ini”. Maka kata orang itu “Bukan timun yang bapaku galas itu tengkorak orang juga” maka kata raja dengan mastahafnya “Timun juga hamba galas itu”. Maka kata orang muda itu tiga kali berturut2 “Bukan timun tengkorak juga tuan hamba galas itu” maka raja pun terlalulah hairan hatinya akan orang muda itu.

Maka galas timun itupun di hempaskannya ke tanah oleh raja lalu di bukanya beri orang muda itu lihat. Maka takdir Allaha Taa’alaya timun sekerat itupun menjadi tengkorak orang maka orang muda itupun ghaiblah dan raja pun pengsanlah tiada khabarkan dirinya. Maka raja pun mimpi dalam pengsan itu suatu suara kedengaran pada raja demikian bunyinya “Hai raja Melaka manatah katamu hendak mematikan dirimu menjadi darwis meninggalkan kerajaanmu adakah syarat demikian itu. Adapun syarat darwis itu ada makan ia makan lamun tiada syukurlah ia kepada Allaha Taa’alaya maka ini lebih engkau makan engkau bawa pula timun sekerat itu”.

Maka raja pun jagalah daripada pengsan itu lalu berjalan pula tiadalah berhenti lagi barang sedikit di anugerah Allaha Taa’alaya kakinya berjalan itu dengan sangat ia insaf akan dirinya makin bertambah2 syukur ia kepada Allaha Taa’alaya. Maka tiadalah tersebut lagi perkataan raja Melaka berjalan itu tiada ketahuanlah pergi sekonyong2 ghaib dalam berjalan itulah tiada kedengaranlah wartanya.

Sebermula peninggalan raja Melaka sudah ghaib itu maka puteri Gunung Ledang pun tetaplah di atas kerajaannya dengan adilnya dan murahnya akan segala rakyat dan dagang santeri yang pergi itu tefahasnya. Maka negeri Melaka itupun sentosalah makin bertambah2 ramainya dengan sebab Bendahara dan Temenggung dan Laksamana memeliharakan negeri itu maka dagang dan santeri pun banyaklah pergi datang berniaga pada negeri itu. Maka sekonyong2 dengan kehendak Allaha Taa’alaya atas negeri Melaka maka datang sebuah kapal Peringgi di negeri Manila membawa dagangan terlalu banyak berniaga ke negeri Melaka itu. Maka kapitan kepada itupun naik ia mengadap Bendahara Paduka Raja membawa persembah terlalu banyak berlaksa2 emas pada seorang.

Bermula Temenggung dan Laksamana dan puteri Gunung Ledang pun di bawanya demikian juga maka kata kapitan itu kepada Bendahara hendak minta duduk sebuah gedung di halaman pintu gerbang negeri Melaka itu. Maka di bicarakan oleh Bendahara dengan Temenggung dan Laksamana dengan segala menteri pegawai sekelian tiada di berinya duduk berbuat gedung itu sekadar di berinya berniaga di kapal sahaja. Setelah sudah ia berniaga maka kapal Peringgi itupun berlayarlah kembali ke negeri Portugal maka datanglah pada tahun yang ke hadapan maka mari pula sebuah kapal terlalu besar datang dari negeri Portugal.

Adapun kapitan Peringgi itu Peringgi yang lain pula datang itu membawa emas dan perak dan senjata terlalu banyak tiadalah muat dagangan yang lain lagi melainkan penuh kapal itu dengan ubat pelurunya dan di muatnya batu pegawai gedung itu juga mustaib sudah sedia. Maka kapitan Peringgi itu pun naiklah mengadap puteri Gunung Ledang membawa persembah berpuluh2 bahara emas dan perak memohonkan beli tanah sebidang belulang kambing sahaja katanya akan tempat duduk berniaga di darat. Maka titah puteri Gunung Ledang “Baiklah berapa kamu hendak beri harga tanah sebidang belulang itu aku hendak harganya pun sebidang belulang juga” tambunnya riyal itu tingginya pun demikian juga. Maka kapitan Peringgi itu “Baiklah patik sembahkan seperti kehendak raja itu” maka kata kapitan kapal itupun menyuruhkan kelasinya turun ke kapal mengambil riyal di bawanya naik di persembahkan pada raja bertambun2. 

Bermula Bendahara dan Temenggung dan Laksamana segala pegawai dan menteri pun berbicaralah maka katanya “Baiklah kita persembahkan pada raja jangan di beri kerana Peringgi orang jahat”. Maka kata seorang pula “Biarlah apa hendak jadi sangat tanah sebidang belulang itu” maka dengan demikian riyalnya bertambun2 itupun di terima oleh rajalah di masukkan ke dalam gedung. Setelah sudah kapitan Peringgi itupun mohonlah pada raja dan Bendahara lalu turun ke kapalnya melarik belulang sebidang belulang itu di jadikan tali dan menyuruh kelasinya berangkat batu segala perkakasan pegawai gedung itu di tambunnya pada bumi di hadapan pintu gerbang negeri Melaka itu.

Maka kapitan pun naiklah ke darat membawa tali belulang itu di tariknya empat persegi tanah itu sehabis2 tali belulang sebidang itu di perbuatnya sebuah gedung terlalu besar dan tingginya terlalu kukuh gedung itu di perbuatnya lubang meriam tujuh lapis. Maka dalam berbuat itu Bendahara dan Temenggung Laksamana pun berbicaralah menyembahkan raja suruh orang pergi tahani jangan di buat gedung itu kerana luas sangat tanahnya kerana janji raja dengan kapitan sekadar sebidang belulang juga luasnya yang di beri raja itu.

Maka berapa2 kali pun di suruh larang oleh Bendahara dan Temenggung tiadalah di dengarnya di perbuat juga bersungguh2 serta katanya kapitan Peringgi itu “Hamba beli pada raja habis perak hamba beratus bahara. Janji raja dengan hamba sebidang belulang luasnya maka ini pun belulang sebidang itulah hamba jadikan tali”. Dengan demikian maka gedung itupun sudahlah di perbuatnya mustaib dengan selengkapnya maka orang Melaka pun tiadalah di endahkannya lagi akan Peringgi itu di biarnyalah berbuat gedung itu ikut sekehendak hatinya.

Setelah sudah maka di bawa naiknyalah segala perkakas dan ubat peluru penuh dalam gedung itu ia mengatakan tunga itu tempat isi beras di bawanya naik. Maka orang Melaka pun tiadalah khabarkan dirinya lagi gholib dengan berniaga di laut kerana dagangan yang di bawanya itu terlalu indah2. Maka pada ketika sunyi waktu tengah malam dan dinihari maka Peringgi itupun menaikkanlah segala meriam yang besar2 di dalam kapal itu habis di bawanya naik di masukkan gedung itu lalu di aturnya habis meriam itu segenap lubang bedil berkeliling gedung itu tujuh lapis.

Maka meriam itu di isinya ubat peluru tiga2 butir peluru sepucuk meriam itu maka pada waktu tengah malam senyap orang tidur habis. Maka kapitan itupun menyuruh segala kelasinya memasang meriam itu habis kesemuanya daripada waktu malam hingga naik matahari. Maka segala rumah dan pagar dan balai dan jambatan orang Melaka itupun habislah di terbangkan oleh peluru meriam itu. Maka kapal Peringgi di negeri Manila dan Portugal pun datanglah empat puluh buah membantu temannya. Maka orang Melaka pun terkejut terlalu huru hara beribu2 yang mati dan luka kena bedil dan peluru kena pegawai rumahnya ada yang kena pegawai jambatan dengan demikian orang Melaka yang berketi2 banyaknya itu habislah lari membawa dirinya ke hulu Melaka pecah belah tiada lagi berketahuan perginya.

Adapun rumah orang Melaka yang di luar negeri yang hampir jajahan negeri Melaka itu sekira2 setengah hari pelayaran jauhnya tiada lagi berputusan dan berselang. Jikalau kucing berjalan di atas rebungan rumah orang Melaka itu tiada lagi turun ke tanah demikianlah perinya kebanyakan rakyatnya dan saudagar dan orang kaya2 dan nakhoda di dalam negeri. Maka tatkala itu puteri Gunung Ledang lari ke hulu Melaka dengan segala dayang2 perwaranya maka segala harta orang Melaka pun habislah tinggal boleh ke Peringgi itu. Semuanya yang lari itu tiadalah ia ingat hendak membawa hartanya lagi melainkan kata2 hendak melepaskan tubuhnya juga kerana pada waktu terkejut itu semuanya di dalam tidur tengah nyedar terbanyak pula lepas tubuh sahaja tiada berkain pada tubuhnya itu.

Bermula puteri Gunung Ledang lari itu sekira2 sepuluh hari perjalanan jauhnya di negeri Melaka itu maka puteri Gunung Ledang pun jatuh ke dalam hutan rimba yang amat besar hampir dengan negeri batak. Maka di ambil oleh segala menteri banyak itu di rajakan puteri Gunung Ledang itu di dalam negeri batak maka tiadalah tersebut lagi perkataan puteri Gunung Ledang itu hingga datang sekarang. Sebermula raja Melaka dan Bendahara Paduka Raja dan Temenggung dan Laksamana duduk berkhalwat di atas bukit tanjung Jugra itu pun tiadalah tersebut lagi entah mati entah ghaib tiadalah siapa2 yang mengetahui dia melainkan Allaha Sabahaanaha Wa Taa’alaya jua yang mengetahui khabarnya pun tiada kedengaran segala makhluk.

Syahdan Bendahara Tun Mat dan Temenggung Tun Kerma dan Laksamana Tun Qodim dengan segala menteri pegawai orang besar2 Melaka tatkala sudah selesai daripada lari musuh Peringgi itu maka ia pun menghimpunkan segala rakyat barang yang ada itu di bawanya berjalan bersama2. Bermula berjalan itu lantas ke hujung tanah yang bernama Jauhar (Johor) maka iapun berbicaralah sama sendirinya lagi pergi ke Bentan mengadap sultan Ahmad. Maka titah sultan Ahmad suruh Bendahara Tun Mat sekeliannya itu kembali pergi duduk ke hujung tanah itu berbuat negeri dan suruh mengimpunkan segala rakyat yang pecah belah itu lalu berbuat negeri.

Setelah sudah negeri itu maka di namai negeri Johor Daaro Al Aa’laama maka sultan Ahmad pun pindahlah di Bentan itu dengan segala rakyatnya pergi duduk ke negeri itu. Maka keturunan Melaka itu jatuh kepada orang Johorlah datang sekarang ini maka negeri Melaka itupun boleh ke Peringgilah. Maka di perbuatnya kota batu hitam berkeliling bukit itu maka di labarnya dengan kapur gemerlapan cahayanya seperti kapas terbusar. Berapa lamanya Peringgi duduk di negeri Melaka itu sekonyong2 datang kapal Belanda menyerang negeri Melaka itu pula maka di lawannya oleh segala Peringgi tiadalah berapa2 lekat peluru yang besar pada leburan kapur kota Melaka itu.

Maka di bedilnya dari laut oleh Belanda itu maka tiada juga di endahkan oleh Peringgi itu maka oleh orang Belanda pergi minta bantu orang Johor pula lalu berjanjilah orang Johor dengan orang Belanda. “Apabila alah Peringgi itu boleh negeri Melaka itu akan orang Belanda hendak berkasih kasihanlah orang Belanda tiada lagi hendak mendatangkan khianat kepada orang Johor” maka janji itu di surat taruh oleh raja Johor di tempanya emas di titiknya seperti kertas maka kertas emas itulah di pahat suratnya janji itu.

Setelah sudah maka di pahat pula cap raja Johor suatu dan di pahat cap tanda orang besar2 Belanda suatu maka surat itu datang kepada datuk paduka raja Johor ada menaruh surat pada kertas emas itu. Maka janji itupun terikat datang sekarang ini tiada terubah maka orang Johor pun pergilah bantu Belanda itu menyerang Peringgi di negeri Melaka itu. Datuk Paduka Raja akan panglimanya maka segala orang Peringgi itu pun habislah lari berhimpun masuk ke daalam kota Melaka itu tiada boleh keluar lagi di tunggu berkeliling kota Melaka itu oleh orang Belanda dan orang Johor.

Maka di lawannya di dalam kota oleh Peringgi itu terlalu ramai pada masa itu gemuruh bunyi bedil dan gegak gempita bunyi tempik segala hulubalang dan rakyat sekelian. Maka berapa2 kali di langgarnya kota Melaka itu tiada juga alah maka datuk Paduka Raja pun menyuruh orangnya berbuat tangga dan sigi itu. Setelah sudah di perbuatnya maka pada ketika yang baik pada waktu dinihari maka di langgarnyalah kota Melaka itu lalu di sandarnya tangga dan sigi itu pada kota. Maka di panjatnya naik beberapa ratus orang Johor dan orang Belanda serta dengan datuk Paduka Raja memanjat kota itu bercawat bulat.

Maka Peringgi yang duduk itu tiadalah taksir lagi memarang dengan pedang dan shamsarnya dan memanah dan membedil ada yang memalu dengan kayu besi dan ada yang memalu dengan pahat besi berduri seperti durian ada yang melontar dengan batu. Maka banyaklah orang Johor dan orang Belanda mati pada ketika itu maka datuk Paduka Raja pun tiadalah khabarkan dirinya lagi lalu bercawat bulat di panjatnya kota Melaka itu dengan pedang bertelanjang seorang sebilah. Maka datuk Paduka Raja pun lepaslah masuk ke dalam kota itu kira2 ada tiga puluh orang sahaja lain daripada itu semuanya habis mati yang lepas itu semuanya lari.

Maka datuk Paduka Raja pun mengamuklah dalam negeri Melaka itu memarang dengan pedangnya dan segala orang yang sertanya tiga puluh itu. Seketika juga maka Peringgi itupun habis mati yang ada hidup semuanya habis lari terbit keluar kota maka di turut bunuh oleh segala orang yang di luar itu habis mati semuanya Peringgi itu. Maka negeri Melaka pun alahlah bolehlah akan orang Belanda datang sekarang inilah maka terlalulah banyak orang Belanda dan orang Johor beroleh rampasan itu tiada terkira2 lagi bedil senjata dan harta bertambun2.

Maka harta dan senjata yang di peroleh itu semuanya di bahagi dua orang Belanda dan orang Johor maka terlebih juga di ambil oleh orang Johor. Maka orang Johor pun kembalilah dengan kemenangannya membawa harta senjata itu terlalu banyak. Maka sebab janji itu tiada di ambilnya negeri dengan segala anak sungainya itu oleh Belanda yang duduk di Melaka dan Jaya Ketara itu sampai sekarang inilah tiada tersebut ceteranya negeri Melaka itu tetaplah di perintahkan oleh orang Johor dan Belanda itu.

Maka Tun Tuah pun tiada tersebut lagi di dalam negeri itu tetapi si Tuah tiada mati kerana si Tuah itu ia hulubalang besar lagi ia menjadi Wali Allaha. Maka sekarang ini khabarnya Tun Tuah ada di pucuk hulu sungai Perak ia duduk menjadi raja segala batak dan orang hutan. Maka sekarang pun ada bertemu dengan orang maka di tanya orang itu katanya “Tuanku mahu beristeri” maka katanya “Tiadalah hamba mahu beristeri lagi”. Demikianlah perintah hikayat Hang Tuah itu. Tamat.  

Sumber: Kitab Hang Tuah 
Manuskrip British Library & Universiti Malaya 

                                                                                                                         

Thursday, December 3, 2015

Maharaja Buma (Sebahagian kisah Mahabarata)

Al kisah ini hikayat maharaja Buma di negeri Percu Tekasan. Ada seorang dalang bernama Amngukerat Negara di karangnyalah hikayat bahasa Keling Cenda namanya kepada Bahasa Jawa Kekawin namanya pada Bahasa Melayu Hikayat namanya demikian mulanya. Sekali persetua Betara Berahama berkata2 akan peri kesaktian keduanya Betara Berahama itu menjadi suatu cahaya tingginya seyujana dan besarnya seyujana. Maka kata Betara Bisnu pada Betara Berahama “Bagaimana kesudahan cahaya ini” maka kata Betara Berahama “Mari kita panah”. Maka Betara Berahama pun memanah dengan panahnya adapun Betara Bisnu melontarkan cakeranya maka cahaya itupun putus sekerat lalu naik ke udara sekerat dan sekerat masuk ke dalam bumi sekerat. Maka cakera Batera Bisnu dan panah Betara Berahama keduanya kembali keduanya.

Setelah itu maka kata Betara Bisnu kepada Betara Berahama “Apa gerangan kesudahan cahaya itu dan apa gerangan jadinya” maka kata Betara Berahama pada Betara Bisnu “Lihatlah oleh adinda ke atas udara itu maka beta lihat yang di bawah bumi itu” dan Betara Berahama pun terbanglah ke udara maka Betara Bisnu pun pergi ke dalam bumi. Maka di lihat oleh Betara Berahama pada kesudahan cahaya itu maka keluar mata air tiga tempat maka menjadi laut. Maka Betara pun menjadikan dirinya bali besarnya seperti gunung maka di sangkarnya tanah itu lalu masuk kira2 seyujana dalam cahaya itu pun rebah.

Maka di lihat oleh Betara Bisnu cahaya itu terang maka dalam cahaya itu sebuah istana terlalu amat besarnya. Maka Betara Bisnu pun menjadikan dirinya raksasa amat besar panjang maka iapun berdiri berpeluk berhadap pada istana. Seorang perempuan bernama Betari Pertawai seorang raksasa naik naik ke istananya itu maka Betari Pertawai pun turun lari. Maka di usir oleh Betara Bisnu lalu di tangkapnya di bawanya ke istana ke dalam tempat peraduan maka Dewa Bisnu dan Dewi Pertawai pun tidurlah.

Maka dengan sekali itu Dewi Pertawai pun buntinglah maka kata Betara Bisnu pada Dewi Pertawai “Hamba hendak kembali jikalau anakanda ini jadi kelak akan bunga tanjung Qodarani ini berikan pada anakanda itu nama bunyi ini Bijaya Mala” maka segala kesaktian bunga itu pun habislah di katakan pada Betari Pertawai itu. Hataya maka Betara Bisnu pun keluar dari dalam bumi mendapatkan Betara Berahama maka segala halnya itu habis semuanya di katakan pada Betara Berahama. Hataya maka Betara Bisnu dan Betara Berahama pun masing2 pulang kembali ke kayangan. Adapun kayangan Betara Bisnu sebelah utara dan kayangan Betara Berahama sebelah selatan.

Sebermula akan Betari Pertawai bunting itu lamanya seribu tahun. Hataya maka Betari Pertawai pun beranaklah seorang laki2 besarnya seperti budak lima tahun usianya dan segala darah itu semuanya menjadi raksasa. Maka oleh Betari Pertawai budah itu di buangkannya ke semuanya maka bertemu dengan Betara Berahama. Maka di ambil oleh Betara Berahama akan budak itu dengan uri tembuninya dan segala darahnya maka Betara Berahama pun tahulah bahawa budak ini anak Betara Bisnu. Maka segera di ambilnya budak itu lalu di mandikan maka pada ketika itu juga budak itupun besarlah seperti umur orang dua puluh tahun usianya.

Setelah itu maka di namai oleh Betara Berahama budak itu maharaja Buma dan segala darah yang menjadi raksasa itupun semuanya di namakannya seorang Patih Medar namanya dan seorang Patih Nesnada namanya dan seorang Dati Tara namanya dan seorang Pencakar namanya dan seorang Sang Air Angkasa namanya dan seorang Penakas namanya. Maka segala raksasa itu seyuCana itu semuanya dengan alat senjatanya maka antara berapa lamanya maka maharaja Buma pun besarlah. Maka di ajarkan oleh Betara Berahama akan maharaja itu segala kesaktian dengan pelbagai kesaktian sekelian di ajarkan Betara Berahama akan maharaja itu.

Maka Betara Bisnu pun datang maka kata Betara Bisnu kepada Betara Berahama “Siapa orang muda ini” maka sahut Betara Berahama “Inilah anak tuan hamba dengan Betari Pertawai”. Maka suruh Betara Berahama maharaja menyembah kaki Betara Bisnu pun memeluk mencium anaknya dan di anugerah baginda bagai2 kesaktian. Maka kata Betara Berahama kepada Betara Bisnu “Adapun barang di ketahui oleh kekanda akan anakanda ini menjadi raja besarlah di dalam dunia ini. Syahdan lagi amat gagah berani tiada berlawan dalam alam ini. Segala indera dan dewa2 pun takut akan dia jika ia mati jatuh ke tanah hidup pula melainkan tuan hamba juga yang dapat membunuh dia terlalu amat besar kerajaannya dan banyak raja2 di bawahnya” maka Betara Bisnu pun diam mendengar kata Betara Berahama itu.

Maka sembah maharaja Buma pada Betara Bisnu dan Betara Berahama “Patik pohonkan negeri akan tempat patik tuanku” maka titah Betara Bisnu “Adapun akan negeri itu daripada gagah beranimulah engkau beroleh kerajaan dalam dunia. Jika engkau hendak keluar dari dalam bumi ini maka pergilah engkau bermohon pada bondamu”. Maka Betara Bisnu dan Betara Berahama pun kembalilah masing2 pada kayangannya maka maharaja pun pergi mengadap bondanya. Maka segera di tegur oleh bondanya “Datang anakku” maka sembah maharaja Buma pada bondanya “Tuanku patik hendak bermohon keluar ke dunia” maka oleh bonda di anugerahnya selengkap pakaian dan makota bercahaya2 gilang gemilang.

Telah sudah maharaja Buma memakai yang di anugerah oleh bondanya bunga tanjung itu maka titah bondanya pada maharaja Buma “Bunga Bijaya Mala namanya anugerah paduka ayahanda Betara Bisnu akan anakanda. Adapun kesaktian bunga ini jikalau seratus kali anakanda mati berperang hidup pula jikalau ada orang mati akan senjata sapukan bunga ini tiga kali nescaya hidup pula” maka oleh maharaja Buma di ambilnya bunga itu di taruhnya dalam makotanya. Maka Buma terus ke tengah laut maka baginda naik ke atas belakang gajah mina. Maka di bawanya maharaja Buma itu ke darat maka segala menteri dan rakyat semuanya keluar dari dalam laut lalu naik ke darat.

Setelah maharaja Buma sampai ke tepi laut maka baginda pun turun dari belakang gajah mina itu duduk di atas batu maka gajah mina itupun kembali ke dalam laut. Maka segala menteri rakyat baginda pun turun dari udara berdiri di pantai itu. Maka di lihat oleh maharaja Buma dari atas karang karangan itu Betara Berawan dengan isterinya bermain2 di tepi laut itu mengambil karang karangan maka oleh maharaja Buma di dapatkannya dengan segala menteri dan rakyatnya. Setelah di lihat oleh Betara Berawan dan segala bedidari raksasa banyak datang itu maka segala bedidari pun gemparlah berlarian2 mengambil baju anta kesuma.

Setelah di lihat oleh Betara Berawan maka Betara Berawan pun segera naik ke atas kenaikannya baginda itu Wilmana namanya. Adapun Wilmana raksasa sayapnya panca logam maka Betara Berawan pun terlalu amat hairan melihat raksasa itu banyak datang itu. Maka iapun menampar tangannya seraya bertempik maka maharaja Buma pun datang ke hadapan Betara Berawan. Maka Betara Berawan pun mengunus senjatanya pedang tajam lima hastanya hendak di tikamnya kepada maharaja Buma.

Maka kata maharaja Buma “Sabar dahulu jangan tuan hamba marah siapa nama tuan hamba” maka kata Betara Berawan “Akulah bernama Betara Berawan engkau siapa dan apa nama tuan hamba”. Maka kata maharaja Buma “Akulah bernama maharaja Buma anak Betara Bisnu. Bondaku bernama Betari Pertawai” maka kata Betara Berawan “Jika demikian ayahanda Betara Bisnu itu saudara hamba. Akan tuan hamba anaklah kepada hamba”. Maka Betara Berawan segera turun dari atas kenaikannya baginda lalu memeluk mencium maharaja Buma pun menyembah kaki Betara Berawan. Maka titah Betara Berawan “Anugerah akan anakanda Wilmana ini”.

Setelah itu maka Betara Berawan dan bedidari itupun naiklah ke atas udara maka maharaja Buma pun naik ke atas Wilmana lalu terbanglah ke udara di iringkan oleh segala menterinya dan rakyat baginda pun sampailah ke negeri Percu Tekasan namanya raja dalam negeri itu maharaja Dati Sura terlalu gagah berani dan nama mangkubuminya Patih Aria Keriwa. Adapun akan raja itu manusia mangkubuminya dan rakyatnya raksasa dua puluh yuCana banyaknya rakyat. Maka titah maharaja Buma kepada Wilmana “Negeri mana ini dan siapa nama rajanya” maka sembah Wilmana itu “Ya tuanku inilah nama negeri Percu Tekasan maharaja Dati Sura nama rajanya. Adapun akan raja itu manusia segala menteri dan rakyatnya daripada raksasa Aria Keriwa nama mangkubuminya.

Maka titah maharaja Buma “Boleh aku turun ke dalam negeri itu” maka Wilmana pun turunlah dari udara ke dalam kota istana maharaja Dati Sura kepada seketika itu di adap oleh mangkubumi dan segala rakyatnya baginda itu. Maka di lihatnya raksasa banyak turun dari udara maka maharaja Dati Sura pun terkejut maka kata maharaja Sura kepada maharaja Buma “Siapa nama tuan hamba dan dari mana datang tuan hamba”. Maka sahut maharaja Buma “Hambalah anak Betara Bisnu. Hamba datang ini hendak akan negeri tuan hamba ini” maka sahut maharaja Dati Sura dengan marahnya “Jika sudah aku mati oleh engkau mana kehendak engkau perbuatkanlah negeri ini” sambil mengunus senjatanya temin.

Maka sahut maharaja Bumi “Marilah kita berperang sama seorang” maka maharaja Buma pun berperanglah dengan maharaja Dati Sura itu. Maka kedua pihak rakyat berdiri melihat rajanya berperang itu maka kedua pihak raja itu sama mengeluarkan kesaktian. Maka maharaja Dati Sura pun memanah kena senjata di tangan maharaja Buma terbang melayang tiada berketahuan. Maka maharaja Buma pun marah mengambil gadanya besi terjun dari atas Wilmananya maka maharaja Dati Sura pun ingat memegang gadanya lalu berpalukan gada. Antara lama tiada berkenalan maka tercedera maharaja Buma maka di palunya dengan gadanya oleh marah Dati Sura kena tengkok maharaja Buma lali.

Seketika maka ia ingat akan dirinya lalu di usirnya maharaja Dati Sura di rebutnya gadanya maka lalu di hempaskannya maharaja Dati Sura ke tanah. Maka kata maharaja Buma “Hai maharaja Dati Sura mahukah engkau hidup” maka kata maharaja Dati Sura “Hidupilah hamba akan negeri ini dengan isinya dan segala rakyat persembahan hambalah ke bawah duli tuan hamba”. Maka oleh maharaja Buma di lepaskan maharaja Dati Sura pun keluar dari negeri itu pergi ke negeri Langkapuri pada maharaja Bibi Sanam. Dengan mangkubuminya dan segala rakyat maharaja Dati Sura pun datang menyembah maharaja Buma mohonkan demikian sembahnya “Patik sekelian memohonkan nyawa”.

Maka titah maharaja pada Aria Keriwa “Adapun segala rakyat kita semuanya pada tuan hamba juga dan tuan hamba kita dudukkan di bawah mangkubumi kita Patih” maka sembah Aria Keriwa “Baiklah tuanku patik ini hamba mana titah patik junjung”. Maka di lihat oleh maharaja Buma negeri itu terlalu amat baik ada sebuah istana emas dan sebuah bukit emas dan hampir itu ada parit berkeliling dalam parit itu pelbagai bunga tanjung merah dan tanjung putih dan tanjung biru dan tanjung hijau dan seroja dan telipok dan ikan pelbagai di dalamnya.

Maka pada tepi parit itu pagar bagai pohon kayu emas di perbuatnya buahnya daripada permata akarnya gading emas bepermata melilit pohonnya kayu itu terlalu baik rupanya dan batangnya perak dan tembaga suasa pada kaki bukit itu pelbagai rupa balai emas dan perak dan ada balai tembaga suasa dan balai permata dan puspa ragam tempat segala dayang2 bermain. Pada empat penjuru bukit itu di perbuatnya batu emas bepermata tingginya berpangkat2 maka daripada batu emas itu keluar mata air empat biji panjuran gemuruh bunyinya di atas batu emas itu di perbuatnya buahan pandan emas bunganya daripada panca warna buahnya mutiara tiada lagi kelihatan itu mutiara itu di belit oleh akar karang itu manikam. Maka bunga karang itu tersembak2 di atas pohon pandang itu barang kali angin bertiup maka bergeraklah karang itu bercahaya2 berkilat rupanya.

Dayang bermain itu yang menunggu bukit itu telalu baik parasnya seperti bidadari maka di lihat maharaja Buma segala dayang2 itu bermain2 pada bukit emas itu yang hampir manikam gunung warna tubuhnya warna samalah dan yang himpun manikam hijau maka hijau warna tubuhnya seperti warna bunga tanjung hijau yang hampir manikam merah itu maka merahlah warna tubuhnya seperti bunga raya maka yang hampir intan itu pelbagai warna tubuhnya merah putih kuning biru berkilat2 tubuhnya seperti manikam akan cahaya matahari. Maka maharaja Buma pun jadi rajalah dalam negeri Percu Tekasan itu maka oleh baginda Patih Medar di jadikan mangkubumi dan Patih Nesnada dan Sang Pencakar di jadikan menteri dan Dari Tara dan Sang Perlemba dan Sang Air Angkasa di jadikan baginda hulubalang.

Maka maharaja Buma dan Patih Medar dan Aria Keriwa dengan segala hulubalang pun makan minum bersuka2an maka maharaja Buma pun bertitah kepada Patih Medar dan pada Aria Keriwa “Himpunkan segala rakyat di dalam negeri ini dan segala rakyat maharaja Buma”. Setelah sudah berhimpun maka Patih Medar dan Patih Keriwa dan segala hulubalang rakyat sekelian hina dina pun masuk mengadap maharaja Buma. Maka segala emas dan perak dan segala permata di dalam istana itu di bahagi tiga akan segala menteri hulubalang dan segala rakyat sebahagi tinggal dalam istana itu.

Maka maharaja Buma pada Patih Medar “Perbuatkan kita istana pada bukit emas itu bertatahkan ratna mutu manikam kemuncaknya manikam yang merah di dalam istana itu tiadalah kelam lagi seperti siang daripada cahaya permata2 dan manikam itu” maka oleh Patih Mendar di kerjakannya seperti titah raja Buma. Setelah sudah mahligai itu maka maharaja Buma pun memberi anugerah akan Patih Medar selengkap pakaian.

Al kisah maka tersebutlah pada perkataan Betara Bisnu dan Betara Berahama bermain2 di gunung Tunan melihat bunga Naga Sari maka bunga itupun luruh. Maka oleh Betara Bisnu kaki bunga itu di pujanya baginda maka bunga itupun jadilah seorang laki2 terlalu baik parasnya maka oleh Betara Bisnu di namanya Sang Derma Dewa. Maka oleh Betara Berahama sari bunga itu di pujanya jadi seorang perempuan terlalu baik parasnya maka di namakannya Dewi Derma Dewi. Setelah sudah maka Betara Bisnu dan Betara Berahama pun kembalilah keinderaan peninggal Betara Bisnu dan Betara Berahama itu maka Sang Derma Dewa dan Dewi Derma Dewi pun terlalu amat berkasih kasihan.

Setelah berapa lamanya maka tersebutlah pada perkataan Betara Bisnu hendak menjelma menjadi Betara Kesna maka Betara Bisnu pun singgah di gunung Tunan. Tatkala itu Sang Derma Dewa pun meriba kepala Dewi Derma Dewi tidur maka titah Betara Bisnu pada Sang Derma Dewa “Mari anakanda pergi sama kita”. Maka sembah Sang Derma Dewa “Baiklah tuanku kemudianlah patik mendapatkan tuanku” maka Betara Bisnu pun pergilah menjelma menjadi Betara Kesna raja di negeri Derawat Perua. Maka baginda pun beristeri tiga orang seorang bernama Dewi Rakmin dan seorang bernama Dewi Jambu Wati dan seorang bernama Dewi Siti Buma maka isteri baginda Betara Kesna bernama Dewi Jambu Wati itupun hamillah.

Maka tersebutlah perkataan Sang Dewa Derma di gunung Tunan pada suatu hari Dewi Derma Dewi tidur maka Sang Derma Dewa pun teringatlah akan janjinya dengan Betara Kesna. Maka Sang Derma Dewa pun menangis maka di ambilnya pucuk lontar maka di suratnya maka iapun makan sirih maka sepahnya dan suratnya di tinggalkannya Dewi Derma Dewi. Maka Sang Derma Dewa pun pergilah menjelma pada isteri Betara Kesna yang bernama Dewi Jambu Wati itu. Setelah genap bulannya maka Dewi Jambu Wati pun berputeralah seorang laki2 terlalu baik rupanya tiada berbagai dalam dunia ini. Maka oleh Betara Kesna anakanda baginda di namai Sang Semba di peliharakan dengan sepertinya adat anak raja besar2.

Maka tersebutlah pada perkataan Dewi Derma Dewi lagi tidur di gunung Tunan. Setelah ia bangun daripada tidurnya maka di lihat suaminya tiada maka Dewi Derma Dewi pun melihat ke kiri dan ke kanan. Maka di dapatinya surat dan sepah di dalam puannya maka di ambilnya surat itu di bacanya demikian bunyinya “Janganlah tuan berosak hati dan bercinta akan kekanda ini kerana kekanda ini di bawa oleh Betara Bisnu pergi menjelma. Jikalau ada anak Betara Kesna bernama Sang Semba itulah beta”.

Setelah sudah Dewi Derma Dewi membaca surat itu maka iapun terlalu sangat menangis maka katanya dalam tangisnya itu “Apa mulanya maka aku di tinggalkan sedang tidur dan mengapa kekanda pergi tiada memberi tahu aku. Jikalau rambutku terurai siapa lagi akan menyanggul dia. Jika kainku tergelongsor siapa akan membaiki dia dan manatah janji kekanda hendak mati bersama2 dengan aku”. Setelah sudah demikian katanya maka pada hatinya “Apa sudahnya aku dengan menangis ini” maka di perbuatnya sebuah balai bunga seribu bunga di perbuatnya itu. Setelah balai itu sudah di perbuatnnya maka di perbuatnya gambar dirinya maka di bubuhnya di atas balai gadang itu maka di ambilnya sepah Sang Derma Dewa itu dari dalam puannya. Maka sepahnya itu di susuknya dengan tangannya kedua maka sepah itupun menjadi api maka Dewi Derma Dewi pun menceburkan ke dalam dirinya ke dalam api itu maka iapun matilah.

Maka tersebutlah perkataan ada seorang raja di negeri Sura Negara maharaja Janaka namanya maka isterinya pun bunting maka Dewi Derma Dewi pun menjelma kepada isteri raja Janaka itu namanya Derasad. Setelah genap bulannya maka isteri maharaja Janaka pun beranaklah seorang perempuan terlalu amat baik parasnya maka di namai baginda Dewi Cana Wati. Maka mahsyurlah pada segala alam dunia ini bahawa anak maharaja Janaka terlalu amat terlalu amat baik paras tiada terbagai dalam dunia ini eloknya.

Al kisah maka tersebutlah perkataan maharaja Buma di adap oleh Patih Medar dan Patih Aria Keriwa dan sekelian pegawai hulubalang. Maka titah maharaja Buma pada Sang Aria Keriwa “Siapa ada raja2 beranak perempuan yang baik parasnya” maka Aria Keriwa pun menyembah katanya “Ya tuanku ada seorang raja maharaja Janaka namanya Sura Negara nama negerinya itulah ada beranak perempuan terlalu amat baik parasnya”. Maka maharaja Buma memberi titah pada Patih Medar “Pergilah tuan hamba ke negeri Sura Negara pada maharaja Janaka katakan kita hendak anak baginda itu” maka sembah Patih Medar “Baiklah tuanku”.

Maka oleh maharaja Buma di ambilnya emas secepar dan permata secembul di berikan pada Patih Medar maka titah maharaja Buma “Inilah kiriman aku kepada maharaja Janaka dan katakan oleh tuan hamba apa kehendak baginda kita usahakan. Syahdan kebesaran kita pun katakan pada baginda itu mudah mudahan mahu di beri anaknya akan kita”. Maka Patih Medar pun menyembah lalu bermohon berjalan keluar kota maka Patih Medar pun naik gajah di iringkan segala rakyatnya menuju jalan ke negeri Sura Negara. Adapun akan maharaja Janaka itu menterinya empat orang seorang bernama Sana Menteri dan seorang namanya Senda Menteri dan seorang Semara namanya seorang Jaya Pati namanya.

Setelah Patih Medar datang keluar negeri Sura Negara maka di lihat oleh rakyat maharaja Janaka rakyat raksasa banyak datang. Maka iapun bertanya “Dari mana tuan hamba sekelian datang” maka sahut raksasa itu “Kami rakyat Patih Medar di titahkan maharaja mengadap maharaja Janaka”. Maka rakyat Janaka pun segera memberi tahu Sana Menteri dan Senda Menteri dan Semara dan Jaya Pati maka keempat menteri itu segera masuk mengadap maharaja Janaka pun keluar di adap oleh segala menteri hulubalang sekelian.

Maka sembah Sana Menteri “Ya tuanku Patih Medar mangkubumi maharaja Buma di suruhkan baginda itu mengadap tuanku” maka titah maharaja Janaka pada Jaya Pati “Pergilah tuan hamba panggil Patih Medar itu” maka Jaya Pati pun menyembah lalu pergi. Setelah Jaya Pati bertemu dengan Patih Medar maka Jaya Pati pun “Di persilakan tuan hamba masuk di panggil seri maharaja” maka Patih Medar pun berjalan masuk sama2 dengan Jaya Pati. Setelah kelihatan pintu balai maharaja Janaka maka Patih pun turun di atas gajahnya lalu masuk mengadap maharaja Janaka. Maka oleh maharaja Janaka “Patih Medar duduk bersama2 dengan Sana Menteri”.

Maka kata Patih Medar “Patik di suruhkan paduka anakanda maharaja Buma mengadap tuanku hendak menyambut paduka anakanda Dewi Cana Wati. Inilah kiriman seri maharaja Buma akan tuanku emas secepar dan permata secembul. Barang tuanku kehendak itu di beri oleh seri maharaja Buma kerana seharusnya tuanku berbuat kebaktian pada ke bawah duli yang di pertuan kerana baginda itu pada zaman ini terlalu amat besar kerajaannya. Syahdan dengan saktinya dan gagah beraninya” maka sahut maharaja Janaka “Nantilah hamba bicarakan dahulu”. Maka maharaja Janaka pun memberi persalin akan Patih Medar dengan selengkapnya pakaian dan di perjamu baginda Patih Medar dengan segala rakyatnya makan minum daging masak mentah maka terlalu suka segala rakyat raksasa itu. Maka baginda pun lalu masuk maka Patih Medar pun keluarlah di iringkan oleh Sana Menteri maka Patih Medar pun di beri tempat hampir kampungnya.

Telah hari malam maka maharaja Janaka pun duduk isteri baginda dua orang dan anak baginda Dewi Cana Wati dan pengasuhnya bernama Puspa Wati. Maka kata maharaja Janaka pada isterinya baginda “Apa bicara kita akan anak kita ini di pinang oleh maharaja Buma raja di negeri Percu Tekasan yang di suruhkan baginda itu mangkubuminya yang bernama Patih Medar” maka kata isterinya baginda “Akan maharaja Buma itu manusiakah atau raksasakah”. Maka kata maharaja Janaka “Akan maharaja Buma itu tiada kita ketahui bangsanya tetapi Patih Medar itu dengan segala rakyatnya itu raksasa juga” maka sembah Dewi Cana Wati “Wah jikalau demikian maharaja Buma itu pun raksasa juga manatah baiknya manusia berlakikan raksasa kerana raksasa itu sama raksasa juga bininya”.

Maka kata maharaja Janaka “Jikalau anakanda tiada kita beri nescaya di serangnyalah negeri kita” maka kata kepada Dewi Cana Wati “Mahukah tuan akan maharaja Buma itu”. Maka sembah Dewi Cana Wati “Daripada beta di berikan maharaja Buma itu baiklah ayahanda bunuh” maka kata maharaja Janaka pada isterinya “Jikalau seperti kata anakanda ini tiadalah kita terima pinang maharaja Buma itu barang apa kehendaknya maharaja Buma adalah kita”. Setelah hari siang maka Sana Menteri dan Senda Menteri dan Semara Menteri dan Jaya Pati maka keempatnya masuk mengadap dengan segala hulubalang maka maharaja Janaka pun keluar di adap orang. Maka titah maharaja Janaka pada Sana Menteri “Apa bicara kita akan pekerjaan ini kerana anak kita tiada mahu akan maharaja Buma itu”. Maka sembah Sana Menteri “Ya tuanku akan patik sekelian hamba ke bawah duli tuanku yang mana kesukaan tuanku itulah kesukaan patik sekelian hamba”.

Setelah itu maka Patih Medar pun datang lalu naik duduk sama2 Sana Menteri maka sembah Patih Medar “Patik hendak kembalilah apa sembah tuanku kepada maharaja Buma” maka titah maharaja Janaka “Apatah daya hamba kerana anak hamba tiada mahu akan maharaja Buma”. Setelah Patih Medar mendengar titah maharaja Janaka itu maka iapun tunduk berdiam dirinya berubah warna mukanya lalu turun berjalan keluar kota tiadalah bermohon lagi naik gajah berjalan kembali ke negerinya. Tiga hari antaranya di jalan maka Patih Medar sampailah ke negeri Percu Tekasan lalu masuk mengadap maharaja Buma maka titah baginda “Apa kata maharaja Janaka” maka sembah Patih Medar “Tiadalah di berinya anaknya akan tuanku”.

Setelah maharaja Buma mendengar kata Patih Medar itu maka baginda pun amat marah maka baginda pun menyuruh mengimpunkan rakyat pada Patih Medar akan menyerang negeri Sura Negara. Maka Patih Medar pun menyembah lalu keluar mengimpunkan rakyat. Setelah sudah berkampung maka maharaja Buma pun keluarlah maka Patih Medar datang menyembah maharaja Buma katanya “Telah berkampunglah siapa yang di titahkan menyerang negeri Sura Negara itu” maka titah maharaja Buma “Kita sendirilah pergi Aria Keriwa dan Sang Perlamba dan Sang Air Angkasa tinggal menunggu negeri ini. Jikalau barang suatu hal negeri segera tuan hamba berdatang sembah ke bawah duli kita”.

Maka sembah ketiganya “Ya tuanku jikalau barang sesuatu hal negeri ini atas nyawa patiklah ketiga” maka titah maharaja Buma “Benarlah kata tuan hamba itu kerana orang yang pergi yang tinggal itu sama juga pada rasa kita”. Telah sudah bertitah maka maharaja Buma pun naik ke atas Wilmana lalu terbang ke udara maka Dati Tara dan Dati Senda mengiringkan baginda berjalan dari udara. Maka Patih Medar pun naik gajah berjalan di bumi sama2 penjatan berjalan di bumi bersama2 rakyat raksasa banyak itu. Maka maharaja Buma dan Senda Dati Tara dengan segala raksasa berjalan di udara itupun sampailah ke negeri Sura Negara maka maharaja Bumi dengan segala rakyat pun turunlah di udara.

Setelah di lihat oleh rakyat maharaja Janaka yang di luar negeri itu rakyat raksasa datang banyak segala rakyat maharaja Janaka pun terkejut lalu ia lari mengusir ke dalam kota di usir oleh rakyat maharaja Buma barang yang dapat habis di makannya. Maka segala rakyat itupun memberi tahu Sana Menteri dan Senda Menteri dan Semara dan Jaya Pati maka keempatnya masuk mengadap maharaja Janaka. Maka sembah Sana Menteri “Ya tuanku akan maharaja Buma itu telah datang menyerangkan negeri kita” maka maharaja Janaka pun keluar di adap segala hulubalang.

Maka titah maharaja Janaka “Apa bicara kita sekelian” maka sembah segala menteri itu “Ya tuanku adapun maharaja Buma datang ini akan menyerang negeri kita. Pada bicara patik sekelian sebenarlah patik sekelian lawan hingga nyawa patik sekelian mengerjakan pekerjaan duli seri maharaja. Apatah gunanya patik ini sekelian di perbaiki jika tiada pada ketika ini patik sekelian persembahkan nyawa pada duli seri maharaja. Jikalau patik sekelian mati mana kehendak tuanku”. Maka titah maharaja Janaka “Adapun yang kehendak kita pun demikianlah” maka menteri keempat pun bermohon keluar dengan segala rakyatnya maka berhadapanlah kedua pihak rakyat itu.

Maka berperanglah maharaja Buma dengan rakyat maharaja Janaka seketika berperang maka banyaklah rakyat maharaja Janaka mati. Maka pecahlah habis lari melainkan Sana Menteri dan Senda Menteri dan Semara Menteri dan Jaya Pati juga tinggal terdiri di atas kenaikan dengan senjatanya. Maka keempat menteri itupun mengamuk rakyat raksasa pun banyak mati lalu pecah lari cerai berai tiada berketahuan di usir oleh menteri keempat itu. Maka Dati Tara pun tampil maka kata maharaja Buma “Jangan berperang dahulu kerana aku hendak membunuh menteri empat” maka maharaja Buma pun turun dari atas Wilmana nya itu lalu tampil berhadapan dengan menteri empat itu.

Maka kata maharaja Buma “Siapa namamu” maka kata Sana Menteri “Akulah Sana Menteri mangkubumi maharaja Janaka ada senjatamu marilah kepada aku”. Maka kata maharaja Buma “Engkau menteri yang tiada berbudi mengapa maka engkau tiada memberi bicara yang baik akan rajamu” maka sahut Sana Mentera “Janganlah katamu engkau banyak lagi mana kehendak tuan kami itulah kami turut jika hilang nyawa kami pun dapat damai”. Sana Menteri pun mengunus cendera rasa lalu mengusir maharaja Buma lalu di tikamnya oleh Sana Menteri akan dada maharaja Buma terundur tiada lut. Maka oleh maharaja Buma di tangkapnya pinggang Sana Menteri maka di rebutnya senjatanya itu dapat padanya maka di tikamnya dada Sana Menteri terus lalu mati.

Setelah di lihat oleh Senda Menteri maka di ambilnya panah maka di panahnya maharaja Buma kena tiada lut. Maka maharaja Buma pun mengambil gadanya lalu di usirnya Senda Menteri lalu di palunya kepalanya pecah mati. Setelah di lihat Semara Menteri maka iapun mengunus senjatanya Tersula namanya lalu di tikamnya kena dada maharaja Buma itupun tiada lut senjata itupun patah. Maka segera ia mengambil gadanya mengusir maharaja Buma di pukulnya dengan gadanya pun patah. Maka di pukul oleh maharaja Buma kena kepala Semara Menteri pun pecah lalu mati.

Setelah di lihat oleh Jaya Pati maka di hunusnya senjatanya di hampirinya maharaja Buma maka lalu di tikamnya kena tiada lut. Maka oleh maharaja di tangkap Jaya Pati senjatanya pun di rebutnya ambil maka kata maharaja Buma “Mahukah engkau hidup jika mahu kuampuni dosamu” maka kata Jaya Pati “Hai maharaja Buma akan dunia ini sekali juga tiada dua kali” maka oleh maharaja Buma di tentasnya kepala Jaya Pati. Setelah di lihat oleh rakyat Sura Negara keempat menterinya itu sudah mati maka segala rakyat itu pun habis lari memberi tahu maharaja Janaka mengatakan menteri keempat habis mati “Baiklah tuanku meninggal”. Maka titah maharaja Janaka “Yang sembah itu benarlah padamu juga. Adapun akan maharaja Buma itu akulah lawannya”.

Maka maharaja Janaka pun turun dari istananya dengan senjatanya panah lalu berjalan kemudian maka berhadapanlah dengan maharaja Buma. Maka kata maharaja Buma “Siapa namamu” maka sahut maharaja Janaka “Akulah maharaja Janaka”. Maka kata maharaja Buma “Siapa lagi engkau suruh melawan aku. Janganlah engkau ke medan dahulu” maka sahut maharaja Janaka “Akulah melawan engkau”. Maka oleh maharaja Janaka di panahnya maharaja Buma dengan anak panahnya Pasu Pati namanya kena dada maharaja Buma terus lalu mati seketika hidup pula.

Maka kata maharaja Buma “Hai maharaja Janaka persembahkanlah anakmu itu kepada aku supaya tiada mati kubunuh” maka sahut maharaja Janaka “Biarlah aku mati dengan nama yang baik jangan hidup dengan nama yang jahat”. Maka oleh maharaja Buma di tikamnya maharaja Janaka dengan senjatanya kena dada maharaja Janaka lalu terus mati. Setelah rakyat maharaja Janaka pun melihat rajanya sudah mati maka rakyat Sura Negara pun habis lari cerai berai. Ada yang membunuh anak isterinya lalu mengamuk ada yang lari ke dalam hutan ada yang lari ke gunung maka di ikut oleh rakyat raksasa itu ada yang dapat ada yang lepas. Maka titah maharaja Buma kepada Dati Tara dan Senda “Katakan kepada rakyat kita jangan mengusir ke dalam istana maharaja Janaka”.

Maka ada hamba maharaja Janaka Tiari namanya dan Dewi Kenar Makik kembali memberi tahu isteri maharaja Janaka Dewi Derasid dan Dewi Ketara akan maharaja Janaka sudah hilang. Maka keduanya pun menangis maka Dewi Cana Wati pun datang di iringkan Puspa Wati dan inang pengasuhnya. Maka Dewi Derasid pun pergi kepada Dewi Cana Wati katanya “Ayahanda sudah hilang di bunuh oleh maharaja Buma akan tuan tinggallah di istana ini bonda kedua turut bila sama dengan ayahanda. Adapun akan tuan tiada di binasakan oleh maharaja Buma kerana sebab berperang itupun oleh maharaja Buma hendak akan tuan jua. Adapun akan maharaja Buma itu bukannya ia raksasa”.

Maka sembah Dewi Cana Wati sambil menangis “Beta pun turut sama dengan ayahanda bonda manatah kebaikan akan beta peroleh. Apatah gunanya beta hidup ayahanda bonda pun tiada siapatah tempat akan beta bermanja lagi” maka kata Dewi Ketara “Tuan turut juga kata bonda ini jangan tuan membunuh diri”. Setelah itu maka Dewi Cana Wati pun berpeluk bercium oleh bondanya kedua maka segala dayang2 pun sekelian menangis. Maka kata Dewi Derasid kepada Dewi Cana Wati “Baik2 bertaruhkan diri kepada orang” maka Dewi Cana Wati pun menangis dan Dewi Ketara keduanya memeluk mencium anakanda baginda.

Maka Dewi Derasid dan Dewi Ketara pun turunlah berjalan dengan tangisnya mendapatkan mayat maharaja Janaka di iringkan oleh segala dayang2 datang kepada tempat orang berperang itu. Maka di lihatnya bangkai gajah kuda dan rakyat bertambun2 maka Dewi Derasid dan Dewi Ketara pun bertemulah dengan rakyat maharaja Buma. Maka di lalunya maka segala rakyat itu bertemulah dengan mayat maharaja Janaka maka kata keduanya “Apa mulanya maka beta kedua datang tiada kekanda tegur gusarkah kekanda akan beta kedua maka keduanya pun turut mati sama2 dengan kekanda baginda” maka keduanya memeluk mencium maharaja Janaka.

Setelah itu maka Dewi Derasid pun mengunus peteram menikam akan dirinya maka ia matilah maka Dewi Ketara pun mengambil peteram dari tangan Dewi Derasid maka iapun menikam dirinya maka Dewi Ketara pun matilah di sisi suaminya. Maka segala dayang2 yang gusar akan tuannya turut bila dengan tuannya yang lain itu kembali kepada Dewi Cana Wati. Setelah Dewi mendengar bondanya keduanya sudah hilang itu maka makin sangat menangis. Maka oleh akan Puspa Wati di dukungnya Dewi Cana Wati katanya “Janganlah tuanku sangat menangis dan bercinta kerana yang mati itu sudahlah dengan kehendak Dewata Mulia Raya” maka Dewi Cana Wati pun diamlah.

Setelah maharaja Janaka sudah mati maka Patih Medar dan Sang Pencatan pun datang mengadap maharaja Buma “Adapun akan maharaja Janaka dengan menteri baginda keempat orang sudahlah kita bunuh”. Maka sembah Patih Medar “Ya tuanku apa gunanya patik sekelian di perhamba ke bawah duli tuanku jika kedengaran pada segala negeri yang lain tuanku berperang patik sekelian tiada berperang apatah di sebut orang nama patik sekelian”. Maka titah maharaja Buma “Benarlah seperti kata tuan hamba itu sekarang ini hendaklah segala rakyat Sura Negara ini tuan hamba kumpulkan dan tentukan yang memegang negeri ini”.

Setelah sudah maharaja Buma bertitah kepada Patih Medar maka maharaja Buma pun berjalan di iringkan oleh Wilmana masuk ke dalam kota lalu ke istana maharaja Janaka. Adapun akan Patih Medar dan Tendera dan Sang Pencata dan Dati Tara tinggal di luar mengimpunkan rakyat Sura Negara ada tinggal lagi itu. Setelah maharaja Buma sampai ke istana maharaja Janaka lalu naik ke istana. Setelah di lihat oleh Dewi Cana Wati maka maharaja Buma pun datang maka iapun menangis. Maka kata maharaja Buma “Janganlah adinda menangis kerana ayahanda mati itupun bukan salah kekanda dengan salah ayahanda juga maka demikian. Adapun akan sekarang ini janganlah adinda sangat bercinta akan ayahanda bonda kekandalah akan ganti ayahanda bonda” makin sangat Dewi Cana Wati menangis.

Maka sembah Puspa Wati pada maharaja Buma “Yang titah tuanku itu sebenarnyalah tuanku memeliharakan paduka adinda sebab adinda tiada berkata oleh adinda lagi bercinta akan ayahanda bonda baginda kerana tiada pernah bercerai dengan baginda kerana paduka adinda lagi budak”. Adapun Puspa Wati berkata2 itu dengan lemah lembutnya mengeluarkan kata itu maka berkenan kepada maharaja Buma katanya itu. Maka titah maharaja Buma “Siapa engkau dan apa namamu” maka sembahnya “Nama patik Puspa wati patiklah pengasuh paduka adinda”. Maka titah maharaja Buma “Peliharakan olehmu baik Dewi Cana Wati ini apa kehendaknya kuberi kerana ia lagi kecil di tinggalkannya ayah bondanya” maka kata Puspa Wati “Baiklah tuanku kerana adinda maharaja tuan patik tambah pula dengan titah seri maharaja”.

Maka oleh maharaja Buma lalu di dukungnya Dewi Cana Wati bawa keluar maka Puspa Wati serta mengiringkan serta segala inang pengasuh dayang2 siti perwara sekelian. Maka Dati Tara membawa kelengkapan istana maka maharaja Buma pun berkata dengan Patih Medar. Maka sembah Patih Medar “Ya tuanku sekelian rakyat sudahlah terkampunglah sepuluh laksa banyaknya dan negeri ini di serahkan pada saudara patik Sana Menteri” maka titah maharaja Buma “Akan negeri ini hamba serahkan pada tuan hambalah”. Maka Patih Medar pun menyembah maka di suruhnya segala rakyat itu kembali kepada tempat masing2 maka titah maharaja Buma pada Patih Medar “Suruhlah segala inang pengasuh Dewi Cana Wati semuanya naik ke atas reta”.

Setelah sudah segala inang pengasuh Dewi Cana Wati naik reta maka maharaja Buma dan Dewi Cana Wati dan Puspa Wati naik ke atas Wilmana terbang di udara. Berapa antaranya terbang itu maka sampailah maharaja Buma itu ke negeri Percu Tekasan. Maka titah maharaja Buma pada Wilmana “Turunkan aku ke dalam istana” maka oleh Wilmana seperti titah maharaja Buma di turunnya. Maka maharaja Buma dan Dewi Cana Wati dan Puspa Wati masuklah ke dalam istana baginda.

Maka oleh maharaja Buma Dewi Cana Wati di ribanya di peramat2 terlalu baik parasnya mukanya bercahaya2 seperti bulan purnama empat belas hari demikianlah dan keningnya seperti taji di bentuk rambutnya seperti cincin di tuang sebunya seperti tegar burung matanya seperti bintang timur pipinya seperti pauh di layang kakinya seperti bunga seri gading pinggang seperti tarak angsuka di tiup angin dadanya seperti andang2 betisnya seperti orang pandan jarinya tumbuk seri cangkinya seperti denta sudah terupam warna tubuhnya seperti bunga cempaka emas bau tubuhnya seperti bunga sampai suaranya terlalu manis seperti melukat jika bunga yang kuncup itupun jadi kembang.

Maka maharaja Buma pun terlalu sukacita rasa hatinya seperti masak serak sebab beroleh seperti kehendak hatinya itu. Maka oleh maharaja Buma akan Dewi Cana Wati di bawanya duduk pada istana emas itu. Maka ada seorang raksasa bernama Pen Kila Sura Dewi namanya iaitu pengasuh maharaja Buma ialah di suruh oleh maharaja Buma menunggui Dewi Cana Wati. Maka maharaja Buma pun sedia kala bersuka2an dengan segala menteri hulubalang baginda sekelian.

Sumber: Kitab Maharaja Buma
Manuskrip British Library