Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, July 16, 2012

Alamat Kiamat


Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama

Al Baaba Al Saabaa’ Faya Sharawatho Al Qoyaamata Wa Maa Yataa’laqo Bahaa

Bermula bab yang ketujuh pada menyatakan alamat kiamat dan barang yang bergantung ia dengan dia. Shahdan tersebut di dalam hadis nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama bahawa tatkala di kehendaki Allaha Taa’laya akan membinasakan negeri maka di seksanya segala isi negeri itu seperti firman Allaha Taa’laya Wa Ana Mana Qorayata Alaa Nahana Mahalakawahaa Qobala Al Qoyaamata Awa Maa’za Bawahaa A’zaabaa Shadayadaa ertinya tiada suatu qorayata itu melainkan kami membinasakan akan dia dahulu daripada hari kiamat atau kami azab akan dia akan sebagai azab yang sangat.

Dan adalah segala negeri yang di binasakan Allaha Taa’laya itu negeri Makah yang Masharafaha itu di binasakan Allaha Taa’laya dengan kaum Habshah dan negeri Madayanaha (Madinah) Maa’zhomaha itu di binasakan Allaha dengan kelaparan dan negeri Bashoraha (Basrah) di binasakan Allaha Taa’laya dengan karam dan negeri Kawafaha (Kufah) di binasakan dengan sebab di alahkan oleh kaum Tarakaya (Turki) dan negeri Aramanayaha (Armaniah) di binasakan dengan lumpur dan rendah maka jadi limpahlah air ke dalam negeri itu maka matilah segala isi negeri itu dan benua Khoraasaana (Khurasan) dan negeri Ashofahaana (Asfahan) dan negeri Faarasa (Paris) berbunuh-bunuhan mereka itu sama sendirinya maka matilah mereka itu dan negeri Yamana di binasakan Allaha Taa’laya dengan belalang dan negeri Hanadasataana (Hindustan) di binasakan dengan air sabaq dan negeri Anadalasa (Andalus) iaitu benua maghrib di binasakan dengan kering air sungai dan negeri Mashora (Mesir) di binasakan dengan tiada air sungai Nil.

Ketahui olehmu bahawa alamat kiamat itu amat banyak yang menyampaikan akan dia oleh setengah mereka itu kepada lima ratus maka terbahagi ia atas dua bahagi. Pertama alamat yang kecil dan keduanya alamat yang besar maka alamat yang kecil itu setengahnya bangkit nabi Mahamada Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama kerana sabda nabi A’layaha Al Salama Baa’tsata Anaa Wa Al Saaa’ta Kahaatayana Wa Ashaara Ba Al Sabaabata Wa Al Wasathoya ertinya di bangkit akan daku dan pada hal bermula kiamat itu seperti dua ini dan isyarat ia dengan telunjuk dan jari tengah.

Dan setengah daripadanya di ambilkan akan a’lama dengan mati ahlinya dan zahir segala jahil dan banyak berzina dan berjual beli manusia dengan riba dan banyak gempa bumi dan terlebih bulan dan di tegahkan segala syaitan daripada naik ke langit dan mengamankan orang yang khianat dan khianat akan orang yang aman dan banyak derhaka akan dua ibubapa dan menjadikan orang besar akan kanak-kanak dan berpanjangan di dalam negeri dan banyak fasik segala negeri dan banyak fitnah di dalamnya. Dan setengah daripadanya meminum arak dan banyak perempuan dan sedikit laki-laki hingga adalah bagi lima puluh orang perempuan itu orang yang memeliharakan laki-laki seorang jua dan setengah daripadanya maka memuliakan yang hina. Telah bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama Laa Taqowama Al Saaa’ta Yakawana Asaa’da Al Naasa Ba Al Dayanaa Lakaa’ Abana Lakaa’ ertinya tiada berdiri kiamat hingga adalah manusia dengan dunia itu menjahat-jahat daripada anak yang jahat yakni demikian itu yang hina daripada segala manusia.

Dan telah menyebut oleh Al A’raafa Al Shaa’raanaya berkata ia telah meriwayat oleh Taramazaya daripada Sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha berkata ia bersabda nabi Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama “Apabila berbuat umatku lima belas perkara nescaya turun dengan dia oleh bala” di kata orang “Dan apa ia ya rasul Allaha”. Maka sabdanya Azaa Kaana Al Maghonama Dawalaa Wa Al Amaanata Maghonamaa Wa Al Zakaata Maghoramaa Wa Athoaa’ Al Rajala Zawajataha Wa A’qoamaha Wa Hafaa Abaaha Wa Aratafaa’ta Al Showaata Faya Al Masaajada Wa Kaana Zaa’yama Al Qowama Arazala Hama Wa Akarama Al Rajala Makhoafata Sharaha Wa Sharabata Al Khomara Wa Labasa Al Harayara Wa Atahazata Al Fayanaata Wa Al Maa’arafa Wa Laa’na Akhora Hazaha Al Amata Awa Lahaa Falayara Taqobawaa A’nada Zalaka Rayahaa Hamaraa Awa Khosafaa Awa Masakhoa ertinya apabila adalah ghonimah itu di ambil oleh raja-raja dan harta amanah itu jadi rampasan dan harta zakat itu di bilang akan rugi dan taat laki-laki akan isterinya dan derhaka ia akan ibunya dan mensia-sia ia akan bapanya dan mengangkatkan suaranya di dalam masjid dan adalah orang besar segala kaum itu kurang-kurang daripada mereka itu dan di muliakan laki-laki itu kerana takut akan kejahatannya dan di minumkan arak dan memakai akan sutera dan di ambilkan akan perempuan yang bernyanyi dan memalu palu-paluan dan melaknat oleh yang akhir daripada umat ini akan yang awalnya. Maka hendaklah menanti oleh mereka itu pada ketika demikian itu angin yang merah atau tersalam bumi atau mansuh jadi binatang.

Dan di tambahkan pada riwayat yang lain atas lima belas itu iaitu dan menuntut ilmu kerana bukan mendiri akan agama dan penghulu kabilah itu orang fasik daripada mereka itu dan adalah zaa’yama segala kaum itu orang yang kurang-kurang daripada mereka itu. Dan pada suatu riwayat daripada Abaya Al A’alayata tiada berdiri kiamat itu hingga berjalan Iblis laa’nata Allaha pada segala jalan dan pada segala pekan dan berkata ia “Telah mekhabarkan akan daku oleh si anu daripada rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dengan bagian dan bagian” pada hal mengada-ngada dan dusta.

Dan setengah daripada alamat kiamat itu zalim segala hukum dan tiada baik pada segala hukum dan banyak segala harta mazholamaha dan orang yang mengerjakan dosa dan sedikit amanah dan banyak khianat dan sedikit a’lama dan banyak jahil. Maka tersebut di dalam hadis bahawasanya Allaha Taa’laya tiada mengambil ia akan ilmu itu meninggal daripada hati seorang dan tetapi dengan sebab mati a’lama hingga apabila tiada tinggal orang yang alim, mengambil oleh manusia itu akan orang yang jahil maka mafatawaya oleh mereka itu dengan tiada pengetahuan maka sesat mereka itu dan menyesat oleh mereka itu akan manusia.

Dan setengah daripadanya tiada laku perjualan pekan dan sedikit berkat pada segala rezeki dan banyak mengadu daripada segala manusia sedikitlah orang yang engkau dapat akan dia melainkan dan zahir bagi engkau mengadu dan pada hal ada di sisinya barang yang memadai ia akan dia. Dan setengah daripadanya banyak riba dan mahsyurnya pada berjual beli maka engkau dapat pada gholib akan orang yang fasik yang memberi untung ia sepuluh dengan bayar lima belas dan barang yang banyak ia dan barang yang sedikit ia. Maka tersebut di dalam hadis tiada berdiri kiamat dan atas muka bumi itu rumah melainkan dan di dalamnya itu riba, jika tiada mengenai ia akan dia daripadanya nescaya mengena ia akan dia daripada debunya atau daripada sahabatnya atau taulannya atau kerabatnya.

Dan setengah daripadanya mengambil Qoraana itu buat nyanyi yang bernyanyi ia dengan dia di dalam Shodara Majalasa yakni majlis yang atas-atas dan di dalam pekan dan di dalam tempat Qohaawaya. Dan setengah daripadanya meramaikan tempat Qohaawaya terlebih banyak daripada masjid yang ialah yang tempat ibadat dan zikir dan faedah agama dan tempat Qohaawaya itu tempat mengumpat dan mengadu-ngadu dan tempat segala yang fasad. Dan setengah daripadanya barang yang membaharu-baharu pada zaman ini daripada meminum asap maka bahawasanya bidaah yang keji pada sekelian agama dari kerana bahawasanya melalaikan daripada zikir Allaha Al Wahada Al Dayaana. Dan telah berkata Mahaqoqo Al A’laamata Al Amayara pada kitab majmuknya bermula Qohaawaya dan dakhoana (asap) itu mendatangi akan keduanya itulah beberapa hukum yang lima sekira-kira ehwal manusia pertama haram dan kedua wajib dan ketiga makruh dan keempat sunat dan kelima harus dan tiada menafikan keadaannya bidaah setengah daripada alamat kiamat.

Dan setengah daripadanya mengambil sorongan atas hukum hingga jikalau datang oleh dua orang yang berdakwa kepada hakim, seorang atas sebenarnya dan yang satu lagi itu atas bathil maka menjanji akan dia oleh yang bathil itu dengan rasuah yakni sorongan bagi harta sertanya dan meninggal yang sebenar itu nescaya memperbuat oleh hakim itu. Dan atas inilah hadis bermula qadhi itu tiga bahagi satu qadhi di dalam syurga dan dua qadhi di dalam neraka. Adapun qadhi di dalam syurga itu iaitu yang alim ia dan menghukum dengan pengetahuannya dan dua qadhi di dalam neraka itu pertama alim ia dan hukum ia dengan mengikut hawa nafsu dan satu lagi itu yang jahil ia dan menghukum ia dengan jahilnya inilah alamat yang kecil.

Adapun alamat yang besar itu sepuluh perkara seperti telah berkata Sheikh Ahamada Al Nafaraawaya atas risalatnya bagi kiamat itu beberapa alamat yang wajib beriman dengan dia. Dan iaitu atas dua bahagi pertama Kabaraya dan keduanya Shoghoraya maka yang Shoghoraya itu telah lalu dan yang Kabaraya itu sepuluh yang muafakat a’lama itu lebih lima perkara. Pertama keluar Dajaala dan kedua turun nabi A’yasaya abana Marayama daripada langit yang kedua dan ketiga keluar Daabata Al Aradho dan keempat keluar Yaajawaja Wa Maajawaja dan kelima naik matahari daripada pihak maghribnya. Dan lima perkara ikhtilaf padanya pertama tersalam bumi dengan masyrik dan tersalam dengan maghrib dan tersalam dengan jazirah A’rab dan asap dengan negeri Yaman dan api keluar ia daripada telaga negeri A’dana berjalan ia serta manusia sekira-kira berjalan mereka itu dan berkata ia serta mereka itu sekira-kira berkata mereka itu hingga menghalau ia akan mereka itu kepada padang Mahashara.

Dan bersalahan a’lama pada zahir Safaanaya (Safiyani) maka di kata setengah daripada alamat Kabaraya dan hendaklah kami memulai dengan menyebutkan Safiyani maka kami kata bahawasanya laki-laki daripada zuriat Abaya Safayaana bana Haraba Al Amawaya zahir ia dengan negeri Yaman, berjalan ia dengan manusia akan perjalanan yang baik hingga bahawa zahir pekerjaannya dan telah tetap kelakuannya. Kemudian berbalik ia atas segala manusia dengan celaka maka membunuh ia akan ahli pekan dan menghina ia dengan orang yang sholeh-sholeh dan segala a’lama yang besar-besar. Dan menjalan ia pada manusia akan sebagai jalan yang jahat dan keluar ia dengan tentera yang amat banyak lagi mengejuti hingga sampai berkesudahan kepada negeri Sham dan berhimpun atasnya beberapa kabilah yang di namakan dia Bani Kalaba serta saudaranya.

Bermula mereka itu terlebih banyak manusia bilang-bilangannya dan tersebut di dalam tazkirah Al Qorathobaya (Al Qurtubi) membangkit oleh Safiyani itu akan rakyat kepada negeri Kufah padanya lima belas ribu orang berperang berkuda dan membangkit ia akan tentera yang lain pula kepada Makah kerana berperang akan Amama Mahadaya (Mahdi) dan akan orang yang mengikut akan dia. Maka adapun tentera yang pertama maka bahawasanya sampai ia kepada Kufah dan mengalah ia atas negeri Kufah dan menawan ia akan orang yang ada padanya daripada segala perempuan dan segala kanak-kanak dan membunuh ia akan segala laki-laki yang baligh dan mengambil ia akan barang yang di dapat ia akan dia padanya daripada segala harta kemudian kembali oleh tentera itu maka jadi gempalah dengan masyrik. Maka mengikut akan mereka itu oleh seorang amir daripada segala Amaraa Banaya Tamayama (Penghulu Bani Tamim) di kata orang baginya Shaa’yaba bana Shoalaha maka melepas oleh Safiyani itu akan barang yang di dalam tangan mereka itu daripada tawanan dan kembali ia akan dia kepada Kufah.

Dan adapun tentera yang kedua yang di bangkit oleh Safiyani itu maka bahawasanya sampai ia kepada Madinah maka berperang oleh mereka itu akan ahli Madinah tiga hari kemudian masuk oleh mereka itu akan dia akan lemah dan alah menawan oleh mereka itu akan barang yang di dalamnya daripada ahli dan anak-anak. Kemudian berjalan mereka itu pada pihak Makah kerana berperang Imam Mahdi dan orang sertanya maka tatkala sampai mereka itu kepada Bayadaa iaitu tempat antara Madinah dan Makah nescaya mansuh akan mereka itu oleh Allaha Taa’laya sekeliannya dan bermula demikian itulah firman Allaha Taa’laya Walawa Taraya Aza Fazaa’waa Falaa Fawata Wa Akhozaa Mana Makaana Qorayaba ertinya jika engkau lihat ya Mahamada pada ketika mereka itu terkejut mereka itu maka tiada luput seorang jua pun dan di ambil akan mereka itu daripada tempat yang hampir.

Telah berkata Al A’arafa Al Shaa’raanaya dan di namakan Safiyani itu A’rawata bana Mahamada Al Safayaanaya (Arawat bana Muhammad Al Safiyani) telah berkata Shaa’ranaya dan tersebut dalam hadis bahawa Hazayafaha radhoya Allaha a’naha berkata ia “Ya rasul Allaha, betapa halal membunuh akan mereka itu bermula mereka itu muslimun lagi mentauhidkan Allaha Taa’laya” maka bersabda nabi Sholaya Allaha A’kayaha Wa Salama “Hanya iman mereka itu atas murtad”.  Telah berkata Al A’arafa Al Shaa’raanaya dan dari kerana bahawa mereka itu Khowaaraja dan berkata mereka itu dengan ijtihad mereka itu bahawa arak itu halal dan serta demikian itu bahawasanya mereka itu berperang mereka itu seperti firman Allaha Taa’laya Anamaa Jazaa Alazayana Yahaarabawana Allaha Al Ayaata hanya sungguhnya balas segala mereka itu yang perang oleh mereka itu akan Allaha hingga akhir ayat.

Kemudian di sebut di dalam hadis yang lain pula pada membayaat Al Mahdi bahawa Mahdi itu berkata ia “Hai segala manusia, keluarlah kamu kepada berperang akan seteru Allaha dan seteru kamu” maka di perkenankan oleh mereka itu akan dia dan tiada derhaka mereka itu baginya akan suatu suruhnya maka keluar Mahdi dan orang yang sertanya daripada muslimin daripada Makah kepada Sham kerana berperang akan Arawat bana Muhammad Al Safiyani dan orang yang sertanya daripada bani Kalaba dan bagi Imam Al Sayawathoya pada barang yang bergantung dengan Mahdi hingga bahawa berkata ia “Adapun Al Safiyani maka di bangkitkan kepada Makah akan tentera daripada Sham maka terkelam dengan mereka itu dengan tempat yang bernama Bayadaa. Maka tiada lepas daripada mereka itu melainkan seorang jua yang mekhabarkan kepada Safiyani bahawa segala askar itu sudah binasalah”.

Maka tatkala mendengar Safiyani akan kata laki-laki itu maka iapun menghimpun segala askar lalu berjalan ia berhadap kepada Makah dan berjalanlah  Imam Mahdi itu dengan segala orang yang sertanya berhadap kepada Safiyani maka berperanglah Mahdi itu dengan Safiyani itu maka dengan takdir Allaha adalah penolong bagi Imam Mahdi maka Safiyani pun pecahlah perangnya dan di sembelih orang akan Safiyani itu dan iaitu laki-laki daripada anak Khoalada bana Yazayada abana Abaya Safayaana, tambung tubuhnya dengan mukanya bekas cacar dan dengan matanya fasik putih, keluar ia daripada pihak negeri Damsyik dan kebanyakan orang yang mengikut akan Safiyani itu daripada bani Kalaba berbuat ia akan orang yang berbuat dan membunuh ia akan kabilah Qoyasa maka menyenang oleh Allaha Taa’laya akan segala muslimin daripadanya dengan sebab zahir Imam Mahdi.

Dan setengah riwayat bahawasanya Safiyani itu di beri kelam dengan dia serta askarnya dengan tempat yang bernama Bayadaa telah menakal akan dia oleh alamat Al Nafaraawaya daripada tafsir Nasafaya maka mudah-mudahan merada dengan kena sembelih Safiyani itu daripada riwayat Al Sayawathoya Al Zaharaya yang iaitu adalah amir daripada pihaknya dan yang demikian itu dari kerana bahawasanya di sebut daripada Nasafaya bahawa segala sahabat Al Safiyani itu adalah ia tiga faraqah, satu faraqah tinggal ia dengan negeri Kufah dan satu faraqah berjalan ia pada pihak Al Saraya dan satu faraqah datang ia akan Madinah dan atas mereka itu seorang laki-laki daripada bani Zaharaha. Maka mahashora oleh mereka itu akan ahli Al Madinah maka membunuh ia di dalam Madinah itu akan sebagai bunuh yang amat banyak hingga sampai darahnya akan kepala yang kena potong. Dan membunuh ia daripada ahli bayata rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama iaitu seorang laki-laki dan seorang perempuan dan nama laki-laki itu Mahamada dan nama perempuan itu Fathomaha dan menilik oleh mereka itu akan keduanya padahal bertelanjang keduanya.

Maka pada ketika demikian itulah bersangatan marah Allaha Taa’laya atas mereka itu dan sampailah wali Allaha Imam Mahdi maka keluar ia di dalam tiga puluh laki-laki. Maka sampai khabarlah akan segala orang yang mukmin oleh keluar Mahdi itu maka datanglah mereka itu akan Imam Mahdi itu daripada sekelian pihak negeri dan rindu mereka itu kepada Mahdi itu seperti rindu unta kepada anaknya hingga bahawa berkata oleh orang yang empunya cerita ini maka apabila selesai ia daripada mebayaah akan manusia itu membangkit ia akan beberapa kuda kepada Madinah. Atas mereka itu seorang laki-laki daripada ahli bayatanya maka berperang ia akan Zaharaya maka terbunuh daripada tiap-tiap dua faraqah akan sebagai bunuh yang banyak dan memberi rezeki Allaha Taa’laya akan walinya akan mendapatkan kemenangan maka di bunuhkan akan Al Zaharaya dan di bunuhkan segala sahabatnya maka rugilah pada hari itu orang yang rugi daripada ghonimah bani Kalaba dan jikalau dengan tali sekalipun.

Maka apabila sampai khabar akan Safiyani daripada demikian itu keluarlah ia daripada negeri Kufah di dalam tujuh puluh ribu askarnya hingga apabila sampai akan Bayadaa oleh askarnya dan ia berkehendak akan perang wali Allaha dan akan meroboh akan Bayata Allaha tiba-tiba antara demikian itu dengan Bayadaa. Tiba-tiba   seorang laki-laki berkuda daripada askarnya maka keluar laki-laki itu pada menuntut akan Safiyani. Dan telah di bangkit oleh Allaha Taa’laya akan Jibril maka memukul ia akan bumi itu dengan kakinya maka di tenggelam oleh Allaha A’za Wa Jala dengan Safiyani dan segala sahabatnya dan kembali laki-laki itu mendatang ia akan kudanya maka berhadap akan dia oleh Jibril maka bertanya oleh laki-laki itu “Apa gempa ini di dalam askar” maka lalu memukul akan dia oleh Jibril dengan sayapnya maka berpaling mukanya ke belakang pada tempat tengkoknya maka berjalan ia undur belakang. Wa Allaha Aa’lama
                       
Sumber : Kitab Kashafa Al Ghoyabayaha (Kashaf Al Ghaib)

No comments:

Post a Comment