Ba Sama Al Laha Al Rohamana Al Rohayama
Bacalah dengan nama tuhan kamu yang menjadikan. Menjadikan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan tuhan kamu yang keramat. Yang mengajarkan dengan kalam. Mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya. Al A'laqo

Monday, June 6, 2011

Perang Handak dan Badar

Laa Fataya Alaa A'laya, Laa Sayafa Alaa Zawa Al Faqora
Tiada berani selain A'laya, Tiada pedang selain Zawa Al Faqora



Maka kerajaan Handak pun terlalu besar kerajaannya maka terdengarlah oleh hulubalang Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama yang bernama A’laya radhoya Allaha a’naha itu terlalu amat gagah dan beraninya. Shahdan termahsyurlah nama baginda A’laya menantu kepada rasul Allaha A’layaha Wa Salama itu. Beberapa banyak negeri kafir yang dialahkan baginda itu. Shahdan banyaklah berhala itu habis dirobohkan oleh baginda itu. Maka raja Handak pun menyuruh segala hulubalangnya dan segala anak raja-raja yang dibawahnya serta baginda pun menyuruh memanggil anakanda baginda itu. Maka titah baginda “Hai anakku raja Badar apalah bicara anakku sekarang ini kerana kita dengar hulubalangnya Mahamada yang bernama A’laya itu terlalu amat gagahnya. Habislah kaum kita ini dialahkannya. Shahdan tuan kita berhala itu pun habislah dibinasakannya. Sekarang baiklah kita menyerang Makah dan Madinah itu kita alahkan dan kita jadikan hutan segala. Shahdan A’laya itu pun kita lenyapkan ia dari dalam dunia ini lagi nescaya habislah kaum kita dibunuhnya”. Maka kata raja Handak “Jikalau demikian itu baiklah kita anakku pergi himpunkan segala rakyat hulubalang dan lagi menteri-menteri segala kita”. Sudah ia berkata itu maka sembahlah raja Badar “Benarlah seperti kata titah shah alam itu” maka raja Badar pun keluarlah menghimpunkan rakyat bala tenteranya dan sekeliannya. Maka berhimpunlah segala rakyatnya ke padang Hanayana (Hunain) itu maka titah baginda raja Handak “Hai anakku perjamulah olehmu akan segala raja-raja Hanayana menteri hulubalang kita sekelian”. Sudah demikian itu maka raja Badar pun berjamulah segala raja-raja dan menteri hulubalang sekelian makan minum tujuh hari tujuh malam bersuka-sukaan. Setelah sudah makan minum itu maka titah raja Handak itu “Hai anakku tujuh hari lagi kita berangkat”.

Maka dengan takdir Allaha Sabahana Wa Ta A’laya maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jibril “Pergilah engkau kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama kekasih. Bawalah olehmu firmanku ini Adapun akan raja Handak itu anak kepada nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama tatkala dipindahkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqa. Maka sekarang ini banyaklah raja-raja yang takluk dibawah kepadanya dua keti sembilan laksa empat ribu lain daripada rakyat bala tenteranya yang tiada terpemanai dan tiada terhisabkan lagi melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang amat mengetahui banyaknya. Kemudian dari itu apabila datang ke Makah dan ke Madinah nescaya rosaklah Makah dan Madinah dan Kaabah Allaha Ta A’laya pun rosaklah”. Maka firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya akan bunyinya demikian “Janganlah engkau takut dan janganlah engkau bimbangkan Handak kemudian maka datang bantu daripada tuhanmu bantuan hulubalang tujuh puluh ribu malaikat akan tetapi hendaklah dihalaukan oleh kekasihku itu antara sebulan perjalanan jauhnya daripada negeri Makah dan Madinah itu”. Maka firman Allaha Ta A’laya “Barangsiapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itulah perang sabil namanya itulah syurga akan dibalas. Hai Jabarayala turunlah engkau kedunia”.

Maka Jabarayala pun turunlah ke dunia kepada nabi Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka pada masa itu nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun baharu membaca quran sejam lamanya itu maka Jabarayala pun datang lalu memberi salam demikian bunyinya “Al Salama A’laya Kama, Ya Hababa Allaha” maka di sahut oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama demikian bunyinya “Wa A’laya Kama Al Salama, Ya Hababaku Jabarayala”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Apa firman Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang tuan hamba bawa ini?”. Maka sahut Jabarayala “Ya Habaya Allaha, hamba datang ini menjunjung firman Allaha Ta A’laya yang maha mulia demikian bunyinya “Adapun akan raja Handak kepada nabi Allaha Sulaiman tatkala di pindahkan Allaha nya daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqo maka jadilah zalim mereka itu daripada agama nabi Allaha Sulaiman kemudian maka sekarang ini segala raja2 yang takluk kepada baginda itu dua keti sembilan laksa empat ribu. Adapun akan rakyatnya tiada terpemanai banyaknya melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya jua yang amat mengetahui bilangan. Sekarang ini sudah berhimpunlah di padang Hanayana itu. Sungguhpun demikian itu jangan tuan hamba takut dan gentarkan raja Handak dan raja Badar itu kerana lagi akan datang bantu daripada tuhanmu tujuh puluh ribu malaikat akan menolong tuan hamba dengan firman Allaha yang maha tinggi itu. Adapun barangsiapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itu maka itulah perang sabil namanya syurga akan dibalasnya tetapi hendaklah tuan hamba dahulukan sekira-kiranya sebulan perjalanan jauhnya daripada Makah dan Madinah. Demikian firman Allaha Ta A’laya hamba bawa ini kepada tuan hamba”. Setelah sudah Jabarayala berkata-kata demikian maka Jabarayala pun kembalilah ke hadrat Allaha Ta A’laya.

Maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun menyuruh memanggil sahabatnya pertama sayadana Abawa Bakara dan kedua sayadana A’mara dan ketiga sayadana A’tamana dan keempat sayadana A’laya radhoya Allaha a’nahama raja segala laki-laki. Maka datanglah mereka itu kehadapan baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka sembahnya “Ya junjungan ku, sebab hamba mustaib ini tuanku panggil?”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Lagi dahulu mamaku Hamzah yang ku harapkan ini sekarang hanyalah anakku A’laya yang ku harap”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya firman Allaha Ta A’laya dan mendengar pula sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka datanglah gembiranya Amayara Al Mawamanayana A’laya raja segala laki-laki. Maka iapun mengenakan perca merah kepada dahinya shahdan lalu memandang Zawa Al Faqora. Maka Zawa Al Jabarawata pun di naiki maka dilompatkannya ke udara yang terang cuaca yang kelam kabut seraya bertempik tiga kali berturut-turut. Langit pun seperti runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan kiamat lakunya tiadalah di sangka bunyinya lagi. Maka terkejut segala raja-raja yang di atas kenderaan itu sekelian habis menangis disangkanya hari kiamat inilah Asarafayala meniup sangkakala itu. Maka sekelian itu pun meminta doa demikian bunyinya “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya Tuhanku ampunilah dosa hambamu. Ya tuhanku, kiamatkah ini atau Asarafayala meniup sangkakala ini?”. Maka kata Jabarayala “Hai sekelian tuan-tuan, janganlah kamu menangis bukannya hari kiamat dan bukannya Asarafayala meniup-niup sangkakala. Inilah suara tempik baginda A’laya radhoya Allaha a’naha menantu rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama akan kedengaran kerana raja Handak itu hendak menyerang Makah dan Madinah. Maka inilah datang gemarannya” maka segala raja-raja kenderaan pun menenangkan sayadana A’laya radhoya Allaha a’naha.

Adapun jauhnya negeri Handak itu sebulan perjalanan tatkala baginda A’laya radhoya Allaha a’naha bertempik itu tiga ribu rakyat raja Handak itu mati mendengar suara tempik baginda A’laya radhoya Allaha a’naha itu. Maka raja Handak pun terkejut seraya bertitah baginda raja Badar demikian bunyinya “Hai anakku bunyi apakah ini? Asarafayala kah meniup sangkakala ini atau hari kiamatkah ini?”. Maka sembah anakanda baginda “Itulah tiada hambamu tahukan alamat itu”. Telah demikian itu maka baginda itu kembali kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu menghimpunkan orang Makah dan orang Madinah sekelian banyaknya tiga laksa empat ribu orang. Adapun hulubalangnya empat orang pertama sayadana Abawa Bakara dan kedua A’mara dan ketiga A’tamana keempat A’laya radhoya Allaha a’nahama. Maka Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha disuruh berlengkap oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Adapun yang berjalan dahulu seorang sayadana A’laya maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun berjalan seperti membawa orang Makah dan orang Madinah. Kemudian daripada itu maka baginda A’laya pun sampailah ke padang Hanayana itu. Maka baginda A’laya pun memandang ke padangnya itu maka dilihat laskar raja Handak yang terlalu banyak tiada terpemanai lagi melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya yang amat mengetahui akan banyaknya. Maka baginda pun yang masuk perang ia takut kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.

Sebermula baginda rasul Allaha berjalan itu terjauhnya maka nabi Allaha pun memandang ke hadrat Allaha Ta A’laya itu menjadi sehari di jalan oleh nabi Allaha itu. Maka baginda pun sampailah ke padang Hanayana itu. Maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun membawa khemah-khemah. Telah sudah maka diberikanlah panji-panji maka panji itupun kelihatan raja Handak dan raja Badar. Tersurat pada panji-panji itu Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha. Maka titah raja Handak “Hai anakku raja Badar, lihatlah olehmu Mahamada itu sebulan perjalanan jauhnya dihalaukan kita ini. Ada berapa banyak rakyat hulubalang. Hai anakku pergilah engkau suruh orang periksa bertanya kepada Mahamada tanyakan berapa hulubalang laskar itu”. Dan dia pun pergilah berjalan pada laskar A’raba maka hulubalang raja Handak itu pun bertemulah dengan laskar A’raba maka lalu ia bertanyakan katanya laskar Handak “Bolehkah kami masuk mengadap raja kamu itu?”. Maka katanya mereka itu “Hai kafir masuklah kamu” maka hulubalang itu pun masuklah ke dalam khemah rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka hulubalang itupun bertemu dengan baginda A’laya maka dilihatlah muka baginda A’laya itu seperti matahari akan terbit rupanya maka hulubalang itupun terkilat-kilat matanya seraya bertanya “Siapa nama tuan hamba ini?” maka sahut baginda A’laya “Akulah menantu rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama” maka katanya baginda A’laya “Hai hulubalang apa kehendakmu itu?” maka kata hulubalang itu “Adapun sahaya ini disuruh oleh raja kami kepada junjungan kamu itu. Akan sekarang di mana ada junjungan kamu itu?”. Maka kata baginda A’laya “Nantilah dahulu aku akan memberitahukan junjunganku dahulu” maka baginda pun pergilah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sembah baginda A’laya “Ya junjunganku ada seorang hulubalang Handak itu hendak mengadap tuanku” maka sembah baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Suruhlah ia kemari” maka baginda A’laya pun keluarlah mendapatkan hulubalang itu “Di suruh masuk engkau hai hulubalang Handak”. Itupun masuk ia mengadap baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama.

Setelah sampai ia kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu lalu ia sujud setelah ia bangkit daripada sujudnya itu maka ia berkata “Ya tuanku, adapun hambamu ini disuruh oleh raja kami menyatakan banyak hulubalang tuan hamba itu dan laskar tuan hamba berapa banyak maka tuanku datang menghalau akan raja kami sebulan perjalanan jauhnya itu”. Maka sabda rasul Allaha “Hai hulubalang raja Handak, adapun rakyatku ini hanyalah tiga laksa empat ribu dan hulubalangku empat orang”. Maka kata hulubalang itu “Mengapakah tuanku menghalau-halaukan sebulan perjalanan jauhnya hendak melawan raja kami. Tidakkah tuanku mendengar khabar hulubalang raja kami terlalu banyak. Ya Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama dan rakyatpun terlalu banyak tiada terpemanai dan tiada terhisab oleh segala makhluk melainkan Allaha Sabahana Wa Ta A’laya jua yang amat mengetahui bilangannya dan segala binatang di dalam hutan sekelian takluk kepada baginda itu. Betapakah tuanku hendak melawan raja Handak itu dan raja Badar”. Maka sabdanya rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Hai orang raja Handak pergi engkau kembali. Kata olehmu kepada raja kamu, jangankan sekelian itu jikalau sepuluh keti sekalipun aku lawan juga dengan firman tuhanku".

Setelah itu maka hulubalang itupun kembalilah ia mengadap raja Handak seraya berdatang sembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun patik tuanku titahkan pergi mengadap raja A’raba itu bertanyakan laskarnya dan hulubalang itu sudahlah patik tanyakan demikian titahnya raja A’raba itu adapun hulubalang itu adanya empat orang dan laskarnya tiga laksa empat ribu. Maka sembah patik tiadakah tuan mendengar khabar rakyat raja kami terlalu banyak tiada terpemanai dan hulubalang pun terlalu banyak. Maka titah raja itu jangankan ini jikalau sepuluh keti pun ku lawan juga jikalau firman tuhanku raba al alamayana”. Setelah di dengar oleh raja Handak dan raja Badar kata hulubalang itu maka titah demikian itu “Janganlah kita berbanyak-banyak lagi jadi hina kita akan dia. Hendaklah engkau suruhkan orang kita itu tiga laksa empat ribu berperang dan hendaklah engkau melarang laskar kita itu supaya jangan kemari”. Setelah di dengar oleh raja Badarnya titah ayahanda demikian itu maka raja Badar pun keluarlah ke padang Hanayana itu maka raja pun berkata demikian katanya “Hai laskarku jangan engkau kemari banyak-banyak kerana rakyat raja A’raba tiada berapa banyak”.

Setelah demikian maka hulubalang rakyat pun pergi ke medan peperangan. Maka gendang perang pun di palu orang daripada kedua pihak. Maka sekelian kafirpun berseru-seru demikian “Mahamada, manakah rakyat dan hulubalangmu suruhlah berlawan dengan kami dan kami pun tiada berapa banyak hanya tiga laksa empat ribu dan hulubalang kami empat orang juga berlawan dengan kamu sekelian itu”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya itu suara maka baginda A’laya pun terlalulah sangat marahnya lalu ia naik ke atas kudanya yang bernama Zawa Al Jabarawata. Maka kata baginda A’laya pun melompat ke udara seraya baginda A’laya pun bertempik tiga kali berturut-turut. Maka langit pun seperti akan runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Kala berturut-turut baginda A’laya itu bertempik tiga ribu rakyat kafir mati. Setelah demikian itu maka baginda A’laya pun menyerbukan dirinya kepada kaum kafir itu seraya menghunus pedang yang bernama Zawa Al Faqora. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya kira saujana mata memandang jauh. Maka baginda A’laya pun menetakkan kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang. Maka segala kafir itu pun banyaklah mati jikalau hidup pun sia-sia matinya pun demikian juga dimasukkan Allaha Ta A’laya ke dalam neraka.

Shahdan bangkai pun bertambunlah dan darah pun banyaknyalah tumpah kebumi seperti anak sungai dan mayatnya pun bergelimpangan seperti nyatung. Adapun laskar raja Handak itu seperti kala mengejarkan dirinya ke dalam api. Demikianlah itu rupanya maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukit dan darah pun mengalir seperti sungai dan seperti laut qalzum. Adapun bunyinya seperti ombak laut di dalam laut qalzum. Shahdan seperti ombak menghempas pada kaki bukit bunyinya. Adapun tatkala baginda A’laya membunuh hulubalang raja itu

Putus

Maka raja Badar pun bertitah kepada laskarnya itu “Baiklah engkau persembahkan ke bawah duli sudahlah aku memohonkan dan aku himpunkan segala hulubalang yang empat orang itu pun kembalilah mengadap raja Handak. Maka segala titah raja Badar itupun semuanya di sampaikan disembahkan kepada raja Handak. Maka raja Handak pun diamlah telah demikian itu maka raja Badar pun keluar dari dalam kotanya itu menghimpunkan segala rakyat yang tiada terpemanai banyaknya itu. Segala rakyat balatenteranya yang tiada terhisabkan banyaknya itupun berhimpunlah di padang Hanayana. Adapun padang itu enam bulan perjalanan jauhnya itu pun penuhlah.

Kala kuda radang ke tepi laut kerana tuan puteri Za Al Za’laya itu dikasihi oleh segala raja-raja yang yang di laut dan yang di darat. Maka tuan puteri Za Al Za’laya pergi mengadap raja Handak itu. Setelah mengadap dilihat oleh raja Handak akan tuan puteri Za Al Za’laya datang maka baginda pun segera turun memberi hormat kepada tuan puteri Za Al Za’laya itu. Maka dipegang baginda akan tangannya lalu duduk diatas kerusi. Maka baginda pun duduklah ia diadap segala raja-raja yang dibawah. Seketika duduk maka raja Handak pun berkata kepada tuan puteri Za Al Za’laya seraya titahnya “Jikalau seorang diri sekalipun kulawan juga dan jikalau empat puluh tahun sekalipun kulawan juga ia berperang. Pada masa ini rakyatku pun terlalu banyak. Jikalau setahun A’laya itu membunuh rakyatku tiada akan habis”. Setelah demikian itu maka raja Handak pun berjamu-jamuan dan segala raja-raja dan menteri hulubalang empat puluh hari dan malamnya makan minum bersuka-sukaan. Shahdan maka terdengarlah khabar kepada raja Kasakayana akan raja Handak itu makan minum dan raja Badar dan puteri Za Al Za’laya. Maka kata raja Kasakayana “Berapakah jauh raja Handak perjalanan raja Handak bersuka-sukaan. Aku pun tiada dipanggil baik aku himpunkan segala rakyat hulubalangku supaya kuserang dia”. Setelah sudah raja Kasakayana berkata-kata itu maka baginda menyuruh perdana menteri dan hulubalang menghimpun segala rakyat tenteranya pun berhimpunlah tujuh puluh ribu baris banyaknya itu. Setelah sudah berhimpun maka baginda pun berkira-kira hendak berjalan. Maka terdengarlah kepada anak jin yang duduk di bukit Kaf itu. Maka anak raja jin itupun pergilah mendapatkan raja Kasakayana itu. Setelah itu maka ia pun berdatang sembah demikian sembahnya “Ya tuanku shah alam, janganlah tuanku pergi biarlah hambamu pergi mendapatkan perbendaharaan ayahanda nabi Allaha Sulaiman itu”. Setelah di dengar oleh baginda akan kata anak raja jin demikian itu maka titah baginda “Hai saudaraku jikalau begitu marilah kita bersama-sama mendapatkan perbendaharaan itu”. Maka kata anak raja jin itu “Marilah tuan hamba bawa ke sana” maka berjalan dari dalam laut. Setelah sampai anak raja jin kedua itu maka itupun duduk disanalah bersuka-sukaan.

Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Handak itu telah sudah berjamu segala raja-raja dan menteri dan hulubalang sekelian maka baginda pun menitahkan segala menteri hulubalang rakyat ke padang Hanayana itu maka mereka itupun pergilah ke padang itu. Maka padang itupun penuhlah oleh kebanyakan laskar kafir itu. Maka segala hulubalang raja Handak pun berserulah demikian katanya “Hai A’laya manakah rakyatmu dan manakah hulubalangmu suruhlah lawan dengan kami dan kami pun tiada banyak”. Setelah di dengar oleh Amayara Al Mawamanayana A’laya suara itu maka baginda pun berkhadamlah kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya anakku A’laya kumohonkanlah anakku kepada tuhan raba al alamayana”. Maka lalu baginda A’laya pun melompat kudanya keudara seraya bertempik baginda itu tiga kali berturut-turut. Langit pun seperti akan runtuh rasanya dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Maka tiga kali baginda A’laya bertempik tiga laksa rakyat raja Handak itu mati sebab mendengar suara tempik baginda A’laya. Maka baginda A’laya pun menghunus pedangnya bernama Zawa Al Faqora maka diparangkan kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan diri sekiranya saujana mata memandang jauhnya. Segala kafir pun bergelimpangan seperti anak keti, bangkaipun bertambunnya seperti bukit dan darah segala kafir seperti laut. Maka kala Zawa Al Jabarawata pun mengharung darah itu bunyinya seperti ombak menghempas di kaki bukit Kaf demikian bunyinya itu. Adapun baginda A’laya mengamuk tiada sedarkan dirinya maka tiada baginda A’laya memandang kekiri dan kekanan dan kehadapan dan kebelakang melainkan mana perintah kudanya.

Shahdan maka baginda A’laya membunuh segala rakyat rajanya Handak sehari semalamnya itu maka baginda A’laya pun lemahlah rasa tubuhnya maka itupun berseru-seru demikian katanya “Ya junjunganku berilah hambamu kuasa” setelah di dengar oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama maka rasul Allaha pun minta doa kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya demikian bunyinya “Yaa Allahaya, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku beri apalah kuat akan hambamu itu”. Dengan takdir Allaha Ta A’laya dengan seketika itu juga firman Allaha menyuruhkan Jabarayala turun membawa awan putih akan mengelilingi baginda A’laya. Maka baginda A’laya pun bertambah-tambah gagahnya seperti dahulu kala. Maka genaplah dua hari dua malam berperang tiada berhenti. Shahdan maka baginda A’laya pun tiada sedarkan dirinya membunuh segala kafir-kafir maka itupun berseru-seru demikian katanya “Ya tuhanku bantulah kira-kira hambamu”. Shahdan tatkala baginda A’laya berseru-seru itu maka kedengaranlah kepada tujuh sangga bumi dan tujuh sangga langit dan kedengaran kepada raja Kasakayana. Maka rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun pergilah mendapatkan baginda A’laya seraya melontarkan batu yang besar-besar maka banyaklah rakyat dan hulubalang raja Handak itu merasai kesakitan maka mereka itu meminta ampun kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sabda baginda rasul Allaha “Hai orang-orang raja Handak, maukah engkau sekelian masuk agama Asalama?” maka sahut segala mereka itu “Maulah hamba, mau ya tuanku”. Maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ucap olehmu kalimat shahadat demikian “Laa Alaha Alaa Allaha, Mahamada Rasawala Allaha””. Maka diucap oleh mereka itu maka mereka itupun membawa iman menurut agama rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Shahdan maka mereka itu masuklah berperang bersama-sama dengan baginda A’laya pun memegang hulu pedang dengan dua belah tangannya serta menyerbukan dirinya ke dalam laskar raja Handak itu yang tiada terpemanai banyaknya itu.

Maka rakyat raja Handak itupun pecahlah perang maka itupun larilah ke sana kemari, masing-masinglah membawa dirinya. Ada yang lari kedalam kota, ada yang lari kedalam laut, ada yang lari kedalam hutan tiada ketahuan larinya itu perginya lalu mengadap rajanya seraya berdatang sembah. Demikianlah sembahnya “Daulat tuanku duli shah alam, A’laya itu bukan sebarang gagahnya tiada dapat siapa menentang matanya melawan dia”. Maka kata raja Handak “Hai celaka dia, engkau kata demikian itu berapa gagahnya A’laya itu kerana ia seorang dirinya juga. Adapun rakyatku terlalu banyak jikalau demikian itu esoklah hari aku suruh berperang tujuh hari dan tujuh malam tiada berhenti lagi”. Maka haripun sianglah shahdan raja Handak pun menitahkan hulubalangnya dua belas orang pergi memanggil raja Kasakayana maka akan hulubalang itupun pergilah berjalan. Setelah sampai lalu ia mengadap raja Kasakayana seraya ia menyembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun patik ini dititahkan oleh duli paduka ayahanda persilakan tuan”. Maka titah baginda raja Kasakayana “Apa pekerjaan tuan-tuannya sekelian datang menyembah itu?”. “Ya tuanku, patik ini dititahkan paduka anakanda tuanku dipersilakan adalah adinda”. Maka titah baginda itu “Pergilah engkau kembali dahulu”. Setelah demikian itu maka hulubalang itupun kembalilah kepada rajanya Handak. Setelah tu maka raja Kasakayana pun menghimpunkan segala menteri hulubalang balatenteranya. Telah sudah maka baginda pun berangkatlah berjalan daripada itu.

Maka tersebut perkataan tuan puteri Za Al Za’laya bertitah kepada segala hulubalangnya seraya katanya “Hai kamu yang dibawa aku pergilah engkau masing-masing pada tempat engkau sekelian. Adapun segala rakyat bala tenteraku seorang pun jangan kamu bergerak. Jika bergerak melalui titahku nescaya ku rosak terbangkan negeri kamu kepada angin”. Maka apabila segala raja-raja itu mendengar titah tuan puteri Za Al Za’laya demikian itu maka segala raja-raja itupun berdatang sembah demikian bunyinya “Daulat tuanku shah alam” maka masing-masing pun kembalilah kepada tempatnya.

Al kisah maka tersebutlah perkataan raja Kasakayana itu berjalan. Adapun akan rakyat baginda itu berjalan seperti semut lakunya maka raja Kasakayana pun sampailah ke padang Hanayana itu dengan sekelian raja dan menteri hulubalang dan rakyat bala tenteranya sekelian itu dan yang tiada terpemanai dan tiada terhisabkan oleh segala makhluk melainkan Allaha Ta A’laya juga yang amat mengetahui yang banyaknya. Shahdan diceritakan yang empunya cerita ini adapun rakyat raja Kasakayana itu tujuh puluh ribu baris banyaknya lagi akan datang kemudian daripada itu dan mengiringkan baginda itu dari laut dan ada yang dari darat. Adapun akan raja Kasakayana itu terlalu besar kerajaannya daripada sekelian raja-raja yang lain lagipun tinggi baginda itu tujuh puluh hasta serta dengan gagahnya dan beraninya. Kemudian daripada itu maka baginda pun sampailah ke negeri raja Handak maka raja Kasakayana pun masuk ke istana raja Handak. Maka di dapatinya ada lagi dihadap oleh segala raja-raja dan menteri hulubalang dan bala tentera segala hulubalang. Maka raja Kasakayana pun datanglah maka baginda pun turunlah dari atas kerusi yang keemasan. Maka raja Handak pun menyembah raja maka sambutlah oleh tangannya baginda seraya katanya “Janganlah tuan hamba bait”. Telah itu maka raja Handak dan raja Kasakayana itu duduklah tahta kerajaan diadap oleh segala raja-raja menteri hulubalang rakyat bala tentera sekelian. Maka diperjamulah oleh raja Kasakayana itu raja Handak dan raja Badar makan minum bersuka-sukaan empat puluh hari empat puluh malam bersuka-sukaan segala raja-raja menteri hulubalang rakyat sekelian.

Al kisah maka tersebutlah perkataan Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Allaha Wajaha tatkala berperang dengan laskar kafir itu telah pecahlah hulubalang raja Handak itu. Maka baginda A’laya pun kembali mengadap nabi rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama lalu sujud kepada kaki baginda rasul Allaha. Maka iapun mengambil air sembahyang maka ia sembahyang dua rakaat salam setelah itu maka ia membaca quran seketika sudah lalu pergi baginda A’laya mendapatkan baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berceritakan hal peperangan itu. Seketika berkata-kata itu maka suram suaranya maka suruhan daripada raja Kasakayana pun datanglah. Maka hulubalang itu kepada baginda A’laya maka lalu ditanya oleh baginda A’laya “Darimana engkau ini datang?” maka dijawab oleh orang itu “Hamba ini datang dari raja Kasakayana. Adapun hamba disuruh oleh baginda itu bertanyakan berapa banyaknya laskar Mahamada dan hulubalang”. Maka baginda A’laya pun mengawal ada menjawab “Adapun rakyatku ini tiga laksa empat ribu dan hulubalangku empat orang pertama Abawa Bakara, kedua A’mara, ketiga A’tamana, keempat akulah seorang hulubalang Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama kekasih Allaha Sabahana Wa Ta A’laya. Ialah nabi akhir zaman”. Maka kata hulubalang itu “Ya A’laya, berapakah besar hati kamu itu dan hati Mahamada itu maka hendak. Adapun seorang saudara raja Kasakayana ialah yang membantu lagipun dengan gagah perkasanya serta dengan tujuh puluh hasta tingginya. Adapun rakyat baginda itu terlalu banyak tujuh puluh ribu baris tiadalah ketahuan banyaknya bilangan itu. Shahdan ada dari yang belakang dan ada dari depan baginda itu berjalan siang dan malam. Tiada ia jua putus melainkan Allaha juga yang mengetahui akan bilangan segala yang kasih akan nabi Allaha Sulaiman A’layaha Al Salama itu. Tiadakah tuan hamba tahukan raja Kasakayana itu anak pada Sulaiman A’layaha Al Salama itu hai A’laya?”. Maka kata baginda A’laya kepada orang raja Kasakayana itu “Kembalilah engkau memberi tahu rajamu itu Ana Shaa Allaha Ta A’laya antaramu dan antara aku ini datang di tengah medan peperangan. Disanalah kita masuk bermain-main senjata barang siapa dimenangkan Allaha di sanalah kita bermain”.

Maka hulubang itupun kembalilah kepada rajanya seraya berdatang sembah demikian “Ya tuanku shah alam, adapun kata baginda A’laya itu, engkau kembalilah memberi tahu rajamu itu”. Maka kata A’laya itu semuanya dikatakan kepada raja Kasakayana dan raja Handak dan raja Badar. Maka raja Kasakayana pun berangkat ke tengah medan peperangan maka kemudian raja Handak pun menyuruh memanggil raja Kasakayana dan raja Badar. Maka raja Badar pun datang menyembah ayahanda baginda itu maka titah raja Handak “Hai anakku apalah bicaramu sekarang ini kerana Makah dan Madinah itu akan bicaraku tiada lagi berapa yang tinggalnya. Baik kita suruhkan orang-orang kita barang tujuh laksa pergi kamu merampas orang Makah dan orang Madinah itu dengan tujuh orang pahlawan kita”. Maka sembah raja Badar “Sebenarlah seperti titah itu maka raja Handak pun menyuruh pahlawannya berperang dengan baginda A’laya itu. Maka pahlawan itupun pergilah ke medan peperangan seraya berseru demikian “Hai A’laya marilah kita bermain-main demikian apa yang ada padamu”. Setelah di dengar oleh baginda A’laya suara orang memanggil itu maka A’laya pun naik keatas kudanya yang bernama Zawa Al Jabarawata dan melompatlah kudanya ke atas udaranya seraya bertempik A’laya itu tiga kali berturut-turut. Maka langitpun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancurlah rasanya. Maka dilepaskan kudanya lalu ia menyerbukan dirinya kepada kaum raja Handak dan raja Kasakayana kepada segala rakyat yang tiada terpemanai lagi banyaknya serta menghunuskan pedang bernamanya itu. Maka Zawa Al Faqora itu pun memanjangkan dirinya saujana mata memandang jauhnya. Maka diparangkannya kekanan dan kekiri dan kehadapan dan kebelakang maka segala kaum kafir raja Handak dan raja Kasakayana itupun bergelimpangan seperti anak keti demikian rupanya. Maka bangkai pun bertambun seperti bukit dan kaum segala raja Handak dan raja Kasakayana pun seperti laut darah. Shahdan bunyinya seperti ombak menghempas dikaki bukit Kaf demikian bunyinya. Adapun baginda A’laya membunuh rakyat raja Kasakayana itu tiga hari tiga malam tiada berhenti.

Al kisah maka tersebut perkataan raja Handak menyuruhkan orangnya tujuh laksa dengan tujuh orang pahlawan berjalan menuju negeri Makah dan Madinah. Maka itupun berjalan di dalam hutan supaya jangan dilihat orang dan baginda A’laya pun jangan dilihat dia. Maka berjalan siang dan malam tiada terhenti-henti sebab ia hendak lekas setelah berapa hari berjalan itu maka sampailah ke Makah dan Madinah itu. Apabila mereka itu melihat Makah dan Madinah pun kata segala mereka itu “Bukannya Makah dan bukannya Madinah ini” maka yang setengah itu mengatakan negeri jin ini dan setengah mengatakan “Inilah Makah dan Madinah”. Maka setengah itu masuk ke dalam kota maka mereka itupun dibutakan matanya Allaha Ta A’laya dan telinganya ditulikan Allaha Ta A’laya. Adapun sebab matanya dibutakan Allaha Ta A’laya supaya jangan ia melihat apa dan telinganya ditulikan Allaha Ta A’laya supaya jangan orang berkata-kata telah mereka itupun tercengang lah. Bermula adapun diceritakan oleh empunya cerita akan ia tujuh kali mereka itu berbanyak-banyak maka tiadalah hendak kembali lagi takut akan rajanya itu. Maka mereka itupun mendengar dan artilah ia ketujuh orang itu maka ia berkata-kata yang tujuh orang itu “Baiklah kita pergi mendapatkan Mahamada itu” lalu berkata yang tujuh laksa itu “Mana-mana perintah tuan hamba itu kami sekelian mengikut”. Maka kata pahlawan tujuh orang itu “Adapun pada bicara itu jikalau kita pergi kepada raja Handak nescaya kita dibunuhnya kerana kita tiada dapat beri binasakan negeri Makah dan negeri Madinah. Jikalau demikian itu kita pergi kepada Mahamada kerana kami dengar terlalu baik budinya”.

Telah itu maka pahlawan yang tujuh dengan segala rakyat yang tujuh laksa pun berjalan pergi mendapatkan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Telah berapa lama berjalan maka iapun sampailah kepada laskar A’raba maka bertanya dia itu katanya “Hai tuan-tuan orang A’raba, bolehkah kami mengadap nabi Allaha?”. Maka kata segala mereka itu “Masuk tuan hamba” maka pahlawan yang tujuh orang itu pun masuk mengadap nabi Allaha maka apabila melihat mereka itu dilihat kepada junjungan makanya sekelian pun membuangkan senjatanya lalu menyembah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Maka sekeliannya pun minta ampun kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Setelah demikian maka baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama bersabda “Hai orang-orang maukah masuk agama Asalama?” maka jawabnya mereka itu “Maulah hamba, mau ya tuanku” maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ucaplah olehmu kalimah shahadat” maka diucaplah kalimah shahadat. Maka mereka itupun membawa imanlah dengan selamatnya. Maka sekelian mereka itupun pergilah bersama-sama masuk perang dengan baginda A’laya. Maka iapun membunuh sekelian kafir itu maka ada seorang pahlawan itu tiada masuk agama Asalama. Maka pahlawan Jalala namanya maka ia lari pergi mengadu pada rajanya. Setelah ia sampai ke dalam kotanya raja Handak maka persembahkan segala hal ehwalnya orang tujuh laksa itu sudahlah ia masuk perang dengan baginda A’laya. Telah dia didengar oleh raja Handak maka katanya “Jangankan tujuh laksa segala pun tiada apa bahayanya kepada aku akan A’laya itu ada dengan tolong tuhanku berhala itu nescaya aku lawan juga berapa kuatnya A’laya itu kerana ia seorang dirinya jua. Adapun rakyatku ini terlalu banyak”.

Setelah sudah berkata-kata demikian itu maka raja Handak memberi bantu akan raja Kasakayana dengan segala hulubalang rakyat bala tenteranya tiada terpemanai banyaknya. Bermula di ceritakan oleh orang yang empunya cerita ini adapun baginda A’laya berperang itulah genap tujuh hari dan malam tiada makan dan minum dan tidur lagipun ia melihat darah seperti laut. Shahdan maka rakyat raja Handak itu berhimpun di tengah medan peperangan. Maka baginda A’laya pun berseru-seru dengan nyaring suaranya demikian “Ya rasul Allaha berilahnya bantu hambamu jikalau tiada junjungan ku membantu nescaya tiadalah hambamu”. Maka kedengaranlah kepada baginda A’mara “Janganlah kamu sekelian pergi, biarlah aku pergi dengan orang yang tiga laksa itu”. Setelah itu maka nabi Allaha pun pergilah mendapatkan baginda A’laya maka iapun melihat rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun datang maka datanglah gembiranya baginda A’laya itu. Maka rasul Allaha pun masuklah perang bersama baginda A’laya dan rakyat pun membantu baginda A’laya. Shahdan diceritakan yang empunya cerita tatkala rasul Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama berperang itu maka kelihatan raja Kasakayana rakyat baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berperang terlalu banyak demikian memandang baginda raja. Bermula maka adalah baginda A’laya berperang itu terlalulah amat hebat lakunya dan memegang pedangnya Zawa Al Faqora dengan kedua belah tangan menetakkan rakyat raja Handak itu. Rakyat raja Handak itupun matinya tiada terkira banyaknya. Adapun rakyat raja Handak itu pun seperti kalanya mengejarkan dirinya ke dalam api demikian rupanya. Shahdan seperti gajah terkejut bunyinya dan lakunya kemudian daripada itu maka raja Kasakayana pun mengerahkan rakyatnya delapan puluh laksa itupun mengepungnya akan baginda A’laya dengan rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu. Maka baginda A’laya pun memejamkan matanya maka masuklah mengamuk kedalam rakyat raja Kasakayana yang seperti laut.

Adapun baginda A’laya berperang itu sampailah tujuh malam maka tiada sedarkan dirinya lagi. Maka iapun membunuh akan rakyat raja Handak itu maka ia pun bertempik pula tiga kali berturut-turut maka raja Kasakayana pun gementarlah tulangnya tiadalah ia ingat daripada suara baginda A’laya bertempik itu. Maka kedengaranlah kepada tujuh petala bumi itu maka langit seperti akan runtuh. Maka kedengaran kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu maka nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama pun menadah ke langit, air mata baginda pun berlinang-linanglah seperti meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku engkaulah peliharakan apalah kiranya A’laya itu daripada tangan segala kafir. Ya tuhanku perang apalah ini perang dengan kafirkah dengan Asalama”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala “Pergilah engkau bantu baginda A’laya itu zahirkan belakang baginda A’laya itu”. Apabila A’laya melihat Jabarayala A’layaha Al Salama dibelakang maka A’laya pun memarang akan pedangnya ke kanan maka raja Kasakayana pun berseru-seru demikian katanya “Ya nabi Allaha, takutlah tuan hamba akan hamba ini maka tuan hamba berlindung belakang A’laya pun khadam kepada baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama”. Maka ditegah oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama tiada diberinya baginda A’laya itu pergi mendapatkan raja Kasakayana itu maka baginda A’laya pun tiada jadi mendapatkan raja Kasakayana.

Setelahnya sudah demikian itu maka rasul Allaha mengambil air sembahyang telah sudah maka rasul Allaha sembahyang dua rakaat salam. Maka nabi Allaha pun membaca doa kepada Allaha Ta A’laya “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku engkau juga yang amat mengetahui akan hambamu”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada malaikat demikian “Hai malaikat kau pergilah engkau kepada kekasihku Mahamada itu”. Telah demikian itu segala malaikat itupun pergilah dia. Firman Allaha kepada Azarayala “Pergilah engkau kepada raja Kasakayana itu” telah sampai kepada raja Kasakayana itu lalu ia memberi salam. Telah sudah maka raja Kasakayana pun berkata kepada segala hulubalangnya “Hai sekelian kamu yang dibawahku segala tentera suruhkan juga berperang dengan baginda A’laya. Aku ini dipaksa oleh baginda raja Handak”. Telah sudah maka baginda bertitah demikian “Hai segala hulubalang tubuhkan segala rakyat itu” maka segala mereka itu pun pergilah ke padang Hanayana itu maka mereka itupun berseru-seru bunyinya “Hai A’laya marilah kita berperang ketengah medan perang itu dengan kami segala dan kami terlalu banyak”. Maka baginda A’laya mendengarkan suara hulubalang itu maka gendang perang pun dipalu oranglah daripada kedua pihak. Maka baginda A’laya pun meminta izin rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Makanya rasul Allaha bersabda “Ya anakku A’laya, kuserahkan kepada Allaha Sabahana Wa Ta A’laya”. Telah itu maka baginda A’laya pun naiklah keatas kudanya yang bernama Zawala Jabarawata itu maka ia melompat ke udara seraya berkata dan bertempik tiga kali berturut-turut tiga ribu rakyat raja Handak itu mati. Maka A’laya pun menghunus pedangnya serta ia menyerbukan dirinya ke dalam laskar kafir yang banyak itu. Maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekira-kira saujana mata memandang jauhnya lalu diparangkan baginda A’laya kekanan dan kekiri, kehadapan dan kebelakang. Shahdan kepala segala kafir itupun terpelantingnya seperti anak keti dan seperti kala menunjukkan dirinya ke dalam api demikianlah rupa rakyat raja Handak itu.

Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana itu tatkala baginda sudah sahut salam Azarayala itu akan titah baginda itu “Hai Azarayala apa firman yang tuan bawa itu?” maka kata Azarayala kepadanya raja Kasakayana “Palingkanlah kamu mengadap kiblat” maka raja Kasakayana pun paling mukanya mengadap kiblat melakukan kudrat iradat atas hambanya. Maka Azarayala pun mengambil nyawa raja Kasakayana lalu kembali daripada negeri yang fana kepada negeri yang baqa. Raja Kasakayana pun dikeliling oleh awan yang putih telah demikian itu kata raja Kasakayana dapat melawan baginda A’laya. Ya nabi Allaha baiklah tuan berperang dengan raja Kasakayana itu bersungguh-sungguh. Jikalau tuan binasakan rakyat seperti laut itupun tiada mengapa kerana Allaha Ta A’laya memeliharakan. Maka bersabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama suruhkan juga cari kepada baginda A’laya itu akan rajanya Kasakayana itu jalanpun tiada berapa lagi. Setelah demikian itu maka Jabarayala pun munajat kehadrat Allaha Ta A’laya maka rasul Allaha dan baginda A’laya pun kembalilah kepada khemahnya. Telah sampai lalu ia mengambil air sembahyang lalu sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah maka baginda dan baginda A’laya pun sujud sujud ke hadrat Allaha. Telah itu maka itupun minta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian”Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, ya tuhanku engkau pertemukan hambamu dengan raja Kasakayana”. Firman Allaha Ta A’laya kepada nabi “Hai kekasihku, tiada dapat bertemu raja Kasakayana”. Telah demikian berkata kepada baginda A’laya “Ya anakku bolehnya anakku bertemu dengan raja Kasakayana”. Maka sembah baginda A’laya “Ya junjunganku, apa sebab maka hambamu tiada dapat bertemu pada baginda itu?” maka sabda rasul Allaha “Adapun kerana itu kepada syurga”. Maka baginda A’laya pun tahulah kehendak nabi Allaha itu maka A’laya pun kembalilah ketempatnya serta doa kepada Allaha Ta A’laya.

Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana duduk dalam perbendaharaan ayahanda nabi Allaha Sulaiman Alayaha Al Salama terkesan nabi Allaha Sulaiman dan kemudian nabi Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama itu maka baginda raja Kasakayana itupun menangis terlalu sangat seraya meminta doa kepada Allaha Ta Alaya demikian bunyinya “Yaa raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku peragakan apalah kiranya hambamu dengan rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama itu”. Di dalam berkata-kata demikian itu maka seorang hulubalang serta ia melihat rajanya menangis itu maka iapun berdatang sembah demikian “Ya tuanku mengapakah tuanku menangis? Takutkah tuanku akan A’laya dan Mahamada itu”. Maka titah baginda “Hai hulubalangku beriman tiada ku takut akan A’laya itu, malu akan nabi Mahamada di hari kiamat dihadapan bapaku nabi Allaha Sulaiman”. Maka sembah hulubalangnya “Jika demikian ya tuanku berikanlah rakyat tuanku itu kepada paduka adinda raja Handak dan adinda raja Badar”. Maka kata raja Kasakayana “Benarlah seperti katamu itu maka pergilah engkau himpunkan segala raja-raja dan hulubalang semuanya”. Maka hulubalang pun pergilah kepada segala raja-raja yang dilaut dan yang di darat dan di dalam bumi dan di dalam hutan. Maka sekelian itu berjalan menuju negeri raja Handak. Adapun padang itu dua tahun perjalanan jauh daripada negeri raja Kasakayana itu. Maka penuh dengan segala rakyat itu setelah demikian itu maka kedengaran kepada raja Handak dan raja Badar. Maka baginda pun terkejut disangkakan kiamat juga melainkan baginda rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama juga yang tiada ia bergerak kepada tempatnya baginda ada. Setelah demikian maka raja Kasakayana pun mengerahkan segala rakyat berjalan itu maka baginda pun sampailah ketengah padang Hanayana itu. Sepohon kayu yang besar dan kekiri dan kebelakang dan kehadapan.

Sebermula maka Kasakayana pun terkejutlah daripada pengsan itu maka terpandanglah kepada rasul Allaha Shola Allaha A'layaha Wa Salama rakyatnya delapan puluh ribu saf itu. Maka dengan takdir Allaha Ta Alaya dengan seketika itu juga matanya dibalikkan Allaha Ta Alaya. Rakyat itu disangkakan orang Makah dan Madinah seraya mengunus pedangnya yang dipeliharakan nabi Sulaiman Hada namanya. Maka lalu menyerbukan dirinya ke dalam rakyat sendiri dan baginda A’laya melihat kelakuan raja Kasakayana itu. Maka rasul Allaha pun tersenyumlah maka sabda rasul Allaha “Ya A’laya, sarungkanlah Zawa Al Faqora itu kerana raja Kasakayana itu membunuh rakyatnya sendiri”. Maka segala laskar yang delapan puluh ribu saf itupun banyaklah mati. Adapun diceritakan oleh empunya cerita ini dengan kebesaran raba al alamayana melakukan kudrat iradat itu. Adapun raja Kasakayana membunuh rakyatnya itu dua belas hari dua belas malam maka rakyat baginda itupun pecahlah perangnya maka iapun larilah kepada tempat rajanya itu. Maka dilihat baginda itu tiadalah lagi kepada sangkanya sudahlah dibunuh mati oleh hulubalang A’raba bila bertemu baginda A’laya. Setelah raja Handak mendengarkan sembahnya hulubalang yang demikian itu maka baginda raja Handak pun terlalulah marah dan sembah rakyatnya “Adapun baginda A’laya itu jangankan melawan dia, menentang mata pun tiada dapat”. Maka kata raja Handak “Jangan engkau berkata demikian itu berapakah gagahnya A’laya itu kerana seorang dirinya juga. Adapun rakyatku ini banyak demikian itu esok harilah kusuruh pahlawan Jalala dan pahlawan Sarasala berperanglah empat puluh hari empat puluh malam tiada berhentikan lagi”. Setelah itu raja Handak berjamu segala raja-rajanya dan menteri-menteri dan hulubalang dan rakyat sekelian makan dan minum bersuka-sukaan sekelian tiada berhenti lagi.

Al kisah maka tersebut perkataan raja Kasakayana itu berdiri maka baginda pun kembalilah kepada perbendaharaan nabi Sulaiman. Apabila ia sampai kepada perbendaharaan maka baginda pun duduk kembali berhenti kerana bekas olehnya berperang dengan rakyatnya sendiri itu. Diceritakan oleh yang empunya cerita ini. Adapun Jabarayala tiada dapat pergi dari bawah hadirat Allaha datang kepada zaman baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berperang itu. Maka Jabarayala pun sehari semalam bersama-samanya baginda nabi Allaha maka kata Jabarayala kepadanya rasul Allaha Shola Allaha Alayaha Wa Salama “Ya nabi Allaha jikalau ada lagi raja Kasakayana itu kedalam dunia nescaya tiadalah banyaknya jikalau berhimpun semalam ini segala pun tiada dunia raja itu iaitu raja Kasakayana itu” dan “segala kaumku tinggallah kamu baik-baik” maka segala mereka itu bertanya “siapa kamu?” maka sahut “Aku raja Kasakayana” maka segala mereka itupun menangis. Maka bagindapun pun dibawalah malaikat naik ke langit.

Al kisah tersebut perkataan raja Handak telah didengar baginda raja Kasakayana berperang dengan baginda A’laya itu maka baginda pun mengimpunkan segala jin, mambang, pari dan perkasa dengan segala mereka itu sekelian di dalam hutan. Oleh itupun disuruh baginda berperang dengan baginda A’laya. Maka takdir Allaha, baginda A’laya pun memejamkan matanya tiada dipandang dan dibunuh laskar dihadapan terlalu banyak datang. Maka baginda A’laya pun kembali kepada rasul Allaha. Maka sembah baginda A’laya “Ya rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama, datanglah rupanya ajal hambamu kepada perang ini. Berapa banyak hamba mengalahkan negeri yang besar-besar tiadalah hambamu bertemu seperti yang demikian itu terlalu amat banyaknya ada dari laut dan ada dari darat dan dari langit dari hutan tiada terhisab hambamu” dan kata baginda A’laya “Ya junjunganku jika datang ajal hambamu baiklah tuanku kembali”. Setelah baginda mendengar kata baginda A’laya demikian itu maka rasul Allaha pun mengambil air sembahyang maka rasul Allaha pun sembahyang dua rakaat salam. Setelah sudah baginda sembahyang lalu meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa Raba, Yaa Sayadaya, Yaa Mawalaya, Ya tuhanku manalah janjimu hendak membantu hambamu itu”. Maka firman “Hai kekasihku suruhkan juga A’laya itu berperang dahulu kemudian maka datanglah bantu daripada aku”.

Shahdan maka baginda A’laya pun bertambah kuat daripada dahulu gagahnya. Maka kemudian datanglah bantu daripada tuhannya tujuh puluh ribu malaikat akan bantunya. Setelah demikian itu maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Ya anakku A’laya masuklah engkau perang aku serahkan engkau kepada tuhan Malaka Al Jabara”. Setelah baginda A’laya mendengar sabda rasul Allaha demikian baginda A’laya pun mengambil air sembahyang lalu ia sembahyang dua rakaat salam. Telah sudah baginda A’laya berkata kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama “Demikian juga belum hambamu mengalahkan negeri raja Handak, belumlah hambamu mengepung Kaabahnya jikalau tiada demikian itu bukanlah aku bernama A’laya Karama Allaha Wajahaha, raja segala laki-laki dan bukanlah bernama A’laya Marahaya dan suaminya Fathoyamaha Al Zaharaya”. Maka baginda A’laya pun naiklah keatas kudanya yang bernama Zawala Al Jabarawata serta A’laya pun melompat keudara seraya bertempik tiga kali berturut-turut. Maka langit pun seperti akan runtuh dan bumi pun seperti akan hancur rasanya. Maka segala laskar pun banyaklah matinya tiga laksa empat ribu. Shahdannya seperti ikan yang kena tuba. Maka manjut mahligai raja Handak pun berganjaklah maka baginda A’laya pun turun seraya menyerbukan dirinya ke dalam laskar kafir yang banyak itu serta mengunuskan pedangnya yang bernama Zawa Al Faqora maka Zawa Al Faqora pun memanjangkan dirinya sekiranya saujana mata memandang jauhnya. Maka di parangkan kekanan dan kekiri dan kebelakang dan kehadapan. Adapun baginda A’laya berperang itu dari perkasanya dan masyrik dan maghrib maka banyaklah mati segala laskar kafir itu. Maka bangkai pun bertambun-tambun seperti bukti rupanya, darahpun seperti air sungai mengalirnya maka Zawa Al Jabarawata berenanglah di dalam darah itu. Kemudian bunyinya seperti ombak menghempas di tepi laut kalzum tatkala di tiup taufan menghempaskan kepada kaki bukit Kaf adanya.

Adapun tatkala baginda A’laya membunuh rakyat raja Handak itu tiadalah ia membukakan matanya maka dilihat oleh rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama baginda A’laya itupun berenang di dalam darah maka baginda rasul Allaha pun meminta doa kepada Allaha Ta A’laya demikian “Yaa raba al alamayana, engkau juga yang memelihara hambamu A’laya itu kerana ia tiada khabarkan dirinya”. Shahdan diceritakan oleh yang empunya cerita ini adapun baginda A’laya berperang itu dua belas hari dua belas malam tiada berhenti. Adalah sekira-kira sepenjuru dunia ini habis dibunuh maka datanglah kepada tengah hari maka terlalulah panas maka baginda A’laya pun membukakan matanya maka dilihat dirinya di dalam darah. Maka iapun mengucap selawat akan nabi Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama. Itupun berseru-seru dengan nyaring suaranya maka kedengaranlah kepada tujuh persangga bumi demikian bunyinya “Ya tuhanku, engkaulah juga yang memberi kuat pada hambanya”. Maka ketika itu firman Allaha Ta A’laya menyuruh malaikat tujuh puluh ribu membantu A’laya itu. Maka sekelian mereka itupun masuklah perang bersama-sama dengan baginda A’laya membunuh laskar kafir yang tiada terpemanai banyaknya itu. Maka segala kafirpun banyaklah mati maka perang itupun seperti kiamat lakunya dan seperti Asarafayala meniup sangkakala demikianlah rupanya. Maka genaplah empat empat puluh hari empat puluh malam maka baginda A’laya pun bertempik pula maka kedengaranlah kepada mambu yang menanggung bumi.

Maka Jabarayala sujudlah ke hadrat Allaha maka minta doa demikian “Yaa raba, Yaa sayadaya, Yaa mawalaya, ya tuhanku jikalau diberikan A’laya itu bertempik nescaya kiamat dunia ini”. Maka firman Allaha Ta A’laya kepada Jabarayala “Hai Jabarayala, pergilah engkau kepada bukit dan kepada gunung dan batu dan kayu dan lalat dan nyamuk agas dan penyakit dan segala binatang”. Telah sudah demikian Jabarayala pun pergilah kepada bukit dan segala kayu dan segala binatang sekelian itu katanya “Hai sekelian tuan-tuan, pergilah engkau membantu baginda A’laya itu berperang dengan firman Allaha Ta A’laya”. Setelah didengar oleh segala mereka itu maka segala mereka itupun pergilah membantu baginda A’laya berperang. Telah genaplah enam puluh malam tiada juga habis makin bertambah datang. Telah itu maka raja Handak pun menghimpun segala raja-raja yang takluk dua keti sembilan laksa dan rakyat tiada terhisab oleh makhluk melainkan Allaha Ta A’laya jua yang mengetahui bilangannya. Maka ia disuruh dia masuk berperang raja dan raja Badar pun berjalan dibelakang raja itu.

Maka datanglah seratus hari seratus malam maka baginda A’laya pun memejamkan matanya maka ketika itu firman Allaha Ta A’laya demikian bunyinya “Hai Jabarayala, pergi engkau kepada kekasihku Mahamada Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu sampaikan firman ku ini kepadanya. Jangan diberi A’laya itu memejamkan matanya kerana ia jika memejamkan matanya itu nescaya kiamatlah dunia ini haramamara di dalam dunia”. Maka Jabarayala pun pergilah kepada rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama itu memberi salam demikian “Al Salama A’laya Kama, ya hababa Allaha” maka disahut oleh baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama salamnya Jabarayala itu “Wa A’laya Kama Al Salama, ya habayaku, apalah firman Allaha Ta A’laya tuan hamba bawa itu?”. Maka kata Jabarayala “Adapun firman Allaha Ta A’laya menyuruhkan A’laya itu jangan memejamkan matanya. Apabila ia berperang memejamkan matanya nescayalah kiamat dunia ini kerana haramamara Allaha. Demikian firman Allaha Ta A’laya”. Setelah demikian itu maka baginda A’mara berkata-kata kepada nabi Allaha “Berilah kiranya hambamu izin” setelah itu maka sabda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama ‘Ya A’mara pergilah engkau, ku serahkan kepada Allaha Ta A’laya”. Telah demikian itu maka baginda A’mara pun membantu baginda A’laya itu maka rasul Allaha pun berjalan di belakang baginda A’mara itu. Maka baginda A’mara pun berdirilah kepada suatu haza bersama-sama dengan Jabaralaya nya A’layaha Al Salama dikeliling oleh malaikat yang banyak itu. Maka kemudian turunlah malaikat yang tujuh laksa itu daripada langit maka sekelian itupun masuk masuklah berperang akan membantu akan baginda A’laya itu.

Shahdan diceritakan oleh yang empunya cerita ini tatkala baginda rasul Allaha Shola Allaha A’layaha Wa Salama berdiri, baginda Abawa Bakara dan baginda A’tamana naik dengan Jabarayala A’layaha Al Salama maka baginda rasul Allaha memandang ke langit maka langit pun tiada kelihatan lagi oleh kebanyakan malaikat turun dari langit. Maka rasul Allaha pun mengucap syukur kepada Allaha Ta A’laya. Shahdan maka genaplah tiga bulan perang itu maka kata segala mereka “Tiadalah A’laya akan hidup lagi melainkan Allaha Ta A’laya, rasul juga yang amat tahu”. Maka baginda A’laya itu terlalu letihnya tidaklah sedarkan dirinya lagi maka Zawa Al Jabarawata itu pun terbanglah ke udara maka baginda A’laya itupun ke Masyrik dan ke Maghrib dan dilihat dirinya antara bumi dan langit. Maka dilihat darah seperti laut qalzum demikian rupanya. Setelah itu maka Jabarayala pun datanglah kepada A’laya itu mendapatkan raja Handak dan raja Badar dan raja Kasakayana. Katanya “Hai raja ketiganya, maukah engkau masuk agama Asalama supaya kuhidup engkau”. Maka kata raja Handak dan raja Badar dan raja Kasakayana itu “Hai kata apa yang katakan kepada aku ini. Jikalau belum rakyatku habis belumlah aku menurut katamu”. Seraya ia berkata “Hai A’laya, ingatlah engkau” serta ia mengangkatkan cokmarnya yang berat seribu sembilan ratus tan maka baginda A’laya pun menghunus pedang bernama Zawa Al Faqora serta dipusing oleh baginda A’laya itu matanya raja ketiga pun berkelip-kelip melihat mata pedang Zawa Al Faqora lalu diparang oleh baginda A’laya kepada keduanya itu. Maka raja kedua itupun matilah lalu dimasukkan Allaha Ta A’laya kedalam neraka jahanam. Setelah dilihat oleh sekelian rakyat rajanya sudah mati maka sekelian pun larilah masuk ke dalam hutan berturut-turut. Maka segala raja-raja yang lagi tinggal itu pun larilah menuju kepada tuan puteri Za Al Zalaya.

Maka sekelian itupun berdatang sembah demikian “Ya tuanku, adapun raja Handak dan raja Badar keduanya itu sudahlah mati dibunuh oleh baginda A’laya”. Setelah didengar oleh tuan puteri Za Al Zalaya maka iapun menangis seraya menyuruh menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja dan menteri. Telah sudah berhimpun semuanya maka tuan puteri Za Al Zalaya pun keluar dari dalam kotanya diiringkan oleh segala raja-rajanya berjalan menuju bukit Kaf lalu masuk kedalam kotanya. Diadap oleh segala menteri hulubalang dan rakyat sekelian makan dan minum bersuka-sukaan. Bermula ceritakan oleh empunya cerita ini adapun kemudian segala malaikat pun kembalilah ketempatnya seraya meminta doa akan baginda A’laya, raja segala laki-laki di dalam dunia ini demikian “Ya Allahaya ba raba, ampunlah hambamu A’laya itu” maka firman Allaha Ta A’laya kepada malaikat “Ku telah dahulu sudah firmanku barang siapa berperang dengan raja Handak dan raja Badar itulah perang sabil namanya, syurga akan balasnya”. Sudah itu maka baginda A’laya pun kembalilah kepada khemahnya dengan kemenangan.


Sumber: Kitab Hikayat Raja Handak

Tuesday, May 17, 2011

Malaka Berdaulat



Ms 49

“Adapun pada hari ini kita memberi nama akan saudara kita ini Ratu Malayu, barangsiapa menyebut nama Raden Wira Nantaja kita hukumkan”. Maka sembah bendahara dan temenggung sebenarnyalah seperti titah duli yang maha mulia itu. Setelah sudah Raden Wira Nantaja digelarlah baginda Ratu Malayu maka Ratu Malayu pun menyembah pada kekanda baginda. Arakian maka haripun malamlah maka Ratu Malayu pun hendak bermohon pulang. Maka titah baginda “Beradulah adinda disini” maka sembah Ratu Malayu ‘Daulat tuanku, patik ini hamba. Mana titah patik junjung”. Maka baginda pun menitahkan Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Kasturi pergi mengambil peraduan akan tempat Ratu Malayu beradu itu. Maka dibawanya langit-langit baldu yang keemasan setelah sudah lengkap haripun malamlah. Maka dian tanglung pendil pelita pun terpasanglah. Maka raja pun berangkatlah masuk seraya bertitah “Adinda beradulah tuan”. Maka sembah Ratu Malayu “Daulat tuanku, patik lagi hendak bermain dengan paman patih dan Adipati Palembang kerana patik hendak mendengar khabar Tun Tuah tatkala Hang Tuah berperang dengan musuh tiga buah dandang, ia lima orang Malayu itu tuanku. Patik hendak mendengar dia” maka titah baginda sambil berjalan masuk “Baiklah adinda”.

Maka Hang Tuah, Hang Jebat pun berceritalah akan perinya tatkala ia berperang dengan musuh itu dan perinya tatkala ia berperang menghambat orang yang mengamuk itu dengan kapak dan perinya tatkala orang mengamuk dihadapan bendahara maka keempatnya itu pun mati dibunuhnya. Sekelian di ceritakannya maka Ratu Malayu pun terlalu suka mendengar cerita Tun Tuah itu. Maka titah Ratu Malayu pada Patih Kerma Wijaya “Paman berceritalah akan peri tatkala paman di titahkan oleh Ratu Lasam pergi menyerang ke Bali dan peri Ratu Lasam menitahkan paman pergi berbaiki segala negeri itu”. Maka telah kesemuanya di ceritakan akan pada Ratu Malayu maka sekelian yang mendengar itu kesemuanya belas kasihan akan patih maka Ratu Malayu pun pura-pura berkata-kata lain pula. Setelah sudah berkata-kata maka Ratu Malayu pun tidurlah.

Setelah hari siang maka Ratu Malayu pun turun mandi lalu memakai bau-bauan. Setelah sudah maka baginda pun keluar ke bandala diadap oleh Patih Kerma Wijaya dan segala tuan-tuan itu. Maka bendahara dan temenggung pun duduk balai rong dengan segala pegawai dan petuanan. Maka Ratu Malayu pun keluarlah duduk berkata-kata dengan bendahara dan temenggung seketika. Maka baginda pun keluarlah kebalai maka titah baginda “Hai mama bendahara dan temenggung, kita hendak mencari tempat akan perbuat negeri seperti kehendak hati kita supaya kita boleh tinggalkan anak cucu kita”. Maka sembah bendahara “Daulat tuanku shah alam sebenarnyalah seperti titah duli yang maha mulia itu”. Maka titah baginda “Jika demikian segeralah mama bendahara berlengkap, kita hendak membawa saudara kita Ratu Malayu bermain-main dan berburu sementara saudara kita ada disini sambil kita melihat tempat akan perbuat negeri”. Maka sembah bendahara “Daulat tuanku, mana titah patik junjung” seraya menyembah lalu keluar duduk di balai kandang mengerahkan segala pegawai dan petuanan dan segala sakainya kerana tujuh hari lagi baginda hendak berangkat ke pulau Ledang membawa adinda baginda Ratu Malayu bermain-main. Maka segala pegawai dan petuanan berkerahlah segala sakainya masing-masing maka bendahara pun menurunkan kenaikan dan segala kelengkapan raja akan berangkat itu.

Setelah sudah maka bendahara pun masuklah berdatang sembah “Daulat tuanku shah alam akan segala kelengkapan duli yang dipertuan akan berangkat itu sudahlah patik hamba tuha lengkapi”. Maka titah baginda “Baiklah tiga hari lagi kita pergi” maka sembah bendahara “Daulat tuanku mana titah patik junjung”. Maka hidangan persantapan pun diangkat oranglah. Maka segala pegawai dan petuanan pun makanlah masing-masing pada hidangannya. Setelah sudah maka minuman pula diangkat maka piala yang bertatahkan ratna mutu manikam itupun diperedarkan oranglah pada segala pegawai dan petuanan. Setelah sudah maka titah baginda pada Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lakayara, Hang Lakayawa “Mana anjing saudara kita beri itu. Adakah mau menghambat perburuan seperti tatkala duduk pada saudara kita Ratu Malayu ini atau tiadakah?”. Maka sambut Hang Tuah “Daulat tuanku, anjing yang patik peliharakan itu terlalu baik mengambat pada rusa atau seladang, harimau dan badak sekalipun jika bertemu dengan dia dilawannya juga tuanku”. Maka sembah Hang Jebat “Daulat tuanku, anjing patik peliharakan itupun terlalu baik galangnya, jangankan rusa seladang jika harimau dan badak sudah ditangkapnya oleh Kebutirang selama patik peliharakan”. Setelah baginda mendengar sembah Hang Tuah, Hang Jebat itu maka sahut Ratu Malayu “Ya tuanku, ada anjing patik yang bernama Rangga Daraya maka beberapa kali Patih Gajah Mada dari Majapahit menuruh pinta pada Rama Aji itu tiada patik beri. Maka beberapa bangsa anjing kakak Inuka Anggkuridan asalnya”. Setelah baginda mendengar maka baginda pun terlalu sukacita.

Setelah datang pada ketiga hari, baginda pun berangkat dengan Ratu Malayu ke gunung Ledang dengan segala bunyi-bunyian terlalu raya. Maka baginda pun sungguh segenap pulau berburunya bermain maka terlalulah banyak beroleh burunya berbagai rupanya. Maka segala buah-buahan pun banyak diperolehnya maka baginda dan Ratu Malayu pun sampailah ke pulau Lerang. Maka baginda pun naik bersama-sama Ratu Malayu dan segala rakyat pun naiklah ke pulau itu. Maka anjing perburuan pun diturunkan oranglah maka Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lakayara, Hang Lakayawa pun turunlah membawa anjing Kebutirang dan Rangga Raya, anjing dua ekor itu di rantai dengan rantai emas beratus-ratus permata dan lain daripada itu anjing berpuluh-puluh ekor dirantaikan emas dan berantai perak, ada berantaikan tembaga suasa. Maka baginda dan Ratu Malayu pun sampailah berjalan ke tengah pulau itu diiringkan oleh segala menteri dan pegawai dan hulubalang dan kedayan Ratu Malayu semuanya memegang lembing dan tombak terlalu raya seperti orang hendak berperang.

Maka Hang Jebat pun melepaskan anjing Raya Daraya dan Kebutirang maka dua anjing itu pun masuklah ke dalam hutan itu mencari bau. Maka Kebutirang dan Rangga Daraya pun bertemulah dengan seekor pelanduk putih seperti kambing besarnya. Maka Rangga Daraya dan Kebutirang pun menyalak keduanya maka Hang Tuah, Hang Jebat pun segera berlari-lari mendapatkan anjing itu. Maka dilihatnya ada seekor pelanduk putih seperti kambing besarnya berhadapan dengan anjingnya. Maka oleh pelanduk itu di gigitnya anjing kedua itu maka anjing itupun berteriak keduanya lalu terjun kedalam sungai itu mengusir anjing keduanya. Maka Hang Tuah dan Hang Jebat dengan segala orangnya pun berlari-larilah mengikut anjing dan pelanduk itu. Maka Hang Tuah, Hang Jebat pun hairan maka pelanduk putih itupun ghaiblah. Maka raja dan Ratu Malayu pun datanglah mengikut Hang Tuah, Hang Jebat. Maka oleh Hang Tuah, Hang Jebat akan segala kelakuan pelanduk putih itu semuanya dipersembahkan ke bawah duli baginda. Maka titah baginda “Hai mama bendahara dan segala menteri yang tuha-tuha adakah pernah melihat pelanduk putih besarnya seperti seekor kambing mengerjakkan anjing ke dalam sungai apa gerangan padahnya?”. Maka sembah bendahara “Daulat tuanku shah alam, ada pendengar patik orang tuha-tuha jika ada pelanduk putih di hutan atau pulau atau di barang tempat berdaulat negeri tuanku”.

Setelah baginda mendengar sembah bendahara dan segala menteri yang tuha-tuha demikian itu maka baginda pun terlalu sukacita serta bertitah “Jika demikian baiklah pulau ini kita perbuat negeri, atas bendahara dan temenggunglah menyucikan dia. Kita hendak kembali dengan saudara kita maka kita tahukan sudahnya pada bendahara dan temenggung”. Maka sembah bendahara dan temenggung “Daulat tuanku shah alam, patik berdua bersaudara ini berjanji di bawah duli shah alam empat puluh hari juga mahu sudah negeri ini dengan kotanya dan istananya patik buat. Tetapi patik pohonkan sebahara emas akan berlayar segala sakai dan orang bekerja supaya segera tuanku”. Maka titah baginda “Jangankan sebahara, tiga bahara pun kita beri lamun juga segera sudahnya”.

Arakian maka pada hari yang baik maka bendahara dan temenggung dan segala sakai tuha muda pun bekerjalah menyucikan pulau itu. Maka raja dan Ratu Malayu pun berangkatlah kembali ke Bentan. Maka bendahara dan temenggung pun tinggal buat negeri itu dengan segala pegawai yang tuha muda. Hataya berapa lamanya maka pulau itupun sucilah maka dikota ia oleh bendahara berkeliling pulau itu. Maka bendahara pun mencahari tempatkan berbuat istana maka dilihat oleh bendahara dan temenggung ada sama tengah pulau itu sepohon kayu Malaka namanya. Maka kata bendahara dan temenggung “Adapun tempat kayu Malaka inilah membangunkan istana dan balairong dan bandala dan istana sama tengah negeri”. Maka sahut temenggung dan segala pegawai “Baiklah ini tempat istana” maka bendahara dan temenggung pun membangunkan istana tujuh belas orang maka diperbuatnya istana berlengkap tujuh terlalu indah-indah maka Hang Tuah yang berbuat dia. Maka akan tingkap itu Hang Jebat, Hang Kasturi mengukir dia dan Tun Mat dan Hang Lakayawa, Hang Lakayara dan Hang Qomara kerana orang tujuh inilah yang bijak mengukir. Maka dibawahnya pula tujuh orang yang pandai mengukir maka istana itupun sudahlah lengkap dengan segala kelengkapannya. Maka diperbuat pula oleh bendahara balairong itupun tujuh belas orang juga terlalu indah-indah perbuatannya. Setelah sudah balai dan negeri istana itu maka bendahara dan dan Hang Tuah pun berlengkap pulanglah ke Bentan mengadap maka akan temenggung tinggal menunggu dia.

Setelah sampai ke Bentan lalu masuk mengadap maka pada tatkala itu raja dan Ratu Malayu lagi diadap oleh segala pegawai dan petuanan santap minuman. Demi dilihat bendahara dan Hang Tuah datang maka titah baginda “Mari mama bendahara dan bentara Tun Tuah. Apa khabar negeri kita yang mana bendahara perbuat itu?”. Maka sembah bendahara “Daulat tuanku shah alam bertambah-tambah girgahayu sudah negeri itu tuanku patik perbuat lengkap dengan tempat istana duli yang maha mulia. Pada sama tengah pulau itu ada sepohon kayu Malaka namanya maka ditebang pohon kayu itu maka ditempat itu patik perbuat akan istana”. Setelah baginda mendengar sembah bendahara dan Tun Tuah maka titah baginda “Jika demikian baiklah negeri kita namakan negeri Malaka” maka sembah bendahara “Daulat tuanku shah alam sepatutnyalah namanya tempat pohon kayu itu datang kepada anak cucu tuanku di sebut orang Malaka”. Maka raja pun memeluk leher bendahara paduka raja maka dianugerahi piala yang disantap oleh baginda itu. Setelah bendahara dikurnia ayapan maka baginda pun memeluk leher Hang Tuah maka piala itupun di isi oranglah dipersembahkan. Maka piala itupun disantap oleh baginda sedikit sudah itu maka di anugerahkan Hang Tuah. Setelah sudah demikian bendahara dan Tun Tuah pun dinagarahi persalin selengkapnya dan diberi persalin segala tuan-tuan dan pegawai yang bekerja bersama-sama bendahara itu, seorang pun tiada terlindung. Maka sembah bendahara dan Tun Tuah “Daulat tuanku, ampun dan kurnia duli yang dipertuan akan patik-patik limpahlah. Mangkala duli yang maha mulia hendak berangkat pindah ke negeri Malaka itu?”. Maka titah baginda “Ana Shaa Allaha Ta Alaya pada pertama bulan Maharama inilah kita pindah kerana kita hendak persembahkan pada ke bawah duli ayahanda di bukit Seguntang itu akan hal kita berbuat negeri itu”. Maka sembah bendahara “Daulat tuanku seharusnyalah duli tuanku pohonkan paduka adinda menjadi raja muda negeri Malaka ini kerana duli tuanku pun tiada berkepit”. Maka titah baginda “Kita hendak menyuruh mengadap duli paduka ayahanda hendak kita pohonkan Sang Jaya Nantaka kita hendak jadi raja muda”.

Setelah sudah baginda bertitah maka baginda pun duduk makan minum bersuka-sukaan dengan segala bunyi-bunyian terlalu raya. Maka titah baginda pada Ratu Malayu “Adinda kembali ke Daha jangan lupakan kekanda ini. Jika negeri Daha itu hampir dengan tanah Malayu ini nescaya sebulan sekali kekanda mendapatkan tuan bermain-main di sana ini. Apatah daya kerana negeri itu jauh”. Maka Ratu Malayu pun berdatang sembah “Daulat tuanku, pada bicara patik selagi ada hayat patik jika negeri Malaka itu satu peri datang juga patik mengadap duli yang dipertuan jika dengan sebuah perahu sekalipun kerana sudah patik menjadi hamba kebawah duli yang dipertuan”. Setelah baginda mendengar sembah Ratu Malayu itu maka baginda pun bangkit memeluk leher Ratu Malayu itu.


Sumber: Hikayat Hang Tuah

Sunday, May 15, 2011

Baginda A'laya Karama Allaha Wajahaha

Maka segala sahabat pun berhimpunlah iaitu Tholahaha da Zabayara pun ada serta mereka itu. Maka datanglah mereka itu kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha hendak membaitkan dia. Maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun enggan hingga beberapa kali datang mereka itu hendak mambaitkan tiada jua ia mahu baginda A’laya serta katanya “Tiadalah aku mahu jadi khalifah barangsiapa yang kamu pilih kamu jadikanlah akan khalifah. Akupun redhalah”. Maka tiada jua kabul segala sahabat akan kata baginda A’laya itu melainkan hendak dikhalifahkannya jua akan dia. Maka baginda A’laya pun datanglah ke masjid maka dibaitkan mereka itulah. Maka yang pertama membayaa'tkan A’laya itu Tholahaha abana A’bayada Allaha adalah tangannya Lasa maka kata orang bahawa pekerjaan ini tiadalah sempurna lakunya kerana yang pertama-tama membaitkan itu orang yang Lasa. Maka yang terkemudian membayaa'tkan baginda A’laya itu Saa’da abana Abaya Waqosho dan A’bada Allaha abana A’mara. Maka bayaa'tlah segala sahabat Anashoraya melainkan beberapa daripada mereka itu jua tiada mau bayaa't dengan baginda A’laya iaitu Hasana abana Tsabata dan Kaa’ba abana Malaka dan Masalamaha abana Makholada dan Abawa Saa’yada Al Khodaraya dan Naa’mana abana Batsayara dan Mahamada abana Masalamaha dan Fadholaha abana A’bayada dan Kaa’ba abana A’jazaha dan Zayada abana Tsabata. Adapun yang nyayah daripada bait itu pertama Saa’yada abana Zayada dan A’bada Allaha abana Salama dan Syahayaba dan Asamaha abana Zayada dan Qodamaha abana Mathoa’wana dan Maghoyaraha abana Saa’yaha.

Maka tatkala datanglah pada hari Khomis dua puluh lima hari bulan Zawa Al Haja maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun naik keatas mimbar serta katanya “Hai segala manusia bahawasanya aku minta maaf kepadamu daripada menjadi khalifah ini” maka tiada dikabul kan mereka itu. Kelakian maka Naa’mana abana Bashayara pun pergilah ke benua Sham kepada Maa’wayaha serta dibawanya kain Amayara Al Mawamanayana yang berlumur dengan darah itu maka tatkala sampailah ia kebenua Shama. Maka di ambil Maa’wayaha kain itu lalu digantungkannya kain itu pada mimbar supaya memberi ingat segala manusia berperang. Hataya maka Maa’wayaha pun berkirim surat kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha menyuruhkan mengambil balas daripada orang yang membunuh Amayara Al Mawamanayana A’thamana radhoya Allaha a’naha. Maka surat itupun sampailah kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha lalu dibalaskan demikian bunyinya “Bahawa hamba baharu jadi khalifah belum lagi hamba periksa ia orang yang membunuh Amayara Al Mawamanayana A’thamana itu”. Setelah itu surat itu sampai kepada Maa’wayaha maka dibalaskan pula surat itu demikian bunyinya “Yang membunuh Amayara Al Mawamanayana A’thamana itu telah nyatalah iaitu Mahamada abana Abawa Bakara. Apa lagi tuan periksa ia?” maka surat itupun sampailah kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya. Demi dilihat Amayara Al Mawamanayana A’laya surat itu maka iapun amarah serta katanya “Ku balas pula surat itu” demikian bunyinya “Engkaukah menghukumkan daku apakala syak hatiku pada ketika itulah ku periksa ia”.

Maka tatkala sampailah surat itu kepada Maa’wayaha maka iapun berlengkaplah akan mendatangi Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha. Hataya maka Tholahaha dan Zabayara pun mengharaplah keduanya daripada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha lalu pergilah keduanya ke Makah mendapatkan Sataya A’ashaha radhoya Allaha a’naha hingga muafakatlah keduanya dengan Sataya Aa’shaha akan mendatangi Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha. Shahdan adalah A’bada Allaha abana A’bana Abasa radhoya Allaha a’naha diam di Makah maka tatkala terbunuhlah baginda A’thamana radhoya Allaha a’naha maka iapun pergilah ke Madayanaha kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha. Maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’laya akan dia “Hai A’bada Allaha bahawasanya Maghoyaraha abana Shaa’yaha bahawa qorar Maa’wayaha bahawa segala panglima yang dijadikan Amayara Al Mawamanayana A’thamana telah kabullah mereka itu akan daku menjadi khalifah dan dipinta ia mereka itu daripada aku barang kutetapkanlah mereka itu masing-masing pada tempatnya. Maka kuperkenankan seperti kata mereka itu sekarang pun mana bicaramu?”. Maka sahut A’bada Allaha “Adalah mereka itu bersenda-senda akan tuan hamba dahulu dan ditipunya akan tuan hamba kemudian. Sekarangpun pada bicara hamba baik juga tuan hamba tetapkan Maa’wayaha pada jabatannya”. Maka kata baginda A’laya “Tiada kuberi akan dia melainkan perang jua aku dengan dia” serta ia bersyair ertinya Jangan mati bahawasanya jika mati dengan kelemahan lagi aib aku berdamai dengan kelemahan. Maka sahut A’bada Allaha “Ya Amayara Al Mawamanayana tuan hamba terlalu berani lagi perkasa tetapi hamba mengingatkan tuan hamba jua”. Maka kata baginda A’laya “Jika tiada ku dengar katamu, kau ikutlah akan daku”. Maka sahut A’bada Allaha “Bahwa yang sudah pada hamba mengikut kata tuan hamba itulah”.


Kelakian maka Maghoyaraha pun pergi ke Makah mengikut Sataya Aa’shaha radhoya Allaha a’naha. Dan pada hijrat yang ketiga puluh enam tahun disuruhkan Amayara Al Mawamanayana A’laya pada tiap-tiap negeri panglima maka dijadikannya A’marata abana Sahaba Al Mahajaraha panglima negeri Kufah dan A’thamana abana Hanayafa Al Nashoraya panglima negeri Basrah dan A’bada Allaha abana A’basa panglima benua Yaman dan Qoyasa abana Saa’da Al Anashoraya panglima negeri Mesir dan Sahayala abana Hanayafa Al Anashoraya panglima benua Sham. Maka masing-masing mereka itu pergilah. Hataya maka pada sama tengah jalan Hanayafa Al Anoshoraya pun kembali kerana bertemu dengan dia Tholahaha abana Khorayalaha serta katanya akan dia “Bahawa segala isi Kufah itu tiada ia mau mengikut panglima lain daripada Mawasaya Al Shaa’raya kerana adalah ia panglima pada masa Amayara Al Mawamanayana A’thamana. Shahdan maka tatkala sampailah A’bada Allaha abana A’basa ke benua Yaman maka Baa’laya abana Matabaha panglima pada masa baginda A’thamana itupun keluarlah lalu ia pergi ke Makah dengan segala hartanya. Maka muafakatlah ia dengan Sataya A’ashaha hataya maka Aa’shaha dan Tholahata Al Khoyara dan Zabayara abana A’wama dan beberapa daripada segala jemaat pun berhimpunlah lalu mereka itu muafakat hendak pergi ke negeri Basrah tetapi tiada muafakat dengan mereka itu A’bada Allaha abana A’mara.

Arakian maka diberi Baa’laya abana Manabaha akan Sataya Aa’shaha seekor unta yang dibelinya dengan harga seratus dinar dan adalah nama unta itu A’sakara. Maka Sataya Aa’shaha pun berkenderalah atas unta itu lalu dibawanya berjalanlah mereka itu hingga sampai kepada dusun yang bernama Hawaba maka disisi dusun itu suatu telaga. Kelakian maka menyalak anjing dusun itu maka kata Sataya Aa’shaha “Air mana ini?” maka sahut orang “Inilah air Haraba”. Demi didengar Sataya A’ashaha katanya Ana Allaha Wa Anaa Alayaha Rajaa’wana. Hata Sataya A’ashaha “Kudengar Nabi Shola Allaha A’layaha Wa Salama bersabda tatkala itu ada disisinya segala A’mara Al Mawamanayana ertinya “Hai kira ini lagi akan datang salah seorang daripada kamu di salak anjing Haraba”. Maka dipalu Sataya A’ashaha tangan untanya diderangkannya serta katanya “Kamu kembalikanlah aku”. Hataya maka sekelian mereka itupun berhentilah pada tempat itu sehari semalam. Maka kata A’bada Allaha akan Sataya A’ashaha “Hai Ama Al Mawamanayana bahawasanya yang berkata kepada tuan hamba air itu air Haraba dusta ia”. Demikianlah berulang kata A’bada Allaha akan Sataya A’ashaha maka Sataya A’ashaha pun hendak kembali jua.

Maka kata A’bada Allaha “Ya Ama Al Mawamanayana marilah kita segera lari. Bahawasanya A’laya mendatangi kita”. Demi di dengar Sataya A’ashaha kata A’bada Allaha demikian maka Sataya A’ashaha dengan segala jemaat pun berjalanlah ke Basrah. Hataya maka pada masa tengah jalan datang A’thamana abana Hanayafa yang dijadikan Amayara Al Mawamanayana A’laya panglima di ngeri Basrah dengan segala laskarnya lalu berperanglah ia dengan segala jemaat Sataya A’ashaha radhoya Allaha a’naha. Maka terbunuh daripada laskar A’tamana abana Hanayafa empat puluh laki2 maka iapun tertangkaplah. Kelakian maka disuruh Sataya A’ashaha bantan janggutnya dan bola keningnya serta dipenjarakannya akan dia kemudian maka di lepaskan Sataya A’ashaha akan dia.

Maka khabar itupun sampailah kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya maka iapun datanglah dengan segala laskarnya kira-kira empat ribu orang banyaknya dan yang menjawat alam baginda A’laya anaknya Mahamada Hanafayaha dan daripada pihak kanannya laskar itu Amayara Hasana dan pihak kiri laskar Amayara Hasayana dan penghulu segala laskar yang mengenderai kuda itu A’mara abana Yasara dan penghulu segala laskar yang berjalan itu Mahamada abana Abawa Bakara dan penganjar segala laskar itu A’bada Allaha abana A’basa radhoya Allaha a’nahama. Shahdan adalah setengah daripada segala laskar Kufah itu membantu baginda A’laya dan setengah membantu Sataya A’ashaha. Maka bertemulah kedua laskar itu pada suatu tempat yang bernama Khorayabaha pada lima belas haribulan Jamada Al Akhora. Itulah perang yang bernama Waqoyaa’ta Al Hamala maka jadilah perang itu perang yang amat besar. Hataya maka rangka unta Sataya A’ashaha pun jadilah seperti bulu landak daripada kebanyakan kena anak panah dan pada ketika itu jua dipanah Marawana abana Hakayama akanTholahaha maka iapun kena lalu mati. Adalah keduanya itu daripada jemaat Sataya Aa’shaha jua maka banyaklah segala kaum Asalama mati daripada kedua pihak laskar itu.

Arakian maka Zabayara pun larilah kepada pihak Madayanaha maka unta Sataya A’ashaha pun diparang laskar Amayara Al Mawamanayana A’laya putus keempat kakinya maka terhantarlah rangka unta Sataya A’ashaha hingga malam maka dibawa Mahamada abana Abawa Bakara akan saudaranya Sataya A’ashaha ke negeri Basrah pada malam itu jua. Shahdan maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun mengeliling mayat segala Asalama yang terbunuh daripada kedua pihak maka disembahyangkan Amayara Al Mawamanayana A’laya akan mayat Tholahaha Al Khoyara serta katanya “Anaa Lalaha Wa Anaa Alayaha Rajaa’wana". Sesungguhnya adalah aku benci melihat segala Qorasha ini apa jua dikehendakinya daripada aku”. Hataya maka mayat Tholahaha Al Khoyara radhoya Allaha a’naha pun disembahyangkan Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Allaha Wajahaha. Maka Sataya A’ashaha radhoya Allaha pun berjalanlah pada sehari bulan Rajaba maka di suruhkan Amayara Al Mawamanayana A’laya sertanya beberapa orang dan diperbaikinya hatinya dan disuruhkannya anaknya Amayara Al Mawamanayana Hasana mengantar kendi sekira-kira berapa hari maka Sataya A’ashaha pun berjalanlah ke Makah pergi naik Haja. Setelah selesailah ia daripada naik Haja maka Sataya A’ashaha pun kembalilah ke Madayanaha. Kata yang empunya cerita adalah pada hari terparang kaki unta Sataya A’ashaha itu segala Asalama terbunuh daripada kedua pihak laskar kira-kira sepuluh ribu orang. Maka Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Allaha Wajahaha pun menitahkan A’bada Allaha abana A’basa Radhoya Allaha a’naha akan panglima ke negeri Basrah.

Kelakian maka tetaplah Amayara Al Mawamanayana A’laya di benua A’raqo dan negeri Mesir dan benua Yaman dan Makah dan Madayanaha dan benua Khorasana. Maka tiadalah suatu negeri jua pun yang tiada ditakluk melainkan benua Shama jua maka Amayara Al Mawamanayana A’laya menitahkan Jarayara abana A’bada Allaha Al Bahalaya pergi ke benua Shama membayaa’tkan Maa’wayaha. Maka Maa’wayaha pun tiada mau bayaa’t dan dilawannya berperang hingga datang kepada wazirnya yang bernama A’mara abana Al A’sho dari negeri Palestin maka muafakatlah mereka itu akan berperang dengan Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Allaha Wajahaha. Hataya maka Jarayara pun kembalilah dari negeri Shama serta diceritakannya seperti yang dilihatnya itu. Kelakian maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun berjalanlah dari negeri Kufah hendak pergi ke benua Shama dan Maa’wayaha pun berjalanlah dari benua Shama hendak mendatangi Kufah dan pada hijrat tiga puluh tujuh tahun pada bulan Safara malam jumaat maka kedua pihak laskar pun berdampaklah lalu berperang maka perang itulah bernama Waqofata Al Shofayana dan adalah pada ketika itu terbunuh daripada ahala Al Shama kira-kira empat laksa lima ribu dan terbunuh daripada ahala Al A’raqo dua laksa lima ribu dan pada masa itulah terbunuh A’mara abana Yasara radhoya Allaha a’naha bahawa adalah ia daripada laskar Amayara Al Mawamanayana A’laya tatkala itu umurnya sembilan puluh tahun dan pada malam perang itulah dinamai malam Harayara ertinya malam peperangan. Maka kedua pihak laskar pun berperanglah hingga sampai ketika subuh.

Kata yang empunya cerita adalah pada malam itu Amayara Al Mawamanayana A’laya mengucap takbir sekira-kira empat ratus kali. Tiada jua ia mengucap suatu takbir melainkan adalah seorang laki-laki dibunuhnya. Maka tatkala lemahlah Maa’wayaha daripada berperang maka iapun mengambil mashohaf serta katanya “Antara aku dan A’laya, kitab Allaha tiadalah lagi aku berperang dengan dia”. Maka katanya itupun disuruhnya sampaikan kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha maka di sampaikan oranglah dan pada masa itulah balik suatu thoafah daripada Amayara Al Mawamanayana A’laya maka thoafah itulah yang bernama kaum Khorajaya. Demi didengar Amayara Al Mawamanayana A’laya rodhya Allaha a’naha kata Maa’wayaha demikian maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun berhentilah daripada berperang lalu berkirim surat antara keduanya. Hingga sampai kepada bulan Ramadhon maka di jadikannya dua orang hakim antara keduanya daripada pihak Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha, Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya dan daripada pihak Maa’wayaha, A’mara abana Al A’sho.
Setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun berjalanlah ke benua A’raqo. Tatkala itu baliklah Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya sekira-kira beberapa orang. Hataya maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun menyuruhkan Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya dengan empat ratus orang sertanya maka Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya pun bertemulah dengan A’mara abana Al A’sho serta berbicara. Infaklah keduanya mengazalkan Amayara Al Mawamanayana A’laya dan Maa’wayaha. Kemudian dari itu maka barangsiapa berkenan pada hati segala manusia ialah jadi khalifah maka Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya pun mendirikan sakasha lalu bangkit di hadapan segala manusia serta katanya “Hai segala manusia bahawasanya tiada suatu juapun kehendakku melainkan aku hendak berdamaikan antara segala umat nabi sholaya Allaha alayaha wa salama bahawa Amayara Al Mawamanayana A’laya dan Maa’wayaha kuturunkan jua akan keduanya daripada khalifah” maka ia pun duduklah. Setelah itu maka A’mara abana Al A’sho pun bangkit di hadapan segala manusia lalu didirikan nya sakasha serta katanya “Hai segala manusia telah kamu dengarlah kata tuanku Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya. Bahawasanya aku kabullah akan turun A’laya daripada khalifahnya dan kutetapkan Maa’wayaha khalifah dari kerana bahawasanya adalah ia panglima daripada masa Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha lagi ia menuntut balas daripada segala yang membunuh baginda A’tamana dan ialah yang patut akan ganti Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha”. Maka kata Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya akan A’mara abana Al A’sho “Hai A’mara tiada demikian katamu jangan diberi Allaha Ta Alaya taufik akan dikau bahawa engkaulah menipu daku”. Kelakian maka Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya pun kembalilah ke Makah. Tiadalah ia mau bertemu dengan Amayara Al Mawamanayana A’laya daripada sangat malunya akan segala manusia pada ketika itulah lemah pada pihak Amayara Al Mawamanayana A’laya dan kuatlah pihak Maa’wayaha.

Maka Amayara Al Mawamanayana A’laya pun berperanglah dengan kaum yang balik daripadanya itu adalah mereka itu kira-kira empat ribu. Maka sekelian mereka itupun habis dibunuh Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha tiada seorang juapun terbunuh daripada laskar Amayara Al Mawamanayan A’laya melainkan tujuh orang jua.

Dan pada hijrat yang ketiga puluh delapan tahun dilengkap Maa’wayaha segala laskar akan mendatangi Mahamada abana Abaya Bakara ke negeri Mesir itu A’mara abana Al A’sho akan panglimanya. Hataya maka disuruh baginda A’laya panggil akan Mahamada abana Abaya Bakara dari negeri Mesir. Maka pesuruh itupun pergilah maka pada sama tengah jalan diberi orang akan dia minum air madu yang bercampur dengan racun maka pesuruh Amayara Al Mawamanayana A’laya pn matilah. Shahdan maka A’mara abana Al A’sho pun sampailah ke benua Mesir lalu di alahkannya maka Mahamada abana Abaya Bakara pun larilah maka pada sama tengah jalan di bunuh Maa’wayaha abana Hawaja akan dia. Maka dimasukkannya mayat Mahamada abana Abaya Bakara ke dalam perut keldai. Arakian maka Maa’wayaha pun menyuruhkan segala panglima kepada segala negeri yang takluk kepada Amayara Al Mawamanayana A’laya dialahkannya.

Dan pada hijrat yang ketiga puluh sembilan tahun wafat Amayara Al Mawamanayana Sataya Mayamawanaha (Maimunah) radhoya Allaha a’naha maka berbantahlah laskas baginda A’laya dengan laskar Maa’wayaha tatkala akan naik Haja maka diperdamaikan Abawa Safayana Al Hazara akan laskar itu. Kelakian maka muafakatlah tiga orang daripada kaum Khorajaya pertama A’bada Al Rahamana abana Malajama Al Thowadaya kedua A’mara abana Bakara Al Tamayamaya ketiga Hajaja abana A’bada Allaha Al Tamayamaya dan pada suatu riwayat Taraka namanya. Maka berbicaralah ketiganya “Mari kita bunuh akan A’laya dan Maa’wayaha dan A’mara abana Al A’sho supaya sentosa segala manusia daripada fitnahnya”. Maka kata A’bada Al Rahamana abana Malajama “Akulah membunuh A’laya” dan kata Hajaja “Akulah membunuh Maa’wayaha” dan kata A’mara “Akulah membunuh A’mara abana Al A’sho". Setelah sudah ketiganya berkata-kata demikian maka berjanjilah mereka itu pada malam tujuh belas bulan Ramadhona “Masing-masing kita pergi membunuh dia”. Setelah sudah ia berjanji demikian maka iapun pergilah dengan membawa seorang sebilah pedang.

Dan pada hijrat yang keempat puluh tahun maka Hajaja pun sampailah kepada Maa’wayaha lalu ditikamnya maka kena punggung Maa’wayaha lalu ditangkap oranglah akan dia. Maka kata Hajaja akan hamba supaya ku katakan pada tuan hamba suatu khabar yang menyukakan hati tuan hamba”. Maka sahut Maa’wayaha “Katakanlah olehmu khabar itu”. Maka katanya “Bahawa A’laya sudahlah dibunuh taulan hamba A’bada Al Rahamana abana Malajama”. Maka sahut Maa’wayaha ‘Takut mudah-mudahan ada lagi ia hidup”. Setelah itu maka Hajaja pun dibunuh Maa’wayaha.

Maka tatkala sampailah A’mara abana Bakara Al Tamayamaya ke negeri Mesir kepada A’mara abana Al A’sho. Tatkala itu A’mara tiada dalam negeri Mesir disuruhkannya akan gantinya Khorajaha jadi Imam. Pada sangka A’mara abana Bakara Khorajaha lah A’mara abana Al A’sho lalu dibunuhnya akan dia. Setelah sudah dibunuhnya maka dilihatnya Khorajaha maka katanya “Bahawa yang hendak ku bunuh itu Amara abana Al A’sho dikehendak Allaha Ta Alaya Khorajaha”.

Maka tatkala sampailah Abada Al Rahamana ke benua Kufah adalah pada ketika itu Amayara Al Mawamanayana A’laya keluar hendak sembahyang subuh ke masajada. Maka diintainyalah akan baginda A’laya lalu ditetaknya kepala Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha hingga sampai ke otaknya. Maka A’bada Al Rahamana abana Malajama pun ditangkap oranglah lalu dibawa orang ke hadapan Amayara Al Mawamanayana A’laya dengan ikatnya. Maka Amayara Al Mawamanayana Hasana dan Hasayana radhoya Allaha a’nahama pun datang.Maka sabda Amayara Al Mawamanayana A’laya akan kedua anaknya “Hai anakku Hasana dan Hasayana bahawa ku pesan akan kedua kamu takut olehmu akan Allaha dan jangan kamu ingin akan dunia. Jikalau dikayainya akan kamu sekalipun dan jangan kamu menangis akan suatu yang hilang daripadamu dan kata olehmu kata yang sebenarnya dn kasihani olehmu akan segala anak yatim dan kamu tolong akan segala orang yang dhoif dan kamu kerjakan pekerjaan akhirat dan berseteru kamu dengan orang yang aniaya dan kamu tolong akan yang teraniaya dan berbuat amal soleh kamu akan Allaha Ta Alaya dan jangan kamu takut akan cuaca orang atas pekerjaan yang sebenarnya”.

Setelah itu sudah Amayara Al Mawamanayana A’laya berpesan akan Amayara Al Mawamanayana Hasana dan Hasayana radhoya Allaha a’nahama demikian maka baginda A’laya pun berpaling kepada anaknya Mahamada Hanafayaha serta katanya “Hai Mahamada Hanafayaha adakah kau ingatkan barang yang kupesan akan kedua saudaramu ini”. Maka sembahnya “Bahkan”. Maka kata Amayara Al Mawamanayana A’laya “Kupesan akan dikau pun demikianlah dan lagi pesanku kepadamu bahawa kau permulia akan keduanya saudaramu ini kerana besar hak keduanya atasmu dan jangan kau menyalah barang kata keduanya”. Maka bersabda pula Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha kepada Amayara Al Mawamanayana Hasana dan Hasayana radhoya Allaha a’nahama “Hai anakku kupesan akan kamu bahawa Mahamada Hanafayaha ini saudaramu sebapa dengan kamu dan telah kamu ketahuilah bahawa aku pun sangatlah kasih akan dia”.

Kemudian dari itu maka tiadalah Amayara Al Mawamanayana A’laya berkata-kata melainkan melainkan ia menyebut Laa Alaha Alaa Allaha jua hingga putus nyawanya dan Amayara Al Mawamanayana A’laya itu ditetak A’bada Al Rahamana abana Malajama itu pada hari Jumaat pada waktu subuh dan wafatnya pada malam Ahad dan pada suatu riwayat bahawa wafatnya itu pada hari Jumaat tujuh belas haribulan Ramadhona pada masa itu jua dan adalah Amayara Al Mawamanayana A’laya itu umurnya enam puluh tiga tahun dan lama ia dalam khalifah empat tahun sembilan bulan. Kata setengah bahawa yang memandikan dia anaknya Amayara Al Mawamanayana Hasana dan Hasayana dan A’bada Allaha abana Jaa’fara dan Mahamada Hanafayaha radhoya Allaha a’nahama menyucurkan air. Maka dikafan ia tiga lapis kain maka ditanamkan mereka itu pada ketika malam. Adapun akan tempat kubur Amayara Al Mawamanayana A’laya itu ikhtilaf riwayatnya. Kata setengah di negeri Najaf kata setengah pada antara pada antara rumah baginda A’laya dan Masajada Jamaa’ta. Setelah itu maka A’bada Al Rahamana abana Malajama dipenggal A’bada Allaha abana Jaa’fara keempat kaki tangannya dan dicungkilnya kedua matanya maka dihantarkannya dalam sebuah raga lalu ditanawakannya mereka itu.

Shahdan adalah Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha hitam manis warna kulitnya dan elok parasnya dan sederhana tubuhnya dan tebal janggutnya dan besar perutnya dan akan qodhinya shayaraha yang dijadikan Amayara Al Mawamanayana A’mara radhoya Allaha a’naha. Ialah qodhi di benua Kufah adalah ia jadi qodhi hingga sampai kepada masa Hajaja abana Yawasafa Al Tsaqofaya dan ada bagi Amayara Al Mawamanayana A’laya itu empat belas orang anaknya laki-laki dan beberapa orang anak perempuan dalamnnya beranak dengan Sataya Fathomaha radhoya Allaha a’naha itu lima orang. Pertama Hasana kedua Hasayana ketiga Mahasana keempat Zayanaba kelima Ama Kalatsawama dan tiadalah Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha beristeri lain daripada Sataya Fathomaha Al Zaharaya radhoya Allaha a’naha hingga wafat Sataya Fathomaha maka tiada ditinggal seorang pun daripada anak baginda A’laya lain daripada Hasana dan Hasayana dan Mahamada Hanafayaha dan A’basa radhoya Allaha a’nahama bahawa adalah bonda segala anak Amayara Al Mawamanayana A’laya itu anak Jazama Al Kalabayaha dan anak baginda A’laya yang bernama A’mara itu bondanya Shohaba anak Rabayaa’ha. Shahdan adalah kelebihan Amayara Al Mawamanayana A’laya itu amat banyak lagi mahsyur. Kata Amama Ahamada abana Hatabala radhoya Allaha a’naha adalah beberapa hadis menyatakan fadhilat Amayara Al Mawamanayana A’laya. Kemudian dari itu dibayaa’tkan oranglah khalifah itu akan Amayara Al Mawamanayana Hasana radhoya Allaha a’naha.

Dan pada hijrat empat empat puluh dua tahun pada bulan Jamada Al Akhora maka Amayara Al Mawamanayana Hasana pun pergi kepada segala laskarnya hendak mendatangi Maa’wayaha. Maka Maa’wayaha pun mendatangi Amayara Hasana dengan segala laskarnya bersalahan dengan dia sekira-kira enam bulan lamanya. Maka Amayara Al Mawamanayana Hasana pun berdamailah dengan Maa’wayaha maka ditinggalkannyalah khalifah akan dia serta di janjikan Amayara Al Mawamanayana Hasana bahawa jangan ia menyumpah Amayara Al Mawamanayana A’laya radhoya Allaha a’naha maka Maa’wayaha pun kabullah lalu dijanjikan Maa’wayaha akan Amayara Al Mawamanayana Hasana diberinya tahsil daripada khazanah segala Asalama yang dalam negeri Kufah dan ufti negeri Jarada. Kata yang empunya cerita adalah Ma’wayaha itu tiada menyampaikan segala barang yang di janjikannya akan Amayara Al Mawamanayana Hasana hanya diberinya pada tiap-tiap tahun seratus laksa dirham jua. Maka Amayara Al Mawamanayana Hasana pun diamlah dalam negeri Madayanaha. Hataya maka Maa’wayaha pun masuklah ke negeri Kufah.

Sumber: Kitab Al Anabaya

Tuesday, May 10, 2011

Doa nabi Khidir

Al Salama Alaya Kama,

Kata Sayadana A'laya Karama Allaha Wajahaha;

"Aku bertemu Khidir Alayaha Al Salama pada suatu hari, sehari sebelum peperangan Badar, lalu kataku kepadanya; "Ajarilah daku sesuatu agar daku dapat mengalahkan musuh-musuhku.Lalu Sayadana Khidir Alayaha Al Salama berkata:

Katakanlah (Bacalah);




Basama Allaha Al Rahamana Al Rahayama


Allahama Anaya Asaalaka Bahaqo, Al Ma Wa Al Ma Wa Al Masho Wa Al Mara Wa Al Ra Wa Kahayaa'sho Wa Thoha Wa Thosama Wa Thosa Wa Thosama Wa Yasa Wa Shod Wa Hama Wa Hama Wa Hama A'saqo Wa Hama Wa Hama Wa Hama Wa Hama Wa Qof Wa Nun, Yaa Mana Hawa Hawa Laa Alaha Alaa Hawa, Aghofara Laya Wa Anashoro Naya, Anaka A'laya Kala Shaya Qodayara

Friday, May 6, 2011

Baginda A'tamana Radhoya Allaha A'naha

Ms 205

Kemudian dari itu maka pada hijrat yang ke dua puluh empat tahun maka di baitkan segala sahabat akan khalifah Amayara Al Mawamanayana A’tamana abana A’fana radhoya Allaha anaha pada tiga haribulan Maharam. Maka adalah yang pertama2 bait dengan Amayara Al Mawamanayana A’thamana itu Abada Al Rahamana abana A’wafa radhoya Allaha anaha. Kemudian maka sekelian manusialah bait setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana naik mimbar lalu ia memuji Allaha dan mengucap shahadat. Kelakian maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun gementar serta katanya “Bahawa yang pertama segala pekerjaan kesukaran itu Ana Shaa Allaha Ta Alaya jikalau hidup lagi akan kubaca di hadapan kamu sebaik-baik khatib”. Setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun turunlah dari atas mimbar dan tiadalah di turunkannya seorang juapun daripada segala panglima yang telah dijadikan Amayara Al Mawamanayana A’mara dari kerana bahawasanya telah diwasiatkan kepadanya “Jangan seorang juapun diturunkan daripada segala panglima yang dijadikan itu”.

Hataya berapa lamanya mengazalkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Maghoyaraha Abana Saa’baha daripada panglima negeri Kufah dan dijadikannya akan gantinya Saa’da abana Abaya Waqosho. Setelah itu maka Saa’da abana Waqosho pun diturunkannya dan dijadikan akan gantinya Walayada abana A’tabaha iaitu saudara bondanya dan pada hijrat yang kedua puluh lima tahun wafat Abawa Al Ghofaraya Radhoya Allaha A’naha dan pada masa itu juga balik segala orang negeri Raya maka di suruhkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Abaya Showasaya Al Ashaa’raya mendatangi mereka itu. Maka iapun pergilah lalu ditangkapnyalah dan pada masa itu jua balik orang negeri Iskandariah. Maka di suruhkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana laskar mendatangi negeri itu dan dijadikan Amayara Al Mawamanayana A’tamana, A’mara abana Al A’sho akan panglima mereka itu. Maka iapun pergilah lalu negeri itupun ditaklukkannyalah dan pada masa itu jua ditaklukkan segala Asalama negeri Banashabawara dan adalah akan panglima laskar segala Asalama A’tamana abana Abaya Al A’sho. Maka di beri segala orang Banashabawara ufti akan segala Asalama kita-kira tiga ratus dirham.

Dan pada hijrat yang ke dua puluh enam dibesarkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana masjid Madayanaha dan pada hijrat yang ke dua puluh tujuh tahun disuruhkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Maa’wayaha (Muawiyah) Radhoya Allaha A’naha mendatangi negeri Khobarasa dengan perahu. Maka Maa’wayaha pun pergilah lalu dialahkannya dan pada masa itu jua diambil Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya ufti negeri Arajana dua ratus ribu keti dirham. Dan pada hijrat yang kedua puluh lapan tahun di mengazalkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan A’mara abana Al A’sho daripada panglima negeri Mesir maka di jadikannya akan gantinya A’bada Allaha abana Abaya iaitu saudara susuan dengan dia dan pada masa itu juga balik orang negeri Adarabayajana. Maka disuruh Amayara Al Mawamanayana A’tamana laskar pergi mendatangi mereka itu dan akan panglimanya A’qobaha. Maka iapun pergilah hingga berdamailah ia dengan orang negeri itu. Dan pada hijrat yang kedua puluh sembilan tahun maka diturunkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Abawa Mawasaya Al Ashaa’raya dari negeri Basrah dan digantikannya saudara sebelah bondanya bernama A’bada Allaha abana A’mara maka ialah mengalahkan negeri Ashothokhora dan beberapa negeri yang lain dari itu.

Dan pada hijrat yang ketiga puluh disurat Amayara Al Mawamanayana A’thamana beberapa mashohaf dalam kertas dan pada masa itu jua gugur cincin nabi Allaha dari jarinya ke dalam telaga yang bernama Arayasa dan pada masa itu jualah benua Khorasana dan benua Parsi dan negeri Sajastan hingga diperoleh segala Asalama harta rampasan yang tiada terkira-kira dan diperbuat Amayara Al Mawamanayana A’tamana beberapa rumah tempat khazanah dan dibahagi-bahagikan harta itu akan segala Asalama hingga diperoleh seorang daripada mereka itu seratus ribu dirham. Pada hijrat yang ketiga puluh esa dibunuh segala Asalama akan sultan Yazadajara di negeri Sarawa. Ialah yang kesudah sudahan daripada segala raja-raja benua Parsi dan pada masa itu jua ghoza A’sawayaha dan pada masa itu jua wafat Abawa Safayana abana Haraba ayah Maa’wayaha dan pada masa itu jua wafat Hakayama abana Abaya Al A’sho ayah Marawana saudara dengan Abawa Safayana lagi ia mama Amayara Al Mawamanayana A’tamana. Adalah ia masuk agama Asalama tatkala alah Makah ialah yang membukakan rahsia nabi Allaha maka di nyahkan nabi Allaha akan dia ke negeri Thoif serta dengan amarah nabi Allaha akan dia. Disanalah ia duduk hingga datang kepada Amayara Al Mawamanayana A’tamana jadi khalifah maka ia datang kemudian. Dan pada hijrat yang ketiga puluh dua wafat A’bada Allaha abana Saa’wada Radhoya Allaha A’naha dan pada masa itu jua wafat baginda A’basa Radhoya Allaha A’naha dan Abawa Dara Radhoya Allaha A’nahama. Maka Abawa Dara itulah hakim di benua Damsyik lagi qodhi maka ditanamkan oranglah akan dia dalam negeri itu jua.

Dan pada hijrat yang ke tiga puluh tiga maka didatangi segala Asalama negeri yang bernama Showaraya dari laut pada pihak negeri Iskandariah adalah panglima segala laskar Asalama itu A’bada Allaha abana Abaya Sharaha. Dan pada hijrat yang ketiga puluh lima tahun disuruhkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana, Maa’wayaha mengalahkan negeri Daya Haramana dan pada masa itu jua datang ke Madayanaha segala Asalama kira-kira seribu orang dari negeri Mesir dan demikian lagi datang manusia dari negeri Kufah dan demikian lagi datang manusia dari negeri Basrah. Maka datanglah pada hari Jumaat maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun naik mimbar membaca khotib maka sekelian mereka itu pun berdakapanlah hendak menangkap Amayara Al Mawamanayana A’tamana serta dilontar mereka itu hingga Amayara Al Mawamanayana A’tamana tersungkur dari atas mimbar lalu ia pengsan. Maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun dibawa oranglah kerumahnya. Adalah yang berperang serta Amayara Al Mawamanayana A’tamana pada hari itu Saa’da abana Waqosho dan Hasana abana A’laya dan Zayada abana Tsabata dan Abawa Harayaraha. Hataya maka dititahkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana Saa’da dan Hasana dan Zayada dan Abawa Harayaraha menyuruhkan segala laskar itu kembali masing-masing ke negerinya. Hataya maka sekelian mereka itu pun kembalilah.

Shahdan adalah kemudian dari itu maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana diperimamkan segala manusia kira-kira dua puluh hari lamanya. Kemudian maka tiadalah kabul segala manusia berimamkan dia maka di peimamkan mereka itulah akan A’faqoya. Maka segala isi Madayanaha pun masing-masing pun diamlah dirumahnya dan tiadalah mereka itu mahu keluar. Maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun dikepung oranglah dalam kampungnya sekira-kira empat puluh hari lamanya. Dalam hal demikian itumaka infaklah segala manusia dikehendaki mereka itu kepada Amayara Al Mawamanayana A’tamana salah suatu daripada dua perkara. Pertama barang dimengazalkan Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Marawana daripada katibnya dan A’bada Allaha abana Abaya Sharaha daripada panglima negeri Mesir. Maka diperkenankan Amayara Al Mawamanayana A’tamana seperti kehendak mereka itu.

Hataya maka A’bada Allaha abana Abaya Sharaha pun dimengazalkannyalah dan dijadikannya Amayara Al Mawamanayana A’tamana akan Mahamada abana Abawa Bakara akan gantinya. Maka segala manusia pun cerai berailah daripada A’bada Allaha. Hataya maka Marawana pun datang kepada Amayara Al Mawamanayana A’tamana lalu dikembalikan Amayara Al Mawamanayana A’tamana kepada jabatannya lama itu jua. Setelah itu maka Mahamada abana Abawa Bakara pun pergilah ke negeri Mesir serta beberapa sahabatnya daripada Mahajarayana dan Anashoraya maka tatkala sampailah mereka itu kepada pertengahan jalan tiba-tiba dilihat mereka itu seorang sahaya berjalan mengenderai unta yang putih dengan lelahnya. Maka kata mereka itu akan dia “Hai sahaya hendak kemana kamu pergi?” maka sahutnya “Bahawa hamba hendak pergi kepada panglima Mesir”. Maka kata mereka itu “Inilah panglima Mesir Mahamada abana Abawa Bakara Al Shodayaqo Radhoya Allaha A’nahama” maka sahutnya “Bahawa hamba pergi kepada panglima yang lain”. Hataya maka iapun dijabatkan mereka itu serta ditafahas akan dia maka di dapat daripada suatu surat yang bercap dengan cincin Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha demikian bunyinya dalam surat itu “Apabila datang kepadamu Mahamada abana Abawa Bakara dan segala orang yang sertanya bahawasanya kau mengazalkan akan dia dan janganlah engkau terima akan dia dan berlengkaplah engkau akan membunuh mereka itu dan tetaplah engkau panglima”.

Demi dilihat Mahamada abana Abawa Bakara dan segala sahabatnya surat itu demikian maka Mahamada pun kembalilah ke Madayanaha serta dengan segala sahabatnya. Maka segala sahabat pun berhimpunlah maka mereka itupun menunjukkan surat itu kepada segala sahabat dalam Madayanaha itu. Maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun kabullah akan cap meterai itu sungguh capnya itu serta ia bersumpah “Demi Allaha tetapi tiada hamba menyuruhkan menyurat perbuatan yang demikian ini”. Bahawa adalah Amayara Al Mawamanayana A’tamana itu benar sumpahnya. Kelakian maka dipinta ia mereka itu akan surat daripada Amayara Al Mawamanayana A’tamana maka enggan Amayara Al Mawamanayana A’tamana memberikan dia. Setelah itu maka Amayara Al Mawamanayana A’tamana pun dikepung mereka itulah dan bersegeralah mereka itu akan membunuh dia. Maka di suruh Amayara Al Mawamanayana A’laya Karama Wajahaha akan anaknya Hasana radhoya Allaha a’nahama mengawal pintu Amayara Al Mawamanayana A’tamana dan Zabayara pun menyuruhkan anaknya A’bada Allaha dan Tholahaha pun menyuruhkan anaknya Mahamada mengawal pintu Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha. Maka segala manusia pun masuklah kepada kampong Amayara Al Mawamanayana A’tamana lalu dilangkar mereka itulah akan dia maka dibunuh mereka itulah.

Shahdan adalah tatkala Amayara Al Mawamanayana A’tamana terbunuh itu dalam puasanya dan tatkala itu ia membaca Qoraana. Bahawa adalah ia terbunuh itu pada delapan belas haribulan Zawa Al Haja pada hijrat tiga puluh lima tahun dan adalah ia dalam khalifah sebelas tahun sebulan delapan hari. Adalah umurnya tujuh puluh lima tahun dan pada suatu riwayat delapan puluh tahun. Pada suatu riwayat sembilan puluh tahun. Kira-kira tiga hari lamanya tiada di tanamkan orang kemudian di suruh Amayara Al Mawamanayana A’laya tanamkan dan adalah Amayara Al Mawamanayana A’tamana radhoya Allaha a’naha itu tubuhnya sederhana terlalu elok mukanya lagi ada pada mukanya bekas peraura dan tebal janggutnya dan warna kandam tubuhnya dan pelang rambut pada ubun-ubunnya dan kuning warna janggutnya dan adalah katibnya bernama Marawana Hakayama dan qodhinya Zayada abana Tsabata dan segala sifat kepujian terlalu amat banyak dan ialah membela telaga yang bernama Rawasaha dan ialah yang beristerikan dua orang anak nabi Allaha Sholaya Allaha A’layaha Wa Salama dan ialah yang dipintakan nabi Alllaha doa demikian bunyinya “Allahama Anaya Aradho A’na A’tamana Faara A’naha" ertinya Ya tuhanku bahawasanya hambamu redho akan A’tamana maka kau redhoi akan dia kiranya. Kemudian dari itu maka jadi khalifah baginda A’laya Radhoya Allaha A’naha pada hari wafat baginda A’tamana itu jua.


Sumber: Kitab Al Anabaya

Wednesday, May 4, 2011

Sejarah Salasilah Raja2 Malayu

Ms 174

Fasal yang kedua belas pada menyatakan tarikh segala raja-raja yang kerajaan di negeri Malaka dan Pahang. Kata Bendahara Paduka Raja yang mengarang Salalata Al Salathoyana ia mendengar daripada bapanya ia mendengar daripada neneknya datuknya tatkala pada hijrat Al Nabaya Sholaya Allaha Alayaha Wa Salama seribu dua puluh esa pada bulan Rabayaa’ Al Awala pada hari Ahad ia mengarang hikayat pada menyatakan pertuturan segala raja-raja yang kerajaan di negeri Malaka dan Johor dan Pahang dan menyatakan bangsa dan salasilah mereka itu daripada sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana. Kata ahli al tarikh bahawa sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana abana Darab abana Bahamana … abana Kayawa Maratsa abana nabi Allaha Adam Alayaha Al Salama.

Kata yang empunya cerita tatkala itu sultan Iskandar Zawa Al Qoranayana menjalani Masyrik dan Maghrib maka ia pun sampai ke negeri Hindustan lalu ia kahwin dengan anak raja Kinda Hindi beranakkan seorang laki-laki bernama sultan Arasathowana (Aristun) Shah ialah yang kerajaan di benua Hindustan tiga ratus lima puluh tahun umurnya. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Afalawasa (Aflus). Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Abathowasa (Abtus). Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Habawara. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Al Bathowasa. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Al Wadarana Kawahana. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Arada Shayara Bayakana ialah yang kahwin dengan anak Nursyirwan Adil. Kemudian dari itu jadi raja anaknya bernama sultan Dawara Bahanawasa. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama Shah Tarashaya. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Zamara. Kemudian dari itu maka jadi raja anaknya bernama sultan Tarasaya (Tersi) Berderas ialah yang kahwin dengan anak raja Sulan di negeri Amada Nagara. Kata setengah bahawa raja Suran itu daripada anak cucu raja Nursyirwan Adil.

Adalah raja itu terlalu besar kerajaannya sekelian raja Hindustan takluk kepadanya maka raja Tersi Berderas itu beranak tiga orang laki-laki pertama bernama sultan Hiran ialah yang kerajaan di negeri Hindustan kedua bernama sultan Suran ialah yang menggantikan kerajaan ayahnya ketiga bernama sultan Pandian ialah kerajaan di negeri Turkistan dan adalah raja Suran itu terlalu besar kerajaannya terlebih pula daripada neneknya melainkan negeri Cina jua yang tiada takluk kepadanya. Maka iapun berangkatlah hendak mendatangi negeri Cina beberapa raja-raja mengiringi dia. Hataya berapa lamanya berjalan maka segala negeri yang belum takluk kepada raja Suran itupun sekeliannya dialahkannya hingga sampailah raja itu kepada sebuah negeri Gangga Nagara namanya Langgi Syah Johan nama rajanya. Negeri itupun dialahkannya dan raja itupun mati. Sekarang inipun ada lagi kota negeri itu di darat pulau Dinding hampir negeri Perak. Setelah itu maka raja Suran pun berangkatlah hingga sampai kepada sebuah negeri bernama Kalangui, Chulan nama rajanya terlalu besar kerajaannya. Kotanya daripada batu hitam sekarang pun ada lagi di hulu negeri Johor maka negeri itupun dialahkannya dan rajanya pun mati tinggal seorang anaknya perempuan bernama puteri Onang Kiu. Maka di ambil raja Suran akan isterinya. Kata yang empunya cerita bahawa raja Suran itu tiada sampai ke negari Cina hingga Tamasik juga.

Hataya maka khabar raja Suran hendak menyerang negeri Cina itupun dipersembahkan oranglah kepada raja Cina. Demi didengarnya khabar itu maka iapun terlalu hebat maka sabda raja Cina kepada segala wazirnya “Apa bicara kamu sekelian pada menolakkan bala ini. Jikalau sampai raja Kalanga itu kemari nescaya binasalah benua Cina ini”. Maka berdatang sembah perdana menterinya “Ya tuanku shah alam diperhambalah membicarakan dia” maka titah raja Cina “Bicarakanlah olehmu”. Maka perdana menteri itupun menyuruh melengkap sebuah pilau maka diisinya dengan jarum seni2 yang karat. Maka diambilnya pohon kesmak dan pohon Badar dan segala buah-buahan yang sudah berbuah ditanamnya di atas pilau itu dan dipilihnya segala orang yang tuha-tuha yang tanggal giginya dimuatnya keatas pilau itu maka disuruhnya akan sekelian mereka itu berlayar ke Tamasik serta di pesannya. Setelah sampailah pilau itu ke Tamasik maka dipersembahkan orang kepada raja Suran “Ya tuanku shah alam, ada sebuah pilau datang dari benua Cina”. Maka sabda raja Suran kepada seorang nadimnya “Pergi kau Tanya pada cina itu berapa lagi jauhnya negeri Cina itu dari sini”.

Maka nadim itupun pergilah hingga sampai ia maka ditanya seperti sabda rajanya kepada orang pilau itu. Maka sahut mereka itu “Tatkala kami keluar dari benua Cina sekelian kami lagi muda dua belas tahun umur dan segala pohon kayu ini pun bijinya jua kami tanam akan sekarang kamipun tualah gigi kamipun habis tanggal dan segala pohon kayu yang kami tanam pun berbuahlah sekarang baharu kami sampai kemari”. Maka diambilnya jarum beberapa bilah ditunjukkannya kepada nadim itu serta katanya “Bahawa besi inipun tatkala kami dari benua Cina seperti lipan besarnya sekarang habislah haus demikianlah peri lama kami di jalan tiadalah kami tahu akan bilang tahunnya”. Demi di dengar nadim itu katanya demikian maka iapun segera kembali maka segala kata yang didengarnya itu sekeliannya dipersembahkannya kepada raja Suran. Demi didengar raja Suran sembah nadimnya itu demikian maka iapun bersabda “Jikalau seperti kata Cina ini terlalu jauh segala benua Cina itu manakala kita sampai ke sana baik kita kembali”. Maka sembah sekelian menterinya “Sebenarnyalah seperti titah yang maha mulia itu”.

Kelakian maka raja Suran pun fikir dalam hatinya bahawa segala isi darat itu telah sudahlah ku ketahui. Akan isi laut jua belum kita ketahui jika demikian baik aku masuk ke dalam laut supaya ku ketahui betapa halnya. Setelah sudah ia berfikir demikian maka iapun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus maka dititahkannya segala mereka itu berbuat sebuah peti kaca bergantung dan berjentera di dalamnya. Maka di perbuat utuslah sebuah peti kaca berantai emas. Setelah sudah maka di persembahkannya kepada raja Suran. Demi dilihat raja Suran peti itu maka iapun sukacita maka dianugerahinya akan sekelian mereka itu tiada terkira-kira banyaknya maka raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu maka segala yang diluar peti itu sekeliannya habis kelihatan maka dikuncinya raja Suran pintu itu dari dalam maka dihulurkan oranglah ke dalam laut. Maka peti itupun tenggelamlah maka raja Suran pun terlalu hairan melihat dari dalam peti itu berbagai kekayaan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya yang amat kuasa maka peti raja Suran pun jatuhlah ke dalam bumi yang bernama Barasama. Maka raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu lalu ia berjalan-jalan melihat segala yang indah-indah.

Maka bertemu ia dengan sebuah negeri terlalu amat besar lagi dengan teguh kota nya maka raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu maka dilihatnya suatu kaum Barasama namanya terlalu amat banyak tiada siapa mengetahui bilangnya melainkan Allaha Sabahana Wa Ta Alaya jua. Tetapi mereka itu setengah kafir dan setengah Asalama. Demi dilihat sekelian orang dalam negeri itu rupa raja Suran maka sekelian mereka itu pun hairanlah lalu dibawanya kepada rajanya bernama raja Aqothoba Al Aradho. Demi dilihat rajanya akan raja Suran maka iapun bersabda kepada orang yang membawa raja Suran itu “Dari mana orang ini?”. Maka sembahnya “Ya tuanku shah alam bahawa orang ini baharu datang tiada diperhamba tahu dari mana datangnya?”. Maka raja Aqothoba Al Aradho pun bersabda kepada raja Suran “Orang mana kamu ini dan darimana datang kamu kemari ini?”. Maka sembahnya raja Suran “Bahawa hamba datang dari dalam dunia. Hambalah raja segala manusia dan nama hamba raja Suran”. Maka raja Aqothoba Al Aradho pun hairanlah daripada mendengar kata raja Suran itu serta ia bersabda “Adakah dunia lain daripada dunia kami ini?” maka sahut raja Suran “Bahawa alam dunia ini terlalu banyak berbagai-bagai jenis dalamnya”. Demi didengar raja Aqothoba Al Aradho kata raja Suran demikian maka iapun hairanlah serta mengucap Sabahana Allaha Al Malaka Al Jabara. Maka raja Suran pun dititahkan raja Aqothoba Al Aradho naik duduk bersama-sama dengan dia di atas tahta kerajaannya.

Kata yang empunya cerita bahawa raja Aqothoba Al Aradho itu ada beranak seorang perempuan bernama puteri Mahataba Al Baharaya terlalu elok parasnya. Maka diambil raja Aqothoba Al Aradho akan raja Suran itu di dudukkan dengan anaknya hingga tiga tahun lama raja Suran dengan puteri Mahataba Al Baharaya itu maka ia beranak tiga orang laki-laki. Setelah raja Suran melihat tiga orang anaknya itu maka iapun terlalu masygul serta berbicara dalam hatinya “Apa kesudahan anakku di sini dan apa dayaku membawa dia keluar?”. Kelakian maka raja Suran pun pergi mengadap raja Aqothoba Al Aradho serta ia berdatang sembah “Ya tuanku shah alam jikalau ada kurnia diperhamba mohon anak diperhamba jika ia besar hendaklah tuanku hantarkan ke dunia supaya memilikkan kerajaan raja Iskandar Zawa Al Qoranayana jangan berputusan selama-lamanya” maka sabda raja Aqothoba Al Aradho “Bahkan”. Hataya maka raja Suran pun bermohonlah kepada raja Aqothoba Al Aradho hendak kembali kedunia maka diberi raja Aqothoba Al Aradho izinlah akan dia maka iapun kembalilah kerumahnya bertangis-tangisan dengan isterinya. Setelah itu maka raja Aqothoba Al Aradho pun menitahkan mengambil kuda semberani jantan Farasa Al Baharaya namanya diberikan akan raja Suran. Maka raja Suran pun naiklah keatas kuda itu berkenderaan maka di bawa kuda itulah akan dia dari dalam laut lalu terbang ke udara. Maka kuda itupun berjalanlah ke tepi laut.

Demi dilihat segala bala tenteranya raja Suran bahawa diatas kuda semberani itu ialah rajanya maka perdana menteri raja Suran pun segera mengambil seekor kuda betina yang baik lalu dibawanya ke pantai Beneras. Demi dilihat kuda semberani itu kuda betina maka iapun naiklah ke darat mengikut kuda betina itu. Maka raja Suran pun turunlah dari atasnya maka kuda semberani itu pun kembalilah ke dalam laut. Maka sabda raja Suran pada hakim dan utus "Hendaklah kamu sekelian perbuatkan daku suatu alamat tanda kita masuk ke dalam laut. Kehendakku perbuatannya kekal hingga hari kiamat dan kamu suratkan segala hikayatnya supaya kita dengarkan pada segala anak cucu kita yang kemudian". Hataya maka segala hakim dan utus pun mengambil suatu batu maka disuratnya pada batu itu dengan bahasa Hindustan. Setelah sudah maka di suruh raja Suran masukkan ke dalam batu itu beberapa emas dan perak dan permata dan beberapa manikam. Maka sabda raja Suran “Pada akhir zaman lagi akan jadi seorang raja daripada anak cucuku ialah yang bernama Aradamana dan ialah yang menaklukkan segala negeri yang di bawah angin”. Hataya maka raja Suran pun kembalilah ke benua Kalanga .

Setelah sampai ke benua Kalanga maka diperbuatnya sebuah negeri terlalu besar kotanya daripada batu hitam tujuh depa tebalnya dan sembilan depa tingginya beberapa daripada pandai dan utas berbuat dia tiada kelihatan rapatannya dan pintunya daripada besi melela bertatahkan emas berpermata dan adalah luas kota itu tujuh buah gunung di dalamnya. Pada sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luas seperti laut rupanya. Jikalau gajah berdiri di seberangnya tiada kelihatan. Sekelian jenis ikan dilepaskannya ke dalam tasik itu maka ditengah tasik itu ada sebuah pulau terlalu tinggi sentiasa berasap seperti sabut rupanya maka di atas pulau itu ditanaminya pelbagai daripada tanaman dan bunga-bungaan. Apabila raja Suran hendak berburu ke sanalah ia pergi. Setelah sudahlah negeri itu maka dinamai raja Suran Bija Nagara. Sekarangpun ada lagi negeri itu di benua Kalanga.

Sumber: Kitab Al Anabaya