Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, July 25, 2011

Kisah di zaman nabi Shola Allaha A'layaha Wa Salama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama Wa Baha Nasataa’yana Ba Allaha A’laya ini hikayat kisah yang telah jadi pada masa zaman baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah jadi satu peperangan yang amat besar di dalam negeri Waadala Shokhoraha itu antara kaum Asalama dan kaum kafir yang menyembah berhala. Bahawa adalah kisah yang pertama akan dinyatakan akan hal senjata dan keramat Amayara Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha dan kepandaian A’mara abana Amayara Dhomaraya diperdayakan akan raja kafir yang bernama Barasa Ghowala di negeri Waadala Shokhoraha daerah negeri Yamana bahawa sangatlah ramai peperangan ini belum lagi siapa-siapa pun di Tanah Jawi ini mendengar akan peperangan ini dari kerana sebab inilah maka fakir mengambil susah dengan beberapa mashghul menterjemahkan daripada bahasa A’raba timbul kepada bahasa Jawi supaya mudah segala Akhowana Al Masalamayana mengambil ketahui di dalam Tanah Jawi. Amayana Raba Al A’lamayana.



Al kisah yang pertama menyatakan datang seorang perempuan tuha iaitu raja perempuan mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama di dalam masjid Madinah Al Manawara. Shahdan maka berkata Abawa A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa adalah pada suatu pagi lepas daripada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama sembahyang subuh telah berlingkarlah baginda itu di Harama masjid Madinah dihadapi oleh keempat sahabat iaitu Abawa Bakara Al Shodayaqo dan A’mara Al Khothoba dan A’tamana abana Afana dan A’laya abana Abaya Tholayaba radhoya Allaha a’nahama dan lain-lain sahabat yang karib iaitu Tholaha dan Zabayara dan A’bada Al Rahamana dan Saa’da dan Saa’yada dan Abawa A’bayadaha dan A’mara abana Amayara Dhomaraya dan sepuluh orang daripada Maghosarayana dan penghulu mereka itu namanya A’bada Allaha abana Abaya Salahanaya. Sedang tatkala segala tuan-tuan itu duduk mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka kelihatanlah oleh segala sahabat-sahabat itu daripada jauh lebu duli berbangkit ke awan.



Hataya lepas seketika maka kelihatan pula seekor unta merah berjalan dahulu dikenderai oleh seorang perempuan tuha yang banyak umurnya bongkok tubuhnya di pakai pakaian cara raja-raja dan dibelakangnya untanya ada pula sepuluh ekor kuda dikenderai oleh sepuluh orang muda belia berjalan perlahan-lahan dibelakang unta merah itu mari berhenti dekat dengan masjid serta sampai lalu turun perempuan tuha itu daripada untanya dan juaknya pun turun dari atas kudanya mengiring akan perempuan tuha itu masuk kedalam harama masjid. Diberi hormat takzim kepada mereka-mereka itu yang duduk di dalam harama masjid itu seraya bertanya kepada tuan-tuan itu “Dimanakah ada junjungan kita Mahamada Mashothofaya Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu tunjukkan kepada hamba kerana hamba hendak mengunjung khadamnya?”. Maka adalah seorang daripada orang banyak itu diisyaratkan dengan jarinya katanya “Itulah nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama”.



Maka perempuan tuha itu pun dengan hormat takzim pergilah kehadapan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama duduk berhadapan baginda itu dari kerana sangat bau-bauan ambar kasturi daripada jasad baginda itu masuk ke dalam hidungnya lalu ia pun berpengsanlah tiada sedarkan dirinya. Maka kata A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa adalah perempuan tuha itu pada tatkala ia pengsan rebah maka mahkotanya yang dikenakan di kepalanya itu pun gugur daripada kepalanya. Adalah kira-kira sesaat maka siumanlah ia daripada pengsannya lalu bangkit duduk diambilkannya mahkotanya dikenakan dikepalanya maka iapun berkeluh kesahlah dan air matanya pun bercucuranlah keluar keatas ribaannya sambil ia menangis teresak-esak tiada dapat berkata-kata. Demi dilihat oleh mereka-mereka yang duduk mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan hal perempuan tuha itu maka masing-masing pun merasai belas kasihan lalu masing-masing pun menghamburkan air matanya menangis bersama-sama perempuan tuha itu.



Setelah selesai perempuan tuhan itu menangis dipandang kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama seraya katanya dengan hormat takzim “Ya nabi Allaha, bahawa tuan hambalah yang bernama Shodayaqoa Nabayaa dan tuan hambalah yang dapat ajarkan segala umat akan jalan yang sebenar-benarnya itu dan tuan hambalah akan kekasih Allaha dan tuan hambalah pada hari kiamat dapat dipohonkan kepada tuhan Raba Al A’lamayana akan ampun dosa segala umat tuan hamba itu dan tuan hambalah Sayada Al Marasalayana dan kepada tuan hambalah yang dikurniai Allaha Taa’laya kitab Qoraana yang terkandung di dalamnya Zabawara dan Anajayala dan Tawarayata dan tuan hambalah yang dikurniai Allaha Taa’laya kuasa membinasakan seterunya itu. Bahawa maka adalah hamba seorang perempuan tuha tiada ada empunya daya upaya beberapa lamalah sudah hamba menaruh hajat hendak mengunjung khadam tuan hamba. Maka sekarang ini dengan perihalnya maka hamba dihantarkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya datang mengadap tuan hamba.



Maka adalah negeri hamba itu sangatlah jauh daripada Makah ini beberapa hutan rimba bukit gunung padang dan sungai hamba langkah kerana hamba hendak pujuk-pujuk mengunjung khadam tuan hamba ini. Maka sekarang ini sudahlah sampai seperti hajat hati hamba itu maka mudah-mudahan maulah tuan hamba memeliharakan hamba ini daripada bahaya dan tuan hambalah dapat membalas akan perbuatan seteru hamba itu. Maka adalah seteru hamba itu dibinasakan negeri hamba dan dirampasnya akan segala hak harta hamba dan anak-anak perempuan hamba pun habislah dibunuhnya dan segala kaum keluarga hamba semuanya pun habis dihalaukan daripada negeri hamba dan mahligai istana hamba pun habis dirobohkan dan diperbuat aniaya ke atas hamba ini. Maka sekarang ini hamba datang mengadap tuan hamba akan hendak pohonkan ihsan dan istirehat kepada kebawah khadam tuan hamba supaya hamba beroleh kesenangan serta menghilangkan segala kesusahan yang terkandung di dalam hati hamba. Allaha Sabahana Wa Taa’laya nanti menilik akan rahayamanya kepada tuan hamba dan kepada ahli tuan hamba dan segala sahabat tuan hamba itu”.



Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha, demi didengarkan oleh rasul Allaha akan persembahan perempuan tuhan dengan terhinggut-hinggut tubuhnya itu, maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun merasai belas kasihan berlinang-linanglah air matanya baginda itu dan segala sahabat yang duduk di hadapan baginda itupun habislah menangis merasai belas kasihan kepada perempuan tuhan itu. Lepas seketika maka bersabda rasul Allaha katanya “Hai perempuan tuha, sabarlah dahulu janganlah engkau menangis Allaha Sabahana Wa Taa’laya nanti diperihsan akan dikau. Maka sekarang ini hendaklah engkau beri tahu kepada aku akan namamu dan bangsamu dan nama bapamu dan nama negerimu dimana kedudukan negerimu itu dan nama seterumu”. Maka sembah peempuan tuha itu katanya “Ya nabi Allaha, bahawa adalah negeri hamba itu ditepi bukit negeri Yamana dan bangsa hamba itu daripada kaum nabi Yaradawa dan adalah bapa hamba itu raja namanya Qobawarata Al Satada, ianya sangat adil dan sangatlah menaruh kasih sayang kepada rakyat belanya maka rakyat belanya pun sangatlah menaruh kasih sayang kepadanya. Di dalam yang demikian maka adalah sebuah negeri dekat bukit jauhnya sepuluh persangga bumi daripada hamba namanya negeri itu Waadala Shokhoraha dan namanya rajanya Hajaba daripada kaum nabi Katawama. Maka akan raja itu sangatlah gagah berani serta empunya banyak laskar-laskar kuda gajah tiada terhisab banyaknya.



Sungguhpun raja itu gagah berani perkasa baik pula budi bicara bahasanya lagi adil hukumnya dan ada baginya seorang anak laki-laki namanya Maharayaqo timangan di panggil orang akan dia Barasa Ghowala sangatlah jahat budi pekerti seperti haiwan di dalam hutan dan adalah pekerjaan Barasa Ghowala itu senantiasa ia duduk menjaga di dalam hutan. Barangsiapa-siapa lalu lalang di dalam hutan itu disamunnya dan dirampasnya diambil hak hartanya. Maka segala orang yang melawan habis dibunuhnya dan beberapa raja-raja yang kecil-kecil berasing negeri dengannya semuanya habis dirampasnya dibunuh akan raja-raja itu, diperbuat tawanannya akan segala anak isteri raja-raja itu dan dipakainya pula akan anak-anak atau isterinya raja-raja itu dan jika ia berkehendak anak-anak perempuan orang yang baikrupanya diambil dengan kerasnya diperosaknya. Bahawa tiadalah ia menaruh sopan santun barang sedikit juapun kepada Kholaqo Allaha itu di dalam dunia ini. Baik tuha dan muda semuanya diperbuat seteru tiadalah diendahkan kepada siap-siapa pun barang yang berhadap dengan dia habis dibunuhnya dan diminum darahnya disamun dirampas segala hak hartanya orang-orang itu barang pekerjaan yang jahat-jahat itu sangatlah suka ia kerjakan sekali-kali tiadalah mau mendengar akan agama Asalama itu pada telinganya. Barang siapa menyebut akan agama Asalama kepadanya dibunuh akan mereka itu.



Barang suatu haripun tiada tiada kholi ia daripada membuat pekerjaan yang jahat-jahat itu makin sehari makin bertambah jahatnya itu. Demi didengar oleh hamba Allaha akan pekerjaannya Barasa Ghowala itu maka banyaklah hamba-hamba Allaha itu meninggalkan rumah tinggalnya lari membawa nyawanya pergi menumpang duduk di negeri jauh daripada negerinya itu. Jika di dengar akan siapa-siapa daripada hamba Allaha berpindah daripada negerinya membawa hak hartanya diusirkan mereka itu dirampas diambil harta mereka itu dan dibunuhnya akan yang empunya harta itu, diperbuat tawanannya akan anak isteri mereka itu.



Maka dalam hal yang demikian itu maka akan khabaran Barasa Ghowala itu telah terdengarlah kepada bapa hamba maka bapa hamba pun bersiaplah dikemaskan segala hak hartanya niatnya hendak undur daripada negeri hendak berpindah pergi duduk di negeri jauh daripada negerinya itu. Telah sudah mustaib lalu berangkatlah bapa hamba daripada negeri berjalan menuju jalan negeri yang jauh itu. Demi didengar khabaran itu kepada Barasa Ghowala lalu dibawa banyak laskar diadangkan tentera tentera bapa hamba itu lalu jadi berbunuh-bunuhanlah ditengah padang itu. Di dalam perkelahian itu matilah bapa hamba dibunuhnya dan segala pahlawan pun habislah mati dibunuhnya dan segala hak harta semuanya pun habislah dirampas dibawa pergi kenegerinya. Maka hamba dan anak-anak hamba lari masuk ke dalam hutan rimba berjalan balik ke negeri hamba dengan kesal yang amat sangat.



Shahdan lepas daripada hamba sampai ke dalam negeri maka berhimpunlah segala penghulu-penghulu kaum datang mengadap hamba sembah mereka itu katanya bahawa sekarang ini negeri ini tiadalah beraja kerana raja sudah mati lalu segala mereka itu ditabalkan akan hamba ini menjadi raja kerana hamba ini anak yang tuha bagi bapa hamba itu. Telah sudah ditabalkan hamba ini menjadi rajalah di dalam negeri bapa hamba itu. Maka hamba pun duduklah memerintah negeri segala rakyat belapun mendengarlah hukum hamba itu kerana hamba sangatlah menaruh kasih sayang keatas mereka itu maka mereka itupun sangatlah menaruh kasih sayang kepada hamba terlebih-lebih sayanglah segala isi desa hamba itu kepada hamba. Barang hukum hamba tiadalah mereka itu engkarkan dia. Di dalam hal yang demikian itu maka hamba pun mendengarlah akan riwayat mengatakan ada seorang nabi di dalam negeri Madinah ini maka sangatlah hajat hati hamba hendak membawa iman kepada agama tuan hamba ini beberapa hamba munajat kepada Allaha Sabahana Wa Taa’laya dengan segeranya juga hendak berjumpa dengan tuan hamba siang dan malam tiadalah kholi daripada mengingat hendak membawa iman kepada tuan hamba itu.



Di dalam hal yang demikian pada suatu malam tidurlah hamba lalu beroleh mimpi hamba lihat di dalam mimpi itu turun daripada awan suatu cahaya yang amat terangnya menerangkan segala ala mini tiadalah hamba dapat memandang akan cahaya itu. Beberapa hamba hendak pandang tiada dapat dipandangkan lalu hamba terdengarlah suatu suara dari dalam awan cahaya itu demikian bunyinya hai raja yang memerintah negeri sudahlah Allaha Sabahana Wa Taa’laya diperkenankan seperti yang permintaanmu akan hendak Asalama itu. Katakan olehmu awal kalimah Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha maka hambapun mengucaplah yang seperti ajaran suara itu. Telah termeterailah kalimah itu pada hati hamba membawa imanlah hamba pada agama Asalama pada malam itu serta hamba mengucap kalimah itu lalu cahaya itupun ghaiblah daripada mata hamba. Maka hamba pun terkejutlah jaga maka berbau bau-bauanlah pada tubuh hamba dengan bauan yang sangat semerbak baunya. Maka hamba pun mengucap pula kalimah itu seperti yang diajarkan itu tiadalah hamba lupa hingga sampai siang hari.



Maka hamba pun mandi cucikan tubuh badan hamba lalu hamba pakai pakaian yang suci lalu hamba duduklah di dalam mahligai hamba seperti adat sehari-hari lalu kaum keluarga hamba dan orang besa-besar hamba pun datanglah mengadap hamba. Maka hamba menceritakan kepada mereka itu akan kejadian pada malam tadi dan hamba mengucap akan kalimah dihadapan mereka itu maka mereka itupun sangatlah suka hatinya mendengarkan akan makna kalimah itu lalu mereka itupun membawa imanlah seperti mengucap kalimah itu dihadapan hamba. Telah masuklah Asalama mereka itu dengan tulus ikhlas hatinya mereka itu kemudian daripada itu segala isi desa itu laki-laki dan perempuan kecil besar semuanya pun mengucap kalimah membawa imanah kepada agama Asalama. Maka kemudian daripada itu segala rumah-rumah berhala hamba pecahkan hamba ikut masjid. Telah ramailah segala Asalama pada tiap-tiap hari membuat ibadat kepada Allaha Taa’laya.



Maka akan khabaran itu telah terdengarlah kepada Barasa Ghowala seteru Allaha akan hamba dan kaum keluarga hamba sudah masuk agama Asalama. Maka ia hantar laskarnya dengan orang besar-besarnya mari mendapat hamba menyuruh hamba dan kaum keluarga hamba meninggalkan agama Asalama itu disuruh sembah syaitan naa’waza ba Allaha. Maka kata hamba kepadanya sekali-kali tiada hamba mau meninggalkanlah agama Mahamada itu. Maka kata hamba dengan marahnya kepada orang besar-besar raja itu “Hai malaun berdoalah kamu sekelian daripada mereka yang menyembah berhala syaitan tinggalkanlah kamu daripada menyembahnya. Bawalah iman kepada agama Asalama dan bawalah iman kepada nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu akan nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama rasul Allaha dan kekasih Allaha”. Demi didengar oleh mereka itu akan perkataan hamba maka dimaki nistanya kepada hamba maka hamba suruh orang besar-besar hamba bunuh akan utusan Barasa Ghowala itu. Maka orang-orang hamba pun dihunus pedangnya dibunuhnya akan utusan itu maka jadi perkelahianlah antara laskar Barasa Ghowala itu dengan isi desa hamba.



Maka akan khabaran itu terdengarlah kepada malaun Barasa Ghowala maka iapun naik marah yang amat sangat tiadalah dapat menderita lagi dan dihantarkan beberapa banyak pula laskarnya masuk ke dalam negeri hamba dibunuh segala laki-laki dan diambilnya segala perempuan diperosakkan. Kemudian mereka itu masuk kedalam istana hamba bahawa pada tatkala kaum Barasa Ghowala hendak ke dalam istana hamba ditahan oleh penunggu pintu itu lalu jadi berkelahi mereka itu dengan kaum Barasa Ghowala itu. Maka kata mereka itu kepada kaum Asalama “Hai umat Mahamada, lawanlah oleh kamu dengan kami” sambil ia berkata sambil dibunuhnya penunggu pintu itu. Telah sudah dibunuhnya oleh kaum kafir itu lalu dimasuk kedalam istana hamba disamunnya dan dirampasnya segala harta hamba. Maka hamba dan anak hamba dan kaum seanak hamba pun dipertuannya dan setengah perempuan-perempuan itu mencari anaknya yang perempuan dan setengah mencari anaknya yang laki-laki.



Demikianlah hal perempuan-perempuan itu maka kafir itu dibubuh rantai belenggu tangan kaki hamba dan anak-anak hamba dan kaum keluarga hamba itu diheret sepanjang jalan hingga habislah luka-luka tubuhnya dan tubuh hamba itu. Lalu hamba sekelian pun menangis kerana tiada tertahan sakit tubuh badan hamba itu. Maka kafir itu barang sedikit juapun tiadalah menaruh kasihan kepada sekelian itu disuruh hamba sekelian berjalan ditanah jika tiada mau berjalan dipalunya.



Maka hamba sekelian pun sebab takut kepada kafir itu lalu menggagah berjalan hingga sampailah sepuluh persangga bumi dekat dengan negeri Barasa Ghowala. Maka berhentilah hamba disitu akan berhenti penat lelah lepas seketika dibawa hamba sekelian itu masuk mengadap Barasa Ghowala. Demi dilihat oleh Barasa Ghowala akan hamba sekelian itu terdiri dihadapannya maka naiklah marahnya itu merah padam mukanya berlilit-lilit seperti ular rupanya. Maka dihunus pedangnya lalu bangkit daripada tempat duduknya datang hampir kepada hamba sekelian, diacu-acu pedangnya dihalakan kepada hamba seraya berkata dengan marahnya “Bawa pergi tutupkan laki-laki dan perempuan sekelian ini kedalam penjara”. Lalu datanglah penunggu pintu penjara itu dibawa segala laki-laki dan perempuan masuk kedalam penjara.



Maka tinggallah hamba seorang diri dihadapan Barasa Ghowala itu. Dilihat kepada hamba seraya ia berkata dengan marahnya “Hai perempuan tuha, apakah mulanya gerangan engkau ini membuat pekerjaan yang celaka itu. Engkau membawa iman kepada agama Mahamada yang hina itu. Tiadakah engkau ketahui Mahamada itu pandai habatan ia menyatakan dirinya pesuruh Allaha. Mengapalah engkau meninggalkan agama datuk nenek kita itu. Dari sebab engkau meninggalkan agama kita itu patutlah sangat aku ini membunuh akan dikau. Sayang sekali engkau ini perempuan dan lagi engkau beroleh banyak anak telah sayanglah aku hendak membunuh akan dikau maka aku mengapakanlah akan dosa mu itu. Pergilah dengan segeranya masuk kedalam rumah berhalaku itu sembahlah akan tuhanku yang bernama Patarasa itu dan suruh segala kaum keluarga kamu menyembah berhala itu kerana datuk nenekku dan datuk nenekmu itu ada menyembah akan berhala Patarasa maka engkaupun maulah dikerjakan seperti dikerjakan oleh orang yang dahulu-dahulu itu”.



Telah sudah malaun Barasa Ghowala itu berkata-kata ya nabi Allaha, maka hamba pun berdiri dihadapan Barasa Ghowala dengan tiada mengigirkan hati hamba, tiada hamba menaruh takut dan ngeri lagi kepadanya dan tiada hamba menyahut akan perkataan nya itu. Kemudian katanya si malaun itu “Hai perempuan tuha yang keras hati, jika sekiranya engkau menurut titah aku maka aku nanti kurnia kepadamu hak harta emas dan perak dan aku nanti kembalikan kerajaanmu itu dan anakmu dan kaum keluargamu itu pun nanti aku hantar balik pulang kerumah ke negerimu itu dan jika engkau tiada mahu menurut seperti nasihat aku ini, bahawa lenyapkan sekelian kamu itu dari dalam dunia ini”. Maka demi hamba mendengarkan perkataan malaun itu maka makinlah bertambah-tambah marah kepadanya seraya hamba berkata di dalam hati “Jika aku mati sekalipun telah redhalah aku sekali-kali tiada mau meninggalkan agama yang sebenar-benar itu dan jika mati aku dibunuh pun mati aku di dalam dayana Asalama”.



Setelah itu maka malaun itupun bertanya pula keada hamba “Hai perempuan tuha, bukankah dahulu daripada ini engkau menyembah berhala-berhala Azaa wa Manata dan Habala itu maka mengapa meninggalkan daripada menyembah tuhan kita maka membawa iman masuk agama Mahamada itu. Ubahkanlah imanmu itu baharukan pula kepada agama berhala-barhala kita itu”. Maka sahut hamba “Bahawa tiada daku mau meninggalkan agama Asalama yang sebenar itu jika sekiranya engkau bunuh akan aku ini telah redhalah aku mati didalam dayana Asalama itu. Tiadalah aku menyembah berhala yang dusta itu”. Demi didengarnya akan perkataan hamba itu makin bertambah-tambah marahnya seperti ular berbelit-belit rupanya bergeraklah misainya lalu disuruh bawa anak perempuan hamba dan menantu laki-laki hamba itu daripada penjara. Dibawa oranglah kehadapan hamba jadilah malaun itu dipenggal leher anak hamba dan menantu hamba seraya berseru-seru katanya “Hai perempuan tuha yang buruk budi, lihatlah kamu akan perbuatanku ini. Jika sekiranya engkau tiada menurut seperti hukumku ini nescaya aku penggalkan lehermu itu”. Maka sahut hamba “Hai seteru Allaha, barang kehendak hatimu itu engkau kerjakanlah tiada daku larangkan akan dikau pada memperbuat barang kesakitan keatasku. Bahawa sekali-kali tiada daku mau meninggalkan agama nabi Mahamada Shola Allaha A’lataya Wa Salama itu kerana ianya itu nabi Allaha dan rasul Allaha. Maka dihantarkan tuhan raba al a’lamayana akan dia kedalam dunia ini akan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya kepada hambanya yang sesat”.



Demi didengar oleh Barasa Ghowala malaun itu makin bertambah-tambah risau hatinya lalu dibukakan tudung muka hamba itu dikeratnya rambut hamba diikat pada batang leher hamba dan dikerat pula rambut anak perempuan hamba itu diikat ada pinggang hamba dan kepala anak hamba yang perempuan dan kepala menantu hamba itu pun digantung pada leher unta dan dinaiki hamba keatas unta seraya berkata-kata kepada hamba “Hai perempuan tuha, pergilah engkau mengadukan halmu itu kepada Mahamada anak A’bada Allaha itu. Apabila ia mendengar akan perbuatanku kepadamu segera nanti ia tolong akan dikau dan nanti ia hantar laskarnya melawan dengan daku ini. Segeralah engkau pergi mendapatkannya”.



Setelah sudah ia berkata-kata lalu disuruh hamba berjalan keluar daripada negerinya maka hamba pun keluarlah dari dalam kotanya mengenderai unta itu dengan beberapa duka sengsara hamba menanggung berjalan menuju jalan kedalam hutan rimba tiada hamba tahu jalan hendak mari mengadap tuan hamba. Maka dengan takdir Allaha Sabahana Wa Taa’laya lalu hamba pun bertemulah dengan sepuluh orang muda-muda yang lari daripada negeri hamba pada tatkala dilanggari oleh kaum Barasa Ghowala itu duduk bersembunyi di dalam hutan. Demi hamba berjumpa maka dikenallah akan hamba lalu datanglah mereka itu mendapat hamba maka hamba ceritalah hal hamba kepada mereka.



Demi didengar oleh mereka itu pun sangatlah menaruh belas kasihan kepada hamba lalu menangislah mereka itu maka hamba pun menangis bersama-samanya. Setelah itu maka hamba kata kepada mereka itu “Janganlah kamu sekelian menangis sangat, Ana Shaa Allaha Taa’laya marilah kita pergi mengadap rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Kita minta tolong supaya dibalaskan akan perbuatan malaun itu”. Maka mereka itupun redhalah lalu hamba pun kata kepada mereka itu “Marilah kita pergi lihat negeri kita itu apa sudah jadinya”. Maka hamba dan mereka itupun pergilah masuk kedalam negeri hamba itu sudah rosak binasa dan mahligai istana hamba pun habis rosak binasa tiada siapa-siapa didalam negeri itu habis lari hanya sepuluh orang inilah yang tinggal lari membawa dirinya masuk kedalam hutan yang lain ada yang mati dan ada yang lari membawa diri masing-masing pergi berlindung kedalam negeri yang jauh itu. Telah sudah hamba lihat akan hal negeri hamba itu maka tiadalah tertahan hati hamba daripada menangis akan kerosakan negeri dan isi desa itu.



Setelah itu maka hamba dan sepuluh orang muda itupun berjalanlah daripada negeri hamba itu menuju jalan ke negeri Madinah ini kerana sebab hendak mengunjung khadam tuan hamba. Maka beberapa hutan rimba, bukit, gunung, belukar, padang, tanah pamah, hutan belantara hamba langkahi dan sepanjang jalan itu beberapa mara bahaya duka sengsara hamba tanggungkan dan beberapa binatang yang buas-buas harimau, singa, gajah, beruang bertemu dengan hamba pada sama tengah jalan itu semuanya diperjauhkan bala itu daripada hamba kerana sebab jatuh hati hamba hendak juga mengunjung khadam tuan hamba itu. Maka Allaha Sabahana Wa Taa’laya pun perkenankan doa hamba itu dipersampaikan juga hajat hamba, dihantarkan hamba mari dengan selamat sempurna ini mengadap tuan hamba. Demi hamba sudah mengadap tuan hamba ini serasa hati hamba terlepaslah daripada sekelian bala itu. Ya nabi Allaha, tuan hambalah yang dapat memeliharakan akan hamba ini dan hamba serahkan diri hamba ini kebawah khadam tuan hamba. Maka tuan hamba dapat membalaskan perbuatan si malaun itu.



Setelah sudah perempuan tuha itu menceritakan akan halnya kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu duduklah ia dihadapan rasul Allaha dengan bercucuran airmatanya. Maka berkata Abana A’basa radhoya Allaha a’naha bahawa pada tatkala perempuan tuha itu duduk bercerita akan halnya itu di dengar oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama sambil berlinang-linang airmata rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama serta menaruh belas kasihan kepada perempuan tuha itu. Lepas seketika maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Hai peempuan tuha, Allaha Sabahana Wa Taa’laya sudah menilikkan rahayamanya kepadamu dan dikurnai syurga kepadamu kerana engkau sudah menukarkan dunia ini dengan akhirat. Bahawa adalah Allaha Sabahana Wa Taa’laya itu tuhan yang amat adil dan ialah tuhan kepada segala makhluknya di dalam dunia ini dan ialah tuhan yang esa dan yang amat kuasa pada segenap perkara dan ialah tuhan bagiku dan bagimu dan bagi dayana Al Asalama dan ialah tuhan yang kuasa membinasakan seterunya. Hai perempuan tuha, janganlah engkau menaruh duka percintaan di dalam hatimu Ana Shaa Allaha Taa’laya dipersegerakan juga seperti hajat hatimu”. Setelah sudah maka rasul Allaha pun menyuruh seorang sahabat memeliharakan perempuan tuha itu disuruh beri makan pakai kepada perempuan tuha itu. Maka dikerjakanlah oleh mereka itu seperti sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.



Bersambung..





Sumber: Hikayat A'mara Amayara

No comments:

Post a Comment