Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Sunday, April 8, 2012

Penciptaan Nabi Adama A'layaha Al Salama

Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Bahawa firman tuhan yang maha tinggi hendak menjadikan raja di dalam bumi maka sahut segala malaikat “Ya tuhanku adapun raja yang kau jadikan atas bumi itu kejanya akan berbinasakan segala isi bumimu jua. Akan kami sekelian ini senantiasa mengucap tasbih dan tahmid dan tahlil ke hadratmu”. Maka firman Allaha Taa’laya “Aku lebih tahu pada barang yang tiada kamu ketahui”. Tetapi Iblis tahu ia akan nabi Mahamada Mashothofaya akan turun ke bumi daripada Adam itu hanya daripada bantahan jua Iblis a’layaha laa’nata itu sangkanya juga akan kemuliaan Adam itu. Maka firman Allaha Taa’laya “Hai Jibril turunlah engkau ke bumi ambil akan aku segenggam tanah aku hendak menjadikan Adam”. Maka Jibril pun turun ke bumi baharu hendak digenggamnya bumi itu maka bumi itupun hebat gementar daripada ia melihat tangan Jibril itu. Maka dengan kudrat Allaha Taa’laya bumi itupun dapat berkata-kata katanya “Demi Allaha tuhan yang maha tinggi, hai Jibril jangan engkau genggam takut dijadikan Kholayafata di atasku dari kerana aku takut berbuat derhaka kepada tuhan seru alam sekelian dan sangat takutku akan seksa neraka itu”. Hataya maka Jibril pun kembali ke hadrat Allaha Taa’laya maka sembahnya “Ya tuhanku engkau jua tuhan yang amat mengetahui pada segala pekerjaan hambamu. Bahawa bumi itu tiada ia mahu hambamu ambil akan bumi kubawa ke hadratmu”. Maka firman Allaha Taa’laya pada Mikail “Hai Mikail pergi engkau ke bumi ambil lehmu bumi itu segenggam” maka pergilah Mikail baharu hendak digenggamnya akan bumi itu maka ia disumpahi oleh bumi itu seperti sumpahnya akan Jibril maka Mikail pun kembali mengadap ke hadrat Allaha maka sembahnya “Ya tuhanku Yaa Raba Al A’lamayana bahawa engkau jua yang amat tahu bahawa hambamu disumpahinya oleh bumi itu akan hambamu tetapi jika sekali lagi kiranya engkau titahkan hambamu nescaya hambamu kerjakanlah akan dia”.

Maka firman Allaha Taa’laya akan Israfil “Pergi engkau ke bumi ambil olehmu bumi itu segenggam akan daku”. Maka Israfil pun pergilah ke bumi maka baharu hendak digenggamnya akan bumi itu maka iapun disumpahinya oleh bumi itu seperti disumpahinya akan Jibril dan Mikail. Maka Israfil pun kembali ke hadrat Allaha Taa’laya sembahnya “Yaa Alaha Al A’lamayana bahawa hambamu disumpahi oleh bumimu itu”. Maka hak Sabahana Wa Taa’laya berfirman kepada Izrail “Hai Izrail pergi engkau ke bumi ambil olehmu segenggam bumi itu bahawa Jibril dan Mikail dan Israfil kusuruhkan tiada terambil olehnya”. Hataya maka Izrail pun pergilah turun ke bumi baharu hendak diambilnya tanah itu maka tanah itupun menyumpahi Izrail seperti disumpahi kepada yang dahulu itu maka kata Izrail “Hai bumi bahawa engkau menyumpahiku ini telahku ketahuilah akan tetapi bukan dengan sekehendakku hanya sungguhnya aku dengan firman Allaha tuhan seru alam jua”. Hataya maka Izrail pun memanjangkan tangannya hingga sampai pada segala muka bumi dari Masyrik datang ke Maghrib. Maka digenggamnyalah tanah itu sampai kepada tujuh petala bumi tempat itulah menjadi laut Qolazama(Qalzum).

Kelakian maka dibawa oleh Izrail lah akan tanah ke hadrat Allaha Taa’laya maka sembahnya “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Alaha Al A’lamayana bahawa engkau jua tuhan yang amat mengetahui bahawa hambamu disumpahi oleh bumi ini inilah ya tuhanku”. Maka firman Allaha Taa’laya “Bahawa sumpah bumi kepadamu telah aku tolakkanlah. Hai Izrail bahawa aku hendak menjadikan Adam maka bahawasanya segala mereka itu dan segala anak cucunya pada Izrail lah terserah kusuruh mengambil nyawa mereka itu sekelian”. Maka sembah Izrail “Ya tuhanku jika demikian berseterulah mereka itu sekelian dengan hambamu”. Maka firman Allaha “Hai Izrail bahawa aku ini amat kuasa pada berbuat barang sekehendakku. Jika aku titahkan seorang hambaku pada mengerjakan sesuatu pekerjaanku dimanakan dapat dibawanya berseteru istimewa pula seorang kumatikan sebab demam atau sebab sakit kuat atau sebab lemas di dalam air atau sebab dimakan binatang atau sebab berkelahi bantah sama sendirinya atau sebab terbakar dimakan api atau sebab jatuh tempa kayu. Maka adalah nama sekelian itu jua yang tersebab tiadalah siapa dapat berdalih kepadamu lagi”.

Firman Allaha Taa’laya “Hai Izrail campurkanlah tanah itu” maka dihantarkan diatas bumi maka firman Allaha Taa’laya “Hai malaikat ambil olehmu air empat perkara cucurkan pada tanah itu” maka diambil oleh malaikat dicucurkannyalah air tawar dan air masin dan air hanyir dan air pahit. Bermula air tawar itu jadilah ia air liur dan air masin itu jadilah air mata dan air hanyir itu jadilah air hidung dan air pahit itu jadilah ia tahi telinga. Kata Abana A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawa Allaha Taa’laya menjadikan Adama A’layaha Al Salama itu daripada tujuh petala bumi. Pertama kepalanya daripada tanah Hindi dan tulangnya daripada tanah bukit Kaf dan zakarnya daripada tanah Babil dan belakangnya daripada tanah A’rafah dan hatinya daripada tanah Syurga Janata Al Faradawasa dan lidahnya daripada tanah Thoif dan kedua matanya daripada tanah Hawadho. Kerana bahawasanya akan kepalanya itu daripada tanah Bayata Al Maqodasa itu akan tempat budi dan mukanya daripada tanah syurga itu akan tempat perhiasan dan kedua matanya daripada tanah Hawadho akan pandangnya dan kakinya daripada tanah Hindi itu akan tempat berjalan dan zakar daripada tanah Babil itu akan tempat syahwatnya dan tulangnya daripada tanah Jabal Kaf itu akan tempat kuatnya dan lidahnya daripada tanah Thoif akan tempat berkata-kata. Maka dijadikan Allaha Taa’laya di dalam tubuh anak Adam sembilan pintu iaitu pada sekepalanya liang hidung kedua dan lubang telingan kedua dan maka kedua dan mulut dan dubur dan zakar. Maka dipakaikan kepadanya pancaindera lima maka penglihat pada mata dan pendengar pada telinga dan pencium padda hidung dan dan perasa pada mulut dan penjabat pada tangan.

Maka terhantarlah lembaga Adam di atas bumi maka sembah segala malaikat “Ya tuhanku hikmat apa demikian ini?”. Laqowalaha Taa’laya Wa Aza Qoala Rabaka Lalamalakata Anaya Jaaa’la Faya Al Aradho Kholayafata ertinya bahawa aku hendak menjadikan raja dalam bumi ini akan gantiku maka sembah segala malaikat Laqowalaha Taa’laya Qoalawaa Atajaa’la Fayahaa Mana Yafasada Fayahaa Wa Yasafaka Al Damaa Wa Nahana Nasabaha Bahamadaka Wa Naqodasa Laka ertinya sembah segala malaikat “Siapakah kau jadikan kepada raja itu ialah yang berbuat fasad di dalam bumi ini dan menyiruskan darah sama sendirinya. Bermula akan kami senantiasa mengucap tasbih memuji dikau dengan taqodayasa kami bagimu”. Laqowalaha Taa’laya Anaya Aa’lama Maa Laa Taa’lamawana ertinya Aku jua yang tahu pada barang yang tiada kamu ketahui.

Bermula telah beberapa lamanya maka Iblis pun lalu dengan tenteranya kerana bahawa pada ketika itu Iblis a’layaha laa’nata raja di dalam bumi ini. Maka dilihatnya lembaga Adam itu maka kata Iblis pada malaikat “Inilah Kholifat yang akan dijadikan Allaha Taa’laya di atas bumi”. Maka sahut malaikat “Bahkan ialah akan jadi raja atas bumi ini”. Maka kata Iblis laa’nata Allaha “Jikalau rupa ini aku disuruh membinasakan dia dengan mudahnya juga kubinasakan dan jikalau aku dititahkan Allaha menyembah dia atau turut katanya nescaya tiadalah aku menyembah dia dan tiada aku mahu menurut katanya pun” serta diludahnya pada sama tengah tabak itu maka disapu oleh malaikat yang menunggui lembaga itu jadilah pusat Adam dan pada suatu kaul jadilah lambung dada anak Adam.

Tetapi nyawa yang suci itu lagi di dalam pendil tergantung di bawah Arash Allaha mengucap tasbih memuji Allaha juga kerjanya maka dengan hikmat tuhan seru alam bahawa alam pendil itupun putuslah maka gugur setitik daripada pasak pendil itu kebawah tujuh lapis langit lalu sampai kepada lembaga itu maka nyawa itulah cahaya Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka rahsia itupun dicampurkan dengan tanah lembaga itu dimesrakan diambil sedikit maka firman Allaha Taa’laya kepada Jibril “Bawalah tanah yang bercampur dengan ruh itu ke dalam syurga”. Maka dicampurkan dengan kasturi dan ambar dan zakfrun dan kapur. Maka oleh Jibril dicampurkannya sekelian itu maka firman Allaha Taa’laya “Bawalah tanah yang cahaya kenakan pada dahi lembaga Adam” maka dikerjakan oleh Jibril seperti suruh tuhan itu maka firman Allaha Taa’laya kepada Jibril dan Mikail dan Israfil dan Izrail “Pada seorang-seorang kamu dengan tujuh ribu malaikat serta kamu maka bawalah oleh kamu tabak yang berisi nyawa Adam itu”. Hataya maka nyawa itu dibawa malaikat sekelian itu kepada lembaga badan Adam itu. Maka nyawa itu dihantarkan dikepala Adam maka firman Allaha Taa’laya kepada nyawa itu “Masukkan engkau ke dalam jasad ini bahawa badan inilah tempatmu diam”. Maka tujuh kali dikelilingkan nyawa itu kepada lembaga Adam itu maka segala malaikat menantikan nyawa itu masuk maka sembah nyawa “Ya tuhanku bahawa aku ini ruh yang amat lathoyafa dengan cahayaku maka betapa aku masuk pada rumah yang kelam ini”. Firman Allaha Taa’laya Yadakhola Karahaa Wa Takhoraja Karahaa ertinya masuk pun digagahi dan tatkala keluarmu pun digagahi jua. Kelakian maka nyawa itupun masuk ke hidung kira-kira dua ratus tahun lamanya.

Setelah itu maka nyawa itupun lalu ke otak Adam maka terbukalah mata Adam maka nyawa itupun datang pada rongkongan Adam dan turun kepada dada Adam dan lalu ke pusat Adam maka di hantarkan Adam tangannya ke bumi. Maka Adam hendak duduk tiada dapat maka kata segala malaikat perangai ini amat gopoh lagi setengah badannya tanah bahawa hendak duduk. Laqowalaha Taa’laya Wa Kaana Al Anasana A’jawalaa ertinya menjadikan manusia itu perangainya amat gopoh maka sampailah nyawa pada segala rongga-rongga dan lengkaplah nyawa itu pada segala tubuh Adam maka jadilah daging dan darah. Maka hiduplah Adam A’layaha Al Salama. Hataya maka bersinlah Adam maka ilham didengarkan Adam firmannya “Hai Adam ucap olehmu Al Hamada Lalaha Raba Al A’lamayana” maka mengucaplah nabi Adam A’layaha Al Salama maka datang balas dianugerahkan Adam “Yarahama Rabaka Yaa Adama” ertinya dikasihi tuhan engkau hai Adam inilah nagarahku kepadamu akan balas pujimu itu hai Adam. Maka dijadikan Allaha Taa’laya asap daripada roh Adam itu maka disuruh pada Jibril asap roh itu kerana asap itu ada hikmatku dalamnya dan kujadikan seorang daripada asap itu. Ialah bernama A’yasaya A’layaha Al Salama. Hataya maka ditaruh Jibril dengan sempurnanya dipeliharakannya datang pada A’yasaya jadi nabi.

Kelakian maka nabi Adam pun berdirilah maka dipakaikan dengan pakaian kemenangan maka bertambah-tambahlah tiap-tiap hari kebajikan Adam tiada bercampur dosa serta kemenangan maka sempurnalah kejadian Adam. Maka dipakaikan pakaian dari dalam syurga makota dan seberhana perhiasan maka ditanggungkan diatas leher malaikat. Maka terbitlah cahaya daripada muka Adam A’layaha Al Salama datang ke bawah Arash Al Rahamana maka disuruh arak pada segala malaikat tawaf berkeliling langit supaya nabi Adam melihat yang ajaib-ajaib yang indah-indah barang yang di dalam langit itu supaya bertambah yakin Adam akan kebesaran tuhan. Adapun lamanya kira-kira seratus tahun maka di nagarahkan Allaha Sabahana Wa Taa’laya akan nabi Adam seekor kuda daripada kasturi yang harum baunya nama kuda itu Mayamawana dan kedua sayapnya daripada mutiara dan marjan maka dinaikkan Jibril akan Adam keatas kuda itu. Maka dipegang nabi Adam kuda itu maka Jibril dari hadapan dan Mikail dari kanan dan Israfil di kiri dan Izrail dari belakang. Maka tawaflah nabi Allaha Adama A’layaha Al Salama pada tujuh lapis langit maka Adam pun memberi salam pada segala malaikat yang banyak itu. Maka sahut segala malaikat akan salam Adam itu maka firman Allaha Taa’laya “Hai Adam inilah haluan segala mukmin daripada segala anak cucumu datang kepada hari kiamat”.

Bermula pada suatu ceritera tatkala sudahlah nabi Adam diarak pada tujuh lapis langit maka malaikat pula turun ke bumi dengan perhiasannya. Maka firman tuhan seru alam akan segala malaikat Loqowalaha Taa’laya Wa Aza Qolanaa Lalamalakata Asajadawaa LaAdama Fasajadawaa Alaa Abalayasa ertinya firman Allaha akan segala malaikat itu sembahlah oleh kamu Adam atas sujud sekali kepadanya itulah sujud tahayata namanya bukannya sujud kebaktian. Bahawa sujud kebaktian itu kepada Allaha Taa’laya jua tiada harus akan yang lain. Maka malaikat itu pula sujud pada nabi Allaha Adam melainkan Iblis jua yang tiada mahu sujud. Tiada pula Allaha Taa’laya menyuruhkan segala itu sujud maka sekelian mereka itupun pun sujud maka di dalam itu oleh segala malaikat angkatkan kepalanya dilihatnya Iblis tiada mahu sujud. Maka tahu segala malaikat yang banyak itu maka katanya di dalam hatinya “Siapa tiada mahu sujud itulah Iblis dan ialah menjadi Iblis”. Maka segala malaikat itupun sekali lagi sujud syukur namanya. Hataya memuji kurnia tuhan akan Adama A’layaha Al Salama dan “tiada kami menurut ya tuhanku kepada yang tiada apa bahananya akan firman tuhan itu. Kami ini bahawasanya segala firman tuhan seru alam kami junjung dan kami ikut”.

Maka firman tuhan akan Iblis itu Laqowalaha Taa’laya Yaa Abalayasa Maa Manaa’ka Ana Tasajada Lamaa Kholaqota Bayadaya ertinya Hai Iblis siapa menegahkan engkau sujud pada yang kujadikan dengan tanganku. Maka kata Iblis Laqowalaha Taa’laya Anaa Khoyara Manaha Kholaqotanaya Mana Naara Wa Kholaqotaha Mana Thoyana ertinya Ya tuhanku aku terlebih baik daripadanya bahawa aku jadikan daripada cahaya api dan kau jadikan Adam itu daripada tanah yang kelam tiada harus cahaya menyembah kelam. Qoala Allaha Taa’laya Faakhoraja Manahaa Faanaka Rajayama Wa Ana A’layaka Laa’nataya Alaya Yawama Al Dayana ertinya Hai Iblis bahawa keluarlah engkau daripada malaikatku dan engkaulah yang dilontar malaikatku laknatku atasmu hingga datang pada hari kiamat yakni hari akhirat. Maka firman tuhan alam “Hai Iblis keluarlah engkau dibawah langitku dan dari atas bumiku dan keluarlah engkau daripada rupa malaikatku. Masuklah engkau pada rupa Iblis” dan matanya yang dikepalanya itu rang perut terbandil maka barangsiapa melihat dia nescaya tahulah ia itulah Iblis yang derhaka. Ialah yang membantahi firman tuhan yang maha tinggi dan menurutkan takburnya. Maka firman tuhan seru alam “Ikrarlah engkau akan dirimu hai Iblis” pun ikrarlah akan dirinya Iblis itu.

Setelah itu maka berdatang sembah Laqowalaha Taa’laya Faanazhoranaya Alaya Yawama Yabaa’tawana Qoala Faanaka Mana Al Manazhorayana Alaya Yawama Al Waqota Al Maa’lawama ertinya Maka sembah Iblis kerana Adam lah maka aku kau murkai dan nikmatmu kau ambil daripada hambamu tetapi daripada hari ini datang kepada hari kiamat minta janji aku ke hadratmu ya tuhanku perkenankan pinta hambamu maka berani hambamu berdatang sembah ke hadratmu ya tuhanku. Maka firman Allaha Taa’laya “Telahku perkenankanlah pintamu itu berdatang sembahlah engkau hai Iblis”. Laqowalaha Taa’laya Fabaa’zataka Laaghowa Yanahama Ajamaa’yana Alaa A’baadaka Mana Hama Al Makholashoyana ertinya Sembah Iblis demi kemuliaanmu dan demi ketinggianmu bahawa engkau jua yang terlebih mulia terlebih tinggi. Bahawa akan segala anak cucu Adam ini kupohonkan ke hadratmu hambalah menyatakan dunia dan hambalah yang mengupai daripada jalan makmurmu kubawai kepada jalan yang sesat dan diikutnya barang kata hambamu supaya ia bersama dengan daku masuk neraka. Bahawa melainkan segala hambamu yang pilihan itu jua yang tiada tersamu olehku dan tiada tertawan olehku kerana mereka itu menyunjung firmanmu serta dengan ilmunya yang kau anugerahkan kepadanya itu. Maka firman tuhan alam “Hai Iblis telah kuperkenankanlah pintamu itu selama engkau hingga datang kepada hari kiamat. Setelah itu maka Iblis pun berdendamlah hatinya akan Adam dan akan segala anak cucunya mencari jalan akan persesat Adam dan anak cucunya hanya itulah akan kerjanya yang senantiasa di masygulkan. Laqowalaha Taa’laya Qoala Fa Al Haqo Wa Al Haqo Aqowala Laa Malaana Jahanama Manaka Wa Mamana Tabaa’ka Mana Hama Ajamaa’yana ertinya firman Allaha Aku jua yang terlebih tahu akan sembahmu bahawa neraka itu kupenuh sebab engkau segala yang menurut katamu dan mengerjakan segala pekerjaanmu.

Sumber: Kitab Al Qoshsho Al Anabayaa

No comments:

Post a Comment